minit pertama 2015

download minit pertama 2015

of 4

description

sa

Transcript of minit pertama 2015

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEREMBAN 3MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS 2014 BIL 1/TAHUN 2015Tarikh

: 31 Disember 2014Masa

: 9.00 pagi 12.30 petangTempat

: Bilik Guru SMK Seremban 3Pengerusi

: Pn Alina Bt AriffKehadiran

:

1. En Jamaluddin B Ahmad2. Pn Alina Bt Ariff3. Pn Nazahiya Bt Abdul Majid4. Pn Hasliza Bt Hassan5. Pn Zayluna Bt Kamarudzaman1.0KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru Sains yang hadir.

2.0MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

Dicadang untuk disahkan oleh Pn Nazahiya Abdul MajidDisokong untuk pengesahan oleh Pn Hasliza Hassan

3.0PERKARA BERBANGKIT:

3.1 Laporan tahunan 2014

3.1.1 Program yang dirancang sepanjang tahun 2014 telah berjaya dilaksanakan.

3.1.2 Perbelanjaan kewangan panitia telah dilakukan sepanjang tahun.3.1.3 Projek Taman Herba telah dimulakan dengan menanam lebih kurang 10 jenis tanaman herba. Projek ini akan disambung pada tahun 2015. Tindakan: makluman

3.2 Post mortem PT3 2014

3.2.1 Daripada 72 orang calon, hanya 12.3% (8 orang) sahaja yang lulus manakala

87.7 % (64 orang) gagal. 1 orang sahaja yang mendapat A .Peperiksaan

Percubaan

PT3

% Lulus

25.71% (18 org)

12.3% (8 orang)

% Gagal

74.29% (52 orang)

87.7% ( 64 orang)

3.2.2 Kekangan yang dihadapi :3.2.2.1 Pihak Pengurusan : Pihak sekolah kurang tegas dalam menangani masalah disiplin pelajar di dalam kelas .

Ketiadaan kelengkapan ICT di sekolah untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains.

Tiada tindakan terhadap pelajar yang tidak menghadiri kelas tambahan

3.2.2.2 Pihak Guru: Format peperiksaan PT 3 lewat diketahui menyebabkan guru kurang memahami format peperiksaan.

Program peningkatan prestasi kurang berkesan.

Kekangan masa melakukan ulangkaji kerana pada masa yang sama guru dan pelajar terpaksa menyiapkan PBS .

Program peningkatan prestasi tidak mencukupi.

Guru kurang tegas semasa proses pdp berlangsung.

3.2.2.3 Pelajar : Pelajar kurang minat mempelajari sains. ( 3 UM 50% tidak minat, UKM 60% tidak minat manakala 3 USM 95% tidak

meminati sains)

Pelajar tidak menguasai sukatan tingkatan 1 dan 2 dengan baik. Peratus kehadiran pelajar ke kelas tambahan sains sangat rendah3UM

15.7%

3UKM

7.95%

3USM

4.17%

Masalah disiplin semasa di dalam kelas terutama bagi kelas 3 UKM dan kelas 3 USM.

Penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar India dan Cina agak lemah3.2.3 Kekuatan Guru-guru yang berpengalaman .

Kelas tambahan dilaksanakan sebanyak 11 kali

Guru turut mengendalikan kelas tambahan intensif pada bulan September.

Latih tubi yang berterusan telah bermula dari awal tahun 3.3 Perancangan tahun 2015

3.3.1 Jadual waktu telah diedarkan dan semua guru telah maklum tentang subjek yang akan diajar bagi sesi 2015. Guru diingatkan supaya dapat menyediakan sukatan serta rancangan mengajar dan proses pembelajaran berlaku pada hari pertama persekolahan.

Tindakan : Semua guru3.3.2 Program Peningkatan Prestasi yang dirangka:Kelas tambahan berjadual dimulakan lebih awal.

Kelas elit akan diadakan bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 oleh guru-guru sains sebulan sekali pada hari Sabtu.

Program Skor A dan Skor D akan dijalankan dengan lebih berkesan.Pengetua mencadangkan kelas tambahan turut dijalankan bagi

pelajar tingkatan 4 sebagai persediaan menghadapi SPM 2016.Tindakan : Ketua Panitia

3.3.3 Bulan Sains, Matematik dan ICTL akan dilaksanakan pada bulan April. Ketua Panitia dikehendaki membuat rangka program.

Tindakan : Ketua Panitia

3.3.4 Puan Nazahiya mencadangkan program kerja sama dengan agensi luar seperti Uitm untuk menarik minat pelajar.

Tindakan : Ketua Panitia3.3.5 Kastek 2015.

Pertandingan yang akan disertai :Saintis muda Penyelaras Pn. Hasliza (pelajar menengah rendah)Kereta Solar Penyelaras Pn. Nazahiya (pelajar menengah rendah)Solar Cooking Penyelaras Pn. Zayluna (pelajar menengah rendah)Pelancar Roket Penyelaras En. Hafizie (pelajar menengah atas)Tindakan : Semua Penyelaras4.0 Hal-hal lain

4.1 Pengetua mengharapkan agar prestasi PT3 dapat ditingkatkan bagi tahun 2015 dengan mengadakan lebih banyak program peningkatan prestasi. Tumpuan juga perlu diberikan kepada pelajar tingkatan 4 untuk memastikan keputusan SPM yang baik.4.2 Pengetua memaklumkan bahawa kelayakan minima pelajar memasuki kelas aliran sains adalah lulus salah satu mata pelajaran sains atau sains atau matematik.4.3 Ketua panitia di kehendaki menyediakan anggaran belanjawan bagi tahun 2015 bagi mata pelajaran masing-masing.

4.4 KB mengucapkan ribuan terima kasih kepada KP Sains atas usaha beliau mendapatkan LCD dan Projektor. LCD dan projektor panitia akan dijaga oleh ketua panitia. Sebarang peminjaman alatan tersebut perlulah melalui ketua panitia.

4.5 Pengetua mencadangkan supaya program sains dan matematik dilaksanakan sepanjang tahun tidak tertumpu semasa bulan sains & matematik sahaja bagi menarik minat pelajar. Contah program atau aktiviti yang dicadangkan adalah pameran, lawatan. Beliau berharap projek kolam ikan akan diteruskan.

4.6 Guru- guru sains disarankan supaya dapat menangani masalah disiplin sama ada di dalam kelas mahu pun di dalam makmal.

4.7 Guru diingatkan supaya menggunakan KBAT serta i-Think dalam kelas.

4.8 Semua makmal hendaklah digunakan sepenuhnya pada tahun 2015. Guru-guru dikehendaki merujuk kepada pembantu makmal yang menjaga setiap makmal tersebut.

Tindakan: Semua guru

PENUTUP

a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.

b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

.......................................... .....................................

( ZAYLUNA KAMARUDZAMAN )

( ALINA BT ARIFFIN )

Ketua Bidang Sains & Matematik.

SMK Seremban 3.