MODEL KURIKULUM - :: Amaljaya.com :: Making Money In …amaljaya.com/guru/Pedagogi/Model...

13
Nordin Tahir, IPIP MODEL KURIKULUM Nordin Tahir IPIP

Transcript of MODEL KURIKULUM - :: Amaljaya.com :: Making Money In …amaljaya.com/guru/Pedagogi/Model...

Page 1: MODEL KURIKULUM - :: Amaljaya.com :: Making Money In …amaljaya.com/guru/Pedagogi/Model Kurikulum.pdf · Model Tyler: Nordin Tahir, IPIP Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaian

Nordin Tahir, IPIP

MODEL KURIKULUM

Nordin Tahir

IPIP

Page 2: MODEL KURIKULUM - :: Amaljaya.com :: Making Money In …amaljaya.com/guru/Pedagogi/Model Kurikulum.pdf · Model Tyler: Nordin Tahir, IPIP Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaian

Pembentukan Model Kurikulum Tyler

Nordin Tahir, IPIP

Berdasarkan kepada empat persoalan dasar:

1. Apakah tujuan Pendidikan yang perlu sekolah capai?

2. Apakah pengalaman Pendidikan yang boleh diberi supaya tujuan

tersebut dapat dicapai?

3. Bagaimanakah pengalaman Pendidikan dapat diorganisasikan

secara efektif?

4. Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan-tujuan tersebut

dicapai?

Page 3: MODEL KURIKULUM - :: Amaljaya.com :: Making Money In …amaljaya.com/guru/Pedagogi/Model Kurikulum.pdf · Model Tyler: Nordin Tahir, IPIP Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaian

Model Tyler:

Nordin Tahir, IPIP

Penekanan terhadap pembentukan objektif tingkah laku sebagai

tujuan asal proses pendidikan;

Membawa perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah laku

pelajar. Perubahan terhadap pelajar berlaku bagi setiap kali

perubahan pernyataan objektif sekolah.

Kekuatan model ini dalam pendekatan terhadap teori kurikulum dan

praktis: ia amat bersistematis dan mempunyai kekuatan untuk

mengurus dengan membentuk objektif tingkah laku –

menyediakan idea yang jelas terhadap hasilan agar kandungan dan

tatacara dapat disepadukan serta dapat dinilai hasilan tersebut.

Page 4: MODEL KURIKULUM - :: Amaljaya.com :: Making Money In …amaljaya.com/guru/Pedagogi/Model Kurikulum.pdf · Model Tyler: Nordin Tahir, IPIP Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaian

Model Tyler:

Nordin Tahir, IPIP

Objektif Kandungan

Kursus

Tatacara Penilaian

Persoalan-persoalan yang tertera pada Model Tyler di atas

dapat dijelas dalam rajah di bawah.

Page 5: MODEL KURIKULUM - :: Amaljaya.com :: Making Money In …amaljaya.com/guru/Pedagogi/Model Kurikulum.pdf · Model Tyler: Nordin Tahir, IPIP Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaian

Pembentukan Model Kurikulum Taba

Nordin Tahir, IPIP

Kurikulum sebagai pelan tindakan; Pendekatan “Bawah-Atas’ (Bottom-up)terhadap kurikulum di mana guru memainkan peranan utama;

Terdapat susunan yang tertib semasa membentuk kurikulum dan berpendapatbahawa guru perlu terlibat sama membantu dalam proses pembentukantersebut; dan

Tujuh langkah pembentukan kurikulum :

1. Mengdiagnos keperluan

2. Pembentukan objektif

3. Pemilihan kandungan

4. Menyusun kandungan

5. Pemilihan terhadap pengalaman pembelajaran

6. Mengurus aktiviti-aktiviti pembelajaran

7. Penilaian

Page 6: MODEL KURIKULUM - :: Amaljaya.com :: Making Money In …amaljaya.com/guru/Pedagogi/Model Kurikulum.pdf · Model Tyler: Nordin Tahir, IPIP Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaian

Pembentukan Model Kurikulum

Stenhouse

Nordin Tahir, IPIP

Kurikulum sebagai proses;

Kurikulum bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara

guru, pelajar dan ilmu pengetahuan;

Kurikulum merupakan apa yang sebenarnya berlaku di bilik darjah

serta persedian-persedian yang dilakukan, dan menilai;

Proses yang aktif dan dikaitkan dengan penaakulan praktikal yang

diperkenalkan oleh Aristotle;

Suatu percubaan untuk menerangkan prinsip-prinsip dan cirri-ciri

usul Pendidikan di dalam bentuk yang telus dan berupaya

menterjemahkannya ke dalam bentuk amalan.

Page 7: MODEL KURIKULUM - :: Amaljaya.com :: Making Money In …amaljaya.com/guru/Pedagogi/Model Kurikulum.pdf · Model Tyler: Nordin Tahir, IPIP Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaian

Model Stenhouse

Nordin Tahir, IPIP

Berupaya untuk menyediakan asas bagi merancang sesuatu kursus, meneliti

secara empiris serta dapat dijadikan asas menjustifikasikannya.

