Modul Halus Bm 2 Pmr

download Modul Halus Bm 2 Pmr

of 28

Transcript of Modul Halus Bm 2 Pmr

UNIT KURIKULUM BAHASAPEJABAT PELAJARAN DAERAH HILIR PERAK

MODUL PELAJAR HARAPAN LULUS ( HALUS ) BAHASA MELAYU KERTAS 2 PMR

Disediakan oleh : En.Hamidi bin Ariffin( SMK Raja Muda Musa )

En.Mohd Rodzi bin Arbi( SMK Seri Setia )

En.Mohd Helmi bin Musa( SMK Hutan Melintang )

Pn.Noor Masuri binti Long( SMK Seri Perak )

SASARAN MARKAH PELAJAR HARAPAN LULUS ( HALUS )

SOALAN BAHAGIAN A (i) (Meringkas) BAHAGIAN A (ii)

MASA 30 minit 10 minit

MARKAH 20 markah 10 markah 20 markah 40 markah 10 markah 100 markah

TARGET 10 markah 3 markah 8 markah 15 markah 4 markah 40 markah

(Pemahaman) BAHAGIAN B 25 minit (Karangan Rangsangan) BAHAGIAN C 45 minit (Karangan Respon Terbuka) BAHAGIAN D 10 minit (Novel) JUMLAH

02/2 Bahasa Melayu Kertas 2

BAHAGIAN A (i) : RINGKASAN

1. 2. 3. 4. 5.

Peraturan Pemarkahan Panduan Menjawab Soalan Contoh Skema Jawapan Contoh Jawapan

PERATURAN PEMARKAHAN Bahagian A (i) : 20 markah 1. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membaca jawapan calon. (a) Bahasa dinilai secara tanggapan (impression). (b) Pemeriksa diminta menandakan kesalahan sebagaimana penandaan karangan.

(c)

Peringkatkan markah calon berdasarkan criteria di bawah.

Markah Bahasa (10 markah ) PERINGKAT CIRI-CIRI 1. Bahasa baik dan lancar 2. Berupaya menggunakan ayat sendiri - pemilihan kata yang tepat - ayat yang gramatis - penanda wacana yang sesuai 3. Ejaan dan tanda baca betul 1. Bahasa baik dan lancar 2. Masih berupaya menggunakan ayat sendiri - pemilihan kata agak terhad - ayat yang masih gramatis - penanda wacana yang masih sesuai 3. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca minimum. 1. Bahasa yang kurang lancar 2. Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca ATAU 3. Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih. (Bhs - mak.5m) 1.Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah. 2.Menyalin bulat-bulat petikan (Isi : tolak 50%, Bahasa : 2m) MARKAH

Cemerlang

9 -10

Baik

6-8

Memuaskan

3-5

Penguasaan Minimum

1-2

Markah Isi ( 10 markah ) BILANGAN ISI 5 4 3 2 1 MARKAH 9 - 10 7-8 5-6 3-4 1-2

PANDUAN MENJAWAB 1. Guru menerangkan kepada pelajar isi perlu dicari berdasarkan arahan tugasan soalan ( berwarna hitam ).

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Pelajar perlu membaca setiap ayat untuk mengenal pasti isi berdasarkan arahan tugasan soalan. Isi ringkasan yang telah dijumpai perlulah digariskan. Gunakan ayat yang terdapat dalam petikan dengan membuang contoh-contoh atau perkataan tidak perlu tanpa menjejaskan isinya. Masukkan penanda wacana dan ditulis selepas setiap dua isi. Panjang ringkasan tidak melebihi 80 patah perkataan. Jumlah perkataan mesti ditulis. Rangka ringkasan karangan adalah seperti berikut :

Antara

+

arahan tugasan soalan

+

S1

.

S2

.

Di samping itu,

S3

.

S4

. Selain itu,

S5

.

S6

.

Seterusnya,

S7

.

S8

.

