Modul AKTIVITI

8
MODUL PROGRAM BAKTI SISWA USM- BATU MAUNG BAKTISISWA KAMPUNG BATU MAUNG SERI NARAN, PULAU PINANG SEKRETARIAT RAKAN MUDA DENGAN KERJASAMA SEKRETARIAT MY AGROSIS PADA : AHAD 13/12/2015 TEMPAT: KG SERI NARAN, BATU MAUNG, PULAU PINANG WAKTU: 7.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

description

modul aktiviti untuk proposal work

Transcript of Modul AKTIVITI

Page 1: Modul AKTIVITI

MODUL PROGRAM BAKTI SISWA USM- BATU MAUNG

BAKTISISWA KAMPUNG BATU MAUNG SERI NARAN, PULAU PINANG

SEKRETARIAT RAKAN MUDA DENGAN KERJASAMA SEKRETARIAT MY AGROSIS

PADA : AHAD 13/12/2015

TEMPAT: KG SERI NARAN, BATU MAUNG, PULAU PINANG

WAKTU: 7.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Page 2: Modul AKTIVITI

Hari AHAD ( 13/12/2015 )

Jam 8.15-9.15 pagi

Nama Aktiviti : 1. Senamrobik dan sukaneka bersama penduduk kampung Seri Naran.

Kumpulan Sasar: 35 Peserta Baktisiswa USM dan Masyarakat Kampung Seri Naran

Bil. Perkara Huraian1. Tujuan Supaya peserta dapat bersama bersukan dan bermesra untuk

mengeratkan hubungan silahturahim antara peserta bakti siswa USM dengan masyarakat kampung Seri Naran, Batu Maung.

2. Objektif 1) Memastikan peserta bersama-sama bersenamrobik bersama masyarakat kampung.

2) Mengeratkan hubungan silahturahim antara pelajar usm dengan masyarakat kampung Seri Naran, Batu Maung.

3. Ringkasan Aktiviti 1)Setiap peserta dan masyarakat kampung Seri Naran akan berkumpul di padang Kampung Seri Naran, Batu Maung.Senamrobik dan sukaneka akan dipimpin oleh wakil pelajar USM. Senamrobik akan dijalankan dengan dipimpin oleh wakil pelajar USM diikuti lagu untuk menyemarakan semangat ketika bersenamrobik.

2)Sukaneka bersama masyarakat kampung akan dijalankan selepas senamrobik.

4. Jangka masa /Tempoh 1 jam5. Peralatan/

KelengkapanSpeaker

6. Hasil Pengajaran dan Pembelajaran

1) Peserta dapat mengeratkan hubungan silahturahim dan bermesra bersama orang kampung.

2) Peserta dapat bersukan bersama-sama orang kampung.

7. Langkah/Kaedah Perlaksanaan

1) Peserta akan bersama orang kampung di padang Kampung Seri Naran, Batu Maung..

2) Senamrobik dan sukaneka akan dijalankan oleh wakil pelajar usm yang telah ditetapkan.

Page 3: Modul AKTIVITI

Nama Aktiviti 2 : Gotong-Royong Bersama Prnduduk Kampung Seri Naran, Batu Maung.

Jam 9.15-11.00 Pagi

Kumpulan Sasar : 35 Peserta Bakti Siswa USM dan Penduduk Kg Seri Naran Batu Maung.

Bil. Perkara Huraian1. Tujuan Mengukuhkan semangat bergotong-royong dalam kalangan

penduduk kampung bersama peserta bakti siswa USM.2. Objektif 1)Mengeratkan hubungan silahturahim antara penduduk

kampung dengan peserta bakti siswa USM.2)Memupuk semangat bergotong-royong dalam kalangan peserta bakti siswa USM dengan penduduk kampung..

3. Ringkasan Aktiviti Peserta dan penduduk kampung akan bersama-sama membersihkan kawasan sekitar kawasan surau. Aktiviti gotong-royong dibantu dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang bagi memudahkan pinjaman urusan peralatan untuk membuat gotong-royong.

4. Jangka masa /Tempoh 2 jam5. Peralatan/

Kelengkapan-

6. Hasil Pengajaran dan Pembelajaran

1)Peserta dapat memberi khidmat bakti kepada penduduk kampung Seri Naran,Batu Maung, Pulau Pinang.

2)Dapat menyemarakkan semangat bergotong-royong antara peserta bakti siswa USM dengan penduduk kampung.

3)Membolehkan kawasan sekitar surau kelihatan bersih dan cantik.

