Modul Latihan Ldk

20
MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN [LDK] -PROGRAM KEPIMPINAN- PERKHEMAHAN KOPERAL DAN LANS KOPERAL KOR KADET POLIS SMKTD3 KALI KE-3 2013

description

a

Transcript of Modul Latihan Ldk

Page 1: Modul Latihan Ldk

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN [LDK]

-PROGRAM KEPIMPINAN-

PERKHEMAHAN KOPERAL DAN LANS KOPERAL

KOR KADET POLIS SMKTD3

KALI KE-3 2013

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 1

Page 2: Modul Latihan Ldk

(LDK 1)

‘ICE BREAKING !!’

PELAKSANAAN:

1. Peserta diminta untuk berada di dalam besar dan berjalan mengelilingi bulatan

sambil diiringi muzik.

2. Semasa peserta berjalan, arahan akan disampaikan dan peserta dikehendaki

untuk mengikut arahan yang diberi.

3. Antara arahan-arahan yang digunakan ialah:

- Peserta diminta berkumpul mengikut pangkal abjad pada nama

- Peserta diminta berkumpul mengikut bulan dilahirkan

- Peserta diminta berkumpul mengikut warna kegemaran

- Peserta diminta berkumpul mengikut hobi.

OBJEKTIF:

1. Aktiviti ini dilaksanankan bertujuan untuk memastikan setiap peserta mampu

bersuai kenal dengan peserta lain walaupun dalam masa yang singkat.

2. Sebagai pemimpin yang berdedikasi, mereka haruslah saling mengenali antara

satu sama lain untuk memastikan kepimpinan mereka menjadi hebat serta

dihormati.

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 2

(LDK 2)

‘FOLLOW ME!!’

Page 3: Modul Latihan Ldk

OBJEKTIF:

1. Mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan.

2. Menanam semangat kepimpinan dalam diri peserta.

3. Melatih peserta untuk menerima arahan daripada orang lain dan memberi

arahan dengan jelas kepada orang lain.

4. Membina keyakinan dalam diri peserta untuk lebih yakin kepada gerak hati.

5. Meningkatkan kemahiran komunikasi antara ahli kumpulan dan perasaan

percaya terhadap satu sama lain.

PERLAKSANAAN:

1. Peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing

2. Setiap kumpulan diberi sehelai kertas mahjong, sebiji telur dan kain hitam.

3. Setiap kumpulan perlu memilih seorang konduktor.

4. Semua ahli kumpulan kecuali konduktor perlu menutup mata dengan

menggunakan kain hitam.

5. Semua peserta kecuali ketua kumpulan perlu memegang kertas mahjong dan

diletakkan telur di atas kertas tersebut.

6. Peserta perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat sambil memegang kertas

mahjong mengikut arahan konduktor.

7. Semasa bergerak, peserta tidak dibenarkan untuk bercakap sesama ahli

kumpulan.

8. Konduktor memainkan peranan dalam member arahan kepada peserta yang lain

agar telur yang dibawa tidak akan pecah.

9. Konduktor tidak dibenarkan menggunakan arahan “kanan,kiri,depan, dan

belakang” untuk bergerak dan arahan yang diberi mestilah ditukar mengikut

kreativiti setiap kumpulan.

10.Kumpulan yang berjaya membawa telur dengan selamat akan dianggap sebagai

pemenang.

11.Kumpulan yang tidak berjaya dianggap gagal menguruskan kumpulan mereka.

PERALATAN:

Page 4: Modul Latihan Ldk

1) Kertas mahjong – 15 helai

2) Telur – 15 biji

3) Kain hitam

‘ ARAHAN MU LUKISAN KU’ (BACKUP)

PELAKSANAAN

1. Setiap ketua kumpulan perlu menutup mata dengan menggunakan kain hitam.

2. Setiap kumpulan akan dibekalkan sehelai kertas mahjong dan sebatang marker.

3. Ahli kumpulan yang lain perlu memberi arahan kepada ketua kumpulan untuk

melukis sebuah lukisan.

4. Ahli kumpulan tidak boleh menyentuh ketua kumpulan, hanya memberi arahan

lisan.

