Modul-BMM3112 Perkembangan BM

25
Topikȱ1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Menjelaskan asas usul bangsa dan bahasa Melayu; Mengenal pasti rumpun bahasa Austronesia dan keluarga bahasa Melayu; dan Menjelaskan bahasa Melayu Kuno dan Melayu Klasik. PENGENALAN Pengenalan tentang asal-usul bahasa dan bangsa Melayu telah anda pelajari dalam HMBL3703 Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu yang telah memperincikan perkembangan bahasa Melayu dengan jelas. Dalam modul ini, topik 1 dan topik 2 merupakan imbasan kembali sejarah awal tersebut secara ringkas dan bagi topik-topik seterusnya anda akan diperkenalkan kepada perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka, cabaran yang dihadapi, perancangan bahasa, kemunculan sistem tulisan, perkamusan Melayu dan kaedah penterjemahan. Sejarah perkembangan bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata „Melayu‰. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi,

description

semantik

Transcript of Modul-BMM3112 Perkembangan BM

Topikȱ1 Sejarah

Perkembangan Bahasa Melayu

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Menjelaskan asas usul bangsa dan

bahasa Melayu; Mengenal pasti rumpun bahasa Austronesia dan keluarga bahasa Melayu;

dan Menjelaskan bahasa Melayu Kuno dan Melayu Klasik.

PENGENALAN

Pengenalan tentang asal-usul bahasa dan bangsa Melayu telah anda pelajari dalam

HMBL3703 Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu yang telah memperincikan perkembangan

bahasa Melayu dengan jelas. Dalam modul ini, topik 1 dan topik 2 merupakan imbasan

kembali sejarah awal tersebut secara ringkas dan bagi topik-topik seterusnya anda akan

diperkenalkan kepada perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka, cabaran yang

dihadapi, perancangan bahasa, kemunculan sistem tulisan, perkamusan Melayu dan kaedah

penterjemahan. Sejarah perkembangan bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata

„Melayu‰. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa

yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu,

iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan

hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan

bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya

berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu. Satu catatan orang Cina

2

TOPIK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

ialah seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila

menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam

bahasa Jawa Kuno pula, perkataan „Mlayu‰ bermaksud berlari atau mengembara. Ini dapat

dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan

ke Tanah Melayu. Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan

pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada

bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan

tradisional yang disebut sebagai gugusan pulaupulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi

Indonesia hari ini. Pengertian kedua?? Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih

istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami

semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang

berdekatan. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah bahasa Melayu.

Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula

sebagai bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu juga.

1.1

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-bahasa

yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan

bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C. Kern,

Wilhem von Humboldt, van der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William

Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap usaha ini

ialah Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain.

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu).

Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern, iaitu

seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia

Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui.

Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween

dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau

menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah

bersama-sama dengan bahasanya sekali.

TOPIK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

3

Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan bahawa

bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan.

Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat

juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga

mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia.

Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap bahasa Melayu

mendapati bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun. Pendapat

yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang bermaksud

bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi

menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Berdasarkan kajian

yang telah dilakukan oleh para pengkaji, bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum

bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama: bahasa Austroasia, Tibet-China

dan Austronesia (Rajah 1.1).

Rajah 1.1: Pembahagian Filum Austris

1.1.1

Keluarga Bahasa-Bahasa Austronesia

Perkataan Austronesia merupakan gabungan dua perkataan, iaitu austro dan nesos.

Perkataan w berasal daripada bahasa Latin, yang bermaksud selatan; manakala perkataan

nesos berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud pulau. Oleh itu, istilah austronesia

membawa pengertian „pulau-pulau selatan‰ (Asmah,1985:35). Istilah ini diperkenalkan oleh

P.W. Schmidt, manakala istilah Malayo-Polenesia digunakan oleh Wilhem von Humboldt, ahli

bahasa yang telah mengkaji aspek keserumpunan bahasa antara bahasa Melayu dengan

bahasabahasa di daerah Polinesia. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang

tergolong dalam satu filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia

dan TibetăChina. Istilah rumpun digunakan bagi

4

TOPIK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 ă 5,000

tahun. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat rumpun, iaitu bahasabahasa di

kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasabahasa di Hawaii, Tonga

dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian dan

New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan

Marianna) (Rajah 1.2).

Rajah 1.2 : Pecahan Rumpun Bahasa Austronesia

1.1.2

Rumpun Bahasa Melayu

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun bahasa Austronesia.

Asal-usul bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris terpecah kepada tiga rumpun

bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai

Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-China. Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada

empat keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia (Rajah 1.2).

Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu,

bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina,

Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, MunaButung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-

Laki, Sulawesi selatan, BimaSumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian

Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera. Beberapa teori telah

mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia

yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam dua

gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama disebut Melayu Proto

yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi. Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah.

Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja

TOPIK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

5

mencari makan. Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun

1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya.

Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila

sampai di selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai,

ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di

kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut. Selain daripada itu,

terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia

Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkajipengkaji Barat. H. Kern menyatakan bahawa

penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, di bahagian timur negara India.

Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam

beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di

India. Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat

resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di

kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada

keturunan yang sama. Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk-

penduduk kepulauan Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia

Tenggara. Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat

daya negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada juga yang mengatakan dari

bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara. Seorang lagi sarjana yang membuat kajian

perbandingan bahasa ialah Mees. Beliau membuat kajian bertitik tolak daripada pembahagian

oleh Schmidt dengan sedikit perubahan dan data yang lebih perinci. Menurut Mees lagi,

bahasa dan dialek di Tanah Melayu tidak dapat tidak, mempunyai hubungan dengan bahasa

yang digunakan di pantai Timur Sumatera, iaitu bahasa Melayu. Malah, daerah bahasa

Melayu di luar Tanah Melayu merangkum kepulauan Riau, Palembang, Kampar, Jambi dan

Medan. Bahasa Melayu-Sriwijaya memperlihatkan sisa-sisa tua daripada salah satu bahasa

Austronesia berdasarkan prasasti yang terdapat pada batu bersurat Talang Tuwo bertarikh

680 Masihi. Di bahagian utara pula, terdapat kelompok bahasa Aceh, bahasa Batak seperti

Karo, Toba, Simalungan, dan Angkola-Mandiling, Nias, Mentawai, Minangkabau dan

Lampung.

6

TOPIK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Rajah 1.3: Keluarga Bahasa Melayu

Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang daripada

2,500 tahun. Berdasar Rajah 1.3, kita dapati bahawa keluarga bahasa Melayu juga

mempunyai pecahannya tersendiri. Kumpulan bahasa Melayu Johor mempunyai induknya

yang bermula daripada bahasa Melayu Johor kemudian bahasa Melayu tengah sebelum ke

bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada bahasa Melayu Proto yang juga

merupakan kumpulan bahasa Austronesia. Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), bahasa

Melayu terpecah kepada 16 subkeluarga atau bahasa, iaitu bahasa Filipina, Sumatera, Jawa,

Kalimantan, BaliSasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan,

MunaButung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya. Dalam

subkeluarga Sumatera termasuk bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung,

dan orang Laut.

TOPIK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

7

Osman Omar (1961:3) mengatakan bahawa percabangan bahasa Indonesia begitu tersebar

luas kerana dikembangkan oleh suku bangsa yang seketurunan dengan bangsa Melayu dan

penyebaran ini terjadi disebabkan sifat semula jadi bangsa Melayu sendiri sebagai ahli

pelayaran dan perantau yang masyhur. Ciri-ciri pelaut dan perantau bangsa Melayu ini

mengakibatkan berlakunya dua pertembungan penting pada induk bahasa Indonesia menjadi

berbagai-bagai bahasa lain. Menurut Asmah (1985) kawasan penyebaran bahasa-bahasa

Indonesia dianggap sebagai pusat keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa sebab.

Antara lain, keluarga bahasa ini melebihi mana-mana keluarga bahasa dari segi bentuk-bentuk

bahasanya. Malah daripada keluarga bahasa inilah terdapatnya bahasa Melayu, iaitu bahasa

yang pesat perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia,

Indonesia dan Brunei Darussalam. Malah kerajaan yang memerintah alam nusantara

semuanya terdapat di kawasan Indonesia, misalnya Kerajaan Sriwijaya-Melaka dan kerajaan

Melayu-Johor. Hal ini diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948:5) yang mengatakan bahawa

bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan

Melayu. Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur

asing dan sifatnya yang dapat dilentur buat memenuhi keperluan semasa, maka jadilah

bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di

kepulauan Melayu. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada

beberapa tahap, iaitu i) bahasa Melayu Kuno, ii) bahasa Melayu Klasik, dan iii) bahasa Melayu

Moden. Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya dibandingkan

dengan bahasa lain seperti bahasa Jawa atau bahasa Tagalog. Bahasa Melayu Purba

dikatakan wujud pada zaman prasejarah namun tidak ada bukti yang bertulis pada masa itu.

Perbincangan dalam modul ini lebih tertumpu kepada perkembangan bahasa Melayu Kuno

dan bahasa Melayu Klasik yang menjadi asas kepada perkembangan bahasa Melayu Moden.

SEMAK KENDIRI 1.1

(a) (b) Huraikan dengan ringkas sejarah asal usul kata „Melayu‰. Bincangkan konsep rumpun

dan keluarga bahasa Melayu.

