modul 3106

download modul 3106

of 101

Transcript of modul 3106

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

MODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2009

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2009 Bahagian Pendidikan Guru Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia

modul 3106.doc

Sulit

modul 3106.doc

Sulit

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Pertama 2009 Kementerian Pelajaran MalaysiaHak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

modul 3106.doc

Sulit

KandunganFalsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata Alu-aluan Panduan Pembelajaran Pengenalan Agihan Tajuk

Muka surati i ii iii v vii 1 1 1 1 2 2 2 2 3 - 15 16 17

Tajuk 1

Kelim

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep 1 Definisi kelim 1.2 Kegunaan Kelim 1.3 Pemilihan Kelim 1.4 Peraturan am menjahit kelim 1.5 Jenis-jenis kelim Aktiviti Bibliografi

Tajuk 2

Belah

1819 19 19 20 20 20 20 21 26 30 - 32 32 33

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep 2.1 Definisi Belah 2.2 Jenis-jenis Belah 2.3 Fungsi Belah 2.4 Pemilihan belah 2.5 Belah Kelepet Sama lebar 2.6 Belah Berzip 2.7 Belah Berkun Aktiviti Bibliogrfi

Tajuk 3

Kancing

34 34 34 3435 35 35 36 36 - 41 41

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep3.1 3.2 3.3 3,4 3.5 Tujuan menjahit kancing Jenis-jenis kancing Cara-cara memimih Kancing Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menjahit kancing Butang Aktiviti Bibliografi

42

modul 3106.doc

Sulit

Tajuk 4

Penghilangan Gelambung

4343 44 44 44 45 45 45-56 56 57

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep 4.1 Definisi Penghilangan Gelembung 4.2 Tujuan menghilangkan gelembung 4.3 Jenis-jenis Penghilangan gelembung 4.4 Jenis-jenis penghilangan gelembung Aktiviti Bibliografi

Tajuk 5

Lengan Padanan Rata

58

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep 5.1 Definisi Lengan 5.2 Fungsi Lengan 5.3 Langkah-langkah menjahit lengan padanan rata 5.4 Cara-cara mengemaskan lubang lengan Aktiviti Bibliografi

58 59 59 60 60 60 63-64 64 65

Tajuk 6

Penyudah Tepi

6666 66 66 68 68 68-77 78-79 80

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep 6.1 Definisi Penyudah tepi 6.2 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit penyudah tepi 6.3 Jenis-jenis penyudah tepi Aktiviti Bibliografi

Tajuk 7 Garis LeherSinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep 7.1 Definisi Kolar Lurus 7.2 Kegunaan Kolar 7.3 Ciri-ciri Kolar lurus 7.4 Perkara-perkara yang dipertimbangkan semasa menjahit kolar lurus 7.5 Langkah-langkah menjahit kolar lurus Aktiviti Bibliografi

8181 81 81 82 82 82 82 83- 89 90 91

modul 3106.doc

Sulit

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

modul 3106.doc

Sulit

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

modul 3106.doc

Sulit

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIANPengenalan : Modul ini memberi penekanan kepada tajuk-tajuk dalam Kursus RBT 3106 Reka bentuk pakaian. Ia meliputi tajuk-tajuk, Kelim, Belah, Kancing, Penghilangan Gelembung, Lengan padanan rata, Penyudah tepi dan Garis leher.

Rangka Isi Pelajaran:

Modul ini terbahagi kepada Tujuh;

Tajuk 1: Tajuk 2: Tajuk 3: Tajuk 4: Tajuk 5: Tajuk 6 : Tajuk 7 :

Kelim Belah Kancing Penghilangan Gelembung Lengan Padanan Rata Penyudah Tepi Garis leher.

modul 3106.doc

Sulit

Tajuk 1: Menjelaskan definisi kelim, pemilihan kelim, kegunaan kelim, peraturan am menjahit kelim, jenis-jenis kelim dan peraturan menjahit setiap jenis kelim.

Tajuk 2:. Membincangkan tujuan membuat belah pada pakaian mengenai fungsi belah, faktor pemilihan belah, jenis- jenis belah dan cara menjahit belah.

Tajuk 3: Menjelaskan tujuan kancing dijahit pada pakaian,jenis-jenis kancing, cara-cara memilih kancing,perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit kancing, dan cara-cara menjahit butang lubang dua atau empat dan cangkuk dan mata/palang

Tajuk 4: Menjelaskan definisi penghilangan gelembung, tujuan dan jenis-jenis penghilangan gelembung seperti kedut lepas, lisu beriring, lisu terbalik, lisu bertentang dan lisu pemadan.

Tajuk 5: Membincangkan tentang lengan padanan rata, bagaimana menyediakan lengan, cara meyudahkan hujung lengan, mencantum lengan pada hujung baju dan cara cara mengemaskan kelim di lubang lengan.

Tajuk 6 : Menjelaskan tentang definisi penyudah tepi, mengenalpasti pemilihan penyudah tepi, jenis-jenis penyudah tepi, cara menyesuaikan jenis penyudah tepi dan cara menjahit. .

Tajuk 7 : Menjelaskan salah satu dari pengemasan yang dibuat pada garis leher iaitu kolar lurus.

modul 3106.doc

Sulit

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)

Minggu/ Tarikh M1 M2

Topik/Tajuk 1. Pengenalan 2. Kajian Fabrik (Teori) 1. Kajian fabrik (Amali) 2. Seni reka pakaian dan mereka cipta stail pakaian (Teori) 1. Seni reka pakaian 2. Seni reka pakaian dan mereka cipta stail pakaian (Teori) 1. Proses jahitan (Teori) 1. Penyediaan sample proses jahitan (Amali) 1. Proses jahitan 2. Penyediaan sample proses jahitan (Amali) 1. Proses jahitan 2. Penyediaan sample proses jahitan (Amali) 1. Proses jahitan 2. Membuat pakaian (Amali) 1. Proses jahitan 2. Membuat pakaian (Amali) 1. Mereka cipta stail pakaian 2. Membuat pakaian (Amali) 1. Rekod Kerja 2. Membuat pakaian (Amali) 1. Membuat pakaian (Teori) 2. Membuat pakaian (Amali) 1. Membuat pakaian (Teori) 2. Pengajaran mikro 1. Penerapan unsur pedagogi 2. Pengajaran mikro 1. Penerapan unsur pedagogi 2. Pengajaran mikro JUMLAH

Jam Interaksi (Seminggu) 4 4

Catatan

M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M 10 M 11 M 12 M 13 M 14 M 15

4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4

60 jam

modul 3106.doc

Sulit

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)

Minggu/ Tarikh M1 M2

Topik/Tajuk 1. Pengenalan 2. Kajian Fabrik (Teori) 1. Kajian fabrik (Amali) 2. Seni reka pakaian dan mereka cipta stail pakaian (Teori) 1. Seni reka pakaian (Teori) 2. Seni reka pakaian dan mereka cipta stail pakaian (Teori) 2. Proses jahitan (Teori). Kelim, Belah, Penyudah Tepi dan kancing. 1.Penyediaan sample proses jahitan (Amali). Menjahit Kelim, Belah,Penyudah Tepi dan Kancing 1.Proses jahitan Penghilangan Gelembung(Teori) 2.Penyediaan sample Penghilangan Gelembung (Amali) 1. Proses jahitan Lengan dan Garis Leher(kolar lurus) 2.Penyediaan sample jahitan Lengan dan Garis (kolar lurus) Amali) 1. Merekacipta stail pakaian 2. Rekod Kerja 1. Proses jahitan 2. Membuat pakaian (Amali) 1. Mereka cipta stail pakaian 2. Membuat pakaian (Amali) 1. Rekod Kerja 2. Membuat pakaian (Amali) Rujuk Modul 1. Membuat pakaian (Teori) 2. Membuat pakaian (Amali) Rujuk Modul 1. Membuat pakaian (Teori) 2. Pengajaran mikro Rujuk Modul 1. Penerapan unsur pedagogi 2. Pengajaran mikro 1. Penerapan unsur pedagogi 2. Pengajaran mikro JUMLAH

Modul

Teori dan Amali 4 4

Jumlah 4

4

M3 M4 M5

4 2 2 2 2

4 4 4

M6

2

2

4

M7

2

2

4

M8 M9 M 10 M 11 M 12 M 13 M 14 M 15

1 1 1 2 1 1

3 3 3 4 2 4 2 4

4 4 4 4 4 4 4

15 jam

45 jam

60 jam

modul 3106.doc

Sulit

Huruf-huruf Ringkas Pada Pola cm mm S.L S.D G.P G.T.H Sentimeter Millimeter Sebelah Luar Sebelah Dalam Garisan Pemadan Garisan Tengah Hadapan. (satu garisan di pertengahan pada sehelai pakaian iaitu pada hadapan skirt atau baju) Garisan Tengah Belakang (satu garisan ini menentukan kedudukan pertengahan pada sehelai pakaian, pada belakang skirt atau baju) Lipatan Tengah Hadapan (satu garisan yang menentukan kedudukan pertengahan pada sehelai pakaian iaitu pada bahagian hadapan baju atau skirt. Garisan ini hendaklah diletakkan pada lipatan kain supaya mendapat sekeping pakaian yang besar tanpa sambungannya pada G.T.H) Garisan Lipatan Lipatan Tengah Belakang

G.T.B

L.T.H

G.L L.T.B

Simbol-simbol pada dasar pola Tanda Pola Ira lurus Nama

Garisan Pemadan Tanda Imbangan atau notch Tanda lipatan

Lisu Pemadan

modul 3106.doc

Sulit

TAJUK 1

KELIM

SINOPSIS Menjelaskan definisi kelim, pemilihan kelim, kegunaan kelim, peraturan am menjahit kelim, jenis-jenis kelim dan peraturan menjahit setiap jenis kelim. Hasil Pembelajaran Diakhir tajuk ini, pelajar dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menyatakan maksud Kelim Mengenalpasti pemilihan kelim. Menyenaraikan peraturan am menjahit kelim. Mengenalpasti jenis-jenis kelim. Menyenaraikan kebaikan dan keburukan setiap kelim. Mengenalpasti cara-cara menjahit setiap jenis kelim

Kerangka Konsep Tajuk 1 Definisi Kelim

Kegunaan Kelim Pemilihan Kelim

Peraturan Am untuk menjahit Kelim

Jenis-jenis Kelim - Kelim belah kangkung - Kelim betawi - Kelim papan mesin - Kelim papan tangan - Kelim lipat tindih

Cara-cara menjahit kelim

modul 3106.doc

Sulit

1.1

Definisi Kelim Kelim ialah cara menyambungkan/mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia juga digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian.

1.2

Kegunaan Kelim 1.2 1 1.2.2 1.2.3 1.2 4 Untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik. Untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik Untuk memberi bentuk pada pakaian supaya lebih padan Untuk perhiasan.

1.3

Pemilihan Kelim Pemilihan Kelim yang dibuat bergantung kepada: 1.3.1 Jenis fabrik - Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan Kelim Betawi. 1.3.2 Jenis pakaian - Pakaian yang kerap dipakai dan selalu didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh.Contohnya pakaian kanan-kanak. Selain daripada itu kelim papan mesin sesuai untuk jean tetapi tidak seduai untuk gaun fabrik kapas. 1.3.3 Gaya dan kedudukan kelim Sesuaikan jenis kelim dengan kedudukan kelim pada pakaian. Contohnya Kelim Betawi sesuai dijahit pada rusuk skirt atau blaus yang lurus tetapi tidak sesuai dan sukar untuk dijahit pada kelim yang melengkung.

Kelim yang rata hendaklah dijahit pada pakaian dalam dan kelim yang lebih teguh, hendaklah dijahit pada pakaian yang selalu di dobi.

1.4

Peraturan Am untuk menjahit Kelim.Pilih kelim yang sesuai untuk pakaian yang hendak dijahit supaya ia

1.4.1tahan

lasak. 1.4.2 Sebaik-baiknya gunakan hanya satu jenis kelim pada seluruh pakaian yang dijahit. 1.4.3 Basi kelim mestilah sama lebar dan cukup di seluruh pakaian semasa memotong fabrik mengikut jenis pakaian dan jenis fabrik yang digunakannya. 1.4.4 Kelim hendaklah dijahit dengan baik dan tepat pada garis pemadan untuk menjaga bentuk dan rupa yang elok.modul 3106.doc Sulit

1.4.4 Tegangan jahitan mesin mestilah betul untuk mengelakkan kelim daripada berkedut. 1.4.5 Kelim hendaklah ditekan dengan baik supaya kelihatan kemas di sebelah luar dan dalam pakaian. 1.4.6 Ia mestilah rata supaya mudah didobi dan kukuh supaya tahan lasak 1.4.8 Lebar kelim mestilah sekata disepanjang pakaian 1.4.9 Gunting (snip) semua kelim yang berbentuk melengkung sebelum ia ditekan buka. 1.4.10 Kemaskan kelim selepas dijahit dan susupkan semua benang.

