Modul 3106
Transcript of Modul 3106
PENGAGIHAN TAJUK DAN JAM INTERAKSI KULIAH/MODUL UNTUK PGSR MULAI AMBILAN NOV. 2009
Nama Kursus PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
Kod Kursus PKP 3106
Kredit 3(3+0)
Jam Kontak 45 jam
Prasyarat Tiada
Semester Pertama
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dalam pemulihan.
2. Membina pelbagai instrumen pentaksiran untuk tujuan mengumpul maklumat.
3. Melaksanakan pelbagai cara yang sesuai untuk mengumpul maklumat dari pelbagai bidang.
4. Membuat pentafsiran tentang hasil-hasil pengujian dan maklumat yang dikumpul untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid.
5. Merumus maklumat yang dikumpul untuk tujuan pengajaran dan pelaporan.
6. Menyediakan maklumat dan objektif pengajaran dan intervensi berdasarkan hasil pentaksiran.
SINOPSIS Kursus ini merangkumi kepentingan pentaksiran, mentaksir kebolehan pembelajaran asas, mentaksir kemahiran sosial dan tingkah laku, mentaksir kemahiran lisan, mentaksir kemahiran bacaan, kemahiran menulis dan kemahiran Matematik.
TAJUK
KANDUNGAN
KULIAH (JAM)
MODUL (JAM)
JUMLAH
1. Pengenalan kepada Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan Konsep Pentaksiran - Maksud Pentaksiran - Proses Penerimaan, perancangan dan pelaksanaan
Pendidikan Khas - Kegunaan Pentaksiran dalam Pendidikan Khas
3
-
3
Pelbagai cara pengumpulan maklumat - Rekod lama - Sampel kerja - Pengujian - Pemerhatian - Soal Selidik
3 - 3
2. Mentaksir Kebolehan Pembelajaran Asas Maksud Kebolehan Pembelajaran Asas - Pengamatan (Penglihatan, pendengaran, kinestatik, taktil
dan haptik) - Konseptualisasi dan Organisasi - Kepantasan Pemprosesan maklumat
3
-
3
Cara Pentaksiran - Pemerhatian - Temu bual/ soal selidik - Sampel kerja - Pengujian
1
1
2
Matlamat Pengajaran - Rumusan hasil pentaksiran - Pengenalpastian matlamat pengajaran - Perancangan intervensi
-
2
2
Mentaksir Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku Maksud Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku - Kemahiran sosial - Tingkah laku dalam bilik darjah
4
-
4
Cara Pentaksiran Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku - Pemerhatian - Penilaian Orang lain - Penilaian kendiri - Pentaksiran ekologi
-
2
2
TAJUK
KANDUNGAN
KULIAH (JAM)
MODUL (JAM)
JUMLAH
3. Mentaksir Bahasa Lisan Komponen-komponen Bahasa Lisan
- Fonologi - Semantik - Sintaksis - Morfologi - Pragmatik
3
-
3
Bahasa Reseptif dan bahasa Ekspresif
- Pemahaman, penghasilan dan penggunaan bahasa lisan dalam komunikasi
- Masalah berkaitan bahasa reseptif dan ekspresif
-
1
1
Cara pentaksiran - Penilaian orang lain - Pemerhatian - Sampel bahasa - Pengujian tidak formal
-
1
1
Matlamat Pengajaran - Rumusan hasil pentaksiran - Pengenalpastian matlamat pengajaran - Perancangan Intervensi
1
-
1
4. Mentaksir Bacaan Kemahiran Membaca
- Kemahiran memecahkan kod - Kefahaman
Pendekatan Pengajaran Bacaan
- Kaedah ‘bottom-up’ - Kaedah ‘top-down’
2
-
2
Masalah Membaca - Masalah berkaitan kemahiran memecah kod - Masalah berkaitan kefahaman
-
1
1
Cara Pentaksiran Bacaan
- Senarai semak - Analisis Ralat
1
-
1
- Pengujian berdasarkan kurikulum
o Kemahiran memecahkan kod o Kemahiran mengenal perkataan o Kefasihan membaca o Kefahaman
-
2
2
TAJUK
KANDUNGAN
KULIAH (JAM)
MODUL (JAM)
JUMLAH
5. Mentaksir Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis
- Tulisan - Ejaan - Mengarang
Masalah Kemahiran Menulis - Tulisan - Ejaan - Mengarang
-
3
3
Cara Pentaksiran - Senarai semak - Pemerhatian - Analisis Sampel Kerja - Ujian Rujukan Kriteria - Inventori Ejaan tidak Formal
Matlamat Pengajaran
- Rumusan hasil pentaksiran - Pengenalpastian matlamat pengajaran - Perancangan intervensi
3
-
3
6. Mentaksir Matematik Kemahiran Matematik
- Kemahiran asas pra-nombor - Kemahiran komputasi - Kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah
2
-
2
Masalah Matematik - Mengenal pasti bentuk pola - Penguasaan konsep nombor - Penguasaan operasi asas Matematik
-
1
1
Cara Pentaksiran - Senarai semak - Inventori Matematik tidak formal - Analisis ralat - Penyoalan Klinikal - Ujian Rujukan Kriteria
1
-
1
Matlamat Pengajaran - Rumusan Hasil Pentaksiran - Pengenalpastian Matlamat Pengajaran - Perancangan Intervensi - Tindakan susulan
-
2
2
JUMLAH JAM
30
15
45
RUJUKAN ASAS Ayers, H, Clarkes, D. & Roses, A. (2003). Assessing individuals needs: A practical approach
(resourse materials for teachers). London: David Fulton Pub.
