Model ASSURE.doc

32
Model ASSURE Hasil daripada kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran mendapati model ASSURE adalah model yang paling baik dan sesuai digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran serta mereka bentuk pengajaran dalam bilik darjah. Model ASSURE melihat media sebagai satu bahan sumber yang paling penting bagi memastikan setiap objektif pelajaran mahupun maklumat dapat disampaikan terus kepada pelajar secara berkesan dan pelajar faham tanpa rasa ragu. Bagaimanapun, ianya memerlukan perancangan yang sangat rapi dan teliti dari sudut susun atur pengajaran ke arah proses pembelajaran yang lebih berstruktur dan dinamik. Ini selaras dengan pandangan Gagne’ (1985) yang menyatakan bahawa pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang dan ianya perlu disusun secara berperingkat-peringkat. Untuk itu, bagi menghasilkan satu bentuk rancangan pengajaran dan pembelajaran dalam memanfaatkan penggunaan media yang lebih baik melalui model ASSURE ini, guru perlu mengaplikasikan bersama-sama sembilan peringkat penyampaian pengajaran selaras dengan proses pembelajaran yang dikenali sebagai “Events of Instruction” seperti mana yang terkandung dalam teori Gagne’ (1985). Peringkat-peringkat berkenaan adalah sebagaimana yang berikut: Tarik perhatian pelajar Beritahu pelajar objektif pembelajaran Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar

Transcript of Model ASSURE.doc

Model ASSURE

Hasil daripada kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran mendapati model ASSURE adalah model yang paling baik dan sesuai digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran serta mereka bentuk pengajaran dalam bilik darjah.

Model ASSURE melihat media sebagai satu bahan sumber yang paling penting bagi memastikan setiap objektif pelajaran mahupun maklumat dapat disampaikan terus kepada pelajar secara berkesan dan pelajar faham tanpa rasa ragu. Bagaimanapun, ianya memerlukan perancangan yang sangat rapi dan teliti dari sudut susun atur pengajaran ke arah proses pembelajaran yang lebih berstruktur dan dinamik. Ini selaras dengan pandangan Gagne (1985) yang menyatakan bahawa pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang dan ianya perlu disusun secara berperingkat-peringkat.

Untuk itu, bagi menghasilkan satu bentuk rancangan pengajaran dan pembelajaran dalam memanfaatkan penggunaan media yang lebih baik melalui model ASSURE ini, guru perlu mengaplikasikan bersama-sama sembilan peringkat penyampaian pengajaran selaras dengan proses pembelajaran yang dikenali sebagai Events of Instruction seperti mana yang terkandung dalam teori Gagne (1985). Peringkat-peringkat berkenaan adalah sebagaimana yang berikut:

Tarik perhatian pelajar

Beritahu pelajar objektif pembelajaran

Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar

Sampaikan isi pelajaran/bahan pengajaran dan pembelajaran

Bimbing pembelajaran pelajar

Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti

Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar

Taksir pencapaian pembelajaran

Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.

Model assure ini menggunakan akronim dengan menggabungkan pengajaran seperti yang diterangkan oleh Gagne.Maksud akronim ASSURE ini seperti berikut:

A : Analyze Learners ( menganalisis pelajar)

S : State Objective ( Menyatakan objektif)

S : Select Methods, Media and Materials ( memilih kaedah, media dan

bahan )

U : Ultilize media and materials ( menggunakan bahan dan media)

R : Require Learner Participation ( memerlukan penglibatan pelajar)

E : Evaluate and revise ( menilai dan menyemak semula bahan)

Menurut Smaldino, Russell, Heinch dan Molenda (2005), model ini merupakan prosuder atau panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu bahan atau media dengan mengambil kira teknologi. Menurut Rozinah Jamaluddin ( 2003), model ASSURE adalah panduan prosuderal untuk perancangan dan pengendalian pengajaran dengan integrasi media. Proses pembagunan pengajaran yang lengkap bermula dengan keperluan bagi menentukan sama ada pengajaran itu sesuai atau tidak dengan apa yang ingin dicapai. Model ASSURE digunakan kepada perancangan media di bilik darjah.Dalam menyediakan reka bentuk pengajaran berasaskan bilik darjah berdasarkan model ASSURE, semua guru perlu mengambil kira proses penyampaian pengajaran yang dikemukakan oleh Gagne (1985). Ini adalah kerana proses penyampaian yang sempurna akan bermula dengan menganalisis keperluan pelajar untuk menjamin penyampaian yang boleh membawa kepada pencapaian matlamat. Model ASSURE ini antara lainnya menumpukan kepada perancangan pengajaran pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Model ini akan dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Dengan kata lainnya, model ASSURE ini sangat berguna kepada guru dalam proses menyediakan Rancangan Persediaan Mengajar (RPM) atau Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi setiap mata pelajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 5Hari

