MINIT+MESYUARAT+KOKURIKULUM+Bil+3

4
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM UNIT KOKURIKULUM SMK SERI KUNDANG BILANGAN 3/2012 Tarikh : 5 September 2012 Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Gerakan Kehadiran : Seperti Lampiran Urusetia : 1. Pn. Rohana Binti Abdullah - Setiausaha Kokurikulum 1.0 Perutusan Pengerusi 1.1 Pn. Suhaida Bt Shamsuddin selaku pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli mesyuarat untuk Mesyuarat Kokurikulum kali ke 3 bagi sesi 2012. 1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dalam semua aktiviti kokurikulum pada tahun ini kerana berjaya melaksanakan tugas masing- masing dengan baik. 1.3 Pengerusi juga berharap kejayaan kokurikulum yang diperoleh pada tahun ini dapat dikekalkan dan diperbaiki untuk tahun hadapan. 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bilangan 2/2012 2.1 Minit Mesyuarat Kokurikulum Bilangan 2 /2012 disahkan secara sebulat suara tanpa pindaan. 3.0 Perkara-perkara berbangkit 3.1 Tiada perkara berbangkit

Transcript of MINIT+MESYUARAT+KOKURIKULUM+Bil+3

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM

UNIT KOKURIKULUM

SMK SERI KUNDANG

BILANGAN 3/2012

Tarikh: 5 September 2012

Masa: 2.00 petang

Tempat: Bilik Gerakan

Kehadiran :

Seperti Lampiran

Urusetia :

1. Pn. Rohana Binti Abdullah - Setiausaha Kokurikulum

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Pn. Suhaida Bt Shamsuddin selaku pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli mesyuarat untuk Mesyuarat Kokurikulum kali ke 3 bagi sesi 2012.

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dalam semua aktiviti kokurikulum pada tahun ini kerana berjaya melaksanakan tugas masing-masing dengan baik.

1.3 Pengerusi juga berharap kejayaan kokurikulum yang diperoleh pada tahun ini dapat dikekalkan dan diperbaiki untuk tahun hadapan.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bilangan 2/2012

2.1 Minit Mesyuarat Kokurikulum Bilangan 2 /2012 disahkan secara sebulat suara tanpa pindaan.

3.0 Perkara-perkara berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 Agenda Profesional

4.1 Penilaian Kokurikulum 2012

4.1.1 Pengerusi menegaskan bahawa borang penilaian kokurikulum untuk pelajar tingkatan satu sepatutnya telah diambil dan dihantar semula oleh guru penasihat kepada Setiausaha Kokurikulum pada 30 Oktober 2012. Namun, masih ada guru penasihat yang tidak berbuat demikian sehingga tarikh yang telah ditetapkan.

4.1.2 Carta aliran penilaian kokurikulum untuk semua tingkatan telah di hantar melalui email. Pengerusi meminta guru menyemak dan mengambil tindakan segera bagi memastikan tarikh gerak kerja dalam carta aliran tersebut dipatuhi.

4.1.3 Pengerusi juga memberitahu bahawa kaedah pemarkahan ada sedikit pembaharuan, namun guru penasihat boleh merujuk kepada Setiausaha Kokurikulum dan PK kokurikulum jika ada sebarang kemusykilan.

4.2 Ujian Penilaian Kokurikulum Guru

4.2.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru yang mendapat markah penuh dalam ujian kokurikulum yang telah diadakan pada 29 Februari yang lalu. Guru tersebut ialah Pn Fadzilah dan Pn Faizah Nor. Melalui ujian tersebut didapati masih ramai guru tidak dapat mencapai markah minima yang diisasarkan oleh unit kokurikulum. Oleh itu, pengerusi telah memberi penerangan yang lebih terperinci berkaitan dengan semua aspek penilaian kokurikulum sekolah.

4.3 Hari Anugerah Kokurikulum 2012

4.3.1 Pengerusi memberitahu ahli mesyuarat bahawa pada 17 Oktober ini satu majlis anugerah kokurikulum akan diadakan. Ia bertujuan untuk menghargai pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah SMK Seri Kundang di peringkat Daerah Gombak atau Negeri Selangor.

4.3.2 Pengerusi telah menyatakan nama beberapa orang guru yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa bagi majlis anugerah tersebut.

4.3.3 Pengerusi juga menegaskan bahawa guru penasihat atau guru pengiring perlu memastikan semua pelajar yang telah berjaya mendapat tempat dalam mana-mana pertandingan di luar sekolah adalah tersenarai dalam senarai pelajar yang akan menerima anugerah dalam majlis tersebut.

4.4 Hari Karnival Kokurikulum 2012

4.4.1 Pengerusi telah menyenaraikan nama beberapa orang guru yang terlibat sebagai urusetia gerai jualan serta tugasan mereka. Pengerusi juga telah menyatakan bahawa tarikh Karnival Kokurikulum adalah pada 19 Oktober 2012.

4.4.2 Pengerusi juga menegaskan bahawa Hari kokurikulum ini adalah satu acara wajib tahunan yang perlu dilaksanakan oleh unit kokurikulum.

4.4.3 Pengerusi meminta guru-guru bekerjasama dalam menjayakan program ini.

5.0 Hal-hal Lain

5.1.1 Kelab Guru dan Staf SMK Seri Kundang telah mencadangkan untuk berkongsi tenaga dalam jamuan majlis anugerah untuk meraikan guru-guru praktikum yang akan menamatkan tempoh latihan praktikum mereka pada 19 Oktober 2012.

5.1.2 Penglibatan pelajar tingkatan 3 secara langsung dalam Hari Kokurikulum. Disiplin pelajar pada hari tersebut perlu dipantau.

6.0 Penutup

Pengerusi mengharapkan agar setiap ahli mesyuarat menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan saling bekerjasama bagi melancarkan aktiviti-aktiviti Kokurikulum yang akan berlangsung sepanjang bulan Oktober ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.10 petang.

Disediakan Oleh:Disemak dan Disahkan oleh:

(PN ROHANA BINTI ABDULLAH)(PN SUHAIDA BINTI SHAMSUDDIN)

Setiausaha KokurikulumGPK Kokurikulum

Smk Seri KundangSmk Seri Kundang