Modul Pbspmr [2007]

39
PENATARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) MULAI 2007

description

PBSMR

Transcript of Modul Pbspmr [2007]

  • PENATARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    ( PBS )

    MULAI 2007

  • KANDUNGAN PRAKATA PENGENALAN JADUAL PENATARAN PBS CARTA ALIR PENATARAN PBS KIT INPUT 1 - DASAR DAN KONSEP PBS KIT INPUT 2 - PENGOPERASIAN PBS KIT RUMUSAN

    2

  • PRAKATA

    Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

    Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah dapat menerbitkan Manual Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah PMR. Usaha ini merupakan satu usaha yang amat baik dan tepat pada masanya. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan tugas yang murni ini.

    Penghasilan manual ini ialah satu usaha, aktiviti dan proses untuk

    memastikan petugas-petugas pentaksiran PBS mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap positif yang terselaras semasa menjalankan tugas. Manual ini boleh membantu semua petugas pentaksiran yang terlibat dengan tugas-tugas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), pegawai-pegawai yang akan menjalankan penataran terdiri daripada pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan Malaysia dan guru-guru yang dilantik sebagai Pentaksir Kebangsaan (PK), Pentaksir Negeri (PN) dan Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw)

    Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada

    kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak. Ianya amat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti negara di mata dunia. Saya berharap fenomena kerja ini berterusan demi merealisasikan moto LPM iaitu adil, sahih dan amanah.

    Terima kasih

    Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

    3

  • PENGENALAN MATLAMAT Modul ini bertujuan untuk membantu petugas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) membuat penataran dengan berkesan. Dengan adanya modul ini, fokus penataran PBS akan lebih jelas dan seterusnya membantu petugas pentaksiran PBS melaksanakan tugas dengan lebih berkesan OBJEKTIF Objektif modul ini adalah untuk membantu petugas-petugas pentaksiran PBS : Mengetahui konsep, prinsip dan prosedur PBS Memahami dengan jelas konsep, prinsip dan prosedur PBS Melaksana PBS secara terselaras Merancang dan melaksanakan PBS di peringkat negeri dan sekolah dengan

    jayanya ORGANISASI KANDUNGAN Modul ini mengandungi Manual PBS, Manual Pemantauan PBS dan Manual Penyelarasan PBS

    4

  • DASAR DAN KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    (PBS) PENGENALAN Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran

    yang dilaksanakan di sekolah. Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

    PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh

    pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan

    pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.

    PBS di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada 5 bentuk

    iaitu:

    Projek Kerja Kursus Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) Modul

    5

  • PENYATAAN DASAR Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi

    semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan.

    Pelaksanaan Kerja Kursus Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup Bersepadu,

    PEKA Sains dan PAFA dijalankan mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

    PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

    Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus.

    Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS setelah

    tamat tempoh pelaksanaan. PBS dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga

    Peperiksaan Malaysia. Calon yang beragama Islam wajib melaksanakan Ujian Tilawah & Hafazan dan

    PAFA. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) mesti dilaksanakan mengikut

    buku Panduan PLBS. Jawatankuasa Induk PBS peringkat negeri, bahagian / daerah / gabungan dan

    sekolah perlu ditubuhkan. Kos dan pelaksanaan PBS di bawah tanggungan serta tanggungjawab pihak

    sekolah. Terdapat empat kumpulan personel dalam pelaksanaan PBS:

    Kumpulan Pentaksir Kumpulan Pemantau Kumpulan Penyelaras Kumpulan Pengesanan

    Mengurus dokumen skor, evidens dan sijil adalah tanggungjawab pihak

    sekolah. Skor hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut kaedah dan tempoh yang telah ditetapkan.

    Semua rekod dan bahan pentaksiran yang diperingkatkan sulit, perlu disimpan

    dengan selamat selama 6 bulan selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.

    6

  • Calon yang ingin mendapatkan pengecualian kerja kursus dan ujian Tilawah & Hafazan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pelajaran Negeri.

    7

  • CIRI-CIRI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbir secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. PBS terbahagi kepada lima (5) bentuk format pentaksiran iaitu: 1. Projek

    Calon melaksanakan tugasan di sekolah LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah Markah dihantar kepada LPM Sekolah mengeluarkan sijil

    2. Kerja kursus / PEKA

    Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya

    oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah Markah dihantar kepada LPM

    3. Ujian Lisan Berasaskan Sekolah

    Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi

    pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah Markah dihantar kepada LPM Sekolah mengeluarkan sijil

    4. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

    Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi

    pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah Sekolah mengeluarkan sijil

    8

  • 5. Modul Calon ditaksir kompetensinya mengikut spesifikasi LPM membekalkan modul pentaksiran sebagai panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah Markah dihantar kepada LPM Sekolah mengeluarkan sijil

    9

  • KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

    Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, penggredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.

    Ditadbir di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat

    pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.

    Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada

    perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran. Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru

    pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.

    Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran

    Berasaskan Sekolah. Dimoderatkan pula merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid

    ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.

    Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan

    Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan cukup cakup tentang perkara yang ditaksir dan perkara yang ditaksir itu relevan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

    Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.

    Pelaporan positif

    Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

    10

  • PERANCANGAN PENTAKSIRAN 1. Perancangan Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga Peperiksaan

    Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan pelaksana PBS yang telah dilantik. 2. Penataran Penataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka dan Dasar program

    PBS kepada pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PBS seperti pentadbir sekolah, pemantau, penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid tentang pelaksanaan PBS.

    3. Pelaksanaan Pentaksiran

    Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir dalam PBS mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam buku format pentaksiran yang dibekalkan oleh LPM.

    4. Penyelarasan Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS

    dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.

    5. Pemantauan Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan

    program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 6. Pengesanan Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif,

    kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program itu.

    7. Laporan Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pelajaran Negeri akan membuat laporan

    mengenai pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan.

