Modul 4 Teknik Penghasilan Lutsinar Dan Penggunaan OHP

download Modul 4 Teknik Penghasilan Lutsinar Dan Penggunaan OHP

of 9

Transcript of Modul 4 Teknik Penghasilan Lutsinar Dan Penggunaan OHP

  • 8/2/2019 Modul 4 Teknik Penghasilan Lutsinar Dan Penggunaan OHP

    1/9

    Modul 4: Teknik-teknik penghasilan Lutsinar dan Penggunaan OHP (1 Jam)

    Teknik penghasilan lutsinar

    Teknik dan penggunaan OHP dalam pengajaran

    Kemahiran:

    Mendedahkan kepada pelbagai teknik persembahan menggunakan lutsinar

    Penggunaan OHP dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

    Transparensi boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai cara . Antara teknik ataukaedah yang utama ialah:

    Cara lukisan dan tulisan tangan.

    Proses ini memerlukan beberapa keeping transparensi jenis write-on seperti

    asetat atau PVC yang murah dan senang didapati. Segala maklumat dituliskan

    di permukaan plastic transparensi tersebut sama ada menggunakan pena felt,pena penanda, atau pena overhead sama ada kekal atau tidak kekal.

    Penghasilan transparensi ini lebih menarik sekiranya diwarnakan bahagian-

    bahagian tertentu dengan pena felt bermata tebal. Bagi penjagaan permukaantransparensi tersebut, biasanya helaian kertas kosong yang bersih diletakkan di

    atasnya semasa ianya disimpan.

    Penulisan kaedah kedua ialah dengan menggunakan penulisan pindah kering

    yang diwarnakan dengan pita berwarna. Dengan menggunakan pita berwarna

    ini, bukan sahaja dapat mewarnakan penghurufan tetapi juga dapat mewarnakanilustrasi-ilustrasi yang terkandung di dalamnya. Penggunaan pita berwarna ini

    adalah sangat bersesuaian bagi memfokuskan pandangan kepada objek utama

    yang hendak ditekankan.

    Transparensi jenis thermal,

    Terdapat banyak jenis mesin thermal yang boleh digunakan untuk

    menyediakan transparensi. Antara jenama yang utama adalah seperti Fordifax

    Transparency Maker, 3M, Riso, Zufra-Asthrotherm dan sebagainya. Walaupunapa juga jenama mesin thermal tersebut, kaedah menggunakannya hamper

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 4 1

  • 8/2/2019 Modul 4 Teknik Penghasilan Lutsinar Dan Penggunaan OHP

    2/9

    sama. Berikut merupakan antara langkah-langkah asas semasa menggunakan

    mesin thermal bagi menghasilkan transparensi:

    Tentukan kawalan dedahan exposure control kepada peringkat

    yang diperlukan.

    Sediakan bahan yang hendak disalin ke transparensi di atas kertas

    yang sama saiznya.

    Letakkan bahan master atau utama itu di bawah transparensi

    sebagimana arahan yang disediakan.

    Masukkan kedua-duanya ke dalam mesin dan dalam beberapa saat

    sahaja bahan itu akan tersalin ke transparensi.

    Transparensi daripada mesin pendua / fotostat,

    Cara menyediakan transparensi ini juga memerlukan jenis transparensikhas. Antara yang terdapat di pasaran adalah stabile transparencies DIN A4

    (12mm) dan Photocop Quality (PPC). Teknik yang digunakan bagi

    menghasilkan transparensi menggunakan mesin fotostat sama sepertimanaanda membuat salinan pendua salinan kertas biasa.

    Antara langkah asas yang perlu diikuti ialah:

    Sediakan bahan yang sama saiz dengan transparensi.

    Masukkan plastic transparensi di tempat kertas penyalin.

    Prosesnya sama seperti menyalin kertas biasa.

