MITI DAY 2018 OBJEKTIF KESELURUHAN Day /Factsheet_MITI_Day_2018.pdfTempat : Foyer Lobi, Aras 1...
Transcript of MITI DAY 2018 OBJEKTIF KESELURUHAN Day /Factsheet_MITI_Day_2018.pdfTempat : Foyer Lobi, Aras 1...
MITI DAY 2018
OBJEKTIF KESELURUHAN
Tujuan MITI Day 2018 diadakan adalah untuk mempromosi peranan serta
fungsi MITI dan agensi-agensi di bawah MITI kepada pelanggan serta orang
ramai. MITI Day 2018 juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara
MITI serta agensi dengan orang ramai dan mempamerkan fungsi MITI dan agensi
yang meliputi segenap aspek di dalam kehidupan seharian. Program MITI Day 2018
adalah berkonsepkan mesra rakyat dan outcome-based fokus kepada sektor
perkhidmatan. Julung kalinya National Services Sector Summit 2018 akan diadakan
sempena MITI Day 2018. Program kali ini dibahagikan kepada empat (4) konsep
utama iaitu Konsep Seranta (Outreach), Keusahawanan, Peluang Pekerjaan dan
Pembangunan Sektor Perkhidmatan. Antara peranan MITI serta agensi adalah :
i) Merancang, menggubal serta melaksanakan dasar-dasar pembangunan
industri, perdagangan antarabangsa serta pelaburan;
ii) Menggalakkan pelaburan luar dan dalam negara;
iii) Meningkatkan produktiviti serta kompetensi negara di dalam sektor
pembuatan
IMPAK KESELURUHAN
Antara impak MITI Day 2018 kepada masyarakat adalah :
i) Pelanggan dan masyarakat akan lebih mengenali fungsi serta peranan
MITI dan agensi;
ii) Mengurangkan jurang di antara agensi kerajaan serta rakyat, selaras
dengan pendekatan kerajaan yang berteraskan perkhidmatan kepada
rakyat; dan
iii) Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sektor perkhidmatan dalam
Negara.
SENARAI PROGRAM
Antara pengisian program yang terdapat di dalam MITI Day 2018 adalah seperti
berikut :
Seranta (Outreach)
i) Pavilion MITI & Agensi;
ii) Pameran Automotif oleh MAI;
iii) SafeCar@MITI oleh MAI;
iv) Program Catur Bestari oleh SME Bank dan JCorp.
Peluang Pekerjaan
v) Pameran Kerjaya & Sesi Temuduga Terbuka oleh MIDA;
vi) Resource Management in Automotive Sector oleh MAI.
Keusahawanan
vii) Kapsul Usahawan & Saham oleh Bahagian Keusahawanan Bumiputera &
PKS MITI;
viii) Taklimat ‘Boost Application’ oleh Axiata.;
ix) Passage to International Business: #SrikandiGlobal oleh MATRADE;
x) Enterprise Improvement Programme – “Lebih Cekap, Lebih Jimat” oleh
MPC;
xi) MIDF Tea Talk “Industrial Revolution – Aspiration and Reality” oleh MIDF.
Pembangunan Sektor Perkhidmatan
xii) Pameran Perkhidmatan & PKS
xiii) Bual Bicara Industri Kreatif bersama Selebriti oleh MITI;
xiv) Sesi Perbincangan Panel Utama Persidangan Sektor Perkhidmatan
Kebangsaan 2018 bersama YB Menteri oleh MITI.
RINGKASAN MAKLUMAT PROGRAM
PAVILION MITI & AGENSI
Objektif
Pavilion MITI & Agensi akan menampilkan booth pameran oleh setiap agensi di
bawah MITI. Pengunjung akan berpeluang melihat success stories MITI dan agensi
yang fokus kepada pembangunan sektor perkhidmatan akan dipaparkan di setiap
booth serta boleh berinteraksi secara terus dengan pegawai yang bertugas di setiap
booth bagi mendapatkan penerangan yang lebih lanjut berkenaan dengan
perkhidmatan yang disediakan oleh setiap agensi.
