Modul istilah

42
MODUL ISTILAH Disediakan untuk: DR. ABDUL HALIM BIN MOHAMED Disediakan oleh: ROZI BINTI PUTEH (808075) SGDT 5023 1

description

 

Transcript of Modul istilah

Page 1: Modul istilah

MODUL ISTILAH

Disediakan untuk:

DR. ABDUL HALIM BIN MOHAMED

Disediakan oleh:

ROZI BINTI PUTEH (808075)

SGDT 5023

1

Page 2: Modul istilah

BUILDING TEAMS AND MANAGING PROJECTS (PEMBANGUNAN ICT DALAM PENDIDIKAN)

1. Apakah Peranan Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) dalam Pendidikan di Malaysia?

Peranan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan masa kini tidak dapat dinafikan

kepentingannya. System pendidikan Negara tidak terkecuali dalam arus perubahan dan bagi

memastikan Negara mampu untuk terus bersaing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi

pelbagai perancangan, usaha dan strategi perlu dilaksanakan. Pelaksanaan konsep sekolah bestari

merupakan salah satu aplikasi perdana dalam Koridor Raya MUltimesia memperlihatkan usaha kerajaan

yang berterusan bagi membentuk satu genarasi baru yang mempunyai daya saing di dalam era teknologi

maklumat dan komunikasi.

Dalam era pendidikan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang untuk menerapkan

IT (Information Technology) atau TM (Teknologi Maklumat), selaras dengan perkembangan ICT

(Information Comunication Technology) atau Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam

pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah Bistari menjelang tahun 2010. Masa kini terdapat

7,000 buah sekolah rendah dan 1,500 buah sekolah menengah di Malaysia. Dari jumlah tersebut

90 buah sekolah telah dipilih sebagai sekolah printis Sekolah Bistari pada tahun pada Januari 1999.

Pada tahun 2000, jumlahnya meningkat 500 buah sekolah dengan penglibatan sejumlah 300,000

pelajar kearah pembelajaran Bistari. Pada tahun 2010, semua sekolah di negara ini yang

berjumlah 10,000 buah sekolah akan terlibat sebagai sekolah Bistari. Ini bermakna 8.5 juta pelajar

dan 450,000 orang guru akan terlibat (MSC,1997).

Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) dalam pendidikan sebenarnya banyak

bergantung kepada keupayaan dan kemahiran guru memanfaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk

memproses dan mengekses maklumat serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

lebih menarik dan efisien. Sekiranya budaya mengintegrasikan ICT dapat dipupuk dalam setiap

perancangan akademik sekolah maka ia akan memberi pengalaman pembelajaran baru sekali gus

menganjak paradigm pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kurikulum sekolah sememangnya menuntut kepentingan penguasaan pengetahuan dan kemahiran

literasi ICT di kalangan warga mereka terutama pelajar sekolah. Aplikasi sekolah bestari telah

menggariskan konsep pembelajaran secara self-paced, self-directed yang jelas memberikan cabaran

kepada guru untuk mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersifat dinamik dan

2

Page 3: Modul istilah

kolaboratif. Senario di mana makmal computer dan peralatan sokongan pembelajaran seperti

computer, projector multimedia dan perisisan kursus pendidikan bagi melaksanakan dasar baru

Kementerian Pendidikan.

Program ini perlu dilihat sebagai melengkapi keperluan latihan dalam ICT dan pembangunan

profesionalisme guru yang sedia ada. Guru seharusnya bersama menangani isu-isu dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum ini dijangka dapat membekalkan guru-guru dengan

pengetahuan, kemahiran dan kefahaman untuk membuat keputusan yang tepat untuk

mengintegrasikan ICT secara efektif merangkumi semua mata pelajaran sama ada sekolah rendah atau

sekolah menengah. Di harap warga pendidik dapat memainkan peranan dengan penuh keyakinan dan

berketerampilan membimbing pelajar menjadi insan yang cemerlang.

2. Apakah Tujuan Penggunaan Teknologi Multimedia dan Internet dalam Pendidikan?

Perisian atau aplikasi bagi tujuan pembelajaran berbantukan computer sebelum ini masih lagi

menggunakan teknik-teknik pengajaran tahun 50-an, di mana masih terikat dengan psikologi

pembelajaran jenis tingkah laku. Di sini computer berperanan sebagai pembuka helaian atau muka

surat kerana perisian sebegini sememangnya telah terbukti menerusi kajian yang telah dijalankan.

Perkembangan pesat dalam multimedia dan juga teknologi internet sedikit sebanyak telah Berjaya

membawa nafas baru dalam dunia pendidikan berasaskan ICT, yang menawarkan pelbagai keistimewaan

yang tidakpernah diperolehi menerusi teknologi sebelumnya. Bagungan kedua-dua teknologi ini,

seterusnya semakin merancak dengan penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan.

3. Objektif Utama

Objektif utama modul ini ialah membekalkan guru-guru dengan pengetahuan, kemahiran dan

kefahaman untuk merancang dan membuat keputusan yang tepat mengenai ‘bila dan bagaimana’

mengintegrasikan ICT secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3

Page 4: Modul istilah

4. Pendekatan Modul

Modul ini merupakan modul berbantukan fasilitator yang membawa maksud penggunaannya akan

hanya menjadi lebih ketara dan efektif apabila kandungannya disampaikan oleh fasilitator dalam bidang

pedagogi dan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Pengurusan Pembelajaran

Era informasi kini telah menjadikan dunia sebagai sebuah perkampungan global yang tidak

bersempadan. Senario ini memberi kesan kepada dunia pendidikan, di mana genarasi kini berupaya

mendapatkan informasi dan memperoleh ilmu serta kemahiran menerusi pelbagai media seperti

internet, perisian multimedia, rangkaian LAN dan Wan. Sehubungan itu, peranan guru dalam

pendidikan perlu berubah daripada sebagai seorang penyampai ilmu kepada seorang pengurus

pembelajaran yang berkesan.

