MLCS Final 65 81 Arni Johan

17
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan 62 3 PEMBELAJARAN PERIBAHASA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH Arni Johan Sekolah Rendah Bendemeer [email protected] Abstrak Kepentingan peribahasa yang tersemat nilai luhur di dalamnya perlu dipertahankan dan dikuasai oleh para penutur jati. Perkara ini perlu dititikberatkan sejak di peringkat sekolah rendah lagi agar pemulihan dan pemuliharaan bahasa itu dapat dikecapi sebelum mereka dewasa. Pendekatan serta kaedah yang dipilih haruslah mampu menyalurkan dan meningkatkan maklumat kepada para pelajar. Dalam kajian ini, pengkaji telah menganalisis keberkesanan pembelajaran menggunakan komik melalui perisian Bitstrips dan bertunjangkan Teori Konstruktivisme melalui Model Pembelajaran Constructivist Learning Environment (CLE) sebagai instrumen dalam meningkatkan pembelajaran dan penguasaan peribahasa. Kajian telah dijalankan ke atas para pelajar Darjah 3 di Sekolah Rendah Temasek, Singapura. Pengkaji telah melakarkan kertas ujian untuk menganalisis keberkesanan pendekatan tersebut. Selain itu, pengkaji telah menjalankan soal selidik berstruktur dan kaedah temu bual yang tidak berstruktur terhadap para pelajar serta para guru yang terlibat untuk mendapatkan pengesahan sama ada instrumen kajian tersebut dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari dan menguasai peribahasa. Kata Kunci: Peribasa, Bitstrips, Konstruktivisme, CLE

description

Pengajaran Simpulan Bahasa (bit strip)

Transcript of MLCS Final 65 81 Arni Johan

Page 1: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

62

3 PEMBELAJARAN PERIBAHASA DALAM KALANGAN

MURID SEKOLAH RENDAH

Arni Johan

Sekolah Rendah Bendemeer

[email protected]

Abstrak

Kepentingan peribahasa yang tersemat nilai luhur di dalamnya perlu dipertahankan

dan dikuasai oleh para penutur jati. Perkara ini perlu dititikberatkan sejak di

peringkat sekolah rendah lagi agar pemulihan dan pemuliharaan bahasa itu dapat

dikecapi sebelum mereka dewasa. Pendekatan serta kaedah yang dipilih haruslah

mampu menyalurkan dan meningkatkan maklumat kepada para pelajar. Dalam

kajian ini, pengkaji telah menganalisis keberkesanan pembelajaran menggunakan

komik melalui perisian Bitstrips dan bertunjangkan Teori Konstruktivisme melalui

Model Pembelajaran Constructivist Learning Environment (CLE) sebagai instrumen

dalam meningkatkan pembelajaran dan penguasaan peribahasa. Kajian telah

dijalankan ke atas para pelajar Darjah 3 di Sekolah Rendah Temasek, Singapura.

Pengkaji telah melakarkan kertas ujian untuk menganalisis keberkesanan

pendekatan tersebut. Selain itu, pengkaji telah menjalankan soal selidik berstruktur

dan kaedah temu bual yang tidak berstruktur terhadap para pelajar serta para guru

yang terlibat untuk mendapatkan pengesahan sama ada instrumen kajian tersebut

dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari dan menguasai peribahasa.

Kata Kunci: Peribasa, Bitstrips, Konstruktivisme, CLE

Page 2: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

63

Pengenalan

Pendekatan, strategi mahupun teknik yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P) bahasa Melayu merupakan satu faktor penting dalam menanam

keseronokan dan sifat ingin tahu para pelajar agar tercetusnya minat terhadap

subjek ini. Pembelajaran tentang aspek peribahasa semakin kurang dititikberatkan

sungguhpun komponen ini merupakan salah satu elemen yang penting dalam

menguasai kemahiran berbahasa. Para guru perlu mengambil sikap proaktif dan

kreatif dalam menjana suatu iklim pembelajaran yang bersifat inkuiri. Dalam kajian

ini, pengkaji akan menganalisis tahap penguasaan peribahasa pelajar melalui

penggunaan perisian komik Bitstrips dan Model Pembelajaran Constructivist

Learning Environment (CLE). Pengkaji mendapati pelajar Singapura khususnya di

tahap sekolah rendah sering berhadapan dengan kesukaran mempelajari

peribahasa dan sering beranggapan aspek pembelajaran peribahasa itu

membosankan. Maka tidak hairanlah pelajar yang kurang berminat dalam

pengajaran peribahasa akan mengalami kesukaran menangani topik tersebut lantas

memberikan ‘output’ iaitu pemarkahan yang rendah atau lemah dalam penulisan

sintaksis dan ujian sumatif yang diduduki oleh pelajar.

Masalah ini wujud kerana para pelajar tidak dapat memahami makna tersirat

yang terkandung dalam peribahasa tersebut. Pelajar hanya membaca peribahasa

serta makna peribahasa yang terkandung di dalamnya tanpa memahami

sepenuhnya maksud yang ingin disampaikan. Menurut Bewley (1987) membaca

tanpa disertai minat yang mendalam boleh mengakibatkan kesukaran dalam

menelaah maksud teks secara komprehensif.

