Modul matematik

84
PKP3106 Tajuk 1 Pengenalan Kepada Pentaksiran Dalam Pemulihan Khas Maksud Pentaksiran Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan. Berdasarkan kepada pendapat yang telah dikemukakan oleh Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. Menurut, David Lambert dan David Lines, 2000. Pentaksiran dari segi definisi pula adalah merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Seterusnya, menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Manakala menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu. Pentaksiran dalam Pemulihan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti [ipgksm] Page 1

Transcript of Modul matematik

Page 1: Modul matematik

PKP3106

Tajuk 1 Pengenalan Kepada Pentaksiran Dalam Pemulihan Khas

Maksud Pentaksiran

Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang membawa

maksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama

dengan apa yang dimaksudkan.

Berdasarkan kepada pendapat yang telah dikemukakan oleh Salvia dan

Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data

dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk

membuat keputusan.

Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan

dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan

keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan

penempatan.

Menurut, David Lambert dan David Lines, 2000. Pentaksiran dari segi definisi

pula adalah merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan

menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.

Seterusnya, menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran dalam

bidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah

maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil

pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai

untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi

pentaksiran.

Manakala menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukan

tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu.

Pentaksiran dalam Pemulihan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan

gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti

[ipgksm] Page 1

Page 2: Modul matematik

PKP3106

membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan

punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran

dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan

maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan

maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Mengapa guru atau pendidik perlu tahu mengenai pentaksiran ?

i.Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid

ii.Memantau kemajuan murid Memberi dan menetapkan penggredan

iii.Menentukan keberkesanan pengajaran

iv.Mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikan Menilai

guru dan pendidik

v.Menjelaskan niat dan hasrat pengajaran dan pembelajaran

Tujuan Pengujian

i.Menentukan perubahan tingkahlaku murid

ii.Menentukan pencapaian murid dalam penbelajaran tertentu

iii.Menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian

iv.Memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran

v.Melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat

Tujuan Pengukuran

i. Menempatkan murid ke aliran yang sesuai

[ipgksm] Page 2

Page 3: Modul matematik

PKP3106

ii. Membuat penganalisaan, penterjemahan dan kesimpulan bagi kajian tertentu

iii. Pensijilan dalam bentuk pencapaian akademik bagi tahap persekolahan

tertentu

iv. Digunakan sebagai kriteria oleh penguatkuasa tertentu untuk tujuan tertentu

Tujuan Penilaian

i.Mengumpul maklumat mengenai pencapain murid selepas aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

ii.Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran pembelajaran

bagi membolehkanaktiviti pengayaan dan pemulihan

iii.Menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi

membolehkan perancanganstrategi pengajaran yang lebih berkesan

iv.Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi

membolehkanaktiviti rujukan dijalankan jika diperlukan

v.Mentaksir keberkesanan pelaksanaan program seperti KBSR dan KBSM

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN

· Kesahan skor

-Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan.

· Kebolehpercayaan Skor

-Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan.

· Keobjektifan

-Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor

· Kebolehtadbiran

-Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau

berasaskan sekolah.

· Kemudahtafsiran

-Maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan

mengadakan ujian.

[ipgksm] Page 3

Page 4: Modul matematik

PKP3106

· Kekomprehensifan

-Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran atau pengajaran.

Perbezaan Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian

PENGUJIAN PENGUKURAN/

PENTAKSIRAN

PENILAIAN

DEFINISI Alat pengukuran

perubahan sesuatu

aspek tingkah laku.

Proses

menentukan

peringkat

pencapaian dan

kedudukan pelajar

.Proses

menentukan

perubahan

tingkahlaku dan

membuat

pertimbangan nilai.

TUJUAN/KEGUNAAN Menentukan

pencapaian

sesuatu

pembelajaran.

Untuk membuat

pengelasan bagi

pencapaian dan

kedudukan dalam

pembelajaran.

Memberi maklumat

tentang pencapaian

objektif

pembelajaran,

kaedah mengajar

dan kurikulum.

BENTUK Pemerhatian.

Ujian lisan.

Bertulis.

Set ujian bertulis

dengan markah

dan gred.

Jadual.

Gred berdasarkan

teknik perangkaan.

[ipgksm] Page 4

Page 5: Modul matematik

PKP3106

CARA/PROSES Persediaan Ujian.

Pntadbiran

Pemeriksaan..

Proses pengujian.

Merekod

markah/gred.

Proses

pengukuran.

Proses

penganalisisan.

Proses

interprestasi.

Melapor.

Tindakan.

MASA Selepas

pembelajaran.

Selepas

pembelajaran.

Sebelum, semasa,

selepas

pembelajaran.

LIPUTAN Terhad pada

sesuatu kemahiran

atau pembelajaran.

Sesuatu peringkat

pembelajaran.

Dari sesuatu

pembelajaran

tertentu ke seluruh

kurikulum.

KEPUTUSAN Menunjukkan

prestasi sesuatu

kemahiran atau

penguasaan

pembelajaran yang

spesifik.

Menunjukkan

pencapaian secara

relatif.

Menunjukkan

pencapaian

keseluruhan tetapi

tidak semestinya

membayangkan

kebaikan seorang

individu.

Pelbagai Cara Pengumpulan Maklumat

[ipgksm] Page 5

Page 6: Modul matematik

PKP3106

Cara Pengumpulan Maklumat Penerangan

Rekod atau laporan

• Latar belakang keluarga

• Kesihatan murid

• Prestasi akademik dahulu

• Minat murid

• Laporan-laporan yang dibuat

oleh para profesional akan

memberi banyak maklumat

berkaitan murid yang boleh

digunakan oleh guru

• Guru merujuk kepada laporan-

laporan tersebut untuk

mendapat satu gambaran yang

lebih menyeluruh berkaitan

murid.

• Dilihat melalui rekod profil murid,

rekod anekdot atau pun buku

laporan prestasi murid.

• Membantu guru menilai secara

jangka panjang dan memberi

maklumat tentang pencapaian

murid dalam semua mata

pelajaran.

• Guru dapat mengetahui tahap

kesihatan dan minat murid.

Sampel kerja • Salah satu sumber maklumat

yang sedia ada berkaitan murid

adalah sampel-sampel kerja

yang dihasilkan oleh murid

dalam mata pelajaran yang

diikutinya di sekolah.

• Dilakukan semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran.

• Guru membuat analisis sampel

kerja.

[ipgksm] Page 6

Page 7: Modul matematik

PKP3106

• Untuk mengetahui kelebihan

dan kekurangan murid dalam

mata pelajaran yang dipelajari.

Pengujian

• Ujian rujukan norma

• Ujian rujukan kriteria

• Inventori tidak formal

• Kuiz

• Probe

• Analisis tugasan

• Analisis ralat

• Guru boleh mendapat tahu

tahap kebolehan murid dengan

mentadbirkan ujian-ujian kepada

murid.

• Pengujian ditadbirkan dengan

pelbagai cara mengikut apakah

tujuan sebenarnya guru.

• Nama yang diberikan kepada

sesuatu ujian biasanya

menunjukkan tujuannya.

• Ujian rujukan kriteria : Ujian

untuk mengukur sama ada

kemahiran yang telah diajar

boleh dianggap sebagai telah

dikuasai murid.

• Ujian rujukan norma : Ujian

yang membandingkan prestasi

murid dalam sesuatu

ujian dengan pencapaian orang

yang telah mengambil

ujian yang sama.

• Kuiz : Ujian yang dijalankan

sebaik sahaja sesuatu pelajaran

telah disampaikan untuk

menguji sama ada murid telah

memahami apa yang telah

diajar.

• Probe : Kalau seorang guru

ingin tahu sama ada murid boleh

[ipgksm] Page 7

Page 8: Modul matematik

PKP3106

menjalankan sesuatu tugasan

atau ujian dalam keadaan yang

lain, dia boleh memberi tugasan

atau ujian yang sama tetapi

dengan sedikit pengubahsuaian

seperti memberi penyampaian

yang berlainan. Guru

sebenarnya telah menjalankan

“probe”.

• Analisis tugasan :

melibatkan satu siri kemahiran

kecil yang perlu dilakukan oleh

murid dengan jayanya.

• Analisis ralat : petunjuk

tentang kemahiran yang masih

belum dikuasainya apabila

murid kerap melakukan

kesilapan bagi sesuatu

kemahiran yang belum

dikuasainya

Pemerhatian • Pemerhatian merupakan satu

kaedah yang selalu dijalankan

oleh para profesional atau guru

untuk mengumpul maklumat,

khususnya berkaitan tingkah

laku seseorang murid.

• Pemerhatian yang dibuat perlu

direkodkan dan terdapat

beberapa cara untuk

merekodkan hasil pemerhatian.

Soal selidik • Bertujuan mengenalpasti

sesuatu masalah supaya

[ipgksm] Page 8

Page 9: Modul matematik

PKP3106

penyelesaiannya boleh

dirangka, memahami sesuatu

• fenomena dengan lebih jelas,

serta mengumpul maklumat

tentang isu tersebut.

• Dijalankan terhadap ibu bapa

murid pemulihan, guru

pemulihan, guru kelas ataupun

pihak pihak yang terlibat.

• Cara soal selidik(self-

administered) berkesan jika

responden boleh atau bersedia

memberikan pendapatnya

dengan jelas.

Tajuk 2 Mentaksir Kebolehan Pembelajaran Asas

Pentaksiran kemahiran pembelajaran asas melibatkan pengamatan aspek

penglihatan, pendengaran ,kinestatik dan taktil. Selain itu kemahiran pembelajaran

asas juga meliputi konsepsualisasi dan organisasi yang mana adalah merupakan

kebolehan untuk memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul. Selain itu,

aspek utama yang terlibat ialah kepantasan pemprosesan maklumat. Dalam

pemprosesan maklumat ini, melibatkan kebolehan individu memproses input ke dalam

[ipgksm] Page 9

Page 10: Modul matematik

PKP3106

otak dan menterjemah dengan perlakuan dan juga tindakan yang bersesuaian dengan

pantas.

1. Pengamatan

Maksud Kebolehan Pembelajaran AsasTerdiri daripada:

➢ Pengamatan

✔ Penglihatan

✔ Pendengaran

➢ Sensori motor

✔ Kinestatik

✔ Taktil dan haptik

Diskriminasi Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf,

nombor dan perkataan.

Ingat Kembali Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.

Orientasi

Kedudukan

Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk,

huruf dan nombor.

Turutan Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan huruf-

huruf dalam perkataan.

Menyudah atau

Melengkapkan

Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau melengkapkan

objek, nombor, perkataan atau ayat.

Menyalin Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor,

perkataan atau ayat.

Rajah Latar

Belakang

Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf

atau nombor dari latabelakang sesuatu gambar atau rajah.

Koordinasi Motor Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan motor mata dan

tangan.

[ipgksm] Page 10

Page 11: Modul matematik

PKP3106

Pertalian Jarak

(Ruang)

Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan

serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.

Ketetapan Bentuk /

Kedudukan dalam

rajah

Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf, atau

nombor yang mempunyai bentuk tetap dan tidak akan berubah

bentuknya dalam mana-mana keadaan

Gambar Bersiri Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak

yang lain.

Mazing atau

Mencari Jalan

Keluar

Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah

Benda Tersembunyi Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang

abstrak.

Kesukaran Dalam Pengamatan Pendengaran

Antara masalah dalam pengamatan pendengaran yang berpunca daripada kecacatan

organism telinga adalah seperti:

Diskriminasi – Ketidakbolehan mengenal

dan membezakan bunyi

sebutan, rentak, irama, dan

intonasi yang berlainan.

– Ketidakbolehan mengenal

arah bunyi (jauh atau dekat)

– Ketidakbolehan mengingat

bunyi-bunyi yang didengar.

– Ketidakbolehan mengulang

corak bunyi dan turutannya.

Pekak Koduktif – Tidak dengar bunyi bernada

rendah

[ipgksm] Page 11

Page 12: Modul matematik

PKP3106

Pekak Perseptif – Tidak dengar bunyi bernada

tinggi

Pekak Campur Aduk – Campuran pekak koduktif

dan pekak perseptif.

Pekak Rikrutmen (Automatic Volume

Control)

– Boleh mendengar bunyi yang

kuat sahaja.

Secretory Otitis Media – Cecair yang menyekat

getaran.

Kesukaran Dalam Kemahiran Sensori Motor

1. Motor Kasar: Ketidakbolehan dalam pergerakan badan dengan automatis,

mudah danbeirama serta dengan imbangan yang sewajarnya.

2. Motor Halus: Ketidakbolehan untuk menguruskan tugas-tugas atau kerja-kerja

yangmemerlukan kawalan-kawalan motor halus terutamanya dalam penggunaan

tangan dalamtulisan, lukisan, jahitan dan sebagainya.

– Ketidakbolehan bertindak balas terhadap dorongan melaluipenglihatan,

pendengaran dan daya perasa.

– Ketidakbolehan mengesan, mentafsir dan bertindak balas terhadapdorongan

dan daya perasa

– Kekurangan kesedaran perhubungan ruang dengan imej badan,sisian dan

arah

Masalah dalam pengamatan

[ipgksm] Page 12

Page 13: Modul matematik

PKP3106

Kesukaran memahami konsep – yang melibatkan visual

Kekurangan visual-aid – mesin braille, kanta lekap, embosser, tacktile aids

Sikap murid – bergantung kepada orang lain

Kepakaran guru

Stigma/ pelabelan masyarakat – rendah diri

Tempat/ ruang terhad untuk laksana pentaksiran

Tiada tindak susul daripada pihak bertanggungjawab

Keperluan Pentaksiran Pengamatan

- Mengesan masalah pengamatan seawal mungkin

- Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi

- Menyediakan penempatan yang bersesuaian

- Mengenalpasti pasukan pelbagai disiplin untuk membantu.

Pengamatan Taktil ialah sentuhan yang berkenaan dengan atau menggunakan

deria sentuhan.

Pengamatan Kinestetik membincangkan tentang deria pergerakan tubuh badan.

Haptik ialah gabungan antara pengamatan taktil dan kinestetik yang berlaku

secara serentak.

2. Konsepsualisasi dan Organisasi

Konsepsualisasi : proses formulasi dan penjelasan dari konsep.

Organisasi : didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia

yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai

matlamat individu, kumpulan, dan orgsnisasi.

[ipgksm] Page 13

Page 14: Modul matematik

PKP3106

Ringkasnya, konsepsualisasi dan organisasi merupakan kebolehan untuk memahami

konsep dan mengikut organisasi dengan betul.

Peringkat dalam pembelajaran konseptualisasi

Peringkat pertama ialah pengalaman berbentuk konkrit. Ini bermaksud tindakan

yang dilakukan oleh seseorang dan kesan perlakuannya diperhatikan dalam situasi-

situasi tertentu. Individu itu mengalami atau melibatkan diri secara langsung dalam

tugasan tertentu. Biasanya, seseorang individu itu hanya melakukan tugasan yang

diberi tanpa mempunyai kesedaran atau membuat refleksi.

