MODEL ASSURE.docx

31
MODEL ASSURE Pengenalan Penggunaan kaedah, cara dan model pengajaran adalah penting dalam menentukan objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai diperlukan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan bahan pengajaran kepada murid. Diharapkan murid akan lebih jelas, faham dan berkesan serta objektif pengajaran pada hari itu dapat dicapai. Model pengajaran yang tepat dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dengan berkesan dan murid menerima pengajaran dengan mudah serta memahami apa yang diajar oleh guru. Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan serta mudah mencapai objektif sekiranya perancangan yang baik dilakukan. Seseorang guru perlu memahami dan mengetahui perkara yang hendak diajar sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Perancangan yang rapi amat diperlukan agar pengajaran dan pembelajaran dijalankan berkesan dan menjadi daya tarikan murid untuk memberi tumpuan dan mudah menerima ilmu yang diajar oleh guru. Oleh itu, model ASSURE adalah dicadangkan. Model ASSURE Model ASSURE dicadangkan penggunaannya di dalam bilik darjah kerana model ini sangat meluas penggunaannya dikalangan guru-guru untuk merancang pembangunan media instruksional secara sistematik.

Transcript of MODEL ASSURE.docx

Page 1: MODEL ASSURE.docx

MODEL ASSURE

Pengenalan

Penggunaan kaedah, cara dan model pengajaran adalah penting dalam menentukan

objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai diperlukan untuk

membantu guru mengajar dan menyampaikan bahan pengajaran kepada murid. Diharapkan

murid akan lebih jelas, faham dan berkesan serta objektif pengajaran pada hari itu dapat

dicapai. Model pengajaran yang tepat dapat membantu guru melaksanakan pengajaran

dengan berkesan dan murid menerima pengajaran dengan mudah serta memahami apa yang

diajar oleh guru.

Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan serta mudah mencapai objektif

sekiranya perancangan yang baik dilakukan. Seseorang guru perlu memahami dan

mengetahui perkara yang hendak diajar sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

Perancangan yang rapi amat diperlukan agar pengajaran dan pembelajaran dijalankan

berkesan dan menjadi daya tarikan murid untuk memberi tumpuan dan mudah menerima ilmu

yang diajar oleh guru. Oleh itu, model ASSURE adalah dicadangkan.

Model ASSURE

Model ASSURE dicadangkan penggunaannya di dalam bilik darjah kerana model ini

sangat meluas penggunaannya dikalangan guru-guru untuk merancang pembangunan media

instruksional secara sistematik.

Model ASSURE merupakan singkatan kepada:

Analyze Learners (Analisa pelajar)

Ciri pertama adalah menganalisa pelajar. Sesuatu bahan yang dibina oleh guru perlu

mengenalpasti pelajar dari segi umur, latar belakang sosioekonomi, kebolehan dan

pengetahuan sedia ada. Murid pasif perlu ada bahan yang mampu menarik minat pelajar.

Analisa pelajar ini penting supaya bahan yang dibina mencapai objektif guru.

Pada tahap ini, masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu diteliti

dahulu. Soalan seperti berikut boleh dijadikan panduan:

Page 2: MODEL ASSURE.docx

a.       Siapa kumpulan sasar?

b.      Apakah cirri-ciri mereka?

c.       Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai?

d.      Berapa lama tempoh perlaksanaan?

Maklumat pelajar ini boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar atau berinteraksi

secara bersemuka dengan murid. Guru akan dapat mengetahui harapan, sikap, latar belakang,

aras kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid terhadap tajuk tertentu. Maklumat juga

boleh diperolehi melalui ujian dan interaksi bekaitan beberapa soalan mudah berkaitan tajuk.

Guru juga dapat menentukan bahawa murid memperoleh maklumat samada daripada buku

rujukan atau pendedahan melalui majalah dan televisyen.

Proses menganalisa murid penting kerana berdasarkan maklumat ini guru mampu

membangunkan bahan yang baik dan bersesuaian dengan latar belakang murid. Penghasilaan

bahan yang sesuai mampu membantu murid memahami dan mengenal pasti maklumat

pembelajaran berkaitan tajuk dengan mudah. Model yang tepat, penganalisaan guru yang

betul dan kebolehan guru menyampaikan maklumat dengan baik akan mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang menarik di dalam bilik darjah seterusnya mencapai

objektif pembelajaran tajuk tersebut.

State Objectives (Nyatakan objektif)

Guru perlu menentukan objektif atau hasil pembelajaran yang mahu dicapai. Objektif

mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan dicapai. Sebelum

pembelajaran bermula, menentukan objektif adalah penting supaya guru dapat menetapkan

sasaran yang mahu dicapai dan seterusnya menetapkan apa yang murid perlu dapat. Yusup.

(2006).p.7. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan yang ingin di capai.

Objektif yang jelas mampu membantu guru fokus kepada yang sepatutnya dipelajari

dan dikuasai oleh pelajar. Penggunaan kaedah dan bahan yang bersesuaian mudah dipilih

oleh guru kerana guru telah menetapkan objektif terhadap pengetahuan, kemahiran, dan

sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar.

Secara langsung, objektif pengajaran amat penting untuk dicapai kerana ia memberi

panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu

juga pemilihan bahan bantu mengajar dalam aktiviti murid turut dapat membantu mencapai

Page 3: MODEL ASSURE.docx

objektif. Oleh itu, analisa guru, pemilhan bahan, penetapan objektif dan pelaksanaan

pengajaran yang berkesan mampu mencapai objektif pengajaran sesuatu tajuk.