Sebagai seorang pengurus pembelajaran, guru seharusnya memahami pelbagai keperluan pelajar yang

berbeza berhubung dengan ciri pembelajaran pelajar serta jenis dan pembahagian kecerdasan mengikut

Howard Gardner. Guru juga perlu menguasai pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan

dengan pengurusan pembelajaran bestari seperti strategi dan teknik Pengajaran Konstruktivisme,

pembelajaran Masteri, kecerdasan emosi dan sebagainya.

Pengubahsuaian ini menuntut perubahan dari segi budaya dan amalan yang sedang dipraktikan di

sekolah. Ia perlu berubah daripada pembelajaran secara menghafal dan latih tubi kepada bentuk yang

merangsang pemikiran, berunsur kreatif, memenuhi keperluan setiap pelajaran dengan mengambil kira

perbezaan kebolehan dan gaya pembelajaran setiap individu serta berasaskan pendemokrasian

pendidikan.

Teknologi

Berasal daripada perkataan "techne" (bahasa Yunani) = kemahiran

Kemahiran menggunakan teknologi moden dalam usaha memajukan pendidikan.

Berasal daripada perkataan Latin.

Menurut Saettler (1986) "texera"bererti to construct or to weave= membangunkan, menyulam

& tidak semestinya menunjukkan penggunaan mesin.

4

Page 5: Modul istilah

Naim(2000), teknologi juga dikaitkan dengan satu perlakuan seni yang bukan semata-mata

fokus kepada peralatan baru yang dicipta tetapi melibatkan hasil kreativiti seseorang dalam

penciptaan mereka.

Heinich, Molenda&Russel(1993), teknologi bukan semata-mata peralatan dan mesin sahaja

tetapi merangkumi idea dan proses.

Ab. Rahim Selamat(1992), aplikasi atau pemindahan kreatif sains kepada keperluan industri

atau apa-apa keperluan teknikal yang lain.

2 Pendidikan

Perihal yang berkaitan dengan menjaga, melatih dan mendidik ilmu pengetahuan.

Mak Soon Long&Lee Shock(1988), pendidikan sebagai suatu proses atau aktiviti yang berusaha

untuk memperkembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta

menambahkan kemahiran, kebolehan,pengetahuan dan pengalaman.

Kesimpulan : Pendidikan ialah satu proses mengajar dan menyalurkan ilmu pengetahuan

kepada golongan sasaran melalui komunikasi, kaedah teori, peralatan dan secara latihan yang

melibatkan satu proses yang berterusan.

3) Teknologi Pendidikan

Derek Rowntre(1974), TP merupakan satu pendekatan sistematikyg amat sesuai dan boleh

diterima bagi proses penyelesaian satu-satu masalah P&P.

Yusup Hashim (1997), proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai

aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan memudahkan dan meningkatkan

proses P&P.

5

Page 6: Modul istilah

6. DOMAIN REKA BENTUK

Reka bentuk : 1 proses yang sistematik untuk merancang dan menentukan ciri-ciri serta

keperluan dalam pengajaran&pembelajaran(P&P).

Menekankan pemahaman terhadap suasana sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran

dan pembelajaran agar semua situasi diambil kira dan diberi perhatian dalam mereka bentuk

proses pengajaran.

6

Page 7: Modul istilah

6.1 Reka Bentuk Sistem Pengajaran

Ismail Md. Zain(1994), reka bentuk dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar kerana

pengajaran akan menjadi lebih tersusun dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat

dicapai dengan lebih baik.

Aspek-aspek :

1. Menganalisis

2. Membina

3. Melaksana

4. Menilai

6.2 Reka Bentuk Mesej

Memberi penekanan kepada cara seseorang pendidik menyalurkan maklumat melalui mesej

berbentuk audio visual yang boleh menarik perhatian murid dalam proses P&P.

Fleming dan Leive(1993), reka bentuk mesej ialah pola-pola simbol yang mempengaruhi

kognitif, afektif dan psikomotor

Tumpuan : visual dan urutan pelajaran.

6.3 Reka Bentuk Strategi Pengajaran

Proses ini melibatkan perancangan yang perlu dilakukan sebelum pelaksanaan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran(P&P).

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran seperti pemilihan aktiviti, media dan kaedah

yang sesuai disusun dan dirancang dengan teliti melalui strategi pengajaran untuk memastikan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Seels&Richey(1994), strategi pengajaran ialah spesifikasi untuk memilih dan menyusun

peristiwa dan aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran.

Dick&Carey, Strategi pengajaran merangkumi komponen suatu set bahan pengajaran dan

prosedur untuk menghasilkan pembelajaran.

7

Page 8: Modul istilah

6.4 Ciri-ciri Murid

Murid : klien utama dalam dunia pendidikan dan perlu diberi perhatian dalam perancangan dan

pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran.

