Model Baru Ekonomi Mbe
-
Upload
cy-arsenal -
Category
Documents
-
view
256 -
download
0
Transcript of Model Baru Ekonomi Mbe
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
1/20
Suntingan
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Diterbitkan Oleh
Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Laman Web: http://www.penerangan.gov.my
E-mel:[email protected]
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
2/20
2 Model Baru Ekonomi
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresi yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut ;
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan NegaraKeluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
BAHAWASANYA, NEGARA KITA MALAYSIAmendukung cita-cita hendak :
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
3/20
Model Baru Ekonomi 3
Model Baru Ekonomi (MBE) merupakan tunjang penting kepada Malaysia yang sedangdibentuk, struktur yang akan berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan datang.
Sebagai metaora, fkirkan sebuah rumah yang disinari mentari Malaysia. Kita memerlukan
bumbung alsaah yang merangkumi kesemua bahagian binaan ini. Dalam situasi
ini, 1Malaysia merupakan bumbung tempat kita sama berteduh. Program Transormasi
Kerajaan (GTP) satu program penyampaian dalam enam Bidang Keberhasilan Utama
merupakan satu tiang asas kepada rumah ini. Tiang asas kedua ialah Pelan Transormasi
Ekonomi yang akan membangunkan MBE. Dan lantainya, asas di mana kesemua rakyatMalaysia terus bergerak ke hadapan adalah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11.
Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
4/20
4 Model Baru Ekonomi
Malaysia memerlukan satu perubahan ekonomi yang agresi
untuk mencapai status negara maju melalui Wawasan
2020. Prospek pertumbuhan ekonomi negara yang perlahan
selepas krisis kewangan Asia pada tahun 1997-1998 telah
meletakkan negara berada dalam lingkungan berpendapatan
sederhana. Krisis tersebut telah menyebabkan penurunan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta pengeluaran
industri dan pelaburan.
Bagi menerajui kecemerlangan global, Malaysia perlu
mengatasi krisis dan memberi okus utama untuk sebuah
Model Baru Ekonomi (MBE) yang berdaya saing dan
sentiasa ada peningkatan yang kekal berterusan. Tumpuan
akan diberikan kepada :
Pemulihan yang mapan dan kukuh dalam jangka
masa pendek dan sederhana Meningkatkan daya saing Malaysia
Merancakkan pelaburan dan pertumbuhan swasta
Meletakkan negara ke arah mencapai tahap
berpendapatan tinggi
Membina ekonomi yang inovati;
Transormasi nekad dan perubahan ekonomi untuk
memodenkan model ekonomi demi masa hadapan
Beberapa punca telah dikenal pasti untuk merentasi halanganekonomi dan pada masa yang sama kadar penghijrahan
rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran yang tinggi
telah berlaku.
Akibatnya sekarang negara kekurangan modal insan yang
berkepakaran tinggi untuk membangunkan semula ekonomi.
Tindakan pembetulan segera diperlukan untuk melonjakkan
semula ekonomi negara.
BAGI MENERAJUI
KECEMERLANGAN
GLOBAL, MALAYSIA
PERLU MENGATASI
KRISIS DAN
MEMBERI FOKUS
UTAMA UNTUK
SEBUAH MODELBARU EKONOMI
(MBE) YANG
BERDAYA SAING
DAN SENTIASA ADA
PENINGKATAN YANG
KEKAL BERTERUSAN.
PENDAHULUAN
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
5/20
Model Baru Ekonomi 5
MENDEPANI CABARAN
Malaysia tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada
modal baru untuk menjana pertumbuhan. Sebaliknya
harus menggunakan modal ini secara lebih eekti untuk
meningkatkan produktiviti, merangsang inovasi dan
meningkatkan kemahiran tenaga kerja.
Sehubungan dengan itu Kerajaan perlu bertindak pantas
untuk mengenal pasti halangan dan bertindak balas secaraberkesan terhadap perubahan persekitaran ekonomi, supaya
dapat mengelakkan ekonomi negara menghadapi risiko
kehilangan daya saing.
Bagi mempertingkatkan daya saing dan kepakaran, Malaysia
perlu:
memberi pertimbangan kepada manaat yang
boleh diperoleh daripada kompetensi tenaga kerja
Malaysia yang berada di dalam dan di luar negara. Mengkaji semula Sistem pendidikan secara
berterusan dan ditambah baik untuk melahirkan
tenaga kerja masa depan, dengan komitmen kepada
program berasaskan merit.
