Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)

3
MODEL KOMUNIKASI ANTARA AHLI POLITIK DENGAN PENGUNDI Model komunikasi ini telah diperkenalkan oleh Wilbur Schramm. Model ini menekankan proses komunikasi dua hala antara pengirim dan penerima. Bagi menggambarkan model komunikasi antara ahli politik dan pengundi, pengirim dianggap sebagai ahli politik manakala penerima adalah pengundi. Walaupun tidak semua pengundi akan berkesempatan bertemu secara langsung dengan ahli politik, pesanan atau mesej daripada ahli politik akan dapat disampaikan terus kepada pengundi melalui saluran tertentu. Mesej yang ingin disampaikan oleh ahli politik ini adalah untuk menarik perhatian pengundi bagi memenangi sesuatu pilihan raya. Mesej yang disampaikan akan mengandungi ucapan yang boleh mengukuhkan sikap dan pemikiran para pengundi terhadap seseorang ahli politik seperti membentangkan manifesto yang hebat dan memberi bantuan kebajikan kepada masyarakat. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2001), hal ini dilakukan bagi menyedarkan para pengundi tentang manfaat, kebaikan, faedah dan ganjaran yang akan mereka nikmati apabila mereka mengundi ahli politik tersebut. Saluran yang digunakan dalam komunikasi ini adalah media massa dan media cetak seperti televisyen, radio dan akhbar. Saluran-saluran seperti ini akan dapat membantu ahli politik untuk menyampaikan mesej kepada para pengundi. Ahli politik juga akan berucap di dalam pelbagai majlis bagi menerangkan tentang dasar yang bakal dilaksanakan (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.,2000). Saluran juga berfungsi sebagai umpan untuk memujuk para pengundi menolak pelbagai godaan daripada pihak-pihak yang cuba memujuk mereka supaya membuang kepercayaan mereka terhadap pihak yang lain. Para pengundi akan membuat keputusan berdasarkan mesej dan kepercayaan yang diterima sama ada ingin menolak atau menerima ahli

Transcript of Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)

Page 1: Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)

MODEL KOMUNIKASI ANTARA AHLI POLITIK DENGAN PENGUNDI

Model komunikasi ini telah diperkenalkan oleh Wilbur Schramm. Model ini menekankan proses

komunikasi dua hala antara pengirim dan penerima. Bagi menggambarkan model komunikasi antara ahli

politik dan pengundi, pengirim dianggap sebagai ahli politik manakala penerima adalah pengundi.

Walaupun tidak semua pengundi akan berkesempatan bertemu secara langsung dengan ahli politik,

pesanan atau mesej daripada ahli politik akan dapat disampaikan terus kepada pengundi melalui saluran

tertentu. Mesej yang ingin disampaikan oleh ahli politik ini adalah untuk menarik perhatian pengundi bagi

memenangi sesuatu pilihan raya.

Mesej yang disampaikan akan mengandungi ucapan yang boleh mengukuhkan sikap dan

pemikiran para pengundi terhadap seseorang ahli politik seperti membentangkan manifesto yang hebat

dan memberi bantuan kebajikan kepada masyarakat. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2001),

hal ini dilakukan bagi menyedarkan para pengundi tentang manfaat, kebaikan, faedah dan ganjaran yang

akan mereka nikmati apabila mereka mengundi ahli politik tersebut. Saluran yang digunakan dalam

komunikasi ini adalah media massa dan media cetak seperti televisyen, radio dan akhbar. Saluran-saluran

seperti ini akan dapat membantu ahli politik untuk menyampaikan mesej kepada para pengundi. Ahli

politik juga akan berucap di dalam pelbagai majlis bagi menerangkan tentang dasar yang bakal

dilaksanakan (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.,2000). Saluran juga berfungsi sebagai umpan untuk

memujuk para pengundi menolak pelbagai godaan daripada pihak-pihak yang cuba memujuk mereka

supaya membuang kepercayaan mereka terhadap pihak yang lain. Para pengundi akan membuat

keputusan berdasarkan mesej dan kepercayaan yang diterima sama ada ingin menolak atau menerima ahli

Page 2: Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)

politik tersebut. Bidang pengalaman bagi ahli politik akan membantunya untuk menjadi lebih yakin dan

berani dalam menyampaikan ucapan dan menarik perhatian pengundi manakala bagi pihak pengundi yang

mempunyai bidang pengalaman sebagai pengundi akan lebih mudah untuk membuat penilaian terhadap

ahli politik tersebut sama ada ahli politik tersebut mampu membuktikan janji-janjinya atau tidak.

Gangguan yang berlaku dalam model ini terdapat pada eleman pesanan, ahli politik, saluran dan

pengundi. Gangguan yang terdapat dalam pesanan adalah mesej yang disampaikan tidak jelas dari segi

perkataan yang digunakan mungkin tidak dapat difahami oleh masyarakat yang berbeza kelas sosial (Dr.

Deddy Mulyana, M.A. & Drs. Jalaluddin Rakhmat, M.Sc, 1990). Contohnya penggunaan perkataan

moden seperti transformasi, globalisasi dan inovatif akan mengelirukan masyarakat pendalaman dan

warga tua khususnya untuk memahami mesej yang disampaikan oleh ahli politik tersebut. Ahli politik

pula akan mengalami gangguan dari segi psikologi seperti perdebatan yang hebat dari ahli politik yang

lain serta protes dari para pengundi yang tidak berpuas hati. Keadaan ini boleh membuatkan ahli politik

menjadi kurang berkeyakinan dalam menyampaikan ucapan dan hujahnya. Elemen komunikasi seperti

saluran juga boleh terganggu dari segi siaran televisyen yang disebabkan oleh cuaca, teknikal serta darjah

ketersampaian maklumat yang rendah terutamanya di kawasan pedalaman. Pihak wartawan yang

berupaya mempengaruhi pengundi dengan rencana dan laporan yang menggambarkan kelemahan ahli

politik akan turut mengganggu keputusan para pengundi. Bagi pihak pengundi, gangguan yang diterima

oleh mereka adalah dari segi perbezaan budaya dan kepercayaan. Contohnya ahli politik yang berbangsa

India atau Cina kurang mendapat undian yang tinggi daripada pengundi berbangsa Melayu. Selain itu,

bagi golongan muda terutamanya tidak berminat untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Keseimpulannya, kejayaan seseorang ahli politik dalam pilihan raya bergantung kepada pelbagai elemen

dalam komunikasi. Jika elemen gangguan dapat ditangani, maka komunikasi yang disampaikan kepada

pengundi akan berjaya,

RUJUKAN :

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2000), Teori dan Teknik Ucapan berpengaruh. Kuala

Lumpur : PTS Publications & Distributiors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2001), Komunikasi untuk pemimpin. Kuala Lumpur : PTS

Publications & Distributiors Sdn. Bhd.

Dr. Deddy Mulyana, M.A. & Drs. Jalaluddin Rakhmat, M.Sc (1990). Komunikasi antara

Budaya: Panduan Berkomunikasi dengan Orang-Orang Berbeda Budaya. Indonesia: Rosda.

Page 3: Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)

SENARAI NAMA KUMPULAN 12 :

1. SITI NOR FATEHAH BINTI MANSOR (D20101037762)

2. MUSTIKA BINTI MASRIN (D20101037788)

3. AWATIF BINTI HAMID (D20101037790)

4. NOR IZZATIE BINTI MOHAMAD YUHAR (D20101037780)

5. SHAHRUL NAIMAN BIN BASRI (D20101037777)