Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Transcript of Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
MODEL PENGAJARAN BEHAVIORISME
PENGAJARAN LANGSUNG
• Pengajaran langsung merupakan satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran –kemahiran asas, dimana pelajaran terarah matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur.
Pengajaran langsung terdiri daripada tiga aspek:
• Jenis hasil pembelajaran pelajar.• Aliran aktiviti pengajaran.• Persekitaran pembelajaran.
Pengajaran langsung direka bentuk untuk
meransang pembelajaran pengetahuan
pelajar yang distrukturkan serta diajar
ecara langkah demi langkah.
Berpusatkan guru
PENGAJARAN LANGSUNG MENGANDUNGI LIMA LANGKAH.
1.Penentuan set
2.Penerangan / demonstrasi
3.Praktis/latihan terbimbing
4.Maklum balas
5.Amalan/praktis lanjutan
PENGAJARAN LANGSUNG BERTUJUAN UNTUK MENCAPAI DUA HASIL PEMBELAJARAN UTAMA IAITU :
1. Penguasaan kandungan berstruktur
2. Penguasaan pelbagai kemahiran
PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN LANGSUNG
1. Pengenalan 2. Perkembangan 3. Amalan terbimbing4. Penutup 5. Latihan kendiri6. penilaian
Proses pengajaran langsung1. Pengenalan • untuk menarik minat pelajar.• dirujuk kepada peristiwa folus.• pelajar dimaklumkan matlamat
pembelajaran, hasil pembelajaran dan kepentingan pelajaran berkenaan.
• mengenal maklumat baru.
2. Perkembangan guru memodelkan tingkah laku (pengetahuan
atau kemahiran) pelajar diharap dapat menunjuk cara tingkah laku tersebut. memastikan pelajar dapat memperoleh
penguasaan serta memberikan ulangan latihan.
guru boleh membuat semakan tentang kefahaman pelajar.
3. Latihan terbimbing Latihan secara aktif dapat meningkatkan
ingatan. Pembelajaran akan lebih automatik,
membolehkan pelajar memindahkan pembelajaran kepada situasi baru.
Guru perlu membantu pelajar yang belum menguasai pengajaran dan memerlukanpengajaran langsung.
4. PenutupPelajaran yang dirumuskan dan guru
berpeluang untuk mengimbas kembali apa-apa yang diajar di dalam pelajaran.
Untuk mengingatkan pelajar tentang matlamat pengajaran dan sebagai persediaan untuk pelajar menyelesaikan aktiviti dan latihan kendiri yang diberikan oleh guru.
5. Latihan kendiri. Aktiviti atau tugasan diberikan berkaitan
dengan hasil pembelajaran. Latihan diberikan setelah pelajar
menunjukkan kemahiran dalam langkah ketiga.
6. Penilaian Digunakan untuk mentaksir kemajuan
pelajar. Dilakukan secara formatif dan sumatif. Boleh dilakukan di dalam bentuk :
a. lembaran kerja b. Tugasan bilik darjahc. Gabungan bentuk ujian dan projek
Penilaian penting untuk menguji kefahaman atau pencapaian pelajar.
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteri ialah satu kaedah pengajaran secara individu yang menggunakan kurikulum berstrktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari.
Mengikut Bloom(1968)
Pembelajaran masteri merupakan pendekatan dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.
Berasaskan falsafah bahawa semua/ hampir semua pelajar boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan.
Mengikut Anderson dan Block(1975)
Pembelajaran masteri ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajara secara konsisten.
Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran secara sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran dan memeruntukan masa yang mencukupi.
Prinsip-prinsip pembelajaran masteri• Semua murid normal boleh menguasai apa-
apa yang diajar oleh guru.• Pembelajaran dipecahkan kepada unit-unit
kecil yang disusun dari mudah ke sukar.• Masa diperuntukkan harus mencukupi dan
fleksibel untuk mencapai objektif.• Guru perlu mendorong pelajar untuk
menguasai perkara yang diajar .
• Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.
• Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menguasai di dalam masa yang singkat.
Kemahiran guru di dalam pembelajaran masteri
a. Mendiagnosis murid untuk mengethau tahap pencapaian murid.
b. Mengetahuai perbezaan antara murid.c. Merancang dan menggunakan pelbagai kaedah dan
aktiviti p&p yang menyeronokkan.d. Menguruskan pelbagai bahan batu mengajar.e. Menyimpan rekod kemajuan murid.f. Menjalankan penilai sumatif untuk mengesan hasil
pembelajaran.g. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
IMPLIKASI TEORI BEHAVIORISME TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
• 1. Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik.
• Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas.• Matlamat tersebut hendaklah yang realistik
dan boleh dicapai.
2. Guru hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran.
• Objektif hendaklah khusus.• Satu objektif bagi satu langkah kecil.
3. Buat analisis tugasan.• Pecahkan tugasan pembelajarankepada
langkah- langkah kecil.
4. Sediakan langkah pengajaransecara berperingkat.
• Satu aktiviti khusus bagi satu langkahpengajaran.
• Susunan langkah hendaklah secaraprogresif/ ansur maju.
• Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepada langkah seterusnya.
• 5. Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai.• Peneguhan berterusan semasa proses
pembentukan tingkah- laku.• Peneguhan berkala selepas tingkah-laku
dikuasai:• Berdasarkan masa : masa tetap danmasa
berubah• Berdasarkan kandungan : nisbah tetap dan
nisbah berubah
6. Aplikasi hukum kesediaan.
• Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada.
• Sediakan situasi yang merangsangkan.• Cungkil rasa ingin tahu/motivasi pelajar.
7. Aplikasi hukum latihan.
• Banyakkan pengulangan dan latih tubi.• Sediakan latihan yang banyak danpelbagai.
8. Aplikasi hukum kesan/ akibat.
• Adakan aktiviti pengukuhan.• Pilih dan aplikasikan peneguhan yang sesuai.• Amalkan teknik hukuman dan ganjaran.
9. Sediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra.
• Amalan rutin belajar.• Amalan rutin keceriaan.• Peraturan bilik darjah yang positif.• Pembelajaran koperatif dankolaboratif.