Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse script.docx

16
Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse Model kukurikulum yang diperkenalkan oleh Lawrence Stenhouse dinamakan Model Kurikulum Stenhouse.Ia berlandaskan kepada model proses dan tidak bermula dengan objektif pengajaran dan pembelajaran sebagai komponen utama dalam seseuatu kurikulum. Stenhouse bersetuju dengan Peters (1966) bahawa pemilihan isi kandungan kurikulum harus berdasarkan nilai justifikasi. Mengikut Peters, aktiviti-aktiviti kurikulum seperti Sains, Sejarah dan Kesusasteraan mengandungi isi kandungan kognitif dan boleh membawa banyak sumbangan kepada kehidupan. Manakala, kemahiran manipulatif dan pendidikan jasmani merupakan aktiviti pelajaran dikuasai untuk mengetahui bagaimana, dan jarang banyak daripada mengetahui ilmu pengetahuannya. Model Kurikulum Stenhouse merangkumi 6 aktiviti. Sebagai contohnya, aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar membuat keputusan dan refleksinya diri sendiri. Yang kedua ialah aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar melibatkan diri mereka secara

Transcript of Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse script.docx

Page 1: Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse script.docx

Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse

Model kukurikulum yang diperkenalkan oleh Lawrence Stenhouse dinamakan

Model Kurikulum Stenhouse.Ia berlandaskan kepada model proses dan tidak bermula

dengan objektif pengajaran dan pembelajaran sebagai komponen utama dalam

seseuatu kurikulum. Stenhouse bersetuju dengan Peters (1966) bahawa pemilihan isi

kandungan kurikulum harus berdasarkan nilai justifikasi. Mengikut Peters, aktiviti-aktiviti

kurikulum seperti Sains, Sejarah dan Kesusasteraan mengandungi isi kandungan

kognitif dan boleh membawa banyak sumbangan kepada kehidupan. Manakala,

kemahiran manipulatif dan pendidikan jasmani merupakan aktiviti pelajaran dikuasai

untuk mengetahui bagaimana, dan jarang banyak daripada mengetahui ilmu

pengetahuannya.

Model Kurikulum Stenhouse merangkumi 6 aktiviti. Sebagai contohnya, aktiviti

yang membolehkan pelajar-pelajar membuat keputusan dan refleksinya diri sendiri.

Yang kedua ialah aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar melibatkan diri mereka

secara aktif dalam situasi pembelajaran. Seterusnya ialah aktiviti yang membolehkan

pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut kebolehan masing-masing. Aktiviti

yang memerlukan pelajar-pelajar menggunakan pengamatan dan daya intelek untuk

memerhati situasi dan idea baru, serta aplikasi dalam suatu proses intelek. Di samping

itu ialah aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru dalam penanggungan risiko

Page 2: Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse script.docx

kejayaan atau kegagalan. Yang terakhirnya ialah aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar

dalam aplikasi bersama dengan penguasaan peraturan-peraturan, piawai atau disiplin.

Dalam menjayakan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar, aspek minda

pelajar dan tenaga pengajar serta pendekatan aktiviti P & P perlu selaras dengan

falsafah pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkan pelajar. Di

antara strategi yang boleh diamalkan ialah menjadikan pelajar lebih aktif dalam

memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti kerja lapangan, kuiz, dan

penggunaan ICT secara optimum. Strategi yang lain ialah menggalakkan pelajar

bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dengan menjadikan pelajar lebih

sedar apa yang dipelajari oleh pelajar dan sebab mengapa mereka perlu mempelajari

sesuatu.Mengamalkan model pengajaran dan pembelajaran aktif bersesuaian dengan

peringkat pengajian termasuk pembelajaran koperatif, pembelajaran kolaboratif,

pembelajaran komuniti, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan

projek, kajian kes, pembelajaran berasas rakan sebaya, pembelajaran konstruktivisme

dan pembelajaran berasaskan inkuiri.