Pembelajaran melibatkan pembentukan ilmu pengetahuan melalui

pengalaman dengan dunia luar dan interaksi sosial pelajar. Kesan daripada itu akan

menjana hubungan yang aktif antara pengetahuan sedia ada pelajar dengan

pengalaman baharu untuk membentuk idea atau hipotesis mereka. Justeru pengkaji

akan memaparkan respon para subjek kajian dengan bertunjangkan Teori

Konstruktivisme melalui Model Constructivist Learning Environment (CLE) yang

dibina oleh Jonassen (1999) untuk menyelidik tahap keberkesanan kajian ini.

Page 3: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

64

Pengkaji akan mengabungkan kedua-dua elemen ini agar dapat membentuk

suatu corak pembelajaran yang interaktif, kreatif serta berkesan dalam

menyampaikan maklumat pelajaran yang ingin didedahkan kepada pelajar. Seperti

yang pernah dinyatakan oleh Shahabuddin Hashim (2004) maklumat yang

disampaikan kepada pelajar perlu mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman yang

membolehkan pelajar mengaitkan maklumat baharu dengan pembelajaran yang

telah dilalui terlebih dahulu. Dengan cara tersebut pelajar lebih mudah membuat

perkaitan. Natijahnya, pembelajaran mereka akan menjadi lebih bermakna.

Pernyataan Masalah

Para pelajar tidak dapat memahami peribahasa dengan baik kerana bagi pelajar

peribahasa mengandungi makna abstrak yang sukar untuk digarap. Seringkali cara

penyeselaian masalah yang mudah bagi pelajar untuk menguasai makna peribahasa

hanya dengan menghafal semata-mata. Masalah ini ternyata tidak menyahut

cabaran Perdana Menteri Singapura Encik Lee Hsien Loong untuk melenyapkan

cara pendidikan lama iaitu kaedah rote-learning atau penghafalan.

Lazimnya pengajaran peribahasa yang dilakukan di sekolah adalah lebih

cenderung berpusatkan kepada guru, iaitu guru memberikan penjelasan tentang

maksud peribahasa yang hendak diajarkan dan pelajar hanya terlibat secara pasif

sebagai penerima maklumat. Hal ini sewajarnya dielakkan. Corak pengajaran

peribahasa dekad ini seharusnya diajarkan kepada pelajar untuk dinikmati dan

digunakan secara meluas dalam kehidupan harian mereka. Pengajaran peribahasa

bukan sahaja berguna untuk kemahiran bahasa tetapi mempertajam rasa bahasa.

Oleh yang demikian penggunaan komik dijadikan sebagai alat bantu belajar agar

pelajar lebih jelas memahami makna yang tersirat apabila ianya dipantulkan dalam

gambaran yang lebih jelas dan konkrit.

Tujuan Kajian

Kajian ini dilakukan dengan niat akan dapat membantu guru-guru Melayu merangka

dan merancang strategi pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang lebih

berkesan. Seperti yang ditekankan dalam visi Arif Budiman, komponen peribahasa

sewajarnya dipelajari, difahami dan dihayati supaya asas pertumbuhan serta daya

pemikiran generasi kini berteraskan budaya dan nilai masyarakat bangsanya sendiri.

Page 4: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

65

Tujuan kajian ingin melihat sejauh mana penggunaan komik serta Model

Pembelajaran CLE dapat membantu pelajar:

1. mengenal pasti dan membina bahan bantu mengajar sebagai instrumenkajian;

2. mengenal pasti kelemahan pelajar dalam penguasaan makna peribahasa;3. menganalisis keberkesanan pembelajaran peribahasa menggunakan komik

melalui perisian Bitstrips ; dan4. menganalisis keberkesanan pembelajaran berasaskan kaedah pembelajaran

Model Constructivist Learning Environment (CLE) yang dibina oleh Jonassen(1999).

Pada akhir kajian ini pengkaji telah menilai rekod pencapaian para subjek

kajian berdasarkan data yang diperoleh. Pengkaji telah mendapatkan markah

keseluruhan para pelajar iaitu ujian peribahasa yang telah dilaksanakan sebelum

dan sesudah pembelajaran menggunakan komik melalui perisian Bitstrips serta

pengaplikasian Model Pembelajaran CLE. Rekod pencapaian para pelajar yang

dijadikan sebagai data kajian ini dapat mengukur serta membuktikan sama ada

keberkesanan pembelajaran kedua-dua kaedah intervensi mampu mempengaruhi

peningkatan pencapaian murid serta penguasaan peribahasa dalam kalangan

pelajar.

Sehubungan itu pengkaji telah mengedarkan borang maklum balas kepada

para pelajar serta para guru yang terlibat untuk mendapatkan maklum balas tentang

keseluruhan sesi pengajaran yang telah dijalankan. Melalui sesi ini para pelajar dan

para guru dapat menilai kaedah mana yang lebih berjaya memenuhi aspek

pembelajaran peribahasa yang dapat meninggalkan kesan pembelajaran yang

mendalam terhadap diri mereka.

