Model ASSURE (Kajian Kes)

11
1 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tugasan Esei: Model ASSURE 1.0 Pengenalan Rancangan mengajar atau persediaan mengajar perlulah dititikberatkan oleh guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkara penting yang juga perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan mengajar adalah untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid. Dalam membantu guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan, Model ASSURE yang dikemukakan oleh Heinich et al. (1982) sesuai digunakan. Model ini mengandungi enam langkah yang perlu diikuti iaitu: i) Analisis pelajar ii) Nyatakan objektif iii) Pilih kaedah, media dan bahan iv) Gunakan media dan bahan v) Dorong penglibatan pelajar vi) Nilai dan semak Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 2 yang diadakan pada 19 September sehingga 23 September 2016, pelajar PISMP Sains Ambilan Jun 2015 telah diberikan tugasan projek PBS melalui kursus EDUP3073 Kemahiran Saintifik dan Pengurusan Makmal Sains. Kami dikehendaki untuk mencipta satu sumber pengajaran dan pembelajaran yang perlu digunakan untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Oleh yang demikian, penggunaan model ASSURE ini membantu saya dalam membuat pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan tugasan tersebut. 1.1 Analisis pelajar Analisis pelajar merupakan langkah yang penting untuk membantu kita merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada kumpulan sasaran yang telah ditentukan. Walau bagaimanapun, menganalisis setiap pelajar merupakan tindakan yang mustahil dan sukar dilaksanakan. Oleh itu, guru perlu mengambil inisiatif untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan ciri-ciri umum, pengetahuan sedia ada dan gaya pembelajaran. Dari aspek ciri-ciri umum, guru boleh menentukan bahan-bahan pengajaran melalui jenis pelajar yang umum. Bagi murid yang lemah, guru digalakkan untuk menggunakan bahan-bahan yang maujud atau penggunaan gambar. Bagi pelajar yang

Transcript of Model ASSURE (Kajian Kes)

Page 1: Model ASSURE (Kajian Kes)

1 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Tugasan Esei: Model ASSURE

1.0 Pengenalan

Rancangan mengajar atau persediaan mengajar perlulah dititikberatkan oleh guru

sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkara penting

yang juga perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan mengajar adalah

untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai serta impaknya terhadap penerimaan isi

pelajaran dan pemahaman murid. Dalam membantu guru untuk merancang pengajaran dan

pembelajaran dengan baik dan berkesan, Model ASSURE yang dikemukakan oleh Heinich et

al. (1982) sesuai digunakan. Model ini mengandungi enam langkah yang perlu diikuti iaitu:

i) Analisis pelajar

ii) Nyatakan objektif

iii) Pilih kaedah, media dan bahan

iv) Gunakan media dan bahan

v) Dorong penglibatan pelajar

vi) Nilai dan semak

Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 2 yang diadakan pada 19

September sehingga 23 September 2016, pelajar PISMP Sains Ambilan Jun 2015 telah

diberikan tugasan projek PBS melalui kursus EDUP3073 Kemahiran Saintifik dan Pengurusan

Makmal Sains. Kami dikehendaki untuk mencipta satu sumber pengajaran dan pembelajaran

yang perlu digunakan untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.

Oleh yang demikian, penggunaan model ASSURE ini membantu saya dalam membuat

pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan tugasan tersebut.

1.1 Analisis pelajar

Analisis pelajar merupakan langkah yang penting untuk membantu kita merancang

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada kumpulan sasaran yang telah ditentukan.

Walau bagaimanapun, menganalisis setiap pelajar merupakan tindakan yang mustahil dan

sukar dilaksanakan. Oleh itu, guru perlu mengambil inisiatif untuk memilih kaedah pengajaran

dan pembelajaran berdasarkan ciri-ciri umum, pengetahuan sedia ada dan gaya

pembelajaran. Dari aspek ciri-ciri umum, guru boleh menentukan bahan-bahan pengajaran

melalui jenis pelajar yang umum. Bagi murid yang lemah, guru digalakkan untuk

menggunakan bahan-bahan yang maujud atau penggunaan gambar. Bagi pelajar yang

Page 2: Model ASSURE (Kajian Kes)

2 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

kurang memberi komitmen terhadap mata pelajaran yang tertentu, guru boleh melibatkan

murid-muridnya untuk melakukan aktiviti kinestetik seperti simulasi, drama dan sebagainya

kerana aktiviti seperti ini dapat merangsang pembelajaran mereka. Dari aspek pengetahuan

sedia ada, guru boleh membantu muridnya untuk membina pengetahuannya secara

konstruktivis. Sebagai contoh, aktiviti seperti sumbangsaran dan sesi soal jawab di dalam

kelas boleh meningkatkan pengetahuan mereka secara tidak langsung. Selain itu, guru juga

perlu pertimbangkan gaya pembelajaran setiap murid-muridnya kerana gaya pembelajaran

seorang individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi,

merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 2 di SK Gayang,

Tuaran, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menganalisis murid Tahun 4 Juara.