Peringkat kedua ialah refleksi iaitu membuat refleksi selepas sesuatu tindakan atau

daripada pengalaman tertentu. Paradigma mempengaruhi perbezaan bentuk refleksi.

Kkesan daripada tindakan atau tingkah laku perlu diambil kira dalam refleksi supaya

perlakuan itu tidak diulang dalam situasi yang sama.

Peringkat ketiga ialah membina konsep daripada yang abstrak kepada yang

sebenar. Konsepsualisasi melibatkan keadaan yang boleh diperhatikan dan

pemahaman antara perkaitan antaranya. Paradigma juga mempengaruhi keadaan

dalam membentuk konsepsualisasi. Ini bermaksud seseorang itu perlu memahami

prinsip asas sebelum mengaplikasikan prinsip-prinsip tertentu dalam bentuk konsep.

Peringkat keempat ialah membuat jangkaan. Seseorang itu boleh membuat aplikasi

dan generalisasi. Malah, individu itu juga dapat membuat perancangan berbentuk

konteks dalam pemahaman dan menterjemahkan sesuatu konsep untuk jangkaan pada

masa depan atau untuk jangkaan tindakan yang akan dilakukan.

3. Kepantasan pemprosesan maklumat

Definisi : Melibatkan kebolehan individu memproses input ke dalam otak dan

menterjemah dengan perlakuan dan juga tindakan yang bersesuaian dengan pantas.

[ipgksm] Page 14

Page 15: Modul matematik

PKP3106

Peringkat Pemprosesan Maklumat

1. Kenalpasti ransangan

• Ransangan = semua jenis maklumat persekitaran yg diterima melalui

reseptor sensori

• Berperanan utk mentafsir maksud ransangan yg wujud dalam

persekitaran

• Contoh : seorang pemain badminton menerima hantaran tinggi sebagai

rnasangan dan akan mula bertindak untuk mematikan bola tersebut

1. Pemilihan respon

• Berperanan sebagai system yg menyediakan beberapa respond an akan

memilih respon yg terbaik dan relevan dengan tafsiran ransangan tersebut

• Contoh : jika kita ingin menangkap bola, secara auto matiknya, otot

tangan dan jari sudah bersedia melakukan aksi tersebut

2. Pemprosesan respon

• Merupakan peringkat pelaksanaan fizikal segala persiapan yg telah

dilakukan di peringkat organisasi lakuan

• Pelaksanaan lakuan ialah pergerakan yg dapat dilihat

• Contoh : pemain badminton yg menerima bola tinggi sebagai ransangan

maka lakuan yg tepat baginya ialah dengan melakukan pukulan smesy

• Dlm peringkat ini, pelaku memperoleh pengalaman sensori daripada

pengalaman yg dilakukan

Cara memproses maklumat

1) Menyusun maklumat

2) Membuat lakaran grafik

3) Menganalisis data

Menyusun maklumat

– Maklumat yg terkumpul boleh diproses berdasarkan :

[ipgksm] Page 15

Page 16: Modul matematik

PKP3106

○ Kronologi (masa dan peristiwa)

○ Keutamaan

○ Kata Tanya

○ Kategori

Membuat lakaran grafik

Lakaran grafik adalah penting untuk menyusun maklumat. Lakran grafik adalah

maklumat yg ditunjukkan menggunakan simbol, rajah, graf dan gambar bersama-sama

dengan sedikit maklumat bertulis.

– Jadual

○ Cara yg paling kemas utk mempersembahkan maklumat yg

mengandungi nombor ataus sesuatu yg boleh dikategorikan kepada

beberapa kumpulan yg sama

○ Maklumat seperti itu boleh dimasukkan ke dalam lajur dan baris

○ Cara ini amat berguna jika seseorang ingin membandingkan satu

kategori maklumat dengan kategori yg lain, seperti kewangan dgn

bilangan atau kuantiti barangan atau antraa kekuatan dengan

kelemahan sesuatu

– Graf

○ Graf digunakan utk menunjukkan perubahan pembolehubah. Graf

membolehkan kita melihat trenda atau gaya perubahan tersebut.

○ Jenis graf :

Graf garis – menggunakan garisan tegak dan mendatar sebagai

paksi untuk kita plot data bagi dua variable. Kedua-dua paksi x

dan y biasanya mempunyai skala yang sekata

Graf bar- bagi variable yg diskrit seperti bilangan syarikat atau

bulan Januari, Februari dan lain-lain. Lebih sesuai maklumat itu

dinyatakan dalam graf bar.

Graf pai – digunakan utk menunjukkan peratusan atau pecahan

pembolehubah.

– Piktograf

[ipgksm] Page 16

Page 17: Modul matematik

PKP3106

○ Kadangkala sesuatu maklumat itu lebih menarik dan lebih mudah

difahami jika diberikan dalam bentuk grafik berbanding dengan angka.

○ Oleh itu, angak diwakili dengan symbol

○ Bentuk grafik ini dikenali sebagai piktograf

– Carta pokok /Organisasi

○ Carat menggunakan grafik dan perkataan utk mempersembahkan

ringkasan (overview) sesuatu maklumat

○ Carta ini digunakan utk menunjukkan hubungan dan turutan dengan

cara yg tersusun

○ Contoh : carta struktur sebuah organisasi

– Carta alir

○ Maklumat tenatng suatu proses

○ Carta ini berbentuk cabang atau lingkaran

– Carta stream

○ sesuatu maklumat yg boleh dikelaskan dan setiap kelas itu mempunyai

hubungan antara satu sama lain

– Rajah

○ Sejenis grafik yg menggunakan garisan, tanda dan symbol untuk

menunjukkan hubungan idea, kedudukan objek, proses atau sistem

○ Contoh : rajah litar elektrik

– Peta

○ Maklumat tenatng keadaan dan kedudukan sesuatu tempat biasanya

lebih jelas ditunjukkan

– Lakaran

○ Ada maklumat lebih mudah dan lengkap diwakilkan secara lakaran

○ Contoh : bentuk sehelai daun lebih mudah dipaparkan dalam bentuk

lakaran

– Gambar

○ Adalah bentuk grafik yg dapat menyampaikan maklumat dengan tepat

dan mebarik bagi sesuatu objek maujud.

○ Gambar mewakili seribu perkataan

[ipgksm] Page 17

Page 18: Modul matematik

PKP3106

Menganalisis data

Maklumat yg telah disusun atau diproses perlu dianalissi untuk membuat kesimpulan yg

jelas dan tepat

Langkah menganalisis data :

– Menghubungkaitkan fakta

– Mengsintesis data

– Membandingkan fakta

– Membaca yg tersirat

– Membuat kesimpulan

Masalah Berkait Dengan Pemprosesan

• Masalah spatial

• Masalah berkaitan dengan arah

• Berkaitan konsep masa

• Masalah imej badan

• Masalah organisasi

• Masalah symbolization atau perwakilan

• Masalah membina konsep / penaakulan

Matlamat Pengajaran

• Rumusan hasil pentaksiran

Rumusan perlu dibuat ke atas pentaksiran yang dilaksanakan dalam

kebolehanpembelajaran asas sama ada dalam aspek pengamatan, kemahiran

sosial ataupunkemahiran pengurusan diri.

• Pengenalpastian matlamat pengajaran

[ipgksm] Page 18

Page 19: Modul matematik

PKP3106

Rumusan yang dihasilkan akan menentukan bentuk perancangan pengajaran

yang akandiputuskan oleh guru. Berdasarkan rumusan ini seseorang guru

merancang hasil pembelajarannya atau matlamat pengajaran.

• Perancangan intervensi

Setelah mengenal pasti masalah yang dilalui oleh murid dalam menguasai

kemahiranpembelajaran asas, program intervensi untuk membantu murid-murid

berkenaanbolehlah dirancang. Perancangan intervensi ini berkait rapat dengan

masalah sebenar yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran

tertentu.

TAJUK 3 MENTAKSIR KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU

Maksud kemahiran sos ial dan tingkah laku

Kemahiran sosial

Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran sosial?

Kemahiran yang membantu individu menjalin hubungan sosial yang lebih baik seperti:

• membina persahabatan

• berbual dengan orang lain

[ipgksm] Page 19

Page 20: Modul matematik

PKP3106

• mempunyai budi pekerti yang baik

• mempunyai rasa empati terhadap orang lain

Kemahiran Hidup dalam Bilik darjah:

Kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di sekolah.

Ini termasuklah:

• mendengar dan mematuhi arahan

• berkelakuan sopan dan menghindari gangguan

• meminta bantuan

• memberi sumbangan dalam perbincangan

• membuat keputusan

• pengendalian konflik

• membina kemahiran akademik

• melaksanakan kewajipan

• bertanggungjawab atas tingkah laku anda

Tingkah laku dalam bilik darjah

Maksud tingkah laku ialah perlakuan yang ditunjukkan secara konsisten dalam satu

jangka masa yang lama yang akan memberi kesan buruk kepada perkembangan

pembelajaran murid seterusnya menghalang penglibatan mereka secara aktif di dalam

atau di luar bilik darjah.

Kaedah mengenalpasti murid yang mempunyai tingkahlaku bermasalah

• Kaedah berasaskan ujian

• Kaedah bukan ujian- pemerhatian, temuduga, kaedah penyelidikan (kajian kes, kajian

dokumen, kajian rentasan, kajian menegak)

[ipgksm] Page 20

Page 21: Modul matematik

PKP3106

Contoh situasi di mana tingkah laku bermasalah dipamerkan:

• Semasa sesi pengajaran

• Semasa membuat latihan

• Semasa di luar kelas

• Semasa bukan guru kelas mengajar

Pentaksiran Tingkah Laku Secara Formal

• senarai semak

- maklumat (diri, kerjaya, pendidikan)

- inventori (minat, kerjaya)

• skala kadar

- ukuran kuantitatif menurut nilai tertentu

5 = sangat bersetuju

4 = bersetuju

3 = kurang bersetuju

2 = hampir bersetuju

1 = tidak bersetuju

• temuduga

- lebih berfokus kepada interaksi sosial

- maklumat hampir sama dalam soal selidik diri

- pemerolehan maklumat dengan cara santai

• pencerapan

• pencerapan naturalistik

pemerhatian di setting yang biasa / natural

• pencerapan klinikal

rumusan ke atas pelbagai alat ujian / maklumat

• pentaksiran psikometrik

- maklumat perkembangan diri individu

- penggunaan kaedah saintifik

• pentaksiran berasaskan kurikulum dilaksanakan melalui :

- pentaksiran kurikulum fungsional

o pentaksiran tidak langsung

[ipgksm] Page 21

Page 22: Modul matematik

PKP3106

o pemerhatian secara langsung

o eksperimen

- pentaksiran kesesuaian tugas

iaitu penilaian yang sistematik untuk menilai pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak dengan menggunakan senarai semak

Cara Pentaksiran Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku

• Pemerhatian

• Penilaian Orang lain

• Penilaian kendiri

• Pentaksiran ekologi

Matlamat Pengajaran

• Rumusan hasil pentaksiran

• Pengenalpastian matlamat pengajaran

• Perancangan Intervensi

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU

Dalam pentaksiran ini, aspek utama yang terlibat ialah kemahiran social dan

tingkah laku individu di dalam bilik darjah. Pentaksiran ini juga secara amnya

melibatkan pengubahsuaian tingkah laku yang mana merupakan aspek yang penting

untuk membuat penilaian secara menyeluruh. Pengubahsuain tingkah laku ini merujuk

kepada keberkesanan dengan pertemuan individu dan tanggungjawab social berkaitan

dengan umur dan kumpulan kebudayaan.

Secara umumnya, hasil kajian saintifik mencadangkan bahawa kebanyakan

tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh

dipelajari pada bila-bila masa. Terdapat pelbagai tingkah laku iaitu tingkah laku negatif

dan juga tingkah laku negatif. Tingkah laku positif dan negatif ini selalunya dapat dilihat

dan diperhatikan dalam bilik darjah. Antara tingkah laku positif ialah seperti

[ipgksm] Page 22

Page 23: Modul matematik

PKP3106

menghormati arahan dan akur dengan perintah guru. Manakala bagi tingkah laku

negatif pula adalah seperti membuat bising dan mengganggu rakan sekelas.

Bagi mencapai tahap tingkah laku yang diingini iaitu tingkah laku sasaran

modifikasi tingkah laku perlu dilakukan. Untuk menjalankan modifikasi tingkah laku yang

diingini ini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil terlebih dahulu, antaranya

termasuklah membuat pemilihan terhadap tingkah laku yang diberi keutamaan,

pemerhatian dan perekodan ke atas tingkah laku tersebut, menentukan tingkah laku

sasaran, mengenal pasti masa pelaksanaan, memilih strategi dan kaedah yang

bersesuaian, penentuan ganjaran, menjalankan program , membuat penilaian, tindakan

susulan dan memastikan bahawa tingkah laku negatif tidak akan berulang dan tingkah

laku yang positif dapat dikekalkan.

Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini antaranya

adalah dengan pemberian ganjaran yang terdiri daripada primer , sekunder dan sosial.

Ganjaran primer ini terdiri daripada makanan dan minuman, manakala ganjaran

sekunder pula terdiri daripada token, kupon dan lain-lain. Ganjaran sosial pula adalah

seperti senyuman ,belaian dan penghargaan emosi kepada individu. Terdapat

beberapa strategi peningkatan yang lain iaitu seperti penggunaan kontrak dan

sebagainya. Bagi teknik pelupusan pula terdapat pelbagai teknik antaranya adalah

seperti teknik pelupusan, dendaan, kejelakan, timed out ,pembetulan semula dan yang

lain lagi. Segala strategi peningkatan dan pelupusan ini sememangnya dapat

membantu untuk mengubah tingkah laku kepada tingkah laku yang diingini. Segala

hasil oleh strategi ini akan direkodkan dalam pelbagai jenis rekod seperti rekod

anekdot, persampelan masa dan sebagainya. Daripada data yang diperolehi maka satu

baseline dapat dilihat dan disini jugalah guru dapat mentaksir dan merancang aktiviti

yang bersesuaian bagi meningkatkan tingkah laku sasaran di masa hadapan.

Selain itu juga, dalam proses pentaksiran kemahiran social dan tingkah laku

juga, penglibatan ibu sangatlah penting. Ini kerana ibu bapa adalah merupakan orang

yang paling rapat dengan mereka. Hasil temul bual dan perbincangan daripada ibu

bapa sememangnya sangat membantu guru dalam membuat pentaksiran dengan betul

dan lebih jitu.

