Modul Berhenti Merokok_web

45

Transcript of Modul Berhenti Merokok_web

Page 1: Modul Berhenti Merokok_web

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 1

Page 2: Modul Berhenti Merokok_web

Halaman

Pengenalan 1

Panduan Menggunakan Modul 4

Objektif 4

Kumpulan Sasar 4

Unit Pengajaran 4

Panduan Menjalankan Sesi Pengajaran 5

Unit 1 - Membuat Keputusan Untuk Berhenti Merokok 6

Unit 2 - Persediaan Untuk Berhenti Merokok 17

Unit 3 - Mulakan Berhenti Merokok 23

Unit 4 - Mengekalkan Status Tidak Merokok 38

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 2

Page 3: Modul Berhenti Merokok_web

1

PENGENALAN

Di Malaysia, setiap satu kematian daripada lima kematian adalah akibatdaripada merokok. Merokok merupakan penyebab utama kematian awalyang mampu diubah. Merokok menyumbang kepada anggaran kehilangan

120,000 tahun kehidupan berpotensi. Dianggarkan seramai 10,000 rakyat Malaysiamati setiap tahun akibat merokok. Penyelidikan dan kajian pada awal tahun 1950-andan 1960-an telah mengumpulkan banyak bukti epidemiologi berkaitan denganimpak merokok terhadap kesihatan. Penyelidikan “cohort studies”, “case studies” dansumber data-data yang lain telah menghasilkan bukti-bukti yang konsisten danmeyakinkan tentang hubungkait penggunaan tembakau dan merokok denganpenyakit-penyakit pulmonari dan kardiovaskular yang serius serta kaitannya denganpenyakit-penyakit neoplastik.

Terdapat penurunan kadar merokok dan penggunaan hasil tembakau di negara-negara maju. Di Amerika Syarikat, sebagai contoh prevalen merokok di kalanganpenduduk Amerika telah menurun dari 40% pada tahun 1964 ke 23% pada tahun1997. Sebaliknya keadaan semasa menunjukkan peningkatan kadar atau prevalenmerokok dan penggunaan hasil tembakau di negara-negara miskin dan sedangmembangun termasuk Malaysia. Di Malaysia, prevalen merokok di kalangan orang-orang dewasa yang berumur 15 tahun ke atas telah meningkat dari 21% pada 1985ke 31% pada tahun 2000. Terdapat 49% lelaki dewasa dan 5% wanita dewasa yangmasih merokok dan daripada jumlah mereka yang berumur 15 tahun ke atas yangmerokok, 90% terdiri daripada golongan lelaki. Dengan meningkatnya jumlah

1

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 1

Page 4: Modul Berhenti Merokok_web

2

penduduk, sudah tentu jumlah perokok juga akan bertambah. Separuh daripadaperokok hari ini akhirnya akan mati akibat daripada kesan-kesan atau impakmerokok ke atas kesihatan. Adalah dianggarkan kematian yang disebabkan olehkesan merokok akan meningkat 3 kali ganda untuk 3 dekad yang akan datang iaitudaripada 10,000 pada tahun 1998 kepada 30,000 pada tahun 2030.

Walau bagaimanapun hasil daripada aktiviti-aktiviti anti merokok yang intensif sejaktahun 1991 melalui Kempen Cara Hidup Sihat Kebangsaan, tahap kesedarantentang bahaya merokok di kalangan orang awam yang merokok dan yang tidakmerokok telah meningkat. Sebanyak 40% daripada mereka yang sedang merokoktelah cuba untuk berhenti merokok dengan sendiri, tetapi malangnya kebanyakanmereka telah gagal berbuat demikian.

Kita semua tahu yang tabiat merokok adalah satu tabiat yang sukar dihentikan danhanya segelintir sahaja perokok yang berjaya dalam cubaan untuk berhenti merokoksecara sendiri. Selain keinginan dan kekuatan individu, banyak negara telahmembuktikan bahawa anggota kesihatan boleh berperanan secara aktif dalammembantu perokok untuk membebaskan diri perokok daripada ketagihan melaluiprogram-program berhenti merokok yang terancang. Kajian telah menunjukkanbahawa nasihat ringkas namun tegas daripada pengamal perubatan, dengan dibantuoleh bahan-bahan bacaan pendidikan kesihatan, urusan bagi lawatan susulan telahmenghasilkan kadar berhenti merokok sebanyak 5%. Ini bersamaan dengan 25orang bekas perokok bagi setiap pengamal perubatan. Hasil kajian lain jugamenunjukkan bahawa intervensi yang lebih intensif dengan sokongan farmakoterapiakan menghasilkan kejayaan berhenti merokok yang lebih baik.

Kementerian Kesihatan mengenalpasti keperluan pengamal perubatan danprofesional kesihatan yang lain agar terlibat dalam program berhenti merokok.Dengan adanya modul latihan ini diharap dapat membantu para profesional dalambidang kesihatan untuk menubuhkan dan memberi perkhidmatan berhenti merokokdi Pusat Promosi Kesihatan Komuniti dan seterusnya mengurangkan kadar morbiditidan mortaliti penyakit-penyakit yang merupakan komplikasi akibat merokok.

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 2

Page 5: Modul Berhenti Merokok_web

3

Kaedah berhenti merokok merupakan satu strategi yang kos efektif dan berkesanuntuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti akibat penyakit yang ada kaitan denganpenggunaan tembakau (CDC, 1984). Malang sekali, bukan mudah untuk berhentimerokok. Dilema yang dihadapi oleh perokok yang ingin berhenti merokok ialahkegagalan mereka untuk berhenti merokok (CDC, 1990-1991; Hatziandreu (et al.,1990). Ini jelas menunjukkan yang merokok bukanlah sekadar tabiat yang buruktetapi merupakan masalah yang jauh lebih serius lagi.

Merokok sebagai ketagihan merupakan fakta yang telah diterima. Dalam masabeberapa tahun sahaja, dengan merokok setiap hari seseorang itu akan bergantung(dependent) kepada rokok sama ada secara fizikal ataupun psikologi. MenurutPiccittio, (1998) terdapat reseptor nikotina di bahagian hipokampus otak yang terlibatdengan pembelajaran dan ingatan, juga di bahagian otak yang berperanan dalamemosi.

Kebanyakan perokok telah cuba untuk berhenti merokok di suatu ketika di dalamhidup mereka. Mengikut Fiore (et al.), 1995 kebarangkalian kejayaan berhentimerokok pada cubaan tanpa bantuan adalah 1 dalam 100 dan didapati 98% daripadamereka kembali merokok. Maka tidak hairanlah jika kita dapati perokok yang terlibatmasih berada dalam kitaran iaitu sekejap merokok sekejap berhenti.

Kita mempunyai bukti yang menunjukkan bahawa rawatan ketagihan nikotinamerupakan suatu strategi yang berkesan. Oleh itu, adalah perlu bagi kitamemastikan keberkesanan dan kejayaan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK)ini dengan melatih anggota kesihatan untuk tujuan tersebut.

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 3

Page 6: Modul Berhenti Merokok_web

4

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

Modul Berhenti Merokok ini dihasilkan berpandukan kepada beberapa rujukan danbahan-bahan yang sedia ada yang dihasilkan oleh pihak Kementerian Kesihatandengan membuat beberapa olahan dan penambahan kepada modul yang sedia ada.

OBJEKTIF

OBJEKTIF UMUM

Untuk membantu perokok yang ingin berhenti merokok serta melakukannya dengancara yang berkesan dan dapat mengekalkan status tidak merokok.

OBJEKTIF KHUSUS

Klien akan didedahkan dengan beberapa maklumat seperti epidemiologipenggunaan tembakau dan impaknya terhadap kesihatan, program kawalantembakau, masalah ketagihan, bantuan yang dapat diberikan untuk berhentimerokok dan sebagainya dengan harapan klien akan dapat:

i) Membuat keputusan untuk berhenti merokok.

ii) Membuat persediaan berhenti merokok.

iii) Berhenti merokok.

iv) Mengekalkan status untuk tidak merokok.

KUMPULAN SASAR

Modul ini adalah untuk panduan dan rujukan anggota kesihatan di Pusat PromosiKesihatan Komuniti (PPKK) bagi menjalankan aktiviti-aktiviti membantu perokokuntuk berhenti merokok. Perokok yang menjadi klien dalam modul ini terdiri daripadamereka yang berhasrat untuk berhenti merokok, perokok yang masih belumberhasrat untuk berhenti merokok dan perokok yang telah cuba berhenti merokoktetapi gagal.

UNIT PENGAJARAN

Unit 1: Membuat Keputusan Untuk Berhenti Merokok

Perokok yang melalui modul ini akan didedahkan kepada epidemiologi penggunaanhasil tembakau dan impak terhadap kesihatan dan situasi masalah merokok di duniadan di Malaysia. Perokok juga didedahkan tentang kesan-kesan tabiat merokokkepada manusia khususnya ke atas kesihatan mereka. Melalui unit pengajaran ini,perokok-perokok akan membuat keputusan untuk berhenti merokok.