Select Methods, Media and Materials (Memilih kaedah, media dan bahan)

Memilih kaedah, media dan bahan merupakan salah satu cirri model ASSURE. Guru

perlu mengetahui tahap kebolehan murid dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai dalam

menentukan proses pemilihan, membaiki dan mengubahsuai media atau bahan.

Sebelum sesuatu tajuk diajar, guru perlu memilih dahulu kaedah, media dan bahan

yang sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran bagi tajuk tersebut tercapai.

Memilih kaedah yang sesuai dalam sesuatu pengajaran daripada pelbagai kaedah adalah

penting untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti set induksi,

pengenalan kepada konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru perlu mampu menarik

perhatian murid kepada set induksi yang berteraskan pengetahuan sedia ada murid. Kaedah

perbincangan, latihan dan latih tubi boleh dijalankan sebagai satu kaedah mencungkil

pengetahuan yang baru.

Memilih media yang sesuai dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan faktor yang penting yang membolehkan mesej atau maklumat dapat disampaikan

dengan berkesan. Media yang sesuai seperti tayangan CD, televisyen, komputer dan gambar

statik. Media yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid.

ASSURE mencadangkan 5 prinsip dalam penggunaan media iaitu “preview” media,

memastikan media tidak bermasalah, menentukan lokasi, menentukan pelajar serta

memastikan media tersebut mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar. Penggunaan

media berdasarkan 5 prinsip di atas mampu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan. Walau bagaimanapun kos dan waktu pengajaran perlu diambil kira. Adakalanya

media yang bersesuaian dengan topik tidak dapat dipertontonkan pada waktu mata pelajaran

tersebut.

Memilih bahan sumber pengajaran dan pembelajaran perlu berpandukan kepada isi

pelajaran yang menjadi matlamat pembelajaran. Bahan yang boleh dipilih seperti buku teks,

carta, dan lembaran latihan.

Page 4: MODEL ASSURE.docx

Bahan yang tidak melibatkan pelajar secara aktif akan menyebabkan pelajar pasif

dan tidak efektif. Pemilihan dan penyediaan bahan yang kreatif dan mempu merangsang

pelajar dapat memupuk minat dan budaya berfikir. Oleh itu, penyediaan bahan mengikut

model ASSURE mampu merangsang tingkah laku dan minda pelajar. Hal ini amat diperlukan

dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya mencapai objektif guru.

Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)

Penggunaan media dan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting

kerana penggunaan bahan dan media yang betul akan dapat menentukan keberkesanan proses

pembelajaran tersebut. Mencari sumber maklumat melalui internet dalam menyediakan bahan

adalah salah satu penggunaan yang baik. Guru juga boleh menggunakan ninternet semasa

mengajar. Buku teks, carta visual dan lembaran latihan juga boleh diaplikasikan.

Pemilihan dan penggunaan bahan dan media akan menjadi daya penarik dan

menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Namun begitu dalam

pemilihan dan penggunaan bahan dan media, guru perlu memastikan kesesuaian dengan

pengalaman sedia ada murid. Sekiranya murid tidak pernah melayari internet, sekiranya

pengajaran dan pembelajaran berjalan, murid akan ketinggalan dan menjdai bosan.

Walaupun pelbagai media boleh digunakan, guru perlu mempertimbangkan media

yang sesuai seperti tayangan CD kerana ia lebihb menarik dan mampu memberi gambaran

sebenar dan jelas tentang sesuatu tajuk. Oleh itu guru perlu bersedia dengan pilihan lain

seperti rakaman atau siaran tertunda.

Guru perlu diingatkan supaya menentukan arah tuju pengajaran dan pembelajaran.

Pada masa kini penggunaan bahan capaian daripada internet, e-learning, online learning,

laman web dan sebagainya sudah lumrah digunakan. Namun begitu kawalan, ubah suai,

tambah baik dan baik pulih perlu dipastikan agar sesuai dengan situasi semasa.

Require learner and participation (Tindak balas pelajar)

Bagi memastikan proses pembelajaran berjalan, murid perlu terlibat aktif dalam

aktiviti pembelajaran. Kaedah ini dinamakan pembelajaran berpusat murid. Antara aktiviti

Page 5: MODEL ASSURE.docx

yang boleh dilakukan adalah kuiz, latih tubi, kerja berkumpulan, perbincangan, latihan dan

projek. Pembelajaran berpusat murid mampu merangsang minda dan tingkah laku murid.

Contohnya aktiviti melabel berdasarkan bahagian-bahagian pokok, nama bandar, nama

haiwan, dan peta Malaysia. Aktiviti ini mampu mencetuskan pengalaman baru kepada murid.

Ini kerana murid mempelajari sesuatu yang baru berbanding hanya guru yang menerangkan

sesuatu tempat.

Pengukuhan serta merta perlu diberikan kepada murid yang member tindak balas

yang betul. Ini sebagai satu kaedah merangsang atau motivasi kepada murid untuk menarik

minat seterusnya turut terlibat aktif dalam aktiviti di dalam bilik darjah. Murid pasif juga

akan menjadi terikut untuk turut sama terlibat. Walau bagaimanapun, guru perlu memastikan

kaalan kelas dalam keadaan baik agar tidak berlaku proses pembelajaran menjadi tidak

terkawal yang boleh menyebabkan objektif pembelajaran tidak kesampaian.

Bahan atau media yang digunakan sekiranya tidak mampu menarik minat murid secara

aktif sebenarnya kurang membantu murid dan tidak efektif untuk dilaksanakan. Oleh itu,

penyediaan bahan yang kreatif dan mampu menarik minat murid secara tidak langsung

memupukm budaya berfikir murid seterusnya memastikan objektif pembelajaran dapat

dicapai. Oleh sebab itu, guru perlu memastikan bahan dan media yang dipilih berasaskan

model ASSURE perlu dapat merangsang tingkah laku dan minda murid sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran.