Pierangelo, R. & Giuliani, G. A. (2002). Assessment inspecial education: A practical approach. Boston: Allyn & Bacon.
Venn, J. J. (2004). Assessing students with special needs. (3rd Ed.). New Jersey: Prentice Hall.
RUJUKAN TAMBAHAN Hoy, C., & Gregg, N. (1994). Assessment: the special educator’s role. Pacific Grove, CA:
Brooks. Cole Publishing Company.
Ronald, L. & Taylor, D. (2002). Assessing of exceptional students. Educational & psychological procedure. Boston: Allyn & Bacon.
Siti Rahayah Ariffin, (2003). Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi: Pusat Perkembangan Akademik, UKM.
Abdul Hadi, M. & Hazina, Z. (2007). Pentaksiran dalam pendidikan khas. OUM. Kuala Lumpur
1
MODUL PENDIDIKAN PEMULIHAN
PKP 3106
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Berkuat kuasa pada Jun 2010
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
SEKOLAH RENDAH (PGSR)
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM
2
Cetakan Jun 2010
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PANDUAN PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.
PANDUAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
3
______________________________________________________________________
KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Kata Alu-Aluan Pengarah
2. Panduan Pembelajaran
3. Agihan Tajuk dan Peruntukan Masa
4. Hasil Pembelajaran
5. Sinopsis
6. 1. Teori dan Model Pengurusan Kelas Khas
7. 1.1 Teori Pengurusan Kelas
8. 1.2 Model Pengurusan Kelas Khas
9. 1.3 Pengurusan Pembelajaran Murid Pemulihan Khas
10. 2. Pengurusan Tingkah Laku Murid –murid Pemulihan
11. 2.1 Teori-teori/Model Pengurusan Tingkah Laku
12. 2.2 Jenis-jenis Tingkah Laku
13. 2.3 Teknik Pengurusan Tingkah Laku
14. 2.4 Langkah Pelaksanaan
15. 3. Peranan Pentadbir Dalam Program Pemulihan Khas
16. 3.1 Pihak yang Terlibat
17. 4. Peranan dan Ciri-ciri Guru Pemulihan
18. 4.3 Bidang Tugas
19. 4.4 Peranan Guru Pemulihan
20. 4.5 Ciri-ciri Guru Pemulihan yang Baik
21. 4.6 – Hubungan Interpersonal
4
22. 5. Penubuhan Kelas Pemulihan
23.
KANDUNGAN
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
5.1 Prosedur Penubuhan Kelas Pemulihan
6. Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
MUKA SURAT
6.1 Pengenalan RPI
6.2 Penulisan RPI
7. Khidmat Sokongan
7.1 Definisi dan konsep
7.2 Pihak-pihak yang Terlibat
Rujukan
Panel Penulis
5
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
PANDUAN PELAJAR
6
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.
AGIHAN TAJUK (PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN – MAJOR)
Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.
