Modul 2 Prinsip Asas Grafik

download Modul 2 Prinsip Asas Grafik

of 9

Transcript of Modul 2 Prinsip Asas Grafik

  • 8/2/2019 Modul 2 Prinsip Asas Grafik

    1/9

    Modul 2: Prinsip Asas Grafik

    Perancangan

    - Saiz

    - Susunatur

    - Reka bentuk Warna

    - Skema warna

    - Alat-alat mewarna

    Penghurufan

    - Pemilihan fon

    - Saiz dan jarak antara perkataan dan ayat

    Alat penghurufan

    Merancang dan merekabentuk bahan grafik dalam pengajaran dan

    pembelajaran Menghasilkan bahan pengajaran dengan pelbagai kaedah seperti

    menyalin, memotong, melekat, membesarkan, mengecilkan denganmenggunakan alat-alat seperti mesin fotostat, OHP dan lain-lain

    Mengamalkan prinsip-prinsip grafik dalam proses penghasilan media

    pengajaran

    Perancangan [Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Hj. Harun &

    Zaidatun Tasir(2000). Teknologi Pendidikan dari yang tradisi kepada yang

    terkini Universiti Teknologi Malaysia : Skudai. ]

    Sebelum memulakan kerja-kerja grafik untuk menghasilkan sesuatu media

    pendidikan, perancangan yang teliti harus dibuat terlebih dahulu. Perancangan bagimenentukan jenis bahan yang akan diterbitkan berdasarkan:

    o Bahan yang diperlukan hendaklah diseranaikan seperti pen, pensil,

    pembaris, pemadam, pemotong kertas, gam, dakwat, manila kad, markerdan lain-lain.

    o Tentukan objektif penghasilan dan berapa ramaikah murid yang menjadi

    kumpulan sasaran.

    Susunatur Setiap maklumat atau penyataan samada berbentuk huruf,

    pemandangan atau gambar-gambar mestilah diatur dengan rapi. Tumpuan mata

    adalah lebih di sebelah kiri. Ini adalah memandangkan kebiasaan manusia

    membaca dari sebelah kiri ke kanan. Dengan yang demikian, maklumat pentinghendaklah diletakkan di kawasan sebelah kiri. Sekiranya, maklumat yang penting

    dimasukkan pada sebelah kanan, warna yang lebih terang perlu digunakan.

    Created by Lu Cheng Soon 1

  • 8/2/2019 Modul 2 Prinsip Asas Grafik

    2/9

    Keseimbangan - Dalam sesuatu visual elemen-elemen penghurufan, gambar dangarisan hendaklah seimbang pada keseluruhannya. Ini dapat menarik perhatian

    pengguna atau pelajar.

    Prinsip Rekabentuk Grafik dalam Persembahan Pengajaran.

    o Kesederhanaan - Seboleh mungkin cuba elakkan memasukkan terlalu

    banyak fakta ke dalam satu ruangan skrin persembahan. Fakta yang sedikit

    menyejukkan mata yang memandang dan juga membolehkan penumpuandiberikan dengan lebih berkesan terhadap isi persembahan kita.

    o Keseimbangan

    Secara amnya, manusia selalunya cenderung kepada mengekalkan

    keseimbangan dalam hidup samada dari segi keseimbangan dunia

    dan akhirat atau keseimbangan antara harta dan kebahagiaan.Keseimbangan memberikan kesan dan maksud yang positif ke ataspemikiran manusia di mana individu akan memberi respon yang

    berbeza terhadap paparan imej yang sama dalam keadaan yang

    seimbang dan yang tidak seimbang. Selalunya, manusia akanmerasakan sesuatu yang tidak kena telah berlaku apabila paparan

    imej yang ditunjukkan berada dalam keadaan yang tidak seimbang.

    Konsep keseimbangan yang dimaksudkan oleh rekabentuk inimerujuk kepada pembahagian peratus tumpuan pandangan ke atas

    bahagian-bahagian di skrin persembahan. Peratus tumpuan

    pandangan ini selalunya melibatkan kebolehan elemen-elemenseperti grafik, teks dan video dalam menarik perhatian mata kasar

    manusia. Penentuaan nilai peratus tumpuan pandangan ke atas

    elemen-elemen yang ada di skrin selalunya ditentukan oleh keadaanpenampilan dan saiz elemen tersebut.