Kajian Lepas

Norizan Abdul Razak (1996) dalam kajiannya Pengajaran Bahasa Berbantukan

Komputer: Satu Model Pengajaran pula telah membangunkan sebuah perisian

kursus simpulan bahasa dengan menggunakan satu sistem pengaturcaraan dari

pakej perisian bahasa Choicemaster oleh Wida Software LTD. Hasil percubaan

perisian ini telah menunjukkan kesan yang positf dan memberangsangkan. Soal

selidik serta pemerhatian guru yang terlibat dalam kajian ini telah memberikan input

bahawa pelajar lebih bermotivasi mempelajari simpulan bahasa. Tindak balas yang

Page 5: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

66

diperoleh ini mungkin disebabkan penyampaian pelajaran simpulan bahasa telah

dibentuk dengan menarik dan penyampaian pengajarannya pula adalah berbeza

daripada pengajaran kelas bahasa yang formal. Selain itu pelajar-pelajar juga

menyatakan keseronokan mengikuti pelajaran bahasa kerana tiada tekanan

daripada guru untuk menyiapkan latihan yang telah diberi. Perisian kursus yang

mesra pengguna ini juga membolehkan guru serta pelajar melakukan ulangkaji

sama ada dengan cara bersama atau kendiri.

Dalam kajian Ahmad Mahmood Musanif et al, (2010) dalam Pengetahuan

Makna Peribahasa dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah kajian tersebut telah

cuba mengenal pasti pengetahuan makna peribahasa dalam kalangan pelajar

sekolah menengah dan membincangkan tahap pengetahuan serta maknanya

mengikut jantina. Data kajian dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif menggunakan

Teori Konstruktivisme. Hasil kajian didapati responden mempunyai pengetahuan

peribahasa yang berkisar di sekitar kehidupan mereka iaitu peribahasa yang selalu

diajarkan di sekolah dan peribahasa yang sering diungkapkan dalam kehidupan

seharian. Kajian ini turut memperlihatkan bahawa pelajar memahami dan menerima

peranan peribahasa Melayu sebagai wadah untuk menyampai pengajaran dan

menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Hal ini bertepatan dengan

penciptaan peribahasa yang memainkan peranan sebagai alat didaktik dalam

kalangan masyarakat Melayu dahulu dan sekarang. Selain itu, dapatan kajian ini

juga menjelaskan bahawa faktor persekitaran sosial, pematangan melalui

pengalaman dan kognitif turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan

pengetahuan peribahasa dalam diri pelajar.

Leong Fern Nee (2012) dalam kajiannya Penggunaan Strip Komik Bagi

Meningkatkan Pencapaian Murid Dalam Topik Kitaran Air Tahun 5 bertujuan untuk

mengkaji penggunaan strip komik bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam

pembelajaran subjek Sains yang memfokuskan terhadap topik ‘Kitaran Air Tahun 5’.

Leong Fern Nee mendapati pencapaian murid dalam tajuk proses ‘Kitaran Air’

adalah kurang memuaskan dan pelajar tidak berminat terhadap tajuk ‘Kitaran Air’.

Antara punca penyebabnya ialah pelajar kurang memahami tentang konsep proses

kitaran air lantas mereka kurang berupaya untuk menjelaskan proses itu serta sukar

mengingati susunan peringkat proses yang ada. Hal demikian berlaku kerana pelajar

mendapati tajuk ‘Kitaran Air’ merupakan tajuk yang abstrak dan sukar untuk

Page 6: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

67

menghubungkaitkan prosesnya dengan kehidupan sebenar iaitu pembentukan awan

dan hujan yang berlaku dalam kitaran. Justeru kajiannya telah dilaksanakan sebagai

satu usaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah yang timbul

iaitu dengan menggunakan wadah strip komik.

Kaedah Kajian

Bagi memperoleh data kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah kajian

kepustakaan dan kajian lapangan. Selanjutnya pengkaji juga telah menggunakan

empat kaedah utama iaitu soal selidik yang berstruktur, temu bual yang tidak

berstruktur, ujian pra dan pasca serta pemerhatian. Sebelum soal selidik dijalankan,

pengkaji terlebih dahulu menemu bual subjek kajian untuk mendapatkan maklumat

yang berkaitan dengan pengetahuan peribahasa dan penggunaan peribahasa dalam

wacana penulisan mereka. Selepas itu pengkaji juga telah menjalankan ujian pra

dan pasca iaitu sebelum dan selepas sesi pengajaran dilaksanakan. Di samping itu,

pengkaji menjalankan pemerhatian terhadap subjek kajian semasa mereka

menjawab soal selidik. Data yang diperoleh melalui temu bual dan soal selidik

dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif.

Subjek Kajian

Sekolah Rendah Temasek (SRT) mempunyai seramai 42 orang pelajar daripada

darjah 3 yang mempelajari dan mengambil bahasa Melayu. Namun demikian,

pengkaji hanya memilih 26 orang pelajar sebagai para subjek kajian ini. Daripada

jumlah tersebut pengkaji telah membahagikan subjek kajian kepada dua kumpulan.

6 subjek kajian mewakili kumpulan pertama telah dijadikan sebagai kumpulan untuk

tujuan kajian rintis. Kumpulan kedua pula yang terdiri daripada 20 subjek kajian telah

dikhaskan sebagai kumpulan untuk menjalani kajian tindakan. Subjek-subjek dalam

kajian ini juga merupakan pelajar yang mewakili darjah 3AB dan 3EFG.