( _______ patah perkataan )

SOALAN CONTOH Bahagian A (i) [ 20 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk membangunkan negara. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sebut sahaja nama Pak Lah atau Abdullah Ahmad Badawi, masyarakat akan terus terbayang akan kesungguhan Perdana Menteri Malaysia ini memerangi musuh nombor satu negara, iaitu rasuah dan dadah. Bagi Perdana Menteri kita ini, apa-apa juga yang dilakukannya, semua untuk rakyat dan negara. Bagi beliau, setiap rakyat mesti mendapat faedah daripada setiap dasar yang diperkenalkannya. Usaha untuk meningkatkan sektor pertanian dan taraf hidup golongan petani, nelayan dan penternak menjadi keutamaan Perdana Menteri sejurus mengambil alih kepemimpinan negara. Beliau juga berusaha memerangi pelbagai gejala sosial dalam masyarakat. Kesungguhan beliau ini dapat dilihat daripada kempen antimerokok dan menangani kehadiran pendatang asing secara haram di negara kita. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Badawi, menulis teks ucapan beliau sendiri. Beliau dibantu oleh Bahagian Polisi dan Komunikasi, Pejabat Perdana Menteri yang membuat penyelidikan tentang sesuatu isu. Selain itu, beliau juga teliti orangnya sehinggakan kesilapan kecil seperti tiada koma atau noktah dalam ayat pun dapat dihidunya. Beliau juga bekerja keras tidak mengira masa dan tempat. Mesyuarat berlangsung di pejabat mahupun di kediaman beliau walaupun pada sebelah malam, bergantung pada keperluan. Datuk Seri Abdullah juga mengajak rakyat bersama-samanya untuk membangunkan dan memajukan negara. Oleh sebab itu, dalam ucapannya, beliau ada menyebut bahawa Saya tidak mahu tuan-tuan bekerja untuk saya tetapi mahu tuan-tuan bekerja bersama-sama saya kerana bangsa, agama dan negara. Beliau juga memperkenalkan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam kerajaan pimpinannya agar setiap pemimpin serta rakyat bermotivasi untuk berdaya maju. Selain itu, antara perkara yang terawal yang dilakukannya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ialah melawat ke pejabat-pejabat kerajaan, terutamanya yang berurusan secara langsung dengan rakyat. Beliau juga mahu sektor awam mempercepat proses kerja dan meningkatkan kualiti kerja. Menurut Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak, gaya kepimpinannya Pak Lah terbuka, berhemah dan sentiasa menekankan soal keprihatinan kepada masalah rakyat dan pembangunan manusia. Bagi Datin Seri Endon Mahmood, Wanita Pertama Malaysia pula, suaminya telah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlangnya untuk membangunkan negara. Begitulah berwibawanya Perdana Menteri kita. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana dalam keluaran khas, Setahun Menerajui Negara, Utusan Malaysia, Oktober 2004 )

CONTOH SKEMA JAWAPAN Isi cadangan : 1. Kesungguhan Perdana Menteri dalam memerangi musuh nombor satu negara iaitu rasuah dan dadah.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Berusaha untuk meningkatkan sektor pertanian dan taraf hidup golongan petani, nelayan dan penternak. Beliau juga berusaha untuk memerangi pelbagai gejala penyakit sosial dalam masyarakat. Usaha Perdana Menteri dalam kempen antimerokok dan menangani kehadiran pendatang asing secara haram ke negara ini. Perdana Menteri bekerja keras tidak mengira masa dan tempat. Mesyuarat diadakan di pejabat mahupun di kediaman beliau walaupun pada sebelah malam, bergantung pada keperluan. Beliau mengajak rakyat bersama-samanya untuk membangunkan dan memajukan negara. Beliau juga memperkenalkan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Beliau mahu sektor awam mempercepat proses kerja dan meningkatkan kualiti kerja. Melawat ke pejabat-pejabat kerajaan terutamanya yang berurusan secara langsung dengan rakyat.