Pihak Terlibat
Pameran ini akan melibatkan penglibatan MITI dan setiap agensi di bawah MITI iaitu
MATRADE, MIDA, MIDF, MPC, MAI, SME CORP, serta SME BANK.
Di samping menampilkan agensi-agensi di bawah MITI, Pejabat Penyelarasan
Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO) dan Unit e-Commerce juga akan
mempunyai booth pameran masing-masing untuk dikunjungi orang ramai.
Tempat & Masa Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 9.00 pagi – 5.30 petang Tempat : Foyer Lobi, Aras 1 Menara MITI, Kuala Lumpur
Kumpulan Sasaran
Pavilion MITI & Agensi ini terbuka kepada orang ramai yang berkunjung ke MITI Day
2018.
Anggaran Pengunjung
9,000 orang (sepanjang hari)
PAMERAN KERJAYA DAN TEMUDUGA TERBUKA ANJURAN MIDA
Objektif
1. Menyediakan platform untuk pencari pekerjaan mencari peluang pekerjaan dengan syarikat-syarikat tempatan dan GLC;
2. Menyalurkan maklumat berhubung berkenaan peluang latihan industri yang sedang dijalankan oleh pihak syarikat kepada pelajar-pelajar tahun akhir universiti, politeknik, kolej vokasional dan lain-lain institusi pendidikan tinggi dalam pelbagai bidang kursus;
3. Sebagai program untuk meningkatkan pemahaman masyarakat berhubung fungsi
MITI dan agensi dan sebagai inisiatif Kerajaan dalam menangani isu pengganguran.
Tempat & Masa
Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 9.00 pagi – 5.30 petang Tempat : Dewan Perdana 2, Aras 1
Menara MITI, Kuala Lumpur
Kumpulan Sasaran
i) Jobseekers; dan
ii) Pelajar universiti tahun akhir yang bakal bergraduat
Jobseekers digalakkan untuk berpakaian kemas dan membawa resume terkini
kerana temuduga terbuka juga akan dijalankan.
Penglibatan
Dianggarkan sekitar 30 syarikat multinasional dan tempatan dari sektor
perkhidmatan dan pembuatan akan terlibat sebagai exhibitor yang menawarkan lebih
3,578 peluang kerjaya di pelbagai sektor perkilangan dan perkhidmatan yang
melibatkan pelbagai peringkat terutamanya eksekutif dan professional. Antara
syarikat yang akan menyertai pameran ini adalah YCH Logistics, Sony EMCS
(Malaysia) Sdn Bhd, Oncogen Pharma (Malaysia) Sdn Bhd, Aegis BPO Malaysia
Sdn Bhd, Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd.
Impak
i) Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan MITI dan MIDA
serta impaknya terhadap masyarakat yang merangkumi penyelesaian
kepada masalah pengangguran; dan
ii) Peluang untuk meluaskan jaringan di antara jobseekers, syarikat
multinasional dan tempatan membincangkan peluang-peluang pekerjaan
yang sedia ada
CATUR BISTARI
OBJEKTIF Catur Bistari adalah satu permainan mendidik ilmu dan amalan perniagaan untuk belajar berdikari. Sesuai untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga di kalangan peserta. Catur Bistari memberi pendedahan kepada ilmu dan amalan perniagaan berlandaskan nilai-nilai Islam. Membentuk budaya dan minat keusahawanan di kalangan masyarakat bagi menjadikan keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan di masa hadapan. LATAR BELAKANG DAN PENGISIAN Pertandingan Catur Bistari merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh SME Bank dengan kerjasama Johor Corporation (JCorp) disertai oleh pelajar-pelajar IPT sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Permainan ‘CATUR’ adalah merupakan percaturan atau penyusunan strategi dan berupaya membentuk ciri-ciri ketajaman akal dan bertindak dengan kebijaksaan yang tinggi untuk mencapai kemenangan atau kejayaan. Manakala ‘BISTARI’ adalah cantuman dan ringkasan kepada ungkapan ‘Bisnes Untuk Berdikari’.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk menarik minat dan pendedahan kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah dan pelajar institut pengajian tinggi dalam aspek yang berkaitan dengan bidang pengurusan kewangan dan keusahawanan.
