modul motivasi kepimpinan kecemerlangan.doc

download modul motivasi kepimpinan kecemerlangan.doc

of 8

Transcript of modul motivasi kepimpinan kecemerlangan.doc

Modul Motivasi Kepimpinan Kecemerlangan

SK LIDONG

Modul Motivasi Kepimpinan Kecemerlangan

Tajuk:

EhBersihnyaaaaa!!!!!

Matlamat: Saya Mestilah Sentiasa Jujur dan Ikhlas Terhadap Diri Sendiri

Objektif: Pada akhir aktiviti ini peserta akan;

Melakukan sesuatu perkara yang positif tanpa disuruh.

Bersikap jujur dan ikhlas terhadap diri sendiri.

Menghormati orang lain.

Berbicara dengan sopan.

Bahan:

Pelbagai bentuk sampah sarap seperti botol minuman, kulit ais krim, pembungkus makanan dan sebagainya.

Tong Sampah.

Tali rupiah/ benang

Masa: 30 minit

Perserta: 15-25 orang

Tempat: Kawasan Lapang

Kaedah Pelaksanaan

Kumpulan peserta diberi kad arahan iaitu mesti bergerak ke satu stesen. Di stesen itu peserta perlu mengamalkan nilai-nilai murni sebagai seorang murid di sekolah.

Di stesen Fasilitator telah menaburkan pelbagai sampah dalam lingkungan tali rupiah.

Apabila peserta tiba, fasilitator hanya memerhatikan sahaja apa-apa tindakan peserta ( yang sepatutnya memungut sampah-sampah yang berada di kawasan itu tanpa disuruh kerana selama ini pihak sekolah telah menyuruh murid mengutip sampah di kawasan sekolah).

Setelah 5 minit berlalu, jika mereka tidak berbuat apa-apa minta ketua mereka membacakan semula arahan yang diberi dan minta mereka memahami arahan tersebut.

Peringatan: Perkara sepatutnya peserta lakukan ialah:

Memberi ucap selamat

Memperkenalkan diri

Memungut sampah tanpa diperintah oleh ketua

(jika mereka berjaya melakukan perkara di atas tanpa di arah oleh fasilitator maka mereka berjaya melakukan tugasan ini. Jika tidak, Fasilitator menjelaskan kenapa sampah banyak sangat di kawasan mereka dan menyatakan tidak terfikirkah mereka untuk mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan. Jika secara sepontan mereka bergerak dan melakukannya biarkan mereka berbuat sedemikian. Jika tidak beritahu mereka bahawa proses mentarbiah mereka selama ini di sekolah adalah gagal.

PROSES

RUMUSAN

Sebagai denda atas kegagalan mereka (walaupun berjaya) dalam tugasan ini fasilitator boleh menerangkan ciri-ciri pemimpin iaitu:

Memimpin diri sendiri sebelum memimpin orang lain.

Disiplinkan diri sebelum mendisiplinkan orang lain.

Jujur terhadap diri sebelum meminta orang lain jujur kepada kita.

Ikhlas melakukan sesuatu sebelum orang lain tidak mempercayai kita.

Mematuhi apa-apa peraturan tanpa disuruh menunjukkan seseorang itu telah berjaya memimpin diri mereka sendiri.

( aktiviti ini amat sesuai digunakan dalam kumpulan yang sudah lama mengenali antara satu sama lain seperti dalam sekolah yang sama atau kelas yang sama)

Tajuk:

Baik ke saya niiii!!!!!

Matlamat: Berkawan biar berjuta....

Objektif: Pada akhir aktiviti ini peserta akan;

1.Mengikis sikap memandang negatif terhadap orang lain.

2.Bersedia membina hubungan baik dengan rakan.

3.Menghormati orang lain.

4.Memahami sikap diri dan

Memahami prasangka-prasangka.

Bahan:

A4 dan pen

Kertas Mahjung

Masa: 30 minit hingga 1jam (bergantung kepada bilangan peserta)

Perserta: 10-15 orang

Tempat: Kawasan Lapang / Bilik Darjah

Kaedah Pelaksanaan

1Setiap peserta dalam kumpulan diberi lampiran borang Tingkap Kawan.