CONTOH RINGKASAN LENGKAP Antara usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk membangunkan negara ialah kesungguhan Perdana Menteri dalam memerangi musuh nombor satu negara iaitu rasuah dan dadah. Berusaha untuk meningkatkan sektor pertanian dan taraf hidup golongan petani, nelayan dan penternak. Di samping itu, beliau juga berusaha untuk memerangi pelbagai gejala penyakit sosial dalam masyarakat. Usaha Perdana Menteri dalam kempen antimerokok dan menangani kehadiran pendatang asing secara haram ke negara ini. Selain itu, Perdana Menteri bekerja keras tidak mengira masa dan tempat. Beliau mengajak rakyat bersama-samanya untuk membangunkan dan memajukan negara. Seterusnya, beliau juga memperkenalkan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang . ( 83 patah perkataan )

02/2 Bahasa Melayu Kertas 2

BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN

1. 2. 3. 4. 5.

Peraturan Pemarkahan Panduan Menjawab Soalan Contoh Skema Jawapan Contoh Jawapan

BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN ( 10 MARKAH ) PERATURAN PEMARKAHAN

1. 2. 3.

Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis. Menggunakan ayat sendiri. Isi cukup serta lengkap mengikut tugasan.

PANDUAN MENJAWAB Soalan 1 : 1. 2. 3. Jawapan dimulakan dengan sebahagian daripada soalan. Menggunakan maksud rangkai kata yang sama maksud dan sesuai digunakan semula dalam konteks petikan. Jangan ulang semula perkataan yang ditanya dalam soalan.

Soalan 2 : 1. 2. 3. Jawapan dimulakan dengan sebahagian daripada soalan. Menjawab mengikut tugasan soalan. Cari jawapan dalam petikan sahaja tetapi bukan daripada isi ringkasan.

Soalan 3 : 1. 2. 3. Jawapan dimulakan dengan sebahagian daripada soalan. Isi cukup ( 2 isi ) serta lengkap mengikut tugasan. Jawapan hendaklah berdasarkan pendapat sendiri.

CONTOH SOALAN

Berdasarkan petikan bahagian A(i), jawab salan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. 2. Apakah maksud Wanita Pertama Malaysia ? [ 2 markah ] Berdasarkan petikan, nyatakan empat sikap terpuji yang boleh dicontohi daripada Perdana Menteri kita. [ 4 markah ] 3. Pada pendapat anda, mengapakah kita memerlukan pemimpin negara yang berwibawa? [ 4 markah ] CONTOH SKEMA JAWAPAN Soalan 1 ( 2 markah) Maksud frasa Wanita Pertama Malaysia 2 markah : Isteri Perdana Menteri Malaysia. 1 markah : Isteri pemerintah / pentadbir Soalan 2 ( 4 markah ) Empat sikap terpuji yang boleh dicontohi daripada Perdana Menteri kita: - Berwibawa / teliti / bersungguh-sungguh / gigih / berjiwa rakyat / terbuka / prihatin / berhemah / bekerja keras / bertanggungjawab / bijaksana / rajin / bersikap terbuka / berpandangan jauh / amanah / jujur. ( Pilih mana-mana 4 isi yang di atas. Terima isi lain yang sesuai)

CONTOH JAWAPAN PEMAHAMAN LENGKAP

1.

Maksud rangkai kata Wanita Pertama Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. [ 2 markah ]

2.

Empat sikap terpuji yang boleh dicontohi daripada Perdana Menteri kita ialah berwibawa dan teliti. Selain itu, beliau juga seorang yang berjiwa rakyat dan prihatin. [ 4 markah ]

3.