Latihan 1.1 1.1.1. Berikan Definisi Kelim 1.1.2. Senaraikan kegunaan Kelim

1.5 Jenis-jenis Kelim1.5.1 Kelim belah kangkung 1.5.2 Kelim betawi. Kelim yang dijahit pada sebelah dalam (S.D) dan tidak kelihatan pada sebelah luar (S.L)

1.5.3 Kelim papan mesin. 1.5.4 Kelim papan tangan 1.5.5 Kelim lipat tindih. Kelim yang dijahit pada sebelah Luar (S.L) dan jahitannya boleh dilihat pada sebelah luar (S.L)

Kelim betawi

Kelim belah Kangkung

Jenis-Jenis Kelim

Kelim papan mesin Kelim papan tangan

Kelim lipat tindih

modul 3106.doc

Sulit

1.5.1 Kelim belah kangkung: Kelim ini rata dan tidak tebal. Ia dijahit dengan satu baris jahitan di sebelah dalam (S.D) pakaian/fabrik. Kelim belah kangkung ini mudah dibuat dan ia sesuai untuk semua jenis pakaian dan fabrik. Apabila kelim ini dibuka dan ditekan dengan seterika ia tidak boleh nampak di sebelah luar. Lebar siap kelim ini ialah di antara 2 cm hingga 2.5 cm. Kelim belah kangkung ini boleh dikemaskan dengan beberapa cara seperti Jahit lilit ubi, jahit lilit kemas, jahit insang pari, jahit mesin, jahit zig-zag, menggunakan kedua-dua tepi kain, menggunakan kun dan menggunakan gunting pucuk rebung/zig-zag

1.5.1.1 Proses menjahit Kelim belah kangkung Langkah 1 Temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan Semat dengan peniti dan jelujur Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan pemadan.

Peniti

Rajah 1. 1Proses menjahit Kelim belah kangkung

Langkah 2Cabut benang jelujur Susup benang jahit mesin yang lebih Kemaskan tepi kelim (contoh jahit mesin/insang pari). Buka kelim dan tekan dengan seterika di sepanjang kelim di sebelah dalam dan luar kelim.

modul 3106.doc

Sulit

Kemaskan tepi kelim

Kelim di tekan buka

Susup benang jahit mesin Jahit mesin

Rajah 1.2 Proses menjahit Kelim belah kangkung

Lebar siapkbk Buka Kelim dan tekan dengan seterika 1.5 cm2.5

cm

Rajah 1.3 Proses menjahit Kelim belah kangkung

modul 3106.doc

Sulit

1.5.1.2 Proses mengemas Kelim belah kangkung

(a) Jahit Insang pari (b) Jahit mesin (c) Menggunting tepinya dengan bentuk pucuk rebung

(d) Menggunakan pita serung/kun

Rajah 1.4 Mengemas kelim belah kangkung

- Tujuan mengemaskan tepi kelim belah kangkung ialah untuk mengelakkan tepi fabrik daripada berbulu. - Kelim Belah Kangkung yang melengkung hendaklah di gunting supaya kelim rata dan bahagian yang digunting dikemaskan dengan jahit insang pari untuk mengelakkan tepinya berbulu.

1.5.1.3

Kebaikan dan kelemahan Kelim belah kangkung Bil 1Sifatnya Kelim yang paling Ia rata mudah dijahit dan mudah di dobi. Ia terdiri daripada sebaris jahitan pada sebelah dalam pakaian Lebar siap Kelim belah kangkung 2 cm hingga 2.5 cm Kebaikan Kelemahan Kelim mestilah ditekan setiap kali selepas didobi

2

Jahitannya tidak Tidak begitu kukuh kelihatan di sebelah kerana mempunyai luar pakain sebaris jahitan sahaja. Kelim belah kangkung tidak tebal oleh itu ia sesuai untuk kain yang tebal Kelim belah kangkung tidak sesuai untuk kain yang jarang kerana kelim boleh dilihat pada sebelah luar pakaian.Sulit

3

modul 3106.doc

Latihan 1.2 1. Namakan lima jenis pengemasan yang dibuat pada kelim belahkelim belah kangkung 2. Berikan dua kebaikan dan dua kelemahan kelim belah kangkung

1.5.2 Kelim betawi. Kelim betawi ialah kelim yang tidak nampak nyata dan ia juga dikenali sebagai kelim dalam kelim. Kelim ini terdiri daripada dua baris mata jahitan. Lebarnya kelim betawi yang telah siap ialah 6 mm atau kurang daripada 6 mm bagi fabrik yang nipis dan halus. Kelim betawi ini bergelembung. Ia sesuai bagi kebanyakan kain terutama kain yang berbulu. Kelim betawi ini teguh dan dikemaskan sendiri kerana tepi-tepi kelepet yang tidak berjahit itu adalah terkandung di dalamnya.

1.5.2.1

Proses menjahit kelim betawi

Langkah 1 Temukan S.D fabrik itu bersama-sama dengan garis pemadannya supaya sepadan. Semat dan jelujur 6 mm atas garis pemadan. Cabut peniti Jelujur

Garisan pemadan peniti 6 mm

Rajah 1.5 Proses menjahit kelim betawi Langkah 2 Jahit mesin sejauh 6 mm daripada garisan pemadan Gunting basi kelim sehingga lebarnya 3 mm Jahitan mesin kira-kira 4 mm dari garisan pemadan pada basi jahitan. Gunting basi jahitan hingga tinggal 3 mm dari jahitan mesin.

modul 3106.doc

Sulit

Jahit mesin

Gunting basi kelim 3 mm 6 mm

Rajah 1.6 Proses menjahit kelim betawi

Langkah 3Terbalikkan kelim ke SD. Temukan S.L fabrik, semat dan jelujur. Cabut peniti dan jahit mesin di garisan pemadan.

6mm/kurang Garisan Pemadan Jahit mesin

S.D. fabrik Proses menjahit Rajah 1.7 Kelim betawi Langkah 4 Susup benang jahitan mesin Tekan kelim ke bahagian belakang pakaian. Susup benang jahitan mesin SD Tekan kelim ke bahagian belakang Bahagian belakang S.L Bahagian hadapan benang Jahit mesin

Rajah 1.8 Proses menjahit kelim betawi

modul 3106.doc

Sulit

1.5.2.2

Kebaikan dan kelemahan kelim betawiBil 1 Sifatnya Terdiri daripada dua baris mata jahitan dan dikenali kelim dalam kelim Lebar siap kelim betawi 6 mm atau kurang bagi fabrik yang halus Kebaikan Kelemahan

Teguh, Mudah didobi Kelim ini agak tebal dan dan tahan lasak tidak sesuai bagi fabrik yang tebal Ia terkemas dengan Kelim terdiri daripada sendiri beberapa lipatan dan oleh itu mangambil masa yang lama untuk mengeringkannya

2

3

Sesuai bagi Jahitannya tidak Sukar untuk diubah kebanyakan fabrik kelihatan pada atau dipinda kerana terutamanya bagi sebelah luar pakaian. basi kelim sangat kecil fabrik yang berbulu

Kesilapan yang mungkin berlaku semasa menjahit kelim betawi - Tepi kelim berbulu atau benang fabrik kelihatan pada sebelah luar Tepi kelim beralur pada sebelah dalam Fabrik tertarik atau berkedut pada bahagian belakang kelim

1.5.3

Kelim papan Mesin

Kelim papan mesin ialah kelim yang dijahit dua kali. Ia kukuh kerana dijahit dengan dua garisan jahit mesin. Kelim papan mesin boleh disudahkan atau dikemaskan di kedua-dua belah iaitu sebelah dalam atau sebelah luar Jika ia dibuat di sebelah luar fabrik, akan terdapat dua barisan jahitan mesin di sebelah luar, tetapi kalau dibuat di sebelah dalam fabrik, akan terdapat satu barisan jahitan mesin sahaja di sebelah luar. Kelim papan mesin mudah didobi dan sesuai dijahit pada skirt, blaus, kemeja, jeans, seluar, seluar pendek dan pijama.

1.5.3.1

Proses menjahit Kelim papan mesin

Langkah 1- Temukan S.D kedua-dua bahagian sebelah dalam fabrik semat dan jelujur - Cabut peniti dan jahit mesin mesin di garis pemadan. - Cabut benang jelujur dan susup benang jahit mesin yang lebih.

modul 3106.doc

Sulit

peniti

Jelujur SL SD

Rajah 1. 9 Proses menjahit Kelim papan mesin

Langkah 2Buka dan tekan kelim supaya rata. Gunting basi kelim bahagian belakang hingga tinggal kira-kira 5mm 6 mm. Gunting basi kelim bahagian hadapan hingga tinggal kira-kira 10 mm 2 mm/1.2 cm

gunting 10 12 mm 5- 6 mm

Bahagian belakang Bahagian hadapan

SL

Rajah 1. 10 Proses menjahit Kelim papan mesin

Langkah 3 - Lipatkan basi kelim bahagian hadapan membalut basi kelim bahagian belakang.modul 3106.doc Sulit

-

Semat dan jelujur jika perlu. Jahit mesin ditepi lipatan kelim supaya selari dengan baris jahitan mesin yang pertama.

Benang jahit mesinlebar lipatan 6mm/ kurang bergantung kepada jenis fabrik

Bahagian belakangLipat basi kelim SL hadapan membalut basi kelim belakang kurang bergantung kepada jenis fabrik

Rajah 1. 11 Proses menjahit Kelim papan mesin

1.5.3.2 Bil 1

Kebaikan dan kelemahan kelim papan mesinSifatnya Mempunyai dua baris jahitan Kebaikan Kelemahan Kukuh dan tahan lasak Ia agak tebal dan kerana dibuat dengan lambat kering dua baris jahitan Rata,mudah didobi dan kemas kerana semua tepi fabrik terkemas di dalam Tidak sesuai bagi fabrik yang jarang kerana basi kelim boleh dilihat di sebelah luar fabrik.

2

Boleh dijahit pada sebelah luar dan sebelah dalam pakaian. - Jika dijahit di S.L fabrik akan terdapat dua baris jahitan di S.L. Jika dibuat di SD fabrik akan terdapat satu baris jahitan di S.L.

3

Lebar kelim yang telah siap ialah Kemas kerana semua Susah diubah sebab 6 mm. tepi fabrik terkemas di basi kelim sangat dalam sempit

1.5.4 Kelim papan tanganKelim papan tangan lebih halus buatannya daripada kelim papan mesin. Ia digunakan untuk kain yang nipis dan lembut seperti kain sutera. Biasanya kelim papan tangan ini digunakan pada pakaian bayi dan baju kurung johor.

modul 3106.doc

Sulit

1.5.4.1 Proses menjahit kelim papan tangan Langkah-langkah menjahit Kelim papan tangan - Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik berhadapan, semat, jelujur kasar dan jahit mesin di atas garisan pemadan. cabut jahitan jelujur kasar. - Gunting basi kelim pada bahagian belakang sehingga 6 mm ( ) dan bahagian hadapan sehingga 1.2cm. - Lipat, semat dan jelujur basi kelim hadapan ke atas bahagian belakang. - Tekan kelim ke arah belakang baju - Jahit sembat tepi yang berlipat ke bahagian belakang pakaian. - Cabut jelujur kasar dan tekan kelim yang telah siap dengan kemas.

