MODUL AKTIVITI 2 - Kertas muafakat pdf

2
[Modul Aktiviti 2– Kertas Muafakat] [missNadSMKLA2017] boleh rujuk FB Nad Zira untuk gambar yang lebih jelas @ blog - https://nad-zira.blogspot.my/2017/08/modul-aktiviti.html Aktiviti Kertas Muafakat Jangka masa 10 minit bagi 1 sesi Keperluan 1 helai kertas bagi 1 kumpulan 1 bilah gunting Kumpulan pelajar 1 kumpulan terdiri daripada maksimum 5 orang Langkah pelaksanaan 1) Guru mengedarkan 1 helai kertas A4 kepada setiap kumpulan. 2) Guru memberi 1 bilah gunting kepada setiap kumpulan. 3) Guru memberi arahan yang jelas berkenaan “Pastikan semua pelajar berada di dalam kertas tersebut. Hanya boleh menggunting tetapi tidak boleh putus atau apa jua kaedah asalkan menggunakan keseluruhan kertas tersebut”. 4) Pelajar akan memberikan idea mengikut kreativiti masing-masing dengan hanya menggunakan sehelai kertas dan sebilah gunting sebagai alatan. 5) Sekiranya terdapat kumpulan yang berjaya berada di dalam kertas tersebut, pastikan kertas itu tidak putus dan bertahan untuk masa yang difikirkan sesuai. 6) Mana-mana kumpulan yang berjaya berada di dalam kertas dengan sempurna, dikira sebagai pemenang. Langkah keselamatan Pastikan para pelajar berhati-hati ketika menggunakan gunting ; elakkan pelajar daripada bermain-main atau bergurau semasa menggunakan alatan tajam. Peranan guru sebagai pemerhati dan pembimbing ; kawalan pergerakan pelajar yang aktif diberi perhatian bagi mengelakkan sentuhan yang melampau terutamanya antara lelaki dan perempuan. Elakkan lelaki dan dalam satu kumpulan bagi menjaga batas pergaulan. [mengikut budi bicara guru] Cadangan aktiviti tambahan Guru boleh menambah jumlah pelajar bagi setiap kumpulan contohnya 10 orang bagi memberi ruang kepada pelajar berfikir cara guntingan yang baik dan konsep bulatan dengan lebih jelas. Nilai dan sikap Kerjasama Inkuiri Kreatif Contoh

Transcript of MODUL AKTIVITI 2 - Kertas muafakat pdf

Page 1: MODUL AKTIVITI 2 - Kertas muafakat pdf

[Modul Aktiviti 2– Kertas Muafakat]

[missNadSMKLA2017] boleh rujuk FB Nad Zira untuk gambar yang lebih jelas @ blog - https://nad-zira.blogspot.my/2017/08/modul-aktiviti.html

Aktiviti Kertas Muafakat

Jangka masa 10 minit bagi 1 sesi

Keperluan 1 helai kertas bagi 1 kumpulan

1 bilah gunting

Kumpulan pelajar 1 kumpulan terdiri daripada maksimum 5 orang

Langkah pelaksanaan

1) Guru mengedarkan 1 helai kertas A4 kepada setiap kumpulan. 2) Guru memberi 1 bilah gunting kepada setiap kumpulan. 3) Guru memberi arahan yang jelas berkenaan

“Pastikan semua pelajar berada di dalam kertas tersebut. Hanya boleh menggunting tetapi tidak boleh putus atau apa jua kaedah asalkan menggunakan keseluruhan kertas tersebut”.

4) Pelajar akan memberikan idea mengikut kreativiti masing-masing dengan hanya menggunakan sehelai kertas dan sebilah gunting sebagai alatan.

5) Sekiranya terdapat kumpulan yang berjaya berada di dalam kertas tersebut, pastikan kertas itu tidak putus dan bertahan untuk masa yang difikirkan sesuai.

6) Mana-mana kumpulan yang berjaya berada di dalam kertas dengan sempurna, dikira sebagai pemenang.

Langkah keselamatan

Pastikan para pelajar berhati-hati ketika menggunakan gunting ; elakkan pelajar daripada bermain-main atau bergurau semasa menggunakan alatan tajam.

Peranan guru sebagai pemerhati dan pembimbing ; kawalan pergerakan pelajar yang aktif diberi perhatian bagi mengelakkan sentuhan yang melampau terutamanya antara lelaki dan perempuan. Elakkan lelaki dan dalam satu kumpulan bagi menjaga batas pergaulan. [mengikut budi bicara guru]

Cadangan aktiviti tambahan

Guru boleh menambah jumlah pelajar bagi setiap kumpulan contohnya 10 orang bagi memberi ruang kepada pelajar berfikir cara guntingan yang baik dan konsep bulatan dengan lebih jelas.

Nilai dan sikap Kerjasama

Inkuiri

Kreatif

Contoh

Page 2: MODUL AKTIVITI 2 - Kertas muafakat pdf

[Modul Aktiviti 2– Kertas Muafakat]

[missNadSMKLA2017] boleh rujuk FB Nad Zira untuk gambar yang lebih jelas @ blog - https://nad-zira.blogspot.my/2017/08/modul-aktiviti.html

Hujung kiri

dan kanan

tidak perlu

gunting

Langkah gunting Pastikan guru tidak memberitahu jawapan terlebih dahulu. Biarkan pelajar berfikir dan menggunakan kreativiti sendiri terlebih dahulu. Aktiviti lebih menarik dan gembira dengan kerenah pelajar.

1. Lipat kertas A4 kepada 2 bahagian.

2. Gunting bahagian yang berlipat dengan saiz yang sama bagi setiap anggaran 2cm.

3. Untuk mendapat bulatan yang besar, saiz guntingan akan menjadi lebih kecil contonya 1cm.

4. Seterusnya gunting pada bahagian lipatan terbuka pada tengah-tengah guntingan sebentar tadi.

5. Gunting pada hujung kertas lipatan bagi setiap guntingan kecil.

6. Lebarkan kertas A4 tersebut untuk membentuk satu bulatan yang kreatif.