MODUL KOMSAS CAMPUR

download MODUL KOMSAS CAMPUR

of 14

Transcript of MODUL KOMSAS CAMPUR

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah kepada suatu hari, maka Puteri Jilan dan Yang Dipertuan Sakti pun membawa pedang kerajaan, asal bermula tanah Minangkabau, persembah Raja Kuantan, Sepurejab namanya. Dan Puteri Jilan memberi sepah dan rambut Puteri Jilan, panjang lima depa, dan kupang-kupang dua butir, dan cap satu. Dan tersebut di dalam cap itu, Adalah anak kita, Yang Dipertuan Raja Kecik, turun ke tanah lahut. Dan hendaklah segala anak Minangkabau yang di lahut, yang selilit Pulau Perca, sungai diapit oleh pasang, dan kita pulangkan aib malunya anak kita yang menanggung malu anak Minangkabau. Dan jikalau anak Minangkabau tidak mahu menyerta ia, baik dan jahatnya Yang Dipertuan Raja Kecik, kena sumpah, kena bisa kawi. Dan jikalau orang Minangkabau tiada boleh mengiring dan hendaklah ia persembah rial dua puluh dan setinggar selaras, obat sekati. Setelah habislah Yang Dipertuan Sakti memberi perjanjian itu, lalu diberi hulubalang empat orang, pertama Datuk Lebai Tasi, dan Datuk Gergaji, dan Raja Mendeling, dan Sutan Pendalihan. Dan baginda pun bermohon kepada Yang Dipertuan Sakti dan Puteri Jilin. Maka dipeluk dicium baginda dengan nenda baginda. Maka titah Puteri Jilin, Selamatlah cucuku, tuan, sampai barang yang dihajati. Setelah sudah, maka baginda pun turunlah. (Dipetik daripada prosa Hikayat Siak dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(i)

Nyatakan dua perkara yang dipersembahkan oleh Puteri Jilan kepada Raja Kuantan?

[2 markah]

(ii) Apakah yang perlu dipersembahkan oleh orang Minangkabau yang tidak boleh mengiring Yang Dipertuan Raja Kecik? Kemukakan tiga perkara tersebut.

[3 markah] (iii) Pada pendapat anda, mengapakah perjanjian yang dibawa oleh Puteri Jilan itu penting kepada Yang Dipertuan Raja Kecik? Berikan tiga sebab. [3 markah]

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Anak-anak yang sedang lena bangkitlah matahari sudah tinggi di puncak gunung. Lihat jernihnya pagi ini burung-burung berterbangan di udara dan pepohon hijau merendang daunnya apa kau masih belum bangkit? Bangkitlah jangan sesal nanti madu bumi yang kekeringan isi laut kekosongan dan perut belantara menjadi ladang. Anak-anak esok apa akan kaumakan? tanah atau batu atau debu? kau mahu terus nangis tanpa air mata? Kalau tidak bangkitlah matahari belum lagi rembang dan burung-burung belum menjamah awan! Rejab F.I. (Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.) (i) Apakah perkara yang menjadi kebimbangan penyajak dalam rangkap keempat sajak ini? (ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang pelajar itu perlu bangun pada awal pagi? [2 markah] [4 markah]

(iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. Soalan 2(b) Petikan Cerpen

[3 markah]

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Nasib si penjaga panggung memang ternyata baik. Dia sampai di panggung itu ketika para pelakon sudah selesai menjalani latihan. Sewaktu para pelakon bubar dan bersiap sedia untuk pulang, si penjaga panggung mendekati si hero, lalu berjabat salam dengan si hero pujaannya itu. Memang hebat lakonan saudara. Biasa saja, sambut si hero merendah diri. Hebat di atas pentas tidak semestinya saya juga hebat dalam kehidupan yang sebenarnya. Si penjaga panggung sedikit tertunduk, seolah-olah malu menatap wajah si hero. Memang saya hero dalam sandiwara ini, tetapi hero bikinan orang. Bukan hero bikinan saya sendiri. Saya menjadi hero kerana sutradara mempercayai saya untuk membawa watak itu. Tidak lebih daripada itu, sambung si hero. Tapi tapi saudara memang benar-benar hebat. Errmaksud saya, hebat sebagai pelakon. Ya, mungkin juga. Sebagai pelakon, saya harus menunjukkan keterampilan saya yang sebenarnya. Meski ini hanya lakonan, bukan kehidupan saya yang sebenarnya, namun saya bertanggungjawab dalam memikul amanah ini. Ya, amanah sutradara, juga harga beberapa helai wang kertas yang dikeluarkan oleh penonton untuk menyaksikan sandiwara ini. Sausaudara seperti tidak suka dipuji. Ya..kadangkala pujian itu merupakan racun paling berbisa, kata si hero, seperti menyindir. (Dipetik daripada cerpen Idola, oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(i) Nyatakan dua sebab si hero merendah diri apabila menerima pujian daripada si penjaga panggung. (ii) Adakah anda bersetuju bahawa kadangkala pujian itu merupakan racun paling berbisa? Berikan tiga alasan anda. (iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu lagi pengajaran lain dalam keseluruhan cerpen.