:Selasa

Tarikh

:24 Julai 2013

Masa

:60 minit

Kelas

:5 Nilam

Tema

: Menyiasat Alam Bahan

Bidang Pembelajaran : Asid Dan Alkali

Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan berasid, beralkali dan neutral.Pengetahuan Sedia ada : Murid telah mengetahui jenis bahan makanan dan rumah yang terdapat disekeliling

merekaHasil Pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:

i) Membezakan bahan berasid, beralkali dan neutral menggunakan kertas litmus.

ii) Menamakan 2 contoh bahan berasid, beralkali dan neutral dengan melihat perubahan warna pada kertas litmus.

Kaedah

: Demonstrasi, Perbincangan KPS

Berkomunikasi, Memerhati, Mendefinisi Secara

Operasi, Mengelas,

BBMSampel makanan ( limau, mangga, cuka, tomato,larutan garam,larutan gula, air paip, minyak, ubat panadol, soda bikarbonat ) Bahan Peralatan Dapur ( sabun, ubat gigi, syampu, serbuk pencuci ) piring petri, kertas litmus merah dan biru.Model Pengajaran:

: Model Pengajaran ASSURE.

Analyze Learners (Analisa Murid)

State Objectives (Menyatakan Objektif)

Select Media, Materials, and Methods (Pilih media, bahan dan kaedah)

Utilize Media, Materials, and Methods (Penggunaan media, bahan dan kaedah)

Require Learner Participation (Perlukan penglibatan pelajar)

Evaluate & Revise (Menilai dan mengulangkaji)

Bahan sumber pengajaran.

1. Microsoft Powerpoint

2. Bahan-bahan (kerusi, pensil)

3. Kad imbasan

4. Komputer riba dan projektor

5. Lembaran kerja

Perancangan P & P:

FASA PENGAJARAN

ISI KANDUNGANAKTIVITICATATAN

Set Induksi(5 minit)

Memberi contoh jenis bahan yang terdapat disekeliling mereka.

Guru meminta 3 wakil pelajar untuk meniup belon dan memecahkan belon tersebut.Murid tersebut membaca perkataan yang terdapat di dalam belon tersebut.Guru memperkenalkan perkataan baharu yang belum diketahui oleh murid iaitu:i. ASIDii ALKALIiii NEUTRALGuru bersoaljawab tentang jenis bahan makanan yang digemari dan bahan di dalam bilik air pelajar. Guru mengaitkan jawapan mereka dengan perkataan yang baharu diketahui oleh mereka.

Video set induksi

KPS: BerkomunikasiMODEL ASSUREAnalisa MuridMemilih bahan dan kaedahPerlukan Penglibatan MuridSlaid powerpointSlaid 1

Langkah 1(4 minit)Langkah 2(9 minit )

Memperkenalkan kertas litmus dan kegunaanMenyampaikan konsep bahan berasid, beralkali dan neutralGuru memberi penerangan bahawa bahan makanan dan bahan rumah boleh dikelaskan mengikut sifat kimia bahan tersebut dengan menggunakan 2 cara:1. Menggunakan kertas litmus 2.Merasa dengan lidah atau menyentuhGuru menayangkan slaid powerpoint untuk murid lebih jelas tentang asid, alkali dan neutral.

