Minit Mesyuarat Tahun 6 Kali 5

5

Click here to load reader

description

minit mesyuarat

Transcript of Minit Mesyuarat Tahun 6 Kali 5

PK 15/3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CEMPAKAMINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN TAHUN 6, BIL 5/2013Tarikh

: 1 hb Ogos 2013Masa

: 12.10 tengah hariTempat

: Bilik MesyuaratPengerusi

: Tuan Haji Shafiee bin OmarKehadiran(Bilangan) : Rujuk Borang Pk 07/2 Senarai Kehadiran MesyuaratTurut Hadir (Jika ada): Tiada1KATA ALU-ALUAN PENGERUSI1.1 Ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Shafiee bin Omar.1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.1.3 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir

dan mengalu-alukan kehadiran untuk mesyuarat kali yang keempat.

1.4 Beliau membentangkan agenda mesyuarat.

2MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.2.1. Dibentang oleh : Puan Norazila binti Ghazali

Dicadang untuk disahkan oleh : Encik Mohd Hafis bin Abd Razak

Disokong untuk pengesahan oleh : Puan Rosnani bt Jono

PERKARA BERBANGKIT:3.1. ( Puan Siti Salwa) Beliau menyatakan pentingnya semua guru tahun 6 duduk

semeja untuk berbincang. Near miss lulus juga amat penting.

4PERBINCANGAN ISU SEMASA :4.1 Ucapan Pn. Azilah Penyelaras Tahun 64.1.1 Puan Azilah membentangkan dapatan Post Mortem Percubaan UPSR. 4.1.1.1 Pencapaian keseluruhan subjek

Bahasa Melayu Pemahaman- 94.74% .

Bahasa Melayu Penulisan- 95.79%.

Bahasa Inggeris -83.16%.

Matematik - 73.68%.

Sains -80 %. 4.1.1.2 Secara keseluruhan semua subjek ada peningkatan yang ketara dan

semakin hampir dengan sasaran.

4.1.1.3 Seramai dua orang pelajar telah mendapat 5A iaitu Sharifah Umairah

dan Nurul Natasha.

4.1.2 Pelaksanaan Program 100 hari

4.1.2.1 Kelas Hikmah dan kelas malam akan diadakan semula setelah naik

cuti sekolah.

4.1.2.2 Pada 24.8.2013 iaitu sekolah ganti akan diadakan Kem Bina Insan

bagi murid-murid tahun 6. Antara slot yang akan diadakan ialah

pengurusan masa dan peningkatan motivasi dalam kalangan pelajar.

4.1.2.3 Program Pecutan Akhir UPSR akan diadakan di UTM pada

25.8.2013. Semua murid tahun 6 terlibat. Setiap guru akan pergi

mengikut mata pelajaran.

Tindakan : Semua guru 4.2 Ucapan En. Rasman bin Abd Karim4.2.1 Beliau memberi pandangan berkaitan pencapaian secara keseluruhannya.

Pada awalnya beliau agak takut tetapi akhirnya ada peningkatan dalam setiap

mata pelajaran.4.2.2 En. Rasman berpuas hati murid-murid telah menunjukkan perkembangan

yang positif.4.2.3 Berdasarkan data pelajar telah melakukan dua lonjakan dan berharap data

tersebut dapat didedahkan kepada para pelajar.4.3.4 Guru perlu memberi imbuhan berbentuk kata-kata penghargaan dan dalam

bentuk material kepada para pelajar.4.3.5 Guru perlu menaikkan semangat pelajar dan menggalakkan proses kendiri

untuk belajar seterusnya akan memberi kesan yang baik.4.3.6 Cara pengajaran guru di dalam kelas juga perlu sesuai dengan keadaan.

Hubungan komunikasi antara guru dan murid perlu berbentuk positif.4.3.7 Naik cuti hari raya 6 Cerdas akan berada di Makmal Sains, 6 Cerdik di

Bengkel Kemahiran Hidup manakala 6 Cekal akan berada di dalam dewan.

Tindakan : Semua guru4.3 Ucapan Tuan Haji Shafiee bin Omar4.3.1 Beliau mengucapkan terima kasih atas pembentangan. 4.3.2 Banyak dapatan yang telah dibincangkan.

4.3.3 Terdapat ciri-ciri peningkatan yang seimbang.4.3.4 Beliau bimbang bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dan berharap ada

peningkatan dalam peperiksaan UPSR nanti.4.3.5 Beliau menyatakan nampak hasil yang ketara sebelum UPSR bagi setiap mata

pelajaran. 4.3.6 Program 100 hari menampakkan kesan yang baik.4.3.7 Semua guru telah mengenalpasti pelajar yang near miss

4.3.8 Ada cadangan untuk membawa pelajar keluar untuk dipulihkan bagi

membantu mereka.

4.3.9 Jangan lupa juga kepada pelajar yang disasarkan 5A agar diberi latihan yang

lebih.

4.4 Ucapan Puan Siti Salwa binti Zailani4.4.1 Beliau meminta data dapatan peperiksaan percubaan didedahkan kepada

para pelajar. Percubaan antara yang terbaik dan telah mencapai klimaks.

4.4.2 Puan Siti Salwa mempersoalkan di mana para pelajar berada selepas

peperiksaan percubaan. Ia akan memberi kesan kepada pelajar.4.5 Penerangan Cik Mastijah binti Mhd Zainal Nor

4.5.1 Beliau menyatakan terdapat program yang dijalankan menjelang UPSR bagi

membantu pelajar di saat-saat akhir.

4.5.2 Sebelum percubaan beliau telah cuba berjumpa dan berbincang dengan para pelajar tentang cara-cara mengulang kaji pelajaran. Pelajar juga telah dikuarantin dan mereka membuat ulang kaji secara bebas .4.5.3 Pada 20.7 2013 telah diadakan ceramah untuk menghadapi UPSR. Ia

bertujuan untuk menguatkan lagi tanggungjawab pelajar untuk belajar.

Nampak motivasi pelajar meningkat.5 HAL-HAL LAIN 5.1 Puan Rani memaklumkan seorang murid pendidikan khas selalu tidak masuk ke kelas. Bagi teknik menjawab pula, untuk subjek Bahasa Inggeris Cuma 8 orang murid 6 Cekal yang hadir. Kedatangan amat teruk terutamanya pada hari

Jumaat. Murid-murid suka keluar daripada kelas untuk pergi ke kantin sebelum

kelas Hikmah. 5.2 Puan Shaniati juga menyatakan masalah yang dihadapi oleh kelas 6 Cerdas.

Masalah berkisar tentang sikap negatif murid-murid. 5.3 Puan Roshita memaklumkan akan mengambil tindakan ke atas kedatangan

murid-murid. Beliau meminta Badan Disiplin agar bertindak untuk mengeluarkan

surat.5.4 Puan Siti Salwa menyatakan ada sedikit kesilapan pada keputusan ETR 2011. Tindakan : Semua guru.

PENUTUP a) Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir.b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.05 petang.Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

.......................................... ................................

(PN. NORAZILA BT GHAZALI)

(PN. AZILAH BT ABD HAMID)

Setiausaha Kecemerlangan Tahun 6 Penyelaras Tahun 6 SK. Taman Cempaka. SK. Taman Cempaka

Disahkan oleh,

.......................................................Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor

| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00