Mmk PTT Tambahan Tamnaman Fertigasi 2014

14
Ruj. Kami : PPNJ(A).MESY.207/08/004-1 JLD.25 ( ) JAWATANKUASA PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI NEGERI JOHOR KERTAS MAKLUMAN PROJEK TANAMAN FERTIGASI PROGRAM GALAKAN USAHAWAN (PGU) NEGERI JOHOR 1.0 TUJUAN 1.1 Tujuan kertas ini adalah untuk memaklumkan kepada Kerajaan Negeri bagi membangunkan Projek Tanaman Fertigasi di bawah sub Program Pembangunan Tanah Terbiar, Program Galakan Usahawan Negeri Johor. 2.0 OBJEKTIF Selaras dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE), berteraskan berpendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan, objektif projek ini adalah seperti berikut ; 2.1 Projek ini dirancang bagi menggunapakai teknologi fertigasi di dalam sistem pengeluaran sediada selain dapat meningkatkan penggunaan sumber- sumber sedia ada. 2.2 Mempercepatkan transformasi sektor pertanian daripada pertanian konvensional kepada pertanian komersial yang lebih lestari dan mesra alam. 1

description

hjn

Transcript of Mmk PTT Tambahan Tamnaman Fertigasi 2014

Ruj. Kami : PPNJ(A).MESY.207/08/004-1 JLD.25 ( )

JAWATANKUASA PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI NEGERI JOHOR

KERTAS MAKLUMAN PROJEK TANAMAN FERTIGASI PROGRAM GALAKAN USAHAWAN (PGU)NEGERI JOHOR1.0 TUJUAN

1.1 Tujuan kertas ini adalah untuk memaklumkan kepada Kerajaan Negeri bagi membangunkan Projek Tanaman Fertigasi di bawah sub Program Pembangunan Tanah Terbiar, Program Galakan Usahawan Negeri Johor.

2.0 OBJEKTIFSelaras dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE), berteraskan berpendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan, objektif projek ini adalah seperti berikut ;

2.1 Projek ini dirancang bagi menggunapakai teknologi fertigasi di dalam sistem pengeluaran sediada selain dapat meningkatkan penggunaan sumber- sumber sedia ada.

2.2 Mempercepatkan transformasi sektor pertanian daripada pertanian konvensional kepada pertanian komersial yang lebih lestari dan mesra alam.

2.3 Mengurangkan jumlah tanah terbiar sediada di Negeri Johor sekaligus meyakinkan usahawan terhadap penggunaan teknologi tinggi bagi meningkatkan pengeluaran dan produktiviti tanaman.2.4 Meningkatkan pendapatan usahawan kepada RM 3,000 bersih sebulan.3.0 LATARBELAKANG

3.1 Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer & irrigation). Fertigasi dapat ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman di mana baja (dalam bentuk larutan/nutrient) diagihkan kepada zon akar tanaman melalui sistem pengairan. 3.2 Dua asas utama fertigasi melibatkan penggunaan baja (dalam bentuk larutan) dan juga sistem pengairan. 3.3 Aspek pengurusan tanaman yang meliputi kerja-kerja awalan seperti penyediaan media, semaian, mengubah ke ladang, kawalan perosak dan penyakit, kawalan terhadap sistem pengairan dan saliran, kebersihan ladang, diagnosis masalah tanaman, pensterilan, pengagihan nutrient dan perkara berkaitan fisiologi tanaman diberikan tumpuan dalam kaedah penanaman fertigasi unutk mendapatkan pengeluran konsisten dengan kualiti hasil yang tinggi pada tahap optima serta menguntungkan.

4.0 KEPERLUAN ASAS

Di antara keperluan asas untuk melaksanakan kaedah penanaman fertigasi ialah:a) Struktur Pelindung Hujan (SPH)b) Sumber Air Bersihc) Sistem Pengairand) Rumah semaiane) Baja(nutrient)f) Media tanamang) Bekas tanaman di ladang dan semaian (polibeg dan dulang semaian).h) Biji benih terpilihi) Alat pengukur pH da EC meter