Memupuk graduan berbakat yang cemerlang dari
segi pemikiran kreati dan strategik serta kemahiran
keusahawanan dan kepimpinan yang akan memacu
kejayaan pada dekad mendatang. Memperkukuh sektor swasta.
Mengenal pasti beberapa polisi yang telah berjaya
mencapai tujuannya pada era sebelum ini, namun
kini mungkin menjadi penghalang kepada kejayaan,
merencat pasaran dan meletakkan negara dalam
kedudukan yang kurang berdaya saing.
MALAYSIA TIDAK
BOLEH HANYA
BERGANTUNG
SEPENUHNYA
KEPADA MODAL BARU
UNTUK MENJANA
PERTUMBUHAN.
SEBALIKNYA HARUS
MENGGUNAKAN
MODAL INI SECARA
LEBIH EFEKTIF UNTUK
MENINGKATKAN
PRODUKTIVITI,
MERANGSANG
INOVASI DAN
MENINGKATKANKEMAHIRAN TENAGA
KERJA.
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
6/20
6 Model Baru Ekonomi
Mengkaji semula sistem subsidi yang wujud diMalaysia dan meluaskan punca kutipan hasil
melalui cadangan pengenalan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST)
Laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN)
Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) yang merupakan
satu badan bebas yang ditugaskan untuk mengkaji ekonomi
negara secara terperinci telah memberikan cadangan yangberani tetapi praktikal untuk melaksanakan model baru
ekonomi bagi mengubah ekonomi Malaysia.
Teras utama agenda polisi jangka-panjang merupakan
Model Ekonomi Baru (MBE) yang akan disepadukan dalam
Rancangan Malaysia Ke-10 dan akan dilaksanakan melalui
Rancangan Malaysia Ke-11.
Untuk mencapai perancangan yang kukuh, meyakinkan danberkesan, laporan MPEN secara telusnya menyatakan:
keadaan ekonomi masa kini
kekuatan dan kelemahan
menilai polisi semasa dan bidang berpotensi untuk
dijadikan tumpuan pada masa akan datang bagi
Malaysia.
Merupakan analisis yang komprehensi dan
berpandangan jauh Laporan ini akan digunakan sebagai pelan tindakan
masa depan
Konsultasi bersama rakyat dan semua pihak lain
yang berkepentingan
TERAS UTAMAAGENDA POLISI
JANGKA-PANJANG
MERUPAKAN MODEL
EKONOMI BARU
(MBE) YANG AKAN
DISEPADUKAN
DALAM RANCANGAN
MALAYSIA KE-10 DAN
AKAN DILAKSANAKAN
MELALUI RANCANGAN
MALAYSIA KE-11.
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
7/20
Model Baru Ekonomi 7
MBE juga merupakan satu Program Transormasi Ekonomi(PTE) yang akan menjadi pemacu utama ekonomi negara
untuk mencapai Wawasan 2020 dan digerakkan atas
landasan transormasi ekonomi, sosial dan perkhidmatan
awam dengan berlandaskan empat tonggak utama iaitu:
1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian
diutamakan menyatupadukan rakyat Malaysia.
Program Transormasi Kerajaan (PTK)
Program Transormasi Ekonomi (PTE)
Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015)
Untuk Malaysia terus berdaya saing di peringat global,
ekonomi negara pada tahun 2020 akan:
Berpandukan pasaran
Memiliki tadbir urus yang rapi
Berintegrasi serantau
Keusahawanan dan berinovati
Ekonomi berpendapatan tinggi Mapan
Penyertaan menyeluruh semua golongan rakyat
Semua rakyat akan dapat menikmati kemakmuran
bersama.
MBE JUGAMERUPAKAN
SATU PROGRAM
TRANSFORMASI
EKONOMI (PTE)
YANG AKAN MENJADI
PEMACU UTAMA
EKONOMI NEGARA
UNTUK MENCAPAI
WAWASAN 2020
DAN DIGERAKKAN
ATAS LANDASAN
TRANSFORMASI
EKONOMI, SOSIAL
DAN PERKHIDMATAN
AWAM.