    Keadaan penampilan di sini merujuk kepada bentuk, warna,kecerahan warna dan jenis. Sebagai contoh, gambar foto berwarna

    kereta Proton Saga mempunyai nilai peratus tumpuan pandangannya

    yang lebih tinggi dari satu perenggan teks yang berwarna hitam danputih sahaja. Dengan lain perkataan, gambar foto berwarna dapat

    menarik perhatian mata kasar pengguna dengan lebih tinggi jikadibandingkan dengan satu perenggan teks yang berwarna hitam dan

    putih.

    Berikut merupakan panduan yang boleh digunakan untuk

    menentukan nilai peratus tumpuan pandangan sesuatu elemen:

    Lebih tumpuan Kurang tumpuan

    Created by Lu Cheng Soon 2

  • 8/2/2019 Modul 2 Prinsip Asas Grafik

    3/9

    Elemen bersaiz besar Bersaiz kecil

    Elemen berwarna gelap Berwarna cerah

    Elemen berwarna Hitam, putih dan kelabu

    Elemen berbentuk luar biasa Berbentuk biasa.

    Keseimbangan ditentukan berdasarkan keseimbangan nilai peratustumpuan pandangan terhadap elemen serta kedudukan mereka diskrin. Sebab itu, sekiranya satu skrin dibahagikan kepada 4

    bahagian yang sama besar, setiap bahagian mempunyai nilai peratus

    tumpuan pandangan yang sama dan seimbang. Keseimbangan bolehdicapai menerusi rekabentuk simetri dan tidak simetri.Keseimbangan yang simetri boleh dicapai menerusi penggunaan dua

    imej yang sama nilai peratus tumpuan pandangan dan saizdiletakkan pada kedudukan seperti illustrasi yang berikut.

    Keseimbangan tidak simetri pula boleh dicapai menerusi

    penyusunan elemen-elemen yang pelbagai saiz dan bentuk tidak

    seimbang seperti yang berikut.

    Secara amnya, keseimbangan simetri adalah static dan kelihatanformal atau rasmi. Dengan itu, rekabentuk keseimbangan ini sesuaidigunakan untuk persembahan yang membincangkan mengenai

    imej-imej korporat dan perniagaan yang sesuai untuk organisasi

    seperti bank dan syarikat insuran.

    Keseimbangan tidak simetri pula kelihatan dinamik dan

    menampilkan cirri-ciri tidak formal dan pelbagai rupa. Ia mungkin

    Created by Lu Cheng Soon 3

  • 8/2/2019 Modul 2 Prinsip Asas Grafik

    4/9

    lebih sesuai digunakan untuk persembahan yang mementingkan

    kepada pergerakan dan pencarian maklumat.

    Terdapat beberapa factor lain yang boleh dijadikan panduan dalam

    membantu kita untuk memastikan skrin persembahan kita berada

    dalam keseimbangan , iaitu:

    Gunakan bilangan elemen yang genap yang

    mempunyai nilai peratus tumpuan pandangan yang sama(simetri).

    Gunakan dua atau lebih elemen yang kecil darisegi nilai peratus tumpuan pandangan untuk

    menseimbangkan satu elemen yang besar dari segi nilai

    peratus (tidak simetri).

    Letakkan teks di dalam kotak atau gunakan latarbelakang skrin berwarna untuk menambahkan nilai

    peratus tumpuan pandangan ke atas teks.

    Pastikan imej-imej yang gelap dikelilingi oleh

    ruangan putih atau kotak berwarna putih untukmenampakkan kehadirannya.

    Keseimbangan elemen biasanya dipengaruhi oleh empat perkaraiaitu:

    Saiz Objek bersaiz besar dianggap lebih penting dariobjek yang kecil,

    Kedudukan Objek yang berada di atas skrin kelihatan

    lebih dominant dari objek yang berada di bawah skrin.

    Warna Warna dapat memperlihatkan kepentingan

    sesuatu objek. Contoh: warna merah menggambarkan

    kemarahan, kepanasan, bahaya atau berhenti bergerak.

    Ruangan Terlalu banyak objek yang disusun denganterlalu rapat akan menggambarkan kecelaruan dan

    kesibukan skrin manakala penggunaan ruangan kosong

    yang mencukupi akan menggambarkan kesempurnaan

    persembahan dari segi susun atur dan penampilan.

    o Kesatuan / Kesamaan.