7. Langkah/Kaedah Perlaksanaan

1)Peserta bakti siswa USM dan penduduk kampung akan diagihkan tugas untuk membersihkan kawasan sekitar surau Batu Maung.2)Segala peralatan membersihkan kawasan sekitar surau Batu Maung, disediakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Page 4: Modul AKTIVITI

Nama Aktiviti 3: Kursus Asas Penanaman Cendawan

Jam 11.00-1.00 petang

Kumpulan Sasar :Penduduk Kampung Seri Naran, Batu Maung, Pulau Pinang

Bil. Perkara Huraian1. Tujuan Untuk memberi pendedahan kepada penduduk setempat tentang

cara-cara asas penanaman cendawan dan kebaikannya.2. Objektif 1)Membuka mata penduduk setempat tentang kelebihan menanam

cendawan.

2)Memberikan tunjuk ajar secara teori dan praktikal cara untuk penanaman cendawan.

3)Menjadikan penanaman cendawan sebagai pendapatan sampingan penduduk setempat.

3. Ringkasan Aktiviti Penerangan penanaman cendawan secara teori dan praktikal oleh penceramah jemputan(wakil pelajar USM).

4. Jangka masa /Tempoh 2 jam5. Peralatan/ Kelengkapan Alat tulis (Fail, Buku Catatan, Nota)

Bongkah CendawanSerbuk Kayu+Kapur+Dedak Padi

6. Hasil Pengajaran dan Pembelajaran

1)Penduduk setempat dapat mengetahui cara-cara penanaman cendawan dengan jelas.

2)Penduduk setempat dapat mengaplikasikan ilmu teknik dan perkara asas dalam penanaman cendawan.

3)Penduduk setempat yang berminat akan penanaman cendawan tahu rujukan dan sumber untuk bertanyakan soalan dan pendapat.

7. Langkah/Kaedah Perlaksanaan

1)Penceramah(Wakil pelajar USM) akan memberikan penerangan secara teori terlebih dahulu tentang penanaman cendawan.

2)Pada peringkat teori, peserta diberi penerangan tentang penanaman cendawan tiram kelabu, cara penyediaan bongkah, penerangan mengenai kawalan penyakit, pemasaran dan jenis-jenis cendawan yang berpotensi serta cara-cara menjaga cendawan tersebut.

3)Peringkat praktikal melibatkan aktiviti seperti 'hand-on' iaitu proses pembancuhan/pergaulan media iaitu habuk kayu, dedak, kapur dan sedikit air.1) Seterusnya, proses diteruskan dengan memasukkan benih ke

dalam beg media. Kemudian, proses penuaian hasil ditunjukkan kepada peserta.

2) Sesi soal-jawab dibuka untuk kedua-dua peringkat teori dan praktikal untuk menjelaskan keraguan yang timbul.

Page 5: Modul AKTIVITI

Nama Aktiviti 4 : Kenduri Sekampung

Jam 11.00- 1.00 petang

Kumpulaan sasar: 35 Peserta Bakti Siswa USM dan Penduduk kampung Seri Naran, Batu Maung Pulau Pinang.

Bil. Perkara Huraian1. Tujuan Untuk mengeratkan hubungan silahturahim antara pelajar

USM dengan masyarakat kampung Seri Naran melalui usaha menjalankan aktivit bergotong royong menyiapkan juadah makan tengahari.

2. Objektif 1)Mengikat semangat bergotong-royong dalam kalangan pelajar USM.

2)Membolehkan pelajar merasai pengalaman bergotong royong bersama masyarakat Seri Naran.

3)Menjamu selera bersama-sama masyarakat Kampung Seri Naran.

3. Ringkasan Aktiviti Pelajar USM akan bersama masyarakat kampung Seri Naran menyiapkan juadah makan tengahari.

4. Jangka masa /Tempoh 2 jam5. Peralatan/

KelengkapanBeras, gula, kobis, ayam, serbuk kari dan peralatan memasak yang lain-lain.

6. Hasil Pengajaran dan Pembelajaran

1)Penduduk setempat dan pelajar USM dapat mengeratkan hubungan silahturahim melalui aktiviti bergotong – royong menyiapkan jamuan makan tengahari.

2)Pelajar dapat memberi khidmat bakti dan merasai pengalaman bergotong-royong bersama masyarakat kampung Seri Naran.

7. Langkah/Kaedah Perlaksanaan

1)Pelajar dan masyarakat Kampung akan diagihkan untuk menyiapkan tugasan masing-masing.2) Juadah makan tengahari akan dimakan bersama-sama penduduk kampung dan pelajar USM.

Page 6: Modul AKTIVITI

Nama Aktiviti : 5 Menyelesaian Masalah Dalam Pembelajaran Terutama Dalam Subjek Bahasa Inggeris

Jam: 2.45 - 4.45 Petang

Kumpulan Sasar: 35 Peserta Baktisiswa USM – 50 Adik angkat dari Kampung Batu Maung.