Bil Tajuk Modul
Interaksi Bersemuka
(Jam)
Modul (Jam)
Jumlah Jam
1 Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan 2 3 5
2 Mentaksir Kebolehan Pembelajaran Asas 2 3 5
3 Mentaksir Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku 2 1 3
4 Mentaksir Bahasa Lisan 2 1 3
5 Mentaksir Bacaan 2 3 5
6 Mentaksir Kemahiran Menulis 2 2 4
7
Bil Tajuk Modul
Interaksi Bersemuka
(Jam)
Modul (Jam)
Jumlah Jam
7. Mentaksir Kemahiran Matematik 3 2 5
Jumlah 15 15 30 jam
SINOPSIS
Kursus merangkumi kepentingan pentaksiran, menaksir kebolehan pembelajaran asas, mentaksir kemahiran sosial dan tingkah laku, mentaksir bahasa lisan, mentaksir bacaan, mentaksir kemahiran menulis dan mentaksir Matematik.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dalam pemulihan.
2. Membina pelbagai instrumen pentaksiran untuk tujuan mengumpul maklumat.
3. Melaksanakan pelbagai cara yang sesuai untuk mengumpul maklumat dari pelbagai bidang.
4. Membuat pentafsiran tentang hasil-hasil pengujian dan maklumat yang dikumpul untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid.
5. Merumus maklumat yang dikumpul untuk tujuan pengajaran dan pelaporan.
6. Menyediakan maklumat dan objektif pengajaran dan intervensi berdasarkan hasil pentaksiran.
8
1. Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan
Konsep Pentaksiran
Pentaksiran adalah dari perkataan Latin yang bermaksud "duduk bersama"
Aspek-aspek yang ditaksir terdiri daripada pengetahuan, sikap dan kemahiran. Perancangan pentaksiran hendaklah :
Bebas dari bersifat berat sebelah atau di pengaruhi oleh .... (bias)
Menunjukkan apa yang telah (atau apa yang sepatutnya) di ajar dan dipelajari
Menyediakan maklumat untuk meningkatkan pengajarab (pengajaran dan.atau kuikulum)
Memaklumkan ketidak sefahaman
(Dipetik dari Adapted from Champagne, Lovitts and Calinger (1990). Assessment in the Service of Instruction.// Washington, AAAS.)
Mengapa guru atau pendidik perlu tahu mengenai pentaksiran ?
i. Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid ii. Memantau kemajuan murid Memberi dan menetapkan penggredan iii. Menentukan keberkesanan pengajaran iv. Mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikan Menilai guru dan pendidik v. Menjelaskan niat dan hasrat pengajaran dan pembelajaran
Tujuan Pengujian
i. Menentukan perubahan tingkahlaku murid ii. Menentukan pencapaian murid dalam penbelajaran tertentu
1. KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
9
iii. Menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian iv. Memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran v. Melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat Tujuan Pengukuran
vi. Menempatkan murid ke aliran yang sesuai vii. Membuat penganalisaan, penterjemahan dan kesimpulan bagi kajian tertentu
viii. Pensijilan dalam bentuk pencapaian akademik bagi tahap persekolahan tertentu ix. Digunakan sebagai kriteria oleh penguatkuasa tertentu untuk tujuan tertentu
Tujuan Penilaian
i. Mengumpul maklumat mengenai pencapain murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran ii. Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran pembelajaran bagi membolehkan
aktiviti pengayaan dan pemulihan iii. Menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi membolehkan perancangan
strategi pengajaran yang lebih berkesan iv. Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi membolehkan
aktiviti rujukan dijalankan jika diperlukan v. Mentaksir keberkesanan pelaksanaan program seperti KBSR dan KBSM
Analisis keputusan pentaksiran perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan perkhidmatan yang disediakan adalah wajar dan bersesuaian dengan masalah dalam pembelajaran yang mereka hadapi.
Antara keputusan yang perlu dibuat termasuklah :
• Siapakah di antara murid di sekolah anda yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran dan perlu disediakan dengan pendidikan pemulihan?
• Apakah jenis masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan tersebut dan apakah kelemahan dan kekuatan murid tersebut?
• Prestasi dalam bidang apakah yang terjejas akibat masalah-masalah yang dihadapinya? • Apakah jenis penempatan pendidikan pemulihan yang sesuai untuk murid tersebut dan apakah
kemahiran-kemahiran yang perlu diajar kepada murid tersebut? • Apakah perkhidmatan khusus yang perlu disediakan untuk membantunya mencapai
kemahiran-kemahiran yang diajar pada tahap optimum? • Adakah nampak keberkesanan selepas pengajaran dan perkhidmatan disediakan? • Adakah program pengajaran yang telah disediakan perlu diteruskan atau digantikan dengan
sesuatu program yang baru atau pelajar tersebut diletakkan semula dalam arus perdana.
