Modul Berhenti Merokok_web (1)

download Modul Berhenti Merokok_web (1)

of 45

  • date post

    01-Jul-2015
  • Category

    Documents

  • view

    474
  • download

    1

Embed Size (px)

Transcript of Modul Berhenti Merokok_web (1)

Halaman

Pengenalan Panduan Menggunakan Modul Objektif Kumpulan Sasar Unit Pengajaran Panduan Menjalankan Sesi Pengajaran Unit 1 Unit 2 Unit 3 Unit 4 Membuat Keputusan Untuk Berhenti Merokok Persediaan Untuk Berhenti Merokok Mulakan Berhenti Merokok Mengekalkan Status Tidak Merokok

1 4 4 4 4 5 6 17 23 38

PENGENALANi Malaysia, setiap satu kematian daripada lima kematian adalah akibat daripada merokok. Merokok merupakan penyebab utama kematian awal yang mampu diubah. Merokok menyumbang kepada anggaran kehilangan 120,000 tahun kehidupan berpotensi. Dianggarkan seramai 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat merokok. Penyelidikan dan kajian pada awal tahun 1950-an dan 1960-an telah mengumpulkan banyak bukti epidemiologi berkaitan dengan impak merokok terhadap kesihatan. Penyelidikan cohort studies, case studies dan sumber data-data yang lain telah menghasilkan bukti-bukti yang konsisten dan meyakinkan tentang hubungkait penggunaan tembakau dan merokok dengan penyakit-penyakit pulmonari dan kardiovaskular yang serius serta kaitannya dengan penyakit-penyakit neoplastik.

D

Terdapat penurunan kadar merokok dan penggunaan hasil tembakau di negaranegara maju. Di Amerika Syarikat, sebagai contoh prevalen merokok di kalangan penduduk Amerika telah menurun dari 40% pada tahun 1964 ke 23% pada tahun 1997. Sebaliknya keadaan semasa menunjukkan peningkatan kadar atau prevalen merokok dan penggunaan hasil tembakau di negara-negara miskin dan sedang membangun termasuk Malaysia. Di Malaysia, prevalen merokok di kalangan orangorang dewasa yang berumur 15 tahun ke atas telah meningkat dari 21% pada 1985 ke 31% pada tahun 2000. Terdapat 49% lelaki dewasa dan 5% wanita dewasa yang masih merokok dan daripada jumlah mereka yang berumur 15 tahun ke atas yang merokok, 90% terdiri daripada golongan lelaki. Dengan meningkatnya jumlah1

penduduk, sudah tentu jumlah perokok juga akan bertambah. Separuh daripada perokok hari ini akhirnya akan mati akibat daripada kesan-kesan atau impak merokok ke atas kesihatan. Adalah dianggarkan kematian yang disebabkan oleh kesan merokok akan meningkat 3 kali ganda untuk 3 dekad yang akan datang iaitu daripada 10,000 pada tahun 1998 kepada 30,000 pada tahun 2030. Walau bagaimanapun hasil daripada aktiviti-aktiviti anti merokok yang intensif sejak tahun 1991 melalui Kempen Cara Hidup Sihat Kebangsaan, tahap kesedaran tentang bahaya merokok di kalangan orang awam yang merokok dan yang tidak merokok telah meningkat. Sebanyak 40% daripada mereka yang sedang merokok telah cuba untuk berhenti merokok dengan sendiri, tetapi malangnya kebanyakan mereka telah gagal berbuat demikian. Kita semua tahu yang tabiat merokok adalah satu tabiat yang sukar dihentikan dan hanya segelintir sahaja perokok yang berjaya dalam cubaan untuk berhenti merokok secara sendiri. Selain keinginan dan kekuatan individu, banyak negara telah membuktikan bahawa anggota kesihatan boleh berperanan secara aktif dalam membantu perokok untuk membebaskan diri perokok daripada ketagihan melalui program-program berhenti merokok yang terancang. Kajian telah menunjukkan bahawa nasihat ringkas namun tegas daripada pengamal perubatan, dengan dibantu oleh bahan-bahan bacaan pendidikan kesihatan, urusan bagi lawatan susulan telah menghasilkan kadar berhenti merokok sebanyak 5%. Ini bersamaan dengan 25 orang bekas perokok bagi setiap pengamal perubatan. Hasil kajian lain juga menunjukkan bahawa intervensi yang lebih intensif dengan sokongan farmakoterapi akan menghasilkan kejayaan berhenti merokok yang lebih baik. Kementerian Kesihatan mengenalpasti keperluan pengamal perubatan dan profesional kesihatan yang lain agar terlibat dalam program berhenti merokok. Dengan adanya modul latihan ini diharap dapat membantu para profesional dalam bidang kesihatan untuk menubuhkan dan memberi perkhidmatan berhenti merokok di Pusat Promosi Kesihatan Komuniti dan seterusnya mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti penyakit-penyakit yang merupakan komplikasi akibat merokok.