5. Selepas beberapa minit, peserta perlu menyiapkan lukisan mereka.

6. Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil lukisan mereka.

PERALATAN

Kertas mahjong

Pen marker

Kain hitam

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 3

(LDK 3)

‘PULAU GERSANG’OBJEKTIF:

1. Untuk menguji tahap kecekapan dan ingatan para peserta

2. Untuk melatih para peserta memberi arahan dengan lebih tepat

3. Untuk menguji tahap penerimaan dan kepekaan terhadap arahan yang diberikan

oleh seorang pemimpin.

4. Untuk melatih dan memupuk sikap kerjasama dalam kumpulan.

Page 5: Modul Latihan Ldk

PELAKSANAAN:

1. Setiap kumpulan akan diberi kertas mahjong dan magic colour

2. Seorang ahli dari setiap kumpulan akan dipilih oleh ahli kumpulan itu sendiri

untuk menerima arahan daripada fasilitator yang bertugas.

3. Ahli yang terpilih akan dibawa oleh fasililator ke satu tempat untuk melihat satu

peta yang telah dilukis.

4. Ahli tersebut diberikan masa selama 2 minit sahaja untuk mengingati

keseluruhan peta tersebut.

5. Ahli itu akan kembali semula kepada kumpulan masing-masing dan

menerangkan secara lisan kepada ahli yang lain untuk melukis kembali apa yang

dilihat oleh ahli tersebut tanpa pertolongannya.

6. Jika sempat, setiap ahli dari setiap kumpulan akan dipanggil keluar untuk

meneruskan permainan.

PERALATAN

1) Kertas mahjong (15 helai)

2) Pen marker (12 batang)

3) Magic colour (5 batang)

‘LAYAN TAK LAYAN’ (BACKUP)

OBJEKTIF:

1. Murid dapat membina keyakinan diri.

2. Melatih murid untuk bercakap di khalayak ramai.

3. Melatih murid bekerjasama di dalam kumpulan.

4. Murid dapat belajar memahami perasaan orang lain.

PELAKSANAAN:

1. Ketua-ketua kumpulan dipanggil untuk keluar dari dewan.

Page 6: Modul Latihan Ldk

2. Fasilitator akan memberi arahan tugas kepada ketua kumpulan untuk bercerita di

dalam dewan.

3. Apabila ketua-ketua kumpulan sedang bercerita, ahli lain di dalam dewan akan

melakukan arahan yang disuruh.

a. Ketawa

b. Booo!!

c. Tepuk tangan

d. Bersembang

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 4

(LDK 4)

‘KARAM’

PELAKSANAAN:

1. Peserta diminta untuk membayangkan bahawa mereka sedang berada di atas

sebuah kapal. Peserta diberi peluang untuk bersuka ria. Kemudian, peserta

diberitahu kapal yang mereka naiki bakal karam.

2. Peserta diminta membuat satu bulatan,

3. Peserta di beri 2-5 straw setiap seorang.

4. Peserta dimaklumkan bahawa hanya 1 ‘sampan’ sahaja yang boleh dinaiki dan

hanya boleh memuatkan 4-5 orang sahaja.

Page 7: Modul Latihan Ldk

5. Peserta diminta memberikan lidi kepada sesiapa yang layak untuk diselamatkan

berdasarkan kriteria yang dimiliki dengan harapan orang itu boleh memberi

sumbangan yang besar kepada dunia.

6. Berhadapan, lihat wajah/mata dan sebutkan nama , kemudian jika beri kata

“awak layak”, jika tidak “maaf, awak tidak layak”.

7. Kumpulkan 4 peserta yang berjaya mendapatkan lidi yang paling banyak. Minta

mereka ke hadapan untuk memberikan ucapan untuk membalas kepercayaan

peserta lain.

OBJEKTIF:

1. Dapat menilai diri bahawa selama ini ada memberi sumbangan atau tidak.

2. Sebagai pemimpin, kita akan dinilai sama ada layak atau tidak layak untuk

menajdi pemimpin.

3. Bersedia untuk menjadi seorang pemimpin dan memegang tanggungjawab

besar.