Semua keputusan yang tersebut di atas dapat dibuat dengan bijak dan tepat dengan bantuan maklumat yang telah dikumpul melalui proses pentaksiran dan penilaian.
PERBANDINGAN ANTARA PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN
Pengujian Pengukuran Penilaian
10
Konsep
Teknik mengukur perubahan tingkah laku individu
Proses memperoleh nilai kuantitatif bagi menentukan pencapaian pembelajaran individu
Proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif
Fungsi
- Menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu pembelajaran
- Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai
- Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dan penguasaan pembelajaran
- Untuk pengelasan, pensijilan, dan menempatkan pelajar dalam jurusan yang sesuai
- Memberi maklumat mengenai pencapaian pelajar, objektif pembelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum
- Untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan danm membuat ramalan
Cara
Melalui item-item ujian
Berbagai2 cara memperoleh data kuantitatif
Melalui ujian dan alat-alat lain seperti soal selidik , rekod, senarai semak
Fokus
Satu-satu unit pembelajaran atau beberapa unit pembelajaran
Satu-satu unit pembelajaran atau beberapa unit pembelajaran
Berdasarkan maklumat pengujian dan data kualitatif dari pemerhatian, soal selidik atau senarai semak
Hasil
Menunjukkan pencapaian para pelajar dalam satu atau beberapa unit pembelajaran
Menunjukkan pencapaian dalam segmen pelajaran yang diukur
Menunjukkan pencapaian dan tingkah laku pelajar secara keseluruhan
Jenis-jenis Ujian
- Ujian saringan - Ujian Diagnostik - Ujian formatif - Ujian sumatif - Ujian rujukan norma - Ujian rujukan kriteria - Ujian amali - Ujian kertas pensel - Ujian perlakuan - Ujian kepantasan dan gaya
Pentaksiran Formatif
11
i. Direka bagi tujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran apa yang dipelajari
ii. Dijalankan secara informal, seperti pemerhatian, soal jawab, pembacaan, kuiz dan kerja-rumah iii. kesilapan di perbetulkan serta merta iv. Boleh digunakan untuk mentaksir kemajuan pembelajaran melalui ujian pensil dan kertas v. keputusan ujian dicatatkan dalam rekod kemajuan murid
vi. Membuat dan mengambil keputusan berikutan seperti menempatkan kumpulan pelajar mengikut tahap
vii. menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan
Pentaksiran Sumatif Meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran selepas beberapa unit pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan ketika sesi persekolahan, pertengahan tahun dan akhir tahun
i. Biasanya ujian pensil dan kertas yang formal atau ujian bertulis digunakan untuk menentukan dan memberi gred
ii. Digunakan untuk menentukan pencapaian murid dan keputusan ujian boleh digunakan untuk tujuan mengadakan aktiviti susulan , pemulihan dan pengayaan
iii. Dicatatkan di dalam rekod kemajuan murid, untuk membuat pemilihan dan penempatan ke aliran
kumpulan yang sesuai
iv. Dijalankan terutamanya untuk menentukan pencapaian dalam kelas dan membuat perbandingan di antara satu dengan lain
v. Dijalankan pada pertengahan tahun, akhir tahun pengajian seperti UPSR, Penilaian Berasaskan Sekolah (SBE), PMR, SPM dan STPM
vi. Menentukan gred mengikut tahap pencapaian dan sijil diberikan
Pentaksiran Kemajuan/Pencapaian
i. Digunakan untuk menguji pencapaian dan kebolehan setiap murid dalam keadaan sebenar ii. Digunakan untuk menentukan sejauhmanakah murid tahu dan berupaya melihat potensi diri iii. Dikenali juga dengan nama pentaksiran auntentik e.g. pentaksiran pembangunan - mentaksir
kemajuan iv. berdasarkan sikap, tingkah laku, personal dan pembangunan sosial - mengunakan skala pemerhatian
dan skala Likert
v. Pencapaian berasaskan persampelan pemikiran - menghendaki murid menjawab soalan, menyelesaikan masalah, menulis atau menjalankan sesuatu akitiviti
vi. Pameran atau persembahan - mengunakan dan memerlukan kompetensi murid tentang menunjukkan
kebolehan visual, persembahan , kemahiran atau lisan
vii. Portfolio - pencapaian dan kebolehan berterusan berasaskan koleksi tugasan sebenar, hasilan lukisan.
