Minit mesyuarat5 (Ledang)
-
Upload
arizanmasli -
Category
Education
-
view
38 -
download
8
Transcript of Minit mesyuarat5 (Ledang)
MINIT MESYUARAT OPKIM 10 PENJURU (LEDANG)KALI KELIMAPERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014
Tarikh : 18 DISEMBER 2013Masa : 8.15 malamTempat : Foyer Fssk
AGENDA 1Kata alu-aluan Ketua Pengarah
Ketua Pengarah Opkim 10 Penjuru (Ledang) , Nurul Najiha Ahmad mempengerusikan mesyuarat. Memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab.
AGENDA 2Makluman Ketua Pengarah
Saudari Nurul Najiha Ahmad menerangkan mengenai tentatif yang baru. Beliau turut menerangkan mengenai jawatan beberapa Ajk daripada Muar. Beliau menerangkan tentang perjalanan program pada hari-hari kejadian.
AGENDA 3Pembentangan gerak kerja
Saudari Nurul Najiha Ahmad membahagikan kesemua Ajk kepada beberapa kumpulan dalam program khidmat sosial.
Beliau memaklumkan mengenai lokasi ceramah yang akan dilakukan oleh tetamu jemputan. Ajk post kerohanian, Saudara Aiman Mohd Syukri Masrukhin menerangkan mengenai program
kerohanian yang akan dilakukan. Saudari Nurul Najiha Ahmad memberitahu kepada post pendidikan supaya menghubungi pihak
sekolah untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan program pendidikan. Saudari Nurul Najiha Ahmad menerangkan mengenai majlis penutup. Beliau memaklumkan kepada semua Ajk bahawa beberapa orang Ajk yang ada akan membuat
persembahan pada malam penutup. Beliau memberitahu bahawa gimik perasmian perlu diatur sebaiknya untuk malam penutup
tersebut. Beliau juga memaklumkan kepada ajk post pemasaran supaya membuat street marketing untuk
menambah kewangan program.
AGENDA 4Isu-isu berbangkit
Ajk bertanya mengenai penggunaan hasil pembelajaran (HP) dan mengenai Ajk muar yang berpindah ke kawasan yang lain.
Saudari Nurul Najiha Ahmad memaklumkan mengenai pemasaran dan jumlah dana yang diperolehi oleh kawasan Ledang.
Beliau memberitahu bahawa Ajk perlu membuat pemasaran pada masa cuti di tempat masing-masing.
AGENDA 5
Kata-kata penutup Saudari Nurul Najiha Ahmad menutup mesyuarat OPKIM 10 Penjuru (Ledang) kali kelima dengan
tasbih kifarah dan surah Al-Asr.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
NOOR AZLINA BINTI RASWAN NURUL NAJIHA BINTI AHMAD
Setiausaha Ketua PengarahOperasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Operasi Khidmat Masyarakat 10 PenjuruTakzim (Ledang) Darul Takzim (Ledang)Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.