    11

  • PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Jadual Pelaksanaan

    MATA PELAJARAN TINGKATAN TARIKH PELAKSANAAN

    Sejarah (21/2) Tingkatan 3 Februari - Julai

    Geografi (23/2) Tingkatan 3 Februari - Julai

    Bahasa Arab Komunikasi (31/2) Tingkatan 3 Februari - Julai

    Pendidikan Islam (45/2)

    - Tilawah & Hafazan dan

    Pemerhatian Adab & Akhlak

    Islamiah

    Tingkatan 3

    Februari Julai

    PAFA

    Tingkatan 1 & 2

    Tingkatan 3

    Januari November

    Februari Julai

    PEKA Sains (55/3)

    Tingkatan 1 & 2

    Tingkatan 3

    Mac - Julai

    Kemahiran Hidup Bersepadu

    (76/2,77/2,78/2,79/2)

    Kemahiran Hidup Bersepadu

    (76/2,77/2,78/2,79/2)

    Tingkatan 1 & 2

    Tingkatan 3

    Januari Oktober

    Januari - Julai

    Pentaksiran Lisan Berasaskan

    Sekolah (PLBS)

    Bahasa Melayu

    Tingkatan 1, 2 & 3

    Januari - November

    Pentaksiran Lisan Berasaskan

    Sekolah (PLBS)

    Bahasa Inggeris

    Tingkatan 1, 2 & 3

    Januari - November

    12

  • PETUGAS PENTAKSIRAN Terdiri daripada : Pentaksir Kebangsaan Pentaksir Negeri Pentaksir Kawasan Pentaksir Sekolah Pentaksir Kebangsaan (PK) Dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia Guru terlatih Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran Disahkan dalam jawatan Berpengalaman Pentaksir Negeri (PN) Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri Guru terlatih Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran Disahkan dalam jawatan Berpengalaman dalam mata pelajaran berkaitan Pentaksir Kawasan (PKw) Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pengetua / ketua bidang / guru cemerlang / guru terlatih Opsyen berkaitan mata pelajaran Berpengalaman Disahkan dalam jawatan Pentaksir Sekolah (PS) Dilantik oleh Pengetua / Jawatankuasa Pentaksir Kes Khas Guru terlatih Opsyen mata pelajaran berkaitan Jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman mengajar

    mata pelajaran berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun dan telah dilantik dalam jawatan

    13

  • Tugas Pentaksir Kebangsaan (PK) Sebelum pentaksiran: Menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama pegawai mata pelajaran LPM Mempengerusikan mesyuarat dan taklimat bersama Pentaksir Negeri (PN) Merancang jadual / aktiviti pemantauan dan penyelarasan Membuat pemantauan dan penyelarasan peringkat kebangsaan Semasa Pentaksiran: Berjumpa Pengetua sekolah memaklumkan kehadiran semasa lawatan ke

    sekolah. Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon sekolah Selepas Pentaksiran: Mengumpul dan menyatukan laporan daripada semua PN Mengemukakan cadangan dan tindakan susulan kepada LPM Tugas Pentaksir Negeri (PN) Sebelum Pentaksiran: Menghadiri mesyuarat penyelarasan kebangsaan Menyelaras tugas Pentaksir Kawasan (PKw) Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan peringkat negeri Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa Semasa Pentaksiran: Melawat sekolah Melaksanakan penyelarasan skor peringkat negeri Selepas Pentaksiran: Menjadi penasihat kepada jawatankuasa Pentaksir Kes Khas Sekolah Mengumpul dan menyatukan laporan daripada PKw

    dan menghantar kepada PK Tugas Pentaksir Kawasan (PKw) Sebelum Pentaksiran: Menghadiri mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri Memberi taklimat kepada PKw dan PS Semasa Pentaksiran: Menyelaras pentaksiran oleh PS Bertanggungjawab untuk memastikan setiap calon melalui proses pentaksiran

    yang lengkap Melaksanakan penyelarasan skor di sekolah

    14

  • Selepas Pentaksiran: Mengumpul dan menyatukan laporan dan menyerahkannya kepada PN Menyelesaikan kes-kes khas Tugas Pentaksir Sekolah (PS) Sebelum Pentaksiran: Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolah Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada calon Semasa Pentaksiran: Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasi Mentaksir calon Mengisi borang-borang penskoran individu dan lain-lain yang berkaitan. Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri / kawasan dalam urusan

    penyelarasan Selepas Pentaksiran: Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh

    PN/PKw Menyerahkan skor kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) Menyimpan rekod dan evidens ditempat selamat selama 6 bulan selepas

    keputusan diumumkan Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada PKw Memastikan borang penskoran individu yang berpindah sekolah dihantar ke

    sekolah baru Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon Menyelesaikan kes-kes khas

    15

  • GRED SEMPADAN SKOR PBS Gred Sempadan Skor adalah julat skor yang menggambarkan pencapaian gred dalam PBS bagi mata pelajaran berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pelaporan PBS dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu: 1. Peringkat sekolah

    Pelaporan skor Borang Markah Individu dan Kelompok / Keseluruhan / Induk Penyataan / Sijil Pencapaian Kerja Kursus / Ujian Lisan

    2. Peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

    Slip keputusan Penyataan keputusan

    Pelaporan Pencapaian PBS calon yang dicatatkan dalam slip keputusan dan penyataan adalah seperti berikut:

    KOD CAPAIAN TAHAP PENCAPAIAN

    1 CEMERLANG

    2 KEPUJIAN

    3 MEMUASKAN

    4 MENCAPAI SEBAHAGIAN TAHAP PENGUASAAN MINIMUM

    5 TIDAK MELAKSANAKAN KERJA KURSUS

    6 DIKECUALIKAN

    16

  • JADUAL KERJA PENGURUSAN DAN PENGUMPULAN SKOR PBS BIL PERKARA TARIKH TINDAKAN

    1 Pelaksanaan PBS Februari 31 Julai SEKOLAH

    2 Kemasukan Markah ke dalam Aplikasi

    1 5 Ogos SEKOLAH

    3 Serahan Disket dan Cetakan Markah Kepada PPD / PPG

    9 11 Ogos SEKOLAH

    4 Serahan Disket dan Cetakan Markah ke JPN

    12 21 Ogos PPD/PPG

    5 Serahan Disket dan Salinan Cetakan Markah ke LPM

    22 24 Ogos JPN

    17

  • PENGOPERASIAN PBS PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PERINGKAT KEBANGSAAN Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Pengendalian PBS Penasihat : Pengarah Peperiksaan Pengerusi : Timbalan Pengarah Peperiksaan (Operasi) Naib Pengerusi : Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Rendah & Rendah Setiausaha : Ketua Unit PMR Ahli Jawatankuasa : Semua Pegawai Unit PMR Pentaksir Kebangsaan Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Kebangsaan Sebelum Pentaksiran Mengedar surat pekeliling ke JPN Menyediakan dokumen Panduan Pentaksiran dan Manual Pengurusan Menyediakan bahan taklimat penataran dan melaksanakan penataran Menyediakan surat arahan hadir taklimat kepada PPD / PPG Memberi taklimat kepada pegawai meja JPN Menyediakan aplikasi bagi kemasukan markah Melantik Pentaksir Kebangsaan Semasa Pentaksiran Memantau pelaksanaan PBS di peringkat JPN Selepas Pentaksiran Menerima skor calon daripada JPN Menyediakan laporan pemantauan PBS

