Model Behavioral

8
MODEL BEHAVIORAL PRINSIP PEMBELAJARAN Konsep & Prinsip Model behaviorisme menumpukan kepada tingkah laku yang dapat diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid , maka model ini mempunyai asas penyelidikan yang luas ( Joyce , Calhoun dan Hopkins, 2002). Dalam model ini terdapat pecahan atau kumpulan pemgajaran termasuklah model pengajaran sosial ( Bandura, 1961) , model pembelajaran masteri (Bloom, 1968), dan model pengajaran langsung (Good, et al., 1994). Kumpulan model ini mengesyorkan program- program yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia, mengembangkan kemahiran-kemahiran sosial dan menangani kebimbangan, dan sebagainya. PENGAJARANLANGSUNG Pengajaran langsung merupakan kaedah pengajaran yang dipraktikkan oleh guru untuk memudahkan cara pembelajaran. Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara lansung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Bandura (1977), manusia belajar melalui pemerhatian. Antara Prinsip-prinsip pembelajaran langsung ialah Pengenalan/Review, Perkembangan, Amalan terbimbing, Penutup,

description

behavioral

Transcript of Model Behavioral

Page 1: Model Behavioral

MODEL BEHAVIORAL

PRINSIP PEMBELAJARAN

Konsep & Prinsip

Model behaviorisme menumpukan kepada tingkah laku yang dapat diperhati dan

tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid , maka

model ini mempunyai asas penyelidikan yang luas ( Joyce , Calhoun dan Hopkins,

2002). Dalam model ini terdapat pecahan atau kumpulan pemgajaran termasuklah

model pengajaran sosial ( Bandura, 1961) , model pembelajaran masteri (Bloom, 1968),

dan model pengajaran langsung (Good, et al., 1994). Kumpulan model ini

mengesyorkan program-program yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia,

mengembangkan kemahiran-kemahiran sosial dan menangani kebimbangan, dan

sebagainya.

PENGAJARANLANGSUNG

Pengajaran langsung merupakan kaedah pengajaran yang dipraktikkan oleh

guru untuk memudahkan cara pembelajaran. Model ini berarahkan guru dimana guru

akan menyampaikan isi pengajaran secara lansung kepada murid-murid serta

menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan

pembelajaran. Mengikut Bandura (1977), manusia belajar melalui pemerhatian. Antara

Prinsip-prinsip pembelajaran langsung ialah Pengenalan/Review, Perkembangan,

Amalan terbimbing, Penutup, latihan kendiri dan penilaian.

Prinsip yang pertama mengikut pembelajaran langsung ialah pengenalan/

review. Guru akan menyampaikan topic yang akan dipelajari oleh murid dan secara

tidak langsung guru akan mengkaji semua maklumat yang berkaitan dengan topic. Guru

akan menyusun langkah pembelajaran supaya segala yang dirancang berjalan dengan

lancer.

Prinsip yang kedua ialah Perkembangan. Langkah pengajaran yang telah

dirancang akan dilaksanakan. Guru memberikan penerangan, contoh atau model

Page 2: Model Behavioral

tentang apa-apa yang ingin dipelajari dengan jelas. Kemudian pemahaman pelajar akan

diuji melalui penyoalan, kuiz dan sebagainya. Peringkat perkembangan merupakan

prinsip yang perlu ditiitkberatkan kerana segala ilmu diberikan pada waktu ini. Langkah

pengajaran harus disusun dengan baik dan teratur.

Prinsip yang seterusnya ialah amalan terbimbing. Pada peringkat ini murid

akan diberikan peluang untuk meneroka. Murid akan mencuba apa yang telah dipelajari

namun masih perlukan bimbingan dari guru. Murid akan membuat pemerhatian,uikaji

dan penyelidikan berdasarkan perkara yang telah dipelajari dan guru perlu memantau

aktiviti dan tugasan yang diberikan.

Prinsip yang keempat ialah penutup. Guru akan mengakhiri pengajaran dengan

merumuskan semua pelajaran yang telah dipelajari. Segala maklumat yang telah

diberikan akan diingatkan dan disimpulkan.

Prinsip dalam pengajaran langsung juga memerlukan guru untuk memberikan

latihan kendiri. Pemahaman murid akan diuji melalui latihan yang bersifat kendiri.

Pada prinsip ini tugasan yang diberikan bertujuan untuk mengukuhkan pembelajaran

tanpa bantuan guru. Murid akan melakukannya sendiri mengikut kefahaman mereka.

Prinsip yang terakhir ialah Penilaian. Kemajuan pembelajaran murid akan dinilai

melalui uijan bertulis seperti bacaan dan matematik. Prinsip yang terakhir ini merupakan

kemuncak kepada topic yang diajarkan kepada murid. Murid akan dinilai untuk menguji

keberkesanan guru menyampaikan pengajaran.

PEMBELAJARAN MASTERI

Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran di mana faktor perbezaan

individu diambil kira. Mengikut Bloom (1968) pembelajaran masteri berasaskan kepada

falsafah bahawa semua atau hampir kesemua murid boleh menguasai sesuatu

pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh berkeyakinan sekiranya keadaan

yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai

pembelajarannya.

Antara Prinsip-prinsip pembelajaran masteri ialah semua murid normal boleh

menguasai apa-apa yang diajar oleh guru. Matlamat pembelajaran haruslah tepat

Page 3: Model Behavioral

dan dapat dicapai. Contohnya apabila dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru

harus menyusun rancangan mengajar yang baik supaya pembelajaran tersebut dapat

dikuasai oleh murid. Apabila pembembelajaran yang berkesan disampaikan semestinya

murid dengan mudah untuk menguasai sesuatu ilmu atau kemahiran.