Subjek kajian darjah 3AE dan 3EFG di SRT pada amnya telah digolongkan

mengikut tahap pembelajaran mereka. Penggolongan ini telah dilakukan setelah

dinilai keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2012 sewaktu subjek kajian berada di

darjah 2. Para subjek kajian telah digolongkan mengikut tahap-tahap tertentu iaitu

High Ability (HA), Middle Ability (MA) dan Low Ability (LA). Secara keseluruhannya

subjek kajian yang telah digolongkan dalam tahap HA mendapat peratusan markah

Page 7: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

68

keseluruhan antara 75 hingga 100 markah untuk Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa

Melayu 2012. Para subjek kajian bagi tahap MA mendapat 65 hingga 74 markah

manakala para subjek kajian tahap LA mendapat 64 markah ke bawah bagi

Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa Melayu 2012.

Instrumen Kajian

Dalam bahagian ini pengkaji akan menerangkan instrumen kajian yang telah

digunakan. Sebelum memulakan kajian, pengkaji telah membina satu rancangan

pengajaran agar sesi pengajaran sepanjang empat sesi itu akan terpandu ke arah

objektif pengajaran. Alat bantu mengajar yang digunakan secara amnya ialah slaid

Powerpoint serta komik melalui perisian Bitstrip, kad emosi, lembaran kerja dan

Kertas Ujian Peribahasa untuk ujian pra dan pasca. Selain alat bantu mengajar

sebagai instrumen kajian, pengkaji juga telah menggunakan kaedah pemerhatian,

soal selidik dan temu bual.

a) Kaedah Pemerhatian

Sebelum sesi kajian dijalankan, pemerhatian awal telah dilakukan oleh pengkaji

terhadap persekitaran tempat kajian. Suasana di bilik darjah yang mana

pembelajaran bahasa Melayu akan dilangsungkan turut diberikan pemberatan oleh

pengkaji.

b) Kaedah Soal Selidik

Pengkaji telah menyiapkan dua set borang soal selidik untuk para subjek kajian.

Borang soal selidik pertama telah diberikan kepada subjek kajian pada peringkat

awal kajian ini untuk mendapatkan latar belakang serta tahap keupayaan mereka

menggunakan TMK. Manakala set kedua borang maklum balas telah diberikan

kepada para guru dan subjek kajian setelah menjalani sesi kajian untuk

mendapatkan pandangan mereka tentang pembelajaran peribahasa menggunakan

Bitstrips dan kaedah pembelajaran CLE.

c) Kaedah Temubual

Pengkaji turut menjalankan kaedah temubual ke atas 6 subjek kajian berserta 3 guru

iaitu antaranya 2 orang guru yang mengajar bahasa Melayu manakala seorang guru

merupakan guru yang mengajar bahasa Inggeris telah ditemualkan. Pengkaji telah

Page 8: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

69

melibatkan seorang guru daripada Jabatan Bahasa Inggeris kerana guru tersebut

merupakan Ketua bagi Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Guru

tersebut banyak melibatkan penggunaan TMK dalam pembelajarannya dan sering

meneroka kaedah baharu dalam pembelajaran yang berteraskan TMK. Temubual

yang telah dilakukan oleh pengkaji telah dilakukan secara tidak berstruktur.

Temubual ini diadakan untuk mendapatkan pandangan subjek kajian serta para guru

mengenai kaedah pembelajaran yang digunakan untuk pelajaran peribahasa. Selain

itu mereka juga diminta untuk memberikan pandangan tentang kemampuan dan

keberkesanan pembelajaran bercorak visual yang dapat digabungjalinkan dalam

situasi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

d) Model CLE dan Bitstrips

Pada sesi pengajaran pertama, subjek kajian telah diperkenalkan kepada 15 senarai

peribahasa yang menjadi bahan kajian. Pengkaji telah menggunakan kaedah

pengajaran secara kuliah atau kaedah ‘chalk and talk’. Kaedah ini merupakan suatu

kaedah pengajaran tradisional yang secara amnya telah diterima pakai oleh

masyarakat secara konvensi khususnya golongan para guru. Kaedah pengajaran ini

bercorak sehala dan penglibatan subjek kajian semasa pengajaran pula adalah

minimal. Sewaktu P&P dijalankan pada sesi pengajaran pertama, pengkaji hanya

menggunakan alat bantu mengajar iaitu papan putih untuk mengajar 15 senarai

peribahasa yang merupakan bahan kajian. Pengkaji juga telah meminta para subjek

kajian untuk menyalin semula apa yang telah ditulis di papan putih. Selain itu,

pengkaji banyak mengekploitasi kaedah pengajaran bercorak eksplainatori untuk

menyampaikan makna-makna peribahasa.

Sesi pengajaran kedua, pengkaji menggunakan kaedah intervensi melalui

penerapan metodologi Teori Konstruktivisme. Pengkaji menggunakan teori tersebut

untuk menguji sejauh mana keberkesanan pengajaran yang dijalankan dengan

menggunakan alat bantu pengajaran berbentuk animasi kartun ‘Transformers’.

Pengkaji telah mengaplikasi Model Constructivist Learning Environment (CLE)

daripada Teori Konstruktivisme yang dibina oleh Jonassen (1999).Menurut Jonassen

(1999) terdapat enam komponen penting dalam pembelajaran Teori Konstruktivisme.