Video: langkah 1

KPS: BerkomunikasiKBKK:MenghubungkaitNilai Murni:Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekelilingTahap Kognitif:PengetahuanKefahaman powerpointslaid 2 - 6

MODEL ESSURE1.Menyatakan Objektif2.Penggunaan Media3.Perlukan Penglibatan Murid

Langkah 3(7 minit)Mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep bahan berasid, beralkali dan neutral2. Melalui pemerhatian mereka dalam slaid yang ditunjukkan mereka diminta secara berkumpulan untuk menyatakan sifat kimia bagi setiap bahan yang ditunjukkan dalam slaid tersebut.Murid berbincang secara berkumpulan dan guru memilih wakil murid untuk membentangkannya. Kerja kumpulan itu akan diberikan pada setiap pelajar agar masing-masing boleh menyemak jawapan yang diberi melalui slaid yang ditunjukkanVideo: langkah 3KPS:Membuat pemerhatianBerkomunikasiKBKK: Membanding dan membezakan MenghubungkaitMenjana ideaLembaran kerja1Nilai MurniMinat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekelilingPowerpointSlaid 7 -16

MODEL ESSUREPenggunaan MediaPerlukan Penglibatan Murid

Langkah 4( 2 minit )Memahami konsep bahan berasid, beralkali dan neutralMenggunakan slaid power point minta wakil murid mengelaskan bahan yang terdapat dalam slaid tersebut kepada:1. Berasid2. Beralkali3. Neutral

PowerpointSlaid17 -19

Penutup( 3 minit )Mendefinisi secara operasi bagi setiap jenis bahan (Berasid, Beralkali, Neutral)Guru minta murid menyatakan definisi secara operasi bagi setiap sifat bahan tersebut secara beramai-ramai untuk mengukuhkan ingatan.Murid diberi latihan tambahan sebagai kerja rumah untuk mengelaskan bahan mengikut sifat bahan tersebut.

Video: penutupNilai murniBersemangatBekerjasama

Lembaran kerja 2Tahap kognitifAplikasiMODEL ESSUREPerlukan Penglibatan MuridMenilai dan Mengulangkaji

Lembaran kerja 1Borang pemerhatian Berdasarkan Tayangan PowerpointJENIS BAHAN YANG DIGUNAKANPERUBAHAN WARNA KERTAS LITMUS MERAH BIRU SIFAT KIMIA BAHAN

1. Limau

2. Serbuk Penaik

3. air minuman

4. Tomato

5. Gula

6. Nasi

7. Nenas

8. Minyak

9. Ubat Panadol

10. Sabun Mandi

11. Serbuk Pencuci

12. Ubat gigi

13. Syampu

Lembaran Kerja 2Nama:...................................................................................................................................Arahan: Jawab semua soalan

1. Kelas Bahan Diatas mengikut Sifat Kimia Bahan tersebut

BERASIDBERALKALINEUTRAL

2. Apakah perubahan warna pada kertas litmus bagi setiap bahan di atas?

BERASIDBERALKALINEUTRAL

LITMUS BIRUK. LITMUS BIRUK. LITMUS BIRU

3. Nyatakan rasa bagi bahan:i.BERASID ____________________________________________________________

iiBERALKALI ____________________________________________________________

iiiNEUTRAL _____________________________________________________________

4. Definisikan secara operasi apakah yang anda faham mengenai bahan:i.BERASID: ____________________________________________________________________________

iiBERALKALI: ____________________________________________________________________________

iiiNEUTRAL: ____________________________________________________________________________ANALISIS RANCANGAN HARIAN MENGIKUT MODEL ASSURE

Analyse Learners

( Analisis Pelajar)i.Murid tahun5 Nilam.

ii.19 orang murid lelaki ,12 orang murid perempuan.

iii.Umur : 11 tahun

iv.Kelas pertama daripada 2 kelas bagi tahun 4.

v.Pengalaman sedia ada :

-Murid telah mengetahui rasa bahan makanan yang biasa ditemui di dapur rumah mereka seperti gula, garam, air, cuka, limau nipis dan lain-lain lagi

State Objective

( Nyatakan objektif /

hasil pembelajaran) 1.Kognitif

-Murid dapat memberikan contoh bagi setiap bahan berasid, beralkali dan neutral dengan tepat.

-Murid dapat menerangkan cara-cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengelaskan sifat kimia bahan tersebut.

-murid dapat mengetahui kaedah menggunakan kertas litmus dengan betul serta kegunaan kertas tersebut.

Murid kelihatan seronok dengan mengangkat tangan dan berdiri untuk memberi jawapan semasa sesi soal jawab.