[2 markah] [3 markah]

[4 markah] Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah didengar oleh hulubalang suara orang tertawa di atas mahligai tuan puteri itu maka katanya, Apalah bicara tuan hamba sekalian? Maka kata seorang lagi, Pada bicara hamba baiklah kita persembahkan ke bawah duli dahulu. Apalah juga titah Yang Dipertuan kita kerjakan. Setelah sudah ia mesyuarat itu maka menteri keempat itu pun masuklah menghadap Raja Bahrum Dewa. Maka katanya kepada biduanda itu, Pergilah persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan katakan, pada malam tadi kami berkawal di bawah mahligai tuan puteri itu kami dengar suara laki-laki tertawa di atas mahligai tuan puteri itu, hendak disegerakan pekerjaan itu kerana belum kami persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Setelah demikian kata menteri itu maka biduanda pun pergilah menghadap Raja Bahrum Dewa itu serta dipersembahkannyalah perkataan segala menteri yang berkawal di bawah mahligai itu. Setelah didengar oleh baginda akan sembah biduanda itu maka Raja Bahrum Dewa pun terlalu marahnya, api bernyala-nyala merah padam muka baginda itu seperti bunga raya yang baharu kembang rupanya. Serta baginda bertitah kepada empat puluh hulubalang dan rakyat sekalian, Pergilah kamu lihat anak celaka itu memberi malu kita. Setelah itu maka pada malam itu juga hulubalang dan rakyat dititahkan oleh Raja Bahrum Dewa mengepung laki-laki di atas mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi itu. (Dipetik daripada Hikayat Langlang Buana dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(i) Nyatakan dua reaksi Raja Bahrum Dewa sejurus mendengar sembah biduanda. (ii) Mengapakah Raja Bahrum Dewa murka? Nyatakan dua sebab.

[2 markah]

[2 markah] (iii) Pada pendapat anda, wajarkah menteri yang mengawal mahligai itu mengadu perilaku Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi kepada Raja Bahrum Dewa? Berikan empat alasan anda. [4 markah]

Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI Laksamana dititahkan Betara, Ke negeri Patani berjalan segera, Mendapat cogan Raja Senggora, Akan menerima hukum dan dera. Barang yang hendak dihukumkan, Sekalian tidak boleh disalahkan, Kesalahan pinta dimaafk an, Pegawai yang dipegang itu dipohonkan. Setelah demikian titah Betara, Laksamana tiada berani dura, Kerana negeri hendak dipelihara, Kelak menjadi huru-hara. Bonda Duli Mahkota Indera, Pada Laksamana emak saudara, Sakit terlantar hampir bermara, Meninggalkan dia tiada terkira. Daripada kerja terlalu berat, Ke atas negeri hendak mudarat, Jadilah dititahkan duli akhirat, Bimbang dan masyghul disuruh kerat. Tiadalah lagi terkata-kata, Sudah dengan titah Sang Nata, Diputuslah hati yang bercinta, Kepada Allah diserah semata. Niat Laksamana yang pegari, Daulat baginda barang berdiri, Jika selamat sentosa negeri, Biarlah susah di atas diri. Berjalan ia berhati hampa, Bonda yang sakit tiada dilupa, Kerana sakit berat menimpa, Yakin hatinya tiada berjumpa. Daripada sudah demikian peri, Keberatan tertanggung di atas negeri, Yang sakit itu seorang diri, Bala yang datang meliput negeri. Jadilah dititahkan Seri Betara, Tiadalah lagi terkira-kira, Berjalanlah pergi bersegera-segera, Mendapat cogan Raja Senggora. Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) Berikan contoh-contoh yang menunjukkan bahawa Laksamana sangat taat kepada Seri Betara. [3 markah] (ii) Sekiranya anda Laksamana, jelaskan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk mempertahankan negara daripada ancaman luar. [3 markah] (iii) Huraikan tema Syair Pemberontakan Patani. [3 markah] Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkannya. Dengan termengah-mengah, Mak Timah menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa. Jika tidak dibersihkan akan sehari suntuklah dia dalam kekotoran. Sehari suntuklah dia akan berendam dengan air kencing, bergelumang dengan najisnya sendiri. Kadang-kadang Mak Timah hairan memikirkan nasib dia. Mak Timah memberi dia nama gelarannya Pungut. Nama sebenarnya ialah Zahara, manakala