Page 9: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

70

I. Proses Pertama Model Pembelajaran CLE: Soalan/Kes/Masalah/Projek.

Watak kartun Transformers telah diperkenalkan sebagai watak utama yang akan

mengikuti pengajaran pengkaji sepanjang sesi P&P itu. Pengkaji telah menggunakan

watak ini untuk mengajukan masalah yang perlu diselesaikan oleh subjek kajian.

Masalah yang diwujudkan ialah ancaman yang dihadapi oleh negara Singapura

daripada Robot Decepticons yang jahat. Para subjek kajian dikehendaki membantu

Transformers untuk menghadapi setiap peringkat misi yang telah dibina untuk

memgembalikan keamanan negara. Pengkaji telah memanipulasikan masalah-

masalah yang dialami watak ini melalui tiga peringkat misi yang berbeza. Setiap

peringkat misi yang dilalui subjek kajian, merupakan suatu proses latih tubi yang

akan dapat membantu mereka untuk menguasai 15 makna peribahasa pada akhir

sesi pembelajaran.

II. Proses Kedua Model Pembelajaran CLE: Perkaitan Kes

Selesai sahaja pengajaran peribahasa, subjek kajian dikehendaki menjalani misi 1.

Pengkaji telah membawa para subjek kajian ke ‘Planet Lagu’. Para subjek kajian

telah diperdengarkan sebuah lagu peribahasa. Di dalam lagu tersebut terdapat 10

daripada 15 peribahasa yang telah diajarkan. Dalam misi 1 ini, para subjek kajian

dikehendaki mencari peribahasa yang berselindung di sebalik lagu. Misi ini secara

tidak langsung memberikan ruang kepada para subjek kajian untuk

memaksimumkan potensi pembelajaran yang terarah kepada Musical Intelligence.

Pengkaji serta para subjek kajian telah menyanyikan lagu peribahasa yang telah

diadaptasikan oleh lagu rakyat ‘Ikan Kekek Mak Iloi Iloi’.

Para subjek kajian secara berkumpulan telah diberikan lirik lagu tersebut dan

mereka dikehendaki membulatkan peribahasa yang terdapat di dalamnya.

Permainan misi 1 ini bertujuan untuk melihat sejauh mana para subjek kajian dapat

mengimbas kembali peribahasa yang telah didedahkan. Sehubungan itu ia juga

menguji kemahiran mendengar para subjek kajian. Secara tidak langsung aktiviti

berkumpulan ini juga dapat meningkatkan kaedah pembelajaran bersama dan

mengasah kemahiran Intrapersonal serta Interpersonal Intelligence para subjek

kajian.

Page 10: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

71

III. Proses Ketiga Model Pembelajaran CLE: Sumber Maklumat

Seterusnya pengkaji berganjak ke proses ketiga dalam pengaplikasian Model

Pembelajaran CLE melalui permainan misi 2. Pada peringkat ini maklumat

diperlukan untuk membina model mental pelajar. Maklumat yang disampaikan perlu

difahami dengan lebih jelas sebelum pelajar membuat hipotesis untuk

menyelesaikan masalah. Pada misi 2, pengkaji telah mengedarkan lembaran kerja.

Para subjek kajian dikehendaki membina 15 ayat dengan menggunakan kata kunci

yang disediakan bagi setiap peribahasa. Pada waktu yang sama, makna peribahasa

yang disampaikan melalui komik Bistrips masih ditayangkan pada layar.

Aktiviti ini bertujuan untuk menilai keupayaan para subjek kajian membina

ayat yang dapat membawa kepada makna peribahasa yang betul. Para subjek

kajian secara berpasangan telah digalakkan untuk berbincang dan mendapatkan

pandangan rakan-rakan untuk membina ayat yang mengandungi peribahasa

tersebut. Setelah para subjek kajian menyiapkan lembaran kerja secara individu,

pengkaji telah menyemak serta melakukan pembetulan bersama para subjek kajian.

Hal ini dilakukan agar kesilapan tersebut tidak diulang semasa pembinaan

peribahasa komik Bitstrips yang akan dilakukan juga secara individu pada sesi

pengajaran selanjutnya.

Pengkaji menggunakan wadah lembaran kerja sebagai persediaan membuat

ayat-ayat peribahasa sebelum memindahkan maklumat tersebut ke dalam perisian

Bitstrips. Penyemakan serta pembetulan telah dilakukan agar pembinaan komik

serta produk akhir komik Bitstrips para subjek kajian tidak lagi menunjukkan

kesalahan daripada aspek tatabahasa. Langkah ini juga merupakan satu corak

pembelajaran kerana ianya bersifat pengulangan.

IV. Proses Keempat Model Pembelajaran CLE: Alat Kognitif

Pada sesi pengajaran ketiga, pengkaji telah membawa para subjek kajian ke

makmal komputer. Pengkaji telah mengajarkan kepada para subjek kajian cara-cara

menggunakan perisian Bitstrips. Perlu dijelaskan di sini perisian Bitstrips ini

merupakan sebuah perisian yang menggunakan bahasa Inggeris. Namun demikian

pengkaji telah mengeksploitasikan perisian tersebut untuk digunakan dalam

Page 11: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

72

pengajaran bahasa Melayu. Justeru pengkaji telah menerangkan setiap fungsi yang

terdapat dalam perisian tersebut dalam bahasa Melayu kepada para subjek kajian.