    Konsep kesamaan merupakan konsep yang melibatkan proses

    menyatukan elemen-elemen antaramuka di skrin agar ianya

    Created by Lu Cheng Soon 4

  • 8/2/2019 Modul 2 Prinsip Asas Grafik

    5/9

    kelihatan serupa serta bekerjasama. Prinsip utama rekabentuk yang

    berdasarkan kesamaan ialah keselarasan warna, saiz, keseimbangan

    kedudukan imej, teks dan rekabentuk. Penggunaan elemen yangtidak selaras dari segi prinsip-prinsip konsep kesamaan akan

    menyebabkan pengguna terganggu dan merasa tidak selesa dengan

    paparan skrin persembahan.

    Konsep kesamaan akan dapat mengukuhkan penyampaian mesej

    dan maklumat yang ada di skrin (intrascreen unity). Ianya jugamembekalkan satu suasana yang konsistem sepanjang tajuk yang

    diajar (interscreen unity).

    o Ketegasan / Penekanan.

    Walaupun sememangnya disedari bahawa sesuatu bahan visual

    mampu menarik perhatian namun demikian ada kalanya konsep

    penegasan atau penekanan perlu juga diberi perhatian. Ini perluterutama sekiranya terdapat perbagai elemen di dalam sesebuah

    skrin. Penegasan atau penekanan perlu diberikan kepada elemen

    yang utama sahaja. Ini boleh dilakukan dengan pelbagai caramisalnya dari sudut saiz, warna, kedudukan dan sebagainya.

    o Konsisten.

    Skrin persembahan yang baik seharusnya konsisten dari segi:

    Penggunaan warna,

    Kedudukan elemen-elemen utama, Warna latar belakang,

    Kedudukan tajuk, isi pelajaran, arahan dan gambar,

    Format paparan skrin dan menu.

    Konsep konsisten ini perlu untuk membantu pengguna agar

    memberikan tumpuan dengan lebih lagi kepada isi pelajaran yangakan bertukar. Sekiranya warna teks dan kedudukan butang tidak

    konsisten, maka daya tumpuan pengguna ke atas isi pelajaran akan

    terganggu. Mereka terpaksa membahagikan daya tumpuan merekakepada tiga perkara iaitu isi pelajaran, warna dan kedudukan

    butang.

    o Rekabentuk Berdasarkan Isi Kandungan.

    Rekabentuk berdasarkan isi kandungan merupakan proses di mana

    penampilan persembahan mestilah menggambarkan / mencerminkan

    isi kandungan persembahan tersebut.

    Created by Lu Cheng Soon 5

  • 8/2/2019 Modul 2 Prinsip Asas Grafik

    6/9

    Contoh: Untuk merekabentuk persembahan bertajuk kejuruteraanmekanikal, gambar enjin boleh dijadikan sebagai latar belakang

    persembahan.

    Untuk merekabentuk perisian multimedia untuk kegunaan kanak-kanak, pemilihan warna yang cerah, penggunaan gambar kartun

    adalah amat sesuai.

    Pemilihan imej juga perlu diambilkira di sini. Pilihlah imej yang

    dapat menarik perhatian dan minat pengguna program multimedia

    yang kita bina. Imej yang dipilih juga perlulah berkaitan dengan isikandungan yang diperbincangkan.

    o Penggunaan grafik apabila perlu.

    Grafik selalunya membawa maksud atau maklumat lebih pantas danmudah untuk diingati jika dibandingkan dengan perkataan. Dengan

    sebab itu, penggunaan grafik perlulah dimaksimumkan setakat yang

    boleh. Grafik boleh merangkumi gambar, lakaran, diagram, rajahdan lain-lain lagi. Grafik sesuai digunakan untuk memperlihatkan

    kepada pengguna mengenai perkaitan antara benda, sebab musabab

    terjadinya sesuatu perkara, langkah-langkah melakukan sesuatukemahiran dan penghuraian sesuatu konsep yang kompleks dan

    abstrak.

    Walaupun grafik dapat menyampaikan maklumat dengan lebih

    pantas, ianya masih tidak boleh digunakan secara bersendirian.Ianya perlu dikembarkan dengan teks agar maksud sebenarnya dapatdifahami oleh pengguna.

    Contohnya, penggunaan grafik sebagai ikon di dalam sesebuah

    persembahan berkomputer masih memerlukan label dalam bentukteks agar pengguna dapat mengetahui fungsi ikon tersebut.

    Perlu diingat di sini, grafik bukanlah merupakan mediapenyampaian maklumat yang utama dalam sesuatu persembahan.

    Ianya merupakan media sampingan yang hanya digunakan untuk

    membantu pengguna untuk memahami sesuatu konsep dengan lebihmudah. Media yang utama masih teks.

    o Penampilan Semulajadi.