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
8/20
8 Model Baru Ekonomi
PRINSIP MBE
Prinsip utama MBE ialah membangunkan negara
melalui ekonomi berpendapatan tinggi, kemapanan dan
keterangkuman (inclusive).
Ekonomi Berpendapatan Tinggi
Mensasarkan pendapatan per kapita setiap rakyat Malaysia
sebanyak AS$15,000-AS$20,000 (RM22,931-RM49,137)
MPEN mendapati 80 peratus daripada populasi
tenaga kerja mempunyai tara pendidikan kelayakan
SPM yang setara dengan O-levels. Tara pencapaian
pendidikan ini tidak sejajar dengan ekonomi
berpendapatan tinggi.
Latihan kerja praktikal dan latihan semula kemahiran
bagi memanaatkan sepenuhnya teknologi baru
amat diperlukan. Membangunkan tenaga kerja
berkemahiran tinggi di mana produktiviti dan daya
saing memacu pertumbuhan ekonomi negara.
kos menjalankan perniagaan akan sentiasa berdaya
saing berikutan penggunaan modal yang lebih
ef sien serta memberi penekanan terhadap pekerja
yang berkualiti.
Mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga
buruh asing yang tidak berkemahiran dan tumpuanakan diberi kepada pekerja rakyat tempatan
yang memiliki pelbagai kemahiran yang boleh
meningkatkan produktiviti.
Mewujudkan upah yang lebih tinggi bagi
meningkatkan produktiviti penggunaan kemahiran
dan berinovasi.
MENGURANGKANKEBERGANTUNGAN
TERHADAP TENAGA
BURUH ASING YANG
TIDAK BERKEMAHIRAN
DAN TUMPUAN AKAN
DIBERI KEPADA
PEKERJA RAKYAT
TEMPATAN YANG
MEMILIKI PELBAGAI
KEMAHIRAN YANG
BOLEH MENINGKATKAN
PRODUKTIVITI.
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
9/20
Model Baru Ekonomi 9
Penjenamaan yang kukuh dan mematuhi piawaian
antarabangsa dan hak harta intelektual.
Ekonomi yang berasaskan pengetahuan.
pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran yang
pelbagai
berinovasi dan kreativiti.
peningkatan kompetensi menjadi pemacu kepada
prestasi sektor awam dan swasta.
Pekerja kolar biru juga akan diberi upah berdasarkan
peningkatan kompetensi yang mereka miliki,
dengan prestasi mereka akan diukur berdasarkan
tanda aras pesaing antarabangsa.
Kemampanan
Kemapanan cuba mentasirkan untuk memenuhi keperluan
semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang dengan
mengambil kira:
Kesan pembangunan ekonomi ke atas persekitaranalam sekitar dan penggunaan sumber asli yang
mapan.
Nilai murni masyarakat untuk generasi akan datang
perlu dikekalkan.
Mengekalkan ekosistem yang stabil dan berkualiti
biarpun telah mencapai status sebuah negara
maju.
MENGEKALKANEKOSISTEM YANG
STABIL DAN
BERKUALITI BIARPUN
TELAH MENCAPAI
STATUS SEBUAH
NEGARA MAJU.
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
10/20
10 Model Baru Ekonomi
Keterangkuman
Bagi membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan
negara sepenuhnya untuk jangka panjang, ia perlulah:
Keterangkuman atau penyertaan menyeluruh
merupakan pra-syarat utama bagi memupuk
semangat kekitaan dan permuaakatan di dalam
MBE
Penyertaan bersama mampu mengurangkan jurang
ketidaksamaan Mampu membantu mereka yang paling memerlukan
serta berkebolehan dalam usaha melahirkan tenaga
kerja yang berdaya saing.
Seluruh lapisan dan golongan rakyat Malaysia perlu bertindak
segera secara bersama untuk melakukan perubahan untuk
meningkatkan kehidupan yang berkualiti tinggi.
SELURUH LAPISANDAN GOLONGAN
RAKYAT MALAYSIA
PERLU BERTINDAK
SEGERA SECARA
BERSAMA UNTUK
MELAKUKAN
PERUBAHAN UNTUK
MENINGKATKANKEHIDUPAN YANG
BERKUALITI TINGGI.