Jahit Sembat

Rajah 1. 11 Proses menjahit Kelim papan tangan

Kelim papan tangan biasanya dijahit pada baju kurung johor Kelim yang dibuat pada baju tersebut lebih kecil dari kelim papan tangan biasa. Lebar kelim biasanya berukuran kurang dari 3mm

1.5.4.2 Kebaikan dan kelemahan kelim papan tangan

Bil 1

Sifatnya Kebaikan Sama seperti kelim papan Rata kemas mesin tetapi ia dijahit pada mudah didobi sebelah dalam fabrik dengan jahitan tangan

Kelemahan dan Kelim ini tidak sesuai untuk kain yang tebal

2

Kelim papan tangan sempit, Ia terkemas sendiri rata dan kemas tetapi tidak sekukuh kelim papan mesin

Mengambil masa yang lama untuk menjahit dan jahitan sembat kelihatan disebalah luar pakaian.

modul 3106.doc

Sulit

1.5.5

Kelim lipat tindih Kelim lipat tindih atau kelim tampal ialah kelim yang biasa digunakan untuk menjahit bahagian dalam dan luar pakaian. Ia digunakan untuk stail dan perhiasan pada pakaian. Kelim ini dijahit di sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih yang lain. Kelim ini kukuh kerana ia dijahit melalui tiga lapisan fabrik. Selalunya kelim lipat tindih digunakan untuk melekat atau mencantumkan bahagian atau kepingan-kepingan baju dan skirt, skirt mendatang, bahu mendatang, ben-ben dan ropol-ropol. Kelim lipat tindih ini sesuai untuk baju kanak-kanak, pijama, blaus dan baju ibu mengandung.

3.5.5.1 Proses menjahit Kelim lipat tindih Langkah 1 Sediakan bahagian atas pakaian.Tandakan Garisan tengah hadapan(GTH) dengan jahitan jelujur pada bahagian atas pakaian atau bahu mendatang. Jahit jelujur di garisan pemadan.

-

Bahu mendatang Garisan Tengah Hadapan (GTH) S.D

Rajah 1.12 Proses menjahit Kelim lipat tindih

modul 3106.doc

Sulit

Langkah 2 Sediakan bahagian bawah pakaian atau skirt-

-

Tandakan garisan pemadan Kedutkan 3 mm ke atas garisan pemadan dan 3 mm ke bawah g. pemadan.

GP

----------------------------------------

kedut

-------------------------------------

Sebelah Luar

Garisan tengah

Rajah 1.13 Proses menjahit kelim lipat tindih

Langkah 3 Melekatkan bahagian atas pada bahagian bawah pakaianLetak bahu mendatang di atas bahagian bawah Temukan garisan tengan atas dengan garisan tengah bawah Temukan garisan pemadan bahu mendatang dengan garisan pemadan bahagian bawah pakaian Jelujur dan jahit mesin dan cabut benang jelujur.

Bahu mendatang

S.LJelujur dan Jahit mesin

Garisan tengah

Bahagian Bawah

Garisan tengah

Sebelah Rajah 1 14 Proses menjahit kelim lipat tindih

modul 3106.doc

Sulit

Langkah 4 Mengemas Kelim lipat tindih Cara 1 Gunting basi kelim hingga tinggal 6 mm dan kemaskan dengan jahitan insang pari.

Sebelah dalam

Jahit insang pari

6 mm Bahu mendatang Sebelah dalam

Rajah 1. 15 Proses menjahit Kelim lipat tindih

_____________________________________ Cara 2 Gunting basi kelim dari bahagian bawah pakaian hingga tinggal kurang dari 6 mm Gunting basi kelim bahu mendatang hingga tinggal 1.5 mm 1.9 mm Bahagian rata membalut bahagian yang berkedut atau buat balutan sendiri. Jelujur dan jahit sembat pada tiap-tiap mata jahitan mesin. Tanggalkan benang jelujur.

sebelah dalam Bahu mendatang6.mm

Jelujur sembat

dan

pada tiap- tiap mata Sebelah dalam Bahagian Bawah jahitan mesin

Rajah 1. 16 Proses mengemas Kelim lipat tindih

modul 3106.doc

Sulit

1.5.5.2 Bil 1

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KELIM LIPAT TINDIHSifatnya Kebaikan Kelemahan Kelim ini tidak sesuai pada fabrik yang tebal kerana terdiri daripada satu bahagian yang bergelembung dan kelim ini dijahit melalui tiga lapisan fabrik

Selalunya Kelim lipat Kukuh kerana dijahit tindih ini digunakan untuk menerusi tiga lapisan mencantum satu fabrik bahagian pakaian yang rata pada bahagian pakaian yang bergelembung.

2

Ia juga dikenali sebagai Kelim ini rata kelim tampal mudah didobi

dan Tidak sesuai pada fabrik yang jarang kerana basi kelimnya kelihatan di sebelah luar pakaian

3

Jahitannya dibuat pada Sangat sesuai untuk sebelah luar pakaian mencantum bahagian yang melengkung, cekung atau pada bentuk yang susah dijahit dengan kelimkelim yang lain

modul 3106.doc

Sulit

UJIAN 11. Kelim belah kangkung paling sesuai untuk ................. A. Kemeja sutera B. Skirt daripada kain kapas C. Blaus daripada kain rayon D. Baju tidur daripada kain nailon Pakaian yang kerap didobi hendaklah mempunyai kelim yang ................ A. kemas dan nipis B. sekata dan tebal C. kukuh dan tebal D. kukuh dan tahan lasak Kelim papan mesin kukuh kerana........................ A. Ia mengemaskan basi kelim sendiri B. ia mempunyai dua baris jahitan mesin C. Ia mudah didobi dan mudah dikeringkan D. basi kelim menghadap ke arah belakang pakaian Kelim betawi mempunyai ............lapisan fabrik A. dua B. tiga C empat D lima Kelim lipat tindih boleh digunakan pada bahagian-bahagian pakaian kecuali ............................ A, Ikatan pinggang B. lubang lengan C. garis bahu mandatang D. garis pinggang mendatang

2.

3.

4.

5.

Ujian 2 1. 2. 3. 4. 5.

Apakah kegunaan kelim? Apakah peraturan am yang perlu anda ikuti untuk menjahit kelim? Berikan bagaimana kamu menyedia dan menjahit kelim betawi? Bincangkan bagaimana kelim papan mesin dan kelim papan tangan dibuat. Senarai kebaikan dan kelemahan kelim-kelim dibawah.:Kelim Kelim belah Kangkung 1 2 Kelim papan Mesin , 2 Kebaikan 1 2 1 2 Kelemahan

modul 3106.doc

Sulit

TAJUK

2

BELAH

Belah lapik kain Belah selari Slit Berlapik Belah Slit Berlapik

Belah lapik kain selari

modul 3106.doc

Sulit

SINOPSIS Belah di buat pada pakaian bertujuan untuk memudahkan seseorang memakai dan menanggalkan pakaian. Dalam tajuk belah akan dijelaskan mengenai fungsi belah, faktor pemilihan belah, jenis- jenis belah dan cara menjahit belah. Hasil Pembelajaran Diakhir tajuk ini, pelajar dapat: 6. 7. 8. 9. 10. 11. ini. Menyatakan definisi dan fungsi belah Mengenalpasti pemilihan belah. Mengenalpasti jenis-jenis belah. Mengenalpasti cara-cara menjahit setiap jenis belah Membezakan belah kelepet sama lebar, belah berzip dan belah berkun Memahami dan berkebolehan membuat belah-belah yang terdapat dalam tajuk

Kerangka Konsep Tajuk 2

Belah

Definisi Belah

Jenis-jenis belah menjahit belah

Fungsi Belah

Pilihan Belah

Cara

modul 3106.doc

Sulit

2.1 Definisi Belah Belah ialah satu proses jahitan yang terdapat di pakaian dan artikel untuk memudahkan dipakai atau ditanggalkan. Belah boleh dibuat di garis leher, di pinggang, di rusuk dan di lengan mengikut fesyen sesuatu pakaian itu.Panjangnya mestilah sesuai dengan tujuan belah dibuat. 2.2 Jenia-jenis Belah 2,2.1 Belah kelepet sama lebar 2.2.2 Belah slit berlapik 2.2.3 Belah lapik kain selari 2.2.4 Belah berkun 2.2.5 Belah berplaket 2.2.6 Belah berzip

2.3 Fungsi Belah 2.3.1 pengguna 2.3.2 2.3.3 2.4 menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pemakai dan memudahkan pergerakan dan mengekalkan ciri traditional menjadi perhiasan

Pilihan belah bergantung kepada: 2.4.1 Jenis pakaian yang hendak dibuat misalnya kemeja atau seluar 2.4.2 Jenis fabrik mempengruhi pemilihan belah pada pakaian. Semua jenis belah sesuai pada fabrik sederhana dan tebal. Pada fabrik nipis, pemilihan belahnya adalah terhad. 2.4.3 Kedudukan belah Garis tengah hadapan atau garis tengah belakang blaus dan skirt Garis tengah hadapan atau di rusuk kiri skirt atau slek Bahagian belakang pergelangan lengan atau kelim lengan Hujung seluar, chongsam dan samfoo

2.4.4 sebagai fesyen

Fesyen pakaian di mampelbagai jenis belah yang digunakan pakaian

- Belah berplaket- Baju Melayu Cekak Musang.- Belah slit berlapik- Baju Melayu Teluk Belanga, Baju Kurung modul 3106.doc Sulit

- Belah hadapan sembunyi kancing- Baju Takwa

2.5

Belah Kelepet sama lebar

2.5.1. Belah kelepet sama lebar adalah mudah dibuat dan sangat kukuh. 2.5.2 Kain untuk belah diambil daripada pakaian itu sendiri dan dilipatkan ke SD pada garis lipatan. 2.5.3 Ia boleh dibuat sepanjang seluruh belakang atau hadapan pakaian. 2.5.4. Ia digunakan pada blaus, kemeja, kot, pakaian kanak-kanak, pijama, sarung kusyen dan sarung bantal. 2.5.5. Pengancing yang digunakan adalah butang dan rumah butang atau butang katup, butang dan gelungan atau pita. 2.5.1 Langkah-langkah cara menjahit belah kelepet sama lebar CARA 1 Langkah 1 Tandakan GTH dan GL di fabrik Lebar antara GTH dan GL ialah 1.5cm hingga 2.5 cm Lebar lapik belah ialah 3 cm hingga 4 cm Lebar lipatan pertama 3 mm

S .L G H T G L3 cm 4 cm

1.5 cm 2,5 cm

ruang butang

3 mm

Rajah 2.1 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

Lipat 3 mm dan jahit mesin di sepanjangnya atau jahit tepimodul 3106.doc Sulit

(edging) Atau gunakan tepi fabrik .

Langkah 2 Lipat pada bahagian GL ke S.L pakaian dan semat dengan jarum peniti. Jelujur, cabut peniti dan tekan dengan seterika.

Rajah 2.3 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

Langkah 3. Jahit dengan jahitan mesin dari lipatan hingga ke GTH. Snip basi jahitan seperti dalam gambarajah

Rajah 2.4 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

modul 3106.doc

Sulit

Langkah 4 -. Balikkan lapik ke S.D. pakaian.

Ruang butang di g Leher setelah di balikan ke SL

Balikkan lapik ke SD pakaian Rajah 2.5 Proses menjahit belah kelepet sama lebar CARA 2 Langkah 1 . Tandakan GTH dan GL pakaian.(sama seperti Rajah 1 Cara 1)

SL G T H 1.5 cm - 2,5 cm Ruang butang 3 mm G L 3cm 4 cm

Rajah 2.6 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

modul 3106.doc

Sulit

Langkah 2 - Lipat GL ke SD dan semat dengan jarum peniti - Jahit dengan jahitan mesin pada kiri dan kanan kelepet supaya jarak antara keduanya adalah 3 cm.

Rajah 2.7 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

CARA 3 Langkah 1 Tandakan garisan tengah hadapan dan garisan lipatan baju

Lapik G G Bahagian Hadapan L T Baju H

Rajah 2.8 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

Langkah 2 Kemaskan tepi lapik dengan jahitan mesin/jahit tepi/menggunakan tepi kain saja

modul 3106.doc

Sulit

Kelim Bahu SD

GTH

jelujur d j mesin

GTH

Garisan lipatan Badan Hadapan

Rajah 2.9 Proses menjahit belah kelepet sama lebar Langkah 3 - Lipat lapik ke SL mengikut garisan lipatan - Jelujur dan j. mesin di garis leher - Gunting basi lipatan dan snipkan sepanjang lengkung leher

GTB

Snip

G. lipatan

GTH Kelepet belah

Rajah 2.10 Proses menjahit belah kelepet sama lebar Langkah 3 modul 3106.doc

Balikkan lapik ke SD pakaian Tetapkan lapik pada pakaian dengan silang pangkah berkumpulSulit

Kelim Bahu j. sembat Silang pangkah berkumpul

Rajah 2.11 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

2.6

Belah Berzip Sejenis pengacing belah Belah berzip senang dipasang, tidak kelihatan di sebelah luar dan tahan lama Zip senang dikancingkan, terdapat pelbagai warna, panjang dan berat fabriknya. - Selalunya zip digunakan pada blaus, gaun, skirt, seluar dan artikel rumahtangga seperti sarung bantal, sarung kusyen ,beg dan lain-lain lagi.

