Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

18
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tajuk DUNIA PANGKALAN DATA Topik Pengenalan Kepada Pangkalan Data Masa Slot 4 A. Objektif Pada akhir sesi guru dapat: 1. Membanding beza data dan maklumat 2. Memberi pengertian dan kepentingan pangkalan data 3. Menstrukturkan kaedah penyimpanan data secara bermakna. 4. Menunjukkan secara grafik organisasi pangkalan data dan hirarki data. 5. Menyatakan fungsi dan memberi contoh-contoh DBMS B. Kandungan Pengajaran 1.Pengertian data dan maklumat. 2.Perkembangan pembangunan pangkalan data elektronik. 3.Pengunaan pangkalan data dalam .... 4.Rekabentuk pangkalan data 5.Organisasi Pangkalan Data 6.Fungsi dan contoh DBMS 1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Transcript of Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

Page 1: Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tajuk DUNIA PANGKALAN DATA

Topik Pengenalan Kepada Pangkalan Data

Masa Slot 4

A. ObjektifPada akhir sesi guru dapat:

1. Membanding beza data dan maklumat

2. Memberi pengertian dan kepentingan pangkalan data

3. Menstrukturkan kaedah penyimpanan data secara bermakna.

4. Menunjukkan secara grafik organisasi pangkalan data dan hirarki data.

5. Menyatakan fungsi dan memberi contoh-contoh DBMS

B. Kandungan Pengajaran1. Pengertian data dan maklumat.

2. Perkembangan pembangunan pangkalan data elektronik.

3. Pengunaan pangkalan data dalam ....

4. Rekabentuk pangkalan data

5. Organisasi Pangkalan Data

6. Fungsi dan contoh DBMS

1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 2: Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

PENGERTIAN DATA DAN MAKLUMAT

Secara ringkasnya, hubungan di antara data dan maklumat boleh digambarkan seperti rajah

di bawah.

2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Data

Markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk setiap murid di dalam satu kelas.

Data merupakan himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian, orang atau entiti yang terdiri daripada perkataan, angka atau gambar

Data boleh menjadi sesuatu fakta yang bermakna atau tidak bermakna sehingga fakta-fakta tersebut diproses.

Definisi Contoh

Maklumat merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisaan data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.

Maklumat yang dihasilkan ini lebih bermakna dan mudah untuk difahami.

Purata markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk satu kelas.

.

Maklumat

KutipSimpan ProsesSuntingSusun

Maklumat

DataData

Page 3: Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Contoh Perkaitan Data Dan Maklumat

3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Nama : Muhammad Irfan bin Azmi

Umur : 11 Tahun

Nombor Kad Pengenalan : 031024 – 14 – 4263

Tarikh Lahir : 24 Oktober 2003

Alamat : 45, Lorong Jaya 6, Taman Jaya Bandar Tun Razak 56000 Kuala Lumpur

MAKLUMAT MURID

45, Lorong Jaya 6Taman Jaya

Bandar Tun Razak56000 Kuala Lumpur

DATA

Muhammad Irfan bin Azmi

11

031024-14-426324 Oktober 2003

Page 4: Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

PANGKALAN DATAi. Pengenalan Pangkalan Data

ii. Sistem Fail

4 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Pangkalan data boleh diilustrasikan sebagai tempat pengumpulan dan penyimpanan data.

Pangkalan data ini boleh terbahagi kepada dua iaitu secara sistem fail atau secara elektronik.

Pangkalan data ini memudahkan data atau maklumat ini dicapai, diuruskan atau dikemaskini.

Sistem fail digunakan untuk menyimpan semua maklumat dalaman dan luaran yang

berkaitan dengan sesuatu projek, produk, tugas, pelanggan atau pekerja.

Penyimpanan fail bermula secara manual. Dalam sistem fail secara manual, data dan

maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas. Setiap fail dilabelkan dan disimpan bagi

tujuan mudah dicapai dan sebagai langkah keselamatan fail-fail tersebut

Kemudian diperkenalkan data dalam sistem berkomputer yang disimpan dengan

menggunakan sistem fail biasa.

Konsep pangkalan data timbul hasil daripada keperluan untuk membina sistem

pemprosesan data yang banyak bagi menyokong aplikasi-aplikasi di organisasi yang

memerlukannya.

Pangkalan data merupakan himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama

oleh pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat

sesebuah organisasi.