penulisan, ujian , kuiz Pentaksiran Pensil dan Kertas
viii. Melibatkan kemahiran bahasa
12
ix. Murid perlu memperolehi kemahiran membaca dan memahami dan kemahiran menulis kecuali ujian
lisan dan persembahan
x. Mengunakan kemahiran kognitif e.g. objektif (dalam bentuk jawapan pendek, melengkapkan atau aneka
xi. pilihan (MCQ) dan ujian subjektif (esei terbuka, fakta dan esei terarah)
Pentaksiran Kecergasan
i. Digunakan sebagai ujian kebolehan dalam Pendidikan Jasmani ii. Ujian kelajuan bagi mengukuri kepantasan seperti lari 100 meter , Malaysian Teacher Selection Test iii. (MTest) iv. Ujian ketahanan bagi mengukur tahap ketahan dan kecergasan murid Pendidikan Jasmani
Pentaksiran Pemerhatian
i. Teknik alternatif yang digunakan sebagai penilaian formatif tingkahlaku murid ii. Digunakan untuk aktiviti pembelajaran, pentaksiran persembahan, dan akitviti amali e.g. PE, bengkel iii. Kaedah yang digunakan adalah berstruktur (sistematik), tidak berstrukutur (kritikal) dan
pemerhatian separa struktur iv. Mengunakan borang atau senarai semak
Pentaksiran Rujukan Norma
i. Digunakan untuk membandingkan pencapaian individu dengan individu yang lain atau di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan lain dengan mengunakan keputusan dari ujian yang sama
ii. Sejenis ujian sumatif e.g. PMR, UPSR, SPM, STPM iii. Aras kesukaran ujian ditetapkan pada tahap 25% mudah,50% sederhana dan 25% sukar iv. Ujian rujukan norma menpunyai kekurangan; keputusan ujian tidak mengambarkan sama ada
murid telah bersedia untuk bergerak ke peringkat lebih tinggi atau lebih baik v. Ujian rujukan norma juga tidak sesuai untuk mengukur objekif afektif dan psikomotor e.g. sikap
dan nilai adalah bersifat peribadi , oleh itu, membandingkan di antara murid lain adalah tidak sesuai; untuk mengukur pembelajaran psikomotor satu ketetapan keterangan adalah perlu untuk membuat penghakiman ke atas sesorang individu
vi. Ujian rujukan norma mengalakkan persaingan dan perbandingan terhadap skoran
Pentaksiran Rujukan Kriteria
i. Digunakan untuk menentukan pencapaian individu mengikut kriteria atau piawai tertentu yang telah ditetapkan dalam sesuatu bidang dan kemahiran pembelajaran
13
ii. Dijalankan selepas sesuatu kemahiran telah di tunjukkan dan keputusannya digunakan untuk membanding kriteria yang telah ditetapkan sebelumnya e.g. ketetapan telah ditetapkan bahawasanya murid harus boleh menjawab sekurang-kurangnya 4 dari 5 soalan dengan betul tetapi jika murid hanya mampu menjawab 3 sahaja dari 5 soalan maka murid dianggap gagal untuk menguasai kemahiran yang telah ditetapkan
iii. Ujian yang dijalankan atau di tetapkan kepada objektif pembelajaran dipanggil sebagai ujian berasaskan atau rujukan objektif
iv. Merupakan ujian formatif dan oleh itu memerlukan tindakan pemulihan dan pengayaan
Ujian Diagnostik
i. Boleh merupakan pentaksiran formatif atau sumatif ii. Digunakan untuk menganalisis dan menterjemah data yang disediakan oleh pentaksiran formatif dan
sumatif iii. Membuat anggaran kekuatan dan kelemahan murid agar boleh diambil tindakan selanjutnya iv. Diguna untuk mengesan daerah kelemahan sebenar murid untuk membolehkan guru membuat
perancangan pengajaran yang lebih tepat
PERBANDINGAN ANTARA UJIAN FORMATIF DAN UJIAN SUMATIF
Ujian Formatif Ujian Sumatif
Pengertian
Sesuatu ujian formal atau tak formal untuk mengesan penguasaan dan kemajuan pelajaran dalam kelas.
Ujian formal yang digunakan untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan.
Tujuan Mengesan penguasaan dan kemajuan pelajar untuk memperbaiki kelemahannya dengan serta-merta.