nama asalnya ialah Yap Siew Hong. Mak Timah hairan memikirkan keadaan bentuk fi zikal Pungut. Sangat kecil, sangat halus. Menurut kata doktor, semasa Pungut masih bayi dahulu, Pungut hanya boleh hidup dalam jangka masa satu atau dua tahun. Pungut tidak boleh hidup lama, kata doktor, kerana seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil. Jantungnya kecil, perutnya kecil, seluruh pernafasannya kecil, tetapi kuasa Tuhan, doktor bukan Tuhan, ramalan doktor salah. Kini Pungut telah berusia dua puluh empat tahun. Tuhan berkuasa atas segala- alanya. Pungut tidak mati-mati. Mak Timah hairan, orang yang sihat, orang kaya, semuanya mati. Tetapi Pungut tidak mati-mati. (Dipetik daripada cerpen "Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong" oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah faktor yang mendorong doktor hanya meramalkan Pungut dapat hidup satu atau dua tahun sahaja? [2 markah] (ii) Sekiranya anda ialah Mak Timah, apakah usaha-usaha yang akan anda lakukan untuk memastikan Pungut mendapat kehidupan yang lebih baik? Kemukakan empat tindakan tersebut. [4 markah] (iii) Nyatakan satu perwatakan Mak Timah dalam petikan dan dua perwatakan lain dalam keseluruhan cerpen. [3 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka Inderaputera pun berjalan pula kepada pintu yang ketujuh. Pagar jala-jalanya itu daripada tembaga yang amat merah dan pintunya daripada zamrud yang hijau. Maka dilihat oleh Inderaputera dari jauh berasap-asap rupanya. Maka dihampirinya pintu itu dan dilihatnya ada seorang raksasa naik kuda yang hijau memegang pedang kedua tangannya serta memusingmusing. Maka Inderaputera terlalu hairan melihat laku raksasa itu. Maka diambilnya satu kayu, maka disorongkannya kepada raksasa itu. Maka kayu itu pun putus seperti digunting-gunting rupanya sebab diparang raksasa itu. Maka Inderaputera pun hairan melihat hikmat itu. Maka pada fi kir Inderaputera kalau hikmat juga rupanya dan didengar oleh Inderaputera di dalam bumi itu berdengung-dengung. Maka Inderaputera pun menggaligali dalam tanah itu, ada suatu jentera daripada emas dan talinya itu daripada perak. Maka diparang oleh Inderaputera, tali jentera itu pun putus dua. Maka raksasa itu pun terhantar tiadalah bergerak lagi. Setelah itu maka habislah hikmat itu berhambalangan. Maka Inderaputera pun masuklah pada pintu itu seraya berjalan. Syahadan maka Tuan Puteri Sari Ratna Gemala Nehran pun hairan pula sekali-kali melihat gagah perkasa dan arif bijaksana Inderaputera itu. Maka tuan puteri menyuruh menghiasi mahligai itu daripada tilam dewangga yang keemasan dan beberapa daripada sakhlat ainulbanat dan beberapa tanglung, dian, pelita, dan kandil. Setelah itu maka tuan puteri pun menyuruhkan bidadari membawa langir dan bedak dan membawa kain yang mulia-mulia akan persalin Inderaputera itu. (Dipetik daripada prosa Dua Geliga Hikmat dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(i)

Bagaimanakah Inderaputera mengalahkan raksasa itu?

[2 markah] (ii) Nyatakan tiga reaksi Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran apabila mengetahui Inderaputera berjaya mengalahkan raksasa? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, wajarkah Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran menyediakan pelbagai kelengkapan bagi menyambut kedatangan Inderaputera? Berikan tiga alasan anda. [3 markah] Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah. Bahasa itu maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini merentas dunia tak bertepi. Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam. Dirgahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru. Ahmad Sarju (Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.) (i) Berdasarkan rangkap kedua sajak ini, nyatakan pendirian penyajak tentang bahasa. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah sikap negatif segelintir masyarakat yang menyebabkan bahasa Melayu sukar untuk dimartabatkan? Berikan tiga sikap negatif tersebut. (iii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak ini.

[4 markah]

[3 markah] Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dahulu Pak Tua meninggalkan kampung leluhurnya kerana di sana sudah tidak ada lagi mata pencarian yang memberi pulangan yang lumayan. Seharusnya aku mengambil pengajaran daripada petaka yang melanda perairan kampungku. Sesal Pak Tua semakin menghimpit dada. Begitulah yang terjadi kerana tidak adanya kesedaran untuk menjaga kelangsungan alam sekitar. Pak Tua ikut terlibat dalam pemusnahan hidupan laut di kampungnya. Lantaran ingin mendapat tangkapan yang lumayan, Pak Tua dengan beberapa orang rakan nelayan sering menggunakan bom buatan sendiri untuk mendapatkan ikan yang banyak. Kami tidak sedar bahawa perbuatan kami itu telah memusnahkan terumbu karang dan hidupan laut yang lainnya. Terumbu karang tempat kehidupan plankton yang merupakan makanan ikan. Terumbu karang yang memakan masa jutaan tahun untuk membesar, dengan sekali lempar saja telah ranap oleh letupan bom buatan sendiri. Terasa dada Pak Tua juga bagai ikut meletup bersama terumbu karang itu. Rasa sesal itu amat menyesakkan dada. Hidung Pak Tua kembang kempis menyedut udara yang terasa amat payah untuk dihirup. Terketar-ketar jemarinya mengurut dada untuk mengurangkan kesesakan yang semakin menyeksa. (Dipetik daripada cerpen "Hutan Rimba" oleh Sasjira dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) (iii) Apakah yang disesalkan oleh Pak Tua hingga menyebabkan dia berasa terseksa? Selain bom buatan sendiri, nyatakan faktor-faktor lain yang mengakibatkan hidupan laut berkurang. Berikan tiga faktor. [3 markah]