2.6.1 Cara-cara memilih zip 2.6.1 Pilih zip yang sesuai untuk pakaian yang hendak dijahit. - Zip yang dibuat daripada nilon adalah lebih sesuai untuk fabrik-fabrik nipis kerana ia ringan dan tidak tebal. - Zip yang dibuat daripada logam bergigi kasar dan tidak sesuai untuk kainkain tebal atau kain kelengkapan rumahtangga yang berat. 2.6.2 Beli zip yang bermutu dan warnanya padan dengan kain. 2.6.3 Periksa zip untuk menentukan bahawa ia boleh dibuka dan ditutup dengan senang, dan perhentiannya adalah kukuh dan kuat. 2.6.4 Gunakan zip yang cukup panjang untuk belah yang hendak dibuat. 17.5 cm 20 cm ( 7 8 inci ) untuk skirt, seluar dan sarung. 23 cm 30 cm ( 9 12 inci ) untuk belah rusuk. 45 cm 55 cm ( 16 20 inci ) untuk belah di tengah hadapan atau - belakang gaun, jaket dan dirusuk baju chongsam, sepatu, sampul kusyen. 2.6.2 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memasang zip

modul 3106.doc

Sulit

2.6.2.1 Pastikan lebar belah adalah cukup besar, iaitu lebih daripada 1.2 cm hingga 2 cm 2.6.2.2 Mesinkan zip dengan penekan zip dan susupkan hujung benang untuk mengukuhkannya. 2.6.2.3 Bahagian atas zip hendaklah terletak: - Pada garisan pemadan untuk ikatan pinggang skirt atau seluar. -1.2 cm daripada garis pemadan untuk belah di leher belakang pakaian. Hujung atas belah selalunya akan dijahitkan dengan butang cangkuk dan matanya. 2.6.2.4 Pita zip hendaklah dikekalkan pada basi kelim dengan jahit silang pangkah tompok/berkumpul supaya ia tidak tersangkut pada gigi zip. 2.6.2 5 Kukuhkan pangkal belah berzip dengan jahit ulat-ulat.

Langkah-langkah memasang zip Langkah 1 Tandakan GTB di S.D. pakaian. Sematkan dengan peniti untuk menanda pangkal belah. Sediakan pita zip yang sesuai dengan pakaian atau artikel yang hendak dijahit Panjang belah ialah panjang zip + 0.6 cm. Jahit mesin hingga ke pangkal belah. Tekan buka kelim. Pita Zip

Perhentian Zip Penarik zip zip Gigi zip Penolak

Perhentian pangkal zip

Rajah 2.12 Proses menjahit zip

- Kemaskan bahagian bawah pita zip dengan Insang pari - Rapatkan dengan jahit lilit ubi modul 3106.doc Sulit

Jahit insang

Jahit lilit ubi

Langkah 2 Menjahit zip pada belah dengan cara tersembunyi. Sematkan pita zip ke bahagian kanan belah di sebelah dalam belah.Tentukan penahan hujung zip terletak 7mm di bawah garis pemadan sementara penahan pangkal zip terletak di pangkal belah.

Rajah 2.13 Proses menjahit zip

Langkah 3

-

Jelujur di atas lipatan di bahagian kanan zip tanpa menutupi zip itu. Jahit jelujur - Sematkan pita zip ke bahagian kiri belah. - Pastikan bahagian ini menutup semua gigi zip. 7mm di bawah - Bahagian kiri tepi lipatan belah hendaklah - G.P bertindih 2mm- 3mm tepi lipatan di sebelah kanan. - Jelujur bahagian kiri zip

SL Kiri

Rajah menjahit zip

2.14

Proses

modul 3106.doc

Sulit

Langkah 4

-

Rajah 2.15 Proses menjahit zip

-

Tutup zip dan jahit zip menggunakan tapak zip dari bahagian hujung belah kiri hingga ke pangkal belah kemudian melintang ke kanan dan terus ke bahagian atas di sebelah kanan. Cabut atau tanggalkan jelujur. Tetapkan kedudukan pita zip di kiri kelim di sebelah dalam pakaian. Kukuhkan pangkal belah dengan jahitan ulat-ulat.

6 mm

hujung

g.p benangjelujur pengkah tegak berku pul

hujung j. mesins jahit ulat-ulat

disusupj. sil;ang

Basi kelim

jahit insang pari SL pakaian SD pakaian

modul 3106.doc

Sulit

Rajah 2.15 Proses memasang zip yang telah siap

2.7

Belah Berkun tebal. Belah berkun sesuai untuk fabrik nipis dan halus dan fabrik sederhana Biasanya belah ini digunakan pada belahan seperti dileher blaus, gaun, pergelangan tangan, pakaian kanak-kanak dan pakaian dalam.

Langkah-langkah menjahit belah berkun Langkah 1 Tandakan kedudukan belah pada pakaian/GTH Ukur panjang belah yang dikehendaki Tandakan pangkal belah Gunting mengikut panjang belah

GP Panjang belah Ira fabrik SL

Rajah 2.16 Prosesmenjahit belah berkun Langkah 2 Sediakan pita serong pita Rujuk Langkah-langkah menyediakan jalur serong tepat dalam topik 6 atau gunakan serong dagangan yang boleh didapati di kedai-kedai Panjang pita serung = 2 x panjang belah + basi jahitan ( 1 cm 1.5 cm )

-

- lebar pita serung = 2 x lebar siap lapik + 2 basi jahitan - Lipat ke dua tepi ke tengah dan tekan dengan seterika

modul 3106.doc

Sulit

Langkah 3 Temukan SL pakaian dengan SL jalur serong Temukan tepi belah dengan tepi jalur serong Jelujur dan jahit mesin 6mm dari tepi belah. (jika perlu jahit mesin sekali lagi pada pangkal belah).Cabut benang jelujur. Pangkal belah Jahit mesin SL jalur serung

Pakaian SD

Rajah 2.17 Prosesmenjahit belah berkun

Langkah 4 Halakan jalur serung ke atas dari SL pakaian dan tekan Lipat tepi lapik 2 mm dari GP ke SD dengan lipatannya bertemu dengan jahit mesin di sebelah dalam seperti rajah (a). Jelujur di sepanjang lipatan Tetapkan jelur serong dengan jahit sembat seperti rajah (b).Lalukan jahitan sembat di bawah jahitan mesin.

Jalur serung

SD

Jalur serung

SD Jahit sembat

Pakaian

SD

Rajah (a)

Rajah (b)

Rajah 2.18 Proses menjahit belah berkun

Langkah 5

modul 3106.doc

Sulit

-

Pada sebelah dalam kukuhkan pangkal belah dengan mesin atau kia tirus ke bawah seperti rajah ( c) Tekan dengan cermat Jika perlu Jahit ulat-ulat di SL pakaian seperti rajah (d) untuk mengukukuhkan pangkal belah.

SL SD SL pakaian Jahit mesin atau kia Rajah ( c ) Rajah ( d ) Rajah 2.19 Prosesmenjahit belah berkun - lebar belah berkun yang siap dijahit biasanya selebar 5 6 mm - Belah berkun biasanya di buat di :jahit ulat-ulat

bahagian belakang baju kanak-kanak

di leher baju wanita

1. Nyatakan tiga fungsi belah pada pakaian. 2. Terangkan dengan ringkas dan lukiskan gambarajah langkah-langkah membuat belah berzip 3. Berikan empat perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit/memasang zip pada pakaian. 4. Apakah tujuan menjahit ulat-ulat di pangkal belah berkun?

modul 3106.doc

Sulit

Tajuk 3

kancing

sinopsisMenjelaskan tujuan kancing dijahit pada pakaian,jenis-jenis kancing, cara-cara memilih kancing,perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit kancing, dan cara-cara menjahit butang lubang dua atau empat dan cangkuk dan mata/palang Hasil Pembelajaran Diakhir tajuk ini, pelajar dapat: 12. 13. 14. 15. 16. Menyatakan tujuan kancing dibuat pada pakaian atau artikel Menbezakan jenis-jenis kancing Mengetahui cara-cara memilih kancing Mengetahui perkara-perka yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit kancing. mengenalpasti cara-cara menjahit Butang lubang butang dua atau empat, butang katup dan cangkuk dan palang mata.

Kerangka Konsep Tajuk 3

Tujuan menjahit kancing

Jenis-jenis kancing

Cara-cara memilih kancing

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit kancing Kelim

Cara-cara menjahit- Butang lubang butang dua/empat - Cangkuk dan palang/mata

3.1

Tujuan menjahit kancing Kancing dijahit pada pakaian ialah untuk:mengancingkan belah. sebagai perhiasan.

-

modul 3106.doc

Sulit

Kancing biasanya dilekatkan pada lipat tindih atas dan lipat tndih bawah belah. Cara-cara melekatkan kancing pada pakaian bergantung kepada jenis kancing yang dipilih. 3.2 Jenis-jenis kancing Terdapat dua jenis kancing yang utama: 3.2.1 Jenis kancing yang tersembunyi Butang katup Butang cangkuk dan matanya Butang cangkuk dan rumah Butang cangkuk dan rumah cangkuk bersirat. 3.2.2 Jenis kancing yang nampak Butang dan rumah butang. Butang dan rumah butang bersirat atau gelungan. Pita dan simpul hias. Reben dan bow zip (sila rujuk bab36:belah pakaian.) Gancu 3.3 Cara-cara memilih kancing. Pilihan kancing bergantung kepada: 3.3.1 Jenis kain yang digunakan - .Kain yang halus mestilah dijahit dengan kancing yang lebih halus untuk mencegah berat kancing daripada mengoyakkan kain. 3.3.2 Jenis pakaian dan stail pakaian yang dijahit - .Pakaian kanak-kanak biasanya tidak menggunakan kancing logam untuk mengelakkan calar pada kulit kanakkanak yang lembut. 3.3.2 Jenis belah dan kedudukan kancing .Kancing zip adalah lebih sesuai bagi belah yang bertempat di kelim rusuk skrit daripada yang dijahit pada belah kelepet sama lebar di hadapan pakaian.

3.4 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menjehit kancing 3.4.1 Kancing hendaklah dijahit dengan kukuh supaya tidak cepat tercabut.

modul 3106.doc

Sulit

3.4.2 kancing 3.4.3

Kancing hendaklah mencukupi dan terletak sama jaraknya di antara satu dengan yang lain supaya belah ditutup dengan baik dan tidak ternganga. Kancing hendaklah dijahit betul-betul bertentangan di antara satu sama lain dan elakkan daripada menjahit kancing terlalu ketat pada pakaian untuk mengelakkan: - belah pakaian daripada berkedut. - belah pakaian itu tidak tertutup rapat. pakaian kelihatan tidak kemas. Jenis dan saiz butang mestilah sesuai dengan rumahnya dan gaya supaya pakaian kelihatan lebih elok. Kancing logam tidak sesuai untuk pakaian kanak-kanak,baju tidur dan dalam. Jenis kancing yang hendak dijahitkan pada pakaian mestilah ditentukan jenis belah untuk pakaian itu dipilih.

