minit PM 3 2014-2

4
SPSK PK 07/3 SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN JALAN 4/76. DESA PANDAN 55100 KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BIL 3 /TAHUN 2014 Tarikh : 22 JULAI 2014 Masa : 2.20 petang Tempat : Bilik Seri Pandan Pengerusi : Rauhiyah bt Che Md Nor Nama Yang Hadir : 1. Siti Aminah bt Md Zin (Setiausaha) Turut Hadir (Jika ada) : 1. Mahiza bt Che Sab 2. Siti Khadijah bt Mohammad Urus Setia : Siti Aminah bt Md Zin 1 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Puan Khalilah Bt Yahaya, Guru Besar SK Desa Pandan selaku penasihat Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa kerana hadir ke mesyuarat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Ketiga 2014 1.2. Ucapan Penasihat 1.2.1 Puan Khalilah selaku penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi kali ketiga. 1.2.2 Penasihat juga memberikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada ahli atas kejayaan semua program sekolah yang telah dijalankan. Komitmen dan kerjasama yang baik diberikan dalam menjayakan pelbagai program di sekolah Tindakan: Makluman 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1. Minit Mesyuarat Kali Kedua sebulat suara telah dicadang untuk Hak Cipta Terpelihara Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu © 1 Februari 2014-Keluaran 02 | Pindaan 00

description

lkl

Transcript of minit PM 3 2014-2

Page 1: minit PM 3 2014-2

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDANJALAN 4/76. DESA PANDAN 55100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BIL 3 /TAHUN 2014

Tarikh : 22 JULAI 2014

Masa : 2.20 petang

Tempat : Bilik Seri Pandan

Pengerusi : Rauhiyah bt Che Md Nor

Nama Yang Hadir : 1. Siti Aminah bt Md Zin (Setiausaha)

Turut Hadir (Jika ada) : 1. Mahiza bt Che Sab 2. Siti Khadijah bt Mohammad

Urus Setia : Siti Aminah bt Md Zin

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Puan Khalilah Bt Yahaya, Guru Besar SK Desa Pandan selaku penasihat Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa kerana hadir ke mesyuarat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Ketiga 2014

1.2. Ucapan Penasihat

1.2.1 Puan Khalilah selaku penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi kali ketiga.

1.2.2 Penasihat juga memberikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada ahli atas kejayaan semua program sekolah yang telah dijalankan. Komitmen dan kerjasama yang baik diberikan dalam menjayakan pelbagai program di sekolah

Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. Minit Mesyuarat Kali Kedua sebulat suara telah dicadang untuk disahkan oleh ahli panitia.

Tindakan: Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu1 Februari 2014-Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 2: minit PM 3 2014-2

3 PERKARA BERBANGKIT:

Tiada Tindakan: Makluman

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN UNIT

4.1. Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014

4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa untuk keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, murid mencapai 95% lulus. 95% murid dapat menguasai semua topik pengajaran yang diberikan banyak membantu murid untuk mencapai keputusan yang baik. Manakala 5% murid tidak lulus dan tidak menguasai topik pengajaran.

4.1.2 Kelemahan dan cara mengatasi

Kelemahan : Murid yang tidak lulus terutama bagi seorang murid dari kelas 4 Efektif dan 8 orang dari kelas 4 Bestari masih kurang menguasai kemahiran komputer sepenuhnya menyebabkan murid kurang mahir dalam memberi jawapan / idea. Murid juga tidak teliti ketika menjawab soalan dan kurang menguasai topik.

4.1.3 Cara mengatasi masalah murid yang mendapat Gred B:

a) Memperbanyakkan latih tubi.b) Menjawab soalan peperiksaan tahun-tahun sebelumnya.c) Mengingatkan murid supaya menjawab soalan dengan teliti dan membuat

semakan jawapan.

Tindakan: Semua ahli

4.2. Keputusan PPT 2014 Sebagai TOV 2014 Untuk Tahun 4

4.2.1 Pengerusi memaklumkan supaya ahli panitia terutamanya guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi tahun 4 supaya menggunakan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 sebagai TOV bagi murid-murid tahun 4.

Tindakan: Guru tahun 4

4.3. Pentaksiran Berasaskan Sekolah

4.3.1 Pengerusi memaklumkan setiap guru mengajar Tahun 4 hendaklah menggunakan dokumen yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

semasa pentaksiran. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) digunakan bagi tahun 1 hingga 3 manakala bagi tahun 4 menggunakan DSKP.

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu1 Februari 2014-Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 3: minit PM 3 2014-2

4.3.2 Guru-guru yang mengajar tahun 4 diingatkan agar sentiasa mengisi rekod perkembangan murid di dalam Modul offline Perkembangan Pembelajaran Murid dari masa ke semasa mengikut kesesuaian..

Tindakan: Semua ahli

4.4 Pencerapan SKPM /LO Sekolah Amanah

4.4.1 Pengerusi memaklumkan pihak pentadbir akan menjalakan pencerapan menggunakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Pengerusi mengingatkan ahli-ahli panitia antara aspek-aspek yang akan dilihat semasa pencerapan adalah aspek :

i. penglibatan muridii. pengurusan pembelajaran muridiii. hasil kerja muridiv. perancangan dan persediaan guruv. kaedah penyampaian vi. kemahiran kominukasivii. penggunaan sumber pendidikanviii. penilaianix. teknik penyoalanx. pengurusan kelasxi. amalan profesionalisme keguruan

Semua ahli panitia diminta sentiasa menyediakan proses P&P dengan lebih menarik yang berkonsepkan Fun Of Learning.

Tindakan: Makluman

4.4.2 Pengerusi juga turut memaklumkan bahawa Based Line Sekolah Amanah telah bermula sejak bulan Februari lagi bagi melihat tahap kebolehan setiap guru dalam melaksanakan P&P. Selepas ini pencerapan LO (Learning Objective) Sekolah Amanah akan dijalankan.

Tindakan: Makluman 4.5 Persediaan Rekod P&P /RPH Sekolah Amanah

4.5.1 Pengerusi memaklumkan semua ahli panitia seperti biasa hendaklah menyediakan rekod P&P/RPH mengikut format Sekolah Amanah di mana terdapat 3 bahagian utama iaitu “Starter,Activities, Plenery”.

Tindakan: Semua ahli

5

HAL-HAL LAIN

5.1. Pengerusi memaklumkan program-program panitia yang masih belum dilaksanakan akan dilaksanakan pada penggal persekolahan kedua.

5.2 Guru juga diingatkan sentiasa mengemaskini hasil kerja murid pada papan kenyatan mata pelajaran di dalam kelas.

Tindakan: Semua ahli

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu1 Februari 2014-Keluaran 02 | Pindaan 00

Page 4: minit PM 3 2014-2

6 PENUTUP

Pengerusi menyatakan ahli perlu membuka minda untuk menerima perubahan. Ahli perlu merebut peluang-peluang yang ada pada masa hadapan. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir pada mesyuarat ketiga kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………..........................................……… ……………………...............................……….

(Siti Aminah bt Md Zin) (Rauhiyah bt Che Md Nor) Setiausaha Ketua Panitia Panitia Teknologi Maklumat Panitia Maklumat dan dan Komunikasi Komunikasi SK Desa Pandan SK Desa Pandan

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu1 Februari 2014-Keluaran 02 | Pindaan 00