[ipgksm] Page 23

Page 24: Modul matematik

PKP3106

TAJUK 4 MENTAKSIR BAHASA LISAN

Pentaksiran secara lisan adalah untuk menaksir kebolehan pelajar mengingat

dan memahami konsep kemahiran lisan bahasa. Lisan merupakan salah satu daripada

kemahiran yang penting dalam menjadi asas pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Terdapat dua aspek kemahiran asas dalam lisan iaitu kemahiran mendengar dan

kemahiran bertutur. Sebenarnya, kanak-kanak mula menguasai bahasa daripada apa

yang didengar dan dialaminya. Mereka akan cuba meniru serta menuturkannya

berulang-ulang kali.

Kemahiran Mendengar

[ipgksm] Page 24

Page 25: Modul matematik

PKP3106

Kemahiran mendengar adalah apabila seseorang itu dapat mengecam, mengenal dan

mengamati serta mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran

mengenal dan mendiskriminasikan sesuatu bunyi itu bergantung kepada faktor-faktor

fisiologi dan neurologi pendengaran seseorang iaitu setakat mana kadar pengamatan

pendengarannya. Oleh itu, seseorang yang mempunyai kemahiran mendengar dapat :

• Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.

• Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.

• Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.

• Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.

• Mendengar secara kritikal.

• ” Auding”

• Mengikut arahan.

• Memahami urutan atau sekuan.

• Mengingat kembali.

• Menentukan idea utama / terpenting.

• Membuat inferens dan penyeluruhan atau kesimpulan.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur pula adalah kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi

bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ),

jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan

”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi

setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan

perbezaan maksud atau makna.

[ipgksm] Page 25

Page 26: Modul matematik

PKP3106

Tetapi bagi Bahasa Melayu, hanya intonasi dan jeda sahaja yang bersifat fonetik

yang boleh membezakan makna atau maksud. Ujaran sesuatu ayat mestilah dengan

intonasi-intonasi yang tertentu supaya ia boleh menentukan maksud ayat dan jenis-

jenis ayat yang berkenaan. Misalnya ayat “Dia sudah makan” boleh berfungsi sebagai

ayat penyata dan juga sebagai ayat tanya jika diubah intonasi dalam pengujarannya.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana

pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Komponen-Komponen Bahasa Lisan

Terdapat lima komponen utama yang terlibat dalam pentaksiran kemahiran lisan iaitu

fonologi, semantik, sintaksis , morfologi dan juga pragmatik. Melalui lima aspek

pentaksiran ini, masalah dan daerah kelemahan murid-murid dapat dikenal pasti dan

seterusnya dapat membantu guru melakukan strategi dan intervensi yang bersesuaian

bagi individu tersebut.

Fonologi adalah kajian mengenai pola bunyi bahasa iaitu kajian mengenai bunyi-

bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Sebutan dan bunyi yang berlainan akan

memberikan makna yang lain. Misalnya perkataan ”pin” dan ”tin”, perbezaan bunyi

utama adalah pada awal perkataan-perkataan tersebut. Kebiasaannya individu yang

mengalami masalah pembelajaran ini sukar untuk membunyikan bunyi fonetik dengan

betul. Kadangkala mereka seringkali melakukan penggantian, penambahan,

pengguguran dan sebagainya. Contohnya perkataan ”kakak” menjadi “katak”. Hal ini

telah pun berlaku penggantian. Walaupun perkataan-perkaaan ini berbeza hanya pada

satu bunyi sahaja tetapi perbezaan bunyi ini menghasilkan dua perkataan dan masing-

masing mempunyai makna yang berbeza.

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian

Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin

ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini

merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Struktur kata bermaksud susunan

bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata

[ipgksm] Page 26

Page 27: Modul matematik

PKP3106

pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses

pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses

menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan

anggota lain dalam golongan yang sama.

Sintaksis pula merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur

dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan

ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam

ayat. Sintaksis boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil seperti frasa,

perkataan, dan morfem. Sebagai contoh ”Abang membaca buku”. Namun bagi individu

yang mengalami masalah dalam penggunaan sintaksis, individu itu hanya mampu

menyebut ”abang buku”. Hal ini sememangnya telah pun memberi maksud dan makna

yang lain.

Menurut Kamus Dewan, 1997: 1228, semantik merupakan kajian tentang makna

perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Komponen kandungan terdiri

daripada semantik (makna) yang merujuk kepada cara perkataan-perkataan digunakan

secara bermakna dalam komunikasi. Pada asasnya semantik melibatkan

perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau leksikon. Fonem-fonem yang bergabung

akan membentuk perkataan dan perkataan digunakan untuk mewakili benda, konsep,

pengalaman dan sebagainya. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini

sangat lemah dalam bidang semantik terutama dalam membezakan perkataan yang

mempunyai ejaan yang sama tetapi berlainan bunyi. Contohnya perkataan semak (e

pepet) dengan semak (e taling). Semak bermaksud belukar manakala semak yang satu

lagi adalah memeriksa. Selain itu mereka juga mengalami masalah dalam memahami

peribahasa seperti simpulan bahasa dan sebagainya.

Bidang pragmatik pula adalah merupakan bidang yang berkaitan dengan

penggunaan bahasa yang betul dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak autisme

misalnya mengalami kesukaran dalam menggunakan kata ganti diri. Hal ini kerana kata

ganti diri pertama seperti ”saya” seringkali ditukarkan dengan perkataan ”awak”.

Penggunaan bahasa yang salah akan memberi maksud yang berlainan. Disebabkan

itulah unsur pragmatik juga memainkan peranan penting dalam aspek komponen

bahasa.

[ipgksm] Page 27

Page 28: Modul matematik

PKP3106

Dalam pentaksiran lisan, ujian diagnostik dijalankan untuk menyediakan

maklumat yang boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi kepada guru.

Selain itu juga, maklumat yang diberikan perlulah sejajar dengan teori perkembangan

kognitif. Tujuan pentaksiran lisan juga adalah untuk menyediakan maklumat khusus

berkenaan dengan masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Melalui pentaksiran

lisan jugalah guru akan dapat merancang dan memulakan pengajaran secara lebih

efektif berdasarkan data yang diperolehi.

Bahasa Reseptif dan Bahasa Ekspresif

Dalam pentaksiran lisan terdapat dua jenis bahasa yang menjadi aspek utama

untuk dinilai dan ditafsirkan iaitu bahasa reseptif dan ekspresif. Bahasa reseptif merujuk

kepada keupayaan individu untuk menerima dan memahami input bahasa yang

diterima daripada persekitaran. Pentaksiran terhadap bahasa reseptif ini misalnya

melibatkan keupayaan pelajar untuk mendengar perkataan atau frasa dan dapat

mempamerkan kefahaman mereka terhadap isu yang diperkatakan tadi. Sebagai

contoh, selepas memperdengarkan beberapa perkataan, murid tersebut akan disoal

semula mengenai kefahaman beliau terhadap apa yang dibacakan tadi.

Bahasa ekspresif pula merujuk kepada keupayaan murid untuk berkomunikasi

dan meluahkan idea, perasaan, pemikiran atau pendapat kepada orang lain.

Pentaksiran terhadap bahasa pentaksiran ini biasanya melibatkan aspek pengeluaran

bunyi yang betul, ucapan dan bahasa. Pengucapan atau pertuturan adalah merupakan

pengeluaran untuk menghasilkan bahasa ekpresif. Misalnya, berdasarkan contoh

gambar yang diberikan oleh guru, murid dikehendaki bercerita mengenai gambar

tersebut.

Antara ciri-ciri individu yang mengalami masalah bahasa reseptif dan ekspresif,

biasanya mereka lebih suka berdiam diri atau mengelakkan diri daripada sebarang

perbincangan dan perbualan. Selain itu, mereka juga seringkali memberi respon yang

salah dengan arahan yang diberikan. Murid-murid yang mengalami masalah ini juga

akan mengalami kesukaran untuk bertukar giliran berkomunikasi dan bercakap apabila

mereka diminta untuk melakukan perbincangan. Kesemua masalah ini dapat dirawat

[ipgksm] Page 28

Page 29: Modul matematik

PKP3106

jika diberi rawatan dan intervensi dengan segera. Psikoterapi dapat dijalankan untuk

merawat masalah ini terutamanya bagi mereka yang menghidapi masalah dalam emosi

dan juga tingkah laku.

CARA PENTAKSIRAN BAHASA LISAN

• Penilaian orang lain

• Pemerhatian

• Sampel bahasa

• Pengujian tidak formal

Bagi melakukan pentaksiran terhadap individu yang mengalami masalah lisan ini,

terdapat beberapa cara dan kaedah (Rujuk rajah 4). Antara cara pentaksiran yang

boleh dilakukan oleh guru ialah melalui penilaian orang lain, pemerhatian, sampel

bahasa dan pengujian tidak formal. Bagi cara mentaksir dengan penilaian orang lain,

guru boleh melakukan perbincangan atau temu bual dengan ibu bapa, guru kelas, guru

Bahasa Melayu, rakan sebaya atau individu yang mengenalinya dengan baik bagi

menilai dan mengumpul maklumat berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid

tersebut.

Selain itu, guru juga boleh melakukan pemerhatian sama ada secara langsung

ataupun tidak langsung. Menurut Haidi (2009), terdapat tiga teknik pemerhatian yang

sesuai dilaksanakan iaitu pemerhatian dengan senarai semak, pemerhatian di luar bilik

darjah dan pemerhatian tingkah laku. Selain itu, pemerhatian juga boleh dilaksanakan

dalam situasi yang spesifik, pelbagai tempat dan masa yang berbeza sepanjang hari.

Pemerhatian situasi yang spesifik dilaksanakan sepanjang satu masa yang tertentu

misalnya seperti semasa waktu rehat. Manakala bagi pemerhatian dalam pelbagai

tempat pula boleh dilakukan pada persekitaran atau tempat yang berbeza. Begitu juga

dengan pemerhatian pada masa yang berbeza sepanjang hari yang boleh dilaksanakan

sama ada pada waktu pagi, petang dan malam. Misalnya, guru boleh membuat

pemerhatian terhadap tingkah laku murid tersebut ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran iaitu bagaimana murid itu menjawab ketika guru menanyakan soalan

ataupun guru memerhati perbualan murid tersebut dengan rakan-rakannya. Dengan

[ipgksm] Page 29

Page 30: Modul matematik

PKP3106

maklumat yang diperoleh, guru dapat mengumpul lebih banyak maklumat untuk

melakukan pentaksiran.

Seterusnya adalah sampel bahasa. Sampel bahasa biasanya dilakukan semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini memerlukan guru untuk membuat

analisis sampel bahasa. Ini kerana untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid

dalam kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru boleh menyediakan

beberapa set soalan bagi memahami perkembangan bahasa mereka. Contoh ujian

yang sesuai dijalankan adalah seperti ujian kriteria. Aspek yang dinilai adalah ucapan

dan juga bahasa. Komponen yang dinilai adalah seperti bahasa ekspresif dan reseptif,

mimik muka atau gesture, pemvokalan yang betul, kepanjangan ayat dan juga ingatan

audiotari. Ujian seperti ini biasanya dilakukan pada usia selepas lahir hingga berumur 7

tahun.

Selain itu, guru juga boleh melakukan pengujian tidak formal. Pengujian tidak

formal dijalankan pada bila-bila masa mengikut keperluan, dijalankan sama ada secara

individu atau kumpulan, dijalankan secara lisan, tidak melibatkan kemahiran atau unit-

unit tertentu dan ia dibina oleh guru serta tidak mempunyai arahan atau prosedur.

Contohnya, temubual dengan murid ataupun sesi soal jawab. Melalui soal jawab dan

temubual, guru dapat menganalisis kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran

lisan. Selain itu, melalui pengujian tidak formal, guru dapat merekod maklumat yang

diperoleh dan dapat membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Keupayaan bahasa lisan seseorang kanak-kanak bergantung kepada

pendedahan yang diterimanya daripada persekitaran selain daripada keupayaan

kognitif. Pendedahan daripada persekitaran yang mereka terima boleh dalam bentuk

interaksi dua hala dan kekerapan berlakunya interaksi itu. Teori interaksi menegaskan

kepentingan menyediakan peluang-peluang untuk berinteraksi yang lebih luas kepada

kanak-kanak untuk membantu mereka menguasai bahasa lisan dengan lebih

cekap.Oleh itu, guru perlu memperbanyakan aktiviti lisan dalam pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

Kemahiran Lisan dalam Ujian Diagnostik.

[ipgksm] Page 30

Page 31: Modul matematik

PKP3106

Jenis – jenis ujian Diagnostik dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kemahiran

lisan, kemahiran bacaan dan kemahiran tulisan. Kemahiran Lisan merupakan satu

daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek

kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak

mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru

serta menuturkannya berulang-ulang. Kemahiran-kemahiran asas dalam kemahiran

lisan ialah kemahiran mendengar.Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya

dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi

bunyi-bunyi bahasa yang berlainan.

Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung

kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar

pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu

boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh mendiskriminasi bunyi-

bunyi bukan bahasa,mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa,memahami perkataan,

konsep dan kemahiran mendengar perkataan. Selain itu, murid-murid dapat memahami

ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran

bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan

pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta

helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini

merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah

bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau

makna.Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan

suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi

penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa kepentingan kemahiran lisan iaitu manusia mencipta

lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Kita harus

mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan

menulis.Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula

mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan

bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka

[ipgksm] Page 31

Page 32: Modul matematik

PKP3106

menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.Kanak-kanak yang telah menguasai

bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah

fikiran. Maka mereka akan lebih berani dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.

Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa

dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian

jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak

dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.Bahasa Melayu khususnya berbeza dari

segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara.Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan

menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.Struktur ayat, pembinaan ayat dan

aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung.

Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas

bahasa yang kukuh.Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan

lisan di peringkat awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat

awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak.

Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.

Matlamat pengajaran

• Rumusan hasil pentaksiran

• Pengenalpastian matlamat pengajaran

• Perancangan intervensi

Cara memperbaiki kelemahan-kelemahan lisan

➢ Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-

murid.

➢ Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.

➢ Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan

khusus murid-murid.

➢ Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..

➢ Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.

[ipgksm] Page 32

Page 33: Modul matematik

PKP3106

➢ Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

➢ Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui

susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.

PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN

1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.

- Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup

untuk didengar oleh pendengar yang ada.

2. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada

murid.

3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai

perkara-perkara tertentu.

4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.

5. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan

mereka sendiri.

6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah

pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :

o Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.

o Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.

o Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh si

penutur.

7. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk

sekali dua sahaja.

8. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang

berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.

9. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika

didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara

spontan.

[ipgksm] Page 33

Page 34: Modul matematik

PKP3106

TAJUK 5 MENTAKSIR BACAAN

Pengenalan Bacaan

Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak

pemulihan dan juga menjadi punca utama kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah

[ipgksm] Page 34

Page 35: Modul matematik

PKP3106

dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada perlakuan salah

laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992). Membaca

adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan

maksud bacaan.

Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan.

Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk

memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.

Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang

untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau

perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui,

dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya

(Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk

menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks.

Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff (1989)

telah merumuskan proses membaca seperti berikut:

1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat

diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud

dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam

perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.

2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain

pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk

menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut

perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-

perkataan yang dibacanya.

3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan

apa yang dibaca.

Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan

pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu

proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:

[ipgksm] Page 35

Page 36: Modul matematik

PKP3106

i. Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.

ii. Mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.

iii. Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan

apa yang sedia ada di kepala.

iv. Mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan dan ayat sehingga

menjadi sebuah idea yang lengkap.

v. Mencuba untuk menghuraikan idea kepada orang lain.

Proses Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca mengandungi dua proses asas iaitu kemahiran memecahkan kod

dan kefahaman. Kemahiran memecahkan kod melibatkan pemahaman tentang

hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk

yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran memecahkan kod ataupun

dikenali sebagai “nyah kod” membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis

dengan betul. Manakala proses kefahaman pula membolehkan seseorang memahami

makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

Faktor-faktor Yang Berkaitan Dengan Membaca

Antara faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca seseorang adalah kesediaan

membaca. Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak

menguasai sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus berjalan

sekiranya otot-otot anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri dan seterusnya berjalan.

Oleh itu bagi persediaan untuk kanak-kanak berjalan, dia akan memulakan dengan

merangkak, duduk, bangun, berdiri, bertatih, dan barulah berjalan. Begitu juga dengan

[ipgksm] Page 36

Page 37: Modul matematik

PKP3106

membaca, seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan yang

diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca diajar kepadanya.

Sementara itu, antara faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca

kanak-kanak adalah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi, motivasi

dan sahsiah, kecerdasan, pengamatan dan penguasaan bahasa. Keadaan fizikal

merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang sempurna.

Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan

dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Misalnya mendengar cerita,

lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan

anak mereka dan sebagainya.

Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan

emosi, motivasi dan sahsiah kanak-kanak. Ini kerana dorongan yang diberikan oleh ibu

bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. Manakala kecerdasan dan

perkembangan kognitif juga turut mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak.

Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih

cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Selain itu, keupayaan pengamatan turut menjadi faktor dalam mempengaruhi

kemahiran membaca misalnya kemahiran diskriminasi penglihatan dan diskriminasi

pendengaran. Contohnya, semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasikan

huruf dan juga mendiskriminasikan bunyi-bunyi huruf. Ini melibatkan kemahiran

pengamatan penglihatan dan pendengaran. Kanak-kanak yang menguasai bahasa

dengan baik juga akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat

membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat komunikasi manusia untuk

melahirkan fikiran, perasaan, kehendak dan sebagainya.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untuk

memastikan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan membaca yang mencukupi

sebelum mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak.

Peringkat-Peringkat Mengajar Bacaan

[ipgksm] Page 37

Page 38: Modul matematik

PKP3106

Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua

kemahiran iaitu bacaan secara kuat iaitu bacaan mekanis dan bacaan secara senyap

iaitu bacaan mentalis. Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan kepada kemahiran

sebutan, intonasi, dan gaya membaca. Manakala bacaan senyap merupakan

kemahiran membaca untuk memahami dan juga kepantasan membaca petikan sesuatu

bahan.

Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara

berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan

baik. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan kepada lima

peringkat iaitu peringkat menyediakan murid, peringkat mendirikan asas, peringkat

melatih membaca dan memahami, peringkat melatih membaca untuk hiburan atau

mencari maklumat dan peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.

Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu menyiasat

terlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa dan juga

emosi murid. Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan membaca murid dan juga

kemahiran sedia ada murid akan dapat membantu guru untuk menyediakan murid bagi

pelajaran membaca.

Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran kemahiran

membaca kepada murid-murid. Pada peringkat ini, guru perlu menggunakan pelbagai

alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang

digunakan hendaklah ringkas, menarik dan bermakna. Kemahiran asas bacaan

bermula dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa dan seterusnya ayat.

Pada peringkat ini juga, galakan dan dorongan perlu diberikan kepada murid secara

berterusan.

Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memahami. Pada peringkat

ini, bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain menekankan

aspek sebutan dan kelancaran, guru juga mula menekankan aspek pemahaman.

Kebiasaan, murid yang membaca nyaring boleh dikurangkan kepada bacaan senyap

secara beransur-ansur. Soalan-soalan guru yang berkaitan dengan bahan yang dibaca

akan membantu murid membina kemahiran memahami.

[ipgksm] Page 38

Page 39: Modul matematik

PKP3106

Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnya

memahami isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk

memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan juga untuk mengisi masa

lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak dengan mengajar mereka kemahiran

mencari maklumat di pusat sumber dan juga internet.

Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap suka

membaca hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa

kanak-kanak. Kebiasaannya, sekolah kerap mengadakan pertandingan membaca,

pameran buku, peraduan mengarang, dan sebagainya.

Pendekatan Pengajaran Bacaan

Terdapat dua pendekatan pengajaran bacaan iaitu kaedah “bottom-up” dan “kaedah

“top-down”.

Kaedah “bottom-up” bermaksud membaca dari bawah ke atas. Membaca dalam

proses “bottom-up” merupakan proses yang melibatkan ketepatan, butiran dan

rangkaian persepsi serta identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan dan unit bahasa.

Menurut pendekatan ini, petikan yang menentukan pemahaman seseorang. Menurut

Brown (2001), proses bottom-up adalah proses membaca terlebih dahulu dengan

mengetahui pelbagai tanda linguistik seperti huruf, morfem, suku kata, frasa, petunjuk

gramatik dan tanda wacana. Kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan yang

masuk akal, koheren dan bermakna. Untuk memahami bacaan berdasarkan kaedah ini,

pembaca memerlukan kemahiran yang berkaitan dengan lambang bahasa yang

digunakan dalam teks.

Dalam kemahiran membaca, pendekatan “top-down” juga dikenali sebagai model

psikolinguistik dan ia dikembangkan oleh Goodman (1976). Pendekatan ini berkaitan

dengan kemahiran membaca yang menjadi sebahagian daripada proses skema

seseorang iaitu membaca secara terus-menerus untuk menguji sama ada untuk

menerima atau menolak hipotesis yang dibuat semasa proses membaca. Maklumat

grafik hanya digunakan untuk menyokong hipotesis tentang makna. Pembaca tidak

[ipgksm] Page 39

Page 40: Modul matematik

PKP3106

hanya memerlukan maklumat grafik daripada bacaan kerana mereka telah memiliki

model bacaan sendiri untuk memahami bacaan. Berdasarkan pendekatan ini, sebelum

membaca seseorang itu membuat ramalan ataupun hipotesis berkaitan dengan apa

yang mungkin ada dalam bahan bacaan dengan bermodalkan pengetahuan tentang isi

dan bahasa yang dimilikinya.

Untuk membantu pemahaman berkaitan dengan pendekatan ini, pembaca

menggunakan strategi berdasarkan kepada penggunaan petunjuk semantik dan

sintaksis. Ini bermakna, untuk mendapatkan makna bacaan, pembaca dapat

menggunakan petunjuk tambahan yang merupakan kompetensi berbahasa yang ia

miliki. Jadi, kompetensi berbahasa dan pengetahuan tentang apa saja memainkan

peranan yang penting dalam membentuk makna bacaan. Kesimpulannya, pendekatan

ini melibatkan pengetahuan, pengalaman dan kecerdasan pembaca untuk memahami

bacaan.

Masalah-Masalah Dalam Bacaan

Masalah-masalah dalam bacaan dapat dibahagikan kepada dua iaitu masalah berkaitan

dengan kebolehan memecah kod dan masalah berkaitan kefahaman. Masalah

berkaitan dengan kebolehan memecahkan kod dapat dibahagikan kepada bentuk huruf,

peringkat suku kata, kesukaran dalam pengamatan dan kesukaran membaca peringkat

ayat.

Antara masalah bentuk huruf ialah tidak dapat membezakan huruf kecil yang

seakan-akan sama bentuknya, huruf yang terbalik, bunyi huruf yang seakan-akan

sama, keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya, menyebut huruf-

huruf mengikut telor bahasa ibunda dan keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil

kerana bentuknya berubah.

Masalah pada peringkat suku kata pula, murid tidak boleh mengadun atau

membatang suku kata terbuka atau tertutup, keliru membunyikan suku kata yang

melibatkan e taling dan e pepet, tidak boleh membunyikan dengan betul setelah

mengeja atau membatang suku kata, tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata

[ipgksm] Page 40

Page 41: Modul matematik

PKP3106

VK di awal perkataan, salah memecah atau membatang suku kata, tidak boleh

membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata, keliru membatang

perkataan yang mengandungi Diftong atau vokal berganding, tidak boleh membunyikan

perkataan yang mengandungi Diagraf di awal perkataan dan tidak boleh membatang

suku kata yang melibatkan imbuhan.

Manakala masalah dalam kesukaran dalam pengamatan pula adalah boleh

mengeja tetapi tidak boleh membunyikan, mengeja sebelum membaca, boleh

membatang suku kata tetapi gagal menyebut, menggantikan bunyi suku kata dalam

perkataan, menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan, salah menyebut

perkataan yang seakan-akan rupanya, keliru ejaan bahasa Melayu dengan bahasa

Inggeris, salah menyebut atau membunyikan perkataan yang seakan-akan sama dan

menyebut perkataan mengikut loghat.

Seterusnya adalah kesukaran membaca peringkat ayat. Mereka cenderung

menggantikan perkataan dengan perkataan lain, tertinggal, pembalikan perkataan,

mengulang, merangkak-rangkak dan membaca mengikut loghat.

Masalah berkaitan dengan kefahaman pula, murid tidak dapat memahami makna

sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

CARA PENTAKSIRAN BACAAN

• Senarai semak

• Analisis ralat

• Pengujian berdasarkan kurikulum

Antara cara pentaksiran yang boleh dilakukan oleh guru ialah senarai semak, analisis

ralat dan pengujian berdasarkan kurikulum. Pengujian berdasarkan kurikulum dapat

dibahagikan kepada empat iaitu kemahiran memecahkan kod, kemahiran mengenal

perkataan, kefasihan membaca dan kefahaman. (Rujuk Rajah 5)

Senarai semak adalah satu senarai yang merangkumi instrumen tertentu untuk

mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca. Sementara itu,

[ipgksm] Page 41

Page 42: Modul matematik

PKP3106

pentaksiran analisis ralat pula berkaitan dengan kesilapan yang dibuat oleh murid yang

boleh dijadikan sebagai petunjuk berkaitan dengan kemahiran yang masih belum

dikuasainya. Murid akan kerap melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran yang

masih belum dikuasainya. Oleh sebab itu, guru harus mengkaji ralat yang terdapat

dalam kerja latihan murid untuk mengenal pasti kemahiran yang harus diajar.

Sementara itu, pengujian berdasarkan kurikulum pula bermaksud ujian yang

dijalankan berdasarkan kandungan kurikulum yang digunakan di sekolah. Ujian yang

boleh dilaksanakan adalah Ujian Rujukan Kriteria (URK). Ia merupakan satu ujian

yang direka oleh guru pemulihan untuk menilai setakat mana kemahiran yang telah

diajar kepada murid dalam satu tempoh tertentu. Kebiasaannya, kemahiran yang diuji

hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja. Ujian hanya akan dijalankan selepas satu-

satu kemahiran diajar kepada murid dalam masa yang tertentu. Tujuannya adalah untuk

menilai sama ada murid telah menguasai kemahiran tersebut ataupun tidak.

Untuk menentukan penguasaan, guru biasanya akan tetapkan kriteria

pencapaian, iaitu jawapan yang diberikan tepat mengatasi tahap peratus (%) yang

ditentukan oleh guru. Contoh 70% hingga 80%. Guru boleh menggunakan URK untuk

kemahiran memecahkan kod dan kemahiran mengenal perkataan. Contohnya untuk

menguji kebolehan membaca KVKV. Selepas membaca perkataan KVKV selama 3

minggu, guru menguji sama ada murid telah menguasai kemahiran yang telah diajar

dalam tempoh berkenaan dengan menyediakan sepuluh perkataan KVKV yang pernah

diajar untuk menguji murid. Dalam borang catatan, guru menulis ‘apabila didedahkan

kepada 10 patah perkataan KVKV yang pernah diajar, murid dapat membaca dengan

tepat tujuh daripada 10 perkataan yang ditunjukkan’. Guru mula menguji dengan

memberi murid 10 perkataan KVKV dan murid membaca perkataan. Kalau murid

berjaya membaca tujuh perkataan atau lebih dengan tepat, guru akan jadikan sebagai

bukti bahawa kemahiran telah dikuasai. Maka guru bolehlah mengajar kemahiran yang

baru.

Selain itu, guru juga boleh melaksanakan Ujian Diagnostik (UD). UD

dilaksanakan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci masalah dalam

pembelajaran yang dihadapi oleh murid. Dengan ujian ini, guru boleh mengenal pasti

sama ada murid dapat membaca perkataan dan ayat yang ditulis dengan betul ataupun

[ipgksm] Page 42

Page 43: Modul matematik

PKP3106

tidak dengan mengadakan ujian lisan. Contohnya, murid membaca ayat tunggal yang

ditunjukkan oleh guru semasa ujian lisan dilaksanakan dan guru merekod kesalahan

murid.

Seterusnya adalah untuk menguji kefasihan membaca. Ujian yang boleh

dilaksanakan adalah Ujian “speed”. Ujian ini perlu dihabiskan dalam masa yang agak

terhad dan dilakukan secara tidak formal. Misalnya, murid membaca petikan yang

diberikan oleh guru dalam masa yang telah ditetapkan. Guru merekod kesalahan murid.

Seterusnya untuk menguji kefahaman murid, guru boleh memberikan petikan dan

menyediakan soalan berdasarkan petikan yang diberikan. Melalui ujian ini, guru dapat

mengenal pasti sama ada murid memahami apa yang dibaca ataupun tidak.

Kemahiran Bacaan dalam Ujian Diagnostik.

Selain daripada kemahiran lisan, kemahiran membaca adalah kemahiran bahasa

yang penting dikuasai oleh seseorang individu. Kita mungkin tidak dapat bersama-sama

dengan orang lain sepanjang masa, oleh itu melalui bacaan kita dapat memahami

mesej yang disampaikan oleh orang lain melalui tulisan. Pengertian bacaan adalah luas

iaitu tidak hanya terhad kepada maksud membunyikan tulisan atau “barking at words”

semata-mata. Membaca secara senyap dengan memberi penekanan kepada

memahami apa yang dibaca adalah sangat penting.