3.4.4 pakaian 3.4.5 pakaian 3.4.6 semasa

3.5.1 Butang lubang butang dua/empat Butang boleh didapati dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk. ii. Butang diperbuat daripada plastik, logam ,tulang, kayu dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa jenis butang iaitu butang berlubang dua, butang empat dan butang bertangkai i.

berlubang

Butang lubang dua

Butang lubang empat

Butang bertangkai Butang bertangkai

Lubang butang pada pakaian wanita biasanya dijahit di sebelah kanan belahan pakaian.

modul 3106.doc

Sulit

3.5.2 Butang dan lubang butang Butang dan lubang hanya dijahit selepas belah pakaian itu siap atau apabila pakaian itu siap. Dijahit di atas dua lapisan fabrik Kancing ini teguh ,kemas dan tahan lasak jika dijahit dengan baik. Ia digunakan pada semua jenis pakaian dan kain kelengkapan rumahtangga. Butang dijahit selepas lubang butang telah siap kerana kedudukannya boleh diubah-ubahkan supaya sesuai dengan rumah butangnya. Terdapat dua jenis lubang butang iaitu lubang butang berjahit dan lubang butang berkun Lubang butang boleh dijahitkan melintang atau menegak

3.5.3 Perkara-perkara yang harus diingatkan apabila menjahit lubang butang. Lubang butang selalu dijahit pada 2 lapisan fabrik. Jika lubang butang mesti dijahit pada selapis kain ,kukuhkan sebelah dalamnya dengan sehelai kain pengukuh ,pita atau reben. Semua mata jahitan hendaklah sama panjang dan sesuai dengan jenis kain yang digunakan iaitu mata jahitan yang kecil dan halus pada kain yang nipis. Berlatihlah menjahit jahitan lubang butang sebelum menjahit pada pakaian sebenar. Selalu menjahit dari bahagian bawah pakaian menghala ke atas. Gunting lubang butang satu per satu dan sudahkan satu lubang dahulu sebelum menebuk lubang yang lain untuk mengelakkan tepinya daripada berbulu. 3.5.4 Langkah-langkah menjahit lubang butang

Langkah 1 Menanda kedudukan lubang butang dengan peniti

Tepi belah GTH

Langkah 2 -

butang

Ukuran lubang butang ukuran garispusat butang+ 3mm(1/8 inci ) Semat dan jelunjurkan lebar lubang butang dengan jelunjur halus pada kedua-dua belah lubang butang

modul 3106.doc

Sulit

Langkah 3 Gunting lubang butang mengikut urat benang .Lubang butang boleh digunting dengan : Sepasang gunting kecil yang tajam

Langkah 4 Mulakan menjahit dari hujung segiempat dengan menyusupkan jarum di antara 2 lapisan kain. Masukkan jarum di hujung lubang dan keluarkan dari sebelah dalam kain garisan jelunjur halus.Jarum hendaklah tegak dan menghala ke arah penjahit. Tarikkan kedua-dua benag dari mata jarum ke kiri dan lilitkan ke bawah jarum. Tarik benang ke atas sehingga simpul terjadi.

Langkah 5 Jahit lubang butang di sepanjang tepi lubang hingga ke hujung bulat. Pada hujung yang bulat , jahitkan 7 atau 9 mata jahitan lilit kemas.

Langkah 6 Pusingkan kain supaya sebelah lubang Yang belum dijahit terletak berdekatan dengan penjahit. Jahit lubang butang pada sebelah ini hingga ke hujung segiempat.

-

Langkah 7 Apabila lubang butang yang terakhir sudah dijahit di hujung segiempat ,masukkan jarum ke kaki jahitan pertama dan keluar pada kaki jahitan yang akhir. Jahit 2 atau 3 jahit lilit kemas di tempat yang sama di hujung segiempat.Sulit

-

modul 3106.doc

Langkah 8 Jahit sebaris jahitan lubang butang pada hujung segiempat. Susupkan jarum di antara lapisan kain dan gunting benang di sebelah dalam baju.

Lubang butang melintang yang telah siap

Rajah 3.1 Rajah 3.8

Rajah 3.9 Contoh-contoh jahitan butang empat lubang . 3.5.5 Langkah-langkah menjahit butang berlubang dua

Langkah 1

modul 3106.doc

Sulit

-

Mulakan jahitan dengan jahitan kia pada butang. Masukkan jarum melalui satu daripada lubang butang

Langkah 2 Letakan jarum melalui satu daripada lubang pada butang. Masukkan jarum pada lubang butang kedua menembusi belakang fabrik. Ulang jahitan/teruskan sehingga kukuh.

-

Langkah 3 Tanggalkan jarum peniti. Keluarkan jarum di antara fabrik dan butang Lilitkan benang di keliling tangkai yang berbentuk Keluarkan jarum ke belakang fabrik Matikan jahitan dengan jahitan kia. Butang berlubang dua Butang yang mempunyai dua lubang untuk dijahit pada pakaian Di perbuat dari plastik atau besi.

-

-

Butang bertangkai Mulakan dengan jahit kia pada tempat butang Terus menjahitkan butang pada fabrik melalui lubang butang sebanyak 3 atau 4 kali. Sudahkan di sebelah dalam dengan jahit ulat-ulat. Ukuran lubang butang untuk butang bertangkai = lebar butang bertangkai + 6mm.

-

Rajah 3.10 Rajah 3.15 3.5.6 Langkah-langkah menjahit cangkuk dan palang

Langkah 1 Mulakan dengan jahitan kisSulit

modul 3106.doc

-

Jahit jahitan lilit kemas/jahitan lurus 4-5 kali Matikan dengan jahitan kia

Langkah 2 Mulakan jahitan dengan jahitan kia. Masukkan jarum pada satu daripada lubang pada palang. Jahit jahitan lilit kemas 4 5 kali Susup jarum ke lubang kedua pada palang. Teruskan proses menjahit sehingga siap Matikan jahitan dengan jahitan kia

Rajah 3.16 Rajah 3.17

Aktiviti 1. Apakah tujuan menjahit kancing pada pakaian 2. Berikan perbezaan antara kancing tersembunyi dan kancing nampak. Berikan dua contoh kancing setiap satu. 3. Dengan berpandukan gambarajah nyatakan langkah-langkah menjahit butang berlubang dua. 4. Nyatakan lima perkara yang harus diingat semasa menjahit lubang butang.

modul 3106.doc

Sulit

TAJUK

4

PENGHILANGAN GELEMBUNG

SINOPSIS Penghilangan Gelembung ialah proses mengecilkan atau memendekkan fabrik berlebihan supaya pakaian padan dengan si pemakai. Penghilangan Gelembung atau lisu digunakan untuk perhiasan, memberi bentuk pada pakaian, memadankan pakaian dan memudahkan seseorang bergerak. Dalam tajuk akan menjelaskan tentang definisi penghilangan gelembung, tujuan dan jenis-jenis penghilangan gelembung seperti kedut lepas, lisu beriring, lisu terbalik, lisu bertentang dan lisu pemadan.

Hasil Pembelajaran Diakhir tajuk ini, pelajar dapat:

modul 3106.doc

Sulit

17. 18. 19. 20. 21. 22.

Menyatakan definisi penghilangan gelembung dan fungsinya. Mengenalpasti dan membezakan jenis-jenis penghilangan gelembung Memahami ciri-ciri setiap penghilangan gelembung Mengenalpasti cara-cara menjahit setiap jenis penghilangan gelembung Menyediakan dengan sempurna contoh-contoh penghilangan gelembung Mengamalkan aspek keselamatan semasa melakukan kerja

Kerangka Konsep Tajuk 4

Penghilangan GelembungDefinisi Penghilangan Gelembung

Tujuan menghilangkan gelembung

Jenis-jenis Penghilangan Gelembung Kedut lepas, Lisu beriring, Lisu terbalik, lisu bertentang dan lisu pemadan

Langkah-langkah menjahit Penghilangan Gelembung. (Kedut lepas, Lisu beriring, Lisu terbalik, lisu bertentang dan lisu pemadan)

4.1 Definisi Penghilangan Gelembung

Penghilangan Gelembung ialah satu proses pengecilan sebahagian pakaian atau artikel untuk memberi bentuk, padanan yang elok serta keselesaan kepada pemakai. Penghilangan gelembung boleh juga digunakan sebagai hiasan

4.2 Tujuan menghilangkan gelembung Untuk memberi bentuk pada pakaian Memberi lebih ruang supaya si pemakai dapat bergerak dengan dengan mudah Supaya pakaian yang dipakai oleh si pemakai lebih elok pedannya. Membolehkan pakaian dipanjangkan dan diperbesarkan Sebagai perhiasan untuk memberikan rupa pakaian.

modul 3106.doc

Sulit

4.3

Jenis-jenis Penghilangan Gelembung Kedut Lepas Lisu beriring, , lisu terbalik lisu bertentang Lisu pemadan Kedut berjalur Lisu perhiasan Smoking

4.4 Jenis Penghilangan Gelembung4.4.1 Kedut Lepas

-

-

Rajah 4.1 Kedut lepas digunakan untuk mengawal atau mengimbangkan lebihan fabrik, memudahkan pergerakan dan sebagai perhiasan. Kedut lepas dihasilkan dengan cara menarik satu atau dua baris jahitan mesin longgar atau jelujur halus. Kedut lepas sesuai untuk fabrik lembut dan halus. Kedut lepas memerlukan fabrik dua atau tiga kali ganda daripada ukuran yang siap. Kedut lepas boleh dibuat di lengan yang disambung dengan kuf atau manset, di hujung lengan, di bahu mendatang, pinggang blaus, di garisan pinggang dan di punggung skirt

4.4.1.1 Ciri-ciri Kedut Lepas - Kedut dibahagikan sama rata keseluruhannya. - Lipatan kedut sama halus pada keseluruhannya. - Kedut lepas mengikut ira lurus bagi membolehkan fabrik tergantung dengan elok. 4.4.1.2 Langkah-langkah menjahit Kedut Lepas Langkah 1

modul 3106.doc

Sulit

-

Tandakan jarak di antara kedudukan kedut dengan notch.

- Tandakan garis pemadan (GP) dan garis tengah (GT) pada fabrik.

Rajah 4.2 Langkah 2

-

-

Laraskan pelaras jahitan mesin untuk mendapatkan mata jahitan kasar atau jahit jelujur halus. Jahit dua baris jahitan mesin dengan mata kia yang paling kasar dan jahit jelujur halus di atas dan di bawah garisan pemadan pada jarak yang sama iaitu 0.3cm.

Rajah 4.3 Langkah 3

-

-

Tarik benang bawah dari keduadua hujung sehingga mendapat ukuran kedut yang dikehendaki. Lilit benang pada jarum peniti mengikut bentuk 8. Ratakan kedut lepas

Rajah 4.4 Kedut lepas akan menampakan orang kurus menjadi gempal Apabila kain untuk kedut lepas sangat lebar, bahagikan kain kepada dua bahagian yang sama untuk mengelakkan benang kedut putus kerana ketegangan semasa mengedut Kata kedut atas hendaklah berpadanan dengan yang di bawah supaya menghasilkan kedut yang sekata. -

-

-

4.4.2 Lisu Beriring Lisu menggunakan tiga kali ganda lebar siapSulit

modul 3106.doc

-

Lisu Beriring dilipat mengarah ke satu hala yang sama, sama ada ke kiri atau kanan.

LISU BERIRING

Rajah 4.5 Langkah-langkah menjahit Lisu Beriring Langkah 1 - Tandakan kedudukan lisu pada fabrik Lisu mempunyai tiga bahagian iaitu lebar lisu, lipatan bawah lisu dan tapak lisu. yang ketiga-tiganya sama lebar.. Lebar lisu yang siap bergantung atas stail pakaian. Lisu mestilah rata

Rajah 4.6 Langkah 2 - lipatkan pada jahit tanda (a) dan letakkannya keatas tapak lisu. - Tekan dan pin. - Jelujur tegak di tengah-tengah lisu

modul 3106.doc

Sulit

Rajah 4.7 Langkah 3 - Lisu beriring boleh dibiarkan lepas atau dijahit tepinya. - Ada 4 cara menjahit tepi lisu. Jahit mesin di tepi lipatan Jahit mesin 6mm dari tepi lipatan Jahit mesin mengikut tepi lipatan dan tegak dengan lipatan Jahit mesin mengikut tepi lipatan dan tirus ke lipatan

Rajah 4.8

modul 3106.doc

Sulit

4.4.3 LISU TERBALIK - Lisu terbalik dibuat dengan melipatkan dua lisu berhadapan antara satu sama lain - Lipatan-lipatan lisu ini hendaklah bertemu di sebelah luar (SL) pakaian

Rajah 4.9

Langkah 1

-

Tandakan lisu pada fabrik dengan jahit tanda

Rajah 4.10 Langkah 2 Lipat kain sepanjang garisan 1. Semat dan jelujur di sepanjang lipatan dari atas ke arah kelepet

Rajah 4.11 Langkah 3modul 3106.doc Sulit

-

Bawa lipatan sepanjang garisan 1 selaras dengan garisan 3. Semat lisu-lisu pada tempatnya.

Rajah 4.12 Langkah 4 - Lipat sepanjang garisan 1 di sebelah kanan pula serta bawa lipatan selaras dengan garisan 3 supaya kedua-dua lisu itu berhadapan antara satu sama lain. - Semat lisu itu pada tempatnya. Jelujur lisu terbalik dengan menggunakan jelujur tegak.