[3 markah] Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [3 markah] Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah sampai ke taman itu, maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berseru-seru, Adakah nenekku di rumah? Maka sahut peri itu, Tikar dan bantal seperti ada orang tidur. Maka kata segala dayang-dayang itu, Benarlah kata tuan puteri baharu pula rumah nenekku itu ada tempat ketiduran laki-laki rupanya. Maka kata peri itu, Adapun tempat tidur siang hari ini tempat hamba tidur pada malam hari. Maka ia pun tertawa serta bergurau dan bersenda. Maka tuan puteri pun berbedak dan

berlangirlah. Maka ramailah bergosok-gosok. Maka barang lakunya tuan puteri itu habis dilihat oleh Raja Indera Bumaya itu. Maka baginda pun berahilah dalam hatinya. Sungguhlah seperti kata peri itu. Maka tuan puteri pun pergilah mandi keluar di dalam cindai itu serta diiringkan oleh segala dayang-dayang dan inang pengasuh sekalian. Setelah sudah maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun turun mandi. Maka Raja Indera Bumaya pun turun berjalan di tepi kolam itu, seorang pun tiada melihat dia. Maka Raja Indera Bumaya pun berlindung pada pohon kemunting. Maka baginda pun menjadikan dirinya seekor burung bayan terlalu indah-indah rupanya. Syahadan, adapun matanya itu daripada intan dan bulunya itu daripada pusparagam dan kakinya daripada emas. Maka bayan itu pun hinggap pada pohon kemunting itu seraya berbunyilah terlalu merdunya suaranya. (Dipetik daripada prosa "Hikayat Langlang Buana" dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) i ii iii Apakah maksud barang lakunya? Nyatakan dua keistimewaan burung bayan yang digambarkan dalam petikan. Pada pendapat anda, mengapakah watak Raja Indera Bumaya digambarkan memiliki kuasa sakti? Kemukakan empat alasan anda. [4 markah]

[2 markah] [2 markah]

Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. PANTUN LAPAN KERAT Buat bangsal di tengah hutan, Tebaslah hutan buat halaman, Di tepi halaman menanam kubis, Diselang dengan pokok papaya; Biarlah sabar dengan perlahan, Itulah tanda tuan beriman, Tidak patah digoncang iblis, Akhirnya tuan menang berjaya. Ikan teluk parang-parang, Anak ketam disangka lelabi, Berburu musim tengkujuh, Dapat buruan dibelah-belah; Bukan makhluk sebarang-barang, Cucu Adam sepaian nabi, Turun dari langit ketujuh, Jadi khalifah kepada Allah. Lengkang-lengkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua, Menjadi riuh orang di darat, Anak Cik Itam jatuh jalar; Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa, Kebudayaan Timur dinodai Barat, Bahasa ibunda hina terbiar. Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) Berdasarkan rangkap pertama, nyatakan sifat-sifat orang yang beriman. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah terpengaruh oleh budaya Barat? [3 markah] (iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama dan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut. [4 markah] Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. DATO ONN: Oleh sebab tuan-tuan tidak menerima cadangan saya, itu bererti tuan-tuan tidak lagi menerima saya dalam UMNO ini. Saya membuka pintu keahlian UMNO kepada berbilang kaum di negara kita kerana memandangkan mereka juga penduduk tetap di Tanah Melayu ini. Ini bukan bermakna saya hendak menjual bangsa. Ini tidak bermakna mereka menjadi rakyat negara ini secara Jus Soli. Kerakyatan secara Jus Soli hanya untuk orang