Unit 2: Persediaan Untuk Berhenti Merokok

Unit ini adalah untuk memperkukuhkan keputusan yang telah dibuat oleh perokokdan seterusnya membuat persediaan untuk berhenti merokok. Kandungan unit iniberkaitan risiko-risiko kematian akibat merokok dan menerangkan faedah-faedahberhenti merokok.

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 4

Page 7: Modul Berhenti Merokok_web

5

Unit 3: Mulakan Berhenti Merokok

Dalam unit ini, perokok-perokok akan diberi panduan dan tunjuk ajar cara-caraberhenti merokok dengan teratur menggunakan beberapa bantuan bahanpengajaran serta penjelasan penggunaan kaedah terapi penggantian nikotina.

Unit 4: Mengekalkan Status Tidak Merokok

Modul ini membantu perokok yang telah cuba berhenti merokok tetapi mengalamikegagalan dengan mencuba teknik-teknik tertentu agar terus tidak merokok.

PANDUAN MENJALANKAN SESI PENGAJARAN

i) Perokok yang mengikuti sesi pengajaran adalah terdiri daripada perokok yangingin berhenti merokok, perokok yang belum berhasrat untuk berhenti merokokdan perokok yang telah berhenti merokok tetapi menemui kegagalan.

ii) Perokok perlu melalui beberapa sesi perjumpaan dengan anggota kesihatandengan mengikuti unit pengajaran yang ditetapkan. Jika terdapat individu atausekumpulan perokok yang telah membuat keputusan untuk berhenti merokok,mereka boleh terus mengikuti Unit 3 atau memulakan dengan Unit 1. Unit-unitpengajaran ini boleh diulangi berdasarkan kepada teori kitaran perubahantingkah laku penagihan (Prochaska’s Transtheoretical Model) yang dilalui olehperokok.

iii) Sesi pengajaran boleh diadakan secara berkumpulan atau individu bergantungsambutan perokok yang datang mendapatkan khidmat berhenti merokok ataudirujuk ke PPKK.

iv) Anggota-anggota kesihatan boleh menggunakan bahan-bahan pengajaran /bahan pendidikan yang telah disediakan.

v) Pelbagai kaedah pengajaran dapat digunakan mengikut kesesuaian, keperluanindividu dan kemampuan anggota kesihatan. Antara kaedah yang bolehdigunakan termasuklah ceramah, perbincangan kumpulan berfokus, sesidemonstrasi, menonton video, sesi perjumpaan sesama perokok, kaunselingsecara kumpulan atau individu, khidmat nasihat, perbincangan kumpulan kecildengan menggunakan role model dan kem-kem.

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 5

Page 8: Modul Berhenti Merokok_web

6

PENDAHULUAN

Melalui modul ini klien akan didedahkan kepada epidemiologi penggunaan tembakaudan impak kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan tembakau. Secaradasarnya statistik-statistik berkaitan situasi semasa penggunaan tembakau diperingkat global dan situasi di Malaysia akan didedahkan kepada klien. Ini akanmemberikan mereka gambaran yang jelas tentang masalah dan akibat penggunaantembakau di seluruh dunia.

Klien juga akan didedahkan dengan beberapa fakta tentang ketagihan tembakau/nikotina. Mereka akan diperkenalkan kepada nikotina dan ketagihan nikotina sertakesan daripada ketagihan nikotina. Di samping itu klien akan diberi pendedahankepada kandungan bahan kimia memudaratkan yang terdapat di dalam asap rokok.

Seterusnya mereka akan diberikan beberapa contoh impak kesihatan yangdisebabkan oleh ketagihan nikotina. Statistik berkaitan mortaliti dan morbiditi akibatpenggunaan nikotina akan disentuh. Akhirnya beberapa fakta tentang faedah dankelebihan berhenti merokok akan diberikan kepada klien.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir sesi klien akan memahami tentang:-

i) Masalah penggunaan tembakau – global dan di Malaysia.

ii) Fakta-fakta penting mengenai tembakau.

iii) Impak kesihatan ke atas perokok.

ISI KANDUNGAN

i) Epidemiologi penggunaan tembakau.a) Situasi penggunaan tembakau dunia.b) Situasi penggunaan tembakau di Malaysia.

ii) Fakta mengenai tembakau.a) Nikotina dan ketagihan nikotina.b) Bahan kimia yang terkandung di dalam rokok.

iii) Impak kesihatan ke atas perokok.a) Mortaliti akibat rokok.b) Morbiditi akibat rokok.

iv) Akibat merokok ketika hamil.

v) Perokok pasif. a) Perokok pasif yang hamil.b) Akibat kepada bayi dan kanak-kanak.c) Akibat kepada orang dewasa.

UUnn

iitt 11 Membuat Keputusan UntukBerhenti Merokok

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 6

Page 9: Modul Berhenti Merokok_web

7

KAEDAH: Ceramah dan perbincangan kumpulan kecil

MASA : 45 minit

AKTIVITI

Aktiviti 1 (secara kumpulan atau individu)

Klien diberikan borang pre-test (Lampiran A) untuk dilengkapkan dan diserahkankembali kepada anggota kesihatan.

Aktiviti 2 (secara berkumpulan)

i) Memberi penerangan mengenai epidemiologi penggunaan tembakau danimpak kesihatan terhadap penggunaannya.

ii) Klien ditunjukkan ilustrasi kesan penggunaan tembakau terhadap kesihatan.

iii) Klien ditunjukkan spesimen organ normal dan patologi hasil penggunaantembakau.

iv) Klien dibekalkan dengan risalah dan bahan-bahan lain.

v) Klien diberi temujanji untuk sesi akan datang.

Aktiviti 2 (secara individu)

i) Klien diberi penerangan secara ringkas tentang epidemiologi penggunaan tembakau dan impak kesihatan terhadap penggunaannya.

ii) Klien ditunjukkan ilustrasi kesan penggunaantembakau terhadap kesihatan.

iii) Klien ditunjukkan spesimen organ normal danpatologi hasil penggunaan tembakau.

iv) Klien ditunjukkan sama ada VCD / power pointpresentation berkaitan berhenti merokok.

v) Klien dibekalkan dengan risalah dan bahan-bahanlain.

vi) Klien diberi temujanji untuk sesi akan datang.

ALAT BANTU MENGAJAR

i) Slaid ceramah (power point presentation).

ii) Buku Panduan Berhenti Merokok.

iii) Patung Uncle Joe.

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 7

Page 10: Modul Berhenti Merokok_web

8

iv) Spesimen organ (normal dan berpenyakit).

v) Risalah merokok.

vi) Carta Selak.

vii) Borang Pre/Post-test.

NOTA RUJUKAN

i) Epidemiologi penggunaan tembakau

a) Situasi Global

• Bellagio Statement 1995: di seluruh dunia terdapat hanya 2 sebab utama kematian pramatang yang semakin meningkat iaitu HIV/AIDS dan penggunaan tembakau.

• Prevalens merokok di dunia tertumpu kepada negara-negara membangun berbanding negara maju, di kalangan mereka yang berpendidikan rendah berbanding dengan berpendidikan tinggi.

• Penggunaan rokok per kapita di dunia di kalangan perokok dianggarkan 15 batang sehari yang menyamai kira-kira 6 trillion rokok setahun.

• Prevalens merokok semakin berkurangan di kalangan lelaki di negara-negara berpendapatan tinggi tetapi industri tembakau mengekalkan keuntungan mereka dengan mensasarkan negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana yang prevalennya semakin meningkat.

• Justeru itu, epidemik merokok beralih daripada tumpuan asal iaitu daripada lelaki di negara berpendapatan tinggi kepada wanita di negara berpendapatan tinggi dan lelaki di negara berpendapatan rendah. Kadar merokok turut meningkat di kalangan generasi muda.

• Sekiranya tiada perubahan dilakukan, dianggarkan menjelang 2025 akan terdapat 1.6 billion perokok.

• Di seluruh dunia, dianggarkan seramai 82,000 hingga 99,000 generasi muda mula merokok setiap hari.

• Kini, penggunaan tembakau membunuh kira-kira 4 juta manusia setiap tahun di seluruh dunia.

• Satu daripada sepuluh kematian di dunia adalah disebabkan oleh penggunaan tembakau sekarang dan dianggarkan meningkat kepada satu daripada enam kematian menjelang 2030 iaitu 10 juta setahun berbanding penyebab lain.