Pengetahuan terhadap kebolehan, kemahiran, pengetahuan sedia ada dan sikap murid amat

penting sebelum perancangan dibuat agar dapat memenuhi setiap objektif pengajaran yang

disasarkan dan menjadi penentu kepada keberkesanan reka bentuk sistem pengajaran yang

dirancang.

Latar belakang pengalaman murid seperti sikap, pengetahuan sedia ada dan kemahiran perlu

dititk berat kerana aspek-aspek tersebut mempengaruhi keberkesanan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

8

Page 9: Modul istilah

Pengurusan projek : melibatkan perancangan, pemantauan&pengawalan projek reka bentuk

dan pembinaan bahan pengajaran.

Pengurusan sumber : perancangan, pemantauan&pengawalan perkhidmatan bantuan sumber

dan perkidmatan media yang lain.

Pengurusan sistem penyampaian : perancangan, pemantauan dan pengawalan kaedah

pemilihan media yang digunakan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.

9

Page 10: Modul istilah

Pengurusan maklumat : perancangan, pemantauan dan pengawalan pengumpulan,

pemindahan&pemprosesan maklumat kepada pelajar.

Contoh : Projek ICT, My SchoolNet yang disediakan di sekolah-sekolah adalah untuk

menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran.

7. PRINSIP MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PROSES P&P

1)Bahan Bantu Mengajar(BBM)

Bahan yang digunakan dalam proses P&P bukan sebagai pengganti pengajaran.

Membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada murid dengan lebih jelas dan

berkesan supaya objektif P&P dapat dicapai.

Membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada murid agar mesej

yang ingin disampaikan jelas dan tepat.

2) Pengajaran dan Pembelajaran

Digunakan oleh guru dan murid untuk fungsi pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan TP boleh dijadikan sebagai daya penarik dan menimbulkan minat serta

keseronokan belajar dalam diri murid.

10

Page 11: Modul istilah

Penggunaan TP perlu bertunjangkan pengajaran bukan hiburan semata-mata atau membuang

masa.

Contoh : penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan subjek yang diajar.

3) Perancangan : 3 peringkat

a)Sebelum penggunaan

Guru perlu merancang masa, aktiviti yang sesuai dan TP yang sesuai dengan topik pengajaran

supaya penggunaan TP bermakna kepada murid.

b) Semasa penggunaan

Guru dapat memberikan komen terhadap aktiviti yang dijalankan dan memberikan penekanan

kepada aspek-aspek penting yang perlu dilakukan oleh murid semasa penggunaan TP agar dapat

membantu pembelajaran murid secara lebih berkesan.

c) Selepas penggunaan

Guru dapat merancang aktiviti lanjutan selepas penggunaan TP agar dapat membuat peneguhan

dan pengukuhan terhadap kefahaman murid seperti soalan-soalan, penilaian, kerja-kerja projek

sama ada secara individu atau kumpulan.

4) Kegunaan

Berdasarkan kesesuaian dari segi topik dan objektif pembelajaran, murid, saiz kelas dan keadaan

fizikal tempat mengajar agar penggunaan TP dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada guru dan

murid sepanjang proses P&P.

5) Objektif Pembelajaran

Dapat mencapai OP dan digunakan mengikut peringkat perkembangan proses P&P

Penggunaan TP dapat mencapai sesuatu objektif pembelajaran dan digunakan mengikut

peringkat perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu dari pengenalan topik

pengajaran, perkembangan, penutup sehingga

11

Page 12: Modul istilah

Murid-murid dapat berinteraksi dan terlibat secara aktif dengan penggunaan TP.

6) Masa

Digunakan dengan masa yang sesuai dengan topik yang dipilih yang dapat merangsang

pembelajaran murid

7) Rujukan

Guru menggunakannya bukan untuk menunjuk-menunjuk , murid menjadikannya rujukan

bermakna

8) Selepas Penggunaan

Perlu ditanggal,diubah, atau ditutup supaya tidak mengganggu tumpuan murid terhadap P&P

9) Pameran

Pamerkan di dalam kelas, papan kenyataan mengikut kesesuaian sebagai rujukan

12

Page 13: Modul istilah

http://soulmaths.blogspot.com/2010/10/1-teknologi-berasal-daripada-perkataan.html

http://www.google.com.my/imglanding?

q=pengurusan+pembelajaran&hl=en&sa=G&gbv=2&tbs=isch:1&tbnid=faUIWVxuajNCoM:&imgrefurl=

http://mnasir-budakmanjoi.blogspot.com/&imgurl=http://2.bp.

13

Page 14: Modul istilah

8. Integrasi ICT dalam P&P

Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu

menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses

dan keberkesanan dalam P&P (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Matlamat utama mengintegrasi

ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi

mengguna, mengurus dan memahami ICT. Adalah penting bagi murid untuk menguasai kebolehan-

kebolehan ini semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen,1996). Peranan ICT

dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan

penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara

yang penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan

sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta

memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan. (sumber: Dr. Rusmini Ku

Ahmad,Pensyarah,Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Jitra, Kedah,Kementerian Pendidikan Malaysia).

8.1 Impak IT Dalam Pengajaran

Selain daripada memainkan peranan yang penting dalam bidang pengurusan, IT dan teknologi juga

berperanan yang sama penting dalam bidang pendidikan. Dalam pendidikan, IT boleh digunakan untuk

mengumpul, menyimpan, memproses dan menyalurkan serta menyebarkan maklumat secara pantas

seperti hantaran elektronik (e-mail) atau CD Rom untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran.

