minit mesyuarat pibg

5
Mesyuarat Agong PIBG SMKTK Pontian Kali ke-35, sesi 2013 / 2014 Tarikh : 16hb Mac 2013 Hari : Sabtu Masa : 9.00 am – 10.00 am Tempat : Dewan A Kehadiran Ibubapa : 147 orang Kehadiran Guru : Kehadiran Kakitangan : AGENDA PERKARA 1 Ucapan alu-aluan Tn.Hj.Mohd Foad bin Jawadi (YDP) 1.1 Ucapan alu-aluan. -Salam takzim daripada En.Hamid bin Selamat, kerana tidak dapat hadir kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan. -Bacaan umul kitab untuk perjuang-pejuang yang terkorban dalam krisis di Lahad Datu. - Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kkerana sudi meluangkan masa untuk datang ke mesyuarat PIBG ini. -Memohon sedikit sumbangan dari pihak ibubapa untuk kegunaan pihak sekolah (membeli kertas A4) 2 Pembentangan minit mesyuarat tahunan 2.1 En.Zamri bin Ismail (setiausaha) membentangkan minit mesyuarat kali ke-35 yang lalu di muka surat 5,6 dan 7. 2.2 Puan Aida bt. Sabtu mencadangkan minit mesyuarat lalu disahkan. Puan

Transcript of minit mesyuarat pibg

Mesyuarat Agong PIBG SMKTK Pontian Kali ke-35, sesi 2013 / 2014

Tarikh:16hb Mac 2013Hari:SabtuMasa:9.00 am 10.00 amTempat:Dewan AKehadiran Ibubapa:147 orang Kehadiran Guru:Kehadiran Kakitangan:

AGENDAPERKARA

1Ucapan alu-aluan Tn.Hj.Mohd Foad bin Jawadi (YDP)1.1 Ucapan alu-aluan. -Salam takzim daripada En.Hamid bin Selamat, kerana tidak dapat hadir kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan. -Bacaan umul kitab untuk perjuang-pejuang yang terkorban dalam krisis di Lahad Datu. - Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kkerana sudi meluangkan masa untuk datang ke mesyuarat PIBG ini. -Memohon sedikit sumbangan dari pihak ibubapa untuk kegunaan pihak sekolah (membeli kertas A4)

2Pembentangan minit mesyuarat tahunan2.1 En.Zamri bin Ismail (setiausaha) membentangkan minit mesyuarat kali ke-35 yang lalu di muka surat 5,6 dan 7. 2.2 Puan Aida bt. Sabtu mencadangkan minit mesyuarat lalu disahkan. Puan Halimah bt. Ali menyokong minit mesyuarat yang lepas disahkan.

3Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan3.1 Tn Hj Anas bin Mohamad (Bendahari) membentangkan laporan penyata kewangan 01/01/2012 hingga 31/12/2013 PIBG SMKTK pada mukasurat akhir .3.2 Jumlah penerimaan pada 31 Disember 2012 ialah sebanyak RM 6544.40 Jumlah perbelanjaan sehingga 5 Mac 2013 ialah sebanyak RM 4640.00 Baki pada 16 Mac 2012 ialah RM 1904.403.3 Pengerusi meminta penyata kewangan ini disahkan. Tuan Haji Ruslan bin Sulaiman mengesahkan penyata kewangan ini En. Din bin Abd Karim menyokong supaya penyata ini disahkan.3.4 Pengerusi mencadangkan yuran PIBG dinaikkan / ditambah nilainya.

4.

Perkara-perkara berbangkit :4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa perasmi untuk PIBG pada hari ini ialah Yang Berbahagia Profesor Dr. Hj, Awang bin Hj. Sariyan, Ketua Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka.4.2 Tiada perkara-perkara berbangkit

5.Perbahasan Usul5.1 1) Tuan hj Ruslan bin Sulaiman - Meningkatkan faktor keselamatan semasa pulang dari sekolah jika ada kelas tambahan dan aktiviti tambahan. - Ada gangguan pihak luar terhadap pelajar perempuan semasa menunggu kenderaan awam. - Mencadangkan guru meminta bantuan polis untuk keselamatan anak mereka. 2) En Mohd Ishak - Meminta bantuan pihak polis untuk menyelesaikan masalah. - Memberi taklimat kepada pelajar bagaimana cara yang berkaitan dan bersesuaian dalam menjaga keselamatan diri. - Memohon kerjasama guru menamatkan aktiviti pada waktu yang bersesuaian. 3) Pengetua SMKTK, En Abdul Hamid bin Abu Bakar - Sebarang keresahan dan masalah diharap ibubapa memaklumkan kepada pihak sekolah. - Mewujudkan tatacara menangani gangguan dari pihak luar.5.2 1)En Din bin Abdul karim - Beliau memberi saranan kepada ibu bapa dan perhatian kepada pihak sekolah tentang masalah disiplin Kes buli ada dalam kalangan pelajar, dimana anak beliau telah dibuli di dalam bas sekolah. Mengingatkan semua ibu bapa supaya mengingatkan anak-anak tentang akhlak dan tidak menjadi pembuli kerana kesannya berisiko untuk menjadi samseng. Pihak sekolah perlu memastikan disiplin pelajar supaya lebih berhemah dan berbudi pekerti dengan memberi motivasi atau kaunseling. Bersama-sama menjaga akhlak anak-anak.2) En. Ishak bin Maliki - Beliau menyatakan tiada laporan atau makluman tentang hal tersebut kepada pihak sekolah. Beliau meminta Ustaz Sukri memberi pendapat.3) Ustaz Sukri bin Osman - beliau menyatakan bahawa kes-kes seperti ini akan cuba diselesaikan. Oleh sebab tiada laporan dibuat kepada pihak sekolah, maka sekolah tidak boleh membuat tindakan.- beliau memastikan bahwa ibu bapa perlu membuat laporan kepada pihak sekolah supaya sekolah boleh mebuat tindakan.4) En. Ishak bin Maliki - beliau menegaskan bahawa laporan perlu dibuat kepada pihak sekolah sekiranya ada kes-kes seperti ini. Ibu bapa perlu datang sendiri ke sekolah untuk membuat laporan. - jika kes berlaku di dalam sekolah, pihak sekolah boleh tangani kes tersebut.- jikalau ibu bapa rasa anak-anak terancam, sila laporkan kepada pihak sekolah.- pihak sekolah tidak akan mengambil ringan terhadap pelajar-pelajar di sekolah5) Pihak YDP menyuruh ibu bapa bertanya kepada anak-anak tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak supaya tindakan segera dapat diambil.5.3 1) Ustazah Hjh Arbaenah binti masud - beliau menyatakan 1 permintaan kepada ibu bapa bahawa PMR pada tahun ini adalah PMR yang terakhir. Maka, beliau ingin memastikan keputusan pada tahun ini meletup. Solat hajat setiap hari agar anak-anak dapat buat dengan cemerlang dalam PMR Ibu bapa perlu memastikan anak-anak datang ke sekolah lebih awal. Beliau menyatakan bahawa kelas tambahan telah diadakan sejak bulan Januari lagi. Para pelajar akan pulang lewat kerana kelas tambahan. RM10 dikenakan pada setiap bulan untuk menampung penggunaan kertas yang banyak.

Ucapan penangguhan YDP menagguhakn mesyuarat PIBF pada jam 10 pagi.