    18

  • Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Kebangsaan Bil Proses Kerja Tanggungjawab Tindakan Tempoh

    Pelaksanaan1 Mengedarkan pekeliling

    ke JPN Pengarah Peperiksaan

    Ketua Sektor SPPMRR

    Jan

    2 Menyediakan dokumen dan bahan taklimat penataran

    Pengarah Peperiksaan

    Ketua Unit PMR

    Jan-Mac

    3 Menyediakan surat arahan hadir taklimat kepada PPD / PPG

    Pengarah Peperiksaan

    Ketua Unit PMR

    Mac

    4 Melaksanakan penataran dan menyerahkan bahan taklimat penataran

    Pengarah Peperiksaan

    Pegawai mata pelajaran berkenaan

    April

    5 Memantau pelaksanaan di peringkat JPN

    Pengarah Peperiksaan

    Pegawai PMR Mei-Julai

    6 Menyediakan laporan pemantauan PBS

    Pengarah Peperiksaan

    Pegawai mata pelajaran berkenaan

    Ogos-Sept

    7 Menghadiri mesyuarat JK pusat

    Pengarah Peperiksaan

    JK Jan

    8 Menyampaikan maklumat berkenaan pelaksanaan PBS di peringkat JK Negeri

    Pengarah Peperiksaan

    JK - Pentaksir Kebangsaan

    Jan

    19

  • PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN

    PERINGKAT NEGERI Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Negeri Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Naib Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Akademik Setiausaha 1 : Ketua Unit Penilaian & Peperiksaan (UPP) Setiausaha 2 : Ketua Unit Pengurusan Akademik (UPA) Ahli Jawatankuasa : Ketua Jemaah Nazir Negeri Ketua Sektor / KPP Pendidikan Islam dan Moral Pegawai Meja Penilaian dan Peperiksaan Penolong Pengarah Sains & Matematik Penolong Pengarah Teknik & Vokasional Penolong Pengarah Sains Sosial & Kemanusiaan Penolong Pengarah Bahasa Semua Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan Pentaksir Kebangsaan Pentaksir Negeri Pengarah Pelajaran Negeri dan Ketua Sektor Pengurusan Akademik bertanggungjawab sepenuhnya memastikan PBS dilaksanakan. Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Negeri Sebelum Pentaksiran Menerima surat pekeliling Lembaga Peperiksaan Malaysia Menerima dokumen pengurusan PBS daripada LPM Mengedar surat pekeliling dan dokumen pengurusan PBS ke sekolah Menghadiri taklimat penyelarasan peringkat pusat Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan PBS peringkat negeri Melantik Ketua Pentaksir Negeri dan Ketua Pentaksir Kawasan Menyediakan surat-surat yang berkaitan Menyerahkan dokumen dan melaksanakan penataran PBS kepada PPD / PPG Melantik Pemantau Membahagikan sekolah-sekolah mengikut kawasan Mengadakan taklimat penataran / mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri. Menyelaras taklimat di peringkat kawasan Mengadakan penataran PBS kepada Pengetua, Ketua Pentaksir Kawasan dan

    Ketua Pentaksir Sekolah

    20

  • Menerima senarai Jawatankuasa PBS sekolah Mengadakan mesyuarat pemantauan Semasa Pentaksiran Memantau pelaksanaan PBS di peringkat PPD / PPG Memastikan semua sekolah akur dengan prosedur penskoran Memastikan penyelarasan peringkat kawasan dilaksanakan Memastikan penyelarasan peringkat sekolah dilaksanakan Memastikan pentaksiran di sekolah dilaksanakan Membantu menyelesaikan kes-kes khas Mengadakan mesyuarat penyelarasan (jika perlu) Selepas Pentaksiran Mengumpul Borang Gred Induk dan laporan pemantauan. Mengadakan Mesyuarat Pasca Pemantauan Memastikan setiap sekolah memasukkan gred calon dalam aplikasi yang

    ditetapkan oleh LPM dan menghantar gred calon ke LPM.

    Memastikan sekolah mengeluarkan Sijil PBS kepada calon

    21

  • Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Negeri Bil Proses kerja Tanggungjawab Tindakan Tempoh

    pelaksanaan 1 Menerima pekeliling

    daripada LPM Pengarah Pelajaran Negeri

    Ketua Sektor Pengurusan Akademik

    Januari

    2 Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan PBS peringkat negeri

    Pengarah Pelajaran Negeri

    Penolong Pengarah Akademik

    Jan-Feb

    3 Menyediakan dokumen dan bahan taklimat penataran

    Pengarah Pelajaran Negeri

    Penolong Pengarah Akademik

    Feb-Mac

    4 Menyediakan surat arahan hadir taklimat kepada PPD / PPG

    Pengarah Pelajaran Negeri

    Penolong Pengarah Akademik

    Mac-April

    5 Melaksanakan penataran dan menyerahkan bahan PBS

    Pengarah Pelajaran Negeri

    Penolong Pengarah Akademik

    Mei-Jul

    6 Memantau pelaksanaan di peringkat PPD / PPG

    Pengarah Pelajaran Negeri

    AJK Penyelaras

    Mei - Jul

    7 Memastikan semua sekolah akur dengan prosedur penskoran dan penghantaran skor PBS ke LPM

    Pengarah Pelajaran Negeri

    KU UPP / KPP UPA

    Ogos

    8 Menghadiri mesyuarat JK Negeri

    Pengarah Pelajaran Negeri

    JK Negeri Jan

    9 Menyampaikan maklumat berkenaan pelaksanaan PBS di peringkat JK Daerah

    Pengarah Pelajaran Negeri

    JK Negeri - Pentaksir Negeri

    Jan

    22

  • PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PERINGKAT DAERAH / GABUNGAN Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Daerah / Gabungan Pengerusi: Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan Setiausaha: Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan(Akademik) Ahli Jawatankuasa: Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan (Sabah dan Sarawak) Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan (Teknik & Vokasional) Penolong Pegawai Pelajaran Daerah /Gabungan (Bahasa) Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan (Sains & Matematik) Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan (Pendidikan Islam & Moral) Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan (Sains Sosial & Kemanusiaan) Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan (Peperiksaan) Semua Pengetua Pentaksir Negeri Ketua Pentaksir Kawasan Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Daerah Gabungan Sebelum Pentaksiran Menerima pekeliling dan taklimat penataran daripada JPN Menubuhkan Jawatankuasa PBS peringkat PPD / PPG Menyediakan surat-surat yang berkaitan Menyerahkan dokumen dan memberi taklimat penataran kepada sekolah Memantau pelaksanaan di peringkat sekolah Menerima, menyemak disket dan cetakan skor Menyediakan disket kumpul dan mengesahkan cetakan Memastikan semua sekolah menghantar skor mengikut prosedur penskoran

    dan penghantaran mengikut jadual yang ditetapkan (bagi mata pelajaran tertentu)