Semasa menganalisis, guru dapat mengenali dan memahami ciri-ciri murid, tahap

pengetahuan, pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran kerana terdapat perbezaan

individu dalam kalangan murid. Menganalisis murid dapat membantu guru untuk memilih

bahan bantu mengajar atau media yang sesuai untuk murid-murid tersebut. Semasa

menganalisis secara purata, murid-murid Tahun 4 Juara telah menguasai kemahiran

membaca dan menulis. Selain itu, kebanyakan mereka masih lemah dan belum menguasai

kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.

1.2 Nyatakan objektif

Menurut Gagne (1985), murid akan terdorong untuk melibatkan diri dalam proses

pengajaran dan pembelajaran sekiranya mereka jelas tentang tujuan sesuatu aktiviti

pembelajaran dan peranan mereka dalam aktiviti tersebut. Pengetahuan ini membantu

mereka bersedia menghadapi sesi pembelajaran. Pemerhatian menunjukkan murid-murid

tidak mengetahui tentang apa-apa yang diperlukan daripada mereka biasanya tidak

memberikan perhatian, meneruskan perbualan dengan rakan-rakan sekelasnya dan mungkin

tidak mengambil tahu atau tidak berminat dengan proses pembelajaran. Oleh itu, guru perlu

menyediakan objektif pembelajaran yang realistik, sejajar dan sesuai dengan tahap

pencapaian muridnya. Semasa PBS Fasa 2, saya telah menetapkan objektif untuk

meningkatkan kemahiran manipulatif dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Juara.

1.3 Pilih kaedah, media dan bahan

Guru yang berpengetahuan tentang subjeknya akan mengetahui topik yang sukar dan

memerlukan masa yang lebih lama untuk difahami oleh murid. Oleh itu, guru mengambil

Page 3: Model ASSURE (Kajian Kes)

3 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

pendekatan dengan menggunakan contoh dan ilustrasi yang sesuai dalam pengajarannya di

dalam kelas. Kemahiran menerangkan dapat membantu guru menyampaikan topik dalam

bentuk yang jelas mengikut penyusunan idea yang sistematik dan sesuai supaya mudah

difahami oleh murid. Kemahiran menggunakan contoh, ilustrasi dan bahan bantu mengajar

penting kerana dapat membantu menjelaskan sesuatu idea dengan tepat serta memudahkan

murid menerima sesuatu konsep yang diajar. Oleh itu, semasa saya menjalankan PBS Fasa

2, saya menggunakan media perisian Scratch sebagai bahan bantu mengajar saya. Bagi

pandangan saya, media Scratch digunakan kerana ia berbentuk animasi yang dapat menarik

minat murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

1.4 Gunakan media dan bahan sumber

Bagi memastikan kejayaan penggunaan media pengajaran saya iaitu media Scratch,

saya melakukan beberapa peringkat semakan untuk memastikan tiada kesalahan

penggunaan istilah, sesuai untuk murid-murid Tahun 4 dan berada dalam keadaan yang baik.

Semasa menjalankan sesi PdP bersama murid Tahun 4 Juara, saya memilih makmal

komputer kerana memudahkan saya untuk mendapat bekalan elektrik bagi menggunakan

projektor LCD dan layar untuk menunjukkan Scratch kepada murid-murid yang terlibat.

1.5 Dorong penglibatan pelajar

Menurut Piaget (1974), pembelajaran ialah suatu proses konstruktif. Piaget menyarankan

penglibatan aktif untuk memberikan peluang kepada individu membina pengetahuannya

sendiri. Penglibatan aktif bererti pembelajaran bertumpu kepada murid dan guru memainkan

peranan sebagai fasilitator. Penglibatan aktif tidak terhad kepada manipulasi objek secara

fizikal tetapi melibatkan manipulasi mental seperti idea. Penglibatan aktif dalam proses

pengajaran mengurangkan kebosanan murid dan memberikan peluang kepada mereka untuk

bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.