1.2

BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit

dikatakan banyak mempengaruhi kosa kata dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu Kuno

melalui zaman kegemilangannya semasa berada

8

TOPIK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

di bawah kerajaan Sriwijaya, kira-kira pada abad ke-7 hingga abad ke-13. Kegemilangannya

terbukti apabila bahasa Melayu mampu menjadi lingua franca dan bahasa pemerintah.

Kerajaan Sriwijaya berjaya menghasilkan bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh semua

masyarakat sehingga bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi di kepulauan Melayu,

kepulauan Riau dan juga Sumatera. Kewujudan bahasa ini dibuktikan melalui penemuan-

penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683SM);

batu bersurat di Talang Tuwo, dekat Palembang (684M); batu bersurat di Kota Kapur, Pulau

Bangka (686M); dan batu bersurat di Karang Brahi, Jambi (686M). Batu bersurat di Gandasuli,

Jawa Tengah (832M) ialah batu bersurat yang pertama ditemui menerima pengaruh tulisan

Nagiri. Rumpun ini merupakan keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7

hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca. Penuturnya

terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera. Kepentingannya

sebagai bahasa lingua franca kerana sifatnya yang sederhana dan mudah menerima

pengaruh asing, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai

sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Bahasa ini banyak dipengaruhi

oleh sistem bahasa Sanskrit yang banyak menyumbang kepada pengayaan kosa kata bahasa

Melayu. Pengaruh Sanskrit kuat akibat kaitannya dengan agama Hindu, kedudukannya

sebagai bahasa golongan bangsawan dan hirarkinya yang tinggi. Ciri-ciri bahasa Melayu Kuno

dapat dilihat berdasarkan butiran yang berikut:

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit

Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno (Contoh: bulan - wulan)

Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan) Awalan ber- ialah mar-

dalam Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas) Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu

Kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th,

ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-

samuha, saya: sahaya)

Tulisan yang digunakan merupakan tulisan yang berasal dari India seperti Devanagiri dan

Pallava. Tulisan ini dikatakan pengaruh tulisan India seperti Jawa Kuno dan tulisan Kawi. Ini

didapati pada prasasti dengan banyaknya pengaruh kata pinjaman Sanskrit yang berkait rapat

dengan pengaruh kebudayaan India dan agama Hindu. Bahasa Melayu Kuno tidak

mempunyai pengaruh bahasa Arab baik dari segi kosa kata atau tulisan. Bahasa Melayu

TOPIK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

9

Kuno ternyata disebarkan pada zaman beberapa buah kerajaan lama seperti kerajaan Campa

dan empayar Funan di Vietnam Tengah dan selatan, Thailand tengah dan selatan, kerajaan

Sailendra di Pulau Jawa dan empayar Sriwijaya yang terdapat di Sumatera Utara, Pulau Jawa

dan Tanah Semenanjung hingga ke Segenting Kra. Anda boleh meneliti semula perincian

tentang bahasa Melayu Kuno dalam modul HMBL 3703 Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu

sebagai ulang kaji untuk pemahaman yang lebih jelas.

AKTIVITI 1.1

Perihalkan perkembangan bahasa Melayu Kuno berdasarkan tulisan Ismail Hussein (1966)

atau Darwis Harahap (1992).

1.3 BAHASA MELAYU KLASIK

Menurut Awang Sariyan, bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi

bahasa Melayu, sesudah bahasa Melayu Purba dan bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu

Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu

Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu

kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan

langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya ditandai

dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303

Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab

berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di

semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak,

Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan,

Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh. Pada abad ke-13, peralihan bahasa

berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara.

Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan bahasa

Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan

bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan

batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama

yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu

bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7,

iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman

kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal ini

disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi

10

TOPIK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan perkembangan Islam dan seterusnya

bahasa pada ketika itu. Kemunculan bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip

Melayu Lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di

beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat

kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun

1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah ialah kitab AqaÊid al-Nasafi yang bertarikh

1590 (988H). Terdapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh (1600), Hikayat Seri Rama

(1633), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda

Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini menunjukkan

bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu. Dari segi

fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan. Kebanyakan data

berbentuk tulisan dan ini menyukarkan pengesanan sebutan yang sebenar. Awang Sariyan

mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada tiga sahaja, iaitu i, a dan u

(daripada vokal Arab alif, ya dan wau). Namun demikian dapat diandaikan bahawa bahasa

Melayu klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam bahasa

Melayu, iaitu a, e pepet, e taling, i, o, dan u. Dari segi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan

bahawa bunyi konsonan bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam bahasa

Melayu Moden. Pelambangan bunyi getaran alveolar r yang jelas menggunakan huruf „ra‰

dalam bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan

bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik. Bunyi

diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong dalam bahasa Melayu Moden,

iaitu ai, au dan oi. Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang

digunakan dalam bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga berlaku bagi proses

morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini

memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama

rumusannya dengan bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif. Ciri-ciri bahasa

