Modul minda sihat
-
Upload
dewi-manja -
Category
Education
-
view
1.434 -
download
10
Transcript of Modul minda sihat
i MODUL MINDA SIHAT
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF MODUL 1
3.0 KANDUNGAN MODUL 1
4.0 CARTA ALIR 2
CARTA ALIR PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT 2
5.0 MODUL 3
5.1 AKTIVITI 1 KAWAL MARAH 3
LAMPIRAN 1 4
LAMPIRAN 2 5
5.2 AKTIVITI 2 TANGANI STRES 6
5.3 AKTIVITI 3 TEKNIK RELAKSASI 8
LAMPIRAN 3 9
5.4 AKTIVITI 4 BERFIKIR SECARA POSITIF 11
LAMPIRAN 4 12
LAMPIRAN 5 12
5.5 AKTIVITI 5 HARGA DIRI 13
LAMPIRAN 6 14
5.6 AKTIVITI 6 PENYELESAIAN MASALAH 15
LAMPIRAN 7 16
5.7 AKTIVITI 7 TEGAS DIRI 18
LAMPIRAN 10 19
LAMPIRAN 11 21
5.8 AKTIVITI 8 BUAT CERITA 22
LAMPIRAN 12 23
5.9 AKTIVITI 9 MOTO HIDUP 24
LAMPIRAN 13 25
5.10 AKTIVITI 10 RANCANGAN HIDUPKU 27
LAMPIRAN 14 28
1 MODUL MINDA SIHAT
1.0 PENGENALAN
Kesejahteraan minda yang ampuh bagi seseorang murid merupakan perkara
penting untuk membolehkan mereka berperanan dengan baik ketika berhadapan
dengan stress, anxiety dan kemurungan. Gaya tindak yang baik ketika berdepan
dengan masalah semasa, dapat menjadikan mereka seorang individu yang teguh
emosi, tingkahlaku dan pemikiran.
2.0 OBJEKTIF MODUL
Modul Program Minda Sihat ini dibangunkan untuk kegunaan Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dalam memberi intervensi kepada murid-
murid Tingkatan Empat yang telah menjalani Saringan DASS dan Ujian Gaya Daya
Tindak.
3.0 KANDUNGAN MODUL
Sepuluh modul yang dibangunkan mencakupi aspek, mengurus emosi,
membangunkan daya tindak, membuat keputusan dan membina matlamat.
3.1 Kawal Marah Teknik 3B3.2 Tangani Stres 10B3.3 Teknik Relaksasi3.4 Berfikir Secara Positif3.5 Harga Diri3.6 Penyelesaian Masalah3.7 Tegas Diri3.8 Buat Cerita3.9 Moto Hidup3.10 Rancangan Hidupku
DASS 2
INTERVENSI UMUMINTERVENSI
KHUSUS
TERUK
DIRUJUKKK
SUSULAN / MAKLUMBALAS
INTERVENSI UMUM
TERUK
2MODUL MINDA SIHAT
4.0 CARTA ALIR
CARTA ALIR PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT
MULA
DASS 1
GAYA DAYA TINDAK 1
RINGAN / SEDERHANA / BAIK
GAYA DAYA TINDAK 2
RINGAN / SEDERHANA / BAIK
LAPORA
N
3 MODUL MINDA SIHAT
5.0 MODUL
5.1 AKTIVITI 1 KAWAL MARAH
TAJUK : Kawal Marah
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. mempelajari cara-cara mengawal kemarahan secara positif.
MASA : 60 minit
BAHAN : Pengenalan Kawal Marah (Lampiran 1), Panduan kawal marah 3B (Lampiran 2).
LANGKAH :
1. GBKSM menerangkan definisi kemarahan kepada murid.
2. GBKSM berbincang bersama murid berkaitan tanda-tanda marah yang dialami oleh individu.
3. GBKSM mengajar Langkah 3B mengawal kemarahan (Lampiran 1).
FALSAFAH : Sabar Sebahagian Daripada Iman
4MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 1
Nota Guru
Pengenalan Kawal Marah
Kemarahan terbina secara perlahan-lahan dan menyebabkan perubahan pada fisiologi badan. Kemarahan juga merupakan satu masalah emosi utama akibat daripada stres jika tidak dikawal. Marah mengakibatkan kesan emosi negatif kepada individu dan menjejaskan keupayaan untuk berfungsi secara optimum. Kemarahan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan boleh berlaku secara spontan atau perlahan-lahan.