Mengesan penguasaan pelajar berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan
Masa Sepanjang pengajaran. (semasa mengajar sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran)
Selepas mengajar beberapa unit pembelajaran. (akhir satu-satu unit atau kursus)
Bentuk Tak formal(pemerhatian dan soal jawab), atau formal (ujian kertas-pensel dalam masa singkat)
Formal(ujian kertas-pensel atau ujian lisan dalam jangkaan masa yang sesuai)
PERBANDINGAN ANTARA UJIAN RUJUKAN NORMA DAN UJIAN RUJUKAN KRITERIA
Kriteria Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria Konsep
Ujian pencapaian relatif yang
Ujian rujukan objektif yang menentukan
14
menunjukkan prestasi kumpulan calon dalam bentuk graf normal
pencapaian individu berdasarkan kriteria minimum yang ditetapkan terlebih dahulu
Tujuan
Membandingkan dan membezakan prestasi antara calon atau kumpulan
Menentukan penguasaan pembelajaran berdasarkan kriteria yang ditetapkan
Masa
Selepas mengajar sesuatu atau beberapa kemahiran
Selepas mengajar beberapa unit pembelajaran
Ciri ujian
Secara individu, kumpulan atau kelas
Secara kelas atau tingkatan
Latihan 1:
Huraikan dengan ringkas, kepentingan pentaksiran dalam
Pendidikan Khas
Dengan melayari laman web atau merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
Pelbagai cara pengumpulan maklumat
Rekod lama Sampel kerja Pengujian Pemerhatian Soal Selidik
15
2. Mentaksir Kebolehan Pembelajaran Asas
Maksud Kebolehan Pembelajaran Asas Terdiri daripada:
Pengamatan Penglihatan Pendengaran Sensori motor
- Kinestatik - Taktil dan haptik
Kesukaran Dalam Pengamatan Penglihatan
Diskriminasi Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan
perkataan Ingat Kembali Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.
Orientasi Kedudukan Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan
nombor.
Turutan Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan seperti susunan huruf-huruf dalam perkataan
Menyudahkan Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau objek, nombor, perkataan atau ayat.
Menyalin Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.
Rajah Latar Belakang
Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau nombor dari latar belakang sesuatu gambar atau rajah
Koordinasi Mata danTangan
Ketidakbolehan menyelaraskan pergerak mata dan tangan.
Pertalian Jarak Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta
2. MENTAKSIR KEBOLEHAN PEMBELAJARAN ASAS
16
(Ruang) hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.
Ketetapan Bentuk Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk,huruf, atau nombor yang mempunyai bentuk yang tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan.
Gambar Bersiri Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu baba ke satu babak yang lain.
Pembalikan Ketidakbolehan membezakan bentuk asal sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan dan gambar.
Mazing atau Cari Jalan Keluar
Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah.
Benda Tersembunyi
Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak
Kesukaran Dalam Pengamatan Pendengaran
Diskriminasi Rentak
Ketidakbolehan mengenal dan membezakan bunyi sebutan, rentak irama dan intonasi yang berlainan. Ketidakbolehan mengenal arah bunyi (jauh dan dekat) Ketidakbolehan mengingat bunyi-bunyi yang didengar. Ketidakbolehan mengulang corak bunyi dan turutannya.
Pekak Konduktif Tidak dengar bunyi bernada rendah.
Pekak Perspektif Tidak dengar bunyi bernada tinggi.
Pekak Campur Aduk
Campuran pekak konduktif dan pekak perspektif.
Pekak Rikritmen (Automatic Volume Control)
Boleh mendengar bunyi yang kuat sahaja.
Secretory Otitis Media
Cecair yang menyekat getaran.
Kesukaran dalam kemahiran sensori motor
1. Motor Kasar: Ketidakbolehan dalam pergerakan badan dengan automatis, mudah dan beirama serta dengan imbangan yang sewajarnya.
2. Motor Halus: Ketidakbolehan untuk menguruskan tugas-tugas atau kerja-kerja yang memerlukan kawalan-kawalan motor halus terutamanya dalam penggunaan tangan dalam tulisan, lukisan, jahitan dan sebagainya.
Ketidakbolehan bertindak balas terhadap dorongan melalui penglihatan, pendengaran dan daya perasa.
Ketidakbolehan mengesan, mentafsir dan bertindak balas terhadap dorongan dan daya perasa.
17
Kekurangan kesedaran perhubungan ruang dengan imej badan, sisian dan arah.