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 8

Page 11: Modul Berhenti Merokok_web

9

b) Situasi Kebangsaan

• Keputusan National Health and Morbidity Survey (NHMS)

1986 1996

Keseluruhan 21.5% 24.8%

Lelaki 40.9% 49.2%

Perempuan 4.1% 3.5%

Bandar 19.2% 21.7%

Pedalaman 22.7% 28.6%

Melayu 23.7% 27.9%

Cina 17.7% 19.2%

India 15.2% 16.2%

Lain-lain 32.8% 32.4%

• Statistik merokok di kalangan remaja (18 tahun dan ke atas)

1996: 16.9% (lelaki: 30.7%, perempuan: 4.8%)

1999: 18.2% (lelaki: 29%, perempuan: 8%)

Setiap hari kira-kira 45 – 50 remaja mula merokok

• Bilangan dan peratus perokok di Malaysia (2000)

Kumpulan umur Bilangan (million) %

Lelaki 3.26 78.4(19 tahun & ke atas)

Lelaki(18 tahun & ke bawah) 0.52 11.2

Perempuan 0.34 7.3(19 tahun & ke atas)

Perempuan 0.14 3.1(18 tahun & ke bawah)

Jumlah 4.64 100

ii) Fakta tentang tembakau

Umumnya, tembakau sama ada dihisap, dikunyah atau disedut mengandungiNIKOTIN iaitu satu bahan penyebab ketagihan yang kuat dan mengandungikira-kira 4,000 bahan kimia dan 43 daripadanya diketahui adalah karsinogen(penyebab kanser).

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 9

Page 12: Modul Berhenti Merokok_web

10

a) Nama lain tembakau adalah nicotina tobacum

• Terdapat 67 spesis yang kebanyakannya tertumpu di hemisfera barat.

• Diperkenalkan oleh Puak Indian Amerika Utara.

• Dibawa oleh Christopher Columbus Ke Eropah pada kurun ke-16.

• Diberi nama sempena Jean Nicot, diplomat Perancis yang memperkenalkannya ke Perancis selepas kurun ke-16.

• Sejak itu penggunaan tembakau menular ke seluruh dunia.

b) Tindakan dan kesan nikotin

• Merembes dopamine : menyebabkan rasa seronok (pleasure).

• Merembes epinephrine dari korteks adrenal : menyebabkan keletihan (fatigue) dan keresahan (restlessness) hasil pengeluaran berlebihanglukosa.

• Bergabung dengan acetylcholine di otak : memberi kesan pada mood dan kesedaran (alertness).

c) Bahan penyebab ketagihan

• Kriteria-kriteria

* Meningkatkan reseptor dopamine.

* Menyebabkan pergantungan secara fizikal dan psikologikal.

* Menyebabkan gejala gian (withdrawal).

* Menyebabkan penggunaan bahan secara berterusan (compulsive).

• Rokok memenuhi semua kriteria di atas sebagai bahan yang menyebabkan ketagihan.

d) Bahan-bahan kimia dalam tembakau

• Karsinogen

* Hidrokarbon seperti naftalena, kumpulan benzyl.

* Aldehide seperti formaline.

* Logam berat seperti cadmium, nickel.

* Radioaktif seperti polonium.

• Gas beracun

* Karbon monoksida (CO)

* Hydrogen disulphide

* Hydrogen cyanide

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 10

Page 13: Modul Berhenti Merokok_web

11

• Bahan kompleks (complex compound)

* Tar

• Ketagihan

* Kira-kira 200 – 300 jenis bahan kimia.

* Menyebabkan rokok mudah dihisap, meningkatkan rasa, memanjangkan tempoh bakaran dan jangka hayat.

* Contohnya seperti ammonia yang juga memudahkan penyerapan nikotin.

e) Persamaan bahan kimia dalam asap rokok

• Aceton (penanggal cat)

• Methanol (bahan api roket)

• Naftalen (ubat gegat)

• Toluene (bahan pelarut)

• Cadmium (bahan bateri kereta)

• Vinylchlorida (bahan pembuat PVC)

• Toluidine (pelarut industri)

• Ammonia (pencuci lantai)

• Hidrogen sianida (racun yang digunakan di bilik gas)

• Arsenik (racun anai-anai atau semut)

• Phenol (pembersih)

• Butane (cecair pemetik api)

• DDT (racun makhluk perosak)

• Pyrene

• Benzopyrene

• Urethane

• Nickel

• Polonium

• Nikotin (racun serangga)

• Karbon monoksida (gas ekzos kereta)

• Tar (minyak tar jalan)

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 11

Page 14: Modul Berhenti Merokok_web

12

iii) Merokok dan impak terhadap kesihatan

a) Mortaliti

• Berdasarkan fakta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)* 4.9 juta kematian pada tahun 2002.* Menyamai 13 400 kematian sehari.* Menyamai 560 kematian sejam.* Menyamai 1 kematian setiap 6.4 saat. * Menjelang 2030, 10 juta kematian.* Menyamai 27 400 kematian sehari.* Menyamai 2 280 kematian sejam.* Menyamai 1 kematian setiap 3 saat.

• Kematian kerana merokok* 50% daripada perokok akan mati disebabkan oleh penyakit berkaitan

merokok.* 25% daripada semua kematian disebabkan penyakit jantung.* 30% daripada semua kematian disebabkan kanser.* 25% daripada semua kematian disebabkan strok.* 90% daripada semua kematian disebabkan kanser paru-paru.* 85% daripada semua kematian disebabkan COPD.

• Risiko kematian di kalangan perokok* Penyakit Respiratori 10 – 20 X* Kanser paru-paru 5 – 30 X* Kanser tekak 5 – 30 X* Kanser mulut 3 – 15 X* Kanser esofagus 4 – 5 X* Kanser pankreas 2 X* Kanser pundi kencing 2 – 3 X* Penyakit jantung 2 – 3 X* Kanser buah pinggang 1.5 X

• Mortaliti disebabkan merokok di Malaysia* Menyebabkan kematian seramai 10 000 orang setahun.* Kira-kira 10 – 20% daripada semua kematian di Malaysia berpunca

daripada merokok.* Kebanyakan kematian disebabkan oleh penyakit jantung, kanser dan

strok.

b) Morbiditi

• Merokok menyebabkan 40 jenis penyakit.• Semua organ boleh terjejas.• Menyebabkan kemusnahan dan kerosakan tisu badan secara kekal.• Di Malaysia, merokok adalah punca 100 000 pesakit dimasukkan ke

wad di hospital kerajaan setiap tahun, kebanyakannya disebabkan oleh penyakit jantung, masalah respiratori dan gastrousus.

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 12

Page 15: Modul Berhenti Merokok_web

13

c) Perokok pasif

• Takrifan

* Pendedahan di kalangan bukan perokok terhadap asap rokok (second hand smoke) secara involuntari.

* Juga dikenali sebagai perokok involuntari.* Asap rokok (second hand smoke) adalah campuran sidestream

smoke dan exhaled mainstream smoke di dalam udara.* Sidestream smoke (SS) adalah asap yang berasal daripada rokok

yang dihisap perokok.* Sidestream smoke merupakan penyumbang utama second hand

smoke dan mengandungi kepekatan bahan kimia yang lebih tinggi berbanding exhaled mainstream smoke.

* Exhaled mainstream smoke adalah asap yang dihembus keluar oleh perokok.

• Risiko terhadap kesihatan

* Perokok pasif turut mengalami risiko terhadap kesihatan.* Terdapat bahan kimia yang sama dijumpai dalam sidestream smoke

dan exhaled mainstream smoke.* Tiada bukti tentang jumlah dos tertentu yang perlu untuk

menyebabkan kesan terhadap kesihatan.* Walau bagaimanapun, biomarker untuk tembakau iaitu cotinine

membuktikan bahawa second hand smoke diterima oleh mereka yang tidak merokok.

* Kajian epidemiologi turut membuktikan bahawa second hand smokemenyebabkan penyakit di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

* Kajian juga menunjukkan bahawa perokok pasif mempunyai 30% risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser dan 25% risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular jika dibandingkan dengan mereka yang tidak terdedah kepada asap rokok.

• Impak kesihatan terhadap kanak-kanak

* Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) – kematian mengejut di kalangan kanak-kanak.

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 13

Page 16: Modul Berhenti Merokok_web

14

* Penyakit respiratori akut.* Gejala respiratori kronik.* Mengurangkan fungsi paru-paru.* Asma dan serangan asma.* Penyakit telinga bahagian tengah sama ada akut atau kronik.

• Kanak-kanak akan terdedah kepada bahaya asap rokok jika:

* Ibu adalah perokok aktif ketika mengandung.* Ibu adalah perokok pasif ketika mengandung.* Kanak-kanak hidup di kalangan perokok dan terdedah kepada

second hand smoke.

