Minit-mesyuarat-psk Kali Pertama 2015

3
MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN KALI PERTAMA / 2015 Tarikh : 12 Februari 2015 (Khamis) Masa : 1.40 petang Tempat : Bilik Gerakan Kehadiran : 1. Pn. Zaiton Sidin Guru Besar 2. En. Samsul Fadly Abdullah Ketua Panitia 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri dalam Mesyuarat Mata Pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Kali Pertama 2015.. 1.2 GPK Kokurikulum memberikan ucapan ringkas dan mengucapkan selamat datang kepada guru baharu dan mengucapkan tahniah di atas pelantikan baharu sebagai ketua panitia. Tindakan : Semua guru 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Semua ahli sebulat suara bersetuju bahawa minit perbincangan ini diterima. 3.0 Perkara Berbangkit 4.0 Analilis Perperiksaan Akhir 2014 - Lampiran 5.0 Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia

description

minit mesyuarat psk kalipertama 2015

Transcript of Minit-mesyuarat-psk Kali Pertama 2015

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

KALI PERTAMA / 2015

Tarikh: 12 Februari 2015 (Khamis)

Masa: 1.40 petang

Tempat: Bilik Gerakan

Kehadiran:

1. Pn. Zaiton SidinGuru Besar

2. En. Samsul Fadly AbdullahKetua Panitia

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri dalam Mesyuarat Mata Pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Kali Pertama 2015..

1.2 GPK Kokurikulum memberikan ucapan ringkas dan mengucapkan selamat datang kepada guru baharu dan mengucapkan tahniah di atas pelantikan baharu sebagai ketua panitia.

Tindakan : Semua guru

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Semua ahli sebulat suara bersetuju bahawa minit perbincangan ini diterima.

3.0 Perkara Berbangkit

4.0 Analilis Perperiksaan Akhir 2014 - Lampiran

5.0 Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia

5.1 Guru Besar menekankan bahawa semua guru perlu peka dengan dasar baharu kerajaan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) walaupun mata pelajaran ini tidak terlibat dengannya.

Tindakan : Semua guru

6.0 Buku Rekod Mengajar

6.1 Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan (RPT), rancangan pelajaran harian (RPH) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) hendaklah disediakan dengan lengkap dan mengikut format yang sedia ada.

6.2 Pengerusi memberitahu bahawa HSP boleh dimuat naik melalui laman web www.moe.gov/bpk

6.3 Pengerusi menjelaskan bahawa buku Rekod Mengajar Guru tahun 6 mengikut format KBSR.

6.4 Pengerusi berharap semua guru menyediakan buku Rekod Mengajar Guru sehari sebelum pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Tindakan : Semua guru

7.0 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

7.1 Ketua Panitia menyarankan kaedah pembelajaran menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat (TMK). Hal ini dapat membantu menarik minat murid dan meningkatkan kefahaman murid terhadap mata pelajaran ini.

7.2 En Samsul mencadangkan aktiviti perbincangan di tekankan di kalangan murid semasa sesi P&P berjalan. Beliau menyatakan kaedah ini berjaya meningkatkan kefahaman dan melibatkan murid secara menyeluruh dalam sesi PdP.

Tindakan : Semua guru

8.0 Hal-hal lain.

8.1 Ketua panitia menyarankan kepada semua guru PSK supaya melibatkan penggunaan buku kerja semasa sesi P&P PSK dijalankan.

8.2 Ketua panitia meminta agar semua guru PSK bekerjasama dalam menjalankan operasi dan perancangan tahunan yang telah disediakan.

Tindakan : Semua guru

9.0 Ucapan Penangguhan

9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.35 petang.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

.........

(SAMSUL FADLY ABDULLAH )(ZAITON BT SIDIN)

SU Kemahiran HidupGuru Besar

SK LKTP Sungai Nerek