4.1 Struktur Pelindung Hujan(SPH)Penggunaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) bertujuan untuk mewujudkan persekitaran terkawal yang membolehkan aktiviti pengeluaran tanaman berjalan secara berterusan. Penggunaan SPH juga dapat meningkatkan keberkesanan pembajaan. SPH boleh diperbuat daripada bahan tertentu seperti buluh, kayu dan besi. Bahan yang digunakan ini mempunyai ketahanan dan kos yang berbeza. Secara komersilnya, rangka yang diperbuat daripada besi adalah lebih tahan lama dan ekonomik untuk jangka masa panjang. Bentuk bumbung yang disyorkan adalah separa bulat atau ergonomik. Bentuk ini, dapat mengurangkan tekanan angin dan menambah hayat bumbung. Bumbung mestilah lutsinar sama ada menggunakan plastic UV dengan ketebalan 0.15 mm atau lebih atau bumbung acrylic (akrilik). Ciri-ciriSPH mestilah mempunyai pengudaraan yang baik dan membolehkan penerimaan pengcahayaan yang optima.

4.2 Sumber Air BersihSumber air untuk penanaman secara fertigasi perlu diberi keutamaan semasa membuat perancangan dan pemilihan tapak projek.Sumber air yang banyak dan berterusan adalah amat perlu dan kualiti air perlu diperiksa terlebih dahulu. Elakkan daripada menggunakan air yang kotor, tercemar atau mengandungi unsur toksik yang boleh menjejaskan pertumbuhan tanaman.4.3 Sistem PengairanSistem pengairan merupakan nadi utama dalam kaedah penanaman secara fertigasi. Fungsi utamanya ialah untuk mengagihkan nutrient kepada setiap tanaman (zon akar).

4.4 Rumah semaianRumah semaian sebagai satu komponen yang perlu disediakan. Ini boleh didirikan sebagai satu unit khas atau menjadikan sebahagian kawasan penanaman sebagai tapak semaian. Kesihatan tanaman bermula disisni . Oleh itu, kebersihan dan semua langkah kawalan perlu ada dan dilaksanakan bagi menjamin anak pokok hidup dengan peratusan yang tinggi dan subur.

4.5 Baja(Nutrien)Tanaman memerlukan semua unsur pemakanan yang seimbang. Setiap campuran bahan dalam penyediaan baja mestilah mampu membekalkan semua mineral yang dip[erlukan iaitu nitrogen(N), fosforus (P) Kalium (K), Magnesium (Mg), kalsium(Ca), ferum (Fe), Zink (Zn), mangan (Mn), Kuprum (Cu), boron (B), molybdenum(Mo), dan sulphur (S). Jumlah unsur mestilah seimbang dengan keperluan tanaman dan jumlah unsur adalah berbeza bagi setiap jenis tanaman.

4.6 Media TanamanMedia terbaik untuk diisi di dalam bekas tanaman haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:a) Pegangan Air 60-80%b) Mempunyai Pengudaraan 20-40%c) Boleh memegang/menyerap nutrientd) Kebolehubahsuaian pHe) Kebolehan penyusupan akar tanaman yang baik.f) Bebas penyakitg) Tidak mencemarkan alam sekitar

4.7 Bekas tanamanPolibeg putih adalah disyorkan kerana ia dapat mengurangkan kadar penyerapan haba dan mengelakkan kejadian pengumpulan akar padat dibahagian tepi. Lain-lain bekas seperti polibeg hitam, pasu plastic dan pasu tanah boleh juga digunakan.

4.8 Biji benih terpilihBiji benih yang baik dan terpilih telah siap sedia dirawat. Sesetengah biji benih mempunyai jaminan rintang kepada beberapa penyakit kulat atau penyakit.

4.9 Alat PengukurDalam amalan pertanian tepat precision farming, ketepatan adalah perlu. Alat pengukur asas yang diperlukan ialah meter pH(Potential of Hydrogen) dan EC(electrical conductivity)

5.0 SKOP BANTUANSkim Pembangunan Tanah Terbiar (PTT) ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Pembangunan Projek Pertanian, Meningkatkan Pengeluaran Tanaman Makanan (MPTM) dan Projek Tanaman Fertigasi

5.1 Pembangunan Projek Pertaniana) Keluasan minimum bantuan 0.4 ha, dan tertakluk kepada had maksima RM30,000/pesertab) Bantuan adalah berupa pembersihan kawasan, pembelian input-input ladang, sistem pengairan, penyediaan tanah dan juga jentera pertanian kecil.c) Keluasan maksimum bantuan adalah 2.5 hektar per individu dan kelompok adalah mengikut bilangan ahli.d) Kadar bantuan yang boleh dipertimbangkan bagi setiap hektar adalah RM13,000.e) Jenis tanaman yang akan dimajukan adalah seperti kelapa, buah-buahan kekal. (contohnya; Pokok belimbing, limau, dokong,duku langsat, nangka, durian belanda, durian dsb.)

