Model Assure (1)

download Model Assure (1)

of 5

description

model

Transcript of Model Assure (1)

ASSURE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANNama : Mohammad Hazwan Bin OmarKursus : Teknologi dalam PendidikanSekolah: Sekolah Kebangsaan GaalMatapelajaran : MatematikKelas : 3 DelimaTema : 8.0 WangSubtopik : 8.1 Mengenal mata wang Malaysia 8.1.1 Wang syiling 8.1.2 Wang kertasMasa : 07.45 pagi- 08.15 pagi

MODEL ASSUREANALYZE LEARNERS

Bilangan pelajar seramai 6 orang 3 lelaki, 3 perempuan Umur 7-9 tahun Murid menghadapi masalah hyperaktif seorang, autism 2 orang, slow learner 2 orang dan seorang Sindrom Down. Pengetahuan sedia ada: murid pernah melihat dan menggunakan wang murid mengenal nombor murid boleh menulis nombor Gaya pembelajaran visual

STATE OBJECTIVES

Di akhir pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat: Menamakan wang syiling Malaysia 10 sen hingga 50 sen secara lisan dan bertulis. Menyatakan sekurang-kurangnya 2 dari 4 wang kertas RM 1 hingga RM50 Murid dapat mengenal wang sebenar berdasarkan persembahan elektronik Murid boleh mendengar dan menkkkyatakan apa yang didengari melalui audio.

SELECT MEDIA, MATERIALS, AND METHODS

Persembahan elektronik (gambar wang) Video mengenai wang syiling dan wang kertas Grafik (mencari wang yang tersembunyi) Audacity (cerita tentang wang) Lembaran kerja Komputer riba LCD Speaker

UTILIZE MEDIA, MATERIALS, AND METHODS

Power point digunakan untuk menunjukkan gambar wang. Guru menggunakan power point untuk menerangkan dengan lebih teliti dan menerangkan konsep kepada murid. Video tentang wang digunakan sebagai bahan rangsangan Grafik bertajuk lihat betul-betul dijadikan sebagai latihan pengamatan mata kepada murid. Lembaran kerja iaitu menulis nilai dan mewarna digunakan sebagai pengukuhan kepada murid. Komputer riba digunakan untuk menayangkan power point dan bahan grafik. LCD digunakan untuk memaparkan power point dan bahan grafik. Speaker digunakan untuk murid mendengar audio.

REQUIRE LEARNER PARTICIPATION

Set induksi (10 minit) Guru menunjukkan tabung dan menggoncang tabung tersebut. Murid meneka apa yang terdapat di dalam tabung. Guru kemudiannya mengeluarkan wang syiling dalam tabung tersebut. Guru menerangkan murid tentang faedah menabung. Murid menonton video cabutan bertuah yang memperkenalkan konsep menabung yang dipaparkan oleh guru. Guru kemudiannya akan bertanya murid apakah perkataan berulang yang kamu dengar dalam video tersebut. Murid memberitahu apa yang dimaksudkan dengan ringgit.

Langkah pengajaran

Langkah 1 ( 15 minit ) Guru memaparkan persembahan elektronik tentang wang syiling. Guru menerangkan konsep wang syiling kepada murid berkaitan dengan aspek warna, saiz dan nilai. Murid diberi bahan maujud iaitu wang syiling sebenar untuk menambahkan kefahaman murid tentang wang. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan psikomotor murid. Seterusnya, guru akan meminta murid menunjukkan wang yang ada pada mereka berdasarkan persembahan elektronik yang dipaparkan.

Langkah 2 ( 5 minit )Guru memaparkan persembahan elektronik mengenai wang kertas kepada murid. Guru menerangkan konsep wang kertas kepada murid berdasarkan aspek warna, saiz dan nilai. Murid juga ditunjukkan bahan maujud duit kertas mengikut nilai masing-masing. Murid akan memegang dan merasai duit tersebut dan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran psikomotor ataupun moto kasatr dan moto halus murid. Selain itu, murid juga diminta oleh guru untuk menunjukkan wang ada pada mereka berdasarkan persembahan powerpoint

Langkah 3 (10 minit )Murid dipertontonkan persembahan grafik yang bertajuk lihat betul-betul. Menerusi grafik ini, murid dikehendaki mencari wang syiling dan wang kertas yang tersembunyi. Murid perlu klik pada wang yang mereka nampak. Melalui aktiviti ini murid dapat meningkatkan pengamatan penglihatan. Selain itu, guru menunjukkan persembahan elektronik mengenai soalan-soalan untuk menguji kefahaman murid mengenai konsep wang. Dalam aktiviti ini, terdapat gambar-gambar yang biasa dengan pengetahuan sedia ada murid dan murid hanya klik pada wang disediakan dibawah gambar tersebut mengenai harga barabg tersebut. Ini untuk melihat sejauh mana kemampuan murid memahami konsep wang dan memahami cara ingin mengunakan wang. Seterusnya murid diberikan lembaran kerja yang memerlukan mereka menulis nilai wang serta mewarna.

Penutup (5 minit) Murid menonton video berserta senikata sambil menyanyi bersama guru. Guru menerangkan kupang bermaksud wang dalam dialek negeri lain. Sebelum bersoal jawab dengan murid, guru menyediakan medium untuk menguji kefahaman murid tentang wang melalui persembahan powerpoint. Kemudian, guru akan bersoal jawab dengan murid tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut. Contoh soalan ialah guru meminta murid menunjukkan wang syiling 50 sen dan wang kertas RM5

EVALUATE AND REVISE

Persembahan pelajar

Murid akan dinilai berdasarkan kebolehan mereka menamakan wang kertas dan wang syiling. Murid dinilai berdasarkan keupayaan murid mendengar dengan teliti audio kemudian menjawab teka-teki tersebut. Murid dinilai melalui pengamatan penglihatan berdasarkan grafik. murid dinilai untuk menggunakan pengamatan pendengaran melalui aktiviti yang menggunakan audacity.

Keberkesanan media Adakah video yang digunakan membantu murid mengenal wang? Adakah grafik yang digunakan berjaya menarik minat murid? Adakah lagu yang digunakan dapat menghiburkan murid? Adakah lembaran kerja yang disediakan sesuai dengan keupayaan murid?

Persembahan guru Apakah objektif pengajaran pada hari tersebut tercapai? Adakah murid memberi maklum balas yang dikehendaki? Adakah pengajaran perlu diperbaiki?