Pembelajaran berpusatkan murid

Keefe, 1979 dalam Suhaida Abdul Kadir, 2006. Strategi pembelajaran merujuk

kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan

bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran). seseorang pelajar dikatakan

bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan

peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi

pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000). Definisi khas bagi Pembelajaran

berpusatkan pelajar ialah Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar

sebagai individu, memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa yang ingin

dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran

positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar

pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu proses pengajaran

dan pembelajaran.

Page 3: Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse script.docx

Definisi Pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan dengan erti kata

lain, pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasi

dua hala antara guru dan pelajar. Selain itu, guru melibatkan pelajar secara terus dalam

menemui pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala pelajar

yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru

hanya memantau contohnya dengan mencadangkan bahan- bahan penagajaran dan

pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya

menberikan pemahaman konsep baru yang mendalam kerana pembelajaran yang

melibatkan interaksi sosial; menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti

sebagai sumber dan menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pemnbelajaran.

Selain itu, Pembelajaran berpusatkan pelajar mewujudkan pengalaman

pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan

mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang

kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas serta melibatkan

mereka dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan

kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Namun begitu guru perlu mewujudkan

prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh

mereka

Menurut Syidam Abdullah, 2008 terdapat beberapa prinsip pembelajaran

berpusatkan murid iaitu :

i. Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan

utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ii. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar

secara aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator.

iii. Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan.

iv. Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.

Page 4: Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse script.docx

a. Aktiviti berserta contoh untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah berdasarkan model kurikulum Lawrence Stenhouse

Menurut Freiberg, 1996 dalam Giam Kah How, 2000 terdapat strategi yang berpusatkan

pelajar seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif. Di sini, disenaraikan

antara strategi pembelajaran berpusatkan pelajar antaranya adalah:

i. Kaedah KoperatifPendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama

untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya (Suhaida

Abdul Kadir, 2002) .Ciri-ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan pelajar

boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja iaitu ketua kumpulan. Walaupun

penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja,

semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah

tersebut, juga dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab

berkongsi dikalangan pelajar. Guru perlu prihatin untuk memberikan ganjaran

dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik.

Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru 

hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan

tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai serta guru juga

hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk

membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif.

ii. Pendekatan KumpulanPelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi

kemasyarakatan dan dinamik kumpulan.  Ciri-cirinya, aktiviti secara kumpulan

harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih  prosedur pengajaran

secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik,  

tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja

kumpulan, penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan, kerja kumpulan

Page 5: Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse script.docx

yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab,   Semangat

berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk. Selain itu, kelebihan pengajaran

secara kumpulan ialah membolehkan pelajar, mengenalpasti,      menganalisis

dan menyelesaikan masalah secara koperatif  

iii. Teknik PerbincanganPerbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi

sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Ciri-ciri

Pentingnya, pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea

mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada

akhir sesi perbincangan, pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentang

topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru,

perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang

situasi bilik darjah dan tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan

pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat,

menyoal serta menyelesaikan masalah (Azela Abdullah, 2009).

iv. Penyelesaian MasalahPenyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang

itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and

langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ia juga adalah satu cara menggunakan

daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi

halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang

rumit. Aspek penting yang perlu diketahui ialah Tujuan penyelesaian masalah

ialah ia membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila

menghadapi masalah, mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan

kritis dan kelebihannya adalah mewujudkan proses pembelajaran yang

berpusatkan pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam

pelajaran.

Page 6: Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse script.docx

v. Kaedah SimulasiSimulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang

memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-

masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ciri-ciri Pentingnya, ia

merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. peserta belajar daripada

kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang

berikutnya, dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan

sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi

mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta

bagi membuat keputusan, peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis

dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

yang dihadapi, tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan

bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan

berkomunikasi dengan berkesan, kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan

pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis.

vi. Kaedah Strategi Main Sambil BelajarStrategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang

membawa kepada pembelajaran. Antara jenis-jenis permainan dalam

pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa,

permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan

congak,  permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal

digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal,

permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa 

mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya

kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan

bermakna,  kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan

daripada keseronokkan bermain  dan ia juga mengembangkan daya imaginasi

untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah.

Page 7: Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse script.docx

vii. Kaedah ProjekProjek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen

atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M.