5.2 Meningkatkan Pengeluaran Tanaman Makanan(MPTM)a) Insentif diberikan dalam bentuk tunai kepada peserta-peserta yang telah berjaya melaksanakan projek tanaman selingan dan kebun integrasi pada tahun semasa.b) Pemohon perlu bertanam minimum 0.4 ha bagi tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman singkat masa. c) Kadar maksimum bantuan ialah RM 1,500 setiap peserta bagi keluasan 0.8 hektar sahaja.

5.3 Projek Tanaman FertigasiBerikut adalah garis panduan pelaksanaan Projek Tanaman Fertigasi:a) Terbahagi kepada 2 iaitu Sistem Fertigasi Terbuka dan Sistem Fertigasi di bawah struktur pelindung hujan.b) Peruntukan adalah RM30,000/peserta merangkumi pembinaan SPH, input dan peralatan fertigasi seperti polytank,motor pump letrik, digital meter, paip PVC, polibeg, silvershine, penitis, baja fertigasi dan racun perosak.c) Projek dilaksanakan di tanah milik atau tanah sewaan yang mendapat kebenaran bertulis atau tanah yang mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.d) Peruntukan ini juga merangkumi aktiviti pemantauan dan pelaporan projek.e) Pembiayaan yang disediakan adalah bagi pembinaan SPH dan peralatan(70%) dan pembelian input (30%) dan diberikan sekali sahaja. Untuk penanaman seterusnya pembelian input perlu disediakan oleh peserta.f) Menggunakan teknologi fertigasi kaedah batas/bantal/polibegg) Penekanan kepada teknologi hijau melalui penggunaan mikroorganisma berfaedah(contoh:EM,IMO,BMO dsb.)h) Infrastruktur dan peralatan utama diberi secara pinjaman. Sekiranya petani tidak meneruskan projek, infrastruktur dan peralatan tersebut akan diambil balik untuk diberi kepada pengusaha lain yang berminat.i) Peserta yang diberi keutamaan adalah dikalangan petani konvensional sediada yang berpotensi besar untuk mengaplikasikan teknologi tinggi di dalam pengeluaran masa hadapan.j) Pemilihan jenis tanaman diambil kira kerana memandangkan kos pembinaan fertigasi lengkap adalah tinggi. Justeru itu, tanaman yang nilai tinggi di pasaran tinggi diutamakan. Sebagai contoh tanaman rock melon(Feb-Sept) dan Tanaman Cili (Okt-Jan).k) Jabatan Pertanian telah mengenal pasti 10 projek fertigasi yang layak di jadikan model farm kepada setiap usahawan yang menerima bantuan ini. Konsep ini juga dikenali sebagai mentor-mentee. Walaubagaimanapun, konsep mentor-mentee ini tertakluk kepada bimbingan dan tunjuk ajar sahaja. Sebarang pembelian berdasarkan kelulusan akan di lakukan melalui proses sebutharga oleh pihak jabatan. Selain daripada itu, jabatan berupaya meminda atau membuat lantikan baru kepadausahawan mentor berdasarkan kepada kemajuan projek mereka.l) Sebagai tanda penghargaan kepada usahawan mentor ini, mereka layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan bahan input bagi projek fertigasi dengan nilai RM2,000.