KEMAMPANAN
MEMENUHI KEPERLUAN
SEMASA TANPAMENJEJASKAN GENERASI
AKAN DATANG
KETERANGKUMAN
MEMBOLEHKAN SEMUA
KOMUNITI MENIKMATIKEKAYAAN NEGARA
SEPENUHNYA
KUALITIHIDUP
RAKYAT
PENDAPATAN TINGGI
SASARAN AS$ 15,0020,000
PER KAPITA PADA 2020
Sumber : Ringkasaan Eksekuti MPEN
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
11/20
Model Baru Ekonomi 11
Manafaat untuk rakyatDalam ekonomi
berpendapatan
tinggi, rakyat boleh
menjangkakan:
Semua rakyat akan
berasa terangkum
berikutan :
Pendekatan mampan
akan memberi
rakyat:
Pilihan yang lebihbanyak dan kuasabeli yang lebihtinggi
Kualiti hidup yanglebih baik
Peluang bagimeningkatkanmobiliti
Ganjaran bagiinovasi dankreativiti
Keyakinanyang lebihtinggi terhadap
kekukuhanekonomi
Hidup dan bekerjadalam persekitaranyang selamat
Akses kepadamaklumat yangsama rata danmudah
Saling menghormatidan maruah individu
Setiap bahagian dinegara ini samaada negeri, bandar,pekan atau kampung penting
Golongan miskin
tidak akan dilupakan
Keyakinanterhadap kerajaan
Persekitaran yanglebih baik
Pertumbuhanmampan
Pengurusan danpemuliharaansumber yangmantap
Sumber : Ringkasaan Eksekuti MPEN
Matlamat untuk mencapai sebuah negara maju memerlukan
negara mempunyai asas pendapatan per kapita rakyat
yang tinggi. Bagi tujuan itu, MPEN telah menilai semula
pelaksanaan DEB yang telah lama menjadi kayu pengukur
pencapaian utama masyarakat kita sebelum ini khususnya
golongan bumiputera.
Polisi DEB ini sebenarnya masih lagi releven tetapi negara
perlu melakukan perubahan model baru ekonomi dengan
melakukan pembaharuan dan perubahan dari segi
pelaksanaannya.
POLISI DEB INISEBENARNYA MASIH
LAGI RELEVEN
TETAPI NEGARA
PERLU MELAKUKAN
PERUBAHAN MODEL
BARU EKONOMI
DENGAN MELAKUKAN
PEMBAHARUAN
DAN PERUBAHAN
DARI SEGI
PELAKSANAANNYA.
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
12/20
12 Model Baru Ekonomi
MEMPERBAHARUI POLISI AFIRMATIF
Bagi menangani masalah jurang pendapatan, beberapa
pendekatan untuk menangani kemiskinan dan
memperbaharui polisi af rmati dalam konteks pendekatan
baru dan lebih berdaya saing telah digariskan. Keutamaan
untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum diberi
perhatian dengan menyasarkan bantuan kepada isi rumah
dalam 40% kumpulan berpendapatan rendah:
rumah panjang di Sabah dan Sarawak golongan miskin luar bandar di Semenanjung
Malaysia yang seringkali tersisih daripada aktiviti
ekonomi negara.
Golongan nelayan, peniaga kecil dan petani
Orang Asli dan penduduk bandar yang berpendapatan
rendah yang memperoleh pendapatan kurang
daripada RM1,500 sebulan.
Kesemua golongan di atas majoritinya adalah golonganbumiputera yang terdiri dari kaum Melayu dan peribumi di
Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang mudah terjejas
pendapatan dan tara kehidupan mereka.
Pelaksanaan MBE bermakna sokongan kepada golongan
Bumiputera dipertingkatkan berdasarkan keperluan dan
bukannya bangsa. Peningkatan sokongan kepada golongan
Bumiputera dilihat akan juga memberi manaat kepada
komuniti lainnya.
Kesemua aktiviti pelaksanaan akan bergerak seiring dengan
polisi af rmati yang diperbaharui dan akan dilaksanakan
berdasarkan empat prinsip, iaitu:
mesra pasaran
berdasarkan merit
telus
berdasarkan keperluan
BAGI MENANGANIMASALAH JURANG
PENDAPATAN,
BEBERAPA
PENDEKATAN
UNTUK MENANGANI
KEMISKINAN DAN
MEMPERBAHARUI
POLISI AFIRMATIF
DALAM KONTEKS
PENDEKATAN BARU
DAN LEBIH BERDAYA
SAING TELAH
DIGARISKAN.