14

Page 15: Modul istilah

IT juga boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dengan

menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan teknologi komunikasi seperti pengajaran

berasaskan komputer. Kebolehan menstruktur dan menyusun maklumat untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran merupakan kemahiran yang perlu ada pada setiap orang guru dalam zaman maklumat ini.

Sistem pendidikan kini mengalami perubahan berikutan dengan perkembangan teknologi komputer dan

telekomunikasi. Secara tidak langsung ia mempengaruhi kurikulum serta proses pengajaran dan

pembelajaran dan sekolah akan dibanjiri oleh maklumat yang dibawa oleh teknologi-teknologi

maklumat baru. Oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang lebih

inovatif untuk mengambil peluang daripada perkembangan teknologi maklumat serta untuk

menghadapi cabaran ini. Guru, pelajar, Pusat Sumber Pendidikan, ibu bapa dan Kementerian Pelajaran

mestilah menilai semula peranan masing-masing bersesuaian dengan revolusi zaman maklumat.

Dalam memainkan peranan yang penting sebagai penyampai pengajaran, guru seharusnya berperanan

bukan sahaja sebagai sumber utama memberi dan menyampaikan maklumat tetapi juga bertindak

sebagai pemudah cara atau pengurus untuk mendapatkan maklumat.

Guru boleh menggunakan komputer untuk persembahan bahan kuliah, soal jawab dengan pelajar dalam

bentuk dialog, menyemak jawapan pelajar dalam sesuatu ujian, mengulang bahan pengajaran yang

diperlukan dan lain-lain lagi. Malah, berbagai-bagai bentuk maklumat seperti teks, suara, muzik, grafik

dan animasi boleh digabungkan dalam pengajaran bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran

menyeronokkan dan menambahkan minat pelajar.

Keduanya, guru mempunyai kebolehan menyusun semula ledakan maklumat yang diperolehi dari

berbagai sumber supaya dijadikan maklumat berstruktur untuk tujuan pengajaran. Pengetahuan dalam

reka bentuk pengajaran boleh membantu guru membina bahan-bahan pembelajaran seperti

hypermedia atau multimedia.

Ketiganya, guru boleh menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, hantaran

melalui telesidang audio, video dan komputer untuk memudahkan proses penerimaan, penyaluran atau

penyebaran maklumat kepada pelajar. Kemudahan yang dibekalkan oleh teknologi-teknologi

15

Page 16: Modul istilah

telekomunikasi ini dapat meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui perkembangan teknologi ini juga, guru dapat menyampaikan pengajaran yang dapat memupuk

kecekapan dan minat pelajar terhadap pembelajaran melalui pembacaan, menonton, menggunakan

maklumat dan idea bagi meningkatkan pengetahuan serta menjana minda yang lebih

memberangsangkan.

Melalui pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi komputer seperti ini, guru juga dapat

memupuk pelajar yang bijak mengesan, mencari, memilih, menilai dan menggunakan maklumat yang

sesuai secara berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau membuat keputusan tanpa mengira

daripada mana sumber tersebut diperolehi. Pelajar juga mempunyai kemahiran belajar dan menjalankan

ujikaji serta penyelidikan ke arah pembentukan diri menjadi pengguna maklumat yang berkesan.

Selain daripada itu, pendekatan pengajaran yang disampaikan oleh guru juga akan merubah tingkahlaku

dan kognitif pelajar kepada konstruktif di mana pelajar digalakkan berfikir dan membina model mental

sendiri dengan menggunakan teknologi maklumat. Cara pelajar belajar tidak lagi terikat dalam kelas

tetapi belajar di Pusat Sumber Elektronik melalui maklumat yang disalurkan oleh satelit ke pusat sumber

eletronik.

8.2 Definisi ICT

http://mnasir-budakmanjoi.blogspot.com/

ICT ialah sistem yang membolehkan pengumpulan,pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi

maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat

16

Page 17: Modul istilah

dan komunikasi yang menyokong teras dalam pengurasan dan pentadbiran pendidikan, P&P serta

pendidikan sepanjang hayat. KPM menyediakan peluang dan perubahan cara pelajar belajar dan cara

guru mengajar. PenekananKPM ke arah penggunaan ICT dengan melaksanakan berbagai program

pengkomputeran di pelbagai peringkat dan selanjutnya mewujudkan Sekolah Bestari.

Tiga dasar utama ICT dalam pendidikan – KPM

1. Literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan

kemudahan ICT.

2. Mengutama peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat

P & P.

3. Penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan.

8.3 ICT dan Teknologi Dalam Pengurusan Sekolah

http://mnasir-budakmanjoi.blogspot.com/2010/03/ict-dan-teknologi-dalam-pengurusan.html

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah berkembang dan menjadi semakin penting

dalam bidang pendidikan. Ini selaras dengan perkembangan era globalisasi dunia tanpa sempadan

Penggunaan dan perkembangan ICT yang meluas dalam bidang pendidikan ini, telah memberi kesan

langsung terhadap pengurusan sekolah. Impak ICT dan teknologi terhadap pengurusan sekolah ternyata

banyak menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan yang amat positif.

Perkembangan ICT banyak membantu dalam memudahkan pengurusan dan mempercepat segala

17

Page 18: Modul istilah

urusan. Selain itu, ICT juga banyak membantu tugas-tugas guru dalam pengurusan pengajaran dan

pembelajaran. Namun adalah tidak dinafikan, penggunaan ICT juga ada kelemahan dan kekurangannya.