3.Psikomotor

-Murid berdiri dan datang kehadapan kelas untuk menyertai set induksi yang dirancang oleh guru.

SHAPE \* MERGEFORMAT

Select methods, media and materials

( Pilih kaedah, mediadan bahan sumber)i.Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yangdigunakan

-Kaedah soal jawab

-Kaedah tunjukcara

ii.Media yang digunakan

-Komputer riba

-Tayangan slaid

iii.Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan

-Komputer riba

-Tayangan video

-Tayangan slaid

-Bahan 2D dan 3D ( sampel bahan makanan )

Utilize media and materials

(Gunakan media dan

bahan sumber)i.Tayangan slaid 1 memberi gambaran kepada murid untuk berfikir tentang apa yang bakal diajar didalam kelas dan apa kaitan perkaitan bahan berasid, beralkali dan neutral yang diperkenalkan dalam set induksiii.Tayangan video dapat memudahkan dan menjimatkan masa guru untuk menerang isi pelajaran tanpa perlu menulis dipapan putih. Sambil itu, dapat menarik minat murid kepada isi pengajaran

SHAPE \* MERGEFORMAT

iii.Aplikasikan kaedah dan media pengajaran semasa di langkah 1, langkah 2 dan langkah 3 dalam rancangan pengajaran harian sepenuhnya.

iv. Murid mudah memahami isi kandungan pelajaran kerana disertai dengan contoh gambar sebenar setiap bahan makanan.v) Menarik minat pelajar kerana disusuli dengan muzik untuk dijadikan sebagai motivator dalam belajar

Require learner participation

(Libatkan pelajardalampembelajaran)i.Murid terlibat secara aktif sejak dari awal penglibatan. Pada permulaan di set induksi, menjawab soalan yang diberikan oleh guru tentang apa yang mereka lihat. Di langkah 1, murid perlu dikehendaki menjawab soalan dengan betul dengan melabelkan najis mengikut jenisnya. Langkah 3 pula murid perlu perlu membuat pemerhatian dan menyatakan sifat kimia bahan dalam lembaran kerja yang berikan oleh guru secara kumpulan dan individu.

ii.Komunikasi 2 hala dan bekerjasama dalam kumpulan masing-masing.

iii. Langkah 1 : Pemusatan murid

iv.Langkah 2 : Pemusatan bahan

v.Langkah 3 : Pemusatan murid dan bahan

Evaluate and Revise

( Nilai dan semak

semula)i.Membuat kesimpulan dan rumusan daripada keseluruhan pembelajaran pada hari ini pada sesi penutup.

ii.Murid secara beramai-ramai mendefinisi secara operasi apa itu bahan berasid. Beralkali dan neutral.

iii. Murid dikehendaki menjawab soalan tambahan dalam lembaran kerja2 untuk memastikan setiap murid betul-betul memahami konsep isi pelajaran yang dipelajari pada hari tersebut.

i. Membuat penutup sosial.

PENILAIAN

Pemilihan media yang saya plih adalah sangat bersesuaian dengan ciri-ciri umum pelajar berdasarkan kepada umur pelajar tahun lima sekolah rendah iaitu sebelas tahun. Sukatan dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran dirangka untuk semua pelajar Tahun Empat dari semua aliran kelas, baik lelaki mahupun perempuan. Ianya melibatkan pelajar luar bandar yang datang dari kampung-kampung berdekatan dengan sekolah serta taraf sosioekonomi adalah rendah, guru perlu membimbing pelajar tanpa mengira pangkat atau darjat, ras mahupun jantina mereka.

Bagi melaksanakan aktiviti ini, pemilihan kaedah pengajaran menggunakan bahan iaitu belon yang perlu ditiup untuk mendapatkan kad perkataan yang terdapat dalam belon tersebut pada set induksi lagi telah menimbulkan minat dan kesungguhan murid untuk belajar pada hari tersebut di mana ramai pelajar mengangkat tangan untuk dipilih sebagai peniup belon tersebut. Hal ini menunjukkan set induksi adalah penting untuk menarik minat dan tumpuan murid untuk menyertai sesi pembelajaran. Melalui minat yang ditonjolkan maka tumpuan yang penuh terhadap sesi pengajaran dapat dimanfaatkan oleh guru untuk memastikan objektif pembelajaran akan mudah dicapai.