2Setiap peserta mestilah menyenaraikan nama-nama rakan dalam kumpulan

mengikut arahan dalam borang Tingkap Kawan iaitu:

2.1. Kenal pasti rakan dalam kumpulan yang anda suka berkawan dengannya dan dia suka berkawan dengan anda.

2.2. Kenal pasti rakan dalam kumpulan yang anda suka berkawan dengannya dan dia tidak suka berkawan dengan anda.

2.3. Kenal pasti rakan dalam kumpulan yang anda tidak suka berkawan dengannya dan dia suka berkawan dengan anda.

2.4. Kenal pasti rakan dalam kumpulan yang anda tidak suka berkawan dengannya dan dia tidak suka berkawan dengan anda.

3.Fasilitator melaksanakan semakan senarai nama ahli yang mereka suka dan tidak suka. Contohnya: Jali telah menyenaraikan Saamah rakan dalam tingkap Saya kawan dia dan dia kawan saya manakala semakan dalam borang Saamah tepatkah andaian Jali itu? Jika Saamah turut menyenaraikan Jali sebagai Saya kawan dia dan dia kawan saya maka andaian itu diterima. Proses semakan ini perlu dibuat kepada semua ahli dalam kumpulan. (pendedahan kendiri). * Lebih baik jika dipamerkan di papan putih atau kertas mahjung. PROSES RUMUSAN

Kadang-kadang yang kita sangka mereka adalah sahabat kita tetapi adalah sebaliknya.

Kadang-kadang yang kita anggap dia adalah musuh kita rupa-rupanya adalah orang itulah yang ingin bersahabat dengan kita.

Berkawan seberapa banyak yang boleh tanpa memilih-milih bulu.

Orang yang tidak mempunyai kawan adalah orang yang sangat mementingkan diri sendiri sahaja.

Orang yang tidak suka berkawan adalah orang yang sangat rugi.

Rakan dan sahabat adalah apabila saling memahami antara satu sama lain.

Lampiran

Borang pengurusan grafik/Tingkap Kawan

Tajuk:

Siapa Juara?

Matlamat: Saya Mestilah Saling Bantu Membantu antara satu sama lain.

Objektif: Pada akhir aktiviti ini peserta akan;

Dapat menghindari sikap mementingkan diri sendiri.

Bekerjasama dalam satu kumpulan.

Bahan:

Sebiji belon yang telah ditiup.

Masa: 30 minit

Perserta: 15-25 orang

Tempat: Kawasan Lapang

Kaedah Pelaksanaan

Peserta diminta ke suatu stesen. Di stesen Fasilitator meminta murid menyentuh belon sekurang-kurangnya 10 kali dengan hujung jari telunjuk dalam masa 1 atau 2 minit. Syaratnya tanpa dipegang.

Fasilitator cuba melambung belon dan menyentuhnya dengan jari. Kemudian diminta peserta menyambung aktiviti tersebut dalam masa 1 atau 2 minit

Apa yang terjadi ialah ( jangkaan pembuat modul) peserta akan berebut-rebut untuk menyentuh belon). Setelah 2 minit hentikan permainan. Tanya murid siapa yang paling banyak menyentuh belon dan berapa kali jumlahnya. Kemudian, tanya murid siapakah yang paling sedikit menyentuh belon? Berapa kali? Mengapakah tidak dapat menyentuh belon? Apa perasaan kamu tidak dapat menyentuh belon?Bertanya semula kepada yang paling banyak menyentuh belon, tidakkah kamu simpati terhadap rakan kumpulan kamu yang tidak dapat menyentuh belon? PROSES RUMUSAN

Fasilitator membimbing peserta membincangkan sikap mementingkan diri sendiri.

Sebagai pemimpin kita tidak patut hanya mementingkan diri sendiri.

Sebagai pemimpin kita mestilah membantu ahli jika mereka memerlukan bantuan dan pertolongan.

Sikap mementingkan diri sendiri dibenci dan tidak disukai oleh ahli.

Tajuk:

Di mana belon kami?