2

Kaedah berhenti merokok merupakan satu strategi yang kos efektif dan berkesan untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti akibat penyakit yang ada kaitan dengan penggunaan tembakau (CDC, 1984). Malang sekali, bukan mudah untuk berhenti merokok. Dilema yang dihadapi oleh perokok yang ingin berhenti merokok ialah kegagalan mereka untuk berhenti merokok (CDC, 1990-1991; Hatziandreu (et al., 1990). Ini jelas menunjukkan yang merokok bukanlah sekadar tabiat yang buruk tetapi merupakan masalah yang jauh lebih serius lagi. Merokok sebagai ketagihan merupakan fakta yang telah diterima. Dalam masa beberapa tahun sahaja, dengan merokok setiap hari seseorang itu akan bergantung (dependent) kepada rokok sama ada secara fizikal ataupun psikologi. Menurut Piccittio, (1998) terdapat reseptor nikotina di bahagian hipokampus otak yang terlibat dengan pembelajaran dan ingatan, juga di bahagian otak yang berperanan dalam emosi. Kebanyakan perokok telah cuba untuk berhenti merokok di suatu ketika di dalam hidup mereka. Mengikut Fiore (et al.), 1995 kebarangkalian kejayaan berhenti merokok pada cubaan tanpa bantuan adalah 1 dalam 100 dan didapati 98% daripada mereka kembali merokok. Maka tidak hairanlah jika kita dapati perokok yang terlibat masih berada dalam kitaran iaitu sekejap merokok sekejap berhenti. Kita mempunyai bukti yang menunjukkan bahawa rawatan ketagihan nikotina merupakan suatu strategi yang berkesan. Oleh itu, adalah perlu bagi kita memastikan keberkesanan dan kejayaan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) ini dengan melatih anggota kesihatan untuk tujuan tersebut.

3

PANDUAN MENGGUNAKAN MODULModul Berhenti Merokok ini dihasilkan berpandukan kepada beberapa rujukan dan bahan-bahan yang sedia ada yang dihasilkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dengan membuat beberapa olahan dan penambahan kepada modul yang sedia ada.

OBJEKTIFOBJEKTIF UMUM Untuk membantu perokok yang ingin berhenti merokok serta melakukannya dengan cara yang berkesan dan dapat mengekalkan status tidak merokok. OBJEKTIF KHUSUS Klien akan didedahkan dengan beberapa maklumat seperti epidemiologi penggunaan tembakau dan impaknya terhadap kesihatan, program kawalan tembakau, masalah ketagihan, bantuan yang dapat diberikan untuk berhenti merokok dan sebagainya dengan harapan klien akan dapat: i) Membuat keputusan untuk berhenti merokok. ii) Membuat persediaan berhenti merokok. iii) Berhenti merokok. iv) Mengekalkan status untuk tidak merokok.