    Rekabentuk sesuatu bahan pengajaranpersembahan yang baik seharusnya kelihatan hidup secara

    semulajadi. Ia seharusnya boleh berfungsi dengan sendiri dan

    Created by Lu Cheng Soon 6

  • 8/2/2019 Modul 2 Prinsip Asas Grafik

    7/9

    kelihatan selesa untuk dipandang. Antaramuka sesebuah

    persembahan juga perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan

    kehendak pengguna. Ia tidak seharusnya memerlukan prosesadaptasi pengguna ke atasnya. Maksudnya, pengguna seharusnya

    tidak perlu bertindak utnuk menyesuaikan diri dengan kehendak

    persembahan.

    o Fleksibel.

    Rekabentuk sesuatu bahan pengajaranjuga yang baik seharusnya mempunyai cirri fleksibeliti yagn tinggi.

    Maksudnya, antaramuka tersebut sepatutnya direka untuk memenuhi

    keperluan pengguna yang pelbagai personality (dari kumpulan yangsama umur). Seperti yang dikatakan oleh Howard Gardner menerusi

    konsep multiple intelligences bahawa terdapat 7 cara (yang

    dilabelkan sebagai kepintaran) bagaimana manusia memahami

    sesuatu perkara iaitu:

    Verbal,

    Logik dan matematik,

    Visual,

    Body-Kinesthetic,

    Muzik,

    Interpersonal,

    Intrapersonal.

    Secara ringkasnya, Gardner menyatakan , lain

    individu mempunyai kepintaran yagn berbeza dalam mempelajari

    sesuaut konsep. Ada individu yang boleh belajar dengan baikmenerusi teks / verbal sahaja dan ada juga yang hanya menerusi

    imej / visual / grafik sahaja. Dengan itu adalah sesuai sekiranya

    sesuatu pengajaran mengambilkira kepelbagaian kepintaran manusiaini agar pengajaran yang dirancang dapat memenuhi sebilangan

    besar pelajar.

    Warna.

    Warna di dalam sesuatu media pengajaran memainkan peranan yang penting. Bagi

    kalangan pelajar yang berumur rendah, warna menarik minat mereka danmenggalakkan pembelajaran. Pengajaran yang melibatkan keadaan semula jadi

    seperti warna darah dan perubahan-perubahan warna yang terdapat pada asid dalam

    ujikaji kimia akan lebih jelas kalau mengandungi warna. Jika sekadarmenunjukkan langkah pembedahan kata, arnab atau lipas, warna pada media itu

    tidak menjadi berapa penting.

    Created by Lu Cheng Soon 7

  • 8/2/2019 Modul 2 Prinsip Asas Grafik

    8/9

  • 8/2/2019 Modul 2 Prinsip Asas Grafik

    9/9

    garis, teks, kawasan, rekabentuk garis, teks, kawasan,

    rekabentuk

    Merah Kuning, putih, hitam Magenta, sian, biru, hijau

    Jingga Merah, biru, hitam Kuning, putih atau putih,

    sian

    Hijau Hitam, biru, merah Sian, nagenta, kuningBiru Putih, kuning, sian Hijau, hitam

    Sian Biru, hitam, merah Hijau, kuning, putih

    Magenta Hitam, putih, kuning, biru Hiajau, merah, sian

    Hitam Putih, kuning Biru, merah, magenta

    Putih Biru, hitam, merah Kuning, sian.

    Penghurufan.

    Dalam menghasilkan bahan pengajaran seperti carta, poster, graf dan sebagainya,beberapa perkara perlu diutamakan iaitu bentuk, jenis dan saiz penghurufan.

    o Bentuk Huruf - Bentuk huruf yang berbunga-bunga adalah tidak sesuai

    untuk digunakan. Saiz juga harus dititikberatkan supaya tidak terlalu kecil.

    Huruf yang digunakan hendaklah dapat dibaca oleh semua orang dalamsesebuah bilik darjah.

    o Saiz Huruf Bagi tujuan pameran, saiz huruf hendaklah digunakan

    mengikut panduan berikut:

    Jarak untuk dilihat Saiz huruf

    8 kaki 16 kaki

    32 kaki 1

    64 kaki 2

    o Jarak antara huruf dengan huruf lain

    Jarakkan huruf secara optikal,

    Jarakkan huruf secara mekanikal,

    Jarak antara baris hendaklah jangan melebihi tinggi huruf yang

    digunakan.

    Created by Lu Cheng Soon 9