Pada pendapat saya, kita memerlukan pemimpin negara yang berwibawa kerana dapat memajukan negara dalam pelbagai bidang. Kedua, menaikkan imej negara di mata dunia. Di samping itu, dapat mengukuhkan perpaduan rakyat. [ 4 markah ]

02/2 Bahasa Melayu

Kertas 2

BAHAGIAN B : KARANGAN BAHAN RANGSANGAN1. 2. 3. 4. 5. Peraturan Pemarkahan Panduan Menjawab Soalan Contoh Skema Jawapan Contoh Jawapan

PERATURAN PEMARKAHANBahagian B : Karangan Bahan Rangsangan ( 20 markah )

Kriteria PenskoranPERINGKAT / MARKAH 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 1. 2. 3. 4. 5. 6. CIRI KARANGAN Ayat yang gramatis. Kata dan kosa kata luas dan tepat. Kesalahan penggunaan yang minimum. Ejaan dan tanda baca yang betul Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata Idea yang relevan berdasarkan tugasan. Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai serta berkembang. Pengolahan yang menarik dan berkesan.

CEMERLANG

( 16-20 ) 18 - 20 16 - 17

BAIK

( 11-15 ) 13 - 15 11 - 12

Ayat masih gramatis. Kata masih luas dan kosa kata tepat. Kesalahan penggunaan kata yang minimum. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. Idea yang relevan berdasarkan tugasan. Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan masih sesuai tetapi kurang dikembangkan. 7. Pengolahan masih menarik. Ayat kurang gramatis. Kata dan kosa kata yang terhad. Kesalahan penggunaan kata yang ketara. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. Idea yang relevan berdasarkan tugasan. Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan terhad. 7. Pengolahan tidak menarik. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. Idea kabur / tidak berkaitan dengan tugasan.

MEMUASKAN

( 06-10 ) 08 10 06 - 07

PENGUASAAN MINIMUM ( 01-05 )

BAHAGIAN B : KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

( 20 MARKAH ) PANDUAN MENJAWAB

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Pelajar hanya menjawab mengikut tugasan soalan sahaja. Karangan tidak melebihi 120 patah perkataan. Karangan berperenggan seperti karangan biasa ( pendahuluan, isi dan penutup ). Perenggan pendahuluan dua ayat sahaja. Perenggan isi perlu ditulis dalam tiga perenggan. Setiap perenggan mengandungi tiga ayat iaitu ayat isi, huraian dan contoh. Perenggan penutup dua ayat sahaja iaitu kesimpulan dan cadangan. Sekurang-kurangnya perlu satu ungkapan menarik dalam karangan.

CONTOH SKEMA JAWAPAN

Pendahuluan : 1. 2. Slogan Fikir dulu sebelum buang . Tujuan kempen

Isi-isi : ( Faedah kitar semula ) 1. 2. 3. Kos memproses bahan-bahan baru dapat dikurangkan. Masalah tempat pelupusan sampah yang tidak mencukupi dapat dielakkan. Meningkatkan disiplin dalam diri setiap individu.

Penutup : - kesimpulan : banyak mendatangkan kebaikan kepada kita. - cadangan : haruslah bekerjasama menjayakan kempen.

CONTOH KARANGAN LENGKAP Fikir dulu sebelum buang begitulah slogan kempen kitar semula yang dijalankan di negara kita. Pelbagai faedah yang dapat kita peroleh apabila mengitar semula. Antara faedah yang dapat kita peroleh ialah kos bagi memproses bahan-bahan baru dapat dikurangkan. Secara tidak langsung ekonomi negara dapat ditingkatkan. Selain itu, masalah tempat pelupusan sampah yang tidak mencukupi juga dapat dielakkan. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Di samping itu, kitar semula dapat meningkatkan disiplin dalam diri setiap individu. Kitar semula dapat mengelakkan kita daripada sikap suka membazir. Kesimpulannya, jelaslah bahawa kitar semula banyak mendatangkan kebaikan kepada kitar semua. Oleh itu, kita semua haruslah bekerjasama menjayakan kempen yang dialancarkan. ( 120 patah perkataan )

02/2 Bahasa Melayu Kertas 2

BAHAGIAN C : KARANGAN RESPONS TERBUKA1. 2. 3. 4. 5. Peraturan Pemarkahan Panduan Menjawab Soalan Contoh Skema Jawapan Contoh Jawapan