Perisian ini digunakan sebagai alat untuk membantu dalam struktur aktiviti

yang diperlukan untuk penyelesaian masalah dalam misi 3. Dalam misi 3, para

subjek kajian perlu menulis sebuah cerita pendek berbentuk komik di dalam

lembaran kerja. Cerita pendek ini mengandungi makna peribahasa yang telah

dipelajari. Para subjek kajian telah dipandu untuk membuat komik berdasarkan 15

ayat yang telah disemak dan dilakukan pembetulan pada sesi pengajaran kedua.

V. Proses Kelima Model Pembelajaran CLE: Alat Perbualan Dan Kolaboratif

Alat ini membolehkan para subjek kajian untuk berkongsi maklumat. Pengkaji telah

menggunakan fungsi sharing daripada perisian Bitstrips for Schools yang mana

ianya membolehkan para subjek kajian memuatnaikkan tugasan komik peribahasa

mereka ke dalam pangkalan data tersebut untuk dikongsikan bersama para subjek

kajian yang lain. Pengkongsian sebegini akan memberi manfaat kepada para subjek

kajian kerana mereka akan mendapat maklumat yang lebih serta secara tidak

langsung mereka dapat menilai hasil tugasan rakan-rakan yang lain.

VI. Proses Keenam Model Pembelajaran CLE: Sokongan Sosial

Pembelajaran memerlukan penyediaan persekitaran yang membenarkan

perhubungan sosial. Sokongan boleh didapati dengan mengadakan seminar atau

bengkel. Namun demikian dalam kajian yang ringkas ini, para subjek kajian

mendapat sokongan sosial hanya daripada pengajaran singkat dengan pengkaji dan

juga pembelajaran yang dilakukan di sekolah mereka bersama-sama guru iaitu di

SRT.

Prosedur Kajian

Pengkaji telah menyiapkan dua set kertas ujian peribahasa. Kedua-dua set kertas ini

merupakan soalan kertas yang sama. Kertas ujian pertama diberikan kepada subjek

kajian setelah menjalani pembelajaran bercorak kaedah tradisional iaitu kaedah

‘Chalk and Talk’ manakala set kertas ujian yang kedua diberikan setelah para subjek

kajian menjalani pembelajaran peribahasa dengan menggunakan komik melalui

perisian Bitstrips. Tujuan kedua-dua set kertas ujian ini diberikan kepada subjek

Page 12: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

73

kajian sebelum dan sesudah sesi pengajaran adalah bertujuan untuk membantu

pengkaji mendapatkan data dan menganalisis tahap penguasaan para subjek kajian

terhadap 15 makna peribahasa yang telah diajarkan. Seterusnya pengkaji membuat

perbandingan pencapaian para subjek kajian sebelum dan selepas mereka

didedahkan kepada kaedah ini.

Dapatan Kajian dan Perbincangan

Berikut ialah hasil dapatan dan perbincangan:

Hasil daripada kaedah ‘Chalk and Talk’ ini, pengkaji mendapati jurang

komunikasi wujud. Pengkaji banyak memainkan peranan sebagai penyampai

yang sarat dengan maklumat manakala para subjek kajian hanya

memberikan respon bercorak statik. Pengkaji dapat melihat para subjek

kajian kurang berminat untuk ikut serta secara aktif dalam proses P&P ini.

Tiada soalan yang diajukan walaupun pengkaji cuba merangsang para subjek

kajian untuk menanyakan soalan. Para subjek kajian banyak memberikan

gerak balas tentang pemahaman mereka terhadap P&P yang dijalankan

melalui isyarat badan atau Body language. Para subjek kajian hanya

menggelengkan atau menganggukkan kepala untuk mengesahkan atau

menolak sesuatu maklumat.

Pada akhir sesi pengajaran kaedah ‘Chalk and Talk’ dilakukan, ujian pra

peribahasa menunjukkan penguasaan peribahasa mereka berada pada tahap

lemah. Para subjek kajian turut mendapati bahawa makna peribahasa yang

diberikan oleh sukatan Pelajaran Singapura (2008) dalam senarai peribahasa

itu sangat panjang. Selain itu, para subjek kajian juga secara amnya telah

mengakui bahawa mereka menggunakan daya hafalan untuk mempelajari 15

makna peribahasa tersebut. Justeru sewaktu menjawab pra ujian yang

diberikan, kebanyakan subjek kajian tidak dapat mengingati semula fakta

tersebut. Input yang diberikan oleh guru pula telah menyokong pandangan

pengkaji yang mana para subjek kajian masih lagi baharu mengenali dan

menguasai konsep peribahasa. Guru juga akur bahawa kaedah yang

digunakan semasa mengajar peribahasa juga masih lagi pada tahap yang

konservatif.