• Kesan kesihatan di kalangan dewasa akibat terdedah kepada second hand smoke

* Terbukti (established)- Kanser paru-paru- Gejala respiratori- Penyakit kardiovaskular- Serangan asma

* Berpotensi- Mengurangkan fungsi paru-paru- Kanser yang lain

iv) Ilustrasi impak terhadap kesihatan

• COPD• Respiratori / paru-paru• Peptik ulser• Kanser mulut / esofagus• Penyakit vaskular peripheri• ED (erectile dysfunction)• Keguguran• Bayi cacat• Kelahiran pramatang• Kanser serviks• Penuaan

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 14

Page 17: Modul Berhenti Merokok_web

15

BORANG SOAL SELIDIK(Pre-Test / Post-Test)

1. Senaraikan 4 jenis bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok danbahaya kepada kesihatan?

Jenis bahan kimia Kesan kepada kesihatan

2. Nyatakan 3 penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok?

3. Pernahkah anda cuba untuk berhenti merokok?

a. Ya

b. Tidak

4. Apakah faedah berhenti merokok ?

a. Diri sendiri:

b. Orang lain:

5. Nyatakan 3 gejala ketagihan (gian) yang dialami semasa berhenti merokok?

6. Bagaimana anda mengatasi masalah ketagihan (gian) merokok?

7. Adakah anda ingin berhenti merokok sekarang?

a. Ya

b. Tidak (terus ke soalan 10)

8. Jika Ya, bagaimana anda ingin berhenti?

a. Secara serta merta

b. Secara beransur-ansur

LAMPIRAN A

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 15

Page 18: Modul Berhenti Merokok_web

16

9. Adakah anda percaya Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) ini dapatmembantu anda berhenti merokok?

a. Ya

b. Tidak

c. Tidak pasti

10. Adakah anda mendapati bahan-bahan pendidikan kesihatan (risalah, bukukecil, carta selak, poster dll) mudah difahami dan membantu anda dalamusaha berhenti merokok ?

a. Ya

b. Tidak

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 16

Page 19: Modul Berhenti Merokok_web

17

PENDAHULUAN

Melalui modul ini klien akan didedahkan kepada risiko merokok, faedah-faedahberhenti merokok, Program Kawalan Tembakau Kebangsaan dan aktiviti-aktiviti yangterkandung di dalam program ini. Mereka akan diberi penerangan yang lebih jelastentang objektif dan strategi yang terdapat di dalam Program Kawalan TembakauKebangsaan (National Tobacco Control Programme). Dengan pengetahuan tentangProgram Kawalan Tembakau Kebangsaan, klien akan dapat memahami tentangkepentingan dan halatuju program berhenti merokok yang akan dilaksanakan difasiliti masing-masing.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir sesi klien akan:-

i) Memahami akibat merokok dan faedah-faedah berhenti merokok.

ii) Menghargai dan menyokong Program Kawalan Hasil Tembakau dan ProgramBerhenti Merokok.

ISI KANDUNGAN

i) Faedah-faedah berhenti merokok.

ii) Akibat-akibat jika terus ketagihan merokok.

iii) Kadar risiko membawa maut oleh penyakit akibat ketagihan merokok.

iv) Program Kawalan Tembakau Kebangsaan.

v) Peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993.

vi) Tempat-tempat mendapat khidmat untuk berhenti merokok.

vii) Senarai aktiviti menyokong Program Kawalan Tembakau Kebangsaan.

viii) Strategi Program Berhenti Merokok di dalam Program Kawalan TembakauKebangsaan.

KAEDAH : Ceramah, perbincangan, perkongsian pengalaman bersama bekas perokok

MASA : 30 - 60 minit

AKTIVITI

Aktiviti 1: (secara berkumpulan)

i) Sesi ceramah diadakan dengan mengemukakan fakta-fakta berkaitan tajuk-tajuk yang disenaraikan dalam modul ini.

UUnn

iitt 22 Persediaan Untuk BerhentiMerokok

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 17

Page 20: Modul Berhenti Merokok_web

ii) Sesi ini juga memberi peluang kepada klien untuk bertanya soalan berkaitantopik-topik yang disampaikan oleh penceramah.

iii) Sesi perbincangan boleh terus diadakan selepas sesi ceramah. Klien dimintamenyenaraikan aktiviti-aktiviti dan strategi kawalan tembakau yang merekaketahui dan membincangkannya.

Aktiviti 2: (secara berkumpulan)

i) Seorang atau beberapa orang bekas perokok secara sukarela untuk berkongsipengalaman mereka bersama klien.

ii) Klien diminta mengemukakan soalan atau masalah yang mereka hadapi kepadabekas perokok.

Aktiviti 3: (secara individu)

i) Klien diberi sesi nasihat secara individu dengan berbincang tentang perkara-perkara berikut:-

• Faedah berhenti merokok.• Akibat jika terus merokok.• Kesan terhadap perokok pasif.

ALAT BANTU MENGAJARi) Slaid ceramah (power point presentation)

ii) Buku Panduan Berhenti Merokok

iii) Patung Uncle Joe

iv) Spesimen organ (normal dan berpenyakit)

v) Risalah Merokok

vi) Carta Selak

vii) Manual Berhenti Merokok

viii) Clinical Practice Guideline

NOTA RUJUKANi) Faedah-faedah berhenti merokok

• Risiko untuk mendapat kanser dan penyakit jantung akan menurun.• Keupayaan stamina akan bertambah baik.• Bernafas lebih senang dan segar.• Berasa lebih segar.• Disegani orang-orang di sekitar.• Deria merasa dan menghidu bertambah baik.• Jantung dan paru-paru menjadi lebih sihat.• Nafas tidak berbau busuk.• Badan dan pakaian tidak berbau tengek.• Batuk akan berkurangan.• Lebih wang untuk digunakan bagi perkara yang berfaedah.

18

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 18

Page 21: Modul Berhenti Merokok_web

ii) Akibat jika terus ketagihan merokok

Jika perokok terus ketagihan merokok, mereka berisiko mendapat:

• Angin ahmar• Serangan jantung• Kerosakkan paru-paru• Kanser paru-paru, tekak, mulut, esofagus dan pankreas.• Jangka hayat yang kurang.• Kurang kemampuan yang sepatutnya dipunyai atau dimiliki manusia

sihat, contoh:-* Tidak bertenaga / tidak bermaya.* Cepat penat.* Sperma berubah menjadi kurang subur / fertiliti rendah.

iii) Kadar risiko membawa maut oleh penyakit akibat ketagihan merokok

Penyakit Risiko Kematian* Saluran pernafasan kronik 10 – 20 kali ganda* Kanser paru-paru 7 – 15 kali ganda* Kanser payu dara 11 kali ganda* Kanser tekak 5 – 13 kali ganda* Kanser esofagus 4 – 5 kali ganda* Kanser pangkreas 2 kali ganda* Kanser pundi kencing 2 – 3 kali ganda* Penyakit jantung 11/2 - 3 kali ganda* Penyakit ginjal 11/2 kali ganda* Penyakit ulser peptik 2 kali ganda

iv) Akibat merokok ketika hamil

Jika ibu hamil merokok, tabiat tersebut boleh mengakibatkan :-

• Risiko keguguran janin.• Kematian neonatal meningkat kepada 25 – 50 %.• Meningkatkan risiko kelahiran tidak cukup bulan.• Mengurangkan tumbesaran dada, kepala dan saiz anak.• Meningkatkan risiko jangkitan paru-paru.• Mengurangkan keupayaan fungsi jantung dan paru-paru bayi.• Sindrom kematian bayi (SIDS).

v) Risiko kepada perokok pasif yang sedang hamil

• Anak di dalam kandungan akan lahir tidakcukup bulan.

• Bayi yang dilahirkan mempunyai berat badanyang kurang daripada sepatutnya ketikadilahirkan.

• Tumbesaran anak akan terjejas.

19

Merokok layout 9/6/05 9:24 AM Page 19

Page 22: Modul Berhenti Merokok_web

• Jangkitan paru-paru dan telinga selepas dilahirkan.

• Kadar kematian perinatal yang tinggi.

vi) Objektif Program Kawalan Tembakau Kebangsaan

• Mengurangkan prevalens penggunaan tembakau di kalangan rakyat Malaysia.

• Mengurangkan tabiat mula merokok di kalangan generasi muda.

• Meningkatkan bilangan perokok berhenti merokok.

• Meminimumkan dan seterusnya menghapuskan pendedahan asap rokok sisi (environmental tobacco smoke – ETS) kepada populasi masyarakat di semua tempat awam dan tempat kerja.

• Mengurangkan bebanan terhadap penyakit dan kematian akibat penggunaan tembakau di dalam negara.

vii) Senarai aktiviti-aktiviti menyokong Program Kawalan Tembakau Kebangsaan

a) Promosi kesihatan

• Kempen Cara Hidup Sihat (KCHS)

• Kempen “TAK NAK"

• Nafas Baru Bermula Ramadhan

b) Undang-undang dan penguatkuasaan

• Kesalahan dan denda di bawah Peraturan-Peraturan Hasil Tembakau 1993.

Di antara peraturan yang terdapat adalah seperti berikut:-

* Peraturan 8, melarang penjualan rokok kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

* Mereka yang berumur di bawah 18 tahun dilarang merokok, mengunyah, membeli atau mempunyai dalam simpanan mereka hasil tembakau.

20

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 20

Page 23: Modul Berhenti Merokok_web

21

* Larangan merokok di kawasan-kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

* Sesiapa yang melakukan kesalahan tersebut, boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun penjara.