    Cara pemindahan gambar,

    Teknik ini merupakan satu cara memindahkan gambar dari majalah, akhbar,

    jurnal dan lain-lain media cetak kepada plastic transparensi.Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan kualiti cetakan transparensi yang

    bik, imej-imej yang hendak dipindahkan haruslah daripada kertas jenis

    berkapur. Bahan-bahan asas yang diperlukan adalah seperti berikut:

    Gambar asal yang dicetak dengan kertas berkapur (clay based).

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 4 2

  • 8/2/2019 Modul 4 Teknik Penghasilan Lutsinar Dan Penggunaan OHP

    3/9

    Filem untuk lapisan atau laminasi (laminating), contohnya seal

    laminating film vistafoil.

    Air sabun panas atau sejuk digunakan untuk melembutkan kertas.

    Varnish untuk gambar (untuk menguatkan gambar yang terletak di

    transparensi).

    Kapas untuk menggosok gambar tersebut.

    Cara menyediakan transparensi dengan cara pemindahan gambar adalah:

    Pilih gambar yang sesuai dan potong ianya. Seterusnya potongvistafoil sama saiz dengan gambar yang telah dipotong.

    Tanggalkan lapisan pada foil dan lekatkan pada gambar. Gosokpermukaan supaya tidak terdapat gelembong udara.

    Rendam ke dalam air sabun selama lebih kurang 15 minit. Selepas

    itu tanggalkan kertas daripada filem secara perlahan.

    Bersihkan habuk kertas dengan menggunakan air dan kapas. Akhirsekali, keringkan di udara dan semburkan dengan varnish apabila

    kering.

    Melalui proses cetakan menggunakan pencetak.

    Salah satu teknik terbaru di dalam menghasilkan transparensi ialah dengan

    terus mencetaknya dengan menggunakan pencetak (printer). Pencetak

    utama yang boleh digunakan bagi mencetak transparensi ialah pencetakjenis semburan dakwak (ink jet) dan juga pencetak jenis laser. Transparensi

    yang dihasilkan boleh dalam bentuk cetakan hitam putih dan juga cetakan

    yang berwarna-warni.

    Plastic transparensi yang digunakan adalah khas untuk pencetak dan ianya

    boleh dibeli dimana-mana kedai yang menjual aksesori computer. Biasanya

    terdapat plastic transparensi yang dihasilkan khas untuk sesetengah jenamapencetak dan ada juga plastic transparensi yang boleh digunakan merentasi

    jenama pencetak.

    Plastik transparensi biasa sama ada plastic jenis thermal, write on, fotokopi

    dan sebagainya tidak boleh digunakan pada pencetak kerana ianya tidak

    mampu menampung atau memegang dakwat yang digunakan. Sekiranya

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 4 3

  • 8/2/2019 Modul 4 Teknik Penghasilan Lutsinar Dan Penggunaan OHP

    4/9

    digunakan pada pencetak jenis laser pula, ianya akan cair dan merosakkan

    pencetak.

    Teknik-teknik persembahan menggunakan transparensi.

    Teknik berperingkat-peringkat.

    Urutan Teknik ini hanya menggunakan sekeping kertas untuk diletakkandiatas lutsinar dan menariknya ke bawah secara beransur-ansur sehingga

    keseluruhan maklumat disampaikan kepada pelajar.

    Masking teknik ini digunakan dengan menutup bahagian yang belum

    dipaparkan kepada pelajar. Ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya

    kekeliruan pada pelajar dan juga memudahkan para pelajar memusatkanperhatian terhadap isi pelajaran yang sedang ditunjukkan sahaja. Dari masa

    ke semasa bahagian-bahagian lain yang ditutup akan dipaparkan secaraberperingkat. Bahagian yang telah diterangkan bolehlah ditutup semula.

    Tindah-Tindih (Overlay) Teknik ini menambahkan bahagian dengan

    menindih dengan lapisan transparensi lain untuk melengkapkan

    persembahan. Teknik ini diperkembangkan dengan pelbagai caraberdasarkan kreativiti guru.