    23

  • Semasa Pentaksiran Mengadakan mesyuarat penyelarasan peringkat daerah Memastikan pentaksiran di sekolah dilaksanakan Memastikan penyelarasan peringkat sekolah dilaksanakan Memastikan pemantauan peringkat daerah dilaksanakan Membantu menyelesaikan kes-kes khas Selepas Pentaksiran Mengumpul Borang Pentaksiran Induk dan Laporan Pemantauan Mengadakan Mesyuarat Pasca Pemantauan Memastikan setiap sekolah memasukkan skor dalam aplikasi yang ditetapkan

    oleh LPM Memastikan sekolah mengeluarkan sijil PBS kepada calon

    24

  • Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Daerah/Gabungan Bil Proses kerja Tanggungjawab Tindakan Tempoh

    pelaksanaan 1 Menerima pekeliling

    dan taklimat penataran daripada JPN

    PPD/PPG Pen. PPD / PPG (Akademik)

    Jan

    2 Menubuhkan jawatankuasa PBS

    PPD/PPG Pen. PPD / PPG (Akademik)

    Jan

    3 Menyediakan surat arahan hadir taklimat penataran kepada sekolah

    PPD/PPG Pegawai Mata Pelajaran

    Jan

    4 Menyerahkan dokumen dan memberi taklimat penataran kepada sekolah

    PPD/PPG Pegawai Mata Pelajaran

    Mac

    5 Memantau pelaksanaan di peringkat sekolah

    PPD/PPG AJK Pemantau

    Mei-Julai

    6 Menerima, menyemak disket dan cetakan skor

    PPD/PPG Pegawai Peperiksaan

    Mei-Ogos

    7 Menyediakan disket kumpul dan mengesahkan cetakan

    PPD/PPG Pegawai Peperiksaan

    Ogos

    8 Memastikan semua sekolah menghantar skor mengikut prosedur penskoran penghantaran dan jadual yang ditetapkan (bagi mata pelajaran tertentu)

    PPD/PPG Pegawai Peperiksaan

    Ogos

    25

  • PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PERINGKAT SEKOLAH Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Sekolah Pengerusi : Pengetua Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan (Akademik) Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan Ahli Jawatankuasa : Ketua Bidang Sains & Matematik Ketua Bidang Bahasa Ketua Bidang Teknik & Vokasional Ketua Bidang Sains Sosial & Kemanusiaan Ketua Bidang Pendidikan Islam & Moral Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan) Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan) Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Sekolah Sebelum Pentaksiran Menerima surat pekeliling PBS daripada JPN Menerima dokumen PBS daripada JPN Pengetua menubuhkan Jawatankuasa PBS Pengetua melantik pentaksir bagi setiap mata pelajaran Menghantar senarai Jawatankuasa PBS dan pentaksir kepada JPN Memperbanyakkan dokumen PBS untuk kegunaan pentaksir Menyediakan jadual pelaksanaan PBS dan menghantar salinan kepada JPN dan

    Pentaksir Kawasan

    Pihak sekolah hendaklah menyediakan kemudahan tempat seperti makmal dan bengkel untuk menjalankan PBS. Peralatan dan bahan hendaklah mencukupi bagi membolehkan murid melaksanakan PBS bagi tujuan pentaksiran dan pembelajaran

    Pihak sekolah mestilah menamakan guru mata pelajaran sebagai pentaksir untuk melaksanakan PBS. Pentaksir berperanan menjalankan PBS serta merekod dan menyimpan skor dalam Borang Skor Individu. Pentaksir juga menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pentaksiran, menghantar skor ke Lembaga Peperiksaan berdasarkan kaedah yang telah ditetapkan dan mengeluarkan sijil di peringkat sekolah

    Memberi taklimat pelaksanaan PBS kepada murid Memastikan setiap murid memiliki fail PBS

    26

  • Semasa Pentaksiran Pentaksiran dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Penyelarasan skor di peringkat sekolah Pemantau Dalaman membuat pemantauan Pentaksir merekod skor ke dalam Borang Skor Individu Pentaksir menyimpan eviden pentaksiran dalam fail individu Pentaksir memaklumkan skor kepada murid yang ditaksir dan murid

    menandatangani Borang Skor Individu bagi setiap taksiran

    Pentaksir memindahkan skor dari Borang Skor Individu ke Borang Gred Induk Selepas Pentaksiran Borang Skor Individu disemak dan disahkan oleh Pengetua dan disimpan di

    sekolah

    Borang Gred Induk disemak dan disahkan oleh Pengetua. Satu salinan dihantar kepada JPN melalui KPKw

    Setiausaha Peperiksaan bertanggungjawab memastikan pentaksir sekolah memasukkan GRED calon dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM

    Setiausaha Peperiksaan menyerahkan salinan cetakan Borang Gred Induk Calon untuk disahkan oleh Pengetua

    Mengeluarkan Sijil PBS kepada calon

    27

  • Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Sekolah

    Bil Proses kerja Tanggungjawab Tindakan Tempoh

    pelaksanaan 1 Menerima pekeliling

    dan menghadiri taklimat penataran daripada PPD / PPG

    Pengetua GPK Akademik

    Januari

    2 Menubuhkan jawatankuasa pelaksana

    Pengetua GPK Akademik

    Januari

    3 Melaksanakan taklimat penataran

    Pengetua GPK Akademik

    Januari

    4 Melaksanakan pentaksiran

    Pengetua Pentaksir Jan-Julai

    5 Menyelaras pentaksiran

    Pengetua Penyelaras Mac-Julai

    6 Memantau pentaksiran

    Pengetua Pemantau Mac-Julai

    7 Mengumpul dan memasukkan skor ke dalam aplikasi (bagi mata pelajaran tertentu)

    Pengetua SU Peperiksaan

    Ogos

    8 Menghantar skor mengikut prosedur penskoran dan penghantaran yang ditetapkan (bagi mata pelajaran tertentu)

    Pengetua SU Peperiksaan

    Ogos

    28

  • PENYELARASAN Konsep Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor. Objektif