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
13/20
Model Baru Ekonomi 13
Polisi af rmati yang diperbaharui terhadap MBE akan memberitumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendapatan
semua golongan yang kurang bernasib baik serta membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum.
Pendekatan ini sebahagian besarnya masih lagi akan
memanaatkan komuniti Bumiputera dan pada masa yang
sama, memberi manaat kepada komuniti lain yang kurang
bernasib baik. Sementara itu pengagihan yang adil hendaklah
merangkumi keseluruhan spektrum pengukuran kekayaanseperti pemilikan ekuiti, aset kewangan dan bukan kewangan
lain serta akses kepada peluang menjana kekayaan seperti
konsesi jangka panjang dan kontrak.
Penyertaan menyeluruh diperlukan, di mana semua rakyat
Malaysia dapat menyumbang dan mengambil manaat
daripada pertumbuhan ekonomi, perlu menjadi teras utama
bagi sebarang pendekatan ekonomi baru.
DARIPADA PRINSIP KEPADA SEBUAH PELAN
MBE sebenarnya adalah satu Hala Tuju Dasar strategik
kerajaan membangun kemajuan ekonomi negara
sepenuhnya; meletakkan kedudukan negara yang berdaya
saing secara strategik di dalam persekitaran global, mapan
serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia secara
menyeluruh.
Pendekatan ini mempunyai dua peringkat.
Kerajaan perlu memastikan konsultasi yang
menyeluruh dan mantap
membangunkan rangka kerja (blueprint) atau pelan
hala tuju pelaksanaan MBE yang terperinci serta
perubahan ekonomi yang akan dilaksanakan.
PENYERTAANMENYELURUH
DIPERLUKAN, DI
MANA SEMUA RAKYAT
MALAYSIA DAPAT
MENYUMBANG
DAN MENGAMBIL
MANFAAT DARIPADA
PERTUMBUHAN
EKONOMI,
PERLU MENJADI
TERAS UTAMA
BAGI SEBARANG
PENDEKATAN
EKONOMI BARU.
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
14/20
14 Model Baru Ekonomi
LAPAN INISIATIF PEMBAHARUAN STRATEGIK MBE
Lapan Inisiati Pembaharuan Strategik akan bertumpu
kepada:
Menyuburkan kembali sektor swasta untuk
menerajui pertumbuhan ekonomi
Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan
mengurangkan kebergantungan kepada pekerja
asing
Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing
Memperkukuhkan sektor awam
Melaksanakan tindakan afi rmatif yang telus dan
mesra pasaran
Membina infrastruktur yang berasaskan
pengetahuan
Meningkatkan sumber pertumbuhan
Memastikan pertumbuhan yang mapan
AKTIVITI UTAMA EKONOMI NASIONAL (NKEAs)
Sementara itu, Perdana Menteri mencadangkan supaya
usaha ditumpukan secara eekti ke atas sektor utama yang
spesif k, atau yang dikenali sebagai Aktiviti Utama Ekonomi
Nasional (NKEAs). Ini adalah bidang di mana ekonomi
negara mempunyai potensi untuk terus maju ke arah ekonomi
berpendapatan tinggi.
Berdasarkan pendekatan baru MPEN yang menyatakan
bahawa sektor swasta perlu memacu pertumbuhan, Kerajaan
mestilah meningkatkan peranannya sebagai asilitator kepada
pihak industri untuk berkembang maju.
Selaras dengan proses PTK dan NKRAs, kerajaan komited
untuk mengadakan proses konsultasi yang menyeluruh
dengan semua pihak berkepentingan, dan memastikan
MEWUJUDKANEKONOMI DOMESTIK
YANG BERDAYA
SAING.
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
15/20
Model Baru Ekonomi 15
NKEAs akan dipilih berdasarkan kriteria kepentingan negara.NEAC akan bekerja bersama-sama dengan PEMANDU bagi
membangunkan NKEAs dan mengadakan konsultasi dengan
rakyat dan semua pihak berkepentingan lain.