PERALATAN:

1. Straw

2. Latar belakang muzik yang sesuai.

Page 8: Modul Latihan Ldk

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 5

(LDK 5)

‘MINI EXPLORES’OBJEKTIF:

1. Bertujuan untuk melahirkan pemimpin yang cerda, kreatif, berfikiran jauh, setia

kawan dan dapat menguasai komunikasi yang baik.

2. Menanamkan nilai-nilai kepimpinan dalam diri.

3. Memperkukuhkan sifat-sifat kepimpinan sedia ada

4. Meyedarkan bahawa setiap individu itu memimpin dan dipimpin.

PELAKSANAAN:

1. Kawasan permainan dibahagikan kepada beberapa checkpoint.

2. Antaranya ialah:

a) Towering straw

- Pelajar akan diminta untuk mendirikan menara dalam masa sepuluh minit

menggunakan alatan yang dibekalkan.

Page 9: Modul Latihan Ldk

- Menara yang dibina mestilah kukuh dan boleh menampung air yang telah

diisi di dalam botol.

- Jika berjaya, akan mendapat mata sebanyak 5 point.

- Jika tidak berjaya, kumpulan akan didenda penalty masa iaitu 5 minit

ataupun sebarang denda yang dianggap bersesuaian.

b) Kawad senyap

- Seorang komender akan dipilih dari kalangan kumpulan.

- Komander akan memberikan arahan kawad secara senyap berdasarkan 4

keping kad yang disediakan.

- Jika anak buah gagal, mengikut arahan, kumpulan tersebut akan didenda

dan jika berjaya akan mendapat 5 markah terkumpul juga.

c) Bowling

- Sebanyak 8 botol mineral yang diisi dengan air disusun dengan jarak 20

langkah dari tempat balingan.

- Setiap botol mewakili 2 mata

- Jika kumpulan gagal menjatuhkan botol, maka 1 mata akan ditolak.

d) Tali Kasih

- Pelajar akan dibekalkan dengan sehelai kertas A4

- Mereka dikehendaki membuatkan satu rantai yang dapat dipegang oleh

kesemua ahli kumpulan mereka tanpa memutuskan helaian kertas

tersebut.

- Jika mereka gagal, penalty lima minit akan dikenakan.

e) Radio Buruk

- Setiap kumpulan dikehendaki beratur dalam barisan yang panjang.

- Fasilitator akan memberikan beberapa ayat untuk disampaikan kepada

rakan-rakan yang beratur tersebut.

Page 10: Modul Latihan Ldk

- Peserta akan dikenakan penalty berdasarkan jumlah perkataan yang

mereka salah semasa menyampaikan ayat tersebut.

3. Pemenang akan dikira mengikut jumlah mata yang terkumpul.

4. Mana-mana kumpulan yang tidak melalui kesemua checkpoint tidak layak dikira

sebagai pemenang.

ALATAN:

1. Straw

2. Tape

3. Botol air mineral

4. Kad manila

5. Kertas A4

6. Bola

Jumlah checkpoint adalah berdasarkan kawasan sekitar sekolah.

Page 11: Modul Latihan Ldk

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 6

(LDK 6)

‘BOLEH KE TAK BOLEH’Objektif

Meningkatkan daya kretiviti para murid.

Menanam sikap tidak berputus asa.

Membantu murid berfikir secara kreatif.

Menyemai sifat berkerjasama dan saling tolong menolong.

Alatan

Kertas A4

Gam

Batu bata

Prosedur.

1. Setiap kumpulan diberikan 15 helai kertas A4 dan gam

2. Sediakan satu binaan yang menggunakan kertas A4 yang mampu menampung

batu bata.

3. Masa selama 15 minit diberikan kepada setiap kumpulan.

4. Setelah selesai, setiap binaan akan cuba untuk menampung batu-bata sebanyak

yang mungkin

Page 12: Modul Latihan Ldk

5. Kumpulan binaan yang menampung paling banyak batu bata menang.

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 7

(LDK 7)

‘THE LAST GENERATION!!’Objektif

Meningkatkan daya kretiviti para murid.

Membantu murid untuk lebih rasional dalam melakukan sesuatu keputusan.

Menyemai sikap berani untuk mempertahankan sesuatu yang benar

Membantu murid berfikir secara kreatif.