Rajah 4.13 Cara-cara menyudahkan lisuLengkuk membulat Lengkuk besiku Lengkuk meruncing

4.4.4 LISU BERTENTANG

modul 3106.doc

Sulit

-

Lisu ini dibuat dengan melipatkan dua lisu beriring yang terletak membelakang di antara satu sama lain. Lipatan-lipatan lisu ini hendaklah bertemu di sebelah dalam (SD) pakaian

Rajah 4.14 Langkah 1

-

Tanda kedudukan lisu bertentang pada kain dengan jelujur tanda

Rajah 4.15 Langkah 2 - Lipat kain sepanjang garisan 1. Semat dan jelujur sepanjang lipatan dari atas ke arah kelepet

Rajah 4.16

Langkah 3 - Bawa lipatan sepanjang garisan 1 selaras dengan garisan 3. Semat lisu pada tempatnya.

modul 3106.doc

Sulit

Rajah 4.17 Langkah 4 - Lipat sepanjang garisan 1 di sebelah kanan pula sepanjang garisan 3 supaya keduadua lisu itu membelakang satu sama lain pada arah yang bertentangan. - Semat lisu di tempatnya. Jelujur lisu bertentang dan kemas dengan menggunakan jelujur tegak.

Rajah 4.18

4.4.5 LISU PEMADAN Lisu pemadam ialah sejenis penghilangan gelembung yang penting untuk memberi bentuk kepada pakaian dan memberi keselesaan. Jika dijahit dengan betul ianya tidak berapa kelihatan.Lisu dibentuk dengan menjahit dari bahagian yang lebar ke bahagian yang kecil, atau dari hujung yang tirus ke hujung yang tirus (jika dibuat di bahagian pinggang blaus) Lisu dibuat dibahagian pakaian ; - Lisu pemadan leher belakang (untuk menyesuaikan bentuk tengkuk) - Lisu pemadan bahu hadapan dan belakang (untuk menyesuaikan buah dada dan tulang bahu). - Lisu pemadan rusuk (untuk menyesuaikan buah dada) - Lisu pemadan siku pada lengan panjang atau lengan tiga suku panjang - Lisu pemadan skirt (untuk menyesuaikan punggung) - Lisu pemadan pinggang (ini boleh ditiruskan pada kedua-dua hujung untuk menyesuaikan buah dada dan punggung jika tiada cantuman dibuat pada pinggang).

modul 3106.doc

Sulit

Lisu pemadan

Rajah 4.19 Ciri Lisu Pemadan

-

Bentuknya runcing Lisu tidak bergulung Lisu ditekan rata Hujung Jahitan dikemaskan di bahagian yang tirus Tidak terdapat lubang di sebelah luar pakaian pada hujung yang tirus. Tidak ada alur disebelah luar.

Langkah-langkah menyediakan lisu pemadan (CEMBUNG)Langkah 1

Tandakan kedudukan lisu pemadan.

Rajah 4.20modul 3106.doc Sulit

Langkah 2Temukan sebelah luar (SD) fabrik dan sematkan di garis pemadan. Pastikan kedua-dua garis pemadan bertemu. Semat dengan peniti dan jelujur dan kemudian jahit mesin dari hujung lebar ke hujung runcing. Kemaskan hujung benang dengan menyusupkannya di antara mata jahitan benang pada empat mata jahitan mesin yang akhir

Rajah 4.21

modul 3106.doc

Sulit

Langkah 3 - Tekan lisu pemadan supaya rata. - Tekan lisu di bahu dan di pinggang arah ke garis tengah hadapan (GTH) atau garis tengah belakang (GTB) pakaian. Di lubang lengan dan rusuk, tekan hala ke bawah pakaian. Lisu pemadan pada fabrik tebal ditekan supaya terbahagi dua atau digunting tengah dan dikemaskan dengan jahitan insang pari.

I

Jahitan Insang pari Rajah 4.22

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN LISU PEMADAN (CEKUNG) Langkah 1

-

Tandakan kedudukan lisu pemadan

. Rajah 4.23

modul 3106.doc

Sulit

Langkah 2 Temukan sebelah luar (SL) fabrik dan sematkan di garis pemadan. Pastikan kedua-dua garisan pemadan bertemu. Semat dan jelujur

Rajah 4.24 Langkah 3 Mula jahit mesin di garisan pinggang ke satu hujung tirus. Tindih mata jahitan awal sepanjang dua cm di garisan pinggang dan mesin ke hujung yang satu lagi. Susup semua hujung benang.

Rajah 4.24 Langkah 4 Langkah 4 Snip di garisan pinggang sehingga 5mm dari garis jahitan untuk mengurangkan tegangan pada lisu bagi membolehkan lisu melengkung dengan rata. Kemas tepi yang disnip dengan jahitan insang pari. Tekan lisu menghala ke tengah pakaian

modul 3106.doc

Sulit

Rajah 4.25 Aktiviti 1. Apakah tujuan penghilangan gelembung dibuat pada pakaian atau artikel rata 2. Huraikan ciri kedut lepas di pakaian 3. Lukiskan tiga rajah pakaian atau artikel yang menunjukkan lisu beriring digunakan di berlainan kedudukan 4. Senaraikan kedudukan lisu pemadan di pakaian. Lukiskan rajah tiap-tiap lisu pemadan tersebut 5. Lukiskan perbezaan di antara lisu terbalik dengan lisu bertentang

modul 3106.doc

Sulit

TAJUK

5

LENGAN PADANAN RATA

Kembang payung Bishop Padanan rata Gelembung

Padanan rata Magyar

Raglan

Loceng

Kimono

Persegi Teterun

Sinopsis Lengan terbahagi kepada dua jenis iaitu lengan padanan atau yang dipasang ke pakaian dan lengan tambahan dari badan. Lengan padanan ialah seperti lengan padanan rata, lengan gelembung, lengan bishop dan lengan raglan.Lengan tambahan pula ialah seperti lengan magyar(lengan pendek) dan lengan kimono (tiga suku panjagn atau panjang kepegelangan tangan. Dalam tajuk ini akan hanya membincangkan mengenai lengan padanan rata. Bagaimana menyediakan lengan, cara meyudahkan hujung lengan, mencantum lengan pada hujung baju dan cara cara mengemaskan kelim di lubang lengan.

-

Lengan padanan sama dengan cantuman Lengan tambahan dengan tanpa cantuman

Hasil Pembelajaran

modul 3106.doc

Sulit

Diakhir tajuk ini, pelajar dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Definisi lengan Membezakan antara lengan padanan rata dengan jenis lengan yang lain Mengetahui bentuk pola lengan padanan rata Mengetahui cara melukis rajah lengan padanan rata Menggunting dan menanda fabrik dengan tepat Menjahit proses lengan padanan rata mengikut urutan yang betul Mengamalkan aspek keselamatan semasa melakukan kerja

Kerangka Konsep Tajuk 5

Lengan Padanan Rata

-

-

Definisi lengan Fungsi lengan

Langkah-langkah menjahit lengan

-

Cara-cara mengemaskan lubang lengan Cara-cara mengemaskan hujung lengan

modul 3106.doc

Sulit

5.1 Definisi Lengan Lengan ialah tambahan pakaian dari lubang lengan. Ia boleh jadi sepotong fabrik yang dicantumkan ke lubang lengan atau pun tambahan daripada badan. Lengan biasa yang dicantumkan dengan baik mempunyai ira lurus yang terletak di garis atas lengan.Hujung lengan boleh disiapkan dengan kelepet, lapik atau kun. 5.2 Fungsi Lengan Melindungi daripada cuaca panas dan sejuk Melindungi kecacatan di lengan Menambah keanggunan si pemakai jika sesuai dengan fesyen dan fabrik Mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian seperti baju kurung teluk belanga dan sari.

-

Ciri lengan padanan rata Garis tengah lengan bertemu dengan garis bahu Kelim lengan bertemu dengan kelim rusuk baju Basi kelim lubang lengan dikemaskan Cantuman lengan tidak berkedut Lengan yang baik akan bergantung dengan elok Kelim lubang lengan rata

5.3 Langkah-langkah Menjahit Lengan Padanan Rata Langkah 1 Sediakan lengan dan bahagian badan pakaian seperti mana dalam rajah 5.1

SD Tanda imbang belakang hadapan Tand imbang

SD

Rajah 5.1

modul 3106.doc

Sulit

Langkah 2 Jahit dua garisan longgar di kepala lengan dengan jarak 2 mm ke atas garisan pemadan atau baris pertama 3 mm di atas gp dan jahitan mesin longgar yang ke dua 3 mm di bawah gp. lihat rajah 5.2 Jahitan longgar

Rajah 5.2 Temukan garisan pemadan lengan SL fabrik berhadapan dan semat Jahit dengan jahitan mesin di garisan pamadan lengan Cabutkan jelujur dan tekan buka kelim Kemaskan hujung lengan dengan kelepat Jahit sembat susup atau mesin pada kelepet lengan.

Rajah 5.3

-Tepi-tepi lengan baju mencantumkan lengan ke lubang lengan.

hendaklah

disiapkan

dahulu

sebelum

modul 3106.doc

Sulit

Langkah 3 Proses mencatumkan lengan ke lubang lengan Tarik benang jahitan kasar di kedua-dua barisan jahitan untuk menyeratakan ukuran lengan dengan lubang lengan. Lekat lengan kanan ke lubang lengan kanan dengan SL bertemu.

Hadapan lengan

Hadapan Pakaian

Rajah 5.4 Langkah 4 Temukan garis pemadan, kelim lengan ke kelim rusuk badan, notch lengan hadapan ke notch lubang lengan badan hadapan, garis atas lengan ke kelim bahu badan dan notch lengan belakang ke notch lubang lengan badan belakang. Dengan peniti menegak ke lubang lengan, semat lengan ke lubang lengan dengan memadankan kedua-dua garis pemadannya. Jejulur pada garis pemadan Jahit mesin lengan ke lubang lengan pada garis pemadan dari SD lengan. Permulaan dan penghabisan jahit mesin kelim di lengan hendaklah bertindih atas.

-

Rajah 5.5

modul 3106.doc

Sulit

Jahit dengan jahitan mesin di GP lubang lengan. Mata jahitan mesin yang akhir menindih mata jahitan mesin yang awal 3 cm hingga 4 cm untuk mengukuhkan kelimTekan dan seterika kelim dari SD supaya rata.

5.4 Cara-cara mengemaskan lubang lengan. Kelim lubang lengan boleh dikemaskan dengan beberapa cara di antaranya adalah seperti berikut:-

J. Insang pari.

Balutansendiri

Jahit mesin

Bentuk pucuk rebung

modul 3106.doc

Sulit

5.5 Cara-cara mengemaskan hujung lengan. Hujung lengan boleh dikemaskan dengan beberapa cara di antaranya adalah seperti berikut:-

Kun

Lapik

Kaf

Ben

Aktiviti 2. Bentangkan hasil kerja lengan padanan rata dalam bentuk carta 3. Huraikan ciri-ciri lengan padanan rata yang baik 4. Apakah tujuan lengan dipasang pada pakaian.

modul 3106.doc

Sulit

TAJUK 6

PENYUDAH TEPI

SINOPSIS Penyudah tepi adalah salah satu proses jahitan. Ia dibuat untuk melindungi tepi fabrik daripada berjerumbai atau berjurai-jurai. Dalam tajuk penyudah tepi anda akan di jelaskan mengenai definisi penyudah tepi, mengenalpasti pemilihan penyudah tepi, jenis-jenis penyudah tepi, cara menyesuaikan jenis penyudah tepi dan cara menjahit. .

Hasil Pembelajaran23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. Menyatakan maksud Penyudah Tepi Mengenalpasti pemilihan Penyudah Tepi. Menyenaraikan jenis-jenis Penyudah Tepi. Mengenalpasti cara-cara menjahit Penyudah Tepi Membanding bezakan cara-cara menjahit Penyudah Tepi. Menyesuaikan jenis penyudah tepi dengan pakaian atau artikal yang hendak dijahit. Menjahit beberapa ciontoh penyudah tepi

Kerangka Konsep Tajuk 6PENYUDAH TEPI (Kelepet dan Kun)

Definisi Penyudah Tepi

Jenis-jenis Penyudah Tepi

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan Semasa menjahit Penyudah Tepi

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Kelepet penjuru Lapik Kun Renda Ikatan Pinggang Kasing jahitan Sulaman

Langkah-langkah menjahit Penyudah tepi kelepet dan kuni

modul 3106.doc

Sulit

lapik berbentuk kun

renda kun

kelepet

Kelepet

SD Jahit lilit ubi SL jahit lilit ubi

Sembat susup susup

kelepet tindih SD

sembat

Alas pinggan yang di Kemaskan dengan jahitan sulaman tebuk (cut work Embroidery) sebagai Penyudah tepi(perhiasan)

Chairback (alas belakang kerusi) Yang dikemaskan dengan jahitan sulaman sebagai penyudah tepi (perhiasan)

modul 3106.doc

Sulit

Jenis-jenis penyudah tepi

6.1

Definisi Penyudah tepi. Penyudah tepi adalah proses jahitan yang dibuat untuk melindungi, mengemas, mengukuh dan menghias tepi pakaian dan kelengkapan rumahtangga daripada berjerumbai atau berjurai-jurai. Pemilihan penyudah tepi bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, jenis pakaian dan stailnya dan jenis tepi yang dikemaskan.