Bagi seseorang pelajar, membaca merupakan kunci kejayaan akademiknya,

sumber kepada penambahan ilmu pengetahuan, dan kunci kepada keupayaan

menikmati hasil penulisan untuk mengisi masa lapangnya. Pengajaran kemahiran

membaca kepada kanak-kanak memerlukan kaedah dan teknik tertentu supaya mereka

dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik sama ada membaca secara

nyaring atau membaca secara senyap. Bagi kanak-kanak masalah pembelajaran pula,

[ipgksm] Page 43

Page 44: Modul matematik

PKP3106

mereka memerlukan kaedah dan teknik mengajar yang lebih khusus sesuai keupayaan

dan kebolehan mereka.

Menurut Frak Smith (1971),Membaca adalah satu operasi “psycholinousitic” .

Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran

bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. Atan Long

(1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses

mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah

fikiran daripada bahan bertulis itu.Kesimpulannya, membaca adalah proses

memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara,memahami makna-makna yang

terkandung di dalamnya serta membuat perkaitan makna-makna tersebut dengan

pengalaman sedia ada murid.

PENTAKSIRAN BACAAN

Kebanyakan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza dalam

proses pembelajaran dan pengajaran untuk kemahiran membaca. Kebanyakannya

adalah bergantung dengan latar belakang dan orientasi murid terbabit. Berdasarkan

faktor itu, guru akan dapat menggunakan satu atau lebih pendekatan. Antara

pendekatan yang digunakan adalah seperti orientasi dalam bacaan, berpandukan

arahan dan menggunakan maklumat.

Bagi kemahiran bacaan, untuk melakukan pentaksiran ujian diagnostik perlulah

dilakukan. Ujian diagnostik bacaan digunakan oleh guru untuk mendapatkan maklumat

dan membantu guru mengenalpasti daerah kelemahan pelajar berkenaan. Ujian ini

mengandungi beberapa komponen mana perlu mahir dikuasai oleh murid-murid iaitu

fonologi, morfolgi, sintaksis dan semantik. Kemahiran dalam pembacaan ini juga

merangkumi pengecaman huruf dan perkataan penyebutan serta pemahaman

[ipgksm] Page 44

Page 45: Modul matematik

PKP3106

terhadapa apa yang dibaca. Ujian ini akan dilaksanakan secara individu dan dilakukan

di tempat kebiasaan murid.

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam bacaan.

Antaranya adalah seperti masalah disleksia. Misalnya murid itu akan mengalami

masalah apabila dua perkataan yang berbeza bunyi dilambangkan oleh huruf yang

sama iaitu semak ( belukar) dan semak (lihat semula). Selain itu, murid ini juga akan

membaca secara terbalik. Mereka juga tidak dapat membuat hubung kait antara bunyi

perkataan dengan huruf yang menyebabkan mereka terpaksa membunyikan setiap

perkataan yang dibaca.

Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat beberapa aspek yang perlu

dilihat terlebih dahulu. Antaranya ialah, pentaksiran tersebut perlulah dilakukan secara

variasi dan mengambilkira tentang kebolehan untuk kebolehan memproses bacaan

yang kompleks. Selain itu, ujian yang diberikan hendaklah berdasarkan umur murid.

Pentaksiran yang dilakukan ini mestilah tidak berat sebelah dan perlu mengambil kira

jenis ujian yang dijalankan. Pendekatan yang berbeza harus dilakukan semasa

membuat pentaksiran yang melibatkan aspek bacaan, menulis dan bahasa.

Penilaian yang dilakukan semasa melakukan pentaksiran adalah berdasarkan

prob, analisis kesalahan, ”think aloud”, retelling, deskripsi lisan, hasil tulisan selepas

bacaan, senarai semak dan soalan, temubual, perbualan, jurnal murid, persembahan

oleh murid, dan juga penilaian kendiri.

Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan

melakukan bacaan mekanis. Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan sebutan dan

kelancaran membaca. Pelajar boleh diuji membaca huruf , suku kata , perkataaan, ayat

dan teks.

Antara kesilapan yang seringkali dilakukan adalah menyebut huruf kecil yang

hampir sama bunyi seperti b-d iaitu buku-duku. Selain itu terdapat juga kesilapan dalam

menyebut huruf yang hampir sama bentuk seperti m-n iaitu mama dan mana. terdapat

juga kesilapan dalam meyebut bunyi konsonan bergabung iaitu kh, ng, ny, sy. Contoh

perkataan khamis akan disebut sebagi kamis. Kesilapan yang dapat dinilai dalam

bacaan mekanis juga dapat dilihat ketika menyebut perkataan yang mana kakak

[ipgksm] Page 45

Page 46: Modul matematik

PKP3106

disebut katak dan sesetengah juga menterbalikkan perkataan seperti bala menja laba.

Murid yang mengalami masalah bacaan juga akan mengalami kekeliruan dengan

orientasi huruf iaitu u dengan n dan keliru huruf besar dan huruf kecil yang berbeza

bentuk seperti A-a.

Aktiviti bacaan mekanis akan diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran

membaca. Beberapa perenggan dan teks akan disusun daripada sangat mudah kepada

semakin susah. Sementara itu guru akan menyemak teks untuk mengenal pasti jenis

kesilapan yang dilakukan. Antara kesilapan yang seringkali dilakukan oleh murid

semasa melakukan proses bacaan adalah seperti ”insertion”, ”substitution” ,

”inversion” , ”omission” dan banyak lagi.

Selain itu, murid juga akan diuji mengenai kefahaman mereka terhadap bacaan

yang dibaca. Terdapat 3 jenis kefahaman yang dinilai ialah kefahaman literal,

kefahaman inferens dan kemahiran mendengar. Kefahaman literal adalah merupakan

kefahaman yang diuji selepas murid membaca teks. Murid akan disoal berdasarkan

maklumat yang terdapat dalam teks. Kefahaman inferens pula memerlukan belajar

untuk berfikir secara analitikal dan mampu memberikan huraian, pandangan atau

penjelasan dan mampu mempamerkan kefahaman terhadap teks yang dibaca. Murid

juga mampu membuat andaian atau ramalan. Bagi kemahiran mendengar pula, murid

akan diperdengarkan teks terlebih dahulu, kemudian akan diuji dengan soalan sama

ada berbentuk literal atau inferens.

[ipgksm] Page 46

Page 47: Modul matematik

PKP3106

TAJUK 6 MENTAKSIR KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran Menulis

• Tulisan

• Ejaan

• Mengarang

TULISAN

Pengenalan

Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah

penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang

bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

Peranan tulisan

• Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea

[ipgksm] Page 47

Page 48: Modul matematik

PKP3106

• Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis

dengan baik, cekap dan pantas.

• Meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa

dan tulisan.

• Mendedahkan kanak-kanak cara penulisan yang betul

Peringkat-peringkat kemahiran menulis

1. Pramenulis

• Peringkat persediaan sebelum murid dapat menulis dengan kemas.

2. Mekanis(mendirikan asas)

• Selepas pratulisan dan mereka dilatih membentuk lambang-lambang

tulisan

3. Pelahiran (mental)

• Melahirkan fikiran murid secara bertulis.

Pramenulis

Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan

kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata

diberikan kepada murid. Contoh aktiviti pramenulis :

• Menulis dari kiri ke kanan

• Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.

• Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa

menggunakan alat tulis.

• Menyambung titik

• Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.

• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk

• Melukis gambar

Mekanis

[ipgksm] Page 48

Page 49: Modul matematik

PKP3106

Murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam

abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.

Contoh aktiviti:

• Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad

yang berlubang.

• Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-

putus.

• Latihan menulis huruf dalam suku kata.

• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.

• Latihan menyalin frasa atau ayat.

• Latihan menyalin ayat daripada buku.

Pelahiran

Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis

penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian

mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif. Contoh aktiviti:

• Menulis jawapan pemahaman

• Menulis karangan

• Menulis ayat berdasarkan gambar

• Membina ayat

• Memanjangkan ayat

• Menulis rencana

• Mengisi silang kata

• Melengkapkan ayat.

MASALAH

Kaminsky dan Powers (1981) telah mengenal pasti lima masalah yang ditunjukkan oleh

kanak-kanak dalam tulisan tangan.

(a) Kecelaruan persepsi visual, iaitu ketidakupayaan mengingat bagaimana huruf

itu kelihatan dan untuk memperlihatkan semula huruf-huruf tersebut.

[ipgksm] Page 49

Page 50: Modul matematik

PKP3106

(b) Kegagalan menggabungkan imej visual huruf dengan pergerakan motor tangan

atau jari yang sesuai.

(c) Tidak cekap dan lemah dalam kawalan otot-otot dalaman tangan menjadikan

sukar untuk menulis.

(d) Ingatan motor yang tidak sempurna berkaitan dengan penyimpanan maklumat-

maklumat motor di dalam otak.

(e) Kesukaran untuk memahami atau melihat keperluan ruang (spatial) tulisan

tersebut.

Masalah tulisan mekanis juga dilakukan oleh kanak-kanak semasa menulis seperti

berikut;

(a) Bentuk huruf:

• Tidak dapat membentuk huruf dengan betul.

• Menulis dari kanan ke kiri.

• Menulis abjad dan ayat terbalik.

• Menulis dengan tiada ketetapan kecondongan.

• Menulis abjad tidak lengkap atau tidak sudah.

• Menulis perkataan terbalik ( bapa – baqa ).

(b) Jarak huruf atau perkataan tidak sesuai;

(c) Tulisan menaik atau menurun daripada garisan;

(d) Mencampurkan huruf besar dengan huruf kecil saiz huruf dalam perkataan tidak

seragam

(e) Tulisan yang terlalu kabur hingga sukar dibaca.

EJAAN

Definisi :

Proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataan

secara lisan dan bertulis.

[ipgksm] Page 50

Page 51: Modul matematik

PKP3106

Huraian :

Sebahagian kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Kemahiran diperoleh

melalui bacaan

Masalah Kemahiran Menulis :

1. Lemah dalam ingatan penglihatan

a. Tidak dapat ingat dan bayangkan bentuk sebenar perkataan

b. Masalah penglihatan (rabun/juling)

2. Lemah dari segi analisis pendengaran

a. Tidak dapat tentukan lambang yang wakili bunyi

b. Tidak boleh cam perkataan

c. Tidak dapat pilih lambang-lambang secara rawak

d. Kemungkinan lemah dalam bacaan

MENGARANG

De finisi kemahiran mengarang

Proses / peringkat kemahiran mengarang

1. Pra mengarang

2. Semasa mengarang

3. Pasca mengarang

Pra mengarang

Aktiviti pada peringkat ini ialah:

1. Berbincang untuk menentukan format.

2. Berbincang untuk menentukan isi

[ipgksm] Page 51

Page 52: Modul matematik

PKP3106

3. Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan

eletronik yang lain.

4. Membuat peta minda atau carta alir cerita.

5. Menentukan watak

6. Menyaring bahan.

7. Menulis draf

Semasa mengarang

Aktiviti pada peringkat ini ialah:

1. Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan.

2. Menentukan format

3. Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, wacana,

sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca dan ejaan.

4. Mengambil kira aspek kohesi dan koheren

Pasca mengarang

Aktiviti pada peringkat ini ialah:

1. Menyemakkarangan

2. Melakukanpembetulan

3. Membuat penambahan sekiranya perlu

4. Menghantar karangan

Masalah dalam mengarang

• Penggunaan dialek (tidak menggunakan bahasa baku)

• Kesilapan tatabahasa

• Kesilapan ejaan

• Kesilapan istilah

[ipgksm] Page 52

Page 53: Modul matematik

PKP3106

• Kesalahan struktur ayat

• Ketidakrevelan isi

CARA PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MENULIS

Senarai semak Satu senarai deskripsi diberikan dan responden hanya menanda

deskripsi yangdianggap tepat berkaitan murid yang ditaksirkan.

Pemerhatian Merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para

professional untuk mengumpul maklumat khususnya berkaitan

tingkah laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu

direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil

pemerhatian :

Temubual :

• Guru boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan

menemubual ibu bapa, guru-guru yang lain, atau rakan

sebaya murid.

Pentaksiran Kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan

• Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada

guru kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan

mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik

dan prestasi dengan tepat.

• Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus

untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga

mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari

[ipgksm] Page 53

Page 54: Modul matematik

PKP3106

bagaimana untuk menyimpan rekod dan mengulas

ringkasan kerja.

Jenis pemerhatian

Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai

iaitu:

I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian

(interpretation) dan tanggapan (judgement). Melaporkan

apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian

semasa.

II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara

“open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan

perlakuan.

Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian

dalam bentuk sekuense.

Analisis Sampel

Kerja

Salah satu sumber maklumat sedia ada berkaitan sampel-sampel

kerja

yang dihasilkan murid berikut dalam mata pelajaran yang

dipelajarinya.

Analisis Tugasan

Untuk mengajar murid menjalankan tugasan dengan jayanya,

kemahiran kecil yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid perlu

diajar, guru perlu mengenalpasti apakah kemahiran kecil yang

terdapat

[ipgksm] Page 54

Page 55: Modul matematik

PKP3106

dalam satu kemahiran dan kemudian membantu murid

menjalankan tugasan tersebut.

Analisis Ralat

• Kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan sebagai

petunjuk tentang kemahiran yang masih belum dikuasainya.

Ujian Rujukan

Kriteria

• Pentaksiran Rujukan Kriteria (PRK) ialah pentaksiran yang

dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang telah

ditetapkan terlebih awal tanpa membandingkan seseorang

murid dengan murid yang lain tetapi membandingkan

pencapaian murid dengan setkriteria yang telah ditetapkan

itu.

• Dijalankan selepas mempelajari sesuatu kemahiran

Inventori Ejaan

Tidak Formal

Inventori tidak formal merupakan ujian yang dibina untuk

mengukur setakat mana murid telah menguasai kemahiran-kemahiran

yang terkandung dalam sukatan yang digunakan di sekolah. Sekiranya guru

ingin membina inventori ejaan tidak formal bagi menguji kebolehan murid

dalam kemahiran mengeja guru akan merujuk kepada sukatan

Bahasa Melayu untuk mengetahui kemahiran-kemahiran yang

terkandung di dalam kedua-dua aspek tersebut. Berdasarkan

rujukan yang dibuat item-item ujian akan dibina untuk menguji

murid

Langkah-langkah untuk membina sesuatu inventori ejaan tidak formal adalah

seperti berikut :

• Ten tukan du lu kemah i ran da lam suka tan yang

[ipgksm] Page 55

Page 56: Modul matematik

PKP3106

anda ing in gunakan un tukmenguji murid, contohnya

ejaan vkv

• Kenal pasti bahagian sukatan yang sesuai digunakan untuk

ujian berdasarkan umur, darjah dan tahap kebolehan murid

• Sediakan item-item ujian bagi setiap bahagian sukatan dengan

memberi tumpuan kepada aspek-aspek penting setiap bahagian

• Pastikan bahawa bilangan item yang digunakan adalah dikawal

• Susunkan item-item ujian daripada yang paling

senang kepada yang paling susah.

