Minit Mesyuarat Pelan Perancangan Awal Jawatankuasa Keselamatan

7
MINIT MESYUARAT PELAN PERANCANGAN AWAL JAWATANKUASA KESELAMATAN, KEBERSIHAN DAN KECEMASAN (3K) PERKHEMAHAN PERDANA KADET REMAJA SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH (KRS) DAN SEKOLAH RENDAH (TKRS) TARIKH : 30 SEPTEMBER 2014 HARI : Selasa MASA : 10.30 pagi TEMPAT : Perpustakaan SMK Kalaka KEHADIRAN: Hadir 1. Encik Bolhi Bin Naroni (Penolong Kanan Kokurikulum) 2. Encik Stanely Anak Dennis (Ketua Penasihat Kadet Remaja Sekolah) 3. Encik Martin Anak Jalin 4. Encik Hamdan Bin Kameri 5. Encik Muhammad Taufiq Aqmal Bin Hedzir 6. Puan Yusyfini Hakimah Bt Ismail@Yusof 7. Puan Wong Siet Li 8. Puan Marienfelde Anak Jebi 1

description

KRS

Transcript of Minit Mesyuarat Pelan Perancangan Awal Jawatankuasa Keselamatan

Page 1: Minit Mesyuarat Pelan Perancangan Awal Jawatankuasa Keselamatan

MINIT MESYUARAT PELAN PERANCANGAN AWAL JAWATANKUASA

KESELAMATAN, KEBERSIHAN DAN KECEMASAN (3K)

PERKHEMAHAN PERDANA

KADET REMAJA SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH (KRS)

DAN

SEKOLAH RENDAH (TKRS)

TARIKH : 30 SEPTEMBER 2014

HARI : Selasa

MASA : 10.30 pagi

TEMPAT : Perpustakaan SMK Kalaka

KEHADIRAN:

Hadir

1. Encik Bolhi Bin Naroni (Penolong Kanan Kokurikulum)

2. Encik Stanely Anak Dennis (Ketua Penasihat Kadet Remaja Sekolah)

3. Encik Martin Anak Jalin

4. Encik Hamdan Bin Kameri

5. Encik Muhammad Taufiq Aqmal Bin Hedzir

6. Puan Yusyfini Hakimah Bt Ismail@Yusof

7. Puan Wong Siet Li

8. Puan Marienfelde Anak Jebi

1

Page 2: Minit Mesyuarat Pelan Perancangan Awal Jawatankuasa Keselamatan

BIL PERKARA TINDAKAN

1.0 Ucapan pengerusi:

o Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada

semua guru kerana sudi hadir ke mesyuarat ini .

Pengerusi

2.0 Perkara –perkara yang dibincangkan :

2.1 Pelan tindakan:

o Pengerusi menjelaskan bahawa satu perkhemahan

perdana akan diadakan:

Tarikh : 20 hingga 24 Oktober 2014

Tempat : SK Kampung Alit, Kabong

o Pengerusi memberitahu bahawa SMK Kalaka

bertanggungjawab terhadap bahagian 3K.

o Pengerusi juga memberitahu bahawa terdapat 6 buah

sekolah akan bekerjasama bersama SMK Kalaka.

Antaranya:

i). SK Lempa

ii). SK St. Peter, Brayang

iii). SK St. Micheal, Plasu

iv). Sk Supok, Roban

v). SK Beladin

vi). SK Ulu Roban

o Pengerusi mencadangkan setiap bahagian

dibahagikan kepada beberapa buah sekolah.

i). Keselamatan – SK Lempa dan SMK Kalaka

ii). Kebersihan – SK St. Peter, SK St. Micheal

iii). Kecemasan – SK Supok, SK Beladin, SK Ulu

Roban

o PK Koku mencelah dengan mencadangkan agar

ditambah sebuah sekolah di bahagian keselamatan

dan dikurangkan sebuah sekolah di bahagian

Semua pihak

2

Page 3: Minit Mesyuarat Pelan Perancangan Awal Jawatankuasa Keselamatan

kebersihan.

o PK Koku menegaskan bahagian keselamatan perlu

dititik beratkan.

o Pengerusi bersetuju dengan menukarkan SK St.