Melayu. Orang bukan Melayu yang hendak diiktiraf sebagai rakyat negara ini harus tahu berbahasa Melayu, mengamalkan adat resam dan budaya Melayu, dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara ini. Saya memandang ke depan jauh daripada tuan-tuan fikirkan... . Kerana itu dengan rendah hati, saya mengosongkan tempat saya dalam UMNO dan terpulanglah kepada tuan-tuan memilih orang menggantikan saya. Pentas digelapkan. Beberapa orang masuk ke pentas. ORANG A: Dato Onn meninggalkan UMNO. ORANG B: Tak patut mereka biarkan Dato Onn meninggalkan UMNO. Kawan mesti ikut Dato Onn keluar UMNO. ORANG C: Soalnya, dia mencadangkan satu dasar yang kita tidak boleh terima. ORANG A: Apa-apa pun jadi, kawan akan terus berada dalam UMNO. Kawan yakin kepada perjuangan UMNO. Kawan masuk UMNO kerana orang-orang Melayu. (Dipetik daripada drama Dato Onn oleh Amaruszati Noor Rahim, antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.) (i) Apakah syarat untuk orang bukan Melayu untuk menjadi rakyat negara ini? (ii) Pada pendapat anda, mengapakah cadangan Dato Onn tidak diterima oleh ahli-ahli UMNO? (iii) Nyatakan satu pengajaran yang terkandung dalam petikan dan dua pengajaran dalam keseluruhan petikan. [3 markah] [3 markah] [3 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka Inderaputera pun berjalan pula kepada pintu yang ketujuh. Pagar jala-jalanya itu daripada tembaga yang amat merah dan pintunya daripada zamrud yang hijau. Maka dilihat oleh Inderaputera dari jauh berasap-asap rupanya. Maka dihampirinya pintu itu dan dilihatnya ada seorang raksasa naik kuda yang hijau memegang pedang kedua tangannya serta memusingmusing. Maka Inderaputera terlalu hairan melihat laku raksasa itu. Maka diambilnya satu kayu, maka disorongkannya kepada raksasa itu. Maka kayu itu pun putus seperti digunting-gunting rupanya sebab diparang raksasa itu. Maka Inderaputera pun hairan melihat hikmat itu. Maka pada fi kir Inderaputera kalau hikmat juga rupanya dan didengar oleh Inderaputera di dalam bumi itu berdengung-dengung. Maka Inderaputera pun menggaligali dalam tanah itu, ada suatu jentera daripada emas dan talinya itu daripada perak. Maka diparang oleh Inderaputera, tali jentera itu pun putus dua. Maka raksasa itu pun terhantar tiadalah bergerak lagi. Setelah itu maka habislah hikmat itu berhambalangan. Maka Inderaputera pun masuklah pada pintu itu seraya berjalan. Syahadan maka Tuan Puteri Sari Ratna Gemala Nehran pun hairan pula sekali-kali melihat gagah perkasa dan arif bijaksana Inderaputera itu. Maka tuan puteri menyuruh menghiasi mahligai itu daripada tilam dewangga yang keemasan dan beberapa daripada sakhlat ainulbanat dan beberapa tanglung, dian, pelita, dan kandil. Setelah itu maka tuan puteri pun menyuruhkan bidadari membawa langir dan bedak dan membawa kain yang mulia-mulia akan persalin Inderaputera itu. (Dipetik daripada prosa Dua Geliga Hikmat dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(i)

Bagaimanakah Inderaputera mengalahkan raksasa itu?

[2 markah] (ii) Nyatakan tiga reaksi Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran apabila mengetahui Inderaputera berjaya mengalahkan raksasa? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, wajarkah Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran menyediakan pelbagai kelengkapan bagi menyambut kedatangan Inderaputera? Berikan tiga alasan anda. [3 markah] Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Di bawah langit yang sama Kita hirupi udara Tanpa mengira Beirutmu Ataupun Kuala Lumpurku Kita menghirup udara Di bawah langit yang sama. Aku suka gerimis di Kota London Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington Pohon-pohon hijau atau aneka warna tiada bezanya.

Siapa pun menghuni Australia penghuni Afrika Kerana di bawah langit ini Kita sama. Aku ingin menyeberangi Laut China Selatan Layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera Berkongsi siang miliki malam Anyam cinta pelangikan zaman Tiupkan harapan senada Sesama kita warga dunia Di bawah langitnya Yang sama. Peta-peta itu yang memisahkan Jangan tutup pos sempadan Visa hanya keperluan rasmi seketika Pasport dokumen pengenalan titik mula Kita dakapi mimpi tak berbeza gapai hasrat Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam Di bawah langit ini yang Sama. Lim Swee Tin (Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.) (i) Terangkan maksud Kita dakapi mimpi tak berbeza dalam rangkap terakhir sajak ini. [2 markah] (ii) Apakah yang wajar dilakukan oleh Malaysia untuk memelihara keamanan sejagat? Kemukakan tiga pandangan anda. [3 markah] (iii) Huraikan empat sifat bebas bagi bentuk sajak di atas. [4 markah] Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Allah minta kita berusaha. Lari daripada musibah juga satu usaha. Kita pulang ke kampung saya. Hawa boleh menjejak waris Ahmad Abdullah di sana. Pipinya bergerak-gerak mendengar saranan itu. Ikut pulang ke Malaysia? Tinggalkan usaha Ahmad Abdullah turuntemurun begitu saja? Tidak mungkin. Di bahunya tertanggar amanat warisan. Tidakkah kedengaran penakut? Adam menggeleng. Lari daripada satu takdir untuk mendepani takdir yang lain bukanlah sikap pengecut Hawa. Mempertahankan usaha moyang zaman-berzaman juga memerlukan keberanian dan kekuatan yang bukan sedikit. Adam sekali lagi menggeleng. Apa lagi yang dapat Hawa pertahankan sekiranya taman ini benar-benar meletus, lebur, dan tenggelam. Di tangan Allah, tidak ada sesuatu pun yang mustahil. Kun fayakun. Jadi, kata-Nya, maka jadilah. Dia menarik nafas panjang. Jari-jarinya bermain dengan hujung selendang benang bulu. Dia resah. Lebih baik Hawa berhijrah, mulakan sesuatu yang baru dan lebih mencabar. Hawa akan lebih memahami betapa sukarnya Ahmad Abdullah merebut ruang memulakan usaha untuk jalur keturunannya. Dia terus memilih untuk membisu sambil memintal bucu selendang. Fikirannya buntu. Adam jemu lalu memilih untuk pergi tanpa sepatah kata, tetapi degar pintu yang ditinggalkan menunjukkan kesabaran suami itu meledak. Adam tidak pernah begitu. (Dipetik daripada cerpen "Tanggar Amanat" oleh Amaruszati Noor Rahim dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) (ii) (iii)