PERATURAN PEMARKAHANBahagian C : Karangan Respons Terbuka ( 40 markah )

PERINGKAT Cemerlang Kepujian Baik Memuaskan Penguasaan Minimum

MARKAH 33 - 40 25 - 32 17 - 24 09 - 16 01 - 08

KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULISASPEK 1. BAHASA 2. IDEA Kegramatisan KRITERIA : Kata (Morfologi) : Ayat (Sintaksis) Ejaan dan tanda baca betul Kosa kata luas dan tepat. Isi-isi sesuai Huraian isi jelas Contoh yang sesuai Pengolahan menarik dan berkesan Pemerengganan sesuai Format menepati tugasan Unsur keindahan bahasa (pantun, peribahasa dan frasa menarik)

3.

PENGOLAHAN

PERINGKAT / CIRI-CIRI SESEBUAH KARANGANPERINGKAT / MARKAH CIRI - CIRI KARANGAN

CEMERLANG ( 33-40 ) 37 40 33 36

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.8. 1. 2.

Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Penggunaan penanda wacana yang betul. Ejaan dan tanda baca yang betul. Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta contoh yang sesuai. Pengolahan menarik dan berkesan, pemerengganan sesuai serta format menepati kehendak tugasan. Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun,cogan kata dan frasa yang menarik. Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Penggunaan penanda wacana yang sesuai. Ejaan dan tanda baca yang betul. Penggunaan kosa kata yang luas. Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta contoh. Pengolahan menarik, pemerengganan sesuai serta format menepati kehendak tugasan. Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik. Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai. Penggunaan ayat majmuk gabungan gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. Penggunaan kosa kata yang umum tetapi terdapat kesalahan minimum. Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas. Pengolahan masih menarik, dengan pemerengganan dan format yang masih sesuai mengikut tugasan. Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad. Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat. Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan ejaan dan tanda baca. Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas. Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai serta format kurang tepat. Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. Tidak menjawab tugasan soalan ( karangan hafalan ). Idea kabur. Penguasaan minimum ( K : 05 ) tidak perlu ditolak ejaan.

KEPUJIAN ( 25-32 ) 29 32 25 28

3. 4. 5.6.

7.8. 1. 2.

BAIK 3. (17 - 24 ) 21 24 17 20

4. 5. 6.

MEMUASKAN (09 -16) 13 16 09 12

1. 2. 3. 4. 5.6.

PENGUASAAN MINIMUM ( 01-08 ) 05 08 01 04

1. 2. 3. 4.

BAHAGIAN C : KARANGAN RESPONS TERBUKA

( 40 MARKAH )

PANDUAN MENJAWAB Panduan menulis karangan yang baik : 1. 2. 3. 4. Pilih soalan yang mudah dan boleh dijawab. Mengenal pasti kunci soalan bagi soalan yang dipilih. Membuat rangka karangan. Menulis karangan menggunakan ayat yang gramatis. - Setiap karangan mestilah megandungi : Pendahuluan pengenalan isi karangan. Perenggan isi isi utama, huraian dan contoh. Penutup kesimpulan dan cadangan. - Penggunaan penanda wacana antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. Contoh : Di samping itu, Selain itu, Hal ini kerana, Justeru. - Masukkan ungkapan menarik ( peribahasa, cogan kata, frasa menarik ) 5. Menyemak karangan.

CONTOH SOALAN MUDAH

BAHAGIAN C ( KARANGAN RESPONS TERBUKA ) PMR 2005 (a) Pada musim buah-buahan yang lalu, satu pameran Makan Buah-Buahan Tempatan telah diadakan. Ceritakan kebaikan pameran tersebut.