6.2

Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menjahit penyudah tepi. 1. Penyudah tepi mestilah sesuai untuk tepi yang hendak dikemaskan. 2. Kukuh, tahan lasak , dijahit dengan baik kemas dan rata. 3. Lebarnya dan basinya mestilah sama dan tepi yang melengkung mestilah rata/licin. 4. Warna benang mesti sama dengan warna fabrik. 5. Warna benang untuk penyudah tepi sulaman mestilah sesuai dan cantik dijadikan perhiasan. 6.3 Jenis-jenis Penyudah Tepi. 6.3.1 Kelepet Kelepet ialah penyudah tepi yang dibuat pada bahagian bawah pakaian dan juga di tepi kelengkapan rumahtangga. Ia terdiri daripada dua lipatan. Kelepet digunakan untuk menyudahkan tepi yang lurus dan yang melengkung. Lebar dan kemasan kelepet berbeza mengikut jenis fabrik dan tujuan diadakan kelepet itu. Kelepet yang halus biasanya dibuat pada bahagian yang melengkung dan kelepet-kelepet yang lebar digunakan pada bahagian yang lurus. Kelepet boleh dikekalkan pada pakaian atau kain kelengkapan rumahtangga dengan jahitan mesin, jahit sembat susup atau jahit silang pangkah. 6.3.1.1 Proses menjahit kelepet lurus Langkah 1 Tandakan kedudukan kelepet dalam Langkah 2 Lipat lipatan pertama ke sebelah Selebar 6 mm 6mm 6mm 66mm 6mm 6 langkah 2

6

modul 3106.doc

Sulit

Rajah 6.1 dan 6.2 Proses menjahit Kelepet Lurus

Langkah 3 - Lipat lipatan kedua di garisan kelepet selebar 2 cm 6 1/2 cm - semat dan jelujur

Langkah 4 - Cabut peniti - Jahit sembat susup di sepanjang kelepet.

2 cm 6 cm

Rajah 6.3 dan 6.4 Proses menjahit Kelepet Lurus

Menetapkan kelepet pada pakaian Dengan jahit silang pangkah

Memetapkan kelepet pada pakaian dengan jahit sembat

Rajah 6.5 dan 6.6 Proes menjahit Kelepet Lurus

modul 3106.doc

Sulit

6.3.1.2 Proses menjahit kelepet melengkung (a) Kelepet Lisu (b) Kelepet Kedut Lepas (a) Kelepet Lisu Langkah 1 - Sediakan dan kemaskan kelim - Jelujur pada garisan pemadan Langkah 2 - Lipat fabrik pada g.pemadan - Tekan dan semat dengan peniti

Kelepet Skirt garisan pemadan

S.D

Jelujur pada lipatan kelepet Rajah 6.7 dan 6.8 Proses menjahit Kelepet Melengkung Langkah 3 - Lisukan fabrik yang lebih dan halakan ke kelim rusuk. - Semat dan jelujur pada lisu. Langkah 4 - Jahit sembat pada lisu - Lipat lipatan pertama dan tetapkan - kelepet pakaian dengan jahit sembat susup Kelepet melengkung

SD

Halakan Lisu ke kelim rusuk

S.Dsembat susup

Jahit jelujur pada lisu

Lisu disembat

Rajah 6.9 dan 6.10 Proses menjahit Kelepet Melengkung

modul 3106.doc

Sulit

(b) Kelepet Kedut Lepas Langkah 1 Sediakan saperti Langkah 1 (Kelepet Lisu ) Langkah 2 - Lipat 6 mm untuk lipatan pertama - Jahit mesin mata kia kasar di tekan. garisan lipatan pertama untuk membuat kedut halus. kedudukan - Tarik jahitan mesin longgar serta kedutkan dan padankan kelim supaya kelepet terletak rata pada pakaian. - Tetapkan kelepat dengan jahitan yang sesuai. Langkah 3 - Cantum garisan kelim. - Lipat pada garisan kelepet dan

S.D S..D

sembat susup Garis kelepet kelepet S.L Garis lipatan pertama Jahit mesin kasar Rajah 6.11 dan 6.12 Proses menjahit Kelpet Melengkung Jelujur

modul 3106.doc

Sulit

3.2 Penjuru Penjuru adalah salah satu daripada penyudah tepi. Ia dibuat untuk mengurangkan tebal fabrik pada basi lipatan kelepet. Penjuru boleh disudahkan dengan dua cara iaitu penjuru jahit tindih dan penjuru temu sudut atau kelongsong. Penjuru jahit tindih selalunya terdapat pada belah kelepet sama lebar blaus, kemeja dan jaket, langsir, kelengkapan rumahtangga yang mempunyai dua kelepet sama lebar atau tidak. Penjuru temu sudut atau kelongsong hanya dibuat pada penjuru yeng mempunyai kelepet yang sama lebar. Penjuru ini selalunya digunakan pada kelengkapan rumahtangga. 6.3.2.1 Proses menjahit penjuru Jahit tindih (a) Penjuru jahit tindih Langkah 2 - Buka penjuru yang telah ditekan dan gunting bahagian X 6 mm dari lipatan atas dan 6 mm dari peniti peniti

Langkah 1 - Lipat dan tekan supaya mendapat kesan garisan kelepet - Tandakan dengan peniti

6mm kelepet tindih atas S.L gunting bahagian X

S.L 6 mm

S.D

Buka penjuru yang telah ditekan dan Gunting bahagian X 6mm dari lipatan atas dan 6 mm dari peniti

Langkah 3 - lipat semula kelepet dan jahit jelujur ubi - Kemas kelepet dengan jahit sembat susup - Jahit sembat halus - Jahit lilit ubi kelepet tindih S.L kelepet S.L jahit lilit

S.D

modul 3106.doc

Sulit

Sembat susup

Rajah 6.13 Proses menjahit Penjuru Jahit Tindih (b) Penjuru Temusudut atau Kelongsong Langkah 1 - Tekan supaya mendapat kesan kelepet atau lipatan - tandakan dengan peniti 6 mm dari lipatan Langkah 2 - Lipat semula kelepet, kemudian jahit jelujur

S..L garisan lipatan S.D

Lebat lipatan/kelepet

. Langkah 3 - Jahit sembat, sembat susup atau sulam menyulam - Jahit lilit ubi Sembat susup Sebelah dalam

Sebelah luar lilit ubi

Rajah 6.14 Proses menjahit Penjuru Temu Sudut/Kelongsong

modul 3106.doc

Sulit

6.3.3 Jalur serong tepat Jalur serong tepat ialah sekeping fabrik yang digunting dengan menggunakan ira serong tepat. Lebarnya bergantung lebar penyudah tepi yang hendak dijahit.Rujuk rajah 6.15 6.3.3.1 Langkah-langkah menyediakan jalur serung tepat (rujuk rajah6.13) Lipat kain supaya benang longsin selari dengan benang pakan. Ukur dan tandakan lebar jalur serong dengan peniti kemudian guntingkan jalur serong. Untuk menyambungkan jalur serong tepat, gunting hujung jalur supaya Ked ua-dua tepinya mengikut ira lurus. Temukan S.L. jalur serong dengan hujungnya terkeluar 9 mm. Jelujur dan jahit mesin jalur serong. Tekan buka kelim jalur dan gunting hujung yang terkeluar.

peniti

Lipatan serung tepat

(a)

(b)

Tepi jalur mengikut ira lurus

hujung digunting

jahit mesin (c)

hujung terkeluar 9mm

kelim menyambung

Rajah 6.15 Jalur serong tepat

modul 3106.doc

Sulit

.3.3.2 Langkah-langkah Kun di tepi lurus (sebagai lapik) 1. 2. 3. Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan Tanggalkan benang benang jelujur dan gunting tepi hingga 6 mm Terbalikkan ke sebelah belakang.

Sebelah dalam

Mengemaskan lapik dengan sembat susup Sebelah luar

Rajah 6.16 Jalur serong tepat 6.3.3.3 Langkah-langkah menjahit lapik jalur serong tepat pada tepi

melengkung Langkah 1 Gunting jalur serong tepat mengikut panjang yang dikehendaki. Lebar jalur serong tepat ialah lebar lapik yang siap campur dengan dua basi lipatan yang selebar 6 mm ( inci ). Lebar lapik yang siap tidak boleh lebih daripada 2.5 cm (1 inci). Langkah 2 Sambungkan kedua-dua hujung lapik. Temukan S.L. pakaian dengan S.L. lapik, semat,jelujur dan jahit mesin di garis pemadan.modul 3106.doc Sulit

Gunting kain yang lebih daripada basi kelim lubang lengan dan snip di sepanjang tepi melengkung.

Langkah 3 Tekan buka kelim dan lipatkan lapik serong tepat ke sebelah dalam baju Jahit mesin lapik yang berdekatan dengan kelim lubang lengan. Tetapkan lapik ke baju dengan jahit sembat susup.

Langkah 1

Lubang lengan

;

jalur serung tepat

Lipat SL baju

SL baju Langkah 2

Basi kelim lubang lengan disnip S.D Lapik kelim baju

Garis pemadan Kelim jalur serung tepat ditemukan dengan kelim baju

Langkah 3

Kelim bahu baju

Jahit sembat susup Jahit mesin Kelim lapik

Kelim baju

modul 3106.doc

Sulit

Rajah 6.16 : Lapik jalur serong tepat pada tepi melengkung

6.3.4 Kun Kun ialah salah satu cara penyudah tepi yang menggunakan jalur serong tepat untuk membalut tepi kain.Penyudah tepi cara ini selalunya digunakan pada tepi-tepi pakaian yang lurus dan melengkung. Ia digunakan untuk menyudahkan tepi pakaian seperti di garis leher, hujung lengan, lubang lengan dan kelepet, Kun juga digunakan sebagai perhiasan,lubang butang berkun dan dijadikan gelungan fabrik.(rouleau) 6.3.4.1 Langkah-langkah Kun Sebagai balutan di tepi lurus

1. Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan 2. Gunting hingga 6 mm dari garisan jahit mesin 3. Snip di tepi hingga dekat garisan mesin. 4. Terbalikan ke sebelah dalam

modul 3106.doc

Sulit

Rajah 6.18 Kun di tepi lurus (sebagai balutan )

6.3.4.2

Langkah-langkah Kun Sebagai balutan di tepi Cembung dan di tepi Cekung

1. Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan 2. Gunting tepi hingga tinggal 6 mm 3. Terbalikkan ke sebelah dalam

Tepi Cembung

Tepi Cekung

Rajah 6.18 Kun di tepi cembung dan cekung (sebagai balutan ) UJIAN 1 1. Berapa banyak lipatan dibuat pada kelepet? A. B. C. D, 2. Satu Dua tiga empat

Jalur serung tepat dipotong .......... ganda daripada lebar kun yang siap A. 1 kaliSulit

modul 3106.doc

B. C. D

2 kali 3 kali 4 kali

3.

Gambarajah di bawah menunjukkan ........................

Rajah 2 A. B. C. D. Kelim Kelepet Penjuru lipat tindih Penjuru temu sudut

4.

Bagaimana kamu menghilangkan gelembung pada tepi yang melengkung? i. ii. iii. iv. A. B. C. D. Dengan menjahit sembat susup Dengan membuat lisu-lisu kecil Dengan menjahit lilit ubi atau insang pari. Dengan mengedutkan kelepet menggunakan jahit mesin. i dan ii ii dan iii i dan iii ii dan iv

5.

Penyudah tepi yang dijahit dengan baik mestilah................... A. B C. D. rata dan kemas sekata lebarnya kukuh dan kemas sekata lebarnya, kukuh dan kemas.