Menyemai sifat berkerjasama dan saling tolong menolong.

Menguji kepekaan murid

Alatan

Kertas mahjong

Marker

Kertas A4

Prosedur.

1. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan sehelai kertas mahjong dan juga

marker pen.

2. Peserta dibayangkan bahawa bumi yang menjadi tempat tinggal mereka akan

musnah tidak lama lagi dan hanya beberapa sahaja yang dibenarkan untuk

menaiki roket untuk ke tempat lain.

3. Disana mereka akan membina tamadun yang baru.

4. Fasilitator akan menyenaraikan beberapa watak yang harus dipilih oleh

murid. Antara watak tersebut ialah:

1. Ibu mengandung 5. Arkitek

Page 13: Modul Latihan Ldk

2. Jurutera 6. Tentera

3. Polis 7.Anak yang soleh

4. Bomba 8. Petani

5. Doktor 9. Jururawat

6. Guru 10.Imam

5. Diantara 10 watak yang dibekalkan, peserta perlu memilih 4 sahaja untuk

dibawa ketempat baru. Setiap watak memainkan peranan yang berlainan.

6. Peserta juga dikehendaki melukis peta atau plan tamadun mereka yang baru

beserta dengan organisasi pentadbiran tamadun tersebut.

7. Peta tersebut akan dibentangkan dan setiap pemilihan watak yang dilakukan

akan disoal kepentingan watak tersebut oleh fasilitator.

Kesimpulan:

- Setiap individu memainkan peranan yang penting dalam sesebuah

organisasi.

- Setiap individu akan menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat.

- Untuk memastikan murid faham dengan pilihan mereka dan mampu untuk

menyatakan keputusan pemilihan mereka.

Page 14: Modul Latihan Ldk

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 8

(LDK 8)

‘THE BEAUTIFUL BEG!!’Objektif

Meningkatkan daya kretiviti para murid.

Membantu murid untuk mengenal pasti nilai-nilai murni.

Menyemaikan nilai-nilai murni terhadap diri mereka melalui aktiviti permainan

Menyemai sifat berkerjasama dan saling tolong menolong.

Memastikan nilai-nilai tersebut perlu diterapkan dalam diri sebagai seorang

pemimpin.

Alatan

Kertas mahjong

Gam

Surat Khabar Lama

Gunting

Prosedur.

1. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan kertas mahjong, gam, gunting,

serta surat khabar lama.

2. Mereka dikehendaki mencipta satu beg yang paling cantik dan mereka juga

dikehendaki mencari perkataan nila-nilai murni seperti baik, sayang dan

sebagainya.

3. Setiap perkataan yang telah mereka kumpul, hendaklah ditampalkan dibeg

mereka.

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 9

Page 15: Modul Latihan Ldk

(LDK 9)

‘ MALAM KEBUDAYAAN!!’

Aktiviti: Lakonan

Tema: Kepimpinan

Objektif:

- Memupuk semangat dan budaya kepimpinan

- Pelajar mengetahui bahawa perlunya sifat dan semangat kepimpinan dalam diri

setiap waktu dan situasi.

- Memupuk semangat kepimpinan dalam diri pelajar sewaktu mengendalikan aktiviti

bersama-sama.

Perlaksanaan:

1. Fasilitator akan meminta setiap kumpulan membuat cabutan atau undian.

2. Mereka perlu melakonkan babak yang bersesuai dengan konsep kepimpinan

dengan dibantu oleh fasilitstor.

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 10

(LDK 10)

‘PERKONGSIAN ILMU!!’

Page 16: Modul Latihan Ldk

Objektif:

- Membantu murid untuk meluahkan masalah.

- Memberi peluang kepada fasi untuk lebih mesra dengan murid.

- Mampu untuk bersama-sama berfikir untuk menyelesaikan sesuatu

masalah.

Pelaksanaan:

- Fasilitator berada bersama ahli kumpulan dan sama-sama berbincang

tentang kepimpinan dan nilai-nilai kepimpinan.

- Bersama-sama berkongsi cerita.

- Fasilitator memberikan nasihat yang bersesuaian dengan tahap dan

masalah yang dihadapi oleh murid