    Pasang-tutup Teknik ini digunakan dengan memasang dan mematikansuis OHP pada ketika yang dirasakan bersesuaian. Misalnya untuk menarik

    perhatian pelajar kepada perkara atau isu yang hendak ditunjukkan, suis

    OHP dihidupkan. Sekiranya guru mahukan pelajar memberikan perhatianterhadap apa hendak guru perkatakan, suis OHP dimatikan.

    Menulis terus (Write On) Teknik ini sama seperti penggunaan papan

    pengajaran yang mana seseorang guru boleh terus menulis pada helaiantransparensi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

    Kelebihannya ialah guru dapat berhadapan dengan pelajar semasa menulis

    atau memberi penekanan terhadap sesuatu isi pelajaran yang dirasakanpenting.

    Teknik Pergerakan.

    Penunjuk (Pointer) Teknik ini menggunakan sebarang bahan legap

    seperti pen misalnya untuk dijadikan penunjuk. Penunjuk diletakkan di atastransparensi atau digerakkan mengikut keadaan. Teknik ini dapat

    membantu guru menunjukkan sesuatu aliran pergerakan secara perlahan-

    lahan.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 4 4

  • 8/2/2019 Modul 4 Teknik Penghasilan Lutsinar Dan Penggunaan OHP

    5/9

    Bentuk-bentuk potongan Bahan lutsinar atau bahan legap boleh

    digunakan dalam bentuk-bentuk tertentu. Selain dari itu, bahan-bahansebenar seperti daun, bulu ayam dan sebagainya juga dapat ditunjukkan

    untuk mengkaji bentuknya.

    Lutsinar Gulung Teknik ini menggunakan transparensi gulungyang dipasangkan kepada roller attachment pada mensin OHP.

    Wayang kulit Bahan diperbuat daripada kotak dan dipotongmengikut bentuk yang dikehendaki dan dipersembahkan menggunakan

    kaedah yang sama seperti pertunjukkan wayang kulit. Teknik ini sesuai

    bagi persembahan bagi sesi bercerita.

    Sangga Sangga digunakan untuk membuat pergerakan seperti

    jarum pada jam.

    Teknik Demonstrasi

    Penghabloran dan Medan Magnet - Pentas OHP boleh digunakan bagi

    menunjukkan eksperimen sains yang mudah seperti proses penghabloran di

    dalam bekas kaca atau pembentukan medan magnet dengan menggunakanlapisan asetat.

    Pergerakan Gelombang Pergerakan gelombang dapat ditunjukkandengan menggunakan bekas kaca yang mengandungi air. Pergerakan ombak

    juga dapat dilihat pada skrin secara berulang-ulang.

    Panduan Merekabentuk Maklumat pada Transparensi.

    Skrin yang ringkas.

    Secara amnya, sebuah skrin persembahan pengajaran sesuai

    memaparkan tidak lebih dari 15 baris teks dan satu grafik sahaja. Teks yang

    ditaip juga perlu dipecahkan kepada beberapa perenggan yang pendek.

    Pastikan juga jarak antara perenggan pertama dan kedua menggunakan 2jarak langkau.

    Penggunaan warna teks, saiz, font dan jarak langkau (spacing)

    Dalam memilih warna teks yang sesuai, pastikan anda memilih warna

    yang kontras dengan warna latar belakang skrin agar ianya akan dapatdilihat dengan jelas. Di antara warna yang dicadangkan ialah :

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 4 5

  • 8/2/2019 Modul 4 Teknik Penghasilan Lutsinar Dan Penggunaan OHP

    6/9

    Warna Latar Belakang Warna Teks yang sesuai

    Biru tua / Hitam Kuning / putihKuning Muda dan Tua Biru tua/ Hitam

    Hijau Muda Hitam / Biru Tua

    Pemilihan warna teks yang tidak sesuai ialah merah dan hijau. Warna

    ini kurang sesuai digunakan keranya ianya tidak dapat dilihat oleh pengguna

    yang rabun warna. Kombinasi warna yang paling selesa dilihat oleh mataterutama di waktu malam ialah:

    Warna Latar Belakang Warna Teks yang sesuaiHijau Putih

    Biru Putih

    Oleh kerana itulah, kebanyakkan papan tanda di jalan raya mempunyai

    kombinasi warna di atas.