Masalah dalam pengamatan
Kesukaran memahami konsep – yang melibatkan visual Kekurangan visual-aid – mesin braille, kanta lekap, embosser, tacktile aids Sikap murid – bergantung kepada orang lain Kepakaran guru Stigma/ pelabelan masyarakat – rendah diri Tempat/ ruang terhad untuk laksana pentaksiran Tiada tindak susul daripada pihak bertanggungjawab
Keperluan Pentaksiran Pengamatan
- Mengesan masalah pengamatan seawal mungkin - Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi - Menyediakan penempatan yang bersesuaian - Mengenalpasti pasukan pelbagai disiplin untuk membantu.
Lain-lain masalah berkait dengan pemprosesan
- Masalah spatial - Masalah berkaitan dengan arah - Berkaitan konsep masa - Masalah imej badan - Masalah organisasi - Masalah symbolization atau perwakilan - Masalah membina konsep / penaakulan
Kemahiran Pengurusan Diri
- Keupayaan mengurus diri sendiri - Kemampuan membersih diri - Memakai pakaian tanpa bantuan - Makan dengan cara yang betul - Mampu memenuhi keperluan biologi – ke tandas
Matlamat Pengajaran
Rumusan hasil pentaksiran Rumusan perlu dibuat ke atas pentaksiran yang dilaksanakan dalam kebolehan pembelajaran asas sama ada dalam aspek pengamatan, kemahiran sosial ataupun kemahiran pengurusan diri.
Pengenalpastian matlamat pengajaran Rumusan yang dihasilkan akan menentukan bentuk perancangan pengajaran yang akan diputuskan oleh guru. Berdasarkan rumusan ini seseorang guru merancang hasil
18
pembelajarannya atau matlamat pengajaran.
Perancangan intervensi Setelah mengenal pasti masalah yang dilalui oleh murid dalam menguasai kemahiran pembelajaran asas, program intervensi untuk membantu murid-murid berkenaan bolehlah dirancang. Perancangan intervensi ini berkait rapat dengan masalah sebenar yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.
Latihan 2
Sediakan satu peta minda untuk menerangkan bagaimana kebolehan pembelajaran asas ditaksir dengan cara di bawah:
Pemerhatian Temu bual/ soal selidik Sampel kerja Pengujian
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
19
3. Mentaksir Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku Maksud Kemahiran Sosial
Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran sosial?
Kemahiran yang membantu individu menjalin hubungan sosial yang lebih baik seperti: • membina persahabatan • berbual dengan orang lain • mempunyai budi pekerti yang baik • mempunyai rasa empati terhadap orang lain
Kemahiran Hidup dalam Bilik darjah:
Kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di sekolah. Ini termasuklah: • mendengar dan mematuhi arahan • berkelakuan sopan dan menghindari gangguan • meminta bantuan • memberi sumbangan dalam perbincangan • membuat keputusan • pengendalian konflik • membina kemahiran akademik • melaksanakan kewajipan • bertanggungjawab atas tingkah laku anda
Tingkah laku dalam bilik darjah Maksud tingkah laku ialah perlakuan yang ditunjukkan secara konsisten dalam satu jangka masa yang lama yang akan memberi kesan buruk kepada perkembangan pembelajaran murid seterusnya menghalang penglibatan mereka secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah. Kaedah mengenalpasti murid yang mempunyai tingkahlaku bermasalah
3. MENTAKSIR KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU
20
• Kaedah berasaskan ujian • Kaedah bukan ujian- pemerhatian, temuduga, kaedah penyelidikan
(kajian kes, kajian dokumen, kajian rentasan, kajian menegak) Contoh situasi di mana tingkah laku bermasalah dipamerkan:
• Semasa sesi pengajaran • Semasa membuat latihan • Semasa di luar kelas • Semasa bukan guru kelas mengajar
Pentaksiran Tingkah Laku Secara Formal
• senarai semak - maklumat (diri, kerjaya, pendidikan) - inventori (minat, kerjaya)
• skala kadar - ukuran kuantitatif menurut nilai tertentu 5 = sangat bersetuju 4 = bersetuju 3 = kurang bersetuju 2 = hampir bersetuju 1 = tidak bersetuju
• temuduga - lebih berfokus kepada interaksi sosial - maklumat hampir sama dalam soal selidik diri - pemerolehan maklumat dengan cara santai
• pencerapan • pencerapan naturalistik pemerhatian di setting yang biasa / natural • pencerapan klinikal rumusan ke atas pelbagai alat ujian / maklumat
• pentaksiran psikometrik
- maklumat perkembangan diri individu - penggunaan kaedah saintifik
• pentaksiran berasaskan kurikulum dilaksanakan melalui :
- pentaksiran kurikulum fungsional o pentaksiran tidak langsung o pemerhatian secara langsung o eksperimen
- pentaksiran kesesuaian tugas
iaitu penilaian yang sistematik untuk menilai pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dengan menggunakan senarai semak
Cara Pentaksiran Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku
21
Pemerhatian Penilaian Orang lain Penilaian kendiri Pentaksiran ekologi
Matlamat Pengajaran
Rumusan hasil pentaksiran Pengenalpastian matlamat pengajaran Perancangan Intervensi
Latihan 3 i. Jelaskan bagaimanakah Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku ditaksir?