Page 13: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

74

Setelah model CLE dilakukan ke atas para pelajar, pengkaji telah

menganalisis kesalahan bahasa para pelajar dalam penulisan ayat

peribahasa mereka. Analisis kesalahan bahasa dilakukan berdasarkan dua

aspek, iaitu analisis kesalahan bahasa daripada aspek morfologi dan analisis

kesalahan bahasa daripada aspek sintaksis. Dari sudut morfologi pengkaji

mendapati gaya bahasa lisan paling kerap digunakan. Sungguhpun ia ialah

kesalahan yang ketara, namun aspek ini tidak menjejaskan semantiknya. Hal

ini kerana unsur bahasa lisan lebih bergantung kepada intonasi serta gerak

geri untuk menyampaikan sesuatu maksud. Makna yang ingin disampaikan

oleh para subjek kajian mengenai suatu peribahasa dalam pengamatan

pengkaji masih lagi tercapai.

Dari sudut sintaksi pula, Teori Transformasi Generatif (TG) mengandaikan

adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan

peringkat struktur permukaan. Pertama, jenis rumus struktur frasa yang

menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali

sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur

ayat hingga membawa kepada peringkat permukaan. Pada peringkat struktur

dalaman, iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau

ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan

erti kata lain, membentuk semantik ayat. Kedua, peringkat struktur

permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan

(transformasi) daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat

yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur dan yang diperlukan untuk

ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa, yang dinamakan komponen fonologi.

Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal

daripada dua struktur dalaman atau lebih, maka akan wujud keadaan

ketaksaan ayat. Setelah menjalankan kajian ini, penemuan yang didapati

oleh pengkaji adalah berbeza. Pengkaji berasa sungguhpun pada struktur

pemukaan ayat, para subjek kajian telah melakukan kesilapan dari sudut

morfologinya seperti kesalahan imbuhan, ejaan, kata hubung, kata sendi dan

sebagainya namun aspek-aspek kesalahan itu tidak menjejas unsur semantik

yang terkandung dalam ayat peribahasa tersebut. Hal ini kerana secara

amnya para subjek kajian berjaya menggunakan kata kunci dalam setiap

Page 14: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

75

peribahasa untuk menerangkan perihal tentang sesuatu peribahasa.

Sehubungan itu, perkara ini turut menunjukkan secara tidak langsung para

subjek kajian sebagai penutur jati bahasa Melayu tahu akan sesuatu

maklumat dan memahami unsur semantik yang sudah mungkin berlaku

dalam kognitif individu iaitu yang terjadi dalam proses struktur dalaman ayat.

Namun, oleh sebab atas dasar gangguan-gangguan tertentu seperti kecuaian

semasa mengeja atau kekeliruan penggunaan imbuhan yang betul, sewaktu

struktur dalaman ini hendak dipantulkan kepada struktur permukaan ayat,

maka terjadinya kesalahan dari aspek tatabahasa.

Hampir kesemua subjek kajian mengakui pembelajaran peribahasa dengan

menggunakan komik melalui perisian Bitstrips untuk mempelajari makna

peribahasa telah memudahkan pemahaman serta penguasaan mereka.

Tambahan pula subjek kajian mendapati pembelajaran peribahasa lebih

mudah dan seronok dipelajari setelah mereka pandai menggarap kata-kata

kunci yang terdapat dalam sesuatu peribahasa. Pengkaji turut mendapati

para subjek kajian tidak mengalami kesukaran menggunakan perisian ini

memandangkan ianya adalah mesra pengguna dan para subjek kajian juga

sangat kreatif kerana dapat mengekploitasikan penggunaan kepelbagaian

tools yang terdapat dalam perisian.

Pengkaji juga mendapatkan maklum balas para guru yang telah diajarkan

cara menghasilkan komik untuk pembelajaran peribahasa dengan

menggunakan perisian. Maklum balas yang diterima ialah para guru bersetuju

bahawa penggunaan komik melalui perisian Bitstrips untuk mengajar

peribahasa apabila digabungjalinkan dengan Model Pembelajaran CLE dalam

sesi pengajaran telah meningkatkan pemahaman serta penguasaan pelajar.

Hal ini dinyatakan setelah para guru melihat kebolehan serta potensi para

pelajar mereka membina ayat dan menghasilkan jalan cerita secara kreatif

untuk melahirkan pemahaman mereka terhadap sesuatu peribahasa. Selain

itu perbandingan peningkatan markah dalam rekod pencapaian subjek kajian

yang telah dilakukan oleh pengkaji telah membuatkan para guru berasa teruja

kerana subjek kajian menunjukkan prestasi yang positif dalam ujian pasca.

Page 15: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

76

Dapat disimpulkan, penguasaan terhadap 15 senarai makna peribahasa yang

diberikan sudah mula menampakkan hala tuju yang progresif dan positif.

Sungguhpun pencapaian yang ditunjukkan masih lagi berada pada kadar

sederhana terutamanya ke atas golongan subjek LA, namun keupayaan para

subjek kajian untuk mengaitkan makna peribahasa dengan peribahasa yang

betul setelah menggunakan komik melalui perisian Bitstrips sudah cukup

membuktikan kajian ini mampu menepati objektif sebenar keseluruhan kajian.

Pengkaji percaya secara tidak langsung, pembelajaran dengan menggunakan

wadah komik ini dapat memanfaatkan para subjek kajian memandangkan

dalam pemerhatian pengkaji, kesemua subjek kajian amat cenderung

terhadap pembelajaran yang berbentuk visual. Justeru mereka dapat

dikategorikan sebagai pelajar yang mempunyai Visual Intelligence. Lantas

secara tidak langsung, pengkaji cuba mengeksploitasi kecenderungan

pembelajaran mereka pada tahap semaksima yang mungkin.