(b) Kelab Komputer SMK Seri Mulia Pengerusi Setiausaha Bendahari : : : Mohamad Redzuan Zaini Ain Najihah Ahmad Nur Shahirah Ramlan

Sebagai setiausaha kelab tersebut, anda diminta untuk menyediakan laporan aktivitiaktiviti yang telah dijalankan. Tulis laporan itu selengkapnya. PMR 2006 1. 2. Anda telah berpeluang mengikuti Program Kecemerlangan PMR anjuran pihak sekolah. Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh daripada program tersebut. Berikut ialah petikan surat yang anda terima daripada seorang rakan. Tahniah saya ucapkan kerana awak telah memenangi beberapa pingat emas dalam kejohanan sukan tahunan sekolah. Saya berminat untuk mengetahui usaha-usaha yang telah awak lakukan sehingga mencapai kejayaan tersebut.

Berdasarkan petikan di atas balas surat rakan anda itu.

CONTOH KARANGAN MENGGUNAKAN KAEDAH KATA TANYA Soalan: Penyakit berbahaya sering mengancam kehidupan manusia pada masa kini. Terangkan puncapuncanya dan langkah menangani masalah ini . Penyakit berbahaya ditakrifkan sebagai penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia dan boleh menyebabkan kematian. Antara penyakit berbahaya yang selalu menyerang rakyat tempatan ialah penyakit AIDS, jantung, kencing manis dan kolera. Oleh itu, masyarakat perlu prihatin terhadap penyakitpenyakit ini yang boleh mengorbankan nyawa orang tersayang dalam keluarga kita. Penyakit berbahaya seperti penyakit AIDS berpunca daripada perbuatan seseorang individu yang terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral. Individu yang melakukan perbuatan seks secara rambang dan tidak setia kepada pasangan hidupnya akan dijangkiti penyakit itu sebelum melakukan hubungan seks itu. Contohnya, individu yang selalu menjalinkan hubungan seks dengan pelacur akan terdedah pada penyakit berbahaya yang boleh mengancam nyawa manusia. Setiap masalah tentu ada penyelesaiannya. Dalam hal ini, penyakit berbahaya seperti AIDS boleh dicegah jikalau setiap rakyat menjalankan kehidupan yang sihat dan bermoral. Mereka tidak boleh berkunjung ke tempat-tempat pelacuran dan melibatkan diri dalam kegiatan maksiat. Sebenarnya, mereka boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat. Contohnya, mereka boleh bersukan dan membantu isteri melakukan perkara yang berfaedah. Di samping itu, pegangan agama yang kuat boleh diterapkan agar masyarakat terhindar daripada penyakit berbahaya ini. Kesimpulannya, penyakit berbahaya sebenarnya boleh dihindarkan daripada diri seseorang. Apa yang penting ialah seseorang itu perlu menjalani kehidupan yang bersih dari segi jasmani dan rohani Pendahuluan: - Definisi penyakit berbahaya. - Contoh penyakit berbahaya. - Kesannya kepada rakyat. Isi 1 [Punca-puncanya] [siapa] Huraian [mengapa] [bagaimana] [di mana] Contoh]

Isi II [langkah atasi] Huraian [bagaimana] [mengapa] [di mana] Contoh

Penutup [Kesimpulan]

02/2 Bahasa Melayu Kertas 2

BAHAGIAN D : NOVEL

1. 2. 3. 4. 5.

Peraturan Pemarkahan Panduan Menjawab Soalan Contoh Skema Jawapan Contoh Jawapan

PERATURAN PEMARKAHANBahagian D : Kajian Novel ( 10 markah )

Pembahagian MarkahPERINCIAN Isi Bahasa MARKAH 6 markah 4 markah

Kriteria Markah Bahasa

Peringkat

Markah -

Deskripsi Bahasa baik dan lancar Ayat gramatis Ejaan dan tanda baca yang betul Bahasa masih baik dan masih lancar Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. Bahasa yang tidak cekap Ayat tidak gramatis Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

Cemerlang

04

Baik

02 - 03 -

Memuaskan

01

-

Markah Isi 1. 2. 3. Maksimum Isi dihuraikan berserta contoh Isi tanpa huraian dan contoh : : : 3 isi 2 markah 1 markah