MATLAMAT PENGAJARAN

1. Rumusan hasil pentaksiran (pelaporan dan tindakan susulan)

• Proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa

tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap

dan pencapaian murid.

• Guru seharusnya memerhati perkembangan murid secara berfokus

berdasarkan pelbagai kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar,

kemahiran menyelesaikan masalah, potensi yang menyeluruh dan

ketrampilan diri mengikut tahap keupayaan mereka.

[ipgksm] Page 56

Page 57: Modul matematik

PKP3106

• Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil

daripada analisis data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil

kerja murid.

1. Pengenalpastian matlamat pengajaran

Tujuan Mentaksir Kemahiran Menulis adalah untuk mengenalpasti sama

ada murid;

• Boleh menulis secara mekanis dan membina perenggan berdasarkan

panduan / rangsangan.

• Menulis teks prosa (naratif/diskriptif/fungsional) dan puisi berdasarkan

panduan dan rangsangan.

• Menulis pelbagai teks berdasarkan panduan dan rangsangan.

1. Perancangan intervensi

Intervensi- tindakan susulan @kelas lanjutan yang diambil dan

dijalankan oleh guru atau pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi

membantu murid yang belum menguasai kemahiran menulis.

BAGAIMANA PERANCANGANNYA??

Dengan memfokuskan kepada Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ;

• Berpusatkan Guru

• Berpusatkan Murid

• Berpusatkan Bahan

• Pendekatan (Kelas, Berkumpulan, Individu)

• Teknik (Bercerita, main peranan, soal jawab,lakonan, menyanyi).

[ipgksm] Page 57

Page 58: Modul matematik

PKP3106

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MENULIS

Seperti yang sedia maklum, kemahiran menulis adalah berkait rapat dengan

kemahiran membaca. Kebiasaannya kemahiran menulis ini dikaitkan dengan kebolehan

untuk menterjemahkan lambang-lambang bunyi bahasa kepada penulisan. Definisi bagi

menulis adalah, kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan

perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor,

dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan

Hoffman, (1991). tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk

menunjukkan pengetahuan dan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih

tinggi.

Dalam mentaksir kemahiran guru boleh membuat rujukan berdasarkan senarai

semak, temubual, temuduga, perbincangan bersama dan persembahan kendiri oleh

murid tersebut. Ujian diagnostik penulisan akan dilakukan setelah guru membuat

pemerhatian dan penilaian terhadap beberapa aspek seperti melihat hasil kerja murid.

Melalui ujian diagnostik guru akan dapat melihat masalah murid yang terdapat dalam

penulisan.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid oleh ialah bentuk huruf yang

tidak konsisten.( maKan). Selain itu murid juga tidak dapat menjarakkan huruf dan

perkataan dengan baik. (lam pu). Murid yang mengalami masalah penulisan juga tidak

mampu untuk mengeja dengan baik misalnya makan menjadi (makang). Tulisan murid

ini juga kotor kerana kerap memadam dengan getah pemadam.

Pelaksanaan ujian diagnostik menulis melibatkan beberapa kemahiran yang

perlu diuji. Antara kemahiran yang diuji adalah seperti nama huruf kecil, nama huruf

besar, suku kata v, suku kata kv, perkataan kv +kv dan banyak lagi. Kesemua

kemahiran ini akan dinilai untuk mencari daerah kelemahan murid dalam penulisan.

Apa yang penting disini, semasa melakukan pentaksiran terhadap murid-muird, ujian

[ipgksm] Page 58

Page 59: Modul matematik

PKP3106

yang diberikan mestilah normal dan biasa dengan murid. Selain itu ujian yang diberikan

perlulah bermakna dan bersifat pelbagai dimensi.

TAJUK 7 MENTAKSIR MATEMATIK

Matematik ialah merupakan satu bidang yang melatih minda supaya dapat berfikir

secara mantik dan sistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Sifat matematik tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar

pemikiran.

Kemahiran asas pra-nombor

Kemahiran asas pra-nombor dalam matematik terdiri daripada :

• Warna

• Saiz

• Bentuk

• Jenis

Kemahiran komputasi

Kemahiran komputasi merujuk kepada pengiraan dalam matematik. Pengiraan dalam

matematik ini melibatkan empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

Kemahiran komputasi ini terdapat dalam setiap bidang pembelajaran matematik yang

utama iaitu :

1. Nombor – nombor bulat, pecahan, perpuluhan, wang, peratus

2. Ukuran – masa dan waktu, panjang, timbangan berat, isipadu cecair

3. Bentuk dan ruang – bentuk dua matra, bentuk tiga matra

[ipgksm] Page 59

Kemahiran Matematik

Page 60: Modul matematik

PKP3106

4. Statistik – purata, perwakilan data

Komputasi pula bertujan untuk menilai kebolehan daripada operasi-operasi arithmatik

secara tradisi seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian kepada

operasi yang memerlukan kepakaran melibatkan keempat-empatnya secara serentak di

dalam sesuatu penyelesaian.

Kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah

Kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah dalam matematik digunakan dalam

kehidupan harian.

Aplikasi

Terdapat empat sub topik utama dalam aplikasi :

1) Ukuran

• penilaian memerlukan pengenalan dan penggunaan ukuran unit biasa

secara praktikal ke atas ukuran panjang, berat dan suhu

2) Pembacaan graf dan jadual

• Penilaian memerlukan pembacaan graf dan jadual untuk penyelesaian

masalah-masalah yang berkaitan.

3) Masa

• Penialain mengenal pasti perbezaan masa, percutian dan musim-musim.

4) Belanjawan dan kewangan

• memerlukan murid mengapliksikan kemahiran dan konsep Matematik

dalam penyelesaian masalah kewangan.

• Murid-murid dapat membuat penaksiran secara logik. Dengan ini pelajar

boleh menaksir apa yang telah dibelanja mengikut belanjawan yang telah

ditetapkan dan boleh menyediakan akaun serta menyemak semula akaun

tersebut.

Penyelesaian masalah

[ipgksm] Page 60

Page 61: Modul matematik

PKP3106

Penyelesaian masalah memerlukan para pelajar menyelesaikan masalah

berpandukan cerita ynag dibacakan kepada mereka atau yang dibaca oleh

mereka.

Terdpat empat jenis penyelesaian masalah iaitu :

○ memerlukan satu langkah operasi Matematik

○ memerlukan dua langkah operasi Matematik

○ membezakan informasi yang diperlukan dan yang tidak

○ menunjukkan pemikiran secara logik di mana elemen-elemen yang tidak

lengkap diberikan.

Kemahiran Matematik dalam Pendidikan Pemulihan

Terdapat 22 kemahiran dalam matematik pemulihan ini iaitu :

Kemahiran 1 Pra nombor

1.1 mengkelaskan benda konkrit dan semi konkrit

Kemahiran 2 Konsep angka

2.1 menyatakan kuantiti melalui perbandingan

Kemahiran 3 Mengenal angka

3.1 nilai nombor - 1 hingga 5

- 6 hingga 9

3.2 mengenal angka

3.3 nombor menaik, menurun dan di antara

Kemahiran 4 Mengenal sifar ‘0’

Kemahiran 5 Operasi tambah dalam lingkungan 10

[ipgksm] Page 61

Page 62: Modul matematik

PKP3106

5.1 mengenalkan konsep tambah

5.2 menulis ayat matematik bagi operasi tambah melalui proses penyatuan

5.3 melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah yang melibatkan nombor

hingga 10

5.4 menambah secara spontan fakta asas tambah yang melibatkan nombor hingga 10

5.5 penyelesaian masalah

Kemahiran 6 Operasi tolak dalam lingkungan 10

6.1 mengenal konsep tolak

6.2 menulis ayat matematik bagi operasi tolak yang melibatkan nombor hingga 10

6.3 melengkapkan ayat matematik bagi operasi tolak yang melibatkan nombor hingga

10

6.4 menolaksecara spontan fakta asas tolak yang melibatkan nombor hingga 10

6.5 penyelesaian masalah

Kemahiran 7 Mengenal nombor 11 hingga 50

7.1 menamakan dan menentukan nilai

7.2 menulis angka

7.3 melengkapkan nombor secara membilang satu-satu

7.4 menulis nombor dalam bentuk perkataan

7.5 menentukan nilai tempat puluh dan sa

7.6 menulis angka dalam bentuk panjang

Kemahiran 8 Operasi tambah dalam lingkungan 18

8.1 menulis ayat matematik melalui proses penyatuan

[ipgksm] Page 62

Page 63: Modul matematik

PKP3106

8.2 melengkapkan ayat matematik

8.3 menambah secara spontan fakta asas tambah

8.4 menulis hitungan tambah dalam bentuk lazim

8.5 penyelesaian masalah

Kemahiran 9 Operasi tolak dalam lingkungan 18

9.1 menulis ayat matematik

9.2 melengkapkan ayat matematik

9.3 menolak secara spontan fakta asas tolak

9.4 menulis hitungan tolak dalam bentuk lazim

9.5 penyelesaian masalah

Kemahiran 10 Operasi tambah dalam lingkungan 50, tanpa mengumpul semula

10.1 menambah sebarang dua nombor, satu digit dan gandaan sepuluh

10.2 menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit

10.3 menambah sebarang dua nombor, dua digit

10.4 penyelesaian masalah

Kemahiran 11 Operasi tambah dalam lingkungan 50, secara mengumpul semula

11.1 menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit dan sebaliknya

11.2 menambah sebarang dua nombor, dua digit dan dua digit

11.3 penyelesaian masalah

Kemahiran 12 Operasi tolak dalam lingkungan 50, tanpa mengumpul semula

12.1 menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor dua digit

12.2 menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor dua digit

[ipgksm] Page 63

Page 64: Modul matematik

PKP3106

12.3 menolak sebarang dua nombor gandaan sepuluh

12.4 penyelesaian masalah

Kemahiran 13 Operasi tolak dalam lingkungan 50, secara mengumpul semula

13.1 menolak sebarang nombor satu digit daripada dua digit

13.2 menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor dua digit

13.3 menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor gandaan sepuluh

13.4 penyelesaian masalah

Kemahiran 14 Mengenal nombor 51 hingga 99

14.1 menamakan dan menentukan nilai

- 61 hingga 70

- 71 hingga 80

- 81 hingga 90

- 91 hingga 99

14.2 menulis angka

14.3 melengkapkan nombor secara membilang satu-satu

14.4 menulis nombor dalam bentuk perpuluhan

14.5 menentukan nilai puluh dan sa

14.6 menulis angka dalam bentuk panjang

Kemahiran 15 Operasi tambah dalam lingkungan 100, tanpa mengumpul semula

15.1 menambah sebarang dua nombor gandaan sepuluh

15.2 menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit atau sebaliknya

15.3 menambah sebarang dua nombor dua digit dengan dua digit

[ipgksm] Page 64

Page 65: Modul matematik

PKP3106

15.4 penyelesaian masalah

Kemahiran 16 Operasi tambah dalam lingkungan 100, secara mengumpul semula

16.1 menambah sebarang dua nombor satu digit dan dua digit atau sebaliknya

16.2 menambah sebarang dua nombor dua digit

Kemahiran 17 Operasi tolak dalam lingkungan 100, tanpa mengumpul semula

17.1 menolak sebarang nombor satu digit daripada nombor dua digit

17.2 menolak sebarang nombor dua digit daripada nombor dua digit

17.3 menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor gandaan sepuluh

17.4 menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor gandaan sepuluh

17.5 penyelesaian masalah

Kemahiran 18 Operasi tolak dalam lingkungan 100, mengumpul semula

18.1 menolak sebarang nombor satu digit daripada nombor dua digit

18.2 menolak sebarang nombor dua digit daripada nombor dua digit

18.3 menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor gandaan sepuluh

18.4 menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor gandaan sepuluh

18.5 penyelesaian masalah

Kemahiran 19 Operasi darab

19.1 mengenal konsep darab

19.2 menulis ayat matematik darab

19.3 melengkapkan ayat matematik darab

19.4 mendarab secara spontan

19.5 penyelesaian masalah

[ipgksm] Page 65

Page 66: Modul matematik

PKP3106

Kemahiran 20 Operasi bahagi

20.1 mengenal konsep bahagi

20.2 menulis ayat matematik bagi operasi bahagi fakta asas bahagi

20.3 melengkapkan ayat matematik operasi bahagi

20.4 mengenal operasi bahagi melalui proses pengagihan

20.5 operasi bahagi, berbaki

Kemahiran 21 Wang

21.1 mengenal wang syiling

21.2 menyatakan perbandingan nilai dua syiling

21.3 menulis simbol ringgit malaysia (rm)

21.4 menyatakan perbandingan nilai wang kertas rm2, rm5 dan rm10

21.5 menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan belanja harian

Kemahiran 22 Masa dan waktu

22.1 mengenal bahagian-bahagian siang dan malam

22.2 menyatakan waktu dalam jam

22.3 menyatakan waktu dalam pecahan jam

22.4 membaca maklumat dari kalendar: jam, hari, haribulan, minggu, bulan dan tahun

22.5 penyelesaian masalah

[ipgksm] Page 66

Masalah Matematik

Page 67: Modul matematik

PKP3106

PENTAKSIRAN MATEMATIK

Matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni,

dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia.

Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui

kegiatan seharian tertentu. Matematik selalunya didefinisikan sebagai

[ipgksm] Page 67

Cara Pentaksiran

Matlamat Pengajaran

Masalah-masalah Dalam Kemahiran Matematik

Lemah dalam membezakan warna, saiz

dan bentuk sesuatu benda

Tidak dapat membezakan bilangan

banyak, sedikit dan sama banyak

Masih keliru dalam mengenal nombor 1

hingga 10

Tidak dapat membuat operasi tolak dan

tambah

Mengalami masalah masa, waktu dan

wang

Cara Pentaksiran

1) Temu bual dengan

guru kelas,

guru mata pelajaran,

guru besar, ibu bapa

2) Melihat rekod

murid

3) Melalui

pemerhatian Soal

4) Soal selidik

5) Senarai semak

Page 68: Modul matematik

PKP3106

pembelajaran/kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata

lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan

aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol

matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan

penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan

mendalami hubungan fizikal dan konsep.

Masalah yang hadapi oleh kanak-kanak dalam matematik ialah mereka menulis

nombor dengan terbalik sehingga menyebabkan jawapan yang mereka terima adalah

salah. Selain itu, mereka juga kurang faham akan konsep masa, ruang, isipadu dan

sebagainya. Ini menyebabkan konsep matematik mereka salah dan mereka tidak dapat

menguasai matematik dengan baik.

Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara

mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat

matematik pada asasnya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar

pemikiran. Matematik membantu kanak-kanak sedar akan dunia di luar sekolah dan

membantu mereka membina asas yang kukuh untuk berjaya dalam pelajaran. Terdapat

tiga aspek penting dalam matematik yang perlu dikembangkan dalam ciri pelajar (PPK,

2003) seperti cara yang digunakan untuk mentaksir kebolehan matematik seseorang

murid ialah dengan menggunakan senarai semak, inventori matematik tidak formal,

analisis ralat, penyoalan klinikal, dan ujian rujukan kriteria.

Antara prinsip asas dalam kemahiran matematik adalah berkaitan dengan hukum

dan tatacara dalam matematik. Antara prinsip dalam pentaksiran matematik ini ialah,

pentaksiran ini berlaku dalam kehidupan normal murid. Guru perlulah melakukan

pentaksiran berdasarkan pengajaran beliau. Bentuk pentaksiran yang dilakukan

mestilah bermakna dan memberi erti kepada murid dan maklum balas murid perlulah

spesifikasi , tepat dan dapat memberi maklumat tentang pengetahuan dan pemikiran

yang dilakukan oleh murid. Murid mestilah melibatkan diri dalam proses pentaksiran

dan penilaian yang dilakukan. Melalui proses ini, murid dapat meningkatkan dan

mengaplikasi kemahiran yang standard dan rubrik yang ada. Pentaksiran kendiri

menjadi perkara penting dalam proses pentaksiran ini.

[ipgksm] Page 68

Page 69: Modul matematik

PKP3106

Antara cara untuk guru mendapatkan maklumat mengetahui pengetahuan

kemahiran matematik yang ada, guru boleh mendapatkan maklumat berdasarkan ujian

kriteria, prob, analisis kesalahan, deskripsi lisan, deskripsi penulisan, senarai semak

dan soalan, temuduga, perbualan , jurnal murid, persembahan murid di dalam kelas

dan portfolio murid.

Kebiasaannya, kemahiran matematik yang diuji ialah nombor, pecahan,

perpuluhan, penolakan, darab, duit dan lain –lain lagi. Pentaksiran mestilah dilakukan

dalam keadaan persekitaran murid. Antara aspek persekitaran yang terlibat ialah

keadaan fizikal persekitaran, persekitaran pembelajaran dan juga persekitaran sosial

murid.

2 faktor yg mempengaruhi masalah matematik:

-faktor dalaman

- faktor luaran

Faktor dalaman

Masalah matematik Kesan

[ipgksm] Page 69

Faktor intrinsik yg mempengaruhi kesukaran menguasai subjek Matematik

a) Kekacauan atau kecacatan ringan

di bahagian otak

b) Gangguan penglihatan dan

dyslexia

c) Cacat pendengaran

d) Kesukaran pengamatan

penglihatan dan pendengaran

e) Masalah keselarasan antara mata

dan tangan

f) Masalah yang berpunca dari

gangguan emosi

g) Kesukaran untuk menentukan

dominan tangan

h) Kurang mendapat pengalaman-

pengalaman yang berkaitan dengan

kehidupan

Kesannya :

• sukar untuk mempelajari,

memahami dan mengadaptasikan

pengetahuan Matematik yang

telah dipelajari ke dalam

kehidupan seharian

• sukar untuk menulis

• mengalami kesukaran untuk

mengawal koordinasi motor halus

dan kemahiran persepsi

penglihatan kerana agak lemah

untuk mengawal secara total

pergerakan mata serta refleksi

otot-otot yang terlibat semasa

menulis seperti otot lengan,

tangan dan jari

• tidak boleh mengesan jarak atau

nombor, nombor di atas garisan

Page 70: Modul matematik

PKP3106

Masalah dalam memberi tumpuan ketika

P&P

tidak memahami secara total apa yang

telah diajarkan kepada mereka terutama

di dalam matapelajaran Matematik yang

melibatkan lebih banyak komponen-

komponen atau sub topik yang lebih

kompleks

kurang keupayaan dalam pembelajaran

dan ingatan serta kurang menguasai

kemahiran Matematik terutama yang

berkaitan dengan konsep abstrak

• tidak bersedia untuk memperoleh

kemahiran Matematik yang lain

• tidak berminat untuk mengikuti

kemahiran yang seterusnya

kesukaran dalam memahami pelajaran

nombor yang diajar di atas kertas kecuali

ianya diwakili penerangan dengan

benda sebenar

kesukaran untuk memahami konsep dan

pengiraan Matematik

masalah dari segi mendiskriminasikan

secara visual dari segi bentuk, saiz, jarak

dan warna

• menghadapi masalah dalam

melakukan aktiviti seperti

memadan dan membeza,

mengkatogeri dan membuat

urutan

• perkembangan mereka lambat

dalam pembentukan konsep-

konsep yang melibatkan warna,

bentuk, ruang, masa, penomboran

dan abjad

Kenapa matematik ini sukar dikuasai?

– Matematik berbentuk abstrak dan terperinci dengan urutan-urutan yang ketat

[ipgksm] Page 70

Page 71: Modul matematik

PKP3106

– Pembentukan istilah Matematik yang tersendiri dan melibatkan penyelesaian

masalah yang menguji kawasan-kawasan kelemahan para pelajar

Kesan kesukaran penguasaaan Matematik

– Wujud situasi kurangnya keyakinan diri, sukar untuk mengawal emosi, sukar

memahami dan menerima konsep serta sering kali menyisihkan diri

– Tidak dapat menguasai kemahiran membaca secara total

– gagal untuk memahami maklumat matematik dan arahan-arahan di dalam

tugasan matematik yang diberi

Kenapa penguasaan matematik ini lemah???

(a) kurangnya keupayaan dan daya taakulan dan tidak mempunyai gambaran secara

abstrak

(b) kurang daya ingin tahu dan kemampuan terhad di dalam membuat gambaran

Faktor luaran :

– penyampaian guru yang tidak begitu sempurna dan tersusun.

○ Sekiranya guru yang mengajar tidak dapat memberikan pengalaman

yang cukup dengan menggunakan alat-alat yang dapat memberikan

kefahaman yang lebih, maka sudah tentu konsep Matematik yang abstrak

agak sukar untuk dikuasai dan sukar untuk menarik minat para pelajar.

– Hilang minat dalam subjek Matematik

○ Kerana menganggap topik-topik Matematik amat sukar untuk dikuasai

– Persekitaran bilik darjah yang tidak selesa

○ jarak di antara papan hitam dan kedudukan para pelajar kadang kala tidak

diambil kira oleh para guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan

○ Postur duduk di antara kerusi dan meja juga perlu dititik beratkan oleh

para guru bagi memastikan para pelajar berada di dalam keadaan selesa

ketika belajar.

– Sikap ibu bapa para pelajar

[ipgksm] Page 71

Page 72: Modul matematik

PKP3106

○ Terdapat segelintir ibu bapa para pelajar bermasalah pembelajaran tidak

memberi sokongan moral secara total kepada anak-anak mereka.

Fenomena ini terjadi kerana mereka lebih cenderung menyerahkan tugas

mendidik anak mereka kepada para guru di sekolah

Bentuk penaksiran

Dua bentuk penaksiran yang boleh dijalankan oleh guru untuk mengenalpasti

pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Matematik

1) Ujian saringan

- bertujuan untuk mengukur tahap pencapaian dan kefahaman pelajar tetang

keseluruhan isi kandungan mata pelajaran yang telah diajar oleh guru

- bersifat umum dan berbeza dengan ujian diagnostik yang bersifat lebih khusus

2) Ujian diagnostik

- merujuk kepada ujian yang dilakukan untuk mengetahui kekuatan dan

kelemahan pelajar dengan lebih terperinci di dalam sesuatu mata pelajaran.

Cara penaksiran lain ialah melalui pendekatan informal

– Digunakan untuk mendapat maklumat bagi tujuan penaksiran masih digunakan

untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan Matematik di kalangan para pelajar

bermasalah pembelajaran.

– Contoh : Teknik temu bual dan pemerhatian (merupakan antara teknik yang baik

yang boleh digunakan secara tidak formal di dalam prosedur penaksiran dalam

Matematik.)

* Ujian diagnostik merupakan satu langkah terbaik bagi guru mengenal pasti sejauh

mana pelajar menguasai kemahiran – kemahiran asas matematik

Sebab ujian diagnostik langkah terbaik:

– dapat mengesan dan menghalusi kawasan-kawasan kesukaran yang dialami

oleh seseorang pelajar

[ipgksm] Page 72

Page 73: Modul matematik

PKP3106

– dapat mengesan sebab-sebab kesukaran itu berlaku serta dapat memberi

petunjuk kepada para guru untuk melakukan tindakan susulan bagi memperbaiki

kelemahan yang wujud

Terdapat dua jenis ujian diagnostik yang digunakan dalam konteks pendidikan :

1. Ujian Diagnostik Intensif

• Satu cara untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang sesuatu perkara

1. Ujian Diagnostik Ekstensif

• satu cara untuk mengukur isi kandungan yang lebih luas dari Ujian Diagnostik

Intensif.

• Oleh itu, kawasan kesukaran dan kelemahan dapat diketahui dengan lebih

meluas.

• Maklumat dari Ujian Diagnostik Ekstensif lebih sesuai untuk tujuan

menentukan kedudukan pelajar sebelum pelajaran diperkenalkan.

Salah satu contoh ujian diagnostik ialah Key Math-Revised. Penaksiran berdasarkan

individu direka bentuk untuk menaksir dan menganalisis berdasarkan perkembangan

kecekapan Matematik yang meliputi tiga aspek penting iaitu konsep asas Matematik,

operasi dan aplikasi Matematik. Bagi meningkatkan keberkesanan ujian diagnostik yang

dijalankan bagi mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar, guru perlu

memperbanyakkan latihan dalam satu-satu kemahiran supaya kelemahan dan

kesalahan yang mungkin berlaku lebih mudah dikesan dengan jelas dan tepat. Ujian

diagnostik yang dijalankan tidak semestinya hanya menjawab di atas kertas soalan

yang disediakan sahaja, tetapi juga boleh dijalankan secara lisan.

Peraturan-peraturan bagi ujian diagnostik:

1. Biasa dijalankan ujian diagnostik satu orang murid pada satu masa.

2. Memerhatikan seseorang pelajar memberikan jawapannya.

3. Sediakan segala kemudahan untuk ujian

- Pensil, getah pemadam dan kertas ujian diagnostic

- Kalau murid kurang sihat, ujian tidak boleh dijalankan.

[ipgksm] Page 73

Page 74: Modul matematik

PKP3106

4. Catitkan apa-apa yang dilakukan dan respon dari pelajar walaupun melalui ujian

diagnostik secara lisan di dalam kertas ujian diagnostik tersebut

5. Susunan kandungan ujian dari senang kepada perkara yang susah.

6. Setelah maklumat kesalahan pelajar didapati, catitkan ke dalam lampiran ‘senarai

semak ‘(senarai semak berada di dalam fail murid)

7. Arahan-arahan yang terkandung dalam ujian diagnostik mestilah tepat supaya tidak

ada sesiapa mempertikaikan kandungan ayat bagi sesuatu arahan tersebut.

Langkah penting dalam pengajaran matematik :

i. Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik.

ii. Mengenal pasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran secara

eksplisit.

iii. Mengenal pasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan

skema matematik yang sedia ada dalam minda pelajar.

iv. Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan

sesuatu konsep.

v. Mempertimbangkan dan mneyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu

kemahiran khususnya dalam penyelesaian matematik.

vi. Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran.

vii. Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dikalangan pelajar.

viii. Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti

luar kelas.

Kaedah pengajaran matematik

1. Pelajaran yang disampaikan kepada pelajar seharusnya bermula dari pengalaman

enaktif iaitu pengalaman secara langsung atau sebenar ke pengalaman ikonik iaitu

melalui visual seperti gambar, video dan sebagainya dan ke cara simbolik atau digital

seperti perkataan dan angka-angka. Maka, kebijaksaaan guru menyusun bahan –

bahan pengajaran akan menentukan kejayaan atau penguasaan pelajar-pelajar

terhadap sesuatu pelajaran khususnya matemataik. Proses ini sesuai bagi kesemua

[ipgksm] Page 74

Page 75: Modul matematik

PKP3106

peringkat pelajar bukan sahaja kanak-kanak. Apabila sesuatu tugasan pembelajaran

disampaikan kepada para pelajar yang tidak mempunyai pengalaman yang relevan

sebagai asas rujukan, proses pengajaran hendaklah dimulakan dari pengalaman

secara langsung, pengalaman ikonik dan simbolik. Dalam merancangkan pengajaran,

langkah awal dan terpenting bagi guru ialah mengukur peringkat pengalaman pelajar

yang sedia ada sebelum sesuatu topic pengajaran itu disampaikan.

2. Permainan merupakan satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan

daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik. Ia juga

merupakan satu kaedah yang menyeronokkan dan boleh dikaitkan dengan semua

bentuk kecerdasan dan kemahiran. Permainan juga adalah satu komponen yang amat

meluas untuk dijadikan salah satu pendekatan bagi memperolehi segala tumpuan

pelajar. Dalam mana-mana bilik darjah, permainan merupakan satu bahagian yang

penting. Di dalam kelas kanak-kanak bermasalah pembelajaran, permainan sangat

penting dan seharusnya diintegrasikan sebagai sebahagian daripada pengajaran dan

kurikulum Matematik. Permainan menambahkan kesempurnaan keseluruhan dan

kesempurnaan keseimbangan program dalam aktiviti pembelajaran dan pengalaman

dalam Matematik. Ia membuatkan aktiviti Matematik menarik, praktikal dan

memuaskan. Selain itu, berdasarkan kepada ciri-ciri permainan, ia boleh membantu

pelajar-pelajar ke arah tahap penguasaan ya ng membolehkan mereka untuk

menyelesaikan masalahmasalah dengan pantas.

Sebab-sebab mengapa permainan harus digabungkan ke dalam kurikulum

Matematik:

i. Jika bentuknya bersesuaian, permainan boleh digunakan dengan jayanya untuk

kanak-kanak yang mengalami beberapa jenis masalah pembelajaran, seperti

kekurangan dalam bentuk-bentuk bahasa, matematik dan lain- lain.

ii. Permainan boleh digunakan untuk menolong pelajar-pelajar yang menunjukkan

masalah disiplin yang mana mereka selalu bosan dengan kerja harian kelas

biasa.

