modeldanteoriperkembangank2-120402180037-phpapp01.ppt

download modeldanteoriperkembangank2-120402180037-phpapp01.ppt

of 20

description

teori perkembangan kanakkanak

Transcript of modeldanteoriperkembangank2-120402180037-phpapp01.ppt

  • PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAKMUHAMMAD TAJUDDIN BIN AB AZIZ

  • CONTOH; TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Teori Perkembangan Kognitif Piaget

    Fitrah perkembangan kanak-kanak membina tahap pemahaman terhadap persekitaran berdasarkan 4 tahap perkembangan kognitif. Manakala proses membina pemahaman pula amat berkait rapat dengan konsep Organisasi dan Adaptasi.

    Kanak-kanak bukan sekadar mengorganisasi segala pemerhatian dan pengalaman semata-mata, malahan turut mengadaptasikan pemikiran dengan memuatkan idea-idea bagi memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu perkara. Proses adaptasi akan berlaku dalam dua keadaan, iaitu Proses Asimilasi dan Proses Akomodasi.

  • Proses Asimilasi merujuk kepada proses penambahan maklumat baru atau memperkaya sturuktur kognitif sedia ada. Contoh, Zahra ternampak seekor burung dan menyebutnya sebagai burung. Dalam keadaan ini, asimilasi telah berlaku iaitu maklumat diserap melalui pandangan dan sebutan tanpa sebarang pengubah suaian.Proses Akomodasi merujuk kepada proses pengubah suaian skemata sedia ada untuk memperoleh maklumat baru. Berdasarkan contoh di atas, pada hari yang lain, jika ibu Zahra terdengar Zahra menyebut kambing apabila ternampak burung, ibunya membaiki keadaan tersebut dengan mengatakan bahawa itu adalah burung kerana ia boleh terbang dan berkicau, tidak berkaki empat dan tidak berbadan besar.

  • Bila mana kanak-kanak memperoleh maklumat baru :- Akan berlakunya ketidak seimbangan (disequilibrium) dalam pemikiran.

    Bagi memperoleh semula keseimbangan (equilibrium), kanak-kanak perlu mengadaptasi dan mengorganisasi pada skemata (Struktur kognitif yang mengorganisasi dan menginterpretasi semua pengalaman kanak-kanak).

  • 2 fakta utama perkembangan kognitif menurut Piaget iaitu :-Mempunyai rasa ingin tahu Aktif bergerak balas terhadap persekitaran mengikut kefahaman dan keupayaan mereka

  • PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF

    0-2 Tahun (Deria Motor) Kanak-kanak menggunakan deria motor dan lain-lain deria untuk meneroka dan memahami dunia persekitaran mereka

    2- 7 Tahun (Praoperasi) Kanak-kanak mengeksploitasi kemampuan mereka berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah tetapi pada tahap pemikiran yang masih tidak berdasarkan logik dan mudah berubah oleh persepsi yang berlainan.

    7 11 Tahun (Operasi Konkrit) Kanak-kanak memulakan zaman persekolahan formal dan menggunakan pemikiran logik dan konkrit untuk menyelesaikan masalah secara Cuba Jaya (Trial and Error)

    12 Tahun ke Atas (Operasi Formal) Kanak-kanak berada di zon remaja yang membolehkan mereka berfikir secara abstrak, menggunakan konsep pemikiran hipotetikal dan kesan jangka panjang sesuatu situasi.

  • TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF VYGOTSKY

    Vygotsky memberi pandangan berkaitan konsep Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) iaitu :-

    Kanak-kanak akan menjadi lebih berkemahiran jika diberi peluang terlibat secara aktif bersama ahli masyarakat yang lebih dewasa dan lebih matang. Ini membolehkan mereka lebih mahir memikirkan sesuatu dalam lingkaran budayanya.

    Kanak-kanak yang terlibat dengan budaya masyarakat akan lebih mudah bergerak balas dengan persekitarannya dengan menggunakan pemikiran, peluang berbahasa dan berdialog.