Evaluate and revise (Menilai dan menyemak semula bahan)

Menilai ialah satu proses untuk melihat keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Penilaian boleh dilakukan setelah selesai

proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian berasaskan juga keberkesanan atau kekuatan

bahan dan media yang dipilih serta pencapaian murid mengikut aras kebolehan.

Setelah tamat proses pengajaran dan pembelajaran, penilaian perlu dilakukan untuk

melihat kekuatan dan kelemahan serta keberkesanan bahan dan media secara menyeluruh

Page 6: MODEL ASSURE.docx

agar penambah baikan dapat dijalankan supaya penggunaan media dapat dilaksanakan

semaksimum mungkin dalam pembelajaran.

Beberapa aspek perlu difikirkan dalam menentukan pencapaian penilaian seperti yang

dinyatakan oleh Yusup.(2006):

a.       Adakah objektif tercapai?

b.      Adakah alat atau bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan

pembelajaran?

c.       Adakah kesemua pelajar menggunakan alat atau bahan media dangan betul?

d.      Adakah suasana pembelajaran selesa?

e.       Adakah peluang pemerhatian individu diberi?

Proses menilai sesuatu bahan media berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan

bahan media tersebut. Proses pembaikan perlu dilakukan agar bahan media tersebut benar-

benar sesuai dengan murid seterusnya menepati objektif pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan. Penilaian boleh dilakukan secara lisan atau tulisan, secara formatif atau

sumatif. Menilai bahan media yang dibina amat perlu kerana guru mampu melihat kekuatan

dan kelemahan bahan media tersebut. Seterusnya guru mampu menambah baik mana yang

lemah dan memperkukuh mana yang sesuai. Perlu menilai juga bahan media tersebut

mengikut aras kebolehan murid. Oleh sebab itu, pemerhatian individu perlu ditekankan agar

tiada murid yang tertinggal dalam penyediaan atau pembinaan bahan media.

Oleh itu guru perlu sentiasa peka dan kreatif dalam menilai murid, bahan media

pencapaian objektif. Pemerhatian yang berterusan dapat mengesan sebarang kelemahan

dalam penyediaan bahan. Kelemahan penyediaan bahan mampu menggagalkan objektif

pembelajaran. Kealpaan memerhati murid mampu membiarkan murid pasif terus pasif. Murid

pandai pula akan menguasai ruang tanpa memberi peluang kepada murid lain.

Adakalanya perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan hebat dan sempurna

tetapi gagal apabila dilaksanakan. Justeru, guru perlu mencuba perancangan pengajaran

terhadap sekumpulan kecil murid untuk mendapatkann maklum balas keberkesanan dan

mencari kelemahan perancangan tersebut.

Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang akan diambil terhadap

perkara yang dinilai. Pencapaian murid boleh diketegorikan sebagai rujukan criteria mengikut

Page 7: MODEL ASSURE.docx

objektif yang ditetapkan, dari segi kemahiran diperoleh dan sikap murid selepas pengajaran

dan pembelajaran. Murid boleh menjawab soalan pemahaman atau berstruktur. Model

ASSURE amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.

Kesimpulan

Model ASSURE mempunyai asas yang kukuh dijadikan panduan pembinaan bahan

media pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana berdasarkan kajian lalu, model ini bukan

sahaja memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malahan cirri-ciri

yang terkandung dalam model ini mampu mengubah tanggapan pelajar terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran yang selalu diperkatakan sebagai membosankan.

Sekiranya model ASSURE ini diguna pakai sepenuhnya dalam menyedia dan

membina bahan media untuk pengajaran dan pembelajaran, sudah sepastinya murid-murid

akan senantiasa menunggu kedatangan guru untuk mengajar. Pengajaran akan menjadi lebih

mudah, menarik dan berkesan.

Oleh itu kemahiran guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan objektivisme atau kontruktivisme akan memastikan hasil pembelajaran pada hari

tersebut tercapai. Persediaan dan peralatan bantu mengajar amat penting agar murid berasa

seronok mengikuti pengajaran mata pelajaran tersebut. Samada pengajaran berpusat guru atau

murid, pelaksanaan aktiviti dan penglibatan aktif murid dapat dilihat berdasarkan minat

murid terhadap pengajaran guru itu. Sekiranya murid kelihatan pasif, maka guru tersebut

gagal, pengajaran dan pembelajaran juga gagal mencapai matlamatnya.

Pastikan guru memahami dan mahir pengajaran bermatlamat objektivisme dan

kontruktivisme. Kegagalan memahami konsep tersebut, bermakna guru mengajar tanpa

matlamat. Murid juga tidak terarah. Pengajaran akan jadi syarahan. Pada akhir pengajaran,

murid tidak mencapai apa-apa dan guru dikatakan syok sendiri.

Page 8: MODEL ASSURE.docx

MODEL ASSURE

1.Pengenalan

Bidang teknologi berkait rapat dengan bidang pendidikan. Perkaitan

ini telah menimbulkan model-model yang boleh diaplikasikan dalam

bidang pendidikan. Justeru itu, adalah mustahak bagi guru untuk

mendalami pengetahuan mengenai teknologi pendidikan dan

pengajaran.Teknologi pendidikan adalah kaedah sistematik dengan

menggabungkan pelbagai media komunikasi yang inovatif. Tujuan

utama teknologi pengajaran digunakan adalah untuk mempengaruhi

pembelajaran supaya pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada

pengajaran guru tetapi kepada media dan bahan. Antara elemen-

elemen rasional kepentingan teknologi dalam pendidikan seperti berikut:

1. Motivasi

Dengan menggunakan teknologi dapat memotivasikan pelajar untuk

belajar.Menurut Kozma dan Croginger (1992), menerangkan beberapa

cara teknologi dapat membantu dalam proses kognitif, motivasi dan

membantu keperluan sosial pelajar.