• Kawasan larangan merokok:

* Pusat hiburan dan teater* Hospital dan klinik* Lif awam* Tempat orang awam berhawa dingin contoh:- restoran, pasar raya,

kompleks membeli belah* Kenderaan awam* Stadium / kompleks sukan* Lapangan terbang* Premis kerajaan* Dewan* Institusi pendidikan termasuk tadika: sekolah* Taman asuhan kanak-kanak* Hentian pengangkutan awam* Stesen minyak* Kaunter perkhidmatan awam/

- Institusi kewangan dan bank- Tenaga Nasional Berhad- Pos Malaysia- Telekom Malaysia- Lembaga Perbadanan Air

• Pengharaman promosi dan pengiklanan produk tembakau.

c) Program berhenti merokok

• Mewujudkan Klinik Berhenti Merokok.

• Melatih anggota mengendalikan Klinik Berhenti Merokok.

d) Advokasi

• Kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

• Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia

• Malaysian Health Promotion Board

• Malaysian Council for Tobacco Control (MCTC)

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 21

Page 24: Modul Berhenti Merokok_web

22

viii) Program berhenti merokok

a) Objektif umum

• Menyediakan sokongan dan bantuan secara komprehensif untuk membantu perokok berhenti merokok.

b) Objektif khusus

• Membangunkan kemahiran di kalangan anggota kesihatan di dalam membantu perokok berhenti merokok.

• Mewujudkan perkhidmatan berhenti merokok dan memastikan perkhidmatan ini mudah diperolehi di setiap peringkat kemudahan kesihatan.

• Menggalak dan memotivasikan perokok agar menggunakan perkhidmatan berhenti merokok yang disediakan.

• Menggalakkan kerjasama dan penyertaan semua di dalam membantu perokok berhenti merokok.

c) Strategi-strategi

• Meningkatkan kapasiti dari segi kemahiran dan infrastruktur yang boleh mendorong ke arah mewujudkan Program Berhenti Merokok yang komprehensif dan berkesan.

• Mempromosi dan mengiklankan perkhidmatan berhenti merokok kepada masyarakat dan kumpulan-kumpulan tertentu.

• Memastikan segala bentuk rawatan yang terbukti berkesan dan boleh diperolehi.

• Memberitahu dan mendidik perokok tentang kebaikan berhenti merokok.

• Menggalakkan Program Berhenti Merokok di peringkat komuniti.

• Mengintegrasikan Program Berhenti Merokok di dalam semua program kesihatan yang relevan.

• Mewujudkan task force Program Berhenti Merokok di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

• Mewujudkan kerjasama dan jalinan dengan agensi-agensi berkaitan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

• Mewujudkan kumpulan smokers anonymous.

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 22

Page 25: Modul Berhenti Merokok_web

23

PENDAHULUAN

Di dalam modul ini klien akan diberi pengetahuan tentang cara-cara berhentimerokok dengan teratur. Antaranya ialah melalui “brief clinical intervention” iaitu kliendinasihatkan tentang faedah berhenti merokok dan digalakkan berhenti merokokmelalui sesi tidak formal yang singkat. Intervensi yang lebih intensif pula memerlukanrawatan susulan dan penyeliaan yang lebih rapi. Ini termasuk memberi rawatan ubat-ubatan yang boleh mengawal ketagihan nikotina.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir sesi klien akan:-

i) Memahami cara-cara berhenti merokok.

ii) Membuat penetapan hari berhenti merokok.

iii) Mengambil langkah-langkah perlu untuk berhenti merokok.

ISI KANDUNGAN

i) Rasional berhenti merokok.

ii) Cara membuat keputusan untuk berhenti merokok.

iii) Cara untuk berhenti merokok.

iv) Menentukan/menetapkan hari berhenti.

v) Bantuan untuk hari berhenti.

vi) Bantuan untuk hari-hari menjelang tarikh berhenti.

vii) Tanda-tanda awal apabila berhenti merokok.

viii) Tanda-tanda gian.

ix) Bagaimana menangani masalah kegianan.

x) Bantuan lain untuk berhenti merokok.

xi) Intervensi Klinikal Singkat (Brief ClinicalIntervention).

xii) Intervensi Klinikal Intensif (Intensive ClinicalIntervention).

xiii) Kaedah farmakoterapi.

xiv) Terapi Gantian Nikotina (Nicontine ReplacementTherapy).

UUnn

iitt 33 Mulakan Berhenti Merokok

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 23

Page 26: Modul Berhenti Merokok_web

24

KAEDAH : Ceramah, perbincangan kumpulan, demonstrasi dan kaunseling individu.

MASA : 90 minit

AKTIVITI

Aktiviti 1

Klien diberikan Borang Penilaian Sendiri Risiko Kesihatan untuk diisi bagi tujuanmenentukan Tahap Kebergantungan Perokok Terhadap Nikotina.

Aktiviti 2

i) Ceramah

• Klien didedahkan dalam sesi ceramah berkaitan dengan maklumat-maklumat faedah berhenti merokok, cara membuat keputusan berhenti merokok dan cara-cara berhenti merokok.

• Klien digalakkan bersoal jawab untuk mendalami pengetahuan mereka.

ii) Perbincangan kumpulan kecil atau kaunseling individu (sekiranya mempunyai ramai klien untuk menjalankan aktiviti secara serentak)

• Klien diberikan buku panduan berhenti merokok dan buku catatan berhenti merokok.

• Klien diminta mengisi buku catatan berhenti merokok dengan mendatangani buku ini sebagai tanda ikrar untuk berhenti merokok, menetapkan tarikh berhenti merokok, menyenaraikan perkara-perkara yang tidak menyenangkan mengenai tabiat merokok, menyenaraikan kebaikan berhenti merokok dan sebagainya sepertimana yang terkandung dalam buku ini.

• Klien diminta berkongsi pengalaman dengan yang lain berkaitan usaha-usaha yang dilakukan oleh mereka yang telah mencuba berhenti merokok, apakah masalah yang telah dihadapi dan cara menanganinya.

• Klien didedahkan dengan 2 jenis intervensi dalam aspek pengurusan penggunaan tembakau.

• Klien diberi tunjuk ajar tentang penggunaan Borang Penilaian Sendiri Risiko Kesihatan (PSRK) – Tahap Kebergantungan Terhadap Nikotina (Fagerstrom test).

• Klien diberi temujanji untuk sesi akan datang.

iii) Demonstrasi (untuk klien yang memerlukan NRT sahaja)

• Klien ditunjukkan kaedah-kaedah farmakoterapi yang sedia ada dan bagaimana menggunakannya.

• Klien diberi demostrasi teknik-teknik mengunyah yang betul dalam menggunakan terapi penggantian nikotin jenis gum.

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 24

Page 27: Modul Berhenti Merokok_web

25

BORANG PENILAIAN SENDIRI RISIKO KESIHATAN(Tahap Kebergantungan Terhadap Nikotina)

Sila tandakan jawapan anda dengan bulatkan (di ruangan skor) mengikut skala 3,2,1, atau 0

Bil. Soalan Jawapan Skor

1. Bilakah anda menghisap rokok Dalam masa 5 minit 3yang pertama selepas bangun pagi? 6-30 minit 2

31-60 1Selepas 1 jam 0

2. Adakah anda menghadapi masalah Ya 1untuk tidak merokok di Tidak 0tempat-tempat larangan merokok seperti di masjid, perpustakaan, pawagam dan lain-lain?

3. Rokok manakah yang paling Rokok pertama di 1sukar untuk anda berhenti? waktu pagi 0

Yang lain-lain

4. Dalam sehari, berapa batang Tidak lebih daripada 10 0rokok yang anda hisap? 11-20 1

21-30 231 ke atas 3

5. Adakah anda merokok lebih kerap Ya 1pada jam pertama selepas bangun Tidak 0pagi jika berbanding dengan masa yang lain?

6. Adakah anda masih merokok Ya 1walaupun sakit dan terlantar Tidak 0di atas katil sepanjang hari?

Jumlah keseluruhan

Skala: Tahap Kebergantungan Nikotina0-3 = Rendah4-6 = Sederhana7-10 = Tinggi

LAMPIRAN B

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 25

Page 28: Modul Berhenti Merokok_web

ALAT BANTU MENGAJAR

i) Slaid (power point)

ii) Borang Penilaian Sendiri Risiko Kesihatan (PSRK) – Tahap Kebergantungan Terhadap Nikotina (Fagerstrom test)

iii) Bahan penggantian nikotin – gum, patch dan inhaler

iv) Buku Panduan Berhenti Merokok

v) Risalah Merokok

vi) Carta Selak

vii) Manual Berhenti Merokok

viii) Clinical Practice Guideline

ix) Buku Catatan Berhenti Merokok

NOTA RUJUKAN

i) Rasional berhenti merokok

• Kini dianggarkan terdapat 49.2% lelaki dewasa di Malaysia menggunakantembakau.

• Terdapat fenomena peningkatan tren merokok di kalangan remaja.

• Tiga penyakit utama berkaitan merokok yang membebankan iaitu penyakitjantung, strok dan kanser.