.

Sebelum pembelajaran dilakukan, guru menerangkan apa itu bahan berasid. Beralkai dan neutral kerana murid belum pernah didedahkan dengan perkataan tersebut dan tidak mempunyai engalman menenainya. Melalui penerangan dan soal jawab ringkas memberi ruang kepad guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran yang paling sesuai dan kaedah yang berkesan untuk disampaikan kepada murid agar pengalaman baru yang akan diterima oleh murid memberi impak yang besar untuk menambah ilmu pengetahuan dalam diri mereka.

Setiap orang pelajar adalah berbeza-beza dari sudut pemprosesan dan kecerdasan mereka menerima rangsangan maklumat yang disampaikan. Interaksi antara guru dan pelajar sangat penting bagi guru untuk memahami emosi pelajar dalam persekitaran pembelajaran bilik darjah. Keadaan ini akan mempengaruhi cara pelajar tersebut memproses maklumat dan membentuk persepsi, seterusnya menjadikan pembelajaran lebih lancar dan efektif. Tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada pelajar Tahun 5 Nilam ini yang tahap kecerdasannya pada peringkat sederhana sahaja bagi memastikan semua pelajar faham dan mengenal serta memberi contoh bagi setiap sifat kimia bahan tersebut.

Di akhir pembelajaran, murid dapat menyatakan serta menyenaraikan dan menulis dengan jelas sekurang-kurangnya 2 contoh bahan bagi bahan berasid, beralkali dan neutral serta menjelaskan perubahan warna pada kertas litmus tersebut dengan berpandukan slaid power point yang ditunjukkan kepada pelajar di mana ianya dibina oleh guru sendiri demi untuk memastikan pelajar dapat menaakul dengan tept setiap sefat bahan tersebut.

Walaupun pada dasarnya, merujuk kepada konsep bilik darjah yang mana guru hanya perlu memilih bahan bukan membina bahan yang lebih berpusatkan kepada sistem, pembinaan bahan ini dibina adalah disebabkan oleh faktor pelajar yang mendorong guru berusaha sedaya upaya bagi menyampaikan pengajaran yang lebih berkesan kepada pelajar Tahun 5 Nilam.

Pernyataan objektif yang jelas secara tidak langsung dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Seterusnya guru dapat menentukan langkah-langkah dalam merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan itu, guru dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat merangsang minda pelajar.Dalam setiap aras saya telah menngunakan media pengajaran bagi menarik minat murid untuk terus belajar,seperti power point,gambar dan video. Pada akhirnya, guru dapat membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar-pelajar.

Tumpuan utama yang perlu diberi perhatian ialah semua pelajar-pelajar dalam kelas Tahun 5 Nilam. Ini adalah kerana objektif yang dimaksudkan adalah berkait dengan pembelajaran dalam bilik darjah bukan pengajaran oleh guru. Kejayaan ini hanya dapat dicapai melalui aktiviti yang yang dilakukan oleh guru dalam bilik darjah dan murid-murid terlibat secara aktif dalam aktiviti tersebut.

Merujuk kepada apa yang hendak dicapai oleh guru dalam pengajarannya dalam kelas Tahun 5 Nilam ialah melalui perkataan penegasan yang menggambarkan nilai atau nisbah ukuran yang berjaya dicapai oleh murid bagi maksud kejelasan isi dan bahan media yang disampaikan dan digunakan oleh guru benar-benar berkesan. Perkataan penegasan dalam objektif guru bagi tajuk sifat kimia bahan adalah dengan memberi penerangan,menunjuk cara ujikaji dijalankan, menyenaraikan dan menulis perubahan warna pada kertas litmus bagi setiap sifat kimia bahan yang diterangkan.

Ianya berdasarkan kepada bagaimana sesuatu objektif yang dinyatakan oleh guru pada awal pengajarannya dapat dicapai pada akhir pembelajaran pelajar. Selepas penggunaan media power point atau media tayang tidak bergerak,tunjukcara melalui tayangan video di persembahkan kepada pelajar, pelajar seterusnya dapat memahami cara membersihkan najis mughalazah yang sebenar sepertimana yang ditunjukkan dalam video pendek dan guru mengharapkan penggunaan media-media ini lebih membantu murid untuk lebih mudah faham.