Page 5: Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

iii. Sistem Fail Biasa Secara Berkomputer

iv. Sistem Fail Secara Sistem Pengurusan Pangkalan Data

5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Hal Ehwal Murid

Ko-kurikulum

Kurikulukm

Sistem Hal Ehwal Murid

Guru

Kurikulukm

Fail Hal Ehwal Murid Data Disiplin

Data Bantuan

Data Murid

Sistem Ko-Kurikulum

Fail Ko-Kurikulum Data Sukan

Data Kelab

Data Murid

Sistem Maklumat murid

Fail Maklumat Murid Data Penjaga

Data Akademik

Data Murid

Hal Ehwal Murid

Ko-kurikulum

Kurikulukm

Guru

Kurikulukm

Sistem Hal Ehwal Murid

Sistem Ko-Kurikulum

Sistem Maklumat murid

Sistem Pengurusan Pangkanalan

Data Data Sukan

Data Kelab

Data Bantuan

Data Disiplin

Data Penjaga

Data Murid

Data Akademik

Page 6: Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Kelemahan Sistem Fail Secara Manual

Rekod sukar diubah

Memerlukan masa yang panjang untuk proses carian

Memerlukan lokasi penyimpanan fail yang besar

Kelemahan Sistem Fail Secara Berkomputer

Pengulangan Data Tiada kawalan pusat boleh menyebabkan data yang sama disimpan berulangkali

Data Lewah Data atau rekod yang sama disimpan dalam dua atau lebih fail

Ketidakselarasan Data Data dalam satu fail dikemaskini tanpa mengemaskini fail lain yang disimpan oleh jabatan lain.

Kawalan Data Yang Lemah

Terdapat jabatan yang mempunyai data yang tidak lengkap

Pengasingan Data Data disimpan berasingan menyukarkan proses penggabungan maklumat

Kebersandaran Format Data

Fail disimpan dalam format berlainan menyebabkan ia sukar untuk dikemas kini dan diproses

Kebaikan Sistem Fail Secara Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Mengelakkan pengulangan dan lewahan data

Keselarasan data lebih terjamin ahan data

Memudahkan kawalan dan perkongsian data ahan data

Capaian data lebih pantas dan tepat ahan data

Keselamatan data lebih terjamin

Kebebasan format data yang disimpan ahan data

Mampu menampung lebih ramai pengguna melalui capaian serentak ahan data

Page 7: Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Perkembangan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik

7 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Secara ringkasnya sejarah pembangunan sistem pengurusan pangkalan data secara elektronik ini boleh dibahagikan kepada 3 generasi.

Generasi pertama ini bermula sekitar tahun 1968 yang dikenali sebagai Information Management System (IMS) yang digunakan untuk projek pendaratan Apollo di bulan yang berasaskan kepada hirarki.

Generasi kedua merupakan penanda aras atau panduan kepada perisian-perisian sistem pangkalan data yang ada sekarang. Bahasa pertanyaan struktur (SQL) yang dibangunkan oleh IBM awal 1970-an juga menjadi perkara penting dalam generasi ini.

Generasi terkini telah berkembang bersama-sama dengan peningkatan penggunaan pengaturcaraan berorientasikan objek. Kemunculan sistem pangkalan data XML dan NoSQL menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem pangkalan data. Sistem pangkalan data XML merupakan sistem pangkalan data yang berorientasikan struktur dokumen. Sistem pangkalan data NoSQL pula merupakan sistem pangkalan data yang yang menyediakan mekanisma penyimpanan dan capaian semula data dan maklumat.

Page 8: Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

REKABENTUK DAN MODEL PANGKALAN DATARekabentuk pangkalan data merujuk kepada rekabentuk logikal struktur asas penyusunan

data untuk penyimpanan data.

Model pangkalan data merupakan model data yang menentukan struktur logikal bagaimana

data itu disimpan, disusun dan dikendalikan.

Terdapat beberapa model pangkalan data utama yang digunakan iaitu :

Model Hirarki (Hierarical Database Model)

Model Jaringan (Network Model)

Model Hubungan (Relational Model)

Model Hubungan Entiti (Entity-relational Model)

Pertimbangan dalam merekabentuk pangkalan dataTujuan pangkalan data

Perlu mengetahui apakah maklumat yang akan diproses oleh pangkalan data

tersebut. Ini bagi menentukan apakah subjek (entiti) dan fakta apa mengenai

subjek tersebut (atribut) yang perlu disimpan.

Apakah Itu Entiti Dan Atribut?