Ujian 2 1. 2. 3. 4. Apakah perbezaan Kelepet dengan Kun? Lukis gambarajah dan terangkan cara membuat di tepi cembung. Terangkan langkah-langkah untuk menjahit kelepet lurus pada pakaian. Dengan bantuan gambarajah huraikan bagaimanan hendak menggunting dan menyambung jalur serung tepat.Sulit

modul 3106.doc

Garis leher TAJUK 7 sinopsisGaris leher ialah sebahagian daripada pakaian yang dikemaskan dengan menggunakan lapik, kun, ropol, renda, kolar, lapik berbentuk dan sulaman. Tajuk ini akan menjelaskan salah satu dari pengemasan yang dibuat pada garis leher iaitu kolar lurus. Hasil Pembelajaran Diakhir tajuk ini, pelajar dapat: 30. 31. 32. 33. 34. Definisi kolar lurus Kegunaan kolar lurus Ciri-ciri kolar lurus Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyedia dan melekatkan kolar Memilih lapik dalam kolar yang betul Menjahit proses kolar lurus mengikut langkah-langkah urutan yang betul Mengamalkan aspek keselamatan semasa melakukan kerja

35. 36.

Kerangka Konsep Tajuk 7 GARIS LEHER KOLAR LURUS

Definisi kolar

Kegunaan kolar lurus

Ciri-ciri kolar lurus

Perkara yang dipertimbangkan semasa menjahit kolar lurus

Langkahlangkah menjahit kolar lurus

modul 3106.doc

Sulit

7.1 Definisi kolar lurus. Kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan kemudian dilekatkan pada garis leher. Kolar ini berbentuk lurus dan tegak pada bahagian belakang garis leher. Lebar kolar pada bahagian belakang adalah kira-kira setengah atau kurang daripada setengah lebar kolar. 7.2 Kegunaan Kolar - Untuk menyudahkan garis leher pada pakaian. - Memberi gaya atau stail pada pakaian - Sebagai perhiasan supaya pakaian kelihatan lebih menarik - Memberikan kepanasan kepada pakaian Ciri-ciri Kolar Lurus - Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabrik - Permukaan kolar rata - Kolar terletak rata dan kemas di garis leher - Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang - Kedua-dua hujung kolar sama lebar - Cantuman kelim kolar tidak beralur Perkara yang dipertimbangkan semasa menjahit kolar lurus - Potong kolar diatas dua lapis fabrik mengikut ira fabrik kain yang betul. - Tandakan semua garisan pola dan tanda imbangan dengan tepat dan jelas. - Jahit tepi garis leher dengan jahit mesin atau sebaris jelujur halus supaya garis leher itu tidak memberi. - Jahit kolar dengan betul di atas garis pemadan untuk menjaga bentuk yang baik. - Gunting kain yang berlebihan dan snip semua bahagian yang melengkung dan penjuru sebelum menterbalikkan kolar ke sebelah luar. - Ini mengurangkan ketebalan kolar dan membuatnya rata. - Gunakan lapik dalam jika perlu. - Tanda garis tengah belakang kolar adalah sebagai asas perimbangan. - Jahit jelujur halus pada tepi kolar dan jelujur tegak pada tengah kolar disebelah luar supaya kedua dua lapis kolar itu sama rata.

7.3

7.4

Rajah 7.1modul 3106.doc Sulit

7.5 Langkah-langkah menjahit kolar lurus CARA A

A. Menyediakan Kolar LurusLangkah 1 Temukan SL kolar dengan memadankan garis pemadan dan garis leher kolar. Semat, jelujur dan jahit mesin hujung kolar dari tepi berlipat hingga ke garis leher. Buka jelujur Gunting basi kelim hingga tinggal 6mm dan gunting serong basi kelim di penjuru.

Rajah 7.1 Langkah 2 - Balikkan kolar ke SL fabrik dan seterika. - Jelujur di sekeliling tepi kolar - Jelujur tegak di tengah-tengah kolar.

Rajah 7.2

modul 3106.doc

Sulit

B. menyediakan Badan PakaianLangkah 1 Lipat tepi lapik badan ke sebelah dalam fabrik. Jelujur dan mesin atau jahit tepi.

Rajah 7.3 Langkah 2 Lipat lapik badan pada garis lipatan ke sebelah luar pakaian. Jelujur dan jahit mesin pada garis leher dari garis lipatan ke garis tengah hadapan. Buka jelujur. Snip dari sudut basi leher hingga ke garis leher dan gunting basi leher di sudut hingga tinggal 6mm.

Rajah 7.4

modul 3106.doc

Sulit

Langkah 3 Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian.

Rajah 7.5 Padankan garis leher lapik badan ke garis leher badan hadapan. Sembat hujung lapik ke kelim bahu pakaian.

Rajah 7.6

modul 3106.doc

Sulit

C MENJAHIT KOLAR KE PAKAIAN Langkah 1 - Temukan sebelah luar kolar atas pada sebelah dalam pakaian dengan memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke garis tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian.

Rajah 7.7 Langkah 2 ik kolar keluar dari pakaian dan seterika. Semat, jelujur dan jahit mesin pada garis leher. Buka jelujur. Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm. Snip basi penjahit 6mm 1.3cm jarak.

Rajah 7.8 Lipat tepi kolar bawah mengikut garis leher ke sebelah luar fabrik. Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm. Letakkan tepi yang berlipat ini di atas jahit mesin dan jelujur Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahit mesin. CARA 2

modul 3106.doc

Sulit

A.

Menyediakan Kolar

Langkah 1 Seperti langkah 1 menyediakan kolar cara 1 tetapi apabila menjahit hujung kolar, jahit hingga tepi basi leher.

Rajah 7.8

Langkah 2 Seperti langkah 2 menyediakan kolar cara 1.

Rajah 7.9

B.

Menyediakan Badan PakaianSeperti Langkah 1 menyediakan badan pakaian cara 1.

C.

Menjahit Kolar ke Pakaian

Langkah 1 - Letakkan kolar bawah ke sebelah luar pakaian dengan memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke garis tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian.modul 3106.doc Sulit

Rajah 7.10 bahu. Langkah 2 Jelujur kedua-dua lapis kolar dari garis tengah hadapan hingga ke kelim Snip kolar atas yang terletak di kelim bahu hingga ke garis leher Jelujur hanya kolar bawah ke bahagian belakang pakaian.

Balikkan lapik badan ke sebelah luar pakaian mengikut garis lipatan. Jelujur garis leher lapik badan ke garis leher pakaian. Jahit mesin di atas garis leher. Buka jelujur. Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm. Snip basi penjahit 6mm 1.3mm jarak.

Rajah 7.10 Langkah 3 - Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian dan tarik kolar keluar dari pakaian dan seterika. - Tepi kolar atas yang bebas dilipat mengikut garis leher ke sebelah dalam fabrik. Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.

modul 3106.doc

Sulit

- Letakkan tepi yang berlipat ini ke atas garis leher badan belakang dan di atas jahitan mesin. Jelujur. - Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahit mesin. - Sembat hujung lapik badan ke kelim bahu.

Rajah 7.11

MENJAHIT KOLAR DENGAN MENGGUNAKAN BAHAGIAN LEHER BELAKANG.

LAPIK

BERBENTUK PADA

A. Menyediakan Kolar.Seperti menyediakan kolar CARA 2.

B. Menyediakan badan pakaian- Cantumkan sebelah luar hujung lapik badan ke sebelah luar hujung lapik leher belakang dengan kelim belah kangkung. - Buat yang sama dengan sebelah yang kedua. Gunting basi kelim hingga tinggal 6mm. - Lipat tepi lapik badan dan lapik leher belakang ke sebelah dalam fabrik. - Jelujur dan jahit tepi. Latihan 1. Reka dan lakarkan dua stail pakaian yang berkolar lurus 2. Huraikan ciri-ciri kolar lurus 3. Berpandukan gambarajah lukiskan cara-cara melekatkan kolar lurus di garis leher mengikut urutan yang betul 4. Mengapakah perlu dijelujur tegak sebelum mencantumkan kolar di garis leher.

modul 3106.doc

Sulit

BIBLIOGRAFI 1. ASRA SHAMSUDIN, BETTY LIM , FOZIAH BUANG(1999). EKONOMI RUMAHTANGGA FOKUS JINGGA SPM . PELANGI KUALA LUMPUR. 2. AZMAWATI BINTI ABDUL AZIZ, ZAITUN ZAKIAN BINTI MOHD. NOOR DAN LAMAH BINTI ABDUL GHANI (2002). PENGURUSAN PAKAIAN TINGKATAN 4: BAHAN SUMBER PENGAJARAN KUALA LUMPUR: EDU SYSTEM BHD 3. COMPLETE GUIDE TO NEEDLEWORK READERS Digest 1979

4. G.N.LOW, S.SAMSIAH,HG. CHEAH W.NG, A.ZAINAL DAN G.S. TAN. PANDUAN DINAMIK PILIHAN EKONOMI RUMAHTANGGA(1990) DELTA PETALING JAYA MALAYSIA.

5. LINDA HETZER, SUSAN C. HOE, THERESE L.HOEHLEN,GAYLAVISALLI (1979), COMPLETE GUIDE TO NEEDLEWORK. READER S DIGEST.UNITED STSTES AMERICA 6. NG SAU YAN DAN YONG FONG CHOON,(1988) SAINS RUMANTANGGA. DELTA PETALING JAYA KUALA LUMPUR. 7. NOOR HABABIAH HASSAN BT OTHMAN, FAUDZIAH BINTI MD DIN DAN ZAHRAH BINTI ESA, (2002). PENGAJIAN PAKAIAN TINGKATAN. KUALA LUMPUR; EDUSYSTEM SDN. BHD

8. MARIAM ABU BAKAR (2004) PANDUAN MEMBUAT PAKAIAn, PANDUAN LENGKAP LANGKAH DEMI LANGKAH TEKNIK MENJAHIT . KUALA LUMPUR:

9. MELITA M NEAL(1961) NEEDLEWORK FOR SCHOOL. BLACKIE & SON LIMITED. GLASGOW

10. PUAN R.ARULANANTHAN DAN NORAZIAH BTE MOHD RUMAHTANGGA PRAKTIK PRESTON TIMES SDN.BHD. KUALA 11. ROBAAYAH HJ RUMAHTANGGA ABD. WAHAB, SUSAN MANIKAM, (1978).

NOH

(1975),SAINS SAINS

PANDUAN

12. SARIMAH BINTI ABD. RAZAK, ZAHARAH BINTI ESA(2003). BLUE-T COMMUNICATION SDN. BHD. SELANGOR. 13. WONG SIEW FOONF, FATIMAH JAILANI,VICKNESWARY A/P SITHAMPARAPPILA(2002). EKONOMI RUMAHTANGGA TINGKATAN 4. ZETI ENTERPRISE BATU PAHAT JOHOR. 14. ZAITUN ZAKIAH BINTI MOHD NOOR, NORZAINI BINTI ABDUL GHANI DAN NAWAWI BIN MOHD JAN.(2006) KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH MEMBUAT PAKAIAN TINGKATAN 4 DAN 5. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

modul 3106.doc

Sulit

PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (REKA BENTUK PAKAIAN)

NAMAFUZIAH BINTI ISHAK Pensyarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussein Onn KM 7.75 Jalan Kluang, 83009 Batu Pahat Johor.

KELAYAKANKelulusan: Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan KH UTM Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional UTM Sijil Perguran Khas (Sains Rumah Tangga), MPTI Sijil Perguruan (Sains Rumah Tangga), MPPM Pengalaman: Pensyarah IPG Kampus Tun Hussein Onn Ketua Panitia Sains Rumah Tangga Guru Sains Rumah Tangga

PANEL PEMURNIAN MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL)

NAMAABD AZIZ BIN OSMAN Pensyarah, Institut Perguruan Malaysia, Kampus Pendidikan Teknik Jalan Yaakop Latip, 56000 Kuala Lumpur

KELAYAKANKelulusan: M.Sc (Pendidikan Teknik & Vokasional), UPM Bac. Pend. (Sains Pertanian), UPM Sijil Perguran Khas (Sains Pertanian), MPTI Sijil Perguruan (Sains Pertanian), MPTI Pengalaman: Pensyarah IPGM Kampus Teknik Penolong Pengarah, Unit Dasar BPG KPM Pesyarah IPGM Kampus Perlis, Ketua Panitia Sains Pertanian Guru Sains Pertanian

ISMAIL BIN BAHARUDDIN Pensyarah, Institut Perguruan Malaysia Kampus Perli, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar

Kelulusan: Bac. Pend. (Sains Pertanian), UPM Sijil Perguruan (Sains Pertanian), MPTI Pengalaman: Pensyarah IPGM Kampus Perlis, Guru Sains Pertanian, Ketua Pasukan Pemeriksa Kertas Sains Pertanian SPM Ketua Pentaksir Negeri Kerja Kursus Sains Pertanian SPM Jurulatih Utama Sains Pertanian

modul 3106.doc

Sulit

modul 3106.doc

Sulit