2. Keunikan pengajaran

Selain itu, keunuikan pengajaran boleh memudahkan suasana

pembelajaran menjadi lebih hebat dan berkesan. Ia juga dapat

menghubungkan pelajar dengan sumber maklumat dan alat

pembelajaran.

3. Sokongan kepada pendekatan baru pengajaran

Dewasa ini masyarakat mula sedar kepentingan teknologi dalam pelbagai

bidang. Pelbagai pendekatan baru yang digunakan bagi memotivasikan

pelajar dalam bidang pendidikan. Antaranya pembelajaran koperatif ,

berkongsi kecerdikan dan mempunyai kemahiran yang tinggi.

Page 9: MODEL ASSURE.docx

4. Meningkatkan produktiviti guru

Tidak dinafikan dengan penggunaan teknologi dapat mengurangkan

kerja guru dan mejimatkan masa dalam penyimpanan rekod dan data.

Sudah semestinya guru akan lebih produktif sekiranya mereka dilatih

dan didedahkan dalam kaedah berasaskan teknologi dan mampu

mengakses dengan pantas maklumat bagi keperluan mereka.

5. Sebagai keperluan kemahiran ICT

Seperti yang telah diketahui keperluan ict pada zaman globalisasi ini

amatlah penting dan ia perlu dikuasai oleh pelajar bagi menyediakan

mereka untuk menjadi pelajar bermaklumat. Menurut Moursund (1995),

tiga jenis laluan yang dikenali sebagai kemahiran asas untuk semua

rakyat dalam Teknologi Maklumat (IT) ialah Literasi maklumat, literasi

teknologi dan literasi Visual.

2. Definisi Teknologi Pengajaran

Menurut Silber (1970) teknologi pengajaran ialah pembangunan

(penyelidikan, reka bentuk, penerbitan, penilaian, penggunaan)

komponen sistem pengajaran ( mesej, manusia, bahan, alatan, teknik ,

keadan) dan pengurusan pembangunan ( organisasi, personel) yang

sistematik bagi menyelesaikan masalah pendidikan.

” Teknologi pengajaran ; ialah satu cara sistematik untuk mereka

bentuk, menjalankan, dan menilai proses keseluruhan pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan objektif khusus, penyelidikan yang

berdasarkan kepada pembelajaran manusia dan komunikasi. ia juga

melibatkan kombinasi sumber manusia dan sumber bukan manusia.

Tujuannya ialah untuk membolehkan pengajaran menjadi efektif”

( Suruhanjaya Teknologi Pengajaran 1970)

Menurut Seels dan Richey (1994), teknologi pengajaran ialah teori dan

praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan

penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran.

Page 10: MODEL ASSURE.docx

3. Model ASSURE

Model assure ini menggunakan akronim dengan menggabungkan

pengajaran seperti yang diterangkan oleh Gagne.Maksud akronim

ASSURE ini seperti berikut:

A : Analyze Learners ( menganalisis pelajar)

S : State Objective ( Menyatakan objektif)

S : Select Methods, Media and Materials ( memilih kaedah, media dan

bahan )

U : Ultilize media and materials ( menggunakan bahan dan media)

R : Require Learner Participation ( memerlukan penglibatan pelajar)

E : Evaluate and revise ( menilai dan menyemak semula bahan)

 Menurut Smaldino, Russell, Heinch dan Molenda (2005), model ini merupakan

prosuder atau panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu

bahan atau media dengan mengambil kira teknologi. Menurut Rozinah

Jamaluddin ( 2003), model ASSURE adalah panduan prosuderal untuk

perancangan dan pengendalian pengajaran dengan integrasi media.

Proses pembagunan pengajaran yang lengkap bermula dengan keperluan

bagi menentukan sama ada pengajaran itu sesuai atau tidak dengan apa

yang ingin dicapai. Model ASSURE digunakan kepada perancangan

media di bilik darjah

3.1 Menganalisis Pelajar

Sebelum menggunakan bahan atau media dalam pengajaran guru

perlu mengenali ciri-ciri pelajar, isi kandungan pelajaran, media dan

bahan pelajaran. ini sebagai langkah pertama guru untuk persediaan

sebelum memulakan pengajaran pembelajaran. Antara faktor yang di

ambil kira untuk membuat keputusan dalam pemilihan media ialah:

i. Ciri-ciri am merangkumi sosial pelajar seperti umur, tahap gred,

kedudukan, pekerjaan, faktor budaya dan sebagainya.

Page 11: MODEL ASSURE.docx

ii. Ketrampilan kemasukan khusus adalah pengetahuan kemahiran atau

kekurangan yang ada pada pelajar.

iii. Gaya pembelajaran pula meliputi baka, psikologi yang mempengaruhi

pelajar untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan.

Berdasarkan fakta yang dijelaskan, guru perlulah mengenal pasti

pelajar sama ada dari segi umur, latar belakang, sosio ekonomi dan

tahap gred yang dicapai oleh pelajar sebelum menggunakan media

berdasarkan model ASSURE dalam pengajaran pembelajaran. Sekiranya

guru berdepan dengan pelajar yang pasif guru perlu membina model

bahan atau media yang sesuai supaya pembelajaran tidak membosankan

pelajar.