8.4 ICT dan Teknologi Meningkatkan Pengurusan Sekolah

http://mnasir-budakmanjoi.blogspot.com/2010/03/ict-dan-teknologi-meningkatkan.html

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan ICT dan teknologi banyak membantu dalam

urusan pengurusan sekolah. Pengurusan yang berkesan lebih-lebih lagi pada zaman teknologi maklumat

ini haruslah memiliki beberapa kualiti, ada insight, utuh, boleh dicontohi, berwawasan, inovatif dan

kreatif. Stail pengurusan yang berkesan adalah yang memudahkan proses, yang dapat membentuk

perkongsian dan networks, yang mewujudkan dialog dan dapat mewujudkan matlamat bersama.

Kemudahan ICT dan teknologi terkini telah membuatkan pengurusan sekolah lebih smart, cepat,

terurus, mudah dan inovatif. Penggunaan komputer dan IT mempunyai banyak faedah bagi pihak

sekolah yang melaksanakannya.

8.5 Peranan Guru Besar dan Intergrasi ICT Berkesan

Guru besar yang mengamalkan gaya fasilitator, perubahan perangsang dan pengurus akan menghasilkan

kejayaan dalam usaha integrasi ICT di organisasi masing-masing. Sebagai contoh, seorang guru besar

dengan gaya perangsang dapat mengenal pasti matlamat jangka panjang ( visi ) dan melaksanakan

strategi pendidikan berasaskan komputer secara khusus melalui perancangan strategiknya. Pentadbir

akan mempengaruhi semua staf untuk menerima dan melaksanakan pendidikan berasaskan ICT sebagai

keutamaan disamping murid-murid serta ibu bapa.

Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang

18

Page 19: Modul istilah

lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan

kemudahan mengekses internet sahaja tidak menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara

on-line. Sikap guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk

memastikan keberkesanan sebagai kaedah pengajaran pembelajaran. Multimedia dapat menambahkan

nilai dalam p&p tetapi dengan hanya menambahkan multimedia kepada program pembelajaran yang

tidak berkualiti, ianya tidak dapat meningkatkan pembelajaran. Teknologi hanyalah suatu faktor

pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari aspek

pedagogi serta psikologi adalah diperlukan.

Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam

proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan secara berterusan ke arah melahirkan pelajar yang

berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti mana yang

dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.

9. Jelaskan Jenis-jenis Kemahiran Yang Diperlukan Dalam ICT

9.1 Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bestari

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bestari, untuk memaksimumkan proses pengajaran dan

pembelajaran, guru perlu sentiasa memastikan berlakunya pengintegrasian kemahiran-kemahiran

generic bestari seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran fasilitator, kemahiran teknologi

maklumat dan kemahiran menaksir dan menilai, agar kemahiran tersebut dapat dikuasai sepenuhnya

oleh pelajar.

9.2 Kemahiran Belajar

Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama yang perlu dititikberatkan dalam pengajaran

dan pembelajaran bestari. Ia bermula dari menentukan bahan yang sesuai hingga kepada pemerolehan

maklumat dan seterusnya memproses maklumat tersebut. Kemahiran-kemahiran belajar seperti

kemahiran membaca, membuat laporan, pemerolehan maklumat, pemprosesan maklumat, kemahiran

mencatat dan mengingat, dan pengoptimuman sumber pendapatan.

19

Page 20: Modul istilah

http://smkbbest.wordpress.com/bimbing/kemahiran-belajar/

KEMAHIRAN BELAJAR adalah merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu

ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan

difahami oleh pelajar.

9.2.1 KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR

1. Meningkatkan daya belajar dan daya intelek.

2. Memupuk disiplin belajar.

3. Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat.

4. Meningkatkan daya ingatan.

5. Pengurusan masa yang berkesan.

6. Memantapkan pembelajaran individu.

7. Mencapai cita-cita dan matlamat diri.

8. Membina budaya belajar yang betul dan berkesan.

9. Meningkatkan pencapaian individu.

20

Page 21: Modul istilah

http://modulbestari.tripod.com/

http://www.vividvisionresources.com/vvr/tentatif.htm

21

Page 22: Modul istilah

9.3 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis

Kemahiran ini merupakan keupayaan atau kecekapan individu menggunakan minda untuk meneroka

pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat

maujud, abstrak atau gagasan serta kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai

kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti keberkesanan dan kelemahan sesuatu hujah dan

membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alas an dan bukti.

Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita

akan menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak akan terburu-buru melakukan sesuatu. Ia

membantu individu membuat keputusan melalui satu proses mental ketika bertindak untuk membuat

satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada, berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.

Dengan menggunakan alat-alat berfikir seperti pengurusan grafik, peta minda, CoRT 1, dan sebagainya,

pelbagai masalah akan dapat diselesaikan. Masalah perlu dilihat sebagai suatu cabaran dan peluang

untuk mencapai kejayaan menyelesaikannya dan ini akan menimbulkan keseronokan apabila cabaran

dan masalah dapat diatasi.