    Pemilihan saiz dan jenis tulisan (font) juga penting kerana saiz tulisan

    yang terlalu kecil akan menyukarkan pengguna untuk membaca isipelajaran yang ingin diajar. Di samping itu penggunaan jenis tulisan yang

    terlalu berstail juga akan menyukarkan pengguna dalam membaca teks yangingin dipaparkan. Panduan dalam memilih saiz teks ialah:

    Times New Roman / Arial dengan 12 hingga 14 point

    Pemilihan spacing atau jarak langkau teks yang anda taip

    juga perlu diambilkira . Pilihlah jarak langkau yang sesuai seperti 1 , 1 dan 2. Jangan gunakan jarak langkau yang terlalu rapat atau terlalu jauh.

    Kedudukan teks di skrin.

    Kedudukan teks di skrin juga turut mempengaruhi kualiti persembahan

    anda. Dalam memaparkan teks, pastikan kedudukannya konsisten dantetap. Sekiranya ianya sering berubah-ubah kedudukan, maka pelajar akan

    lebih memberi penumpuan kea rah perubahan kedudukan paparan teks dari

    penukaran paparan isi pelajaran itu sendiri. Seharusnya persembahan

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 4 6

  • 8/2/2019 Modul 4 Teknik Penghasilan Lutsinar Dan Penggunaan OHP

    7/9

    membantu pelajar kea rah memberi penumpuan yang lebih kea rah

    penukaran isi pelajaran yang diajar di skrin dari factor lain.

    Jarak margin teks yang ditaip dari skrin juga perlulah sesuai. Pastikan

    teks yang ditaip tidak terlalu hamper atau jauh dengan sisi skrin. Dalam

    menentukan jarak margin ini, jangan terikut dengna jarak margin yang adadi dalam buku. Untuk persembahan, jarak margin yang sesuai ialah dalam

    julat 1 2 cm.

    Penggunaan tajuk dan nombor muka surat skrin.

    Bagi memudahkan seseorang guru ataupun pelajar mengesan

    dimanakah isi kandungan yang sedang dipersembahkan, adalah digalakkanpenggunaan tajuk dan nombor muka surat digunakan pada setiap helaian

    skrin.

    Penggunaan saiz tulisan yang pelbagai.

    Penggunaan saiz dan jenis tulisan yang pelbagai juga sesuaidigunakan untuk membantu pengguna dalam membezakan antara tajuk dan

    isi pelajran. Penggunaannya juga dapat menarik perhatian pengguna dan

    menjadikan skrin persembahan anda kelihatan lebih menarik. Walaupunbegitu, pastikan anda tidak menggunakan bilangan saiz dan jenis tulisan

    yang terlalu pelbagai di dalam persembahan anda. Bilangan maksimum

    empat jenis saiz dan jenis tulisan yang sesuai digunakan dalam satu skrinpaparan dicadangkan.

    Dalam menggunakan saiz tulisan dan jenis tulisan yang pelbagai

    pastikan ianya konsisten. Maksudnya di sini, semua tajuk besar akanmempunyai saiz dan jenis tulisan yang sama dan begitu juga untuk tajuk

    kecil dan isi pelajaran.

    Panduan Merekabentuk Maklumat pada Transparensi Secara Umum.

    Selain dari panduan-panduan merekabentuk maklumat yang telah dibincangkan, berikutdinyatakan juga panduan-panduan umum yang boleh diikuti bagi menghasilkan kepingan

    transparensi yang dapat membantu sesuatu persembahan atau pengajaran dan

    pembelajaran.