Oleh itu, aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia

ada juga perlu diambil kira supaya bahan media yang digunakan dapat

mencapai sasaran objektif pengajaran guru. Sebagai contoh guru ingin

membina bahan dan media bagi tajuk pekerjaan rasulullah S.A.W dan

kehidupan baginda, guru perlu mengenal pasti latar belakang murid

sama ada pernah mendengar cerita Nabi Muhammad dan mengalami

suasana kehidupan di Tanah Arab tersebut atau tidak. Jika pelajar belum

pernah melalui suasana kehidupan masyarakat di tanah Arab, guru boleh

memikirkan alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar

tanpa perlu berada di Tanah Arab. Dan sudah semestinya tayangan video

merupakan pilihan yang tepat untuk tajuk tersebut. Dengan

mengaplikasikan tayangan video kehidupan masyarakat arab dan

pekerjaan mereka itu murid dapat mengalami dan memahami cara

kehidupan sebenar Rasulullah S.A.W. Sehubungan dengan itu, proses

menganalisis pelajar amat penting kerana melalui maklumat awal dan

latar belakang pelajar, guru dapat membina bahan media yang baik dan

sesuai dengan latar belakang pelajar. Bahan media yang baik akan

mendorong pelajar lebih memahami dan mengetahui maklumat

pembelajaran dengan lebih mudah.

3.2 Menyatakan Objektif

Page 12: MODEL ASSURE.docx

Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dengan

jelas oleh guru. Ini adalah sebagai sasaran pengajaran pembelajaran dan

semestinya pernyataan objektif mestilah tepat. Kepentingan objektif

pengajaran adalah sebagai mengetahui dan memilih kaedah dan

media pengajaran yang tepat. Dengan mengetahui objektif, guru

dapat merancang dan mencipta suasana pembelajaran bagi mencapai

objektif tersebut. Melalui objektif juga guru dapat menilai pelajar dengan

tepat sama ada objektif yang diingini oleh guru tercapai atau tidak.

Pernyataan objektif yang baik mempunyai empat kriteria.

i. Siapakah yang hendak dicapai?

ii. Apakah yang hendak dicapai?

iii. Bagaimana hendak mencapai sasaran ?

iv. Apakah tahap pencapaian yang telah dicapai?

i. Siapakah yang hendak dicapai?

Dalam komponen ini tertumpu kepada perkara yang dilakukan oleh

pelajar bukan yang dilakukan oleh guru. pembelajaran hnaya berlaku

apabila pelajar itu aktif, mental yang sihat, iaitu dia dapat memproses

idea atau secara fizikal seperti menguasai kemahiran dalam pengajaran

pembelajaran.

ii. Apakah yang hendak dicapai?

Soalan ini merujuk kepada tingkah laku pelajar. Tingkah laku

yang menggambarkan keupayaan pelajar selepas mengikuti pengajaran

dan merupakan unsur penting dalam sesuatu objektif. Tingkah laku yang

dinyatakan dalam objektif pengajaran pembelajaran hendaklah dapat

diukur dan dilihat pencapaiannya. Untuk menyatakan tingkah laku dalam

objektif mestilah menggunakan istilah yang tepat dan sesuai. Istilah yang

Page 13: MODEL ASSURE.docx

kabur seperti menyatakan, mengetahui, memahami dan sebagainya tidak

akan dapat menghuraikan objektif dengan jelas.

Antara istilah yang boleh digunakan seperti:

menganalisis

memilih

mengkelaskan

mengkategorikan

menyebut

menyusun

membina

melabelkan

mewarna

menilai

membanding

mereka cipta

menggambarkan

mengukur

mengeneralisasikan

iii.        Bagaimana hendak dicapai?

Untuk pencapaian objektif pengajaran pembelajaran hendaklah

termasuk syarat tingkah laku baru yang dapat diperhatikan. Pernyataan

syarat pencapaian objektif juga dapat membantu guru menyediakan

suasana dan langkah pengajaran pemberlajaran.

iv.        Apakah tahap pencapaian yang telah dicapai?

Darjah atau aras pencapaian yang dicapai oleh pelajar sama ada

aras 1, aras 2 atau aras 3. Ia merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti

atau kuantiti tingkah laku tempuh masa yang ditetapkan dan

sebaginya.Kriteria berkenaan dinyatakan secara kualitif dan kuantitatif.

Contoh penulisan objektif bagi tajuk Pahala dan Dosa Pendidikan Islam

Tahun 4.

Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Page 14: MODEL ASSURE.docx

Aras 1

Menyebut pengertian pahala dan dosa secara lisan.

Aras 2

Mengenal pasti amalan yang boleh diberi ganjaran pahala dan amalan

yang dibalas dosa.

Aras 3

Mengklasfikasikan perbuatan yang boleh membawa kepada dosa dan

pahala.

Berdasarkan penulisan objektif tadi, sebelum memulakan sesuatu

pengajaran guru perlu menyatakan objektif pengajaran pembelajaran

bagi menetapkan apa yang perlu dicapai oleh pelajar dalam bahan media

yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran. Menurut Nicholson

(1996) menyatakan bahawa objektif bagi sesuatu bahan media amat

perlu bagi memastikan keberkesanan bahan media yang digunakan

dalam pengajaran pembelajaran. Contohnya dalam tajuk perkara –

perkara yang membatalkan solat guru menetapkan murid dapat

menyenaraikan sekurang-kurangnya 6 perkara yang membatalkan solat.

Guru boleh menggunakan bahan media seperti power point atau cdri

berkaitan perkara-perkara yang membatalkan solat menerusi tayangan

tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mengukur kebolehan murid dan

objektif tercapai.

Klasifikasi objektif

Objektif diklasifikasikan mengikut jenis pembelajaran asas yang

dikehendaki. terdapat 3 kategori bagi menerangkan dan menyusun jenis

pembelajaran iaitu kemahiran kognitif, kemahiran afektif dan

kemahiran psikomotor.