• Justeru itu, berhenti merokok adalah langkah pencegahan yang amat berkesan.

ii) Masalah yang dihadapi untuk menjayakan program ini adalah keranakebanyakan pengamal perubatan tidak gemar menyentuh persoalan merokokkerana:-

• Mereka percaya bahawa pergantungan terhadap tembakau adalah masalahtabiat (habit) dan bukan kerana persoalan ketagihan.

• Mereka tidak mempunyai cukup ilmu dan maklumat serta kemahiran untukmerawat masalah penggunaan tembakau dan ketagihannya.

• Tidak menyedari bahawa intervensi singkat (brief intervention) bolehmeningkatkan kadar berhenti merokok di kalangan perokok.

• Mereka percaya bahawa farmakoterapi hanya boleh diberi melalui rawatansecara intensif (intensive intervention).

iii) Menilai penggunaan tembakau

• Semua pesakit mesti ditanya sama adamereka merokok atau tidak dan memastikanstatus penggunaan tembakau ini direkodsetiap kali mendapatkan rawatan.

• Bukti menunjukkan pendekatan ini akanmeningkatkan kadar intervensi oleh pengamalperubatan.

26

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 26

Page 29: Modul Berhenti Merokok_web

27

• Mestilah mengikut garis panduan yangdisediakan.

iv) Langkah-langkah untuk berhenti merokok

• Menentukan hari berhenti.

• Memahami cara-cara untuk menangani hari-hari sebelum hari berhenti.

• Memahami tanda-tanda dan cara-cara untukmenangani kegianan apabila berhentimerokok.

v) Cara-cara untuk berhenti merokok

Terdapat dua cara untuk berhenti merokok:-

• Berhenti merokok secara terus.

• Berhenti secara beransur-ansur.

vi) Hari berhenti

• Tentukan tarikh hari berhenti dan catitkan dalam buku harian (diari).

• Perokok boleh pilih hari yang penting buat mereka seperti tarikh hari jadi,hari tahun baru, hari ulang tahun perkahwinan, permulaan Ramadhan dansebagainya.

• Hari berhenti tersebut bukan semasa menghadapi tekanan sama adatekanan fizikal atau mental.

vii) Bantuan untuk hari-hari menjelang hari berhenti (Fading day)

Bagi perokok yang ingin berhenti secara beransur-ansur, perokok bolehmelakukan perkara-perkara berikut dalam masa 2 hingga 4 minggu sebelumhari berhenti.

• Turunkan jumlah rokok yang anda hisap.

• Hentikan semua aktiviti yang berkaitan dengan rokok.

• Minum air lebih banyak.

• Mulakan satu program riadah atau bersenam.

• Senaraikan semua sebab anda ingin berhenti merokok dan baca senarai itusetiap malam sebelum tidur.

• Dapatkan sokongan daripada isteri, keluarga atau kawan.

• Dapatkan seorang kawan atau satu kumpulan untuk berhenti bersama.

• Wujudkan rumah atau tempat kerja tanpa rokok.

viii) Bantuan untuk hari berhenti

Bagi perokok yang memilih cara berhenti secara beransur-ansur atau secaraterus, perokok dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut pada hariberhenti:-• Campakkan semua rokok, mancis, tempat abu rokok dan lighter.

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 27

Page 30: Modul Berhenti Merokok_web

28

• Tukar rutin atau kebiasaan yang terlibat dengan rokok seperti:-

* Jika minum kopi dan menghisap rokok, tukar kepada minuman lain seperti milo.

* Jangan kunjungi kedai di mana sering membeli rokok.* Jangan bersama kawan-kawan biasa yang merokok.

• Basuh semua baju yang berbau rokok.

• Berjumpa doktor gigi untuk membersihkan gigi.

• Jauhi semua perokok dan tempat-tempat di mana banyak orang merokok.

• Jika ke restoran duduklah di bahagian tidak merokok (kawasan laranganmerokok).

• Beriadah atau bersenam.

• Sibukkan diri.

• Jika berjaya, hadiahkan diri sendiri dengan sesuatu yang disukai.

ix) Tanda-tanda awal apabila berhenti merokok

Apabila seseorang perokok berhenti merokok, mereka mungkin mengalamikeluhan (tanda-tanda) berikut:-

• Pening atau ringan kepala. Ini adalah kerana disebabkan penurunan karbonmonoksida dan peningkatan oksigen khususnya ke otak.

• Perasaan kebas dan gigil di kaki dan tangan yang disebabkan olehpengaliran darah yang lebih baik.

• Batuk yang berlainan daripada biasa.

• Selera makan bertambah baik kerana penurunan tahap nikotina yangselama ini mengganggu selera.

• Mulut menjadi tawar / payau dan kadang-kala terjadi luka-luka kecil keranapertukaran organisma di dalam mulut.

• Sembelit kerana tembakau mempunyai kesan laksatif kepada perokok.

• Gian kerana kesan paras nikotina ke otak berkurangan.

• Kegelisahan, cepat marah dan tidak dapat menumpukan perhatian. Iniadalah disebabkan oleh kesan ketiadaan rangsangan nikotina danpertukaran tabiat.

Semua tanda tersebut bersifat sementara diperingkat awal berhenti. Tanda-tanda inimenunjukkan bahawa kesihatan perokok akanmenjadi bertambah baik dan adalah sebagaiproses pemulihan dan penyesuaian kepadagaya hidup sihat tanpa rokok.

x) Tanda-tanda gian

• Kegelisahan

• Cepat marah

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 28

Page 31: Modul Berhenti Merokok_web

29

• Tumpul daya perhatian

• Cepat hilang sabar

• Susah tidur

• Perjalanan nadi bertambah cepat

xi) Bagaimana menangani masalah kegianan

Bagi menangani masalah kegianan, perkaraberikut boleh dilakukan:-

• Ingat bahawa perasaan ini akan hilangdalam beberapa minit sahaja.

• Lihat jam dan tumpukan perhatian kepadamasa yang berlalu. Perokok akan menyedari bahawa masalah kegiananakan hilang dalam masa yang singkat iaitu lebih kurang 3 – 5 minit sahaja.

• Masukkan sesuatu ke dalam mulut seperti chewing gum tanpa gula,makanan ringan tanpa lemak dan buah-buahan.

• Buat sesuatu dengan tangan seperti menaip, bermain komputer, mengaitdan melukis.

• Membuat pekerjaan yang menyukarkan untuk merokok seperti menyirampokok, berkebun, membasuh kereta, mandi atau beriadah.

• Jangan duduk diam, jangan duduk di kerusi kegemaran ataupun menontontv.

Selain perkara-perkara di atas, teknik-teknik relaksasi yang diketahui sepertiberwirid, yoga dan lain-lain boleh digunakan.

xii) Intervensi Klinikal Singkat (Brief Clinical Intervention)

• Pendekatan ini memerlukan masa yang singkat untuk pengamal perubatan.

• Terdapat 3 golongan perokok yang akan dikenalpasti:-a) Perokok yang berhasrat untuk berhenti.b) Perokok yang tidak berhasrat untuk berhenti.c) Perokok yang baru / telah berhenti.

• Garis panduan disediakan mengguna pendekatan 5A dan 5R.

xiii) Pendekatan 5A

• Ask (tanya)• Advice (nasihat)• Assess (nilai)• Assist (bantu)• Arrange (atur)

(Pendekatan 5A ini digunakan kepada klien apabila pertama kali menerima rawatan daripada Pegawai Perubatan atau klien yang pertama kali terus berurusan dengan PPKK).

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 29

Page 32: Modul Berhenti Merokok_web

30

xiv) Intervensi Klinikal Intensif (Intensive Clinical Intervention)

• Bukti menunjukkan bahawa intervensi secara intensif adalah lebih berkesandibandingkan dengan secara singkat (brief).

• Interversi boleh dicapai dengan: a) Memanjangkan masa setiap sesi rawatan individu.b) Memanjangkan bilangan sesi rawatan.c) Mengenegahkan terapi tingkah laku yang khusus.

• Rujukan ke PPKK boleh dikategorikan sebagai intervensi klinikal intensif.

xv) Kaedah farmakoterapi

a) Kriteria penggunaan

• Markah PSRK (Fagerstrom test) > 4

• Merokok >10 batang sehari

b) Agen first line yang dicadangkan

• Terapi penggantian nikotina (NRT) seperti gum, patch dan inhaler (akan digunakan dalam PPKK)

• Sustained release (SR) bupropion

c) Agen second line yang dicadangkan

• Clonidine

• Nortriptyline

d) Penggabungan farmakoterapi

• Kaedah ini lebih berkesan jika dibandingkan dengan penggunaan hanyasatu agen terutama jika gagal dengan menggunakan satu agen sahaja.

• Boleh digabungkan dua jenis NRT.

• Digabungkan bupropion dan NRT.

xvi) Pendekatan 5R (perokok yang tidak berhasrat untuk berhenti)

• Relevance : Alasan untuk berhenti yang relevan secara personal denganperokok.