Seterusnya ialah penggunaan media yang dipilih dengan teliti secara sistematik dan terancang oleh guru berdasarkan tahap pencapaian dan kecerdasan pelajar Tahun 4 Nilam dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah adalah satu perancangan yang sangat baik dan sangat membantu guru dan pelajar. Proses ini memerlukan penumpuan yang jitu berikutan faktor keadaan pelajar yang sememangnya berada pada tahap sederhana yang memerlukan pendekatan yang lebih mudah dan ringkas dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah yang dipilih ini adalah bersesuaian dengan pelajar Tahun 4 Nilam berdasarkan analisis awal yang telah dibuat oleh guru kelas dan guru mata pelajaran. Analisis awal yang dimaksudkan meliputi cirri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada mereka dan gaya pembelajaran pelajar. Guru telah sedia maklum bahawa 90 peratus boleh membaca dan menulis jawi dengan baik. Maka dengan itu, kaedah pengajaran berbentuk gambar dan video adalah merupakan satu simulasi dan tunjuk cara yang paling sesuai dengan tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar.

Format media yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Tahun 5 Nilam dapat menarik minatpelajar untuk belajar dan menumpukan perhatian dalam bilik darjah. Terdapat dua format media yang dipilih dan digunakan oleh guru iaitu power point, dan tayangan video Kumpulan sasaran guru adalah pelajar Tahun 5 Nilam yang mempunyai bilangan pelajarnya seramai 31 orang. Video yang dirakam itu adalah untuk tayangan kepada pelajar di dalam kelas.. Guru hanya perlu menyumbang tenaga, keringat dan masa bagi menjadikan fantasi itu satu realiti dan menjadi satu kepuasan bila mana objektif pengajaran guru di dalam kelas tercapai.

Guru dan pelajar bersama-sama dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media dan bahan sumber ini serta berjaya menggunakan media yang dipilih ini dengan sebaik mungkin bagi kegunaan pelajar dalam proses pembelajaran dan bagi kemudahan guru dalam proses pengajaran. Media ini digunakan dengan cara tayangan slaid power point kepada pelajar.

Reaksi positif yang ditunjukkan oleh guru akan menjamin minat dan penglibatan pelajar dalam aktiviti yang dilakukan secara berterusan, bukan untuk kelas pada hari tersebut, malahan untuk kelas-kelas yang seterusnsya juga. Selepas tayangan video dibuat, guru akan menyoal pelajar mengenai hikmah bersuci iaitu pada aras tiga yang terdapat di dalam tayangan power point yang berkenaan. Tayangan dalam bentuk slaid power point berserta gambar dan dengan itu, pelajar sepatutnya boleh menyebut dengan jelas mengenai bahagian najis dan hikmah bersuci dengan betul tersebut.

Guru dikehendaki menilai dan menyemak semula pengajaran yang dilakukan oleh guru dan pembelajaran yang diterima oleh pelajarnya di dalam kelas. Pengajaran dan pembelajaran ini mestilah seiring dengan perancangan awal yang telah dibuat oleh guru dalam menetapkan matlamat dan objektif pembelajaran. Guru membuat penilaian disepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung dimana beberapa soalan ditimbulkan oleh guru dan guru melihat sendiri sejauhmana keberkesanan media yang dipilih oleh guru dapat membantu pelajar-pelajar Tahun 4 Nilam memahami tajuk bersuci daripada najis. Disamping itu guru mengedarkan lembaran kerja bagi menilai pencapaian murid.

Kelakuan atau tindak balas pelajar boleh terus diukur dan disukat oleh guru secara terus semasa proses pengajaran berlangsung. Secara tidak langsung guru dapat menangani dan bertindak segera menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan cara menggunakan bahasa yang lebih sesuai dan lebih mudah difahami, serta melakukan perubahan teknik mengajar yang lebih berkesan dan berupaya membantu pelajar supaya lebih faham bersesuaian dengan tahap pelajar itu sendiri.