Proses Perancangan:

i. prinsip pemilihan kandungan: apa yang perlu diajar dan dipelajari

ii. prinsip pembentukan strategi pengajaran: bagaimana ia patut diajar dan

dipelajari

iii. prinsip menentukan susunan pengajaran

iv. panduan secara praktis untuk melaksanakan kurikulum dalam konteks sekolah

yang berlainan, dalam konteks para pelajar, situasi rakan sebaya dan persekitaran

v. maklumat mengenai kepelbagaian kesan hasil daripada pelbagai konteks situasi

dan pelajar serta memahami faktor-faktor kepelbagaian tersebut;

Page 8: MODEL KURIKULUM - :: Amaljaya.com :: Making Money In …amaljaya.com/guru/Pedagogi/Model Kurikulum.pdf · Model Tyler: Nordin Tahir, IPIP Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaian

Model Stenhouse

Nordin Tahir, IPIP

justifikasi : pembentukan matlamat kurikulum yang boleh dikawal

selia;

melihat kurikulum sebagai suatu bentuk spesifikasi tentang amalan

pengajaran ( suatu cara menterjemahkan idea pendidikan kepada

hipotesis yang boleh diuji : menggalakkan pengujian secara kritis

dan bukan menerima secara membuta tuli ; ia bukan sebagai

kurikulum pukal yang direkabentuk dengan tujuan untuk

disampaikan di mana-mana sahaja);

Page 9: MODEL KURIKULUM - :: Amaljaya.com :: Making Money In …amaljaya.com/guru/Pedagogi/Model Kurikulum.pdf · Model Tyler: Nordin Tahir, IPIP Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaian

Model Stenhouse

Nordin Tahir, IPIP

Hasilan bukan lagi merupakan ciri asas yang penting dan bukan

untuk mendefinisi fiturnya. Apa yang penting menurut model teori

dan amalan kurikulum ini ialah kandungan dan cara akan

berkembang maju apabila guru dan pelajar berinteraksi dan

bukannya menentukan objektif tingkah laku yang ketat ; dan

Mengikut model ini, pelajar bukannya objek pasif untuk diajar.

Mereka perlu sama-sama menentukan bagaimana sesuatu sesi

pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan. Fokus utamanya

ialah terhadap proses interaksi (perubahan tumpuan daripada

pengajaran kepada pembelajaran: bagi guru, proses pembelajaran

diberi penekanan yang utama)

Page 10: MODEL KURIKULUM - :: Amaljaya.com :: Making Money In …amaljaya.com/guru/Pedagogi/Model Kurikulum.pdf · Model Tyler: Nordin Tahir, IPIP Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaian

Model Robert Glazer

Nordin Tahir, IPIP

Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan

membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama

iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah

mengajar dan penilaian.

Beliau juga menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut beliau, objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan

pengetahuan sedia ada pelajar.

Page 11: MODEL KURIKULUM - :: Amaljaya.com :: Making Money In …amaljaya.com/guru/Pedagogi/Model Kurikulum.pdf · Model Tyler: Nordin Tahir, IPIP Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaian

Model Robert Glazer

Nordin Tahir, IPIP

Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif

pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.

Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses

pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan, agar guru

dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi meningkatkan

keberkesanan pengajaran pada masa hadapan.

Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina

berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang

menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan,

pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

Page 12: MODEL KURIKULUM - :: Amaljaya.com :: Making Money In …amaljaya.com/guru/Pedagogi/Model Kurikulum.pdf · Model Tyler: Nordin Tahir, IPIP Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaian

Model Sim

Nordin Tahir, IPIP

Model Pengajaran Sim pula menjelaskan bahawa proses

pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara beberapa

unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga objektif.

Model ini dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai bidang

komunikasi, iaitu interaksi di antara guru dan murid dengan objektif

dan isi pelajaran dalam suatu persekitaran tertentu.

Berdasarkan model ini, objektif pelajaran harus ditentukan secara

explisit dan mengikut kebolehan murid-murid.

Page 13: MODEL KURIKULUM - :: Amaljaya.com :: Making Money In …amaljaya.com/guru/Pedagogi/Model Kurikulum.pdf · Model Tyler: Nordin Tahir, IPIP Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaian

Model Sim

Nordin Tahir, IPIP

Apa yang membezakan model ini dengan Model Glaser ialah

Model Sim menekankan perhubungan yang baik antara guru

dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sihat dan

suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Model ini juga memberi penekanan kepada unsur-unsur

persekitaran seperti keadaan bilik darjah yang kondusif sesuai

dengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya pelajar.

Kesimpulannya, dengan pertimbangan-pertimbangan tersebut,

interaksi di antara guru, pelajar, objektif, isi pelajaran dan

persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan.

Seterusnya, keberkesanan proses pengajaran akan dapat dicapai

ke tahap optimum.