    Memastikan penyelarasan dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah mengikut prosedur yang ditetapkan. Prosedur Melantik Penyelaras Penyelaras diberi taklimat penyelarasan Melaksanakan penyelarasan Memilih sampel skor secara rawak mengikut aras pencapaian calon Membandingkan skor penyelaras dengan skor pentaksir Memberikan skor baru Pengetua mengesahkan skor yang telah diselaraskan Memasukkan skor ke dalam aplikasi yang disediakan oleh LPM Menyerahkan disket dan cetakan skor kepada PPD / PPG JPN menyerahkan disket dan cetakan skor ke LPM Penyelaras

    Penyelaras adalah pegawai yang dilantik dan diberi tauliah untuk melaksanakan penyelarasan PBS. Penyelaras terdiri daripada 2 kategori iaitu: Penyelaras Luaran Pegawai LPM (mata pelajaran berkaitan) Pentaksir Kebangsaan Pentaksir Negeri Pentaksir Kawasan Penyelaras Dalaman

    Ketua Bidang (mata pelajaran berkaitan) Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan) Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan) Ketua Pentaksir Sekolah (mata pelajaran berkaitan) Guru yang dilantik oleh Pengetua melalui Jawatan Kuasa Kes Khas

    29

  • Instrumen Penyelarasan Instrumen Penyelarasan yang digunakan terdapat di dalam setiap Buku Format Pentaksiran yang dikeluarkan oleh LPM.

    30

  • PEMANTAUAN Konsep Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Objektif Memastikan pemantauan dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah

    mengikut prosedur yang ditetapkan Mengelakkan penyelewengan dalam PBS Prosedur Pemantau akan diberi taklimat penataran berkaitan PBS Memantau pelaksanaan PBS di sekolah sekurang-kurangnya sekali setahun Bilangan sekolah yang dipantau oleh seseorang pemantau akan ditetapkan

    oleh JPN / PPD / PPG Pemantau menggunakan Borang Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran

    Berasaskan Sekolah Pemantau menyediakan laporan kepada JPN / PPD / PPG Pemantau Pegawai Pemantau ialah pegawai yang dilantik dan diberi tauliah untuk melihat dan memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh LPM. Pemantau terdiri daripada 2 kategori iaitu: Pegawai Pemantau Luaran Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Pegawai PPD / PPG Jemaah Nazir Sekolah Pegawai daripada Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia Pegawai yang dilantik dan diberi tauliah oleh LPM Pegawai Pemantau Dalaman Pengetua Guru Penolong Kanan (Akademik) Ketua Bidang (mata pelajaran berkaitan) Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan) Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan)

    31

  • Ketua Pentaksir Sekolah mata pelajaran berkaitan Guru yang dilantik oleh Pengetua Tanggungjawab Pemantau Sebelum Pemantauan Menerima surat pelantikan pemantauan daripada JPN Menerima taklimat tugas pemantauan Merancang jadual pemantauan Menghubungi pihak sekolah Menyediakan dokumen-dokumen pemantauan Semasa Pemantauan Berjumpa dengan Pengetua / pentadbir sekolah untuk mendapat maklumat

    awal tentang PBS di sekolah berkenaan Bertemu dengan pentaksir sekolah Menyemak dokumen / evidens yang berkaitan Membincangkan dapatan dengan pihak sekolah Selepas Pemantauan Menyediakan laporan dapatan pemantauan Menghantar laporan dapatan pemantauan dan instrumen pemantauan yang

    lengkap kepada urusetia / ahli jawatankuasa PBS JPN Menghantar satu salinan laporan dapatan pemantauan ke sekolah Instrumen Pemantauan Instrumen Pemantauan adalah dokumen yang disediakan oleh LPM untuk

    memantau pelaksanaan PBS di sekolah.

    32

  • PENGESANAN Konsep Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program itu. Objektif Tanpa pengesanan, tidak dapat diketahui atau dipastikan sama ada program PBS mencapai objektifnya. Dalam keadaan begini adalah sukar untuk merangka tindakan bagi memperbaiki program itu dari semasa ke semasa. Justeru itu proses pengesanan adalah merupakan perkara yang penting dan genting dalam PBS. Personel Pengesanan boleh dijalankan secara dalaman atau luaran Pengesanan secara dalaman boleh dijalankan oleh pegawai daripada institusi

    berikut : Lembaga Peperiksaan Malaysia Bahagian-bahagian dalam Kementerian Pelajaran Malaysia

    Pengesanan secara luaran boleh dijalankan oleh: pelajar-pelajar yang menjalankan penyelidikan di peringkat ijazah

    sarjana/ijazah kedoktoran penyelidik swasta

    Prosedur Pengesanan dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian gunaan (applied research) berdasarkan sample. Untuk setiap kajian, strategi / kaedah berikut dijalankan : Mengenalpasti tujuan kajian Menentukan dan membina instrumen kajian yang bersesuaian.

    Contoh instrumen yang boleh dipilih seperti berikut: Instrumen soal selidik Temubual Senarai semak Pemerhatian

    Menentukan persampelan Melaksanakan pengumpulan data daripada sumber ditentukan seperti: Pengetua Guru

    33

  • Penyelaras Pemantau Murid Jabatan Pelajaran Negeri Penggubal Ibubapa

    Melaksanakan pemprosesan data dengan mengambil kira pembolehubah berikut: Lokasi sekolah Keberkesanan panduan / dokumen pentaksiran sekolah Penggunaan panduan / dokumen Kefahaman pelaksanaan Konsep perkara yang ditaksir Maklumat dan kekangan Guru Murid

    Membuat rumusan kajian berdasarkan dapatan

    Menyediakan laporan

    Mengemukakan cadangan Pelaksanaan Pengesanan Pengesanan PBS mestilah dijalankan selepas satu kitaran lengkap pelaksanaan PBS.