Oleh itu, saya telah memilih 10 orang murid secara rawak dari kelas 4 Juara untuk

dijadikan responden bagi media Scratch yang telah saya hasilkan. Sebelum memulakan

pertunjukkan Scratch kepada murid-murid saya, saya meminta mereka untuk menjawab ujian

pra (akan diterangkan pada elemen menilai dan semak) tentang kemahiran manipulatif dan

kemahiran saintifik. Setelah siap menjawab ujian, saya bertanya pandangan mereka secara

individu terhadap kemahiran-kemahiran manipulatif yang mereka ketahui. Kemudian, saya

menunjukkan media Scratch saya selama 20 minit. Semasa tayangan media Scratch

berlangsung, saya memerhati murid-murid saya memberikan tahap fokus yang maksima. Ini

Page 4: Model ASSURE (Kajian Kes)

4 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

kerana media Scratch tersebut bentuk animasi dan mampu untuk menarik minat murid dalam

proses belajar.

Dalam media Scratch tersebut, terdapat sesi pengajaran dan pembelajaran tentang bahan

dan radas yang terdapat di dalam makmal sains serta 10 kuiz yang berkaitan dengan

kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif. Untuk mengekalkan penglibatan murid-murid

saya secara aktif, saya meminta 5 orang murid satu demi satu untuk menjawab kuiz atas

pilihan mereka sendiri. Saya menggalakkan murid-murid saya untuk membantu rakan mereka

semasa menjawab soalan kuiz tersebut. Galakan ini dapat mencetus perbincangan kumpulan,

penjanaan idea, penyelesaian masalah serta menimbulkan sikap bekerjasama antara murid-

murid. Pengalaman rasa berjaya murid dapat mengekalkan motivasi murid terhadap aktiviti

pembelajaran. Oleh yang demikian, saya memberikan maklum balas sebaik sahaja murid

menjawab soalan dengan betul.

1.6 Menilai

Guru perlu menganalisis dan menilai kebekesanan amalan beliau, pendekatan,

strategi dan kaedah yang digunakan, aktiviti atau tugasan, bahan bantu mengajar serta

bentuk penilaian yang digunakan semasa pengajaran. Guru harus bertanggungjawab dan

bersifat terbuka untuk menerima kemungkinan berlakunya kesilapan dan membuat

perubahan, bersedia mencuba alternatif yang lain, mendengar serta mempertimbangkan

maklumat daripada sumber-sumber lain. Budaya refleksi membantu guru meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran.

Untuk menilai prestasi pelajar dalam kemahiran manipulatif dan kemahiran saintifik,

saya membuat dua jenis penilaian formal dalam bentuk ujian. Ujian berikut merujuk kepada

ujian pra (lampiran 1) dan ujian pos (lampiran 2). Ujian pra dilaksanakan sebelum tayangan

media Scratch manakala ujian pos pula dilaksanakan selepas tayangan media Scratch. Ujian

pra dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana pengetahuan murid-murid ini

tentang kemahiran manipulatif dan kemahiran saintifik yang dipelajari di dalam sukatan mata

pelajaran Sains Tahun 4. Ujian pos pula dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti samada

terdapat peningkatan dalam pemahaman dan pengetahuan murid-murid terhadap kemahiran

manipulatif dan kemahiran saintifik. Kedua-dua ujian mengandungi soalan aras kefahaman

yang sederhana. Penilaian prestasi pelajar adalah berdasarkan rubrik pemarkahan seperti

berikut:

Page 5: Model ASSURE (Kajian Kes)

5 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Markah

Kriteria

Penilaian

Cemerlang

(9-10)

Baik

(7-8)

Memuaskan

(4-6)

Lemah

(0-3)

Mengetahui nama

radas serta

menghuraikan

kegunaannya di

dalam makmal sains

dengan jelas dan

relevan.

Mengetahui dan

menjawab cara untuk

mengukur bacaan

pada silinder

penyukat

menggunakan teknik

yang betul dan tepat.

Mengetahui

kemahiran saintifik

dengan lengkap dan

langkah-langkah

keselamatan di

dalam makmal sains

Mengetahui nama

radas serta

menyatakan

kegunaannya di

dalam makmal

sains.

Mengetahui cara

mengukur bacaan

silinder penyukat

dengan betul.

Mengetahui

tentang

kemahiran

saintifik hanya

sederhana

lengkap dan

langkah-langkah

keselamatan di

dalam makmal

sains

Mengetahui nama

radas dan kurang pasti

dengan kegunaannya

di dalam makmal

sains.

Mengetahui cara

mengukur bacaan

pada silinder penyukat

tetapi tidak dapat

dijelaskan dengan

betul.

Kurang pemahaman

tentang kemahiran

saintifik dan langkah-

langkah keselematan

di dalam makmal sains

Tidak mengetahui

nama radas dan

kegunaannya di dalam

makmal sains.

Tidak mengetahui cara

untuk mengukur

bacaan pada silinder

penyukat.