i. Terbuka kepada pelajar; ii. Bagi memupuk minda keusahawanan dan menarik minat untuk
berniaga; iii. Belajar ambil risiko; iv. Kemahiran dan kecekapan membuat keputusan; v. Mengambangkan jaringan usahasama; vi. Menanam semangat berbinaga untuk kesempurnaan hidup mengikut
nilai Islam. KAEDAH PELAKSANAAN Sebelum memulakan permainan seorang juruwang atau jurubank akan dilantik terlebih dahulu. Tugas juruwang ini adalah untuk mengawal permainan dan urusan kewangan. Bilangan peserta yang diperlukan adalah seramai 4 – 6 orang. Setiap peserta akan bermula dengan tunai (duit permainan) di tangan sebanyak RM5,000.00. Bagi memulakan permainan, setiap peserta akan memilih ‘gundu’ masing-masing sebagai simbol dan 1 buah catur digunakan untuk mengetahui jumlah petak perjalanan. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah aset yang
dimiliki iaitu jumlah wang tunai dan nilai perniagaan serta jumlah mata sumbangan amal yang disumbangkan.
KUMPULAN SASAR Pelajar-pelajar IPT sekitar Kuala Lumpur & Selangor
Tempat & Masa Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 09.30 – 12.30 tengah hari Tempat : Pusat Sumber Menara MITI, Kuala Lumpur
Pihak Terlibat
SME Bank dan JCorp
National Services Sector Summit (NSSS) 2018
Objektif
Matlamat utama penganjuran program National Services Sector Summit (NSSS)
2018 adalah untuk membincangkan trend dan peluang yang berubah, dan
mencadangkan langkah-langkah untuk berdepan dengan cabaran terkini dalam
memperkasakan pertumbuhan dan pembangunan sektor perkhidmatan di Malaysia.
Sesi perbincangan panelist bersama beberapa tokoh dan pemain industri
perkhidmatan tempatan di dalam sektor perkhidmatan dirancang untuk menghasilkan
satu set idea-idea baru dalam agenda pembagunan sektor perkhidmatan yang
selaras dengan agenda Industri 4.0 (i4.0) negara.
Semasa penganjuran program NSSS 2018 ini, satu rangkaian booth pameran oleh
pemain industri perkhidmatan terkemuka di Malaysia akan turut diadakan. Para
pengunjung program MITI Day 2018 dan jemputan NSSS 2018 akan berpeluang
untuk melihat dan berinteraksi melalui pelbagai pameran yang menarik dengan
tema #MYServices4ward oleh agensi dan pemain industri terkenal di Malaysia.
Pihak Terlibat
Program NSSS 2018 ini akan melibatkan pelbagai kategori pemain industri
perkhidmatan Malaysia, Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan, institusi-institusi
pengajian tinggi dan penyelidikan serta para orang ramai yang mengunjungi program
MITI Day 2018. Agensi-agensi MITI dan Kerajaan seperti MIDA, SME Corp, MIGHT
dan MdeC terlibat sebagai penganjur bersama sesi-sesi perbincangan khas sub-
sektor perkhidmatan seperti Industri Kreative, Animasi, Penyiaran, Inovasi Digital dan
sebagainya.
Tempat & Masa Tarikh : 26 & 27 Februari 2018 (Isnin & Selasa) Masa : 9.00 pagi – 5.30 petang Tempat : Foyer Lobi, Aras 1 Menara MITI, Kuala Lumpur
Kumpulan Sasaran
Program NSSS 2018 ini mensasarkan para ahli dan pemain industri perkhidmatan di
Malaysia, wakil-wakil kementerian dan agensi-agensi Kerajaan, wakil-wakil daripada
institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan serta para orang ramai yang
mengunjungi program MITI Day 2018.