    34

  • PROSEDUR KESELAMATAN Skor yang diberi berdasarkan evidens calon menunjukkan calon telah ditaksir mengikut ketetapan dalam dokumen pentaksiran PBS. Skor dan evidens perlu diuruskan mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan Proses Pengurusan Skor JPN menerima aplikasi kemasukan skor PBS daripada LPM dan mengedarkan

    ke sekolah melalui PPD / PPG Pengetua bertanggungjawab memastikan skor dihantar ke PPD / PPG akur

    dengan prosedur penghantaran yang ditetapkan (bagi mata pelajaran tertentu) PPD / PPG memastikan skor diterima daripada sekolah dan dihantar ke JPN

    akur dengan prosedur penskoran dan jadual penghantaran yang ditetapkan JPN memastikan skor diterima dari PPD / PPG dan dihantar ke LPM akur

    dengan prosedur penskoran dan jadual penghantaran yang ditetapkan Pengetua bertanggungjawab memastikan skor calon disimpan di tempat yang

    selamat dan mematuhi prosedur keselamatan Pengurusan Evidens

    Pengetua bertanggungjawab memastikan evidens calon disimpan seperti

    ketetapan yang terdapat dalam Dokumen Pentaksiran PBS mata pelajaran yang berkaitan

    Evidens produk calon yang berpindah hendaklah disimpan di sekolah asal jika telah selesai sepenuhnya. Jika evidens produk belum disiapkan sepenuhnya, evidens produk hendaklah dibawa ke sekolah baru

    Tempoh penyimpanan evidens produk tingkatan 3 ialah enam (6) bulan selepas keputusan PMR diumumkan

    Tempoh penyerahan evidens produk kepada calon ialah 30 hari selepas tempoh penyimpanan tamat

    Pengetua berhak melupuskan evidens yang tidak dituntut oleh calon selepas tamat tempoh penyerahan

    35

  • PENGURUSAN & PROSEDUR KES KHAS Calon Pindah Calon yang mendapat kelulusan berpindah boleh menukar pilihan mata

    pelajaran KHB jika pilihan asal tidak ditawarkan di sekolah baru. Walau bagaimanapun calon dinasihatkan supaya memilih sekolah yang menawarkan pilihan KHB asal

    Calon yang berpindah ke sekolah baru tidak dibenarkan menukar mata

    pelajaran KHB yang lain sekiranya sekolah tersebut ada menawarkan mata pelajaran berkenaan

    Sekiranya calon yang berpindah tersebut terpaksa menukar pilihan KHB, skor

    pilihan KHB yang asal hendaklah diambil kira sebagai skor bagi KHB baru Sekiranya calon yang mengambil Bahasa Arab Komunikasi yang berpindah ke

    sekolah baru yang tidak menawarkan mata pelajaran tersebut, Pengetua sekolah baru bertanggungjawab memaklumkan kes ini ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk urusan pentaksiran Ujian Lisan Calon berkenaan

    Sekolah asal calon bertanggungjawab memastikan rekod, butiran pentaksiran

    dan skor calon yang terkini dihantar ke sekolah baru Sekolah baru bertanggungjawab memastikan rekod, butiran pentaksiran dan

    skor calon diterima daripada sekolah asal Sekolah baru bertanggungjawab memasukkan skor calon ke dalam aplikasi

    yang ditetapkan bersama-sama skor calon lain Calon Daftar Lewat

    Calon hanya dinilai dalam tempoh pelaksanaan PBS Skor calon hanya akan diambil kira dalam tempoh calon melaksanakan PBS Pengecualian PBS

    Calon yang ingin mendapat pengecualian PBS hendaklah mengemukakan

    permohonan dan mendapat kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri. JPN hendaklah menghantar salinan yang telah diluluskan ke LPM

    Calon yang pernah mengambil Penilaian Menengah Rendah atau Sijil Rendah Pelajaran atau Lower Certificate of Education atau Sabah Junior School Certificate atau Sarawak Junior School Certificate dibenarkan pengecualian PBS (Calon Persendirian).

    36

  • RUMUSAN APA PERLU BUAT

    Melaksanakan PBS Perancangan PBS Penataran PBS Pengoperasian PBS Pentaksiran Penyelarasan Penmantauan Pengesanan Pelaporan PBS Penilaian PBS

    APA PRINSIP PERLU GUNA

    Kesahan Relevans Cukup Cakup Kebolehpercayaan Ketepatan Ketekalan Telus Keboleharapan yang tinggi

    Prinsip Tiga Serangkai

    Ada laksana? Laksanakan dengan betul Laksana ikut standard dan prosedur

    MENGAPA PERLU BUAT PBS

    Merealisasikan Matlamat KBSM, Objektif Kurikulum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

    Pembinaan Modal Insan Memantau perkembangan modal insan pelajar Assessment of learning Assessment for learning

    37

  • BILA NAK BUAT Ikut perancangan dalam :

    Jadual Pelaksanaan PBS Pusat Jadual Pelaksanaan PBS Negeri Jadual Pelaksanaan PBS Kawasan Jadual Pelaksanaan PBS Sekolah

    PERANCANGAN DALAM JADUAL PBS

    Penataran Pentaksiran PBS di sekolah Pemantauan Penyelarasan Pengesanan Pelaporan Penilaian

    SIAPA NAK BUAT

    Pegawai LPM Pegawai UPP JPN Nazir PPD/Gabungan/Bahagian Pentaksir Kebangsaan Pentaksir Negeri Pentaksir Kawasan Pentaksir Sekolah

    BAGAIMANA NAK BUAT

    Pembentukan Jawatan Kuasa PBS di pelbagai peringkat Menetapkan fungsi Jawatan Kuasa Menetapkan tugas dan tanggungjawab AJK Melaksanakan proses kerja yang telah ditetapkan Melantik AJK Melantik Pentaksir Penataran Pengoperasian Pelaporan

    38

  • PENATARAN

    Taklimat Pelaksanaan Penataran Input tentang Dasar, Konsep dan Prosedur PBS Input Kerangka PBS ikut mata pelajaran Input Pengoperasian PBS Bengkel Pembentangan Pemantapan Modul Produk Penataran

    HARAPAN

    Ada ilmu tentang PBS Ada kemahiran untuk melaksanakan PBS Mantap sikap untuk melaksanakan PBS Bersedia dengan perancangan PBS di pelbagai peringkat

    39

    PENATARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) MULAI 2007 KANDUNGAN PRAKATA PENGENALAN JADUAL PENATARAN PBS CARTA ALIR PENATARAN PBS KIT INPUT 1 - DASAR DAN KONSEP PBS

    PRAKATA Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah dapat menerbitkan Manual Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah PMR. Usaha ini merupakan satu usaha yang amat baik dan tepat pada masanya. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan tugas yang murni ini. Penghasilan manual ini ialah satu usaha, aktiviti dan proses untuk memastikan petugas-petugas pentaksiran PBS mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap positif yang terselaras semasa menjalankan tugas. Manual ini boleh membantu semua petugas pentaksiran yang terlibat dengan tugas-tugas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), pegawai-pegawai yang akan menjalankan penataran terdiri daripada pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan Malaysia dan guru-guru yang dilantik sebagai Pentaksir Kebangsaan (PK), Pentaksir Negeri (PN) dan Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak. Ianya amat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti negara di mata dunia. Saya berharap fenomena kerja ini berterusan demi merealisasikan moto LPM iaitu adil, sahih dan amanah. Terima kasih Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