[ipgksm] Page 75

Abstrak

Ikonik

Enaktif

Page 76: Modul matematik

PKP3106

iii. Permaian dilengkapkan dengan sebaiknya ke dalam bilik darjah di mana pendekatan

pemusatan pembelajaran digunakan. Bentuk ini digunakan bila

permainan dilakukan sendiri dalam kawalan guru secara langsung.

iv. Permainan menyediakan pelajar peluang – peluang untuk menggunakan kawalan

dan pengaruh melalui persekitaran sosial dengan mengalakkan mereka untuk bertukar

dari menjadi pengguna yang pasif dalam maklumat kepada pembuat keputusan yang

aktif.

v. Permainan boleh menggalakkan interaksi- interaksi kehendak sosial di kalangan

kanak-kanak dengan mengalakkan kerjasama dan perbincangan antara satu sama

lain.

vi. Permainan boleh digunakan untuk menyediakan guru-guru dengan maklumat

diagnosis di mana mereka boleh menggunakannya untuk membantu individu

membetulkan kekeliruan konsep-konsep atau memenuhi ruang-ruang dalam

pengajaran pembelajaran mereka.

vii. Permainan boleh digunakan untuk mengaitkan matematik dengan subjek-subjek

lain dan ia juga boleh digunakan untuk memastikan minat tertentu para pelajar.

3. Pengguanan BBM dapat membantu para guru menyelesaikan masalah penguasaan

matematik dikalangan pelajar dan mengekalkan minat belajar matematik kepada para

pelajar. Selain itu juga, penggunaan BBM telah menjadi keperluan harian kepada

pendidik kerana proses pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah

pembelajaran amat menekankan kemahiran-kemahiran asas Matematik yang bermula

daripada pengenalan asas nombor hinggalah kepada penyelesaian masalah.

Kriteria pemilihan BBM :

i. Memenuhi rangsangan yang dikehendaki mengikut topik yang diajar.

ii. Memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran dari segi:

· Sesuai dengan isi pelajaran

· Sesuai dengan tahap pelajaran

· Jelas, ringkas dan mudah difahami

· Sesuai dengan bilangan pelajar

· Kedudukan guru dan pelajar yang sesuai sewaktu menggunakannya.

[ipgksm] Page 76

Page 77: Modul matematik

PKP3106

iii. Bahan yang digunakan mudah didapati

iv. Ia berhubung terus dengan objektif khusus atau objektif menyelesaikan masalah

dan dapat menarik minat pelajar.

v. Isi kandungan dan struktur sesuatu BBM menunjukkan perancangan yang rapi.

4. Pengenalan komputer dalam pendidikan telah banyak mengubah fenomena dan

cara kita belajar, menyebarkan maklumat dan menyimpan maklumat yang diperolehi.

Maka, para guru boleh mengambil inisiatif penyebaran maklumat matematik dengan

teknik pengajaran berbantukan komputer. Bagi para pelajar yang

mengalami masalah motor halus untuk melakukan aktiviti penulisan boleh

menggunakan komputer dengan hanya menekan keyboard atau papan kekunci untuk

mencatat maklumat, menulis dan sebagainya. Komputer dalam pengajaran juga boleh

memberikan gambaran yang jelas melalui gambar tiga dimensi, gambaran pergerakan

yang jelas mengenai sesuatu perkara serta setiap maklumat yang disampaikan

melaluinya dapat dicetak dengan mudah. Pengenalan komputer di dalam pendidikan

yang menggabungkan pelbagai media seperti grafik, animasi video dan sebagainaya

telah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan

khasnya kepada para pelajar bermasalah pembelajaran.

5.Para guru juga boleh menggunakan kaedah penekanan kepada kod-kod warna

yang pelbagai ketika sesi pengajaran dan pembelajaran matematik dijalankan di dalam

kelas. Hal ini kerana, dengan pengunaan warna yang pelbagai, ia diharapkan secara

tidak langsung dapat menarik minat para pelajar untuk pempelajari dan mengingati

konsep-konsep matematik yang dipelajari. Kod warna ini juga berperanan untuk

menonjolkan maklumat matematik kepada para pelajar. Sebagai contohnya ialah para

guru memasukkan warna-warna yang tertentu untuk mewakili operasi matematik seperti

simbol tambah, tolak dan sebagainya. Ia pastinya dapat menarik perhatian dan fokus

para pelajar terhadap operasi yang terlibat di dalam sesuatu penyelesaian masalah

matematik yang diberikan oleh guru kepada para pelajar tersebut.

MATEMATIK DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

[ipgksm] Page 77

Page 78: Modul matematik

PKP3106

Pengenalan

Dalam konteks sekolah rendah, Program Pendidikan Pemulihan merupakan tindakan

yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam

menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

Konsep dan Definisi Pendidikan Pemulihan Matematik

• Konsep matematik ialah satu bahasa istimewa dan penting yang harus dipelajari

oleh semua orang. Cara dan teknik matematik itu sendiri haruslah dikuasai jika

kita hendak mendalami bahasa bidang tersebut.

• Konsep matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu

seni, dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi

manusia.

• Konsep pendidikan pemulihan matematik ialah satu tindakan yang diambil untuk

mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran

matematik di sekolah rendah amnya. Pendidikan Pemulihan ini lebih

menumpukan kepada kemahiran-kemahiran asas seperti nombor, operasi

tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Biasanya program ini

dikendalikan oleh guru-guru yang telah menjalani latihan khas (matematik).

Kalau kita perhatikan dalam diri murid-murid, proses kognitif dan pengetahuan telah

berkembang sejak permulaan persekolahan lagi. Oleh itu, untuk mengukuhkan lagi

pengetahuan tentang matematik guru perlu memperkenalkannya dengan menggunakan

kaedah dan strategi yang dapat menarik minat murid tersebut meneroka bahasa itu.

Proses untuk memahami konsep memerlukan masa yang agak panjang. Murid-murid

perlu mempunyai persediaan yang mencukupi sebelum membina dan melanjutkan

sesuatu konsep itu. Bagi tujuan ini, proses itu perlu dimajukan mengikut suatu susunan

yang tertentu dalam 3 fasa :-

1. Memajukan kefahaman prasyarat bermaksud membuat persediaan untuk

mempelajari sesuatu konsep. Kemahiran yang diperlukan dalam fasa ini mungkin

berupa kesediaan terhadap sesuatu yang hendak dipelajari atau idea yang telah

dipelajari bolehlah dihubungkaitkan dalam pembentukan konsep yang hendak dikaji.

[ipgksm] Page 78

Page 79: Modul matematik

PKP3106

2. Membina konsep dan generalisasi ialah membentuk idea dengan

menghubungkan pengalaman yang telah dipelajari dengan pengalaman yang baru.

Proses ini melibatkan sesuatu kesimpulan yang telah dibuat yakni generalisasi yang

diperolehi dari contoh yang dikaji atau yang telah dipelajari lebih awal melalui proses

pembelajaran. Di sini murid-murid perlu

menghasilkan sesuatu contoh dan mengkajinya untuk menunjukkan bahawa sesuatu

idea atau pengetahuan itu telah diperolehi.

3 Melanjutkan dan mengukuhkan pengetahuanan ialah murid melanjutkan

kefahaman dengan cara mengkaji kandungan pengetahuan yang baru dibina dan

mengukuhkan pengetahuan itu dengan memeriksa kembali dan mengulanginya supaya

pengetahuan yang betul dapat difahami dan dikekalkan dalam pemikiran mereka.

Tujuan pendidikan pemulihan matematik

Dalam mata pelajaran matematik, masalah ini wujud dalam dua keadaan iaitu murid-

murid salah dalam mempelajari dan memahami konsep dan kemahiran matematik serta

murid-murid memang lemah dari segi mental. Oleh yang demikian, tujuan untuk

mengadakan pemulihan matematik adalah perlu bagi murid-murid yang sukar

menguasai pembelajaran matematik ini. Antara tujuannya adalah seperti berikut :-

§ Menolong dan membantu murid-murid yang lambat dalam menguasai kemahiran-

kemahiran asas matematik seperti mengenal nombor, operasi tambah, operasi tolak,

operasi darab dan operasi bahagi seterusnya dapat digunakan dalam kehidupan

seharian.

§ Melatih murid-murid menggunakan kemahiran asas yang telah dipelajari seperti

menyelesaikan masalah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan membantu

murid-murid membina keyakinan dalam diri mereka.Sebagai contohnya, apabila

seorang murid berjaya menyelesaikan masalah dan faham tentang apa yang telah

dipelajari, mereka akan berasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam mempelajari

matematik.

§ Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dikuasai oleh murid-

murid.

[ipgksm] Page 79

Page 80: Modul matematik

PKP3106

§ Memberi peluang kepada murid-murid lembam mempelajari kemahiran matematik

mengikut kadar kebolehan mereka sendiri. Ini dilakukan untuk mengelak mereka

daripada terus tercicir dan seterusnya dapat memupuk minat mereka untuk

mempelajari mata pelajaran matematik.

Faktor-faktor yang menghalang Penguasaan Kemahiran Matematik

1. Sekolah

a) Pihak pentadbir

• Tidak memberi perhatian pada pelaksanaan kelas pemulihan

• Tidak memberikan peruntukan yang sewajarnya

• Panitia kurang memberikan perhatian serius kepada murid pemulihan

sebaliknyamenumpu kepada murid UPSR

b) Kelas Pemulihan

• Tempat tidak sesuai seperti di bawah tangga

• Bahan-bahan disusun pada aras yang tidak bersesuaian

• Kebersihan dan keceriaan kelas kurang memuaskan

2. Guru

• Strategi dan kaedah mengajar yang kurang sesuai seperti tidak berperingkat-

peringkat, tidak menggunakan pengetahuan sedia ada murid, tiada aktiviti

pengukuhan

• Bahan bantu mengajar yang kurang menarik dan sesuai

• Emosi guru – garang, tidak sabar

• Kurang prihatin

• Tidak menjalankan ujian diagnostik dengan betul

• Guru kurang berminat

• Tidak memberikan tumpuan kepada murid yang memerlukan pengajaran dan

pembelajaran secara individu

[ipgksm] Page 80

Page 81: Modul matematik

PKP3106

• Pengurusan tingkah laku yang kurang berkesan

3. Ibu Bapa

• Tidak menyediakan kelengkapan belajar seperti pensel, buku, dan sebagainya

• Tidak memberi dorongan

• Tidak meninjau perkembangan pelajaran anak

• Sibuk dengan hal sosioekonomi

• Tidak meninjau rakan-rakan sebaya anak

4. Murid

a. Masalah kurang kecerdasan @ mental

• Warisan daripada genetik ibu bapa

• Masalah daripada sebelum, semasa, dan selepas kelahiran

• Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan

• Kekurangan makanan yang berzat

b. Faktor sikap

o Menganggap matematik sesuatu yang sukar untuk dikuasai - tidak berminat

c. Faktor Masalah pengamatan

• Masalah pendengaran, penglihatan, dan psikomtor

d. Faktor fizikal

o Makanan yang tidak berzat

o Murid cepat letih – tak mampu menumpukan kepada proses pengajaran dan

pembelajaran seperti tidak menyiapkan latihan di sekolah atau kerja rumah

o Keletihan

o Menolong keluarga menambah pendapatan / menjaga adik

o Berpenyakit - kerap tidak hadir – ketinggalan dalam pelajaran

e. Tidak boleh membaca, memahami, dan menguasai Bahasa Inggeris

f. Penempatan murid yang tidak sesuai

[ipgksm] Page 81

Page 82: Modul matematik

PKP3106

Disleksia, slow learner dan sebagainya

5. FAKTOR LAIN

- Kurikulum yang tidak sesuai dengan IQ pelajar

- Buku teks yang memuatkan tajuk-tajuk sukar

- Sukatan Pelajaran yang terlalu umum

- Persekitaran P & P yang tidak ceria

Jenis-jenis dan ciri-ciri masalah seperti Anxiety, Disleksia, Mathophopia,

Diskalkulia, Masalah ruang , dan lain-lain

1) Anxiety ( Kerisauan )

Merupakan satu gejala gangguan emosi yang melibatan perasaan trauma mahupun

risau disebabkan oleh pengalaman masa lampau.

Ciri-ciri gangguan masalah Anxiety

v Kognitif

• Rasa takut terhadap perkara yang tidak pasti

v Somatik

• Menjadi terlalu berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan yang dirasakan

boleh mengancam keselamatannya.

• Mengalami gejala-gejala seperti tekanan darah tinggi, berpeluh serta sistem

pencernaan terganggu

v Emosi

• Mudah panik, mual, seram sejuk, takut dan benci

v Tingkah Laku

• Mengelakkan diri daripada keadaan atau punca “anxiety”

○ Tidak dapat mengawal diri

2) Disleksia (Dyslexia)

Masalah pembelajaran yang berkaitan dengan membaca dan menulis matematik

[ipgksm] Page 82

Page 83: Modul matematik

PKP3106

Ciri-ciri gangguan masalah Disleksia

v Pendengaran

• Keliru sebelum atau selepas kiri atau kanan

• Sukar kaitkan bunyi dengan simbol huruf

• Payah menyebut huruf “ m ” dengan “ n ”

v Pertuturan / Penulisan

• Kesalahan mengeja perkataan

Contohnya mengeja “ magic ” sebagai “ mjc ”

• Susunan huruf terbalik

Contohnya mengeja “ does ” sebagai “ dose ”

• Salah mengeja perkataan tetapi bunyinya tetap sama

Contohnya mengeja “ should ” sebagai “ shud ”

• Kesalahan/ kurang tepat sebutan

• Tidak lancar, tersekat atau gagap

3) Mathophopia

Perasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak boleh dibantu lagi dari segi

keupayaannya dalam matematik.

Ciri-ciri gangguan masalah Mathophopia

• Tidak suka matematik

• Berasa tidak pasti / kurang yakin

• Pencapaian lemah

• Kekurangan minat

• Sikap tidak ambil peduli

4) Diskalkulia

Kurang kebolehan mempelajari matematik disebabkan terdapat satu kawasan yang

tertentu dalam otak yang tidak berfungsi secara normal

[ipgksm] Page 83

Page 84: Modul matematik

PKP3106

Ciri-ciri gangguan masalah Diskalkulia

v Pengiraan

• Sukar untuk mempelajari dan mengingati nombor

• Sukar memahami konsep nombor

v Membaca dan Menulis nombor

• Terkeliru nombor 12 dengan 21

• Salah membaca nombor 5004 dibaca

“ lima ratus empat ”

v Arah

• Sukar memahami arah “ kiri atau kanan ”

• Sukar mematuhi arahan semasa membaca peta

Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh murid.

1. Pra nombor

a) Tidak dapat membezakan kumpulan benda yang seakan-akan sama banyak

seperti tidak sama banyak , kurang dan lebih.

2. Disleksia (Dyslexia)

a) Tidak boleh menulis angka dengan tepat nombor seperti

3. Mathophopia

a) Tidak dapat mengasingkan kumpulan-kumpulan mengikut bentuk, saiz,

warna dan jenis benda seperti empat segi sama dan tepat, warna merah dan

jingga

4. Diskalkulia

a) Tidak memahami dan keliru nilai tempat nombor

Contoh : Lima ratus tujuh ditulis 57

[ipgksm] Page 84