Page 15: MODEL ASSURE.docx

3.3 Pemilihan kaedah, media dan bahan.

Seterusnya, perancangan yang sistematik dengan

menggunakan media memerlukan kaedah, media dan bahan yang akan

dipilih oleh guru dengan sistematik melalui langkah berikut:

      I.    Menetapkan kaedah yang tepat

Guru perlu memilih kaedah yang sesuai dalam mata pelajaran yang akan

di ajar kepada pelajar. Contohnya aktiviti permainan boleh digunakan

sebagai kaedah untuk menarik perhatian dan meningkatkan minat pada

permulaan pelajaran. Sebagai mengembangkan pelajaran guru boleh

melaksanakan kaedah sumbang saran atau perbincangan. Lantaran itu

pelajar dapat mencambahkan maklumat baru.

    II.    Memilih media yang sesuai bagi melaksanakan kaedah.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, format media ialah bentuk fizikal

paparan mesej. Format media termasuk carta flip, slaid, audio, video,

filem, komputer multimedia, CDRI , CDROOM dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, guru perlu memilih media dalam bentuk aliran

atau senarai semaik. Guru perlu memilih media berdasarkan kumpulan

sasaran, situasi pengajaran, angkubah pengajaran dan objektif sama ada

kognitif, efektif dan psikomotor mesti di ambil kira bagi setiap format

media yang digunakan.

   III.    Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan.

Menurut Rozinah Jamaluddin (2003), bagi memperoleh bahan yang

sesuai, guru perlu melibatkan 3 alternatif iaitu

·         memilih bahan yang tersedia ada.

·         mengubah suai bahan yang sedia ada.

·         mereka bentuk bahan yang baru.

Memilih kaedah dan media yang sesuai juga adalah

berdasarkan kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin

dicapai. Sebagai contoh guru ingin menyampaikan isi pelajaran berkaitan

Page 16: MODEL ASSURE.docx

Beriman pada Hari Akhirat kepada murid tahun 3. Sebelum tajuk ini di

ajar, guru haruslah memilih terlebih dahulu kaedah dan media yang

sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran tajuk ini tercapai. Guru

boleh menayangkan tanda-tanda hari kiamat seperti bencana alam,

tsunami, gempa bumi, peperangan di Palestin dan seaginya melalui

tayangan video atau YOU TUBE. Melalui tayangan tersebut pelajar akan

mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai tajuk pengajaran dan

dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan baik dan berkesan serta

kondusif. bahan ini sangat releven kerana ia akan dapat memberi

pengalaman baru terhadap pelajar. Selain itu guru juga boleh meminta

pelajar menjalankan aktiviti atau latihan di papan interaktif dengan

menggunakan power point atau cdri mata pelajaran Pendidikan Islam .

3.4 Menggunakan Media dan Bahan

Berdasarkan ASSURE terdapat 5 prinsip tatacara penggunaan

media.

Langkah ini perlu dibuat sebelum media digunakan dalam pengajaran

pembelajaran. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah

seperti

menyemak,

pratonton,

kaji bahan sumber sebelum digunakan,

sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup,

rancang penggunaan bahan sumber,

sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan

sumber agar mudah dicapai serta

menggunakan bahan secara optimum dalam proses pengajaran

pembelajaran.

Walaubagaimanapun, guru perlulah mengambil kira kos dan waktu

pengajaran dalam penggunaan media. Media yang sesuai dengan topik

pembelajaran tidak semestinya dapat disesuaikan dengan waktu

Page 17: MODEL ASSURE.docx

pengajaran terutamanya dalam 1 waktu dengan peruntukan masa 30

minit.

 

3.5 Memerlukan penglibatan pelajar

Bagi langkah yang kelima, iaitu penglibatan pelajar dalam

pembelajaran.Pembelajaran yang melibatkan pelajaran secara aktif akan

menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Ini telah disokong oleh

semua teori pembelajaran seperti teori kognitif dan teori behavioris.

Pengalaman kejayaan pelajar terhadap pembelajaran akan meningkatkan

motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Contohnya pembelajaran

secara “ hand-on” seperti melabelkan Hukum Tajwid pada skrin

komputer pada ayat-ayat Al Quran mengikut Surah yang di ajar oleh

guru. Situasi ini akan memberi pengalaman baru terhadap pelajar bagi

memahami dengan lebih jelas mengenai hukum-hukum tajwid

berbandiing guru hanya menceritakan sahaja hukum tajwid tersebut

sehingga murid menjadi bosan. Namun begitu, jika bahan media yang di

bina oleh guru tidak melibatkan aktiviti yang aktif oleh pelajar akan

menyebabkan objektif dan sasaran guru tidak akan tercapai. Oleh itu

guru perlulah membina bahan atau media yang kreatif sebagai

menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pengajaran

pembelajaran. Secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir di

kalangan pelajar. Justeru itu, bahan media yang berasaskan model

ASSURE perlu digunakan oleh guru sebagai merancang tingkah laku dan

minda pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran.

3.6 Menilai dan menyemak semula bahan

Komponen yang terakhir dalam Model ASSURE ialah menilai dan

menyemak semula bahan. Kedua-dua komponen ini merupakan aspek

penting kepada pembangunan kualiti pengajaran dan ia melibatkan

langkah yang berterusan . Penilaian seharusnya dilakukan oleh guru

sepanjang pengajaran pembelajaran bagi memastikan pilihan objektif,

media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.Oleh itu,

penilaian perlu dilakukan oleh guru bagi mengetahui pencapaian

kemahiran mereka seperti yang dikehendaki oleh guru. Penilaian semasa

Page 18: MODEL ASSURE.docx

pengajaran juga mempunyai tujuan diagnostik yang direka sebagai

mengesan dan memperbaiki masalah yang boleh mengganggu

pencapaian objektif pengajaran pembelajaran. Menurut Yusup (2006),

terdapat beberapa aspek yang boleh digunakan antaranya:

Adakah objektif pembelajaran tercapai?

