MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS 2.doc

8
MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS MODEL ILTENERAN Model guru beredar. Sasaran : semua murid berkeperluan khas Cara pelaksanaan: khidmat bantu secara terus di bilik darjah Penglibatan: murid dan guru Skop: terhad Lokasi: kelas, Tadika, Taman Asuhan, Sekolah integrasi dan PDK MODEL KONSULTAN Model perundingan. Sasaran : kanak-kanak khas, ibu bapa, guru, dan semua pihak yang berkaitan Cara pelaksanaan: khidmat bantu secara lebih terbuka Penglibatan: murid dan guru, KPM, NGO,JKM,KKM, pasukan pelbagai disiplin, pakar berkaitan Skop: lebih luas Lokasi: bebas, dalam dan luar sekolah MODEL BILIK RESOS Bilik-bilik yang disediakan untuk menjayakan program pendidikan khas. Digunakan sebagai tempat menjalankan bimbingan dan penyimpanan alatan yang dan tempat guru resos menjalankan tugasan. Fungsi guru resos ialah menjalankan pengajaran dan pembelajaran , pengurusan kelas bimbingan, aktiviti tambahan. MODEL KELAS BIASA( INKLUSIF) Melibatkan murid pendidikan khas yang belajar bersama dalam kelas biasa bersama murid aliran perdana. Mereka akan mengikuti pelajaran bersama-sama dengan rakan sebaya. Inklusif dijalankan scara separa dan sepenuhnya . Senarai daftar murid pendidikan

Transcript of MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS 2.doc

MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS

MODEL ILTENERAN

Model guru beredar.Sasaran : semua murid berkeperluan khasCara pelaksanaan: khidmat bantu secara terus di bilik darjahPenglibatan: murid dan guruSkop: terhadLokasi: kelas, Tadika, Taman Asuhan, Sekolah integrasi dan PDK

MODEL KONSULTAN

Model perundingan.Sasaran : kanak-kanak khas, ibu bapa, guru, dan semua pihak yang berkaitanCara pelaksanaan: khidmat bantu secara lebih terbukaPenglibatan: murid dan guru, KPM, NGO,JKM,KKM, pasukan pelbagai disiplin, pakar berkaitanSkop: lebih luasLokasi: bebas, dalam dan luar sekolah

MODEL BILIK RESOS

Bilik-bilik yang disediakan untuk menjayakan program pendidikan khas. Digunakan sebagai tempat menjalankan bimbingan dan penyimpanan alatan yang dan tempat guru resos menjalankan tugasan. Fungsi guru resos ialah menjalankan pengajaran dan pembelajaran , pengurusan kelas bimbingan, aktiviti tambahan.

MODEL KELAS BIASA( INKLUSIF)Melibatkan murid pendidikan khas yang belajar bersama dalam kelas biasa bersama murid aliran perdana. Mereka akan mengikuti pelajaran bersama-sama dengan rakan sebaya. Inklusif dijalankan scara separa dan sepenuhnya . Senarai daftar murid pendidikan khas kekal dalam kelas pendidikan khas. Guru pendidikan khas berfungsi sebagai guru pendamping. Dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada prestasi dan RPI.

MODEL KELAS INTEGRASIKelas-kelas pendidikan khas dijalankan dalam sekolah bersama dengan kelas-kelas aliran perdana yang lain. Semua murid pendidikan khas akan belajar di kelas yang disediakan untuk murid-murid pendidikan khas. Semua kemudahan-kemudahan dan infrastruktur di sekolah tersebut akan dikongsi bersama. Semua murid pendidikan khas akan didaftarkan secara berasingan dan menjalankan aktiviti pnp secara berasingan.MODEL PENGURUSAN KELAS PENDIDIKAN KHAS

MODEL HEWETT

Tingkah laku murid dipengaruhi oleh :

Keperluan dan kehendak untuk bertahan dalam persekitaran yang kasar dan kurang mesra

Kepercayaan kepada sains atau keperluan untuk menyiasat, menganalisis dan menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui

Perkhidmatan atau keperluan membantu, membimbing, mengawal dan mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik

Kebaikan model :

Penggunaan internet atau bahan interaktif yang lebih menarik dan boleh membina motivasi murid