9.4 Kemahiran Fasilitator

Ledakan maklumat dan perubahan teknologi merlukan seseorang guru beralih daripada seorang guru

tradisional kepada seorang guru yang lebih bijak menguruskan kelas dan bilik darjah. Adalah sesuatu

yang memenatkan apabila seseorang guru cuba mengekalkan pendekatan dan strategi pengajaran

secara tradisi sedangkan teknologi talah jauh berubah. Peranan guru perlu beralih daripada menjadi

seorang fasilitator yang menjadikan kecerdasan emosi sebagai elemen penting dalam pengajaran.

Kemahiran fasilitator merupakan satu kemahiran yang memerlukan seseorang guru itu menguasai

kaedah mendorong, membimbing serta menggalakkan pelajar agar berusaha untuk meneroka serta

meningkatkan penguasaan ilmu melalui proses pembelajaran Masteri.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Dalam era ledakan maklumat terkini, penguasaan guru dan pelajar terhadap pemerolehan serta

pemprosesan maklumat dengan cekap dan pantas menjadi suatu perkara yang tidak dapat dielekkan

22

Page 23: Modul istilah

untuk menjadikan masyarakat bertaraf dunia. Oleh itu, mahu atau tidak penyediaan masyarakat ke arah

penguasaan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dari peringkat sekolah perlu

dititikberatkan. Guru dan pelajar harus menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

mengikut mod-mod tertentu iaitu mod sumber maklumat, komunikasi, persembahan dan tutorial. Tiga

tahap kemahiran ICT yang perlu dikuasai adalah seperti

Tahap pertama penggunaan perisian pakej Microsoft office, dokumentari televisyen,tahap kedua pula

mengenai pengenalan multimedia, networking dan internet, interaksi dengan perisian elektronik, e-mail

dan sebagainya serta tahap ketiga pula ialah penyenggaraan computer.

9.5 Kemahiran Menaksir dan Menilai

Penaksiran dan penilaian bestari ialah satu bentuk penaksiran dan penilaian yang luwes, berfokuskan

individu dan menggunakan teknologi dalam operasinya. Ini memberikan maklumat yang lengkap dan

berguna tentang prestasi pembelajaran kepada pelajar, guru, ibu bapa dan stakeholders. Maklumat

gambaran keupayaan sebenar pelajar ini akan dapat membantu usaha-usaha guru untuk merealisasikan

aspirasi falsafah pendidikan kebangsaan seterusnya menjamin kualiti pendidikan. Prinsip asas

penaksiran bestari seperti data yang holistic, memastikan kesimbangan, penaksiran yang humanistic dan

pensijilan terbuka. Manakala ciri-ciri kemahiran menaksirseperti holistic (keseluruhan), berasaskan

elemen, merujuk kriteria, panca instrument, berpusatkan pelajar, pelbagai bentuk, on-line dan

berterusan.

23

Page 24: Modul istilah

http://www.google.com.my/imglanding?

q=pengurusan+pembelajaran&hl=en&sa=G&gbv=2&tbs=isch:1&tbnid=pL9QpMK7L7AYEM:&imgrefurl=h

ttp://ad

24

Page 25: Modul istilah

10. Apakah Kriteria Tahap Kemahiran Menggunakan Peralatan ICT?

10.1 Pemprosesan Kata

Menaip teks dan menyisipkan grafik menggunakan Micrasoft Word.

Membuat pautan dari satu fail dokumen ke dokumen lain serta membuat penanda buku.

Menggunakan fungsi spelling and grammer, auto summariza, word count, autocorrect, thesaurus dan

fungsi-fungsi lain untuk menyunting dokumen.

10.2 Pangkalan Data

Menggunakan pangkalan data untuk mendapatkan maklumat pelajar seperti dalam perisisan EMIS.

Membina jadual pangkalan data yang mengandungi sekurang-kurangnya empat medan yang berlaian.

Membina boring digital mengenai maklumat pelajar menggunakan perisisan seperti Microsoft Access,

dBase dan perisian-perisian lain.

10.3 Hamparan Elektronik

Menggunakan fungsi autosum dalam Microsoft Excel bagi tugasan pengiraan.

Membina beberapa jadual dan menukar data kepada carta dan graf.

Membina hamparan elektronik Microsoft Excel untuk tujuan pengurusan pemarkahan.

10.4 Persembahan

Membuat sisipan teks dan gambar ke dalam Microsoft PowerPoint.

Membina hiperpautan data-data dalam Microsoft PowerPoint ke sumber-sumber lain.

25

Page 26: Modul istilah

Membina animasi menggunakan Microsoft PowerPoint.

10.5 Grafik

Membina bahan grafik dengan menggunakan perisian Microsoft Paint.

Membina bahan grafik menggunakan perisian seperti Corel Draw, Photoshop dan perisian-perisian lain.

Mengubah dan mempertingkatkan mutu bahan grafik menggunakan mana-mana perisian.

10.6 Penerbitan Atas Meja

Menerbitkan surat sebaran, risalah, pamphlet, kad ucapan dan brosur menggunakan template seperti

dalam perisian Microsoft Publisher, Microsoft Word, PageMaker untuk digunakan sebagai bahan

pengajaran dan pembelajaran.

Menerbitkan buku skrap dan buku program melebihi 8 muka surat menggunakan Microsoft Publisher,

Microsoft Word, PageMaker dan perisian-perisian lain.

Menerbitkan beberapa dokumen dengan mengedit kekotak teks, imej dan gambar menggunakan

berbagai teknik reka letak.

10.7 Multimedia

Menggunakan kombinasi penggunaan dua atau lebih bahan sama ada teks, audio, grafik, animasi, imej,

carta, graf dan foto sebagai elemen asas dalam persembahan multimedia.

