Minit Sk Taman Semarak
-
Upload
izzat-hasim -
Category
Documents
-
view
52 -
download
7
Transcript of Minit Sk Taman Semarak
SK TAMAN SEMARAK
CATATAN MINIT MESYUARAT PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM DI
PUSAT REKREASI AIR TERJUN ULU BENDUL, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN
BIL.1 Tahun 2011
TARIKH : 4.03.2011MASA : 2:00 petangTEMPAT : BILIK GERAKAN SK TAMAN SEMARAK
SK TAMAN SEMARAK
KEHADIRAN : TIDAK HADIR BERSEBAB:
1. Muhammad Ramli bin Rosli (Guru Besar) 1. Tan Boon Hong
2. Abdul Somat bin Mad Dom (PK Kokurikulum)
3. Izzat Afif bin Hasim
4. Ku Kautsar binti Ku Sulong
5. Muhd. Syahir Bin Adnan
6. Siti Arifah binti Arifin
7. Muhammad Taufiq Amirullah bin Fauzi
8. Rahmah binti Bujang
9. Shahrul Afendi bin Abdol Halim
10. Vikneswaran A/L Darmalingam
11. Mustafa bin Abdullah
12. Sarimah binti Shahidin
13. Ku Kautsar binti Ku Sulong
MESYUARAT PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM DI PUSAT REKREASI
AIR TERJUN ULU BENDUL, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN
SK TAMAN SEMARAK
BIL.1 / 2010
Tarikh : 4 MAC 2011
Tempat : BILIK GERAKAN SK TAMAN SEMARAK
Masa : 3:40 petang
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Guru Besar
3. Pembahagian tugasan
4. Jadual aktiviti
5. Hal-hal lain
KEPUTUSAN MESYUARAT
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran Ahli
Jawatankuasa Mesyuarat Perkhemahan Unit Beruniform Di Ulu
Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan 2011.
1.2 Tuan Pengerusi mengumumkan pelantikan Muhd. Syahir Bin Adnan
sebagai Setiausaha aktiviti perkemahan ini.
1.3 Tuan Pengerusi mengucapkan tahniah kerana telah mendapat tempat
yang pertama bagi pertandingan kawad kaki peringkat daerah, bagi
Pasukan unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah, khususnya
kepada guru-guru yang terlibat secara lansung dan yang telah melatih
murid-murid sekalian.
1.4 Tuan Pengerusi meminta persetujuan daripada Izzat Afif bin Hasim
untuk dilantik sebagai Ketua Kem Komandan dalam perkemahan pada
tahun ini.
Makluman
2.0 UCAPAN GURU BESAR SEKOLAH
2.1 Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Muhammad
Ramli bin Rosli mengucapkan terima kasih atas jemputan ke
Mesyuarat Perkemahan Unit Beruniform Di Pusat
Rekreasi Air Terjun Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bil.1 /
2011.
2.2 Beliau mengingatkan guru-guru tentang perkara-perkara yang perlu
dititik beratkan semasa melakukan aktiviti perkemahan.
2.2.1. Beliau Menekankan tentang aspek keselematan semasa
berada disana. Beliau menyarankan guru agar sentiasa mengawasi
murid-murid agar perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
2.2.2. Beliau juga ingin memastikan semua murid-murid yang
mengikuti melakukan aktiviti perkemahan ini mendapat kebenaran
daripada ibu-bapa.
2.2.3. Beliau menyatakan hasrat agar aktiviti perkemahan ini dapat
memberi impak yang besar kepada murid-murid mendapat input dan
motavasi diri daripada aktiviti perkemahan ini.
Makluman
3.0 PELANTIKAN ORGANISASI PERKEMAHAN DAN PEMBAHAGIAN TUGASAN-TUGASAN KEPADA GURU-GURU.
3.1Pelantikan organisasi perkemahan telah dipersetujui dan diterima oleh
semua guru dan guru besar.
3.2Carta organisasi perkemahan unit beruniform di Ulu Bendul, Kuala
Pilah, Negeri Sembilan yang telah dilantik :
3.2.1. Penaung : Muhammad Ramli bin Rosli
(Guru Besar)
Penasihat : Abdul Somat bin Mad Dom (PK
Kokurikulum)
Pengerusi : Izzat Afif bin Hasim
Naib Pengerusi : Ku Kautsar binti Ku Sulong
Setiausaha : Muhd. Syahir Bin Adnan
Naib Setiausaha : Siti Arifah binti Arifin
Bendahari : Muhammad Taufiq Amirullah bin
Fauzi
3.3Pengagihan tugasan yang telah dilantik dan dipersetujui oleh semua
guru.
AJK Makanan dan Sanitasi : Rahmah binti Bujang
AJK Disiplin dan Keselamatan : Shahrul Afendi bin Abdol Halim
AJK Pengangkutan danPeralatan : Vikneswaran A/L Darmalingam
AJK Aktiviti dan Pertandingan : Mustafa bin Abdullah
AJK Multimedia dan Informasi : Sarimah binti Shahidin
AJK Perasmian Penutup : Ku Kautsar binti Ku Sulong
AJK Hadiah dan Cenderamata : Tan Boon Hong
4.0JADUAL AKTIVITI PERKEMAHAN.
4.1 Rujuk pada lampiran
Makluman
HAL-HAL LAIN
5.1Pn. Rahmah binti Bujang bertanyakan tentang menu makanan harian
pelajar semasa disana.
Respon : Tuan Pengerusi memberi sedikit sebanyak penerangan
ringkas.
5.2En. Shahrul Afendi bin Abdol Halim memohon barang keselamatan
seperti belerang dan lampu suluh untuk kegunaan
semasa perkemahan agi memastikan
keselamatan murid-murid terjamin.
Respon : Tuan Pengerusi akan mengusahakan permintaan tersebut.
.
5.3En. Mustafa bin Abdullah memohon sedikit bantuan kewangan bagi
membeli hadiah kepada pemenang semasa
pertandingan dilaksanakan disana.
Respon : Tuan Pengerusi akan memohon dana dari pihak sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:30 petang.
Disediakan oleh,
…………………………………........ (En Muhd Syahir Bin Adnan) Setiausaha Unit Beruniform SK Taman Semarak