Definisi Kemarahan
Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap individu. Kemarahan merupakan kesan emosi akibat daripada:
i. Sakit hati / kecewaii. Ancaman / ugutaniii. Penderaan fizikaliv. Kehilangan
Tanda-tanda Marahi. Fizikal
Mengetap gigi Sakit / pening kepala Tangan berpeluh Muka merah padam
ii. Emosi Sedih Rasa bersalah Geram Gelisah
iii. Tingkah laku Menangis Menjerit Mengeluarkan kata-kata kesat Mengasingkan diri
5 MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 2
Nota Guru
Langkah 3B
i. B : Berhenti
Kebolehan berhenti adalah penting supaya anda mempunyai masa untuk mempertimbangkan situasi (melihat dan mendengar).
Bertenang, contohnya kira sampai 10, tarik nafas dengan mendalam atau membaca doa.
Jika anda tidak dapat mengawal kemarahan, tinggalkan tempat kejadian dengan serta merta.
ii. B : Berfikir
Adalah baik jika boleh merancang pemikiran anda sebelum bercakap dengan orang yang anda marah.
Cuba kenal pasti dan selesaikan masalah tersebut.
Jangan buat sesuatu yang merumitkan lagi keadaan.
Kekal pada isu tersebut, jangan ungkit perselisihan lama dan jangan ambil hati.
iii. B : Bertindak
Daya tindak merujuk kepada usaha untuk mengatasi perkara yang menimbulkan kemarahan.
6MODUL MINDA SIHAT
5.2 AKTIVITI 2 TANGANI STRES
TAJUK : Tangani Stres 10B
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. meningkatkan pengetahuan tentang kaedah-kaedah menangani stres.
2. meningkatkan kemahiran menangani stres.
MASA : 60 minit
BAHAN : Radio
LANGKAH :
1. GBKSM menerangkan tentang kaedah 10B kepada murid.
2. GBKSM membimbing murid dengan membuat simulasi 10B;
a. Bertenang – Membuat pernafasan relaks;
Tarik nafas dalam kiraan 3 dan lepas.
Tarik nafas dalam kiraan 5 dan lepas.
Tarik nafas dalam kiraan 7 dan lepas.
b. Bernafas dengan dalam – Tarik nafas dalam-dalam dan dalam kiraan 7 lepaskan dengan suara yang kuat.
c. Berkata: Relaks / Tak mengapa;
GBKSM membuat provokasi kepada murid.
Contoh:
GBKSM : Ada murid yang mengatakan kamu seorang yang pengotor.
Murid : ...tarik nafas dan menjawab......ok, tak mengapa, nanti saya perbaiki diri.
d. Beribadat – GBKSM menggalakkan murid beribadat mengikut agama masing-masing.
e. Bercakap dengan seseorang;
GBKSM dan murid melakonkan aktiviti berkongsi masalah. GBKSM dan murid saling bertukar tempat.
f. Berurut
GBKSM melatih murid teknik mengurut leher dan bahu serta kepala.
g. Berehat dan mendengar muzik;
7 MODUL MINDA SIHAT
GBKSM menerangkan situasi yang sesuai untuk murid mendengar muzik.
Berbaring, pejamkan mata dan pasang muzik dengan perlahan. Sebaik-baiknya muzik instrumental.
h. Beriadah
GBKSM berbincang dengan murid aktiviti riadah yang boleh dibuat.
Contoh : Berkelah, berenang, bermain bola, bermain dam dan berbasikal.
i. Bersenam GBKSM berbincang tentang aktiviti senaman.
Contoh: Jogging, aerobic, skipping, senaman lantai.
j. Berfikiran positif
GBKSM menggalakkan murid melihat sesuatu secara positif.
Contoh:
Situasi 1 : Seorang budak perempuan berpakaian cantik dan bergincu.
Fikiran negatif : Budak perempuan itu mengada- ngada.
Fikiran positif : Budak perempuan itu seorang yang gembira dan suka dirinya kelihatan cantik.
Situasi 2 : Seorang guru memarahi murid yang nakal dan membuat bising di kelas.
Fikiran negatif : Guru itu marah sebab benci kepada murid tersebut.
Fikiran positif : Guru itu marah akan perbuatan murid tersebut dan bukan diri murid itu.
2. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
Falsafah : Usaha Tangga Kejayaan
8MODUL MINDA SIHAT
5.3 AKTIVITI 3 TEKNIK RELAKSASI
TAJUK : Teknik Relaksasi
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. mengetahui maksud relaksasi.
2. menyatakan faedah latihan relaksasi.
3. mengamalkan sebahagian aktiviti latihan relaksasi.
MASA : 60 minit
BAHAN : CD teknik pernafasan dan urutan leher dan bahu. (Lampiran 3)
LANGKAH : 1. GBKSM menerangkan teknik-teknik relaksasi seperti:
a. Latihan pernafasan
b. Urutan bahu, leher dan kaki
c. Terapi muzik
d. Relaksasi otot
e. Aromaterapi
2. GBKSM menunjukkan teknik relaksasi (Lampiran 3).
3. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Kebahagiaan Hak Milik Semua
9 MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 3
Nota Guru
i. Latihan Pernafasan
Proses pengendalian
a. Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan disisi.
b. Pejam mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan.
c. Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan kiraan 10.
d. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung.
e. Terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas.
f. Ulangi 5 kali sehingga berasa tenang dan relaks.
g. Akhirnya, buka mata perlahan-lahan.
ii. Urutan leher dan bahu (Sama Jantina)
Proses pengendalian
a. GBKSM menjemput murid duduk di atas kerusi dan mendapatkan kedudukan selesa.
b. GBKSM berdiri di belakang murid dan cadangkan melakukan urutan bahu dan leher.
c. Minta murid tanggalkan cermin mata (jika ada) dan menutup mata.
d. Letakkan tangan GBKSM dengan perlahan di atas bahu murid.
e. Letakkan ibu jari di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan-lahan hingga ke bahagian bahunya dan kemudian kembali ke bahagian tengkuk. Ulangi 3 kali.
f. Dengan menggunakan kedua belah tangan, urut dari bahagian bahu hingga ke bahagian atas lengan. Ulangi 3 kali.
g. Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi tulang belakang. Ulangi 3 kali.
h. Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk dengan menggunakan teknik memutar.
i. Letakkan satu tangan di dahi murid dan tangan yang satu lagi di bahagian tengkuk. Dengan perlahan putarkan kepala murid ke kanan dan kemudian ke kiri.
j. Gunakan jari-jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tengah tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulangi 3 kali
k. Letakkan kembali tangan di bahagian bahu murid.
10MODUL MINDA SIHAT
iii. Terapi muzik
Proses pengendalian
a. GBKSM mengucapkan ‘selamat datang’ serta minta murid duduk di kerusi sofa.
b. Pilih CD mengikut kesukaan murid
c. Pasang CD dan earphone
d. Pejam mata dan bayangkan keadaan tenang sambil mendengar muzik.
e. Sekiranya murid masih stres, minta murid kongsi perasaan dengan orang lain.
iv. Relaksasi otot
Proses pengendalian
a. GBKSM mempersilakan murid duduk di atas kerusi yang selesa
b. Pejamkan mata
c. Genggamkan sebelah tangan dengan kuat selama beberapa saat dan tumpukan perhatian kepada ketegangan genggaman tersebut.
d. Kemudian lepaskan genggaman perlahan-lahan. Rasakan ketegangan itu hilang perlahan-lahan.
e. Ulangi latihan ini pada otot-otot di bahagian lain badan (mata, muka, dahi, tangan dan kaki).
11 MODUL MINDA SIHAT
5.4 AKTIVITI 4 BERFIKIR SECARA POSITIF
TAJUK : Berfikir Secara Positif
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat
1. mengetahui maksud pemikiran positif.
2. menyenaraikan beberapa faedah pemikiran positif.
3. mengamalkan aktiviti pemikiran positif.
MASA : 60 minit
BAHAN : Lembaran senario (Lampiran 4), Panduan berfikiran positif (Lampiran 5).
LANGKAH : 1. GBKSM memberikan satu senario kepada murid untuk
dibincangkan (Lampiran 4).
2. GBKSM akan menganalisa senario bersama-sama murid.
3. GBKSM menerangkan langkah-langkah berfikiran secara positif (Lampiran 5):
a. Langkah 1 : Mengenalpasti situasi.
b. Langkah 2 : Menilai kewujudan pemikiran negatif.
c. Langkah 3 : Menilai sama ada pemikiran negatif
tersebut sahih/wajar, serta mempunyai
fakta yang kukuh.
d. Langkah 4 : Gantikan pemikiran negatif dengan
pemikiran yang lebih munasabah.