Adakah bahan media yang digunakan dapat membantu pengajaran

pembelajaran?

Apakah kesemua pelajar dapat menguasai pembelajaran dengan

menggunakan media?

Berapakah bilangan pelajar yang menggunakan bahan media

dengan betul?

Adakah suasana pembelajaran berada dalam keadaan yang

kondusif?

Manakala penilaian terhadap pencapaian pelajar adalah perlu bagi

mengetahui keupayaan pelajar dalam memenuhi objektif tercapai. Selain

itu, penilaian terhadap media dan bahan juga perlu dilaksanakansebagai

mengetahui pengajaran itu berkesan dan dapat difahami oleh pelajar

dengan jelas serta mencapai tahap sasaran guru dalam tajuk yang di

ajar. Sekiranya terdapat kelemahan dalam penggunaan bahan dan media

guru hendaklah memperbaiki kelemahan media sehingga ia sesuai

digunakan dalam pengajaran pembelajaran.

4. Kesimpulan

Jelaslah model ASSURE mempunyai peranan penting dalam

membangunkan pengajaran pembelajaran yang berkualiti. Dengan

menggunakan model ASSURE sebagai panduan reka bentuk pengajaran

guru, ia akan dapat membantu guru merancang rancangan pengajaran

yang rapi dan sistematik. Dalam masa yang sama juga penggunaan

model ASSURE ini akan menimbulkan minat pelajar untuk beralih

kepada bahan lain, dan memberi kefahaman kepada pelajar dan

Page 19: MODEL ASSURE.docx

mengubah persepsi pelajar bahawa pengajaran pembelajaran yang selalu

dianggap sebagai membosankan.

 

REFLEKSI

Daripada tugasan ilmiah bagi kerja kursus portfolio KPD 3016 yang

telah diterima dan diselesaikan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya

telah memperolehi pelabagai pengetahuan mengenai kebaikan Model

ASSURE ini bagi diaplikasikan dalam pengajaran pembelajaran.

Antaranya sebelum memulakan pengajaran pembelajaran saya perlu

menganalisis murid terlebih dahulu. Pendekatan ini amat penting kerana

untuk mengetahui keupayaan murid dan ciri-ciri yang ada pada mereka.

Selain itu juga guru dapat merancang strategi pengajaran yang lebih

berkesan agar tiada murid akan tercicir daripada menerima ilmu yang

disampaikan oleh guru.

Di samping itu, saya juga telah mengetahui kepentingan

menggunakan bahan sumber dalam pengajaran pembelajaran.Dalam

Model ASSURE ia amat menekankan penggunaan bahan sumber dalam

pengajaran pembelajaran. Dengan kata lain, bahan sumber akan dapat

membantu guru untuk menjadikan pengajaran pembelajaran lebih

menarik, berkesan, dan penuh keseronokkan serta memberi kelainan

agar murid tidak berasa bosan.

Namun begitu, untuk mewujudkan pengajaran pembelajaran yang

meyeronokkan, saya perlu memilih kaedah dan strategi pengajaran yang

sesuai begitu juga dengan bahan atau media yang sesuai. Kedua-dua

elemen ini mestilah selaras dengan objektif pengajaran pembelajaran

agar sasaran guru tercapai. Oleh yang demikian keenam-enam elemen

dalam model ASSURE ini sangat penting bagi guru dalam pengajaran

hariannya di dalam kelas. Sebagai kesimpulan, setiap guru perlulah

mengguna, mempelajari dan mengaplikasikan model ASSURE ini apabila

mengajar di kelas.

Kandungan :

Page 20: MODEL ASSURE.docx

Apakah media pengajaran?Bagaimana media boleh meningkatkan keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran?Bagaimana media boleh diklasifikasikan?Apakah fungsi media pengajaran?Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan di dalam memilih media pengajaran?Apakah langkah-langkah yang perlu di dalam menyediakan bahan media pengajaran?

2.1 Konsep Media dan Media Pengajaran

Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pengajaran.

Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Media digunakan untuk membantu proses komunikasi (Heinich, 2002) Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.

            Definisi asal tentang media menekankan bentuk atau cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Ini bermakna yang menjadi fokus ialah peralatan yang membawa mesej dan mengenepikan peranan mesej itu sendiri. Sedangkan yang menggerakkan dan memberi kesan kepada manusia ialah mesej.

Oleh itu menurut Torkleson (1972), media perlu mempunyai tiga bahagian, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej.  Mesej merujuk kepada isi kandungan dalam media itu sama ada mesej yang berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain adalah dikira sebagai mesej. Bentuk mesej pula berkaitan bagaimana mesej itu disimpan. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dll. Manakala saluran mesej ialah peralatan fizikal dalam bentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti  televisyen, projektor LCD, komputer.

Page 21: MODEL ASSURE.docx

Dari segi pengajaran, Heinich (2002) berpendapat bahawa jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media itu merupakan media pengajaran. Begitu juga dengan Kemp dan Semellie (1994), media pengajaran ialah bahan-bahan audio visual dan bahan-bahan berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran. Oleh itu, media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

Nyatakan kelebihan menggunakan media dalam pengajaranApakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar:(a) Sains mengenai rupa atom;(b) Matematik mengenai set, subset dan tindanan:(c) Perbezaan lagu-lagu klasik Timur; dan(d) Contoh binatang-binatang terancam di Malaysia?