Matlamat: Saya mesti bantu rakan-rakan saya

Objektif: Pada akhir aktiviti ini peserta akan;

Dapat bekerjasama dalam satu kumpulan.

Mendengar arahan dan melaksanakannya dengan betul.

Memberi arahan dengan betul.

Mempercayai pemimpin.

Bahan:

Belon yang telah ditiup.

Kain penutup mata

Masa: 30 minit

Perserta: 15-25 orang

Tempat: Kawasan Lapang

Kaedah Pelaksanaan

Fasilitator meminta peserta menjarakkan diri daripada rakan-rakan.

Fasilitator memberitahu peserta bahawa mereka perlu mencari sebiji belon dengan mata yang tertutup.

Fasilitator meminta peserta menutup mata dengan kain penutup mata.

Peserta diminta tidak menipu dan berlaku jujur terhadap diri sendiri.Setelah memastikan peserta menutup mata dengan betul, Fasilitator memberi belon kepada ketua kumpulan.

Dengan helah fasilitator berada jauh dengan kumpulan kemudian berteriak Sekarang kamu carilah belon itu dengan kuat.

Setelah 5 ke 10 minit berlalu, bukakan penutup mata ketua kumpulan sahaja dan benarkan dia memanggil ahlinya datang kepadanya untuk menjumpai belon tersebut sehingga berjaya.

PROSES RUMUSAN

Sebagai pemimpin kita perlu memberi arahan kepada ahli supaya ahli dapat melakukan tugasan dengan betul.

Sebagai ahli pula kita mestilah mematuhi arahan ketua atau pemimpin.

Bayangkanlah bagaimanalah sekiranya, manusia tiada pemimpin, apa akan terjadi?

(rujuk peristiwa yang berlaku semasa mereka mencari belon): terlanggar bontut kawan, berlaga dan seumpamanya.

Tajuk: Rumusan

Matlamat: Saya telah dapat mempelajari sesuatu iaitu:

1. Saya perlu memimpin diri saya sendiri sebelum dapat menjadi pemimpin.

Objektif: Pada akhir aktiviti ini peserta akan;

Berbincang dalam kumpulan tentang:

Apakah yang telah saya pelajari dalam kursus kepimpinan cemerlang ini?

Apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi pemimpin?

Apakah perkara yang perlu saya lakukan untuk memimpin diri saya sendiri?

Bahan:

Kertas Mahjung.

Marker Pen

Masa: 30 minit

Perserta: 15-25 orang

Tempat: Dalam Dewan

Kaedah Pelaksanaan

Fasilitator meminta semua kumpulan berkumpul dalam kumpulan masing-masing.

Ketua kumpulan diberi kertas mahjung dan marker pen.

Fasilitator meminta semua kumpulan mencatat hasil perbincangan tentang:

Apakah yang telah saya pelajari dalam kursus kepimpinan cemerlang ini?

Apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi pemimpin?

Apakah perkara yang perlu saya lakukan untuk memimpin diri saya sendiri?

Fasilitator membantu kumpulan yang kurang berinteraksi antara satu sama lain.

Fasilitator meminta setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan mereka di hadapan pentas.

PROSES RUMUSAN

Sebagai pemimpin terhadap diri sendiri kita mesti sentiasa memperbaiki diri iaitu:

perangai dan tingkahlaku ( memperbaiki imej diri seperti cara berjalan, cara berpakaian, cara bercakap dan seumpamanya.)

akhlak ( memperbaiki akhlak tuhan nampak apa yang saya buat walaupun tiada sesiapa di sekeliling saya.)

emosi ( menguasai emosi supaya bersabar )

mentaliti ( berfikir sesuatu yang positif )

rohani ( ketaatan kepada Allah )

Hormati orang lain sebelum kita meminta orang lain menghormati kita.

Jujur terhadap orang lain sebelum orang lain jujur kepada kita.

Bantu orang lain sebelum kita meminta bantuan daripada orang.

Ikut dan patuhi peraturan sebelum kita meminta orang lain mematuhi peraturan kita.

Pimpin diri sendiri sebelum cuba memimpin orang lain.

Betulkan perangai diri sendiri sebelum membetulkan perangai orang lain. Dan seumpamanya........