Anggaran Pengunjung
500 orang (pelbagai siri program NSSS 2018)
RINGKASAN MAKLUMAT PROGRAM SESI PANEL
26 FEBRUARI 2018 1) Bual Bicara Industri Kreatif bersama Selebriti
Objektif
Matlamat utama sesi ini ialah untuk membincangkan trend perubahan dan
kemunculan peluang-peluang baru dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah
yang perlu diambil untuk menghadapi cabaran bagi memantapkan agenda
pembangunan industri kreatif, penyiaran, animasi dan permainan video di Malaysia.
Sesi ini dijangka akan mengupas topik-topik seperti pembangunan kandungan yang
berkualiti, seni persembahan bagi muzik, filem dan drama, reka bentuk dan animasi
dan juga aspek pengiklanan. Para panelist yang dipilih adalah terdiri daripada tokoh-
tokoh dan pemain industri terkenal untuk mengupas dan menghasilkan satu set idea-
idea baru bagi memperhebatkan dan merakyatkan industri kreatif ini. Selain itu, para
ahli panel juga dijangka akan mengupas berkenaan peluang-peluang untuk
mempertingkatkan lagi sumbangan industri ini kepada ekonomi negara melalui
program-program mengekspot bakat dan penawaran perkhidmatan ke pasaran luar
negara bersandarkan kepada kemampuan anak-anak muda tempatan.
Pihak Terlibat
Sesi Panel Industri Kreatif, Penyiaran, Animasi dan Permainan Video akan
melibatkan pelbagai kategori pemain industri ini, Kementerian dan agensi-agensi
Kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan serta para orang ramai
yang mengunjungi program MITI Day 2018. Agensi-agensi MITI dan Kerajaan seperti
SME Corp dan MdeC akan terlibat sebagai penganjur bersama sesi ini.
Moderator Datuk Dr. Hafsah Hashim (CEO, SME Corp.) Panelists
i. Mr. Wan Hazmer (CEO, Metronomik Studio); ii. Mr. Edmund Chan (Managing Director, Animasia Studios); and iii. Datin Paduka Shuhaimi Baba (Managing Director, Pesona Pictures Sdn.
Bhd.) Tempat & Masa Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Dewan Perdana 1, Aras 1 Menara MITI, Kuala Lumpur Kumpulan Sasaran
Sesi ini mensasarkan para ahli dan pemain industri industri kreatif, penyiaran,
animasi dan permainan video tempatan, wakil-wakil kementerian dan agensi-agensi
Kerajaan, wakil-wakil daripada institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan
serta para orang ramai yang mengunjungi program MITI Day 2018.
Anggaran Pengunjung
500 orang
2) Sesi Perbincangan Panel Utama Persidangan Sektor Perkhidmatan Kebangsaan 2018
Objektif
Matlamat utama sesi ini ialah untuk membincangkan trend perubahan dan
kemunculan peluang-peluang baru dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah
yang perlu diambil untuk menghadapi cabaran bagi memantapkan agenda
pembangunan sektor perkhidmatan di Malaysia. Secara khususnya sesi ini dijangka
akan mengupas topik-topik seperti berikut:
i) Trend, pembangunan, dan perubahan lanskap perdagangan sector
perkhidmatan
ii) Cabaran yang dihadapi berasaskan kepada persekitaran Volatality,
Uncertainty, Complexity dan Ambiguity (VUCA);
iii) Memperkasakan PKS di dalam program eksport dan penyediaan
persekitaran yang mesra kepada pembangunan start-ups;
iv) Cabaran perdagangan berasaskan teknologi digital dan e-commerce;
v) Program pambangunan modal insan yang berkaitan perdagangan, promosi
eksport dan kredit; dan
vi) Senarai harapan daripada pemain sektor perkhidmatan kepada Kerajaan.