4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Kehidupan Lebih Bererti Apabila Fikiran Sentiasa Positif
12MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 4
SENARIO
Dipersalahkan Kerana Melakukan Kesalahan Disiplin
LAMPIRAN 5
Nota Guru
Kemungkinan Respon
i. Respon Negatif
Pemikiran negatif :-
Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini,
“Mesti ada orang cuba menganiaya aku”.
Tindakan negatif:-
Berasa kecil hati. Suka ponteng kelas dan sekolah. Terus bersedih dan sentiasa mengelak daripada berjumpa rakan dan GBKSM.
Hasil negatif:-
Tidak dapat menumpukan perhatian kepada pdp dalam kelas. Keputusan peperiksaan semakin merosot dan mencari alasan untuk berhenti sekolah.
ii. Respon Positif
Pemikiran positif:-
Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini,
“Aku akan cuba berubah dengan lebih baik pada masa akan datang”.
Tindakan positif:-
Berjumpa dengan GBKSM untuk membincangkan langkah- langkah bagi memperbaiki diri.
Hasil positif:-
Berasa selesa dengan diri sendiri dan mempunyai harga diri yang tinggi. Tidak perlu mengalami stres.
13 MODUL MINDA SIHAT
5.5 AKTIVITI 5 HARGA DIRI
TAJUK : Harga Diri
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. mengetahui maksud kepentingan harga diri.
2. mengenalpasti perasaan yang wujud dan cara menanganinya.
3. mengenalpasti kelemahan dan kekuatan untuk membantu kemajuan diri.
MASA : 60 minit
BAHAN : Helaian potensi diri (Lampiran 6).
LANGKAH :
1. GBKSM berbincang dengan murid tentang maksud harga diri.
2. GBKSM mengedar dan membimbing murid melengkapkan Helaian Potensi Diri (Lampiran 6).
3. GBKSM berbincang dengan murid tentang kelebihan diri yang perlu terus kekal pada diri dan ditingkatkan.
4. GBKSM berbincang dengan murid tentang kelemahan diri yang perlu diperbaiki.
5. Murid diminta menyusun butiran potensi diri mengikut keutamaan.
6. GBKSM membuat pengukuhan.
7. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Kejayaan Akan Dicipta Oleh Orang Yang Mempunyai Harga Diri
Yang Tinggi.
14MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 6
Helaian Potensi Diri
Kelebihan Diri Kelemahan Diri
1.
2.
3.
4.
5.
1.
2.
3.
4.
5.
15 MODUL MINDA SIHAT
5.6 AKTIVITI 6 PENYELESAIAN MASALAH
TAJUK : Penyelesaian Masalah
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. menyatakan apa itu penyelesaian masalah.
2. menyenaraikan kebaikan penyelesaian masalah yang baik.
3. membincangkan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah.
MASA : 60 minit
BAHAN : Lembaran senario (Lampiran 7), panduan kemahiran daya tindak (Lampiran 8) dan tips membuat keputusan (Lampiran 9).
LANGKAH : 1. GBKSM memberi senario kepada murid (Lampiran 7).
2. GBKSM perlu menyenaraikan respon daripada murid dan membincangkan di papan putih.
3. GBKSM melatih murid menggunakan pendekatan IDEAL untuk mempertingkatkan kemahiran penyelesaian masalah (Lampiran 7)
4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Agi Idup Agi Ngelaban
16MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 7
CONTOH SENARIO
Ahmad seorang murid yang pemalu dan pendiam. Disebabkan oleh sikapnya itu beliau sering menjadi bahan ejekan dan dibuli oleh rakan-rakan sekolah. Ahmad juga tidak mampu untuk membuat aduan kepada guru kerana telah diugut oleh murid-murid tersebut. Jika anda adalah Ahmad, bagaimanakah anda menyelesaikan masalah ini?
i. I – Identify (kenalpasti masalah)
Ahmad sering menjadi bahan ejekan dan buli akibat sifatnya yang pemalu dan pendiam.
ii. D – Describe (Huraikan pilihan yang ada)
a. Membuat aduan kepada guru.
b. Membiarkan saja perlakuan tersebut.
c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan.
d. membuat keputusan memberitahu ibu bapa dan pindah sekolah.
iii. E – Evaluate (Buat penilaian bagi setiap pilihan: kelebihan dan kelemahan)
a. Membuat aduan kepada guru
Masalah dapat diselesaikan.