ii. Sediakan kerangka matlamat pengajaran yang merangkumi:
Rumusan hasil pentaksiran Pengenalpastian matlamat pengajaran Perancangan Intervensi
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
22
4. MENTAKSIR BAHASA LISAN
4. Mentaksir Bahasa Lisan Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara : - pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran
Aspek-aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah :
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan matematik
- gaya persembahan/kelancaran bahasa
- pertuturan dan sikap
23
Komponen-komponen Bahasa Lisan
Fonologi Semantik Sintaksis Morfologi Pragmatik
Bahasa Reseptif dan bahasa Ekspresif
Pemahaman, penghasilan dan penggunaan bahasa lisan dalam komunikasi Masalah berkaitan bahasa reseptif dan ekspresif
Cara pentaksiran
Penilaian orang lain Pemerhatian Sampel bahasa Pengujian tidak formal
Matlamat Pengajaran
Rumusan hasil pentaksiran Pengenalpastian matlamat pengajaran Perancangan Intervensi
24
5. Kemahiran membaca
Kemahiran memecah kod Kefahaman
Pendekatan Pengajaran Bacaan
Kaedah ‘Bottom-up’ Kaedah ‘Top-down’
Masalah Bacaan
Masalah berkaitan memecah kod Masalah berkaitan kebfahaman
Cara Pentaksiran Bacaan
Senarai semak Analisis Ralat
Pengujian berdasarkan kurikulum
- Kemahiran memecahkan kod - Kemahiran mengenal perkataan - Kefasihan membaca - Kefahaman
25
a. Dengan bantuan pengurusan grafik, tunjukkan
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan
6. MENTAKSIR KEMAHIRAN MENULIS
6. Kemahiran menulis Tulisan Ejaan Mengarang
Masalah Kemahiran Menulis
Tulisan Ejaan Mengarang
5. MENTAKSIR BACAAN
26
Cara Pentaksiran
Senarai semak Pemerhatian Analisis Sampel Kerja Ujian Rujukan Kriteria Inventori Ejaan tidak Formal
Matlamat Pengajaran
Rumusan hasil pentaksiran Pengenalpastian matlamat pengajaran Perancangan intervensi
Latihan 6:
a. Sediakan satu carta aliran
b.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan
27
7. MENTAKSIR KEMAHIRAN MATEMATIK
7. Mentaksir Matematik Kemahiran Matematik
Kemahiran asas pra-nombor Kemahiran komputasi Kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah
Masalah Matematik Mengenal pasti bentuk pola Penguasaan konsep nombor Penguasaan Operasi Asas Matematik
Cara Pentaksiran Senarai semak Inventori Matematik tidak formal Analisis ralat Penyoalan Klinikal Ujian Rujukan Kriteria
Matlamat Pengajaran Rumusan Hasil Pentaksiran Pengenalpastian Matlamat Pengajaran Perancangan Intervensi Tindakan susulan
28
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan
Rujukan Asas
Ayers, H, Clarkes, D. & Roses, A. (2003). Assessing individuals needs: A practical approach (resourse materials for teachers). London: David Fulton Pub.
Pierangelo, R. & Giuliani, G. A. (2002). Assessment inspecial education: A practical approach. Boston: Allyn & Bacon.
Venn, J. J. (2004). Assessing students with special needs. (3rd Ed.). New Jersey: Prentice Hall.
Rujukan Tambahan
Hoy, C., & Gregg, N. (1994). Assessment: the special educator’s role. Pacific Grove, CA: Brooks. Cole Publishing Company.
Ronald, L. & Taylor, D. (2002). Assessing of exceptional students. Educational & psychological procedure. Boston: Allyn & Bacon.
Siti Rahayah Ariffin, (2003). Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi: Pusat Perkembangan Akademik, UKM.
Abdul Hadi, M. & Hazina, Z. (2007). Pentaksiran dalam pendidikan khas. OUM. Kuala Lumpur