Model Assure

4
MODEL ASSURE Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Model ASSURE Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan. 1. Analyse Learners (Analisis Pelajar) 2. State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran) 3. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber) 4. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber) 5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) 6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula) 1. Analisis Pelajar Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut: 2. Ciri-ciri umum pelajar. 3. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada. 4. Gaya belajar

description

bmm 3053

Transcript of Model Assure

Page 1: Model Assure

MODEL ASSURE

Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran

berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancang

pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

Model ASSURE

Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan.

1. Analyse Learners (Analisis Pelajar)

2. State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)

3. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)

4. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber)

5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)

6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)

1. Analisis Pelajar

Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar adalah penting untuk membantu kita

merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis

berdasarkan aspek-aspek berikut:

2. Ciri-ciri umum pelajar.

3. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

4. Gaya belajar

Page 2: Model Assure

Ciri-ciri umum pelajar

Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan/ daerah/

kawasan, budaya dan seumpamanya. Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat

disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenal pasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan

bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gamba, bahan konkrit dan

aktiviti tanpa media cetak.

Pengetahuan sedia ada

Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuan dan

pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang

bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenal pasti pengetahuan sedia pelajar melalui

ujian pra unit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih

dahulu mengadakan sesi soal jawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang

pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topik yang akan dipelajari, mudahlah bagi

guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan

digunakan.

Gaya Pembelajaran Pelajar

Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk

kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran.

Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang

pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Model Dunn dan Dunn, model Honey dan

Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya

pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses

maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala

tuju pengajaran dan pembelajaran. Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas

menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang

sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih

dahulu.

Page 3: Model Assure

Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:

1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)

2. Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk perlakuan baru)

3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat perlakuan)

4. Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber

Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media,

kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan

tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:

Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang

hendak dicapai.

Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.

Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan

sumber yang sesuai soalan-soalan berikut perlu ditanya.

Adakah bahan ini menepati kurikulum?

Adakah isi pelajaran menepati kurikulum?

Adakah laras bahasanya jelas?

Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?

Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?

Adakah bahan ini berkualiti?

Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?

Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?

Adakah ada panduan pengguna?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan

pembelajaran dapat menjimatkan masa.

Page 4: Model Assure

4. Gunakan Media dan Bahan Sumber

Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan

pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memastikan kejayaan

penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

Semak/pra tonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah

mengkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini

dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan objektif

pengajaran dan pembelajaran.

Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.

Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

4. Libatkan pelajar dalam pembelajaran

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif

akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori

pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya

pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan

dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan

sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu

dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar, Gambar foto, slaid gambar

bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea

dan juga aktiviti penyelesaian masalah.

6. Nilai dan Semak Semula

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini

menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran.

Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk

memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan

pelajar.