Dapat bersekolah dengan tenang.
Murid akan diambil tindakan dihukum.
Murid akan berdendam kepadanya.
b. Membiarkan saja perlakuan tersebut
Masalah tidak dapat diatasi.
Murid akan terus mengejek dan membuli.
Ahmad akan lebih murung dan stres.
c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan
Akan berasa puas dapat membalas
Timbul rasa yakin diri dan berani
17 MODUL MINDA SIHAT
Akan diambil tindakan oleh guru disiplin
d. Membuat keputusan pindah sekolah
Mendapat suasana dan rakan baru.
Lebih fokus untuk belajar kerana tiada gangguan.
Sekiranya tidak berubah daripada sikap lamanya maka dia akan terus dibuli di sekolah baru.
Mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru.
v. A – Act (Bertindak berdasarkan pilihan yang baik)
Pilih keputusan ( A )
Sebab-sebab memilih adalah dengan membuat aduan kepada guru, oleh itu masalah akan dapat diatasi kerana murid yang membuli akan diambil tindakan, seperti tindakan disiplin, kaunseling dan sebagainya dan dirinya juga akan diberi dorongan dan kaunseling agar dapat membina keyakinan diri.
vi. L – Learn (Belajar dan semak semula)
Menyedari bahawa terdapat banyak pilihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pilihan yang terbaik adalah yang paling praktikal.
18MODUL MINDA SIHAT
5.7 AKTIVITI 7 TEGAS DIRI
TAJUK : Tegas Diri
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. mengetahui maksud tegas diri.
2. memberi contoh individu yang tegas diri.
3. membuat latihan untuk menilai tahap perlakuan tegas diri murid.
MASA : 60 minit
BAHAN : Borang Penilaian Sikap Tegas Diri (Lampiran 10), Nota Guru
(Lampiran 11).
LANGKAH :
1. GBKSM mengedarkan Borang Penilaian Sikap Tegas Diri berkaitan sikap asertif (Lampiran 10).
2. GBKSM meminta murid menjawab Borang Penilaian Sikap Tegas Diri.
3. GBKSM mentafsir sikap tegas diri murid.
4. GBKSM menerangkan ciri-ciri individu yang asertif.
5. GBKSM menerangkan perbezaan di antara sikap pasif, tegas dan agresif/garang (Lampiran 11)
6. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Berani Kerana Benar
19 MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 10
BORANG PENILAIAN SIKAP TEGAS DIRI
BIL ITEM
SKALA
1Kerap
2Kadang
kala
3Jarang Sekali
4Tidak
Pernah
1.Dalam sesuatu mesyuarat yang diselubungi oleh kemarahan, percanggahan pendapat, saya boleh bercakap dengan penuh yakin.
2. Jika saya berasa ragu-ragu, saya mudah meminta pertolongan.
3. Kalau ada sesiapa bersikap tidak adil dan garang, saya dapat menangani situasi ini dengan penuh keyakinan.
4. Bila seseorang suka menyindir saya ataupun orang lain, saya dapat bercakap tanpa berasa marah.
5. Bila saya ditindas, saya akan menyuarakan pandangan dengan terus terang tanpa bersikap agresif.
6.Sekiranya saya berasa saya diambil mudah, saya boleh menarik perhatian mengenai perkara itu tanpa bermasam muka atau rasa kecewa.
7.
Kalau seseorang meminta kebenaran untuk melakukan sesuatu yang saya tidak mahu beliau lakukan, seperti merokok, saya akan menyatakan;
"JANGAN" tanpa berasa bersalah.
8. Jika sesiapa meminta pendapat tentang sesuatu, saya boleh memberikan pandangan walaupun tidak popular.
9. Saya boleh berhubung secara mudah dan berkesan dengan orang atasan.
10.Bila layanan yang diberi tidak memuaskan samada di kedai ataupun di restoran, saya dapat menyatakan perasaan tidak puas hati tanpa menyerang pihak lain.
11.Bila terdapat sesuatu peluang / tawaran yang penting, saya akan menyuarakan bagi pihak diri sendiri.
