MINIT SAINS 1

5
SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK WANG O8000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARULAMAN NO.TELEFON : 04-4315068 NO.FAKS : 04-4315072 EMAIL : [email protected] “1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2014 TARIKH : 30.12.2013 HARI : SELASA MASA : 10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI TEMPAT : MAKMAL SAINS 1 KEHADIRAN 1 PUAN JURAIDAH BINTI YUSOFF 2 PUAN NOR ALIZA 3 PUAN HANISHAH BINTI ABDUL HALIM 4 PUAN HALIZA BINTI MOHD HASHIM 5 PUAN NORASYIKIN BINTI AHMAD 6 CIK AZNIM TIDAK HADIR Tiada AGENDA 1. PERUTUSAN PENGERUSI 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MNIT MESYUARAT YANG LALU 3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4. PELAKSANAAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) 5. PELAKSANAAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 6. PERSEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

description

meting

Transcript of MINIT SAINS 1

Page 1: MINIT SAINS 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK WANGO8000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARULAMAN

NO.TELEFON : 04-4315068 NO.FAKS : 04-4315072EMAIL : [email protected]

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2014

TARIKH : 30.12.2013

HARI : SELASA

MASA : 10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT : MAKMAL SAINS 1

KEHADIRAN

1 PUAN JURAIDAH BINTI YUSOFF

2 PUAN NOR ALIZA

3 PUAN HANISHAH BINTI ABDUL HALIM

4 PUAN HALIZA BINTI MOHD HASHIM

5 PUAN NORASYIKIN BINTI AHMAD

6 CIK AZNIM

TIDAK HADIR

Tiada

AGENDA

1. PERUTUSAN PENGERUSI

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MNIT MESYUARAT YANG LALU

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4. PELAKSANAAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

(DSKP)

5. PELAKSANAAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

6. PERSEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

7. ANALISIS PEPERIKSAAN UPSR 2013

8. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 2014

8.1 PELAN TAKTIKAL

8.2 PELAN OPERASI

9. HAL- HAL LAIN

Page 2: MINIT SAINS 1

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Puan Juraidah binti Yusuff sebagai Pengerusi Mesyuarat memulakan

mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan Al-Fatihah. Beliau mengalu-

alukan kehadiran semua guru panitia Sains terutamanya guru baru iaitu

Pn. Nor Aliza binti .

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2. Puan Norasyikin binti Ahmad membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

Mesyuarat menerima dan mengesahkan minit mesyuarat yang tersebut.

Cadangan : Puan Hanishah binti Abdul Halim

Sokong : Puan Haliza binti Mohd Hashim

Makluman

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3. Perkara 5 . Puan Juraidah menjelaskan Jadual Anjal untuk Tahun Enam

yang dijalankan menyebabkan kelemahan pencapaian murid tahun 5.

Pemantauan terhadap guru pelatih tidak dapat dijalankan sepenuhnya.

Perkara tersebut harus dielakkan pada masa akan datang bagi

memastikan PdP murid dan guru pelatih dapat dipantau dan dikawal selia

dengan baik bagi mencapai sasaran pencapaian mata pelajaran Sains.

Puan Juraidah mencadangkan untuk memohon jasa baik pentadbir

memberikan subjek Sains tahun 2,3 dan 4 kepada guru pelatih pada masa

akan datang. Mesyuarat setuju sebulat suara.

Tindakan : Puan Juraidah

IV. PELAKSANAAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN

PENTAKSIRAN (DSKP)

4. Pn. Norasyikin yang hadir ke Kursus Penyebaran DSKP Sains Tahun 4

memberikan slot ringkas berkaitan DSKP, Rancangan Pengajaran Harian

dan Pentaksiran Sains Tahun 4.

Makluman

V. PELAKSANAAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

5. Pn. Nor Aliza mencadangkan untuk pelaksaan PEKA bagi Tahun 4, 5 dan

6, semua aktiviti direkodkan dalam buku. Setiap pelajar juga diwajibkan

mempunyai fail untuk menyimpan buku tersebut.

6. Bagi pelaksanaan KSSR, Puan Hanishah memaklumkan bahawa terdapat

sedikit masalah untuk pelaksanaan TMK di mana kawalan kelas agak

sukar berikutan kecerdasan pelbagai budak. Masalah untuk mencetak

hasil kerja murid juga berlaku disebabkan masalah teknikal (pencetak).

Page 3: MINIT SAINS 1

Beliau mencadangkan agar panitia Sains mendapatan pencetak khas bagi

subjek TMK.

Tindakan : Puan Juraidah

VI. PERSEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

7. Puan Juraidah meminta semua guru Sains menyiapkan Rancangan

Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada

hari pertama persekolahan. Beliau juga memohon agar setiap salinan RPT

disimpan dalam fail panitia.

8. Pn. Nor Aliza mencadangkan agar format penulisan RPH diselaraskan.

Makluman

VII.ANALISIS PEPERIKSAAN UPSR 2013

9. Berikut adalah jadual pencapaian Sains UPSR 2013.

Bilangan calon 73

Bilangan calon lulus 67

% Lulus 91.8%

Bilangan A dalam Sains 6

10.Puan Juraidah memaklumkan bahawa bilangan pelajar yang mendapat A

dalam Sains tidak memuaskan. Beliau memohon agar semua guru Tahun

6 menggembleng tenaga untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pelajar

untuk subjek Sains pada tahun 2014.

11.Puan Nor Aliza mencadangkan agar teknik latih tubi diperkukuh

terutamanya bagi bahagian A (soalan objektif). Beliau juga

mencadangkan agar latihan bahagian A dan bahagian B dilakukan secara

berasingan.

12.

Makluman

VIII. PROGRAM PENINGKATAN

AKADEMIK 2014

13.Semua guru Sains bersetuju agar Pelan Taktikal dan Pelan Operasi

dilakukan bersama-sama untuk memastikan segala program yang

dijalankan mendapat sokongan dan kerjasama padu daripada semua guru

Sains.

Tindakan : Semua guru Sains

IX. HAL-HAL LAIN

14.Pn. Nor Aliza mencadangkan agar semua murid Tahap 2 mempunyai fail

untuk bahan Sains. Beliau juga mencadangkan agar buku latihan topikal

dibeli untuk simpanan panitia. Untuk murid pula, bahan fotostat perlu

diperbanyak supaya murid dapat menjawab dalam kertas kerja (latihan)

yang diberikan.

X. PENUTUP

Page 4: MINIT SAINS 1

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang telah

hadir dan telah memberi cadangan dan pandangan dalam mesyuarat ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………….. ……………………………..

(NORASYIKIN BINTI AHMAD) (JURAIDAH

BINTI YUSOFF)

S/U PANITIA SAINS KETUA PANITIA SAINS

SK TELUK WANG SK TELUK WANG