Prinsip pembelajaran masteri yang kedua ialah pembelajaran dipecah kepada

unit-unit kecil dimana pengetahuan disusun kepada kaedah ansurmaju iaitu

daripada mudah kepada susah. Rancangan pengajaran yang disusun dengan baik

akan memudahkan murid menguasai sesuatu pembelajaran. Kaedah ansur maju iaitu

pengenalan daripada yang mudah seterusnya secara berperingkat kepada yang lebih

mencabar akan membantu memudahkan pengaliran masuk ilmu kepada murid-murid.

Prinsip pembelajaran yang seterusnya ialah masa yang diperuntukkan haruslah

fleksibel dan mencukupi untuk semua murid mencapai objektif serta hasil

pembelajaran. Pada prinsip ini guru perlu kreatif untuk merancang dan menyusun

pengajaran sesuai dengan waktunya. Pembelajaran yang tidak dirancang masanya

akan membuatkan ianya akan meleret dan seterusnya objektif tidak dapat dicapai.

Prinsip pembelajaran yang seterusnya ialah guru berkeyakinan bahawa semua

murid yang berbeza boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar. Guru haruslah

bertindak sebagai pendorong kepada pelajar supaya ilmu tersebut dapat dikuasai.

Prinsip pembelajaran masteri juga memerlukan guru untuk merancang dan

mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambilkira gaya pembelajaran

yang berbeza. Kaedah mengajar yang pelbagai akan membuatkan murid tertarik dan

bersemangat untuk belajar. Kaedah pengajaran yang sama akan membuatkan murid

cepat bosan dan seterusnya objektif pembelajaran tidak dapat dicapai. Latar belakang

dan tahap penguasaan murid juga harus diambilkira supaya pengajaran dapat

disampaikan dengan jayanya.

Page 4: Model Behavioral

IMPLIKASI MODEL BEHAVIORAL TERHADAP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN.

Model system behavioural mempunyai implikasi terhadap pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Mazhab ini berpegang bahawa manusia mempunyai

mekanisme pembetulan kendiri yang mampu mengubahsuai tingkahlaku berdasarkan

tindakbalas luaran.

Implikasi yang pertama ialah guru harus berpegang kepada prinsip gerakbalas.

Seandainya mereka inginkan tingkahlaku yang positif dalam kalangan murid-murid,

pengukuhan negative atau hukuman haruslah dielakkan dan tumpuan diberikan kepada

pengukuhan yang positif. Contoh pada pengukuhan positif ialah guru memberikan

pujian kepada kemajuan pelajar menguasai bacaan sukukata. Guru memuji murid atas

perkembangan tersebut. Murid akan lebih bersemangat untuk menguasai bacaan yang

seterusnya. Ini akan menghasilkan gerakbalas yang positif.

Implikasi yang seterusnya ialah guru harus menyusun unit pembelajaran kepada

unit-unit yang lebih kecil. Sesuatu topic haruslah dipecahkan kepada subtopic yang

akan membantu murid mencapai pembelajaran yang lebih berkesan. Langkah ini

memudahkan sesetengah murid yang kurang berupaya untuk memahami seterusnya

menguasai kemahiran dan maklumat asas sebelum meneruskan kepada kemahiran

dan konsep yang lebih kompleks. Contoh ini dapat dilihat ketika pengenalan topic deria

manusia. Untuk penguasaan yang maksimum pada topic, guru seharusnya boleh

memecahkan topic tersebut kepada unit yang lebih kecil seperti pengenalan satu

persatu deria beserta contoh yang mudah dan dekat dengan murid. Dengan itu

pengetahuan akan murid akan bertambah dan menjadi pembelajaran yang berkesan.

Bagi murid yang tidak dapat mencapai objektif pembelajaran, pemulihan haruslah

dijalankan. Bimbingan dari guru amatlah diperlukan.

Implikasi yang ketiga ialah guru harus meningkatkan pengetahuan sedia ada

terhadap pengajaran yang hendak diajar kepada murid. Pengetahuan asas dan

Page 5: Model Behavioral

pengetahuan tambahan perlu ada pada diri guru sebagai persediaan untuk murid masa

kini yang mempunyai tahap kemampuan berfikir yang kreatif dan inovatif.

Implikasi yang seterusnya ialah mengutamakan ganjaran, insentif dan

peneguhan sosial bagi memotivasikan pelajar agar mengulangi tingkah laku yang

diingini. Tanpa ganjaran, insentif dan peneguhan sosial maka tingkah laku tadi akan

berhenti dan hilang dari diri pelajar. Contohnya guru memaparkan carta murid contoh

dengan gambar dan nama yang terpampang di dalam kelas untuk memberikan motivasi

kepada diri murid tersebut dan murid lain juga. Dengan cara seperti itu, murid akan

terus mengulangi perkara positif tersebut.

Kesimpulannya, model behavioral memberi fokus terhadap tingkah laku yang

ingin dilihat, diukur dan dinilai. Tingkah laku ini boleh dibentuk melalui persekitaran dan

peneguhan yang diberi. Melalui teori ini, guru dapat mengaplikasikannya terhadap

murid-murid di sekolah. Dengan cara ini, murid-murid akan sentiasa diberi pengukuhan

sama ada secara positif atau negatif melalui proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas.

Di samping itu, guru juga dapat mengesan dan membaca setiap tingkah laku

murid-murid melalui perlakuan mereka terhadap persekitaran, sama ada dengan

kawan-kawan, guru-guru dan masyarakat yang lain. Dengan cara ini, murid-murid akan

menerima dengan positif atau negatif dan secara tidak langsung akan menimbulkan

gerak balas terhadap rangsangan yang diberikan. Teori Behaviorisme juga dapat

mewujudkan hubungan secara dua hala antara guru dengan murid, murid dengan guru

sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.