Pihak Terlibat
Sesi ini akan melibatkan pelbagai kategori pemain industri perkhidmatan Malaysia,
Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi dan
penyelidikan serta para orang ramai yang mengunjungi program MITI Day 2018.
Agensi-agensi MITI dan Kerajaan seperti MIDA, SME Corp, MIGHT dan MdeC
terlibat sebagai penganjur bersama sesi-sesi perbincangan khas sub-sektor
perkhidmatan seperti Industri Kreative, Animasi, Penyiaran, Inovasi Digital dan
sebagainya.
Tempat & Masa Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 3.30 petang – 5.00 petang Tempat : Dewan Perdana 1, Aras 1 Menara MITI, Kuala Lumpur Kumpulan Sasaran
Program NSSS 2018 ini mensasarkan para ahli dan pemain industri perkhidmatan di
Malaysia, wakil-wakil kementerian dan agensi-agensi Kerajaan, wakil-wakil daripada
institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan serta para orang ramai yang
mengunjungi program MITI Day 2018.
Anggaran Pengunjung
500 orang
PAMERAN AUTOMOTIF
Objektif
Tujuan pameran ini diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan
mengenai halatuju sektor automotif di masa hadapan serta sebagai satu platform
bagi memperkenalkan teknologi terkini dalam memangkin industri automotif di dalam
negara.
Pihak Terlibat
Pameran ini akan melibatkan kerjasama diantara MITI dan Malaysia Automotive
Institute (MAI).
Disamping itu pameran ini turut mempamerkan autonomous dan electric car (TESLA)
beserta penglibatan PROTON dan PERODUA bagi mempromosikan kenderaan
nasional. Pameran ini juga turut mengetengahkan industri- industri berkaitan seperti
pameran 3D printing dan virtual reality (VR).
Tempat & Masa Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 9.00 pagi – 5.30 petang Tempat : Foyer Kapsul, Aras 1 Menara MITI, Kuala Lumpur
Kumpulan Sasaran
MINI AUTOSHOW ini terbuka kepada orang ramai yang berkunjung ke MITI Day
2017.
Anggaran Pengunjung
9,000 orang (sepanjang hari)
MOCK NEGOTIATION SESSION
Objektif
• Memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan fungsi dan perkhidmatan
yang diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI).
• Memberi pendedahan dan gambaran kepada para pelajar bagaimana sesuatu
rundingan perdagangan ekonomi dijalankan.
Pihak Terlibat
Puspanita MITI dan Bahagian Rundingan Strategik.
Tempat & Masa Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 10.00 – 11.30 pagi Tempat : Bilik Bunga Raya (Aras 31); dan Bilik Saffron (Aras 31) Menara MITI, Kuala Lumpur
Kumpulan Sasaran
100 Pelajar IPT yang dijemput.
PASSAGE TO INTERNATIONAL BUSINESS : #SRIKANDIGLOBAL
Objektif
Objektif seminar adalah untuk memberikan pendedahan dan perkongsian pengalaman, cabaran dan penerokaan pasaran antarabangsa oleh dua (2) usahawan wanita yang telah berjaya sebagai pengeksport. Menampilkan Prof Dr. Norayati Abdul Majid, CEO Hana Medic Sdn Bhd, syarikat yang mengeluarkan peralatan perubatan dan produk penjagaan kesihatan yang kini telah mengekpsort ke Myanmar, Macau serta mempunyai pejabat operasi di Dubai. Turut menampilkan usahawanita yang menjadikan e-commerce sebagai platform untuk mengeksport ke luar negara, Cik Jenn Low, pemilik Wanderlust Sdn Bhd yang mengeksport barang kemas (fashion jewelry) secara atas talian. Pasaran yang telah diterokai termasuk USA, UK dan Australia. Moderator Pn. Rashidah Othman Panelists
i. Prof. Dr. Norayati Abd Majid (CEO, Hana Medic Sdn Bhd) ii. Jenn Low (Founder Wanderlust Sdn Bhd); and iii. Dr. Aishah Tul Radziah (Founder Dr Aishah Solutions Sdn Bhd)
Pihak Terlibat
Warga MATRADE, Strategic Partners MATRADE
Tempat & Masa Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 11.00 pagi – 12.30 tengah hari Tempat : Kapsul MITI Menara MITI, Kuala Lumpur
Kumpulan Sasaran
Usahawan wanita yang berminat menerokai pasaran eksport dan pelajar kolej/
universiti yang dijemput melalui fakulti dan pensyarah.