1997). Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar

bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu. Ciri-ciri

Pentingnya, tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar

dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek,  ia juga

membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam

menghasilkan sesuatu projek, memperkembangkan pembelajaran melalui

pengalaman melaksanakan aktiviti,  projek yang hendak dibuat hendaklah

bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar, bahan-bahan yang diperlukan

untuk projek hendaklah mudah diperolehi,   projek yang sesuai dengan objektif

pelajaran,   kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan

perasaan dan kepuasan jika dapat meyelesaikan projek serta pengetahuan yang

di perolehi kekal dan berkesan.

viii. Kaedah LawatanLawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa

yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpul

maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh

dibawa masuk ke dalam bilik darjah, tujuan lawatan ialah meningkatkan

pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara

langsungmenggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan

kepada pembelajaran, memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati

perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku, kaedah ini juga

menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan

pembelajaran kandungan  disekolah.

Page 8: Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse script.docx

b. Antara kaedah bagaimana guru dapat membantu murid-murid untuk

berkembang secara holistik dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani,

dan intelek ialah:

Dalam membantu pelajar berkembang secara holistik dan bersepadu dari segi

rohani, jasmani, emosi dan intelek. Aspek utama yang perlu diberi perhatian ialah

suasana sekolah. Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, keadaan persekitaran

sekolah hendaklah berada dalam keadaan yang ceria, kondusif dan meransang

pemikiran pelajar. Dengan ini, murid dapat berkembang dengan harmonis dan

menyeluruh.

Keadaan sekolah yang kotor sama sekali tidak akan membantu murid

berkembang. Ini kerana, pemikiran mereka terganggu oleh permandangan yang

menyakitkan mata, bau yang busuk mahupun suasana yang tidak tenteram. Oleh yang

demikian, adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah dan guru dalam memastikan

sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan ceria.

Guru juga digalakkan untuk menerapkan nilai murni dalam setiap pengajaran

dan pembelajaran mereka. Bukan sahaja pelajar mendapat ilmu pendidikan malahan

juga mendapat ilmu nilai murni yang dpat diterapkan dapat kehidupan seharian murid.

Nilai merupakan antara perkara yang penting pada masa kini kerana ia digunakan

dalam kehidupan seharian murid. Tidak kira semasa berhubung dengan keluarga

mahupun dengan masyarakat luar.

Nilai murni merupakan perkara yang semakin luput dalam kalangan masyarakat

pada masa kini. Dengan meningkatnya kes jenayah dan maksiat di negara kita

membuktikan keruntuhan nilai yang terjadi dalam masyarakat. Oleh itu, menjadi

tanggungjawab pendidik untuk menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian

pelajar-pelajar hari ini dengan harapan masyarakat masa hadapan dapat

mengembalikan pengamalan nialai murni dalam kehidupan seharian.

Page 9: Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse script.docx

Dalam mendidik anak murid ke arah kecermelangan holistik, guru tersebut juga

hendaklah menunjukkan sifat kecermelangan holistik. Murid-murid di sekolah rendah

menilai guru mereka sebagai model ikutan mereka dalam kehidupan seharian. Apabila

murid-murid melihat guru mereka bersifat profesional dan menunjukkan kecemerlangan

holistik dan bersepadu dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek.

Guru hendaklah berkerampilan menarik setiap kali masuk ke kelas. Guru juga

hendaklah pandai berkomunikasi dengan murid-murid agar pembelajaran dua hala

dapat terlaksana. Guru tidak dibenarkan sama sekali menggunakan bahasa yang tidak

sesuai semasa mengajar kerana ia dikhuatiri menjadi ikutan pelajar dalam hidup

seharian mereka.

Dalam melahirkan pelajar yang cemerlang juga, guru juga dicadangkan untuk

melakukan program perkhemahan. Program perkhemahan tersebut boleh dilakukan

tidak kira didalam atau di luar sekolah. Akan tetapi, menjadi tanggungjawab guru untuk

memastikan keselamatan pelajar terjamin sewaktu aktiviti perkhemahan tersebut.