Contoh:
Dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), Malaysia
boleh memanaatkan sepenuhnya kelebihan sebagai
peneraju awal dalam bukan sahaja dalam sektorpembuatan tetapi dalam penyelidikan, pembangunan
serta rekaan, di mana syarikat Malaysia memacu
inovasi dan bukan hanya mengimportnya.
Industri berasaskan sumber dalam sektor minyak
sawit serta minyak dan gas akan terus diberi
penekanan. Dalam sektor minyak sawit, inisiati bagi
pengukuhan penyelidikan akan memacu teknologi
tempatan yang dapat memenuhi permintaan
pasaran, seperti minyak dan lemak yang sihat,
biouel daripada biomas, kosmetik dan plastik
biodegradable.
Dalam sektor minyak dan gas, Petronas telah
membina sebuah jenama yang sangat kukuh di
peringkat antarabangsa dan kini ia perlu membantu
untuk memacu pertumbuhan negara dengan
memberi sokongan yang lebih lagi kepada pembekal
tempatan. Potensi sektor pelancongan masih belum
dieksploitasi sepenuhnya. Bidang ini mampu untuk
menarik pasaran baru dari Eropah dan Amerika
untuk melengkapkan pasaran dari United Kingdom
dan Asia.
Sebagai sebuah negara yang turut mengeluarkan
hasil pertanian serta bergantung kepada import
POTENSI SEKTORPELANCONGAN
MASIH BELUM
DIEKSPLOITASI
SEPENUHNYA.
BIDANG INI MAMPU
UNTUK MENARIK
PASARAN BARU
DARI EROPAH DAN
AMERIKA UNTUK
MELENGKAPKAN
PASARAN DARI
UNITED KINGDOM
DAN ASIA.
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
16/20
16 Model Baru Ekonomi
makanan, terdapat keperluan strategik bagimemberi okus kepada peluasan sektor pertanian
yang bernilai tinggi, mewujudkan nilai melalui
pembangunan pertanian berskala besar, kaedah
pengeluaran hasil yang tinggi, teknologi baru,
rangkaian pemasaran yang lebih baik yang akan
meningkatkan pengeluaran dan pendapatan.
Malaysia juga berpotensi untuk menjadi peneraju
dalam bidang teknologi hijau dan membangunkan
niche dalam industri dan perkhidmatan hijau bernilai
tinggi. Negara mempunyai kepakaran dalam bidang
pembuatan kompleks, dan merupakan peneraju
dalam sektor solar dan tenaga alternati serantau.
Industri perkhidmatan kewangan, yang merupakan
sektor pertumbuhan serta pemudah cara kepada
pertumbuhan sektor-sektor lain. Malaysia merupakan
peneraju perbankan dan pasaran modal Islam serta
industri takaul di dunia. Negara juga berpotensiuntuk menjadi hab perkhidmatan kewangan Islam
yang bersepadu. Umpamanya, Bank Negara
Malaysia kini dalam proses memuktamadkan
penubuhan pusat kewangan Islam
Pembangunan bandar dan luar bandar.
Persaingan kini bukan lagi di antara negara
tetapi juga bandaraya. Bagi sebuah ekonomi
berpendapatan tinggi, kita mesti meraih pulanganlumayan dengan pelaksanaan strategi untuk
membina densiti, pembangunan kluster dan
pengkhususan dalam sektor bernilai tinggi.
Kepakaran Bidang Teknologi Maklumat
Malaysia mempunyai kekuatan di dalam industri
IT. Industri kreati, kepakaran dalam muzik, f lem,
kesenian dan budaya boleh menjadi sektor yang
MALAYSIA JUGABERPOTENSI UNTUK
MENJADI PENERAJU
DALAM BIDANG
TEKNOLOGI HIJAU
DAN MEMBANGUNKAN
NICHE DALAM INDUSTRI
DAN PERKHIDMATAN
HIJAU BERNILAI TINGGI.
NEGARA MEMPUNYAI
KEPAKARAN DALAM
BIDANG PEMBUATAN
KOMPLEKS, DAN
MERUPAKAN PENERAJU
DALAM SEKTOR SOLAR
DAN TENAGA ALTERNATIF
SERANTAU.