    Saiz huruf yang paling sesuai ialah 18 point atau lebih jika menggunakan computer

    dan jika menggunakan mata pen mekanikal saiz paling minimum ialah 0.5 mm dan

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 4 7

  • 8/2/2019 Modul 4 Teknik Penghasilan Lutsinar Dan Penggunaan OHP

    8/9

    bagi pembaris stensil pula 5 mm. Jangan gunakan huruf sambung seperti menulis

    di atas kertas kerana perkataan itu mungkin kecil dan tidak jelas apabila

    ditunjukkan ke atas layar.

    Jarak maksimum antara penonton dengan imej di layer ialah 8T iaitu 8 x tinggi imej

    yang ditayangkan.

    Gunakan huruf besar untuk tajuk atau label yang mengandungi kurang daripada

    lima patah perkataan. Jika lebih daripada lima, gunakan huruf kecil dan huruf besarapabila perlu.

    Luangkan jarak 1.5 kali lebar huruf m kecil di antara dua perkataan. Jarak diantara satu ayat dengan ayat yang berikutnya ialah 3 kali lebar huruf m kecil.

    Jarak di antara ayat/frasa di atas dengan ayat/frasa yang di bawahnya ialah lebih

    kurang 1.5 kali tinggi huruf kecil.

    Padankan warna huruf dengan warna latar belakang transparensi supaya mudahdibaca. Huruf berwarna cerah jika dipadankan dengan latar belakang yang gelap

    akan menghasilkan pandangan atau kebolehbacaan yang lebih jelas. Jika latar

    belakang transparensi itu cerah, maka huruf atau garisan yang ditulis atau dilukis

    hendaklah tebal dan gelap.

    Setiap keeping transparensi yang dihasilkan seharusnya menekankan prinsip

    kesederhanaan iaitu tidak terlalu banyak teks dan visual pada satu keping tidakmenimbulkan kekeliruan di kalangan penonton. Transparensi yang baik biasanya

    mempunyai satu idea dan idea ini mungkin boleh diperkembang melalui teknik

    berlapis.

    Transparensi berbentuk melintang adalah lebih baik dari berbentuk tegak kerana

    dapat mengurangkan kesan herotan baji dan darjah penglibatan menjadi lebih luasdan terang.

    Transparensi hendaklah dilekatkan ke atas bingkai kadbod atau bingkai lain yang

    sesuai supaya mudah diunjur, disusun, disimpan dan dikatalog.

    Hadkan nota-nota rajah kepada perkara yang mustahak sahaja. Terlalu banyak

    perkara disampaikan akan menjemukan pelajar.

    Hadkan satu tajuk di dalam sekeping transparensi. Jika perkara mengenai tajuk

    terlalu panjang gunakan beberapa transparensi bagi tajuk itu.

    Bezakan masa tayangan untuk setiap transparensi. Transparensi yang mengandungi

    penerangan yang mudah difahami bolehlah ditukar dengan cepat dan sebaliknya.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 4 8

  • 8/2/2019 Modul 4 Teknik Penghasilan Lutsinar Dan Penggunaan OHP

    9/9

    Gunakan teknik tindan-tindih untuk memisahkan bahagian-bahagian sesebuah tajuk

    yang kompleks.

    Gunakan dakwat kekal jika transparensi yang sama akan digunakan berulang kali.

    Lebih baik jika ilustrasi yang kompleks dilukiskan terlebih dahulu di atas kertas dankemudian ditekap ke lutsinar.

    Nombor transparensi yang akan digunakan mengikut susunannya untukmemudahkan penyampaian.

    Gunakan warna yang berlainan untuk memberikan tekanan ke atas perkara yangpenting.

    Galakkan penyertaan dan perbincangan yang aktif daripada pelajar.

    Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Hj. Harun & Zaidatun Tasir

    (2000). Teknologi Pendidikan dari yang tradisi kepada yang terkini. Skudai:

    Universiti Teknologi Malaysia.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 4 9