Micheal ke bahagian keselamatan.

2.2 Skop dan bidang tugas jawatankuasa bertindak

kebersihan:

i). Memastikan kebersihan kawasan perkhemahan

sentiasa terjamin.

ii). Menyediakan bekalan plastik/bakul sampah

mencukupi untuk kegunaan kebersihan setiap

kontinjen.

iii). Menentukan tempat pengumpulan/ pembuangan

sampah kontinjen untuk diuruskan seterusnya

oleh jawatankuasa.

o Cikgu Martin mengusulkan agar sampah dikutip oleh

kontinjen di kawasan masing-masing bagi memudahkan

pemantauan.

o Pengerusi juga mengusulkan agar plastik atau bakul

sampah dibawa oleh kontinjen setiap kali semasa

aktiviti dijalankan.

o PK Koku juga meminta agar tapak pelupusan sampah

yang tetap ditentukan serta diletakkan papan tanda

untuk melancarkan proses pengumpulan sampah.

o PK Koku berharap pemantauan dari bahagian

kebersihan sentiasa dijalankan

o Pengerusi memberitahu tindakan sewajarnya akan

diambil sekiranya kontinjen setiap bahagian tidak

memberi kerjasama yang baik.

Semua pihak

2.3 Skop dan bidang tugas jawatankuasa bertindak

keselamatan:

3

Page 4: Minit Mesyuarat Pelan Perancangan Awal Jawatankuasa Keselamatan

i). Melantik seorang ketua kawalan keselamatan

perkhemahan

ii). Menentukan jadual berkawal (sentri)

iii). Mendapatkan nama guru agihan berkawal

(sentri)

o Cikgu Martin mencadangkan agar setiap kontinjen

bahagian bertanggung jawab dalam mengawal (sentri)

kawasan masing-masing.

o Cikgu Martin mengusulkan agar 2 jam diberi bagi tugas

berkawal setiap kontinjen bahagian.

o PK Koku menolak dengan mencadangkan 1 jam diberi

bagi tugas berkawal setiap kontinjen bahagian.

o Cikgu Martin memohon agar pihak jawatankuasa

keselamatan membuat pemantauan bagi memastikan

agar tugas berkawal sentiasa dijalankan.

o Bagi memudahkan pemantauan, pengerusi meminta

setiausaha KRS, Cikgu Marienfelde menyediakan jadual

pemantauan berkawal.

o PK Koku juga memohon pihak PPD meminta bantuan

RELA untuk menjaga keselamatan luar tapak

perkhemahan terutamanya di waktu malam.

Semua pihak

Pihak PPD

2.4 Skop dan bidang tugas jawatankuasa bertindak

kecemasan:

o PK Koku berharap agar PPD menjemput dan

melibatkan pihak berkuasa seperti:

i). RELA

ii). Klinik Kesihatan (Kabong)

iii). Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)

iv). Polis (Kabong)

o Cikgu Martin mencadangkan agar nombor telefon guru

pengiring kontinjen setiap bahagian diberi oleh pihak

Pihak PPD

4

Page 5: Minit Mesyuarat Pelan Perancangan Awal Jawatankuasa Keselamatan

PPD.

o Pengerusi juga mencadangkan senarai peserta dan

nombor telefon ibu bapa setiap peserta diberi oleh pihak

PPD.

2.5 Penyeragaman bahagian keselamatan, kebersihan dan

kecemasan.

o PK Koku mengusulkan agar setiap guru penasihat SMK

Kalaka terlibat dalam pemantauan setiap bahagian 3K.

o Cikgu Martin tidak bersetuju dengan mencadangkan

untuk melantik seorang ketua di kalangan guru-guru

setiap bahagian bagi tidak membebankan guru

penasihat SMK Kalaka.

o Semua pihak bersetuju dengan cadangan Cikgu Martin.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi.

Semua pihak

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………….. …………………………..

(PN. MARIENFELDE ANAK JEBI) (En. STANLEY ANAK DENNIS)

Setiausaha, Ketua Penasihat,

Unit Beruniform KRS, Unit Beruniform KRS,

SMK Kalaka. SMK Kalaka.

5