Tajuk: Fikiran saya bersih ke kotor....

Matlamat:Berfikir secara sihat sebelum bertindak supaya tidak terlepas cakap.

Objektif

Mencelik akalkan pemikiran murid.

Merangsang pemikiran murid supaya berfikir perkara yang logik.

BahanLampiran teka teki

Masa30 minit

Tempat:Mengikut kesesuaian dan keselesaan

Peserta 10-15 orang murid

Kaedah Pelaksanaan:

Setiap ahli kumpulan diberitahu peraturan menjawab teka teki yang diberi. Siapa paling banyak dapat meneka teka teki dia diberi gelaran Juara Fikir Cemerlang.

Mereka dikehendaki memberi isyarat seperti angkat tangan untuk menjawab.

Ahli tidak dibenarkan menjawab kecuali setelah dibenarkan oleh fasilitator. Jika mereka menjawab tanpa kebenaran fasilitator markah jawapan mereka dipotong.*Tujuan syarat ini supaya fasilitator dapat mengawal disiplin ahli.

Fasilitator menyatakan teka teki yang perlu dijawab. Beri sedikit masa supaya mereka menjawab. Jangan kata betul atau salah sebelum semua ahli menjawab.

Setelah semua menjawab fasilitator kemukakan rasional jawapan itu. Kemudian, teruskan teka-teki kedua. Begitulah seterusnya.

Rumusan:

Perhatikan gelagat peserta ketika teka teki diberi. Mungkin ada yang tersipu-sipu malu kerana memikirkan sesuatu yang melucahkan. Oleh itu, fasilitator cuba bertanya kepada peserta adakah mereka menyangka teka teki ini mempunyai maksud yang tidak baik.

Berfikir adalah perkara terbaik sebelum membuat keputusan.

Terdapat dua pilihan sebelum membuat keputusan iaitu positif atau negatif. Setuju atau tidak. Berani atau takut. Betul atau salah.

Jika kita selalu bergaul dengan rakan yang suka berfikir perkara yang kotor maka pemikiran kita juga akan terarah kepada yang kotor.

Jika kita bergaul dengan rakan yang berfikiran bersih maka kita terhindar daripada berfikiran kotor.

Lampiran teka teki

Anda dikehendaki menyelesaikan teka-teki di bawah.

Bagaimanakah cara memasukkan singa ke dalam peti sejuk?

Bagaimanakah pula memasukkan gajah ke dalam peti sejuk?

Sebagai Raja di rimba singa memanggil segala haiwan datang mengadapnya. Haiwan manakah yang tidak hadir mengadap? Kenapa?

Di dalam sebuah sungai yang cetek terdapat banyak buaya. Bagaimanakah cara kamu hendak menyeberang? Kenapa?

Semua teka-teki tersebut mestilah mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Sila berjumpa dengan jurulatih anda untuk memperakui jawapan anda itu betul.

Teka teki

Ada suatu perbuatan terhadap suatu benda. Hendak diguna mesti dikepak. Lepas itu dikangkang. Selepas dikangkang letakkan di batang. Jwpan: pakai cermin mata.

Apakah benda ini? Diselak kainnya nampak bulu. Diselak bulunya nampak biji, di bawah bijinya nampak batang.

Jwpn: Jagung

Kutunam kakinya, kudapat kakinya.

Jwpn: Kutu 4 kaki, kuda 6 kaki

Kotak apa yang berdosa ?

Jwpn: Kau tak sembahyang

Ada satu perbuatan, bukan keji tetapi murni. Ada lubang atasnya ada biji suka cari batang. Kemudian batang masuk dalam lubang.

Jwpn: cincin disarung ke jari

Disediakan oleh:

....................................

Ahamat Bin Haji TangahSaya suka berkawan dengannya tetapi dia tidak suka berkawan dengan saya.

Saya suka berkawan dengannya dan dia suka berkawan dengan saya.

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Saya tidak suka berkawan dengannya dan dia juga tidak suka berkawan dengan saya.

Saya tidak suka berkawan dengannya tetapi dia suka berkawan dengan saya.

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10