8 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Entiti Atribut

Suatu objek unik dan boleh

dikenal pasti dalam sesuatu

persekitaran seperti orang,

tempat atau benda yang boleh

dikutip dan disimpan sebagai

data.

Ciri-ciri yang menerangkan sesuatu entiti

Contoh:Entiti = MuridAtribut untuk Murid adalah seperti:

Nombor kad

pengenalan

Nama

Tarikh Lahir

Alamat

Kelas

Page 9: Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

9 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

AtributEntiti

Murid

Nombor kad pengenalan

Kelas

Alamat

Tarikh lahir

Nama

Page 10: Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

JENIS DATA

Organisasi Pangkalan Data

ORGANISASI PANGKALAN DATA

10 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Mengandungi data khusus yang meliputi gambar, suara dan data dari aplikasi lain.Contoh : Gambar murid, gambar guru dan lagu

OLE Object

Mengandungi data khusus untuk tarikh dan masa.Contoh : 4/17/14, 05:34:00 PM, Thursday, April 17, 2014

. Tarikh/Masa

Mengandungi angka yang khusus digunakan untuk membuat operasi matematik atau logik. Contoh : Markah Peperiksaan Penggal 1 Kelas 6A

Nombor

Mengandungi teks dan angka yang tidak digunakan untuk membuat operasi matematik atau logik. Contoh : Nama murid, nombor kad pengenalan dan umur

Teks

Di dalam pangkalan data, data-data akan disimpan dan direkod di dalam bentuk jadual

mengikut medan-medan yang telah ditentukan. Pangkalan data boleh terdiri daripada satu

atau lebih jadual. Gambar rajah di bawah adalah contoh jadual yang terdiri daripada

gabungan rekod dan medan.

Page 11: Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Berikut adalah istilah dan penerangan berkenaan Jadual, Rekod dan Medan.

Istilah Keterangan

Jadual Koleksi rekod-rekod yang berkaitan

Rekod Koleksi medan yang berkaitan dan dalam

jadual

Selalunya medan berada pada kedudukan

baris dijadual.

Medan Kombinasi satu atau lebih bait atau aksara

Setiap medan diwakili oleh lajur pada jadual

Medan merupakan unit terkecil dalam sistem

pangkalan data .

HIRARKI DATAHirarki data adalah sebuah piramid yang menunjukkan bagaimana data disusun dari unit

yang kecil kepada unit yang besar dan kemudian membentuk sebuah pangkalan data.

11 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 12: Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Gambar rajah di bawah menunjukkan perkaitan dan susunan data mengikut hirarki data.

12 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 13: Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

CIRI-CIRI PANGKALAN DATAPangkalan data mempunyai ciri-ciri dan keupayaan yang tertentu seperti dapat

mengemaskini, menyusun dan menapis maklumat yang dikehendaki. Lihat jadual di bawah.

Operasi Asas Kegunaan

Update (kemaskini) Proses untuk mengubah isi kandungan bagi rekod di

dalam fail/jadual. Proses ini mungkin menambah,

memadam atau mengubah isi kandungan rekod.

Insert (memasukkan) Proses untuk menambah rekod baru ke dalam fail/jadual.

Delete (memadam) Proses untuk mengeluarkan rekod daripada fail/jadual.

Sort (susun) Untuk menyusun rekod di dalam fail/jadual berdasarkan

kepada kriteria tertentu seperti susunan rekod mengikut

tarikh. Menyusun rekod mengikut urutan “ascending”

( A ke Z) dan “descending” ( Z ke A)

Filter ( tapis) Menapis satu atau lebih rekod dalam keadaan tertentu.

Sistem Pengurusan Pangkalan Data – Database Management System (DBMS)

13 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Sistem Pengurusan Pangkalan Data atau Database Management System (DBMS)

adalah satu sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta,

menyusun, mengemas kini, mengurus dan menyelenggara pangkalan data. DBMS

turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.

DBMS boleh dianggap sebagai antaramuka di antara pengguna dan pangkalan

data di mana ia membantu pengguna mencapai dan memanipulasikan data yang

disimpan di dalam pangkalan data.

Antara DBMS yang biasa digunakan ialah Microsoft Access, dBASE III Plus,

FoxBASE Plus, Oracle, MS SQL Server, SoftBASE, Clipper, Paradox

Page 14: Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Contoh-contoh Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Contoh-contoh Sistem Pengurusan Pangkalan Data

14 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 15: Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

15 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET