Minit Msyrat PJK 1 2016

4
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN KALI KE-1 TAHUN 2016 SK. CONVENT (M) KAJANG TARIKH : 30 DISEMBER 2015 HARI : RABU MASA : 11.00 – 12.30 TENGAH HARI KEHADIRAN GURU : 4 / 4 ORANG 1. Pn Noriah bt Mohamed PK. Kurikulum 2. Pn Norsiha bt Jaapar Ketua Panitia PJK 3. Cik Norfarahafizah bt Mohd Rasip Setiausaha PJK 4. En. Mohd Nadzri bin M.Arsad AJK AGENDA MESYUARAT 1. Kata Alu-alauan Pengerusi 2. Membentangkan/Mengesahakan Minit Mesyuarat Lepas 3. Perkara Berbangkit 4. Laporan Unit 5. Hal-hal lain 6. Ucapan Penamat 1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.

description

contoh minit mesyuarat

Transcript of Minit Msyrat PJK 1 2016

Page 1: Minit Msyrat PJK 1 2016

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN

KALI KE-1 TAHUN 2016

SK. CONVENT (M) KAJANG

TARIKH : 30 DISEMBER 2015

HARI : RABU

MASA : 11.00 – 12.30 TENGAH HARI

KEHADIRAN GURU : 4 / 4 ORANG

1. Pn Noriah bt Mohamed PK. Kurikulum

2. Pn Norsiha bt Jaapar Ketua Panitia PJK

3. Cik Norfarahafizah bt Mohd Rasip Setiausaha PJK

4. En. Mohd Nadzri bin M.Arsad AJK

AGENDA MESYUARAT

1. Kata Alu-alauan Pengerusi

2. Membentangkan/Mengesahakan Minit Mesyuarat Lepas

3. Perkara Berbangkit

4. Laporan Unit

5. Hal-hal lain

6. Ucapan Penamat

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua kerana dapat

menghadiri mesyuarat.

Page 2: Minit Msyrat PJK 1 2016

2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS2.1 Tiada pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat lepas kerana ini

merupakan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2016.(Tindakan: -)

3. PERKARA BERBANGKIT3.1 Tiada perkara berbangkit kerana ini merupakan mesyuarat kali pertama

bagi tahun 2016.(Tindakan: -)

4. LAPORAN UNIT

4.1 Pembelian peralatan PJK akan dimaklumkan kemudian apabila peruntukan Panitia dimaklumkan nanti. Guru PJK boleh membuat senarai terlebih dahulu untuk memudahakan pengurusan.

(Tindakan: Semua guru)

4.2 Minggu Panitia PJK akan dijalankan mengikut takwim yang ditetapkan dan ketua panitia mencadangkan penyelaras guru PJK mengikut tahun menyediakan soalan kuiz atau aktiviti yang bersesuaian.

(Tindakan: Semua guru)

4.3 Sistem pemarkahan bagi PJK masih tetap dan tiada perubahan, bagi guru PJK perlu menggubal soalan sendiri dan merekodkan markah tersebut. pecahan markah bagi PJ ialah 60% penilaian di padang, 40% peperiksaan. Guru turut diingatkan bahawa pelaporan PJ secara offline dan guru PJ diingatkan supaya tidak melakukan pelaporan pada saat-saat akhir.

(Tindakan: Semua guru)

4.4 Pengerusi mengingatkan semua guru PJ untuk menyediakan satu buku latihan bagi kelas PJ untuk murid diberi latihan dan guru boleh memberi buku tersebut untuk disemak oleh pihak pentadbir sebagai semakan buku latihan.

(Tindakan: Semua guru)

Page 3: Minit Msyrat PJK 1 2016

4.5 Semua guru PJ yang akan menggubal soalan PJ diminta untuk menyerahkan borang mengubal soalan dan soalan peperiksaan kepada Ketua Panitia untuk dimasukkan ke dalam fail panitia.

(Tindakan: Semua guru)

5. HAL-HAL LAIN5.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru PJ bahawa membeli sendiri

buku teks PJ dan buku rujukan masing-masing kerana sekolah tidak menyediakan buku teks kepada setiap guru.

(Tindakan: Semua guru)

5.2 Semua guru diminta untuk membuat site dalam FROG untuk meningkatkan penggunaan FROG dikalangan murid serta mata pelajaran PJK.

(Tindakan: Semua guru)

6. UCAPAN PENANGGUHANMesyuarat ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… ………………………….

(NORFARAHAFIZAH MOHD RASIP) (NORSIHA BT JAAPAR)Setiausaha Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Jasmani dan KesihatanSK. Convent (M) Kajang SK. Convent (M) Kajang

Page 4: Minit Msyrat PJK 1 2016