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
17/20
Model Baru Ekonomi 17
penting untuk Malaysia pada masa hadapan.Kepakaran di bidang perubatan, saintif k dan
pembuatan, negara juga boleh menjadi pusat
serantau untuk sektor bioteknologi dan sains hayat
yang berkembang pesat.
KERJASAMA AWAM-SWASTA
Kerjasama awam dan swasta dari segi membina hubungan
strategik, kuat dan teguh serta dipacu pasaran berasaskanpermintaan yang menghubungkan sektor pertumbuhan
kepada MBE. Kepakaran dan pelaburan sektor swasta akan
terus berkembang dan menjadi pencetus pertumbuhan untuk
memupuk inovasi, berani mengambil risiko dan kreati dalam
pembangunan produk atau perkhidmatan baru. Sektor swasta
akan berkembang sebagai peneraju kepada penciptaan
kekayaan dan pertumbuhan.
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
pada masa ini menguasai pasaran ekuiti dan bon
tempatan sehingga 50 peratus daripada volum
harian Bursa yang diwakili oleh perdagangan
berkaitan KWSP, yang mana situasi ini tidak sihat
untuk pasaran mahupun KWSP.
KWSP dibenarkan untuk melabur lebih banyak
aset di luar negara, dan ini membolehkan KWSP
mempelbagaikan portolio dan memberikan lebih
banyak ruang domestik untuk penyertaan baru.
Pada masa ini, KWSP mempunyai 6 peratus aset
pelaburan luar pesisir pantai dan jumlah ini akan
meningkat secara ketara.
KWSP juga akan meningkatkan pelaburan langsung
di dalam ekonomi benar Malaysia, sebagai alternati
KERJASAMA AWAMDAN SWASTA DARI
SEGI MEMBINA
HUBUNGAN
STRATEGIK, KUAT
DAN TEGUH SERTA
DIPACU PASARAN
BERASASKAN
PERMINTAAN YANG
MENGHUBUNGKAN
SEKTOR
PERTUMBUHAN
KEPADA MBE.
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
18/20
18 Model Baru Ekonomi
kepada pasaran pelaburan seperti penglibatandalam sektor penjagaan kesihatan, komoditi, harta
tanah dan pelaburan jangka masa panjang yang
lain dengan memenuhi keperluan KWSP untuk
melindungi nilai pulangan benar ke atas asetnya.
MIDA
Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) merupakan
agensi utama Kerajaan yang bertanggungjawab untukmempromosi serta memudahkan pelaburan dalam sektor
pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia. MIDA memainkan
peranan penting di dalam transormasi negara di bawah
pelbagai asa pembangunan industri sepanjang tempoh
empat dekad yang lalu.
MIDA juga telah muncul sebagai institusi yang diiktira di
kalangan pelabur asing dan domestik. Masanya telah tiba
untuk membuat perubahan drastik bagi menjadikan MIDAsebuah agensi promosi pelaburan yang lebih eekti.
MIDA akan dikorporatkan untuk memberikannya lebih
fl eksibiliti untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja serta
bakat yang diperlukan untuk menjadi sebuah agensi promosi
pelaburan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Kerajaan juga telah bersetuju untuk:
memperkasa MIDA dengan kuasa yang diperlukan
untuk berunding secara terus dengan pelabur untuk
projek yang disasarkan.
MIDA akan dilantik sebagai agensi pusat
promosi pelaburan untuk sektor pembuatan dan
perkhidmatan, kecuali perkhidmatan utiliti dan
kewangan, bagi meningkatkan koordinasi dan
kepaduan antara pelbagai badan promosi pelaburan
di negara ini.
MIDA JUGA TELAHMUNCUL SEBAGAI
INSTITUSI YANG
DIIKTIRAF DI KALANGAN
PELABUR ASING
DAN DOMESTIK.
MASANYA TELAH TIBA
UNTUK MEMBUAT
PERUBAHAN DRASTIK
BAGI MENJADIKAN
MIDA SEBUAH AGENSI
PROMOSI PELABURAN
YANG LEBIH EFEKTIF.
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
19/20
Model Baru Ekonomi 19
MIDA untuk meluluskan insenti secara real timedan bertindak dengan lebih pantas untuk menjalin
hubungan yang lebih eekti dengan pelabur.
MIDA akan dinamakan sebagai Lembaga
Pembangunan Pelaburan Malaysia dengan
mengekalkan akronim, MIDA, yang merupakan satu
jenama yang telah terkenal.