Menggalakkan murid membuat penerokaan dalam pencarian sumber maklumat

Menggalakkan murid mahir dalam penggunaan ICT

Pengumpulan bahan maklumat dari pelbagai sumber

Kelemahan model :

Guru yang tidak mahir dalam penggunaan "online teaching" akan mengambil masa yang lama

Murid akan meneroka laman sesawang yang tidak sesuai jika tiada pengawasan

MODEL MONTESSORI

Pengenalan

Teori utama montessori ialah minda yang menyerap, jangka masa peka dan proses normalisasi

Menekankan aspek penggunaan deria seperti melihat, menyentuh, mendengar, menghidu dan merasai sesuatu

Prinsip-prinsip

Menghormati kanak-kanak dan hak mereka

Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar

Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh

Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri

Konsep asas dalam kurikulum

Minda yang mudah menyerap

Persekitaran yang tersedia

Didikan diri

Bahan pembelajaran

STESEN

Definisi

Merupakan bilik atau ruang lengkap dengan bahan-bahan bantu mengajar khusus bagi satu mata pelajaran

Diguna pakai sebagai alternatif kepada kaedah sedia ada

Murid-murid dapat mengikuti keseluruhan kurikulum berdasarkan keupayaan dan kebolehan sedia ada murid

Rasional

Menyediakan pendekatan pnp yang lebih fleksibel, menarik dan berfokus

Disiplin murid senang dikawal

Matlamat

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan dalam suasana pembelajaran yang kondusif, aktif dan menyeronokkan

Objektif

Murid dapat menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran

Murid lebih berminat untuk belajar

Murid belajar dalam suasana kondusif

Bilangan stesen

Sebanyak 14 buah stesen kemahiran mengikut komponen mata pelajaran berasaskan 4 bidang di dalam kurikulum pendidikan khas

Implikasi

Pengubahsuaian ruang fizikal

Keperluan peralatan fizikal

RPI disimpan di stesen

KIOSK Merupakan pendekatan dimana pelbagai bahagian sudut dalam kelas yang berdasarkan teori multiple intelligent

Kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri manusia itu

Diasaskan oleh Howard Gardner

Beliau menyatakan bahawa tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu

Kecerdasan individu boleh dipertimbangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran

Melalui pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajran adalah lebih mudah apabila minda murid tersebut tercabar bukannya dalam keadaan bosan atau rehat

Dalam konteks pendidikan khas terutamanya, pendidikan khas bermasalah pembelajaran, konsep kiosk amatlah sesuai dijalankan

Ini kerana murid pendidikan khas berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran

Pendekatan kiosk memberi peluang kepada guru untuk mengapllikasi keperlbagaian kemahiran serta kreativiti mereka

Pendekatan kiosk sebenarnya berdasarkan kecerdasan pelbagai dimana sati kelas boleh membina 8 kiosk.

MODEL PENGAJARAN KUMPULAN

PENGAJARAN KOPERATIF Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil.

Setiap murid bertanggungjawb tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan

Pergantungan positif setiap ahli dalam menentukan kejayaan pasukan

Hasil secara kumpulan

Guru berperanan sebagai fasilitator, menstrukturkan dan memantau aktiviti pasukan untuk mencapai objektif

PENGAJARAN KOLABORATIF Strategi pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu stratei yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bestari

Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid

Berasaskan kepada idea bahawa pembelajran adalah satu tingkah laku sosial.

Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual

Hasil secara individu

Tidak memerlukan pemantauan guru

KHIDMAT GURU PENDAMPING

Definisi

Guru pendamping ialah guru yang bekerjasama dengan guru perdana atau guru biasa untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bermanfaat dan sesuai untuk murid

Guru pendamping khusus merupakan guru yang memiliki pengetahuan yang khusus dalam masalah yang dihadapi oleh murid

Guru kelas biasa yang memiliki pengetahuan dan pengalaman untuk membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu

Peranan guru pendamping

Membantu guru kelas dalam menyelesaikan tugasan melalui perbincngan

Menyusun aktiviti yang dapat dilakukan di dalam dan luar kelas

Menjalankan program yang berpusatkan murid

Kepentingan guru pendamping

Meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan di dalam kelas KBSR, termasuklah murid-murid yang telah diinklusifkan.

Memperkembangkan kebolehan murid-murid dalam aspek akademik, perkembangan sosial, komunikasi, tingkah laku, psikomotor dan keterampilan diri