Membina dan menyunting bahan video dengan menggunakan perisian seperti MS Movie Maker atau

perisian-perisian lain.

Membina perisian kursus berbentuk interaktif dengan menggunakan mana-mana alat pengarangan

seperti Flash, Authoware, Director, Toolbook, Scala dan perisian-perisian lain.

10.8 Email

26

Page 27: Modul istilah

Menyemak dan menghantar e-mel menggunakan sama ada pop mail, smtp dan webmail setiap hari.

Menyatakan beberapa jenis e-mel seperti smtp, webmail dan sebagainya.

Mengurus semua e-mel secara beretika mengikut keutamaan, set peraturan dan akaun dengan

sistematik.

10.9 Internet

Menyatakan beberapa jenis web browser untuk melayari internet.

Menyalin mana-mana bahagian laman web untuk tujuan suntingan menggunakan Microsoft Word.

Memuat turun dan memuat naik artikel, audio, video, animasi dan grafik menggunakan browser dari

atau ke mana-mana pelayan (server).

10.11 Pengurusan Sumber Maklumat

Memasukkan data pelajar dan membuat laporan menggunakan perisian EMIS.

Membuat analisis keputusan peperiksaan sama ada peringkat kelas, sekolah atau peperiksaan awam.

Mengurus data seperti yuran sekolah, kesihatan, kedatangan, kokurikulum dan sebagainya

menggunakan mana-mana perisian.

10.12 Pengurusan Fail

Menyimpan dan membuka sesuatu data menggunakan menu File, Save, Save As dan Open.

Menamakan fail atau membuat konvensyen penamaan atau versi kepada fail secara sistematik.

Mengurus dan menyimpan fail dan data sulit menggunakan fungsi keselamatan mengikut kesesuaian

seperti password, protection, permission dan sebagainya.

27

Page 28: Modul istilah

11. Mengapakah Teori Konstruktivisme Sesuai Dalam Pembelajaran ICT?

Teori konstruktivisme berasaskan kepada premis bahawa manusia membina perspektif tentang dunia

melalui pengalaman dan skema masing-masing. Focus pengajaran guru adalah untuk menyediakan

pelajar supaya mereka berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam pelbagai

situasi. Pelajar membina pengetahuan secara aktif dan bukan ibarat tin kosong tetapi mempunyai

sesuatu dalam diri mereka. Skema konstruktif akan membentuk konsep tentang sesuatu pengetahuan

melalui proses pengulangan dan pemantapan.

Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia

membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh

seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan

sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh

dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya,

setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih

( Nik Azis Nik Pa, 1999).

Menurut Sushkin, N., (1999) “dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih

daripada guru. Ini adalah kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan

memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep

dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan

digalakkan.

11.1 Apakah Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme?

Ciri-ciri pembelajacan secara konstruktivisme di antaranya adalah seperti:

1. Pembelajaran berpusatkan pelajar.

2. Berfokuskan kepada pembelajaran dan bukan pengajaran.

3. Guru sebagai fasilitator.

4. Pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.

5. Menyokong pembelajaran secara koperatif.

28

Page 29: Modul istilah

6. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar.

7. Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya

melalui penglibatan mereka dengan situasi dunia yang sebenar.

8. Mengalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan rakan serta guru.

9. Menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen.

10. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar belajar tentang sesuatu idea.

11. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dbawa oleh pelajar.

12. Menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai

panduan semasa merancang pengajaran.

11.2 Format Pendekatan 5E dalam Pembelajaran Konstruktivisme

Engage (Penglibatan)

Merangsang rasa ingin tahu pelajar.

Memberi tugasan / topic / konsep.

Menimbulkan minat.

Menimbulkan persoalan.

Menimbulkan rasa ingin tahu.

Explore (Penerokaan)

Untuk memuaskan rasa ingi tahu.

Menggunakan inkuiri untuk meneroka dan menyiasat.

Membuat eksperimen.

Menggalakkan pelajar bekerja bersama-sama.

Bertanyakan soalan-soalan yang boleh menarik perhatian.

29

Page 30: Modul istilah

Explain (Penjelasan)

Konsep dan definisi terminology

Mendefinisikan dan menjelaskan konsep.

Menyoal semula penjelasan yang dikemukakan.

Meminta justifikasi (bukti) dan penjelasan.

Elaborate (Penghuraian)

Meluaskan konsep ke dalam bidang-bidang lain.

Membuat perkaitan dan melihat perhubungan antara konsep/topic dalam bidang-bidang ilmu

yang lain.

Membuat perkaitan konsep/topic dengan situasi dunia sebenar.

Evaluate (Penilaian)

Menilai kefahaman pelajar.

Menunjukkan kefahaman atau pengetahuan tentang sesuatu konsep atau kemahiran.

Menilai pengetahuan dan kemahiran pelajar menggunakan soalan-soalan terbuka.

11.3 Peranan Guru Konstruktivisme

Menggalakkan pelajar menerangkan idea serta pandangan mereka perlu dihargai.

Menstrukturkan pelajaran untuk mencabar persepsi pelajar.

Membantu pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas dalam pelbagai bentuk ujian dan penilaian.

Menggalakkan pelajar membuat tugasan berbentuk penyelesaian masalah, menganalisis data,

meramal,meneroka dan membuat hipotesis.

30

Page 31: Modul istilah

Menggalakkan pelajar memperjelaskan jawapan mereka.