Apakah maksud rangkai kata tetanggar amanat warisan? Pada pendapat anda, wajarkah Adam menasihati Hawa supaya pulang ke Malaysia? Berikan tiga sebab.

[2 markah]

[3 markah] Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam cerpen di atas dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri Kedah. Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu Daeng yang berlima bersaudara, silakan ke Kedah. Maka tiada berapa antaranya maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu. Maka bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah seorang. Maka sampai waktu ketika yang baik, maka dilangkahkan dengan langkah rijalul ghaib. Maka belayarlah ke negeri Kedah. Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah masuk ke dalam kota. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka berjamu-jamulah santap nasi. Telah sudah santap air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, Minta tolong perang, kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan kerajaan. Khabar Raja Kedah, Jikalau menang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlima bersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara. Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap tandatangan, dan mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri Kedah ini, dan seperti Bugis dan Mengkasar dan Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya. (Dipetik daripada prosa Hikayat Opu Daeng Menambun dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(i) Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah? [2 markah] (ii) Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan sesuatu perjanjian? Berikan tiga sebab. [3 markah]

Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Putik kelapa menjadi muda, Kelapa muda menjadi kemirau, Sudah kemirau menjadi kotai; Hati luka pura tiada, Rasa pedih buat tak hirau, Ibarat kaca jatuh ke lantai. Ambil galah jolok kedondong, Galah pendek buluh sumpitan, Buluh bersisip tali jerami; Bukan salah ibu mengandung, Sudah takdir sudah suratan, Sudah nasib jadi begini. Sarat bermuat ikan cencaru, Gelama tidak berumpan lagi, Kail tersangkut di tepi batang; Sudah dapat orang yang baru, Yang lama tidak berkenan lagi, Ibarat melukut di tepi gantang. (Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud Bukan salah ibu mengandung, Sudah takdir sudah suratan, Sudah nasib jadi begini. dalam pantun di atas? (ii) Pada pendapat anda, mengapakah perasaan kecewa menyelubungi diri pemantun? (iii) Berikan empat gaya bahasa yang digunakan dalam sajak ini. [2 markah] [3 markah] [4 markah]

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kisah Pak Husain tidak berakhir di situ sahaja. Ketika Jepun menyerah pada tahun empat puluh lima, waktu itu rompakan menjadi-jadi. Rompakan berlaku di Tuk Lukup. Berlaku di Sabak. Berlaku di Pengkalan Datu. Awan ketakutan berkembang hitam di tiap-tiap buah kampung yang agak terpencil. Ketika pendaratan perompak di Kampung Pak Amat, Pak Husain telah membedil kawanan perompak yang masih di dalam perahu. Senapangnya yang diambil daripada seorang askar Punjabi yang telah mati (waktu dia menguburkan mayat-mayat mereka pada permulaan perang), telah dipergunakan buat pertama kali. Bedilannya itu telah menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa. Menyelamatkan semua orang kampung. (Akhirnya Pak Husain menyerahkan senapang itu kepada kerajaan apabila semuanya normal.) Kepahlawanan Pak Husain dikenang dengan air mata apabila pada suatu pagi, kira-kira lima puluh ela dari benteng Kuala Pak Amat (kejadian ini berlaku setahun selepas Jepun menyerah), suatu ledakan mengotori keheningan pagi kaum nelayan yang sedang berarak menuju ke laut lepas. Masing-masing berlari-larian. Ketika orang ramai tiba, Pak Husain sudah tidak sedarkan dirinya. Dia diangkut ke Hospital Kota Bharu. Untuk keselamatannya, pecahan-pecahan bom yang tertanam (saki-baki pendaratan tahun empat puluh satu) itu, menyebabkan kaki kiri Pak Husain dipotong. Inilah dia! Pak Husain pahlawan kami! (Dipetik daripada cerpen "Pahlawan Buntung" oleh S.Othman Kelantan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah kepewiraan Pak Husain dikenang dengan air mata? (ii) Sekiranya anda ialah penulis, nyatakan tiga tindakan yang mungkin anda ambil untuk membalas jasa Pak Husain. (iii) Huraikan satu latar masa dalam petikan dan satu latar masa lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