• Risks : Menekankan risiko-risiko yang bakal dihadapi jika terus berhajat untuk merokok.

• Rewards : Menekankan ganjaran yang akan diperolehi jika mengambil langkah bijak untuk berhenti.

• Roadblocks: Mengenalpasti halangan-halangan yang wujud ketika proses untuk berhenti (pengalaman sendiri atau kemungkinan).

• Repetition : Proses di atas akan diulang-ulang sehingga perokok timbul kesedaran dan hasrat untuk berhenti.

xvii) Masalah-masalah yang dihadapi perokok

• Kurang sokongan untuk berhenti.

• Mood negatif dan kemurungan (depression).

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 30

Page 33: Modul Berhenti Merokok_web

31

• Gejala gian yang kuat dan berpanjangan.

• Pertambahan berat badan.

• Motivasi yang tidak kental.

xviii) Langkah-langkah mengatasi

Masalah Langkah-langkah mengatasi

Kurang sokongan untuk berhenti 1) Penjadualan semula rawatan susulan

2) Kaunseling telefon secara proaktif

3) Kenalpasti kumpulan sokongan

4) Rujukan (contoh PPKK)

Mood negatif dan kemurungan 1) Kaunseling

(depression) 2) Preskripsi ubat yang betul

3) Rujukan

Gejala gian yang kuat dan 1) Guna kaedah farmakoterapi

berpanjangan 2) Penjagaan di dalam wad

Pertambahan berat badan 1) Ubahsuai ke arah cara hidup sihat

2) Farmakoterapi

3) Rujukan (Modul Pemakanan PPKK)

Motivasi yang tidak kental 1) Motivasi : Pendekatan 5R

xix) Terapi Penggantian Nikotin (Nicotine Replacement Therapy – NRT)

a) Kenapa NRT?

• NRT membekalkan kandungan nikotin yang rendah dan terkawal untuk mengurangkan ketagihan, mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dan mengurangkan gejala gian.

• Membekalkan nikotin yang "bersih" iaitu tanpa tar, karbon monoksida dan bahan kimia lain jika dibandingkan dengan rokok.

b) NRT yang ada di pasaran negara

• Gum

• Patch

• Inhaler

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 31

Page 34: Modul Berhenti Merokok_web

32

c) Keberkesanan NRT

• Nikotin gum, patch dan inhaler meningkatkan jangkamasa berhenti merokok dua kali ganda berbanding placebo1.

• Gum : 49% perokok berhenti selepas setahun berbanding 22% placebo1

dan 39% selepas 2 tahun berbanding 17% placebo2.

• 4 mg gum lebih berkesan daripada 2 mg gum untuk perokok tegar (heavy smokers)2.

1. Rigotti NA. NEJM, 346(7), 20022. Herreraet al, CHEST 108(2), 447 – 51, 1995

3. Kornitzeret al, Jpsychosom Res, 31(2), 171 – 6, 1987

d) Kontraindikasi relatif

• Arrhythmia jantung yang mengancam nyawa.

• Infarksi jantung dalam tempoh 2 minggu.

• Angina pektoris yang teruk.

• Peptik ulser yang aktif.

• Mengandung.

• Menyusu anak (jangan guna 2 – 3 jam sebelum menyusu).

e) Pemilihan NRT

• Ambil kira markah PSRK, pilihan perokok, pengalaman penggunaan pada masa lepas.

• Gum 2 mg untuk PSRK 4 – 6 atau < 20 batang sehari (moderate smokers).

• Gum 4 mg untuk PSRK 7 – 10 atau > 20 batang sehari (heavy smokers).

• Patch untuk moderate dan heavy smokers.

• Inhaler untuk perokok berkala (situational induced) – (selepas makan, stres, mengikut situasi).

• Mereka yang mempunyai masalah sendi temporomandibular, pemakai gigi palsu, mengandung dan menyusu anak tidak digalakkan menggunakan gum.

f) Nikotin gum

• Dos

* Ada 2 kekuatan: 2 mg dan 4 mg.

* 8 – 15 keping sehari untuk 2 mg.

* Maksimum dos 30 keping sehari untuk 4 mg.

* Jangkamasa rawatan: 8 –12 minggu.

* Boleh diambil jika perlu atau secara berjadual.

* Jika perlu: kunyah satu keping setiap kali rasa gian untuk merokok.

* Berjadual: kunyah satu keping setiap 1 – 2 jam.

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 32

Page 35: Modul Berhenti Merokok_web

33

• Teknik Penggunaan

• Teknik mengunyah

* Kunyah gum yang baru setiap kali.

* Elakkan mengunyah dalam masa 15 minit selepas makan atau selepas minum minuman berasid seperti kopi, jus dan minuman berkarbonat kerana asid memusnahkan nikotin.

* Kunyah perlahan yang boleh untuk mengelakkan penghasilan air liur yang berlebihan yang boleh menyebabkan tertelan. Perkara ini akan menyebabkan sakit tekak dan tidak cukup jumlah nikotin yang ada untuk diserap.

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 33

Page 36: Modul Berhenti Merokok_web

34

• Kemungkinan kesan sampingan

* Sakit rahang* Ulser mulut* Sedu (hiccup)* Belching* Loya* Sakit kepala* Ketidak penghadaman* Insiden kesan sampingan ± 5%, berkait rapat dengan bilangan dan

teknik mengunyah

Murray R, et al. Safety of nicotine gum used by3,094 participants in the Lung Health Study, CHEST 1996;109; 438 – 45

g) Patch nikotin

• Dos

* Ada 3 kekuatan : 5 mg / 16 jam, 10 mg / 16 jam,15 mg / 16 jam.* 8 minggu pertama : guna 15 mg.* 2 minggu berikut: guna 10 mg.* 2 minggu selepas itu: guna 5 mg.* Memberi kesan berterusan sepanjang penggunaannya.

• Cara pengambilan

* Pada setiap pagi, buang pelekat pada patch dan tempelkan pada bahagian kulit yang bersih, kering dan tidak berbulu (seperti bahu atau paha). Bulu badan boleh menghalang keberkesanan patch dan adalah perlu untuk mencukur terlebih dahulu jika perokok mempunyai bulu badan yang lebat.

* Tekan patch untuk memastikan patch tersebut melekat dengan kejap. Tiada sekatan untuk perokok menjalankan aktiviti harian apabila menggunakan patch seperti mandi, berenang atau aktiviti sukan yang lain.

* Tidak digalakkan memotong patch kepada dua. Ini akan menyebabkan nikotin keluar dari bahagian dalam patch dan seterusnya menjejaskan kepekatan nikotin yang perlu untuk penyerapan tansdermal yang berkesan.

* Apabila membuang patch, lipat dua dengan baik untuk mengelakkan penyalahgunaan.

* Jika keinginan untuk merokok masih kuat, patch kemungkinan tidak mencukupi atau tidak sesuai untuk perokok tersebut. Alternatif atau NRT tambahan (contohnya gum) mungkin diperlukan.

* Gum kunyah biasa atau gula-gula mungkin boleh membantu.

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 34

Page 37: Modul Berhenti Merokok_web

35

• Teknik penggunaan

• Kemungkinan kesan sampingan

* Reaksi kulit (skin reaction)

- Sehingga 50% perokok yang menggunakan patch berkemungkinan mengalami reaksi kulit setempat.

- Selalunya bersifat ringan dan akan hilang dengan sendiri walaupun ada yang menjadi teruk sepanjang penggunaannya.

- Untuk mengurangkan risiko reaksi kulit, gilirkan bahagian kulit. Setiap bahagian sewajarnya tidak digunakan selama sekurang-kurangnya seminggu.

- Rawatan setempat menggunakan krim hydrocortisone (1%) atau krim triamcinolone (0.5%) akan dapat membantu.

- Kurang daripada 5% perokok sahaja yang perlu diberhentikan penggunaan patch kesan reaksi kulit setempat ini.

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 35

Page 38: Modul Berhenti Merokok_web

36

h) Nicotine Inhaler

• Dos

* Kekuatan : 10 mg

* 8 minggu pertama : guna 6 – 12 cartridges sehari

* 2 minggu berikut : 3 – 6 cartridges sehari

* 2 minggu selepas itu: turunkan perlahan-lahan sehingga berhenti

• Teknik penggunaan

• Cara pengambilan

* Rembesan nikotin tidak bergantung kepada teknik sedutan.

* Setiap cartridges mengandungi 10 mg nikotin dan 5 mg akan diserap.

* Setiap puff (sedutan) mengandungi 13 mg nikotin pada suhu bilik.* 10 puff inhaler menyamai satu sedutan rokok.

* Penggunaan inhaler mewakili 35% penggantian nikotin (masih dalam range yang dicadangkan untuk terapi penggantian).

* Minuman berasid seperti kopi, jus dan minuman berkarbonat akan menjejaskan penyerapan nikotin, jadi makan dan minum kecuali air kosong sepatutnya dielakkan 15 minit sebelum dan selepas sedutan.