Anggaran Pengunjung
200 orang
SAFE CAR@MITI DAY
Objektif
SafeCar@MITI DAY merupakan satu platform MAI untuk mencapai & menggalakkan
pelan strategik NAP 2014. MAI akan menganjurkan taklimat berserta dengan
demontrasi penggunaan peralatan keselamatan dengan cara yang betul.
Pihak Terlibat
Program ini akan melibatkan kerjasama di antara Malaysia Automotive Institute(MAI) bersama PROTON dan PERODUA. Tempat & Masa Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 4.00 petang – 5.00 petang Tempat : Kapsul MITI, Aras 1 Menara MITI, Kuala Lumpur
Kumpulan Sasaran
SafeCar@MITI DAY ini terbuka kepada orang ramai yang berkunjung ke MITI Day
2017.
Anggaran Pengunjung
200 orang
RESOURCE MANAGEMENT IN AUTOMOTIVE SECTOR
Objektif
Taklimat ini merupakan salah satu usaha MAI dalam mempromosikan program-
program modal insan(IPC, AICE dan Apprentiship) yang dilaksanakan bagi
memperkasakan keboleh pasaran pelajar serta pekerja didalam industri automotif.
Pihak Terlibat
Taklimat ini akan melibatkan kerjasama diantara MITI dan Malaysia Automotive
Institute (MAI).
Tempat & Masa Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 4.00 petang – 5.00 petang Tempat : Bilik seminar 2, Menara MITI, Kuala Lumpur
Kumpulan Sasaran
Taklimat Resource Management In Automotive Sector ini terbuka kepada orang
ramai yang berkunjung ke MITI Day 2017.
Anggaran Pengunjung
200 orang
KAPSUL USAHAWAN MITI & AGENSI
Objektif
1. Memberikan pendedahan kepada kumpulan sasaran (usahawan, para pelabur Bumiputera, orang awam) mengenai perkhidmatan dan bantuan keusahawanan yang disediakan oleh MITI
2. Menyediakan platform untuk penyebaran maklumat dan perkongsian idea 3. Menyediakan platform dan saluran yang terbaik untuk jalinan kerjasama di
antara MITI dan industri di dalam agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera. 4. Berkongsi kejayaan dan pencapaian program-program pembangunan
keusahawanan yang dilaksanakan oleh MITI dan agensi-agensi di bawah MITI.
Latar Belakang dan Pengisian
1 Kapsul Usahawan MITI & Agensi dengan tema #roadtoglobalchampion2020, mempromosikan program dan aktiviti berkaitan pembangunan usahawan Bumiputera dan PKS yang dilaksanakan oleh MITI dan agensi-agensi di bawah MITI.
2 Dengan menggunakan konsep pavilion, ianya akan menempatkan ruang dan
aktiviti seperti berikut:
a) Entrepreneur 101 iaitu penyediaan 5 buah point informasi untuk penyaluran maklumat secara one-to-one kepada pengunjung: Point Usahawan Start-Up (SME Corp) Point Pembiayaan SME (SME Bank/MIDF/MIDA) Point Pembangunan Kapasiti (SDSI/GroomBig/SME Bank/MAI) Point Eksport (GEB (Galakan Eksport Bumiputera) – MATRADE) Point Pencapaian Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera(PEB)
MITI 2017 & Saham MITI b) Kuiz Usahawan yang menawarkan 20 hadiah berbentuk hamper. Antara
soalan yang akan diajukan adalah mengenai perkhidmatan ditawarkan oleh MITI dan Agensi serta agensi kerajaan lain yang berkaitan.