  • Kesempatan berada dalam budaya masyarakat akan membolehkan kanak-kanak berkomunikasi sesama sendiri dan berinteraksi dengan orang lain. Proses ini akan mengubah kapasiti mental yang menjadi asas kepada perkembangan proses kognitif yang lebih tinggi.

    Kanak-kanak berpeluang mempelajari sesuatu kemahiran atau pembelajaran baru melalui bimbingan orang dewasa atau rakan yang lebih berkemahiran bagi membantu mereka mencapai tahap yang lebih optimum.

  • Faktor Scalffolding yang terdapat dalam ZPD menjadi agen perubahan kualiti berbentuk sokongan sosial dalam tempoh proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Orang dewasa membina Scalffolding melalui panduan, arahan, bahasa badan, mimik muka dan sebagainya bagi membimbing kanak-kanak menguasai konsep asas pembelajaran yang lebih bermakna.

    Faktor Intersubjektiviti merupakan situasi di mana dua individu bermula dengan pemahaman yang berbeza mengenai sesuatu perkara yang sama tetapi akhirnya memperoleh pemahaman yang sama pada peringkat akhirnya.

  • Teori Perkembangan Emosi Erikson

    Teori Erikson terbina berdasarkan 5 prinsip utama :-

    Manusia mempunyai persamaan terhadap keperluan asasPerkembangan manusia adalah dipengaruhi oleh tindak balas terhadap keperluan-keperluan asasPerkembangan manusia mempunyai tahap-tahap tertentuSetiap tahap mempunyai konflik tersendiri dan konflik ini perlu ditangani sebelum individu tersebut beralih ke tahap berikut dengan jayanyaKegagalan menangani konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap seterusnya

  • Menurut Erikson, kanak-kanak akan melalui 8 tahap perkembangan sepanjang kehidupan mereka. Bagi mencapai tahap kesempurnaan psikososial yang positif, setiap tahap perlu ditangani oleh individu tersebut dengan jayanya. Seandainya krisis yang berlaku pada tahap tertentu tidak dapat ditangani, individu tersebut akan berhadapan dengan kegagalan sepanjang hayatnya.

  • Tahap Pertama Percaya Lawan Tidak Percaya (0 18 Bulan)

    Pada tahap ini perasaan percaya lawan tidak percaya mula terbentuk dalam diri bayi. Perasaan percaya terhadap orang lain dan persekitaran akan terbentuk jika bayi tersebut memperoleh penjagaan yang berkualiti daripada pengasuhnya, terutama ibunya sendiri. Andai penjagaan yang tidak sempurna kepada bayi, maka akan terbina perasaan tidak percaya kepada orang lain. Sikap kepercayaan yang terbentuk akan memudahkan individu menangani masalah yang dihadapinya. Maka, kaedah penjagaan bayi yang berkualiti dalam keluarga mempunyai pengaruh yang besar terhadap emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi.

  • Tahap Kedua Autonomi Lawan Rasa Sangsi/Malu (18 Bulan-3 Tahun)

    Kanak-kanak mula bergerak dan bertindak secara sendiri. Segala aktiviti asas kehidupannya seperti mandi, makan, berpakaian dan ke tandas telah mula dapat dilakukan oleh mereka sendiri. Tahap ini, kanak-kanak mula ingin melakukan sesuatu aktiviti secara bebas tanpa gangguan orang lain.

    Keadaan ini merupakan detik permulaan bagi kanak-kanak membentuk rasa keyakinan diri. Keluarga perlu memberikan bimbingan dan tunjuk ajar bagi membantu kanak-kanak menyelesaikan konflik yang mereka hadapi.