Jawapan kurang

relevan

Jadual 1: Rubrik penilaian markah bagi ujian pra dan ujian pos

Page 6: Model ASSURE (Kajian Kes)

6 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Rubrik penilaian di atas menunjukkan kriteria penilaian untuk murid-murid melalui ujian

pra dan juga ujian pos. Markah bagi setiap ujian tersebut akan menjadi indikator tahap

pencapaian murid-murid sebelum dan selepas media Scratch. Jadual di bawah menunjukkan

jumlah markah murid-murid yang terlibat:

Bil. NAMA MURID MARKAH UJIAN

PRA

MARKAH UJIAN

POS

1 Afza Afifah Aleya binti Jafnar 6 9

2 Fathi Azimi bin Ali 5 9

3 Mohammad Alif Farhan bin Rosman 5 9

4 Mohd Leswan Tan 6 9

5 Muhd Arif Jon Ket bin Muhd Hanafiah

Chong Abdullah

9 10

6 Nur Afrina binti Mohd Zaki 7 9

7 Nurul Mis Ayunie binti Jefry 5 9

8 Nor Ain binti Harun 3 8

9 Nor Farizhan Shah bin Nor Herman 8 9

10 Nor Fatin Natasha binti Madley 1 9

Min markah 5.5 9.0

Jadual 2: Jadual pemarkahan ujian pra dan uijan pos setiap murid

Carta Pai 1: Peratusan pemarkahan ujian pra

Cemerlang10%

Baik20%

Memuaskan50%

Lemah20%

Markah Ujian Pra

Page 7: Model ASSURE (Kajian Kes)

7 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Carta Pai 2: Peratusan pemarkahan ujian pos

Berdasarkan Jadual 2 di atas, semua murid menunjukkan peningkatan markah dari

ujian pra ke ujian pos. Carta Pai 1 dan Carta Pai 2 menunjukkan perbezaan peratusan

pemarkahan semasa ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan Carta Pai 1, 20% murid berada

pada tahap lemah dan tahap baik. Majoriti 50% murid berada pada tahap memuaskan dan

hanya 10% murid sahaja yang mencapai tahap cemerlang. Berdasarkan Carta Pai 2 pula,

90% daripada mereka telah mencapai tahap cemerlang dan hanya 10% memperoleh tahap

baik. Statistik ini menunjukkan bahawa semua murid telah mencapai objektif pengajaran iaitu

untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan murid tentang kemahiran manipulatif dan

kemahiran saintifik. Peningkatan ini dapat dilihat dengan ketara oleh Nor Fatin Natasha (10)

apabila dia memperoleh 1 markah sahaja semasa menjawab ujian pra. Sesudah media

Scratch ditayangkan, pemahaman dan pengetahuannya tentang kemahiran saintifik dan

kemahiran manipulatif meningkat secara drastik sehingga mencapai 9 markah. Peningkatan

dalam markah ini juga menunjukkan bahawa media PdP yang saya hasilkan adalah sesuai

dan berkesan dalam menguasai pembelajaran bagi topik kemahiran manipulatif dan

kemahiran saintifik.

Cemerlang90%

Baik10%

Markah Ujian Pos

Page 8: Model ASSURE (Kajian Kes)

8 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Lampiran

Gambar 1: Murid-murid 4 Juara yang saya pilih secara rawak untuk dijadikan responden

bagi tugasan PBS.

Page 9: Model ASSURE (Kajian Kes)

9 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Rujukan

Arbaanis Shamsuddin (2013). Analisis Model ASSURE. Diakses pada 3 Oktober 2016 di

laman web http://www.slideshare.net/arbaanisshamsuddin/analisis-model-assure

Check Wan (2012). Model ASSURE. Diakses pada 2 Oktober 2016 di laman web

http://rujukpendidik.blogspot.my/2012/10/model-assure.html

Gagne, R.M. (1985). The Conditions of learning and theory of instruction. New York: CBS

College Publishing.

Piaget, J. (1974). Understanding Casuality. (D. Miles & M. Miles, Trans.), New York; Norton

Rashid, N., Ying, B. P., Syed Ahmad, S. F., & Wan Hassan, W. K. (2012). Teknologi dalam

Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Shaiful Bahri (2012). Model ASSURE. Diakses pada 1 Oktober 2016 di laman web

http://shaifulbahri66.blogspot.my/2012/10/model-assure.html

Page 10: Model ASSURE (Kajian Kes)

10 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

LAMPIRAN 1: UJIAN PRA

Page 11: Model ASSURE (Kajian Kes)

11 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

LAMPIRAN 2: UJIAN POS