    PENGENALAN MATLAMAT Modul ini bertujuan untuk membantu petugas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) membuat penataran dengan berkesan. Dengan adanya modul ini, fokus penataran PBS akan lebih jelas dan seterusnya membantu petugas pentaksiran PBS melaksanakan tugas dengan lebih berkesan

    OBJEKTIF Objektif modul ini adalah untuk membantu petugas-petugas pentaksiran PBS : Mengetahui konsep, prinsip dan prosedur PBS Memahami dengan jelas konsep, prinsip dan prosedur PBS Melaksana PBS secara terselaras Merancang dan melaksanakan PBS di peringkat negeri dan sekolah dengan jayanya

    ORGANISASI KANDUNGAN Modul ini mengandungi Manual PBS, Manual Pemantauan PBS dan Manual Penyelarasan PBS

    DASAR DAN KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PENGENALAN Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada 5 bentuk iaitu: Projek Kerja Kursus Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) Modul

    5 PENYATAAN DASAR Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan. Pelaksanaan Kerja Kursus Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup Bersepadu, PEKA Sains dan PAFA dijalankan mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus. Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan. PBS dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Calon yang beragama Islam wajib melaksanakan Ujian Tilawah & Hafazan dan PAFA. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) mesti dilaksanakan mengikut buku Panduan PLBS. Jawatankuasa Induk PBS peringkat negeri, bahagian / daerah / gabungan dan sekolah perlu ditubuhkan. Kos dan pelaksanaan PBS di bawah tanggungan serta tanggungjawab pihak sekolah. Terdapat empat kumpulan personel dalam pelaksanaan PBS: Kumpulan Pentaksir Kumpulan Pemantau Kumpulan Penyelaras Kumpulan Pengesanan Mengurus dokumen skor, evidens dan sijil adalah tanggungjawab pihak sekolah. Skor hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut kaedah dan tempoh yang telah ditetapkan. Semua rekod dan bahan pentaksiran yang diperingkatkan sulit, perlu disimpan dengan selamat selama 6 bulan selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan. Calon yang ingin mendapatkan pengecualian kerja kursus dan ujian Tilawah & Hafazan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pelajaran Negeri.

    CIRI-CIRI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbir secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

    PBS terbahagi kepada lima (5) bentuk format pentaksiran iaitu: 1. Projek Calon melaksanakan tugasan di sekolah LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah Markah dihantar kepada LPM Sekolah mengeluarkan sijil

    2. Kerja kursus / PEKA Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah Markah dihantar kepada LPM

    3. Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah Markah dihantar kepada LPM Sekolah mengeluarkan sijil

    4. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah Sekolah mengeluarkan sijil

    5. Modul Calon ditaksir kompetensinya mengikut spesifikasi LPM membekalkan modul pentaksiran sebagai panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah Markah dihantar kepada LPM Sekolah mengeluarkan sijil

    KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut: Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, penggredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan. Ditadbir di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.

    Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.

    Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina. Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Dimoderatkan pula merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.

    Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan cukup cakup tentang perkara yang ditaksir dan perkara yang ditaksir itu relevan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.

    Pelaporan positif Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

    PERANCANGAN PENTAKSIRAN 1. Perancangan Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan pelaksana PBS yang telah dilantik.

    2. Penataran Penataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka dan Dasar program PBS kepada pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PBS seperti pentadbir sekolah, pemantau, penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid tentang pelaksanaan PBS.

    3. Pelaksanaan Pentaksiran Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir dalam PBS mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam buku format pentaksiran yang dibekalkan oleh LPM.

    4. Penyelarasan Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.

    5. Pemantauan Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 6. Pengesanan Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program itu.

    7. Laporan Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pelajaran Negeri akan membuat laporan mengenai pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan.

    PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PETUGAS PENTAKSIRAN Terdiri daripada : Pentaksir Kebangsaan Pentaksir Negeri Pentaksir Kawasan Pentaksir Sekolah

    Pentaksir Kebangsaan (PK) Dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia Guru terlatih Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran Disahkan dalam jawatan Berpengalaman

    Pentaksir Negeri (PN) Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri Guru terlatih Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran Disahkan dalam jawatan Berpengalaman dalam mata pelajaran berkaitan

    Pentaksir Kawasan (PKw) Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pengetua / ketua bidang / guru cemerlang / guru terlatih Opsyen berkaitan mata pelajaran Berpengalaman Disahkan dalam jawatan

    Pentaksir Sekolah (PS) Dilantik oleh Pengetua / Jawatankuasa Pentaksir Kes Khas Guru terlatih Opsyen mata pelajaran berkaitan Jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun dan telah dilantik dalam jawatan

    Tugas Pentaksir Kebangsaan (PK) Sebelum pentaksiran: Menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama pegawai mata pelajaran LPM Mempengerusikan mesyuarat dan taklimat bersama Pentaksir Negeri (PN) Merancang jadual / aktiviti pemantauan dan penyelarasan Membuat pemantauan dan penyelarasan peringkat kebangsaan Semasa Pentaksiran: Berjumpa Pengetua sekolah memaklumkan kehadiran semasa lawatan ke sekolah. Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon sekolah

    Selepas Pentaksiran: Mengumpul dan menyatukan laporan daripada semua PN Mengemukakan cadangan dan tindakan susulan kepada LPM

    Tugas Pentaksir Negeri (PN) Tugas Pentaksir Kawasan (PKw)

    Sebelum Pentaksiran: Menghadiri mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri Memberi taklimat kepada PKw dan PS Semasa Pentaksiran: Menyelaras pentaksiran oleh PS Bertanggungjawab untuk memastikan setiap calon melalui proses pentaksiran yang lengkap Melaksanakan penyelarasan skor di sekolah Selepas Pentaksiran: Mengumpul dan menyatukan laporan dan menyerahkannya kepada PN Menyelesaikan kes-kes khas Tugas Pentaksir Sekolah (PS) GRED SEMPADAN SKOR PBS Gred Sempadan Skor adalah julat skor yang menggambarkan pencapaian gred dalam PBS bagi mata pelajaran berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

    Pelaporan PBS dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu: 1. Peringkat sekolah Pelaporan skor Borang Markah Individu dan Kelompok / Keseluruhan / Induk Penyataan / Sijil Pencapaian Kerja Kursus / Ujian Lisan