Langkah akhir dalam Model ASSURE ini adalah merupakan peringkat paling penting bagi menilai keseluruahan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dipilih, ditetapkan dan dilaksanakan. Di sinilah refleksi sebenar akan dibuat oleh guru hasil daripada pengajaran yang dilakukan dalam bilik darjah terhadap tahap keupayaan pelajarnya dan tahap keberkesanan pengajarannya. Setiap tindak balas positif mahupun negatif yang ditunjukkan oleh pelajar hendaklah dikaji secara mendalam bagi memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Refleksi yang dibuat dapat membantu guru untuk melakukan penambahbaikan dan seterusnya menyediakan satu set perancangan yang lebih efisyen, efektif, tersusun dan seterusnya memperbetulkan apa-apa jua kesalahan dan kesilapan yang telah guru lakukan di setiap peringkat proses berdasarkan kepada model ASSURE Penutup

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan dapatmencapai kompetensi dalam penggajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan penuhminat akan sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan dan bagaimana mereka merancang untuk melaksanakannya.Justeru itu, Proses Pengajaran dan Pembelajaran perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tercapai. Oleh yang demikian, Model Pengajaran ASSUREboleh digunakan untuk membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah kerana hanya dengan perancangan pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan disamping mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan rasa hormat mereka terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang positif melalui proses pengajaran yang sistematik dan menarik.Perancangan mengajar merupakan susun atur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat (Yusup Hashim (2000). Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat. Menurut Yusuf Hashim (1998), rancangan pengajaran yang berorentasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas; kerana ia menjimatkan masa. Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlah bahan pengajaranyang tersedia ada masih kecil, dan ini bermakna guru masih perlu menyediakannya sendiri. Dengan menggunakan Model ASSURE, ia dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media. Melalui Model ASSURE, ia memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Dalam Model Reka Bentuk ASSURE ini, Analisis Murid sangat perlu jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan kerana ia harus disesuaikan dengan ciri-ciri murid, pengetahuan perlu ada dan stail pembelajaran mereka sama ada dari kalangan murid auditori, visual atau kinestatik. Objektif pengajaran pula perlu dinyatakan dengan jelas dan harus difokuskan kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk murid dan ia merupakan tahap minimum yang perlu dicapai oleh murid daripada pengajaran yang dijalankan. Selain dari itu, kaedah pengajaran yang digunakan haruslah sesuai dan dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pengajaran dan kumpulan sasaran atau murid kerana terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza sama ada secara kelas, berkumpulan atau individu. Pemilihan media pula harus bersesuaian dengan kaedah yang dipilih dan keperluan penggunaanyadalam satu-satu pengajaran sama ada menggunakan media sedia ada, mengubah suai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Selain dari itu, murid juga harus dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, kuiz dan projek bagi memastikan proses pembelajaran berlaku. Bagi melihat keberkesanan rancangan pengajaran yang dibuat, penilaian perlu dilakukan sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran yang melibatkan aspek pencapaian murid dan pembelajaran yang dihasilkan seterusnyakeberkesanan media dan kaedah pengajaran yang digunakan.Guru perlu kreatif mencipta idea-idea baru bagi menarik minat dan citarasa pelajar masa kini yang rata-ratanya cenderung dalam teknologi-teknologi baru. Oleh yang demikian, guru perlu memantapkan diri, mempelajari dan mempraktikkan kemahiran tersebut seiring dengan minat pelajar masa kini yang lebih moden. Hasil kemajuan negara haruslah seiring dengan profesyen perguruan masa kini yang mencabar dan menuntut warga pendidik menjadi insan yang sentiasa berfikiran ke hadapan dan melangkah ke ruang alam persekolahan dengan nekad dan semangat untuk memajukan bangsa dan Negara Malaysia.

Penjelasan di atas jelas menunjukkan bahawa Model Pengajaran ASSURE mengandungi elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk merancang pengajaran agar matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran tersebut dapat dicapai. Melaluinya juga guru dapat mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara berterusan untuk melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.REFLEKSI Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas kurnia dan rahmatnya dapatlah saya menyempurnakan tugas yang diamanahkan ini dengan lancar dan baik. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah saya Cik Asniza Musa serta rakan-rakan yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Saya cuba mengadaptasikan Model pengajaran ASSURE dalam menjalankan Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 5.