Bil. Perkara Huraian1. Tujuan Memberi pemahaman yang jelas kepada adik-adik angkat dalam subjek

bahasa Inggeris dan subjek Matematik.2. Objektif 1) Membantu adik-adik angkat memahami sesuatu topik yang tidak

dikuasi dengan mendapat bimbingan daripada fasilitator yang telah ditetap.

2) Memupuk semangat suka bertanya apabila tidak memahami sesuatu subjek yang dipelajari.

3) Meningkatkan motivasi belajar melalui cara yang mudah untuk menyelesaikan latihan yang diberikan oleh guru-guru.

4) Menjelaskan kepentingan memyelesaikan latihan yang diberikan oleh guru-guru.

3. Ringkasan Aktiviti Aktiviti ini dijalankan di sekitar kawasan surau Kampung Seri Naran, Batu Maung, Pulau Pinang. Fasilitator akan membantu adik-adik menyelesaikan tugasan yang telah disediakan melalui latihan dalam kumpulan. Fasilitator dikehendaki menjelaskan kepada adik-adik angkat langkah terbaik untuk memahami sesuatu subjek dan berkongsi teknik menjawab soalan peperiksaan.

4. Jangka masa /Tempoh 1 jam45 minit

5. Peralatan/ Kelengkapan Kertas majong,marker,pensil,selitep6. Hasil Pengajaran dan

Pembelajaran1) Membantu adik-adik angkat memahami dengan jelas dlam subjek

Bahasa Inggeris dan sbjek Matematik.2) Membolehkan peserta memahami subjek yang masih tidak dikuasai

dengan cara yang mudah.3) Peserta dapat mengetahui tips untuk menjawab soalan peperiksaan.4) Meningkatkan motivasi peserta melalui sokongan padu yang

diberikan oleh fasilitator semasa menyiapkan latihan kerja sekolah.7. Langkah/Kaedah

Perlaksanaan1) Peserta akan dibahagikan dalam kumpulan kecil dengan memdapat bimbingan daripada fasilitator daripada pelajar USM.2) Peserta dikehendaki menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh fasilitaor.3) Adik-adik angkat dikehendaki menanyakan sebanyak mungkin soalan kepada fasilitator tentang subjek yang tidak dikuasai.3) Fasilitator dikehendaki menjelaskan kepada adik-adik angkat cara terbaik menyelesaikan masalah yang dihadapi.4) Adik-adik angkat dikehendaki memberi tumpuan sepenuhnya semasa penjelasan fasilitator sedang dijalankan.5) Fasilitator dikehendaki berkongsi pengalaman mengenai tips terbaik untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

Page 7: Modul AKTIVITI

Nama Aktiviti 6 : Majlis Penutup Program Bakti Siswa Usm-Batu Maung

Jam 5.00 petang

Kumpulan Sasar : 35 Peserta Bakti Siswa USM dan Keluarga Angkat daripada penduduk Kg Seri Naran Batu Maung.

Bil. Perkara Huraian1. Tujuan Menghargai pengorbanan dan kesudian penduduk kampung

menerima kedatangan peserta bakti siswa USM ke Kampung Seri Naran,Batu Maung, Pulau Pinang.

2. Objektif 1)Mengeratkan hubungan silahturahim antara penduduk kampung dengan peserta bakti siswa USM.

3. Ringkasan Aktiviti Peserta bakti siswa USM dan keluarga angkat daripada penduduk kampung bersama-sama hadir dalam program penutupan Program Bakti Siswa USM-Batu Maung.

4. Jangka masa /Tempoh 1jam5. Peralatan/

Kelengkapan Cenderamata kepada keluarga angkat Dan VIP yang hadir.

6. Hasil Pengajaran dan Pembelajaran

1)Peserta dapat mengucapkan ucapan terima kasih kepada kelurga angkat masing-masing.2)Dapat mengeratkan lagi hubungan silahturahim pada masa akan datang.

7. Langkah/Kaedah Perlaksanaan

1)Peserta bakti siswa USM akan duduk bersama dengan keluarga angkat pada majlis penutupan Program Bakti Siswa USM-BATU MAUNG.2)Ucapan akan disampaikan oleh Pengarah Projek Bakti Siswa USM- Batu Maung, Ketua Kampung Seri Naran, Batu Maung, dan VIP dari Pihak USM.3) Peserta Bakti Siswa USM dan keluarga angkat serta vip bersama-sama dalam sesi bergambar untuk tanda kenang-kenangan.