  • Tahap 3 Inisiatif Lawan Rasa Bersalah (3 6 Tahun)

    Kanak-kanak lebih terdedah kepada cabaran kerana mereka mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih terbuka. Mereka bertindak dan meneroka bagi memenuhi keperluan intrinsik mereka yang sentiasa inginkan kelainan, baru dan mencabar. Mereka sering melakukan aktiviti di luar batas kemampuan seperti cuba membantu ibu membasuh pakaian dan memasak. Pada tahap ini, perkembangan kognitif kanak-kanak telah mula meningkat. Kritikan negatif, hukuman dan dendaan menyebabkan timbul rasa bersalah dalam diri kanak-kanak dan tidak bermotivasi untuk meluaskan potensi dan bakat mereka. Ini akan mencetuskan masalah seperti suka bersendirian, tidak bersemangat dan takut untuk mencuba.

  • Tahap 4 Industri Lawan Rendah Diri (6 -12 Tahun)

    Kanak-kanak berada di alam persekolahan. Guru dan rakan sebaya mempunyai peranan dan pengaruh besar terhadap perkembangan mereka kerana sebahagian besar masa akan dihabiskan di sekolah. Pemikiran kanak-kanak pada tahap ini mula mencapai peringkat operasi konkrit , mampu membuat transformasi dan membentuk pertalian antara dua situasi melalui pemikiran logik. Kanak-kanak pada tahap ini berminat kepada aktiviti jika bersesuaian dengan potensi dan kecenderungan mereka. Guru/ibu bapa berperanan membentuk dan membimbing kanak-kanak secara positif. Jika kritikan, kemarahan dan hukuman diberi tanpa penghargaan terhadap hasil kerja yang ditunjukkan, akan mengakibatkan timbul rasa rendah diri dan kurang yakin kepada kemampuan yang mereka miliki.

  • Tahap 5 Indentiti Lawan Kekeliruan Peranan (12 - 20 tahun)

    Tahap ini melibatkan remaja yang akan berusaha untuk mencari identiti dan persepsi diri mereka sendiri bagi memenuhi keperluan naluri mereka. Erikson berpandangan bahawa remaja akan sentiasa berusaha mencari dan mengenali diri mereka sendiri termasuk mencari kemungkinan teman hidup, peranan dalam keluarga dan masyarakat.

    Konflik mencari dan mengenal diri sendiri akan menjadi kompleks bila remaja akan berhadapan dengan pelbagai pilihan yang akan menjadikan mereka lebih sukar untuk memilih. Kegagalan membuat pilihan, akan menganggu persepsi mereka terhadap peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan dalam masyarakat.

  • Tahap 6 Tahap Intimasi/Kemesraan Lawan Pengasingan Diri (20 - 40 tahun)

    Tahap ini individu mula membentuk hubungan yang akrab terutama dengan rakan berlainan jantina, mula memikir teman hidup, percintaan dan perkahwinan.

    Jika mereka gagal dalam membina hubungan yang akrab, gagal dalam percintaan atau perkahwinan, akan mula mengasingkan diri dan hidup dalam kesunyian.

  • Tahap 7 - Generativiti Lawan Pemusatan Kendiri (40 - 60 tahun)

    Tahap ini, individu mula memikirkan isu-isu yang berhubung dengan kekeluargaan, mula memberi perhatian dan komitmen terhadap individu lain dan mula memberi sumbangan kepada masyarakat dan masa hadapan. Individu yang berjaya mengatasi konflik pada tahap keakraban lawan pengasingan diri akan berusaha mencapai tahap generativiti, mempunyai pandangan positif dan berazam untuk berjaya secara optimum. Kehidupan akan menjadi lebih bermakna jika berjaya membentuk anak-anak menjadi orang berguna yang dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan masyarakat.

  • Tahap 8 - Kesepaduan Lawan Rasa Putus Asa (60 tahun ke atas)

    Tahap ini adalah pengakhiran tahap dewasa. Individu pada tahap ini, mula membuat refleksi apa yang telah berlaku dalam kehidupan yang dilaluinya selama ini. Jika individu tersebut berjaya menangani konflik, pada tahap-tahap sebelumya, individu itu akan membentuk rasa kesepaduan dan kepuasan dalam dirinya.

    Jika sebaliknya, kehidupannya dipenuhi dengan kekecewaan dan kegagalan pahit. Ini akan mewujudkan situasi rasa putus harapan dan penyesalan dalam diri individu tersebut.