KUMPULAN SASARModul ini adalah untuk panduan dan rujukan anggota kesihatan di Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) bagi menjalankan aktiviti-aktiviti membantu perokok untuk berhenti merokok. Perokok yang menjadi klien dalam modul ini terdiri daripada mereka yang berhasrat untuk berhenti merokok, perokok yang masih belum berhasrat untuk berhenti merokok dan perokok yang telah cuba berhenti merokok tetapi gagal.

UNIT PENGAJARANUnit 1: Membuat Keputusan Untuk Berhenti Merokok Perokok yang melalui modul ini akan didedahkan kepada epidemiologi penggunaan hasil tembakau dan impak terhadap kesihatan dan situasi masalah merokok di dunia dan di Malaysia. Perokok juga didedahkan tentang kesan-kesan tabiat merokok kepada manusia khususnya ke atas kesihatan mereka. Melalui unit pengajaran ini, perokok-perokok akan membuat keputusan untuk berhenti merokok. Unit 2: Persediaan Untuk Berhenti Merokok Unit ini adalah untuk memperkukuhkan keputusan yang telah dibuat oleh perokok dan seterusnya membuat persediaan untuk berhenti merokok. Kandungan unit ini berkaitan risiko-risiko kematian akibat merokok dan menerangkan faedah-faedah berhenti merokok.4

Unit 3: Mulakan Berhenti Merokok Dalam unit ini, perokok-perokok akan diberi panduan dan tunjuk ajar cara-cara berhenti merokok dengan teratur menggunakan beberapa bantuan bahan pengajaran serta penjelasan penggunaan kaedah terapi penggantian nikotina. Unit 4: Mengekalkan Status Tidak Merokok Modul ini membantu perokok yang telah cuba berhenti merokok tetapi mengalami kegagalan dengan mencuba teknik-teknik tertentu agar terus tidak merokok.

PANDUAN MENJALANKAN SESI PENGAJARANi) Perokok yang mengikuti sesi pengajaran adalah terdiri daripada perokok yang ingin berhenti merokok, perokok yang belum berhasrat untuk berhenti merokok dan perokok yang telah berhenti merokok tetapi menemui kegagalan. Perokok perlu melalui beberapa sesi perjumpaan dengan anggota kesihatan dengan mengikuti unit pengajaran yang ditetapkan. Jika terdapat individu atau sekumpulan perokok yang telah membuat keputusan untuk berhenti merokok, mereka boleh terus mengikuti Unit 3 atau memulakan dengan Unit 1. Unit-unit pengajaran ini boleh diulangi berdasarkan kepada teori kitaran perubahan tingkah laku penagihan (Prochaskas Transtheoretical Model) yang dilalui oleh perokok. Sesi pengajaran boleh diadakan secara berkumpulan atau individu bergantung sambutan perokok yang datang mendapatkan khidmat berhenti merokok atau dirujuk ke PPKK. Anggota-anggota kesihatan boleh menggunakan bahan-bahan pengajaran / bahan pendidikan yang telah disediakan. Pelbagai kaedah pengajaran dapat digunakan mengikut kesesuaian, keperluan individu dan kemampuan anggota kesihatan. Antara kaedah yang boleh digunakan termasuklah ceramah, perbincangan kumpulan berfokus, sesi demonstrasi, menonton video, sesi perjumpaan sesama perokok, kaunseling secara kumpulan atau individu, khidmat nasihat, perbincangan kumpulan kecil dengan menggunakan role model dan kem-kem.

ii)

iii)

iv) v)

5

PENDAHULUANMelalui modul ini klien akan didedahkan kepada epidemiologi penggunaan tembakau dan impak kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan tembakau. Secara dasarnya statistik-statistik berkaitan situasi semasa penggunaan tembakau di peringkat global dan situasi di Malaysia akan didedahkan kepada klien. Ini akan memberikan mereka gambaran yang jelas tentang masalah dan akibat penggunaan tem