Menggalakkan penemuan melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan pelajar menyoal

pelajar yang lain.

Memberi masa secukupnya kepada pelajar untuk mendapatkan jawapan setelah soalan dikemukakan.

Memberi masa secukupnya kepada pelajar untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijana.

Menggalakkan pembelajaran koperatif semasa melaksanakan tugasan tertentu.

11.4 Peranan Pelajar Konstruktivisme

Pelajar mengambil inisiatif untuk mengemukakan soalan-soalan dan isu-isu, seterusnya mereka akan

membuat analisis dan menjawab sendiri soalan-soalan tersebut seterusnya mereka menjadi lebih

bertanggungjawab terhadap pembelajaran dan boleh menyelesaikan masalah sendiri.

Pelajar perlu selalu berbincang dengan guru dan rakan sebaya untuk membantu mereka mengubah atau

mengukuhkan idea-idea yang ada. Jika pelajar berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan

mendengar idea orang lain, pelajar tersebut akan dapat membina asas pengetahuan yang mereka

fahami.

Pelajar mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan.

Pelajar diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui

perbincangan kumpulan.

Pelajar menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulative atau interaktif untuk menolong

mereka menjana idea dan pengetahuan.

11.5 Cabaran Guru Konstruktivisme

Guru perlu memahami kehendak setiap pelajar tentang keperluan, kebolehan dan minat mereka.

Peranan guru perlu berubah daripada ‘pendeta di atas pentas’ kepada ‘pembimbing di sisi’ pelajar.

Pelajar diberi hak mengemukakan dan mempertahankan idea atau pendapat.

31

Page 32: Modul istilah

Guru perlu menerapkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

Guru menyediakan alat atau bahan bantu mengajar yang sesuai (dalam era teknologi maklumat dan

komunikasi).

Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsang pelajar mencari jawapan.

12. Kesimpulan

Bila, Bila Tidak dan Bagaimana Menggunakan ICT di dalam Kelas

Penggunaan ICT / TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih sekadar menggunakan

satu perisisan yang baru. Dalam sesi ini akan membincangkan bagaimana memilih kaedah ICT yang

sesuai dan tepat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Kita semua tahu melalui

pengalaman bahawa peningkatan di dalam ‘kepantasan’ dan ‘kepelbagaian pengalaman belajar’ adalah

signifikan apabila kita mengemukakan kaedah ICT yang sesuai.

Kaedah dan penyelesaian ICT bukanlah sekadar untuk meningkatkan mutu pembelajaran atau

mengembangkan pengalaman belajar semata-mata. Terdapat banyak kaedah yang dapat membantu

guru dalam peranan seharian mereka di dalam kelas seperti pengurusan masa dalam pentadbiran dan

menjalani latihan sebagai langkah peningkatan profesionalisme perguruan.

Secara umumnya, ramai guru mendapati bahawa betapa mudah dan sesuainya menggunakan ICT di

dalam subjek seperti Sains, Matematik dan geografi. Walau bagaimanapun, ramai juga yang

berpendapat bahawa agak sukar untuk mengaplikasikan ICT ke dalam subjek seperti Pendidikan Moral,

Pendidikan Jasmani dan sebagainya. Sebenarnya, pengggunaannya banyak bergantung kepada pilihan

subjek, kumpulan pelajar serta tahap kecekapan guru dan pelajar.

Institusi sekolah pada hari ini berdepan dengan masyarakat yang berilmu dan berteknologi. ICT telah

menjadi satu budaya hidup yang membuka sempadan seluas-luasnya. Dalam keadaan ini, memaksa

institusi pendidikan bekerja keras dan sepatutnya mendahului bidang lain dalam pembangunan dan

penggunaan teknologi maklumat. Ini kerana fungsinya dan tanggungjawab untuk melahirkan modal

insan yang berdaya saing dan terus releven adalah terletak di bahu institusi pendidikan.

32

Page 33: Modul istilah

RUJUKAN

Rohani, A. H. (1999). Keperluan pendidikan abad Ke-21: Projek sekolah bestari. Prosiding

seminar isu-Isu pendidikan negara, 2: 1-22.

Rahmad Sukor, A. S. & Mohd Subhi, M. (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan

sekolah. Masalah Pendidikan, Jilid 24. 109-126.

Mohd Izham, M. H. & Norazah, M. N. (2007). Peranan pentadbir dalam proses perubahan terancang:

integrasi ICT dan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal pengurusan dan pendidikan, 17

(02), 1-16.

http://www.google.com.my/imglanding?

q=pengurusan+pembelajaran&hl=en&sa=G&gbv=2&tbs=isch:1&tbnid=faUIWVxuajNCoM:&imgrefurl=

http://mnasir-budakmanjoi.blogspot.com/&imgurl=http://2.bp.

http://www.google.com.my/imglanding?

q=pengurusan+pembelajaran&hl=en&sa=G&gbv=2&tbs=isch:1&tbnid=pL9QpMK7L7AYEM:&imgrefurl=h

ttp://ad

http://modulbestari.tripod.com/

http://www.vividvisionresources.com/vvr/tentatif.htm

http://smkbbest.wordpress.com/bimbing/kemahiran-belajar/

http://mnasir-budakmanjoi.blogspot.com/2010/03/ict-dan-teknologi-meningkatkan.html

http://soulmaths.blogspot.com/2010/10/1-teknologi-berasal-daripada-perkataan.html

33