MODEL KURIKULUM.ppt
-
Upload
alsharo-alih-mijal -
Category
Documents
-
view
1.083 -
download
22
description
Transcript of MODEL KURIKULUM.ppt
MODEL PEMBANGUNAN
KURIKULUM
AHLI-AHLI KUMPULAN
MOHD AMRAN B. MANINING AL-SHARO
LIA CAMALIA BINTI SAHAR
KONSEP KURIKULUM
Merupakan dokumentasi khas dan panduan.
Memberi tumpuan kepada kaedah
Memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian
Program pengajian yang merujuk kpd mata pelajaran
Konsep yang tersirat
Membentuk pengalaman pembelajaran terancang.
DEFINISI KURIKULUM
Kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang
dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan
untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang
meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai- nilai dan
norma, unsur- unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat
untuk diperturunkan kepada ahli- ahlinya.
(Kementerian Pelajaran Malaysia)
DEFINISI KURIKULUM
Ia berasal daripada perkataan Latin
“currere” maksud “race course” atau
laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam
bahasa inggeris bermaksud jelmaan.
DEFINISI KURIKULUM
Menurut Goodlad (1973) : Kurikulum
merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan.
Menurut Smith et al (1957) : Kurikulum merupakan
satu urutan pengalaman yang disediakan di sekolah
bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara
berfikir dan bertindak secara kumpulan.
DEFINISI KURIKULUM
Pembangunan kurikulum pula adalah perihal pembinaan dan
pembentukan kurikulum. Setelah kurikulum dibentuk, ianya akan
melalui tahap penyebaran, tahap pelaksanaan, tahap penilaian,
tahap pembaharuan yang akan membawakepada pembentukan
dan pembinaan kurikulum yang baru pula
(Razali
Arof,1996)
DEFINISI KURIKULUM
4 SOALAN ASAS KURIKULUM
i.Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah?
ii.Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan yang
mungkin dapat mencapai tujuan tersebut?
iii.Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun
secara berkesan?
iv.Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan ini boleh
dicapai atau sebaliknya?
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL TYLER (1950)
Berasaskan kepada OBJEKTIF dan PROSES Objektif pelajaran hendaklah merangkumi 2
aspek:
(a) Perkembangan tingkah laku kendiri pelajar
(b) Isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku pelajar
MODEL TYLER (1949) Kurikulum ialah segala pembelajaran yang diarah,dirancang,
dikelola & dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan.
Kurikulum merangkumi objektif pendidikan, segala pengalaman yang dirancang dan penilaian pelajar.
Menegaskan penggunaan objektif dalam perkembangan pendidikan dianggap alat untukmencapai suatu tujuan.
Menurut Tyler (1949), tujuan sebenar pendidikan adalah untuk membawa perubahan dalam tingkahlaku murid-murid
MODEL TYLER
* MODEL TABA (1945)
•Berlandaskan kepada Kurikulum Sekolah Dewey (1896-1904) dan Laporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum (1933-1941) di USA
•Objektif pelajaran ditentukan berdasarkan falsafah pragmatism yang mengandungi logik penyelesaian masalah malalui aktiviti inkuiri-penemuan.
•Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus ditentukan berdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi berpusatan pelajar sebagai objektif- objektif utama.
•Taba mengusulkan suatu Model Kurikulum yang lebih lengkap dan mantap iaitu:
* MODEL TABA (1945)
Diagnosis atas permintaan kurikulumnya
Ringkasan objektif-objektif kurikulum
Pemilihan isi kandungan kurikulum
Organisasi isi kandungan kurikulum yang dipilih
Pemilihan Pengalaman Pembelajaran
Organisasi pengalaman pembelajaran yang dipilih
Pengukuran dan Penilaian
* MODEL TABA (1945)
MODEL STENHOUSE (1975) Berlandaskan kepada model proses dan tidak bermula dengan
objektif pengajaran dan pembelajran sebagai komponen utama dalam sesuatu kurikulum
Model Stenhouse merangkumi AKTIVITI:
Yang membolehkan pelajar membuat keputusan dan refleksinya sendiri
Yang memerlukan pelajar melibatkan diri mereka secara aktif dalam situasi pembelajaran
Yang membolehkan pelajar menyelesaikan masalah mengikut kebolehan masing-masing
Yang memerlukan pelajar menggunakan pengamatan dan daya intelek untuk memerhati situasi dan idea baru,
serta aplikasi dalam suatu proses intelek
MODEL STENHOUSE (1975)
Yang melibatkan pelajar dan guru dalam penanggungan risiko kejayaan atau kegagalan
Yang melibatkan pelajar dalam aplikasi bersama dengan penguasaan peraturan-peraturan, piawai atau disiplin
Samb……..
MODEL STENHOUSE (1975)
• Model ini banyak bergantung kepada kemahiran guru untuk melaksanakannya dengan berkesan.
• Kejayaan perlaksanaan kurikulum amat bergantung kepada kemahiran guru yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti P&P berdasarkan garis panduan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan.
• Guru memainkan peranan sebagai penyelidik, mengkaji masalah pendidikan dari masa ke semasa, untuk mempertingkatkan kualiti dan kemahiran mereka dalam perancangan serta pelaksanaan aktiviti P&P dengan lebih berkesan
Samb……..
KURIKULUM TREND TERKINI
•Dikenali sebagai Kurikulum Emergent•Merupakan kurikulum yang dinamik kerana perkembangan ICT diperkenalkan dalam kurikulum sekolah.•Perkembangan dan pembangunan pendidikan yang semakin canggih muncul (emerge) dan mempengaruh situasi persekolahan akan membawa kesan ke atas matlamat dan rancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran .•Faktor-faktor yang mempengaruhi kurikulum emergent ialah a)Perkembangan politik (ideologi & nasionalisme)b)Ekonomi (sumber-sumber pendapatan)c)Falsafah, sosiologi dan psikologi
•Contoh pengubahsuaian dalam kurikulum emergent ialahi)Penerapan unsur-unsur sains & teknologi maklumat yang diterapkan dalam kurikulum akibat banyak inovasi pembaharuan berlaku dalam era ICT dan globalisasiii)KBSR & KBSM sentiasa dinilai dan diubahsuai dari masa ke semasaiii)PPSMI
KURIKULUM TREND TERKINI
Kesimpulan:
Kurikulum Trend Terkini ialah kurikulum dinamik dan mempunyai ciri fleksibiliti yang dapat mengakomodasikan segala tuntutan keperluan dari masa ke semasa
TRANSFORMASI KURIKULUM DI MALAYSIA
SEKIAN DAN TERIMA KASIH