Melayu Klasik ialah Ć Ć Ć Ć Ayat yang panjang dan berbelit-belit Banyak ayat pasif

Menggunakan bahasa istana Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran

(mabuk asmara), sahaya, masyghul dan sebagainya

TOPIK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

W

11

Ć Ć

Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti sebermula, alkisah,

hatta, adapun dan sebagainya Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel

pun dan lah

Kajian Asmah haji Omar tentang kitab ÂAqaiÊid al-Nasafi, iaitu teks tertua bahasa Melayu

menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata bahasa Melayu asli. Kata

pinjaman yang agak menonjol ialah bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Terdapat juga

penggunaan penanda wacana yang tidak digunakan lagi dalam bahasa Melayu Moden, iaitu

bermula, hatta, syahadan, kalakian dan seumpamanya. Gaya bahasa Melayu Klasik pula

memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat

kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan

lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga

menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa

Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan

ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu.

Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini.

Warisan bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang,

iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan

pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata

pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi. Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan

dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-

undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam bahasa Melayu Klasik

ialah ÂAqaiÊid al-Nasafi. Kitab ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda,

kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri

manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran

manusia dan diungkapkan dalam bahasa Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi

membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu. Tokoh-tokoh lain yang

terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul

Rauf Singkel. Di samping itu, muncul ahli ilmu dari luar Alam Melayu, iaitu Nuruddin al Raniri.

Hamzah Fansuri terkenal dengan karya prosa seperti Asrarul-Arifin fi bayan Ilm al-Suluk wal-

Tawhid, alMuntahi dan Sharabul-Ashiqin atau Zinatul-Muwahiddin. Syairnya yang terkenal

ialah Syair Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan Ilm al-suluk wal-tawhid dan Syair Perahu.

12

TOPIK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Dari segi sejarah, bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini

dikatakan sebagai titik bermulanya bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga

memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan Jawi yang digunakan

secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan

bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi

memulakan transformasi ciri budaya yang penting.

SEMAK KENDIRI 1.2

(a) (b) Jelaskan perkembangan bahasa Melayu Kuno dan hubungannya dengan penemuan

batu bersurat. Huraikan dengan ringkas ciri-ciri bahasa berdasarkan batu bersurat yang

ditemui. Melayu Kuno

AKTIVITI 1.2

Jelaskan kesignifikanan bahasa Melayu Klasik sebagai asas kepada perkembangan bahasa

Melayu Moden.

Ć

Sejarah perkembangan bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata „Melayu‰. Asal

usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Catatan Cina yang

menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada

Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Pertubuhan UNESCO telah memilih istilah

Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami

Semenanjung tanah Melayu, pantai timur Sumatera, dan beberapa tempat lagi yang

berdekatan. Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara

(kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu

R.H. Geldern dan J.H.C. Kern. Dalam kajian ini istilah filum digunakan bagi menggambarkan

kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Berdasarkan kajian yang telah

dilakukan oleh para pengkaji, bahasa Melayu didapati tergolong dalam

TOPIK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

W

13

filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama, iaitu bahasa Austroasia,

Tibet-China dan Austronesia. Ć Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok

bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 - 5,000 tahun. Rumpun bahasa

Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu

(Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tonga dan New Zealand

iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian, dan New Caledonia),

dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna). Istilah

keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500

tahun. Kumpulan bahasa Melayu Johor mempunyai induknya daripada bahasa Melayu Johor

kemudian bahasa Melayu tengah sebelum ke bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal

daripada bahasa Melayu Proto yang merupan kumpulan bahasa Austronesia. Bahasa Melayu

Kuno keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai

bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca. Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah

Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad

ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya

kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan SamuderaPasai di bawah Sultan

Malikul Salih. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa

berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Bahasa Melayu Klasik jelas banyak

digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau

undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam bahasa

Melayu Klasik ialah ÂAqaiÊid al-Nasafi. Dari segi sejarah, bahasa Melayu Klasik mempunyai

kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya bahasa Melayu

Moden.

Ć

Ć

Ć

Ć Ć

Ć

14

TOPIK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Asal usul bangsa Melayu Bahasa Austroasia Bahasa Austronesia Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Purba Batu bersurat

Filum Keluarga bahasa Konsep Melayu Manuksrip lama Prasasti Rumpun bahasa Surat lama

Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kamarudin Husin et al. (1997). Pengajian Melayu 1. Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman. Dr. R. Soekmono. (1992). Pengantar sejarah kebudayaan Indonesia I dan II:

Yogyakarta: Kanisius Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah Bahasa

Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Pub. & Distributors. Nik Safiah Karim et al. (2004).

Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan dipetik

daripada Ensiklopedia kebudayaan Melayu (1998) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.