Minit mesyuarat1 (Ledang)

2
MINIT MESYUARAT OPKIM 10 PENJURU (LEDANG) KALI PERTAMA PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014 Tarikh : 25 Oktober 2013 Masa : 8.15 malam Tempat : Bilik 506 fssk AGENDA 1 Pengenalan program OPKIM 10 Penjuru (Ledang) Saudari Nurul Najiha Ahmad, Ketua Pengarah Opkim 10 Penjuru Permaj bahagian Ledang, menerangkan bahawa terdapat 10 tempat yang terpilih dalam OPKIM ini secara keseluruhan dan beliau mengetuai daerah Ledang. Saudari Nurul Najiha Ahmad menerangkan tempat program iaitu di Serom 2. Beliau juga membentangkan tentatif program secara terperinci mengenai tempat berkumpul dan perjalanan program sehingga hari kelima. AGENDA 2 Pembentangan struktur organisasi program Saudari Nurul Najiha Ahmad menyatakan bahawa semua Ajk perlu memberikan perhatian terhadap pembentangan struktur organisasi ini kerana terdapat perubahan dengan struktur organisasi yang sebelumnya. Saudari Nurul Najiha Ahmad menerangkan mengenai carta organisasi program tentang jawatan setiap Ajk dan perincian kerja semua post. Beliau juga menyatakan bahawa semua Ajk perlu membantu antara satu sama lain dan bukan hanya post sendiri sahaja. AGENDA 3 Makluman gerak kerja minggu berikutnya Saudari Nurul Najiha Ahmad memberitahu bahawa ketua setiap program boleh membuat gerak kerja segala aktiviti yang akan dilakukan. Beliau menyatakan supaya bahagian jamuan bersedia untuk membuat senarai menu makanan. Beliau juga memberitahu supaya memuatnaik draf aktiviti yang telah dirangka. AGENDA 4 Ucapan presiden PERMAJ Presiden PERMAJ, saudara Sharul Akmal Johari menyatakan bahawa Majlis Tertinggi akan memantau setiap kawasan bertujuan untuk melaporkan segala aktiviti kepada penyelia bagi proses permarkahan pelajar. Saudara Sharul Akmal menyatakan bahawa terdapat perbezaan sistem permarkahan LC bagi pelajar tahun 1 dan memberitahu kepada pelajar supaya memaklumkan kepada pensyarah mengenai penglibatan dalam program ini. Saudara Sharul Akmal Johari memberitahu mengenai tempat program supaya setiap Ajk tidak seharusnya hanya melakukan kerja mengikut post sendiri dan perlu membantu post-post yang lain. Beliau menjelaskan mengenai peranan post-post yang penting dan tugas yang perlu dilakukan oleh post tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa beberapa orang pelajar antarabangsa yang terdiri daripada pelajar Amerika Syarikat, Korea, dan Jepun akan turut serta dalam OPKIM kali ini.

Transcript of Minit mesyuarat1 (Ledang)

Page 1: Minit mesyuarat1 (Ledang)

MINIT MESYUARAT OPKIM 10 PENJURU (LEDANG)KALI PERTAMAPERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014

Tarikh : 25 Oktober 2013Masa : 8.15 malamTempat : Bilik 506 fssk

AGENDA 1Pengenalan program OPKIM 10 Penjuru (Ledang)

Saudari Nurul Najiha Ahmad, Ketua Pengarah Opkim 10 Penjuru Permaj bahagian Ledang, menerangkan bahawa terdapat 10 tempat yang terpilih dalam OPKIM ini secara keseluruhan dan beliau mengetuai daerah Ledang.

Saudari Nurul Najiha Ahmad menerangkan tempat program iaitu di Serom 2. Beliau juga membentangkan tentatif program secara terperinci mengenai tempat berkumpul

dan perjalanan program sehingga hari kelima.

AGENDA 2Pembentangan struktur organisasi program

Saudari Nurul Najiha Ahmad menyatakan bahawa semua Ajk perlu memberikan perhatian terhadap pembentangan struktur organisasi ini kerana terdapat perubahan dengan struktur organisasi yang sebelumnya.

Saudari Nurul Najiha Ahmad menerangkan mengenai carta organisasi program tentang jawatan setiap Ajk dan perincian kerja semua post.

Beliau juga menyatakan bahawa semua Ajk perlu membantu antara satu sama lain dan bukan hanya post sendiri sahaja.

AGENDA 3Makluman gerak kerja minggu berikutnya

Saudari Nurul Najiha Ahmad memberitahu bahawa ketua setiap program boleh membuat gerak kerja segala aktiviti yang akan dilakukan.

Beliau menyatakan supaya bahagian jamuan bersedia untuk membuat senarai menu makanan. Beliau juga memberitahu supaya memuatnaik draf aktiviti yang telah dirangka.

AGENDA 4Ucapan presiden PERMAJ

Presiden PERMAJ, saudara Sharul Akmal Johari menyatakan bahawa Majlis Tertinggi akan memantau setiap kawasan bertujuan untuk melaporkan segala aktiviti kepada penyelia bagi proses permarkahan pelajar.

Saudara Sharul Akmal menyatakan bahawa terdapat perbezaan sistem permarkahan LC bagi pelajar tahun 1 dan memberitahu kepada pelajar supaya memaklumkan kepada pensyarah mengenai penglibatan dalam program ini.

Saudara Sharul Akmal Johari memberitahu mengenai tempat program supaya setiap Ajk tidak seharusnya hanya melakukan kerja mengikut post sendiri dan perlu membantu post-post yang lain.

Page 2: Minit mesyuarat1 (Ledang)

Beliau menjelaskan mengenai peranan post-post yang penting dan tugas yang perlu dilakukan oleh post tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa beberapa orang pelajar antarabangsa yang terdiri daripada pelajar Amerika Syarikat, Korea, dan Jepun akan turut serta dalam OPKIM kali ini.

Beliau juga memberitahu bahawa pembahagian anak angkat akan dilakukan olehnya sendiri dan bukan dilakukan oleh ketua pengarah kawasan.

AGENDA 5Kata-kata penutup

Saudari Nurul Najiha Ahmad menutup mesyuarat OPKIM 10 Penjuru (Ledang) kali pertama dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

NOOR AZLINA BINTI RASWAN NURUL NAJIHA BINTI AHMAD

Setiausaha Ketua PengarahOperasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Operasi Khidmat Masyarakat 10 PenjuruTakzim (Ledang) Darul Takzim (Ledang)Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.