12. Bila saya dapat mengesan sesuatu yang tidak betul, saya akan bertindak tanpa menunggu akibat yang lebih buruk.
13. Bila ada berita buruk yang perlu saya sampaikan, saya dapat menyatakan dengan tenang tanpa terlalu risau.
20MODUL MINDA SIHAT
14. Jika saya memerlukan sesuatu, saya akan memintanya secara berterus terang.
15.Bila seseorang tidak memberi perhatian terhadap apa yang saya katakan, saya berupaya menyampaikan maksud saya tanpa bercakap lantang dan berasa kecewa.
16.Bila seseorang silap memahami apa yang saya sampaikan, saya akan membuat pembetulan tanpa rasa bersalah ataupun memperkecilkan orang itu.
17.Bila saya tidak bersetuju dengan pandangan ramai, saya dapat menyampaikan pendapat saya tanpa rasa bersalah ataupun angkuh.
18. Saya sedia menerima teguran.
19. Saya dapat memberikan pujian tanpa berasa malu atau kelihatan mengampu.
20. Bila marah, saya masih dapat menyampaikan pendapat tanpa menghukum atau pun berasa kecewa.
KAEDAH MENGIRA SKOR PENILAIAN TEGAS DIRI (ASERTIF)
Jumlahkan kesemua markah pada jawapan setiap ruang. Kalau jumlah di antara 20 - 25, klien adalah seorang yang berkeyakinan dan asertif dalam
menghadapi sebarang situasi. Kalau jumlah di antara 26 - 35, walaupun klien boleh mempunyai sikap asertif tetapi boleh
diperbaiki melalui latihan tegas diri. Kalau jumlah di antara 36 - 50, sikap tegas diri klien tidak konsisten dan perlu berusaha untuk
memperbaiki sikap. Kalau jumlah skor di antara 51 - 80, klien perlu berusaha keras untuk membentuk sikap tegas
diri.
21 MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 11
NOTA GURU
PERBEZAAN DI ANTARA SIKAP PASIF, TEGAS DAN AGRESIF/ GARANG
Pasif Tegas Agresif/Garang
Lisan
Meminta maaf Merayu Meleret dan
meremehkan Merendah diri
Kenyataan ringkas dan jelas
Pernyataan menunjuk kehendak
Pernyataan objektif Kritikan membina
Lebih menyebut saya AngkuhMenekanMengancamMenyindirMenyalah dan
merendahkan orang Bukan Lisan
a) Umum
b) Khusus
Gerak badan yang mengharap orang bertanya kemahuan anda
Pandangan yang tidak menyakinkan apabila menyatakan sesuatu
Tingkah laku mendengar penuh minat, yakin, membayangkan kekuatan dan prihatin
Menunjuk kekuatan secara berlebihan, angkuh
Suara Tidak bermaya,
teragak-agak, halus dan ragu-ragu
Tegas, mesra, relaks dan suara yang bersesuaian
Nyaring, kuat, tidak mesra dan autoritatif
Mata sentiasa merenung ke
bawah, berair dan merayu
Pandangan ikhlas, ada eye contact tetapi bukan menatap dengan tajam
Lain-laina) Kedudukan
diri
b) Gaya atau posisi tubuh
c) Tangan
d) Kaki
Mencari sokongan Memutarbelit Membongkok Cuba menyembunyikan
diri
Mengangguk kepala berlebihan
Sejuk dan menggeletar
Berjalan menyeret, resah gelisah dan menghayun kaki
Selesa dan relaks
Relaks dan pergerakan yang yakin
Kedudukan selesa
Menuding jariCekak pinggang, kasar dan
suka menyindir
Tindakbalas terburu-buru dan menumbuk-numbuk
Mengetuk dengan perlahan
22MODUL MINDA SIHAT
5.8 AKTIVITI 8 BUAT CERITA
TAJUK : Buat Cerita
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. mengenalpasti perkara yang patut dilakukan dalam menghadapi permasalahan hidup.
2. menangani masalah yang dihadapinya.
MASA : 60 minit
BAHAN : Contoh helaian cerita (Lampiran 12)
LANGKAH :
1. GBKSM memberi contoh helaian cerita kepada murid untuk dibaca (Lampiran 12).
2. GBKSM meminta murid untuk menulis ceritanya sendiri mengikut masalah yang sedang dialaminya.
3. GBKSM berbincang dengan murid tentang masalah yang dihadapi mengikut nota panduan berikut;
Apakah cabaran yang ditempuhi oleh watak dalam cerita?