[2 markah] [3 markah] [4 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri Kedah. Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu Daeng yang berlima bersaudara, silakan ke Kedah. Maka tiada berapa antaranya maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu. Maka bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah seorang. Maka sampai waktu ketika yang baik, maka dilangkahkan dengan langkah rijalul ghaib. Maka belayarlah ke negeri Kedah. Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah masuk ke dalam kota. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka berjamu-jamulah santap nasi. Telah sudah santap air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, Minta tolong perang, kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan kerajaan. Khabar Raja Kedah, Jikalau menang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlima bersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara. Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap tandatangan, dan mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri Kedah ini, dan seperti Bugis dan Mengkasar dan Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya. (Dipetik daripada prosa Hikayat Opu Daeng Menambun dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(i) Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah? [2 markah] (ii) Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan sesuatu perjanjian? Berikan tiga sebab. [3 markah]

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PASAR PERASAAN ini pasar perasaan pada gerainya duduk penjual sentimental yang sering dikunjungi pembeli emosional. ini pasar perasaan mereka memperdagangkan kata-kata yang terbit daripada kalbu yang terbit daripada akal. mereka memperdagangkan hujah yang rapuh dan lapuk bagai kayu buruk; yang mudah dipatahkan bagai ranting kering. ini pasar perasaan di dalamnya mengalir sungai manusia yang menghilirkan suara kosong. ini pasar perasaan yang memperdagangkan akal cetek dan tawar-menawar yang dangkal. kumasuki pasar ini kususuri sungai sibuk ini di tengah-tengah penjual dan pembeli yang kaya dengan perasaan tetapi miskin dengan kebijaksanaan. ini pasar tidak berakal yang diriuhkan kekosongan. T. Alias Taib Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) Mengapakah penyajak mengkritik sikap para pengunjung dan penjual di warung-warung? (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita dapat melahirkan pendapat yang bernas? (iii) Jelaskan unsur keindahan bahasa sajak tersebut. [2 markah] [3 markah]

[4 markah] Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Allah minta kita berusaha. Lari daripada musibah juga satu usaha. Kita pulang ke kampung saya. Hawa boleh menjejak waris Ahmad Abdullah di sana. Pipinya bergerak-gerak mendengar saranan itu. Ikut pulang ke Malaysia? Tinggalkan usaha Ahmad Abdullah turuntemurun begitu saja? Tidak mungkin. Di bahunya tertanggar amanat warisan. Tidakkah kedengaran penakut? Adam menggeleng. Lari daripada satu takdir untuk mendepani takdir yang lain bukanlah sikap pengecut Hawa. Mempertahankan usaha moyang zaman-berzaman juga memerlukan keberanian dan kekuatan yang bukan sedikit. Adam sekali lagi menggeleng. Apa lagi yang dapat Hawa pertahankan sekiranya taman ini benar-benar meletus, lebur, dan tenggelam. Di tangan Allah, tidak ada sesuatu pun yang mustahil. Kun fayakun. Jadi, kata-Nya, maka jadilah. Dia menarik nafas panjang. Jari-jarinya bermain dengan hujung selendang benang bulu. Dia resah. Lebih baik Hawa berhijrah, mulakan sesuatu yang baru dan lebih mencabar. Hawa akan lebih memahami betapa sukarnya Ahmad Abdullah merebut ruang memulakan usaha untuk jalur keturunannya. Dia terus memilih untuk membisu sambil memintal bucu selendang. Fikirannya buntu. Adam jemu lalu memilih untuk pergi tanpa sepatah kata, tetapi degar pintu yang ditinggalkan menunjukkan kesabaran suami itu meledak. Adam tidak pernah begitu. (Dipetik daripada cerpen "Tanggar Amanat" oleh Amaruszati Noor Rahim dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata tetanggar amanat warisan? (ii) Pada pendapat anda, wajarkah Adam menasihati Hawa supaya pulang ke Malaysia? Berikan tiga sebab. (iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam cerpen di atas dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

[2 markah] [3 markah] [4 markah]

Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kerana manusia, Inilah kebencian Tuhan yang sedaya, Sebab kerana syirikkan Dia. Terkadang riak pulak dilakukan, Mengiringkan beberapa puasa tak makan, Bertutur itu suara diperlahankan, Tubuh dan badan tidak dihiraukan. Supaya disangka ianya wali, Akan dunia tidak peduli, Hemahnya itu sangatlah ali, Tetapi hatinya ke dunia bertali. Terkadang riakkan ia berilmu, Bersurah ketika orang berjamu, Berkata-kata tidaklah jemu, Nahu dan sarap habis diramu. Terkadang bercakap ilmunya mantik, Bicara alhayat konon diselidik, Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik. Terkadang riak dengan pakaian, Berserban lilit ekor berhambayan, Sejadah di bahu bersampaian, Tasbih di tangan beruitan. Pejamkan mata duduk bersila, Lidah berzikir Allah Taala, Terkadang jazbah seperti gila, Kasadnya hendak menjadi kepala. Riak demikian menjadi balak, Amal itu tentu ditolak, Terkadang dilemparkannya ke mukanya pulak, Allah Taala sualak. (Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka .)