Program perkhemahan dilihat mampu membuatkan pelajar belajar dengan minda

separa sedar dan ini sekaligus membuatkan mereka lebih cepat faham dan

mengingatinya.

Program perkhemahan yang mampu memberikan pelajaran secara holistik ialah

program perkhemahan yang mampu menguji ketahanan mental dan fizikal pelajar.

Program ini juga hendaklah diselitkan dengan sedikit pengisian rohani. Sebagai contoh

mengadakan aktiviti perkhemahan di dalam hutan. Disini, pelajar dicabar dengan

keadaan persekitaran dan mental yang mencabar. Oleh itu, pelajar hendaklah membuat

setiap keputusan dengan tepat dan seterusnya mampu mendidik beberapa nilai murni

dalam diri pelajar seperti sifat kepimpinan dan membentuk modal insan yang seimbang

selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

Perlantikan pengawas di sekolah juga dapat membentuk pelajar yang cemerlang

secara holistik. Pengawas merupakan insan yang dilantik pihak sekolah menggantikan

tugas guru dalam memastikan keselamatan dan keharmonian sekolah. Pengawas juga

dipilih bedasarkan beberapa ciri antaranya ialah berkerampilan kemas dan berdisiplin.

Page 10: Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse script.docx

Perlantikan pengawas dalam kalangan murid dapat membantu pembentukan

pelajar cemerlang secara holistik. Pengawas yang dipilih ini menerapkan seluruh nilai

murni semasa menjalankan tugas. Mereka juga pada masa yang sama berusaha

mengekalkan prestasi pelajaran mereka didalam kelas. Ini membuatkan pelajar tersebut

berkembang secara bersepadu dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek. Tetapi,

pengawas-pengawas tersebut hendaklah diberikan kursus untuk menjadi seorang

pengawas yang cemerlang. Barulah dia dapat mengamalkan pembelajaran secara

holistik.

Guru juga hendaklah ikhlas dalam mendidik anak muridnya. Guru tidak boleh

bersikap sambil lewa dalam mengajar kerana banyak kesan buruk yang menimpa

pelajar sekiranya dia berbuat demikian. Guru hendaklah tidak mementingkan gaji

semata-mata dalam mengajar dan menyedari tanggungjawab mendidik anak bangsa

pada guru.

Sikap acuh tak acuh semasa mengajar akan membuatkan murid menjadi bosan

didalam kelas dan seterusnya menjadikan keputusan peperiksaan mereka terganggu.

Murid juga hilang minat untuk ke sekolah kerana tiada pendorong untuk mereka ke

sekolah. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab guru untuk mendidik anak

bangsa dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh dan seterusnya menjadikan

pelajar lebih berminat untuk ke sekolah dan belajar dan seterusnya berkembang

menjadi insan yang cemerlang secara holistik.

Selain itu, guru juga perlu lebih rapat bersama pelajar. Apabila hubungan guru

dan pelajar semakin mesra, dinding pemisah pendapat antara guru dan murid akan

lenyap dan memudahkan guru mengesan jika pelajar tersebut mempunyai masalah

semasa di dalam kelas atau tidak. Seterusnya, murid dapat belajar tanpa sekatan dan

mereka dapat berkembang secara holistik.

Selain mengajar di dalam kelas, guru juga perlulah mengajar murid di luar kelas.

Sebagai contoh, semasa di kelas guru mengajar seperti biasa. Kemudian, pelajar

dibawa ke luar kelas dan pelajar didedahkan dengan keadaan persekitaran. Ini

Page 11: Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse script.docx

membuatkan mereka bukan sahaja mendapat ilmu di dalam kelas, malah dapat

menambah keyakinan diri pelajar untuk belajar daripada alam sekeliling.

Dalam kita tidak sedari, alam sekitar banyak mengajar manusia mengenai

kehidupan. Sebagai contoh, dalam organisasi di dalam hutan kesemua haiwan dan

tumbuhan hendaklah salaing bekerjasama untuk meneruskan kehidupan mereka. Oleh

yang demikian, guru hendaklah membawa murid untuk melihat kea lam sekeliling dalam

membantu pelajar berkembang dengan menyeluruh.

Page 12: Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse script.docx