Kesimpulan

Kajian yang telah dilaksanakan ke atas para subjek kajian darjah 3 di Sekolah

Rendah Temasek ini telah memanifestasikan keberkesanan penggunakan komik

melalui perisian Bitstrips dan Model Constructivist Learning Environment (CLE)

untuk membantu mereka mempelajari serta menguasai peribahasa. Setiap misi

merupakan kayu ukur untuk menilai pemahaman para subjek kajian terhadap ‘kuliah’

yang telah diberikan. Soalan-soalan ini disengajakan berbentuk manipulasi melalui

wadah animasi kartun Transformers agar pembelajaran dapat berlangsung secara

‘Play and Learn’. Menurut Vygotsky (1967), bermain dapat membantu

perkembangan bahasa dan pemikiran kanak-kanak. Justeru pengkaji mendapati,

kaedah sebegini dapat menghasilkan dapatan kajian yang selari dengan objektif

kajian.

Pengkaji telah memilih aspek peribahasa sebagai korpus kajian kerana

pengkaji mendapati skop ini masih mempunyai banyak lagi ruang untuk penerokaan

kajian. Pembelajaran peribahasa dengan menggunakan wadah komik melalui

perisian Bitstrips ini masih belum dikupas atau diperkatakan oleh ahli sarjana dalam

negara namun asas kajiannya sudah ada di luar negara. Justeru kajian ini

diharapkan dapat dimanfaatkan sebagai bahan rujukan untuk pengkaji-pengkaji lain

Page 16: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

77

pada masa hadapan. Teori dan metodologi yang digunakan oleh pengkaji dapat

dijadikan sebagai bahan rujukan atau landasan kepada pengkaji-pengkaji lain

mahupun guru-guru yang berminat untuk melakukan kajian yang sama atau dengan

lebih mendalam lagi. Selain daripada guru-guru bahasa Melayu, pengkaji juga

berharap bahawa dapatan daripada kajian ini secara umum dapat menjadi bahan

tatapan ibu bapa dan masyarakat secara keseluruhan yang ingin membantu anak-

anak mereka dalam pengajian peribahasa Melayu.

Rujukan

Abdul Hamid Mahmood. 2002. Guru dan Bahasa Melayu. Selangor: Kemaman Printing Press Sdn. Bhd.

Atan Long. 1981. Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Sdn. Bhd.

Ahmad Mahmood Musanif et al. 2010. “Pengetahuan Makna Peribahasa dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah”. Jurnal Linguistik Jilid 13 (Edisi Khas): 1- 16

Bewley, Ruth Kays. 1987. The Effects of Prior Knowledge and Reader Interest on Fourth and Sixth Grade Students’ Reading Comprehension. University of Kentucky.

Djamarah dan Zain. 1996. Strategi Belajar Mengajar. Jakarta : PT Rineka Cipta. Edward L. Thorndike. (1999) [1913], Education Psychology: briefer course, New

York: Routledge. Jonassen, D & ohrer-.Murphy, L. (1999). Activity theory as a framework for designing constructlvlst learnmg environments. Educational Technology: Research and Development, 46(1) Leong Fern Nee & Amir Hamzah. 2012. ‘Penggunaan Strip Komik Bagi

Meningkatkan Pencapaian Murid Dalam Topik Kitaran Air Tahun 5’. Kertas Kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Malaysia: Pulau Pinang

Norizan Abdul Razak. 1996. Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer: Satu Model Pengajaran. Kuala Lumpur: Jati.

Shahabuddin Hashim, et al (2003). Pedagogi, Strategi Dan Metode Mengajar Dengan Berkesan. Bentong: PTS Publishing & Distributor Sdn. Bhd.

Kertas kerja

Ferguson, C.A. 1971. Language Structure and Language Use: Essays; selected and introduced by Anwar S. Dil. California: Stanford University.

Leong Fern Nee & Amir Hamzah. 2012. ‘Penggunaan Strip Komik Bagi Meningkatkan Pencapaian Murid Dalam Topik Kitaran Air Tahun 5’. Kertas Kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Malaysia: Pulau Pinang

Page 17: MLCS Final 65 81 Arni Johan

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

78

Seminar

Azalina Abdul Wahap. (29 – 30 Ogos 2013). ‘Konteks, Input,Proses Dan Hasil Penggunaan Kaedah Ilustrasi Komik Terhadap Pelajar Tingkatan Empat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Di Salah Sebuah Sekolah Di Daerah Papar:Satu Kajian Kes’. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi: Kuala Lumpur

Fauziah Osman, Anisah Mustaffa & Nurhidayah Ashari. (16-20 Sept 2012). ‘Penggunaan Peribahasa Dalam Penulisan Karangan Melalui Pembelajaran Koperatif’. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pemantapan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Bahasa Melayu. Kuching: Sarawak.

Mardina Haji Mahadi. (14-15 Mac 2006). Analisis Istilah Teknologi Maklumat Dari Segi Aspek Morfologi. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Bahasa dan Sastera, sempena Sidang Ke-45 MABBIM dan Sidang Ke-11 MASTERA, di Hotel Orchid Garden, Berakas, Brunei Darussalam.