BAHAGIAN D : NOVEL ( 10 MARKAH )

PANDUAN MENJAWAB 1. 2. 3. 4. 5. 6. Jawapan mestilah berdasarkan tugasan soalan daripada novel yang dipelajari. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap dan gramatis. Setiap jawapan mestilah mengandungi pernyataan isi dan diikuti huraian atau contoh. Markah maksimum bagi pernyataan dan huraian atau contoh ( 6 markah ). Markah bahasa maksimum ( 4 markah ). Jawapan mesti dalam bentuk pemerengganan.

CONTOH SOALAN NOVEL ( PMR 2005 )

Latar

Masa

Tempat

Masyarakat

Latar merupakan unsur penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar di atas. [ 10 markah ]

CONTOH SKEMA JAWAPAN

Latar Masa

:

Zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Peristiwa : Rancangan Inggeris untuk menubuhkan Malayan Union Tindakan Kudin bersama-sama Dato Onn untuk mengagalkan rancangan Malayan Union.

Latar Tempat :

di Padang Kilat, Johor Bahru. Peristiwa : Tempat perhimpunan orang Melayu Johor untuk membantah pelaksanaan Malayan Union. Tempat Dato Onn menyampaikan ucapan.

Latar Masyarakat :

Masyarakat yang bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi masalah Peristiwa : Masyarakat Kampung Teras Jernang di Grik, Perak membina kubu dan mengadakan kawalan kampung secara bergilir-gilir. Masyarakat kampung bersama-sama mencari Bustam yang hilang.

CONTOH JAWAPAN LENGKAP

NOVEL MERDEKA ! MERDEKA ! ( PMR 2005 )

Novel yang telah saya kaji ialah novel Merdeka ! Merdeka ! karya A.Rahman Hanafiah. Dalam novel ini, terdapat latar masa, latar tempat dan latar masyarakat. Antara latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Contohnya, tindakan Kudin bersama-sama Dato Onn untuk mengagalkan rancangan Malayan Union. Seterusnya, latar tempat dalam novel ini ialah di Padang Kilat, Johor Bharu. Contohnya, di sinilah tempat Datuk Onn menyampaikan ucapannya. Latar masyarakat dalam novel ini ialah masyarakat bekerjasama dalam menghadapi masalah. Contohnya, masyarakat Kampung Teras Jernang bekerjasama membina kubu dan mengadakan kawalan kampung secara bergilir-gilir.

PERBENGKELAN SOALAN 1 : Plot sesebuah novel terdiri daripada peringkat permulaan, perkembangan, klimaks dan peleraian. Berdasarkan satu novel yang telah anda pelajari, berikan tiga contoh peristiwa konflik bagi peringkat perkembangan plot.

SOALAN 2 : Plot sesebuah novel terdiri daripada peringkat permulaan, perkembangan, klimaks dan peleraian. Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, berikan peristiwa klimaks bagi kedua-dua novel tersebut.

SOALAN 3 : Penggunaan unsur suspens dalam sesebuah novel dapat menarik minat pembaca. Berdasarkan satu novel yang telah anda pelajari, berikan tiga contoh unsur suspens dalam novel tersebut.

SOALAN 4 :

Semangat cinta akan tanah airBerdasarkan persoalan di atas, berikan contoh peristiwa bagi dua novel yang telah anda pelajari semasa Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga.

TAKLIMAT PENINGKATAN BAHASA MELAYU PMR 2008

DAERAH HILIR PERAK

MASA 8.00 - 8.30 pagi 8.30 - 9.45 pagi 9.45 - 10.45 pagi 10.45 11.30 pagi

ATUR CARA Pendaftaran/minum pagi Karangan Ringkasan dan Pemahaman Novel

FASILITATOR Encik Hamidi bin Ariffin Encik Mohd Helmi bin Musa Puan Noor Masuri binti Long