(i) Nyatakan contoh-contoh perbuatan riak yang terdapat dalam syair. (ii) Pada pendapat anda, apakah yang wajar diamalkan oleh anggota masyarakat untuk menghindari sifat riak? (iii) Berikan tiga perwatakan orang yang riak seperti yang digambarkan dalam syair di atas. [3 markah] [3 markah]

[3 markah] Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Abang Mat, mengapa tidak orang lain berasakan seperti saya? Mengapa saya tidak berbahagia seperti orang lain? Engkau sama seperti orang lain juga, tetapi perasaan engkau sekarang mesti ditambah dengan semangat berani. Masnah membisu. Kapten Mamat menung, sedang isterinya terpegun.

Abang Mat sebut juga perkataan yang menghampakan hati saya, tiba-tiba Masnah melepaskan buku dalam hatinya. Saya kira selama ini kesatuan memberi bantuan kepada hidup suami saya, tetapi sekarang ternyata begitu hampa. Engkau menyangka kesatuan tidak berbuat kebajikan kepada anak-anak dan isteri orang kapal? Saya tidak berkata begitu, tapi saya kira, suami saya berkhidmat seperti orang lain. Rendah-rendah taraf suami saya, dapat juga dia membekalkan sesuatu yang kami perlukan. Barangkali termasuk juga makan pakai anakmu, bukan? Benar. Itu tidak menyusahkan, tapi tidak seorang pun boleh menjawab tanya anak-anak ini. Anak mata mereka bercahaya, tapi tidak ada cahaya kebahagiaan. Masa depan mereka tidak terjamin. Itukah engkau susahkan? Saya tidak mahu berpisah dengan anak-anak saya. Biar sama-sama jatuh dan bangun. Tangan ibunya ini ingin memelihara mereka sampai besar, tetapi mereka jangan ke laut, jangan... . (Dipetik daripada cerpen Penanggungan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(i) Mengapakah Masnah risau akan nasib dirinya dan anak-anaknya?

[3 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat diambil bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Masnah? [3 markah] (iii) Nyatakan satu perwatakan Kapten Mamat dalam petikan di atas dan dua perwatakannya dalam keseluruhan cerpen tersebut. [3 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Hatta seketika lagi maka keluarlah peri dari tasik itu. Maka berombakombakanlah airnya itu. Maka dilihat oleh Inderaputera peri itu datang kepadanya. Maka ia pun tidurlah. Maka peri itu pun datanglah menghampiri akan Inderaputera. Maka Inderaputera pun ingat. Maka baharu hendak ditindihnya itu, maka Inderaputera pun melompat seraya menangkap akan rambut peri itu. Maka berkata Inderaputera, Sekarang ini matilah engkau hai celaka. Maka peri itu pun berkata, Hai orang muda, lepaskanlah rambutku ini, apa kehendakmu aku berikan kepadamu! Maka kata Inderaputera, Sungguhkah engkau hendak memberi barang kehendakku ini? Maka sahut peri itu, Sungguhlah hamba beri. Maka kata Inderaputera, Apa yang engkau hendak berikan kepadaku ini? Maka berkatalah peri itu, Ada suatu geliga, Mayan Bedi namanya. Jika tuanku mau, kuberikan. Adapun gunanya jikalau hendak mengeluarkan angin dan ombak atau kilat atau petir halilintar citalah namaku dan tambangkan geliga itu, nescaya barang kehendak tuan jadilah. Maka Inderaputera pun melepaskanlah rambut peri itu. Maka ujar peri itu kepada Inderaputera, Hai orang muda, dari hari inilah tuanku menjadi cucuku! (Dipetik daripada prosa "Dua Geliga Hikmat" dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah maksud barang kehendak tuan jadilah?

[2 markah] [3 markah]

(ii) Jelaskan cara Inderaputera memperoleh geliga Mayan Bedi. (iii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera? Berikan tiga kebaikan.

[3 markah] Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Hendak pandai menghargai masa, Jangan dinanti esok lusa. Ketekunan akan membawa kejayaan, Kegigihan bekerja dengan keupayaan. Wajah ceria keseronokan bekerja, Usah berduka bermuram durja. Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,

Bertindak dengan penuh kebijaksanaan. Ketinggian peribadi jadi amalan, Ketelusan hati jadi bekalan. Kekuatan sifat baik hati, Bertimbang rasa dan bersimpati. Pengaruh kepimpinan melalui teladan, Baik buruk jadikan sempadan. Menjadi kewajipan menjalan tugas, Walaupun sederhana tetapi tegas. Kebijaksanaan berhemat perlu diutama, Tidak membazir teliti saksama. Keutamaan kesabaran fi kiran tenang, Perkara susah menjadi senang. Peningkatan bakat diberi sokongan, Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan. Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif. (Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.) (i) (ii) (iii)

Berikan kebaikannya jika seseorang itu sentiasa bersabar.

[2 markah] Pada pendapat anda, mengapakah masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak dapat mengubah sikap boros berbelanja? [3 markah] Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun tersebut. [4 markah]