Model Pembelajaran Berasaskan Masalah_Bentuk Dan Ruang

7
“Model Pembelajaran Berasaskan Masalah”

description

penyelesaian masalah

Transcript of Model Pembelajaran Berasaskan Masalah_Bentuk Dan Ruang

Page 1: Model Pembelajaran Berasaskan Masalah_Bentuk Dan Ruang

“Model Pembelajaran Berasaskan Masalah”

Page 2: Model Pembelajaran Berasaskan Masalah_Bentuk Dan Ruang

Contoh Rancangan Mengajar Model Berasaskan Masalah

Tajuk : Bentuk dan Ruang

Bidang : Bentuk 2 Dimensi

Masa : 2 waktu (60 minit)

Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk : Memahami perimeter bentuk dua dimensi

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

i) Mengukur dan merekod perimeter

a. segi empat sama

b. segi empat tepat

c. segi tiga

Objektif Pengajaran : Murid dapat mengukur perimeter bagi objek yang diberi.

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI

1. Persediaan

Pemerhatian dan analisis

Mengenalpasti masalah

Murid membuat pemerhatian pada gambarajah bentuk-bentuk bingkai gambar yang dipamerkan oleh guru.

Soalan:

Lihat gambar dan nyatakan nama setiap bentuk 2D.

Berapakah jumlah sisi setiap bentuk?

Apakah alat yang boleh digunakan untuk mengukur objek ini?

Page 3: Model Pembelajaran Berasaskan Masalah_Bentuk Dan Ruang

2. Imaginasi

Mencari penyelesaian

Mencari alternatif penyelesaian

Guru menyatakan satu masalah 1. Jasmin ingin menghias setiap

bingkai gambar dengan melekatkan reben di setiap bingkai.Dia perlu mengukur setiap bingkai untuk mendapat ukuran yang tepat untuk memotong reben.

Membimbing murid untuk meletakkan reben di setiap keliling bingkai lalu memotong reben tersebut.

Apakah alternatif yang lain untuk mendapatkan ukuran yang lebih tepat setiap bingkai. (Tambahkah panjang setiap sisi bingkai)

Apakah masalah? Sebut dan nyatakan.

Fikirkan bagaimana cara kamu hendak mendapatkan ukuran setiap bentuk.

3. Perkembangan

Melakukan operasi

Menilai penyelesaian masalah

Aktiviti secara berkumpulan

Guru menyediakan kad arahan yang berlainan dan meminta murid menyelesaikannya dalam kumpulan dengan menggunakan kreativiti masing-masing.

Kumpulan 1

Mendapatkan ukuran perimeter permukaan meja murid.

Soalan:

1. Apakah bentuk permukaan objek? Sebut dan tulis.

2. Apakah yang ingin dicari?

3. Apakah operasi matematik yang perlu digunakan?Fikirkan bagaimana kamu hendak menyelesaikannya.Rancang, sebut dan tuliskannya.

Page 4: Model Pembelajaran Berasaskan Masalah_Bentuk Dan Ruang

Kumpulan 2Mencari perimeter muka jam yang disediakan oleh guru.

Kumpulan 3Mencari perimeter papan tanda awas.

4. Tindakan

Membuat refleksi

Penyelesaian yang dibuat

Murid mempersembahkan hasil tugasan.

Setiap kumpulan mencetuskan dapatan dan ulasan mereka.

Murid menyatakan cara mengira perimeter yang betul.

Bagaimana cara murid dapat jawapan?

Kita boleh menyelesaikan sesuatu masalah dengan pelbagai cara.

Adakah cara lain yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan jawapan dengan lebih tepat?

Adakah kamu berpuas hati dengan hasil kerja kamu?

5.Pentaksiran Berdasarkan keupayaan murid mengira perimeter dalam lembaran kerja.

Guru melihat bagaimana murid mengira dan menjawab soalan sambil membimbing.

6. Nilai dan sikap Bekerjasama semasa melakukan aktiviti kumpulan.Sifat kepimpinan semasa pembentangan.

Page 5: Model Pembelajaran Berasaskan Masalah_Bentuk Dan Ruang

Lembaran Kerja

1. Cari perimeter bentuk 2D berikut:

a)

Perimeter = ________________cm

b)

7cm

12cm

Perimeter = ________________cm

c) 9cm

6cm

Perimeter = ________________cm

d) 4cm

Perimeter = ________________cm

2. Ukur dan cari perimeter bentuk 2D berikut:

a)

Perimeter = ________________cm

b)

Perimeter = ________________cm

c)

Perimeter = ________________cm

d)

Perimeter = ________________cm

3cm

4cm