2.2 Fungsi Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sejauh manakah media pengajaran memainkan fungsi dalam pengajaran dan pembelajaran?

Antara fungsi media pengajaran ialah:

(a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej

Anggapan biasa iaitu perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej seringkali menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah komunikasi. Adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan akan lebih berkesan dan menarik seperti melalui penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.

(b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera

Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera:

(i)         Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.

(ii)        Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.

(iii)       Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto mahupun secara lisan.

(iv)       Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah, dll.(v)        Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi

Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan

Page 22: MODEL ASSURE.docx

interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

(d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama

Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

Bincangkan apa yang dimaksudkan media pengajaran?,Nyatakan ciri-ciri dan jenis-jenis media pengajaran.Bincangkan apakah kesan dan kepentingan media pengajaran dalam proses P&P.

2.3 Pengkelasan Media Pengajaran

         Nilai bahan pandang dengar bergantung kepada tahap realisme bahan itu. Semakin tinggi tahap realismenya maka semakin tinggi nilai bahan tersebut. (Hoban dan Zissman, 1937) Oleh itu, para pengkaji telah mencipta konsep penyusunan hirarki kaedah pengajaran berasaskan tahap realisme.  Salah satu usaha dilakukan oleh Edgar Dale 91946) dan dikenali sebagai Kon Pengalaman Dale.

Rajah 3.1 Kon Pengalaman Dale

Kon Pengelaman Dale menekankan pengalaman konkrit pelajar berlaku apabila mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti itu. Pengalaman konkrit akan semakin berkurangan apabila pelajar menjadi pemerhati. Pengalaman abstrak akan berlaku jika simbol visual dan verbal digunakan untuk mewakili

Page 23: MODEL ASSURE.docx

peristiwa.  Oleh itu, kon ini menyusun media bermula daripada media yang konkrit di tapak. Semakin ke atas ialah media visual dan di mercu kon ialah media-media yang abstrak.

Brunner (1966) menafsirkan Kon Pengalaman Dale kepada tiga jenis pengalaman iaitu pengalaman enaktif, pengalaman ikonik dan pengamalan simbolik. Pengalaman enaktif merupakan pengalaman secara langsung atau pengelaman sebenar. Pengalaman ikonik menggunakan simbol-simbol visual untuk mewakili satu perkara. Pengalaman simbolik atau digital menggunakan perkataan semata-mata. Oleh itu, Brunner mencadangkan pengajaran harus bermula daripada pengalaman enaktif. Ini disebabkan pelajar tidak dapat belajar jika media yang digunakan tidak sesuai. Jadi, jika pelajar tidak faham akan konsep yang abstrak maka mereka cuma menghafal sahaja tanpa memahami konsep.

Dengan menggunakan persembahan elektronik atau perisian yang sesuai bina carta atau pengurusan grafik yang sesuai untuk menunjukkan klasifikasi media pengajaran.

2.4 Pemilihan Media

Pemilihan media yang sesuai dapat memastikan maklumat dipersembahkan dengan cara yang paling efektif dan efisien. Pemilihan media perlu menekankan aspek mengenali ciri-ciri media itu terlebih dahulu daripada terus memilih atau menentukan peralatan dan bahan yang hendak digunakan.

Faktor-faktor yang menentukan pemilihan media yang sesuai ialah:a) Objektif pengajaran dan pembelajaranb) Ciri-ciri Pelajarc) Kaedah pengajarand) Faktor-faktor lain yang praktikal

2.4.1 Pemilihan media berdasarkan objektif pengajaran dan Pembelajaran

Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan.  Jadi adalah penting untuk mengenal pasti objektif sebelum memilih media. Jadual berikut menggariskan hubungan media dan objektif:

Kemahiran Media PengajranMotor Alatan mudah alih, Perkakasan latihanMental Carta, filem, OHP, Slaid, Kit latihan, VideoLisan Carta, filem, OHP, Alatan mudah alih, Slaid,

Kit latihan, VideoSikap Filem, Slaid, Video

2.4.2 Pemilihan media berdasarkan ciri-ciri pelajar

Page 24: MODEL ASSURE.docx

Model ASSURE menyarankan tiga aspek pemilihan media berdasarkan ciri-ciri pelajar iaitu:

a) Ciri-ciri umum pelajar seperti umur, latar belakang sosio ekonomi, b) Keperluan khusus pelajar seperti pengetahuan sedia ada pelajar tentang tajuk yang akan dipelajari, danc) Gaya pembelajaran pelajar.  Pengajar perlu mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang pelbagai supaya dia dapat menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan kepelbagaian gaya pelajar.  Jadual 3.1, 3.2 dan 3.3 merumuskan tiga gaya pembelajaran pelajar dan cadangan media yang sesuai dengannya.

Pelajar Visual biasanya Cadangan Media Pengajaran- perlu melihat untuk memahami Gunakan grafik (filem, slaid,

ilustrasi, rajah dan lakaran) untuk pengukuhan

- peka akan warna Kod warna untuk membuat nota- mempunyai bakat seni (artistik) Arahan bertulis- sukar menerima arahan atau syarahan dalam bentuk lisan

Carta alir

- kerap salah tafsir makna perkaraan

Gambarkan perkataan / fakta yang dihafal

- agresif pada bunyi-bunyian

Pelajar Auditori biasanya Cadangan Media Pengajaran- suka mendapat maklumat dengan mendengar

Gunakan alat rakam untuk membaca dan mengikuti kelas

- perlu mendengar untuk memahami

Membuat temu bual atau perbincangan

- bermasalah dengan arahan bertulis

Soalan peperiksaan atau arahan-arahan perlu dibaca secara lisan atau dirakam.

- tidak suka membaca- bermasalah dalam menulis- tidak peka dengan bahasa badan