PERANAN GLCs
GLCs dan agensi milik Kerajaan menjalin kerjasama strategik
dengan sumber modal swasta di Malaysia dalam membantu
bakal pelabur supaya lebih maklum mengenai order book
Kerajaan dan membina kompetensi nasional. Kerjasama
ini adalah penting, bukan sahaja ke arah meningkatkan
strategi peluasan serantau (regionalisation) syarikat-syarikat
Malaysia mengambil kira saiz pasaran domestik, malahan
untuk memastikan sumber modal tersedia dan boleh
digunakan dengan segera.
Di samping itu, peluang untuk mewujudkan usaha sama
dengan pelabur dari pelbagai bidang termasuklah pelabur
runcit, dan dana mutual tempatan dan luar negara kekal
terbuka. Sekiranya ini berjaya dilaksanakan dalam skala
yang besar, kerjasama ini dapat menjadi pemangkin kepada
satu bentuk kerjasama awam-swasta yang unik.
Contohnya termasuk penswastaan Astro dan kerjasama di
antara Malako dan Tenaga Nasional di dalam projek utiliti
di Arab Saudi
Kerajaan secara beransur-ansur akan mengurangkan
peranannya dalam aktiviti-aktiviti persaingan secara
langsung dengan sektor swasta. Kita telah menyemak semula
beberapa buah syarikat di bawah Kementerian Kewangan
PELUANG UNTUKMEWUJUDKAN USAHA
SAMA DENGAN
PELABUR DARI
PELBAGAI BIDANG
TERMASUKLAH
PELABUR RUNCIT,
DAN DANA MUTUAL
TEMPATAN DAN
LUAR NEGARA KEKAL
TERBUKA.
-
8/8/2019 Model Baru Ekonomi Mbe
20/20
20 Model Baru Ekonomi
MEB ADALAH SATUPELAN TINDAKAN
TRANSFORMASI
EKONOMI NEGARA
UNTUK MALAYSIA
MENJADI SEBUAH
NEGARA EKONOMI
BERPENDAPATAN
TINGGI, MENGAMBIL
KIRA PENINGKATAN
KUALITI HIDUP
MASYARAKAT,
PEMELIHARAAN ALAM
SEKITAR DAN SUMBER
ASLI SECARA MAPAN
SERTA BERTERUSAN
DALAM MENINGKATKAN
PENDAPATAN RAKYAT
DAN NEGARA UMUMNYA
UNTUK MENCAPAI
STATUS NEGARA MAJU
DAN WAWASAN 2020.
Diperbadankan dan agensi-agensi lain, dan kerajaansedang mempertimbangkan langkah-langkah penswastaan
untuk Percetakan Nasional Malaysia Berhad, CTRM Aero
Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio Sdn Bhd
serta beberapa lagi syarikat dalam pertimbangan.
RUMUSAN
Matlamat utama MBE ialah membangunkan negara
melalui ekonomi berpendapatan tinggi, kemapanan danketerangkuman (inclusive).
MBE adalah satu pelan tindakan transormasi ekonomi
negara untuk Malaysia menjadi sebuah negara ekonomi
berpendapatan tinggi, mengambil kira peningkatan kualiti
hidup masyarakat, pemeliharaan alam sekitar dan sumber
asli secara mapan serta berterusan dalam meningkatkan
pendapatan rakyat dan negara umumnya untuk mencapai
status negara maju dan Wawasan 2020. Secara khususnyaMBE adalah pemacu utama ekonomi negara untuk mencapai
Wawasan 2020.
Pelaksanaan MBE nanti akan memastikan tiada rakyat
Malaysia yang hidup dalam kemiskinan dan semua rakyat
dapat meningkatkan kualiti hidup serta berkongsi kemakmuran
dan kesejahteraan bersama demi sebuah negara tercinta
Malaysia. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan
golongan perlu melakukan transormasi minda dan sikap
mulai sekarang untuk mencapai ekonomi berpendapatan
tinggi bagi meningkatkan kualiti hidup sebagai rakyat
bagi sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti. Seluruh
rakyat Malaysia diseru untuk bergerak secara berkesan bagi
meningkatkan kemajuan diri sendiri dan negara.