Apakah yang perlu dilakukan oleh watak untuk mengatasi masalahnya.
Siapakah orang yang boleh berkongsi cerita dengan watak.
Apakah kekuatan yang ada pada diri untuk dijadikan sebagai benteng kekuatan diri.
4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Setiap Penyakit Ada Ubatnya
23 MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 12
Helaian Cerita
Dear Diary,
Ohhh.......Elly memang dah tak nak kawan dengan aku lagi.
Nampaknya dia cuma nak kawan dengan orang yang
pandai macam dia. Masa aku pergi rumah dia, dia macam
malas nak layan aku, macam terpaksa aje.
Aku rasa dah keseorangan dalam dunia ini. Kawan-kawan,
emak, abah, abang, kakak malah adik pun macam
menyingkirkan aku. Aku rasa teruk sangat, ke mana aku nak
mengadu.................
24MODUL MINDA SIHAT
5.9 AKTIVITI 9 MOTO HIDUP
TAJUK : Moto Hidup
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. mengetahui kepentingan untuk bersifat sabar.
2. mengukuhkan sifat cekal bagi mencapai kejayaan dalam hidup.
3. membina matlamat diri untuk berjaya.
MASA : 60 minit
BAHAN : Peribahasa (Lampiran 13).
LANGKAH :
1. GBKSM mengedarkan helaian peribahasa (Lampiran 13).
2. GBKSM dan murid berbincang tentang maksud peribahasa.
3. GBKSM mengaitkan peribahasa tersebut dengan diri murid.
4. GBKSM meminta murid memberi contoh peribahasa lain yang sesuai untuk dirinya yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan.
5. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan.
25 MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 13
PERIBAHASA
Berikan maksud peribahasa di bawah.
1. “ Belakang parang diasah lagikan tajam”
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
2. “Genggam bara api biar sampai jadi arang”
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
3. “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
4. “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
26MODUL MINDA SIHAT
Nota Guru
1. “ Belakang parang diasah lagikan tajam”
JIKA BERUSAHA DENGAN GIGIH PASTI AKAN BERJAYA
2. “Genggam bara api biar sampai jadi arang”
MEMBUAT SESUATU PEKERJAAN YANG SUSAH HENDAKLAH SABAR SEHINGGA
MENCAPAI KEJAYAAN.
3. “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”
CITA-CITA TANPA USAHA TIDAK AKAN TERCAPAI
4. “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”
USAHA YANG TERUS MENERUS PASTI AKHIRNYA AKAN MEMBERIKAN HASIL
27 MODUL MINDA SIHAT
5.10 AKTIVITI 10 RANCANGAN HIDUPKU
TAJUK : Rancangan Hidupku
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. membuat perancangan hidup bagi memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
MASA : 60 minit
BAHAN : Helaian Rancangan Hidupku (Lampiran 14).
LANGKAH :
1. Murid diminta melengkapkan helaian Rancangan Hidupku (Lampiran 14).
2. Murid diminta membacakan maklumat yang telah ditulis dalam helaian Rancangan Hidupku.
3. GBKSM dan murid berbincang sama ada butiran yang ditulis adalah sesuatu yang realistik dan boleh dicapai.
4. Murid diminta menyimpan helaian Rancangan Hidupku untuk dijadikan panduan membina matlamat hidup.
5. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Kehidupan Yang Dirancang Dengan Baik Akan Memberi Ketenangan
28MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 14
Helaian Rancangan Hidupku
Matlamat Hidupku Pelan Matlamat Hidup
Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Yang boleh Membantu
Usaha Yang Akan Dibuat
29 MODUL MINDA SIHAT
Nota Guru
Helaian Rancangan Hidupku
Matlamat Hidupku
Saya ingin menjadi doktor
Pelan Matlamat Hidup
1. Masuk kelas sains tulen
2. Belajar subjek sains tulen
3. Dapat A semua subjek
4. Masuk matrikulasi atau asasi hayat
5. Menyambung ijazah perubatan
Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Yang boleh Membantu
Rakan sebaya
Sokongan guru
Sokongan ibu bapa
Asertif
Usaha Yang Akan Dibuat
Tuisyen
Belajar sendiri
Bertanya kepada guru
Belajar dalam kumpulan