5.3.1Contoh Pakej Fertigasi di pasaranKEPERLUAN ASAS PENANAMAN & PENGURUSAN (BEKALAN SAHAJA)1500 POKOK FERTIGASI TERBUKA (15000 KA.PERSEGI)BILBARANGANKUANTITIRM/UNITNILAI (RM)

1Weed control mat & paku 4.0 roll900.003600.00

2Sistem pengairan0.00

3Operasi (tangki 2(600G), pam 1.0hp, digital timer & set system) L/S2800.002800.00

4Paip ladang 32mm 2.0 roll =RM340.0016mm 5 roll = RM750.00Micro tubing 13 roll = RM520.00Nipple & penitis 1500 pair =RM750.00Saddle/director, end line, elbow, sov 40 SET =RM600.002960.00

5Pasu plastik berkaki 1500.004.006000.00

6Media tanaman cocoa peat300 beg6.001800.00

7Dulang semaianMedia semaianBiji benih 203.5070.00

81 beg36.0036.00

91 pkt134.00134.00

11EC meter1230.00230.00

12pH meter1220.00220.00

13Baja (1 musim 12 set)12 set150.001800.00

14Trace elemen & stimulant6 set100.00600.00

15Bahan kawalan serangga brogard 4200.00800.00

16Racun kulat (monceren/Dithane/Antracol)1 set400.00400.00

17Plant booster40.0 L800.00

18Asas trellis (besi x 0.60/pk)1 set900.00

19Tali raffia (sokongan)12 kg240.00

20Tangki stok 50L240.00

21Jug sukatan220.00

22Knapsack Power sprayer 1 set400.00

23Alatan kecil (bakul, gunting, sarung tangan dll)1 set400.00

24Kereta sorong1150.00

25PagarKayu/besi & dawaiNetting/plastik hitam3000.00

26Rumah pam 2600.00

JUMLAH30000.00

ATAUSPH 10 X 60 @ 8 BUAH & KELENGKAPAN (BEKALAN SAHAJA)

BILBARANGANKUANTITIRM/UNITNILAI (RM)

SPH 10 X 60 (TANPA NETTING)81900.0015200.00

1Weed control mat 1.0 roll800.00800.00

2Sistem pengairan0.00

3Operasi (tangki (600G), pam 1.0hp, digital timer & set system) L/S1500.001500.00

4Paip ladang 32mm 1.0 roll =RM170.0016mm 2 roll = RM300.00Micro tubing 6 roll = RM240.00Nipple & penitis 800 pair =RM400.00Saddle/director, end line, elbow, sov 8 SET =RM120.001230.00

5Pasu plastik berkaki 800.004.003200.00

6Media tanaman cocoa peat180 beg6.001080.00

7Dulang semaianMedia semaianBiji benih 103.5035.00

81 beg35.0035.00

91 pkt150.00150.00

11EC meter1230.00230.00

13Baja (1 musim 12 set)6 set160.00960.00

14Trace elemen supplement6 set20.00120.00

15Bahan kawalan serangga brogard 3200.00600.00

16Racun kulat (monceren/Dithane/Antracol)1 set400.00200.00

17Plant booster20.0 L400.00

18Asas trellis (besi x 0.60/pk)- 160 btg @4 besi1 set480.00

19Tali raffia (sokongan)6 kg120.00

20Tangki stok 50L240.00

21Jug sukatan220.00

22Knapsack Power sprayer 1 set350.00

24Kereta sorong1150.00

25PagarKayu/besi & dawaiNetting/plastik hitam1800.00

26Rumah pam 1300.00

JUMLAH30000.00

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Peruntukan Program Pembangunan Tanah Terbiar

(P56/4 - Rancangan Meningkatkan Penggunaan Tanah Terbiar, 1 juta). Meningkatkan Pengeluaran Tanaman Makanan(MPTM)RM 200,000.00Program Pembangunan Tanah TerbiarRM 500,000.00Projek Fertigasi RM 300,000.00JUMLAH = RM 1,000,000.00*Tertakluk kepada bilangan pemohon setiap bantuan.

7.0 JUSTIFIKASI BANTUAN

7.1 Setiap bantuan P56/4-Rancangan Meningkatkan Penggunaan Tanah Terbiar- RM1 juta) bagi PTT dijangka akan menbangunkan sekurang-kurangnya 50 hektar (123 ekar) tanah terbiar dalam masa setahun di Negeri Johor.

8.0 PERAKUAN

Dengan segala hormatnya Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan seterusnya Majlis Mesyuarat Kerajaan mengambil maklum akan syarat-syarat kelulusan projek seperti berikut:8.1 Cadangan menambahbaik garis panduan Program Pembangunan Tanah Terbiar, Program Galakan Usahawan.

9.0PENUTUPDengan hormatnya, dimajukan perakuan-perakuan sebagaimana di para 5.3 kepada Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan seterusnya Majlis Mesyuarat Kerajaan.9