Pada peringkat permulaan, saya menghadapi sedikit masalah untuk memahami model Pengajaran ASSURE kerana kurang maklumat dan tidak kreatif serta terikat dengan pengajaran sains yang melibatkan murid mencari sendiri seperti menggunakan teknik Inkuiri Penemuan melalui kaedah menjalankan eksperimen bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi. Pada pandangan pertama saya berpendapat, sains terikat dengan aktiviti menjalankan eksperimen dan kurang memberi penekanan dalam soal pemilihan media untuk dipaparkan kepada anak didik saya kerana lebih fokus kepada perihal alam sekitar yang menyediakan bahan maujud yang membolehkan murid memegang dan menilai sendiri sesuatu perkara.

Apabila cuba menyeami dan menyelongkar rahsia Model ASSURE melalui nota-nota kuliah dan tulisan-tulisan akademik di internet baharulah saya sedar bahawa model ini jika digabungkan dengan teknik dan kaedah yang sering saya jalankan ke atas anak murid saya ia boleh mencetus pembaharuan dalam teknik penyampaian dan pengajaran saya di dalam kelas. Dalam sedar dan tidak sedar sebagai seorang pendidik, kita sering kali menggunakan model ini dalam pengajaran seharian tetapi tidak secara terperinci dan menyeluruh serta mengikut landasan dan peraturan yang tepat.Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk digunakan dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran. Model ini bukan sahaja memberi panduan kepada guru malah setiap ciri yang terkandung dalam ASSURE boleh mengubah persepsi pelajar terhadap proses p&p yang selalu dianggap membosankan.Sekiranya ciri-ciri model ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya, saya yakin bahawa murid akan sentiasa tertunggu tunggu pengajaran guru yang selanjutnya. Proses penyampaian maklumat oleh guru juga akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan. Daripada tugasan yang telah saya terima dan selesaikan, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan mengenai kebaikan model reka bentuk pengajaran ASSURE.Antaranya, sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran, seseorang guru perlu terlebih dahulu menganalisis muridnya. Perkara inilah yang sering dilupai atau diabaikan oleh guru-guru di sekolah pada masa sekarang. Langkah menganalisis murid sangat penting kerana dari situ seseorang guru dapat mengetahui keupayaan muridnya serta ciri- ciri yang terdapat pada dirinya. Hal ini seterusnya dapat membantu guru merancang cara-cara atau strategi-strategi pengajaran agar tiada seorangpun muridnya yang tercicir daripada memperolehi ilmu yang disampaikan.Selain daripada itu, model reka bentuk pengajaran ASSURE amat menekankan kepentingan penggunaan bahan sumber dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana, bahan sumber dapat menjadikan sesuatu proses pengajaran guru menjadi lebih menarik, berkesan, dan mencetuskan kelainan untuk mengelak murid dari berasa cepat bosan. Keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah sangat penting dijalankan dalam setiap pengajaran hariannya.

Penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE adalah lebih baik berbanding model- model yang lain kerana ianya lebih lengkap dan bersistematik. Selain daripada itu pengajaran guru akan menjadi lebih lancar dan tersusun dengan adanya perbincangan bersama rakan sejawat untuk membantu proses perkembangan diri dan mengenal identiti mereka sebagai anak didik di sekolah. Secara keseluruhannya, saya telah memperuntukkan sejumlah masa yang banyak untuk menyiapkan tugasan ini termasukklah masa untuk menyiapkan bahan bantu mengajar, rancangan pengajaran harian selain menyiapkan dokumentasi ini yang pada awalnya saya rasakan mudah. Namun, apabila diterokai saya mendapati ianya unik dan menarik untuk terus diterokai dan dicari gali maklumatnya.Alhamdulillah, tugasan ini berjaya disiapkan dengan hasil usaha sendiri dengan kajian mendalam melalui internet, perbincangan bersama pensyarah dan rakan-rakan serta kesabaran dan ketekunan di samping sokongan keluarga tercinta.

RUJUKAN

1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Selangor : Amiza Publishing Sdn.Bhd. 2. Ee Ah Meng (1998) . Pedagogi Untuk Bakal Guru. Selangor : Sri Pendidikan Fajar Bakti. 3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam Dalam Pengajaran . Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd. 6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.