c) Showcase usahawan di bawah program Pembangunan Kapasiti Vendor (VDP) yang terlibat dalam sektor perkhidmatan.
d) Pelbagai aktiviti tarikan pengunjung
Tempat & Masa Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang Tempat : Bilik Seminar 2, Aras 1 Menara MITI, Kuala Lumpur
Kumpulan Sasaran
Pelajar/graduan Usahawan bumiputera dan bukan bumiputera; Vendor bumputera (VDP); dan Orang Awam / pengunjung MITI Day 2018
Anggaran Pengunjung
500 orang (sepanjang hari)
TAKLIMAT ‘BOOST APPLICATION’
Objektif
Untuk menyebarkan maklumat mengenai ‘Boost Application’ yang merupakan
aplikasi e-wallet yang dibangunkan oleh Axiata Digital eCode Sdn Bhd. Penggunaan
aplikasi ini akan dapat membantu meningkatkan penggunaan ICT di kalangan PKS.
Pihak Terlibat
Axiata Digital eCode Sdn Bhd
Tempat & Masa Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi Tempat : Kapsul MITI Menara MITI, Kuala Lumpur
Kumpulan Sasaran
Sesi Taklimat Bersama Axiata ini terbuka kepada PKS dan orang ramai yang
berkunjung ke MITI Day 2018.
Anggaran Peserta
100 orang
ENTERPRISE IMPROVEMENT PROGRAMME “Lebih Jimat, Lebih Cekap”
Objektif
Sesi ini mendedahkan maklumat kepada usahawan mengenai Penjimatan Kos
Operasi dan pengurusan perniagaan yang lebih cekap serta berkualiti melalui Skim
Peningkatan Produktiviti Enterprise (SPPE).
Pihak Terlibat
Usahawan dalam industri berikut :
i. Agro-food
ii. Chemicals and Chemical Products
iii. Electrical and Electronics
iv. Machinery and Equipment
v. Retail and F&B
vi. Tourism
vii. Private Healthcare
viii. Professional Services
ix. ICT
Tempat & Masa Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 3.00 ptg – 4.00 ptg Tempat : Bilik Seminar 2, Aras 1 Menara MITI, Kuala Lumpur
Jumlah sasaran peserta seminar
150 hingga 200 peserta
MIDF AFTERNOON TEA TALK
– INDUSTRIAL REVOLUTION – Aspirations and Realities
Objektif
Membincangkan berkenaan aspirasi-aspirasi penggalak atau pendokong revolusi
industri tempatan dan cabaran-cabaran dalam mencapai aspirasi-aspirasi tersebut.
Menampilkan ahli-ahli ekonomi tempatan yang akan membincangkan berkenaan
polisi-polisi yang mendokong aspirasi-aspirasi tersebut di samping langkah-langkah
atau cadangan dalam menangani cabaran-cabaran yang telah wujud atau bakal
menghalang dalam mencapai aspirasi yang dikehendaki.
Tempat & Masa Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin) Masa : 4.30 – 5.30 petang Tempat : Kapsul, Aras 1 Menara MITI, Kuala Lumpur
Cadangan Pelaksanaan:-
Moderator:
1. Megane S.C. Soo, National President, SMITA Malaysia
Panelists:-
1. YBhg Datuk Stevan C M Wong, Deputy Chief Executive, Institute of
Strategic & International Studies (ISIS) Malaysia.
2. Haji Burhanuddin Md Radzi, Managing Director of Les’ Copaque
Production Sdn. Bhd.
Kumpulan Sasaran
Usahawan-usahawan, ahli-ahli akademia dan terbuka kepada orang ramai yang
berkunjung ke MITI Day 2018.
Anggaran Peserta
150 orang (4.30 petang sehingga 5.30 petang).