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 36

Page 39: Modul Berhenti Merokok_web

37

* Hasil yang optimum boleh dicapai dengan penggunaan berterusan selama 20 minit, sedutan jauh ke dalam tidak perlu untuk meningkatkan kadar penyerapan.

* Selepas beberapa hari menggunakan inhaler, perokok akan menyedari kaedah dan kekerapan sedutan yang sesuai untuk mereka.

* Selepas 20 minit penggunaan, perokok sepatutnya menukarkan cartridges yang baru.

* Mouth piece inhaler boleh terus digunakan, cuma perlu dicuci dengan sabun dan air.

• Kemungkinan kesan sampingan

* Sakit tekak yang ringan

* Rhinitis sementara / Selesema

* Gangguan rasa

* Sakit rahang

* Sinusitis

* Sakit kepala

* Heartburn

* Loya

xx) Rawatan / temujanji susulan

a) Nilai sama ada perokok mengurangkan bilangan rokok yang dihisap.

b) Jika perokok berhenti secara mengejut (cold turkey), nilai status dan gejala gian.

c) Jika perokok menggunakan NRT, nilai teknik, keberkesanan dan kesan sampingan.

d) Kurangkan dos NRT sebaik mungkin.

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 37

Page 40: Modul Berhenti Merokok_web

38

PENDAHULUAN

Di dalam modul ini klien akan diberi pengetahuan tentang cara-cara mengekalkanstatus tidak merokok bagi perokok-perokok yang telah mencuba untuk berhenti.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir sesi klien akan:-

i) Memahami cara-cara untuk mengekalkan status tidak merokok.

ii) Mengambil langkah-langkah menangani faktor-faktor keinginan merokok semula.

iii) Tahu di mana boleh mendapat bantuan (sekiranya perlu) untuk mengekalkan hasrat terus berhenti merokok.

ISI KANDUNGAN

i) Cara-cara untuk mengekalkan status tidak merokok.

ii) Faktor-faktor keinginan merokok semula.

iii) Apa tindakan yang boleh diambil jika kembali merokok.

iv) Bagaimana menangani keinginan untuk merokok.

v) Bagaimana mengatasi masalah pertambahan berat badan.

vi) Bagaimana menangani stres.

UUnn

iitt 44 Mengekalkan Status Tidak Merokok

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 38

Page 41: Modul Berhenti Merokok_web

39

vii) Bagaimana melakukan senaman dan aktiviti kecergasan dengan betul.

viii) Bantuan untuk mengekalkan hasrat terus berhenti merokok.

KAEDAH : Perbincangan kumpulan berfokas (FGD) dan kaunseling individu

MASA : 60 minit

AKTIVITI

i) Perbincangan kumpulan berfokas (sekiranya mempunyai ramai klien untuk menjalankan aktiviti secara serentak)

a) Klien dikumpulkan dalam kumpulan kecil untuk memulakan sesi FGD.

b) Klien diminta mengemukakan masalah yang mereka hadapi dan berkongsi masalah bersama rakan yang lain dengan bantuan anggota kesihatan (pemudahcara).

c) Klien juga diminta membuka kembali buku catitan untuk melihat catitan yang dibuat dan meneliti semula ikrar yang telah dibuat.

d) Setelah klien mengemukakan masalah, fasilitator akan membimbing klien dalam mengenalpasti cara-cara menyelesaikan masalah terutamanya dalam menangani masalah kegianan merokok, masalah menguruskan berat badan dan stres.

e) Sesi berkaitan masalah menguruskan berat badan dikendalikan oleh Pegawai Dietetik, Pegawai Zat Makanan, Pembantu Perubatan, Jururawat Kesihatan dan Kaunselor.

ii) Kaunseling Individu

a) Klien diberi kaunseling secara individu oleh anggota kesihatan. Sesi ini mungkin sesi yang kedua, ketiga setelah perokok telah berhenti merokok untuk menentukan tahap statusnya.

b) Klien diminta mengemukakan masalah jika ada berkaitan dengan keadaannya kepada anggota kesihatan.

c) Sesi ini juga memberi peluang kepada anggota kesihatan untuk memberikan maklumat yang lebih lengkap berkaitan topik-topik dalam modul ini kepada klien.

d) Klien juga diminta membuka kembali buku catitan untuk melihat catitan yang dibuat dan meneliti semula ikrar yang telah dibuat.

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 39

Page 42: Modul Berhenti Merokok_web

40

ALAT BANTU MENGAJAR

i) Slaid (power point)

ii) Buku Panduan Berhenti Merokok

iii) Kit Berhenti Merokok

iv) Modul latihan

v) Kit terapi releksasi

vi) Bahan Pendidikan Makanan Sihat dan Senaman

NOTA RUJUKAN

Cara-Cara Untuk Mengekalkan Status Tidak Merokok

i) Mengapa perokok-perokok yang sudah berhenti merokok kembali merokok.Kurang daripada 25% perokok berjaya berhenti merokok pada percubaan pertama. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa sebab berikut:-

a) Kurang keyakinan diri.

b) Sistem badan bergantung kepada tahap nikotin (nicotine dependence).

c) Tidak asertif – kalah kepada pujukan kawan.

d) Kurang sokongan.

e) Konflik di dalam diri.

f) Tidak mahir di dalam menangani tekanan.

g) Tidak dapat menyesuaikan diri di dalam perubahan tabiat.

ii) Langkah-langkah yang perlu diambil.

Langkah-langkah perlu diambil untuk mengekalkan status tidak merokok adalah seperti berikut:-

a) Perokok perlu mengenal pasti apakah punca yang menyebabkannya kembali merokok. Setelah mengenal pasti penyebab, perokok perlu mendapatkan nasihat atau mengetahui bagaimana mengatasi masalah ini.

b) Jangan berputus asa sekiranya tidak berjaya dalam percubaan pertama. Kebanyakan perokok yang berjaya berhenti merokok mencapai kejayaan tersebut setelah berulang kali mencuba.

c) Beriltizam untuk berhenti merokok serta merta dan campakkan semua rokok yang masih ada.

d) Berjanji pada diri sendiri untuk tidak merokok lagi walaupun sebatang rokok.

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 40

Page 43: Modul Berhenti Merokok_web

41

e) Mendapatkan sokongan, teguran dan pemerhatian daripada kawan/ keluarga/ guru/ majikan.

iii) Bagaimana menangani keinginan untuk merokok.

Rasa keinginan untuk merokok akan timbul pada waktu yang biasanya perokok menghisap rokok. Perokok tidak perlu bimbang akan perasaan ini kerana ini hanyalah perasaan yang bersifat sementara iaitu kira-kira 5 hingga 10 minit sahaja. Tahap keinginan untuk merokok juga akan beransur-ansur hilang jika perokok dapat mengatasi masa atau tempoh keinginan tersebut.

Cara-cara yang perokok boleh cuba adalah seperti berikut:-

a) Berfikiran positifBeritahu diri anda yang amalan merokok itu adalah satu sejarah dan tidak akan diulangi. Tumpukan perhatian kepada faedah yang boleh diperolehi oleh anda, keluarga dan orang di sekeliling anda dengan tidak merokok.

b) Lawan fikiran negatif

• Jangan biarkan fikiran negatif menhancurkan niat untuk terus kekal sebagai bukan perokok.

• Ingatkan petua 6M dan 8M bagi mengatasi fikiran negatif.

* Menarik nafas panjang : tariklah nafas panjang dengan perlahan-lahan.

* Minum air : minum air banyak-banyak sebaik-baiknya air masak suam. Jangan minum air berkafin seperti kopi atau teh.

* Membuat sesuatu : buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran daripada merokok seperti berkebun, bermain muzik, bersenam, membaca buku dan mandi.

* Membasahkan tangan : basahkan tangan setiap kali terasa ingin merokok.

* Mengunyah makanan : masukkan makanan ke dalam mulut seperti gula-gula getah tanpa gula dan buah-buahan.

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 41

Page 44: Modul Berhenti Merokok_web

42

* Memohon doa : memohon kekuatan diri daripada keinginan untuk merokok dan melapangkan fikiran dengan membaca ayat suci dan berzikir.

iv) Bagaimana mengatasi pertambahan berat badan.

Pertambahan berat badan adalah biasa di kalangan sesetengah perokok yang berhenti merokok. Ini adalah disebabkan oleh selera yang bertambah baik dan rasa makanan yang menjadi lebih sedap selepas berhenti merokok. Di antara cara-cara untuk mengatasi berat badan adalah:-

a) Mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Lebihkan makan sayuran dan buah-buahan (rujuk Modul Makan Secara Sihat).

b) Mengamalkan bersenam 3 kali seminggu untuk 20 – 30 minit setiap kali bersenam (rujuk Modul Senaman).

v) Bagaimana menangani tekanan.

Antara sebab mengapa bekas perokok kembali merokok ialah tidak mahir di dalam menangani tekanan. (rujuk Modul Minda Sihat).

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 42

Page 45: Modul Berhenti Merokok_web

Merokok layout 9/6/05 9:25 AM Page 43