    2. Peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Slip keputusan Penyataan keputusan

    PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PERINGKAT KEBANGSAAN

    Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Pengendalian PBS Penasihat : Pengarah Peperiksaan Pengerusi : Timbalan Pengarah Peperiksaan (Operasi) Naib Pengerusi : Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Rendah & Rendah Setiausaha : Ketua Unit PMR Ahli Jawatankuasa : Semua Pegawai Unit PMR Pentaksir Kebangsaan Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Kebangsaan

    Sebelum Pentaksiran Mengedar surat pekeliling ke JPN Menyediakan dokumen Panduan Pentaksiran dan Manual Pengurusan Menyediakan bahan taklimat penataran dan melaksanakan penataran Menyediakan surat arahan hadir taklimat kepada PPD / PPG Memberi taklimat kepada pegawai meja JPN Menyediakan aplikasi bagi kemasukan markah Melantik Pentaksir Kebangsaan

    Semasa Pentaksiran Memantau pelaksanaan PBS di peringkat JPN

    Selepas Pentaksiran Menerima skor calon daripada JPN Menyediakan laporan pemantauan PBS

    Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Kebangsaan Bil PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PERINGKAT NEGERI

    Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Negeri Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Naib Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Akademik Setiausaha 1 : Ketua Unit Penilaian & Peperiksaan (UPP) Setiausaha 2 : Ketua Unit Pengurusan Akademik (UPA)

    Ahli Jawatankuasa : Ketua Jemaah Nazir Negeri Ketua Sektor / KPP Pendidikan Islam dan Moral Pegawai Meja Penilaian dan Peperiksaan Penolong Pengarah Sains & Matematik Penolong Pengarah Teknik & Vokasional Penolong Pengarah Sains Sosial & Kemanusiaan Penolong Pengarah Bahasa Semua Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan Pentaksir Kebangsaan Pentaksir Negeri Pengarah Pelajaran Negeri dan Ketua Sektor Pengurusan Akademik bertanggungjawab sepenuhnya memastikan PBS dilaksanakan. Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Negeri

    Sebelum Pentaksiran Menerima surat pekeliling Lembaga Peperiksaan Malaysia Menerima dokumen pengurusan PBS daripada LPM Mengedar surat pekeliling dan dokumen pengurusan PBS ke sekolah Menghadiri taklimat penyelarasan peringkat pusat Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan PBS peringkat negeri Melantik Ketua Pentaksir Negeri dan Ketua Pentaksir Kawasan Menyediakan surat-surat yang berkaitan Menyerahkan dokumen dan melaksanakan penataran PBS kepada PPD / PPG Melantik Pemantau Membahagikan sekolah-sekolah mengikut kawasan Mengadakan taklimat penataran / mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri. Menyelaras taklimat di peringkat kawasan Mengadakan penataran PBS kepada Pengetua, Ketua Pentaksir Kawasan dan Ketua Pentaksir Sekolah Menerima senarai Jawatankuasa PBS sekolah Mengadakan mesyuarat pemantauan

    Semasa Pentaksiran Memantau pelaksanaan PBS di peringkat PPD / PPG Memastikan semua sekolah akur dengan prosedur penskoran Memastikan penyelarasan peringkat kawasan dilaksanakan Memastikan penyelarasan peringkat sekolah dilaksanakan Memastikan pentaksiran di sekolah dilaksanakan Membantu menyelesaikan kes-kes khas Mengadakan mesyuarat penyelarasan (jika perlu)

    Selepas Pentaksiran Mengumpul Borang Gred Induk dan laporan pemantauan. Mengadakan Mesyuarat Pasca Pemantauan Memastikan setiap sekolah memasukkan gred calon dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM dan menghantar gred calon ke LPM. Memastikan sekolah mengeluarkan Sijil PBS kepada calon

    Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Negeri PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PERINGKAT DAERAH / GABUNGAN

    Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Daerah / Gabungan Pengerusi: Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan Setiausaha: Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan(Akademik) Ahli Jawatankuasa: Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan (Sabah dan Sarawak) Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan (Teknik & Vokasional) Penolong Pegawai Pelajaran Daerah /Gabungan (Bahasa) Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan (Sains & Matematik)

    Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan (Pendidikan Islam & Moral) Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan (Sains Sosial & Kemanusiaan) Penolong Pegawai Pelajaran Daerah / Gabungan (Peperiksaan) Semua Pengetua Pentaksir Negeri Ketua Pentaksir Kawasan

    Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Daerah Gabungan Sebelum Pentaksiran Menerima pekeliling dan taklimat penataran daripada JPN Menubuhkan Jawatankuasa PBS peringkat PPD / PPG Menyediakan surat-surat yang berkaitan Menyerahkan dokumen dan memberi taklimat penataran kepada sekolah Memantau pelaksanaan di peringkat sekolah Menerima, menyemak disket dan cetakan skor Menyediakan disket kumpul dan mengesahkan cetakan Memastikan semua sekolah menghantar skor mengikut prosedur penskoran dan penghantaran mengikut jadual yang ditetapkan (bagi mata pelajaran tertentu) Semasa Pentaksiran Mengadakan mesyuarat penyelarasan peringkat daerah Memastikan pentaksiran di sekolah dilaksanakan Memastikan penyelarasan peringkat sekolah dilaksanakan Memastikan pemantauan peringkat daerah dilaksanakan Membantu menyelesaikan kes-kes khas

    Selepas Pentaksiran Mengumpul Borang Pentaksiran Induk dan Laporan Pemantauan Mengadakan Mesyuarat Pasca Pemantauan Memastikan setiap sekolah memasukkan skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM Memastikan sekolah mengeluarkan sijil PBS kepada calon

    Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Daerah/Gabungan 1Menerima pekeliling dan taklimat penataran daripada JPN PPD/PPGPen. PPD / PPG (Akademik) Jan2Menubuhkan jawatankuasa PBS PPD/PPGPen. PPD / PPG (Akademik) Jan3Menyediakan surat arahan hadir taklimat penataran kepada sekolah PPD/PPGPegawai Mata Pelajaran Jan4Menyerahkan dokumen dan memberi taklimat penataran kepada sekolah PPD/PPGPegawai Mata Pelajaran Mac5Memantau pelaksanaan di peringkat sekolah PPD/PPGAJK Pemantau Mei-Julai6Menerima, menyemak disket dan cetakan skor PPD/PPGPegawai Peperiksaan Mei-Ogos7Menyediakan disket kumpul dan mengesahkan cetakan PPD/PPGPegawai Peperiksaan Ogos8Memastikan semua sekolah menghantar skor mengikut prosedur penskoran penghantaran dan jadual yang ditetapkan (bagi mata pelajaran tertentu) PPD/PPGPegawai Peperiksaan Ogos PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PERINGKAT SEKOLAH

    Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Sekolah Pengerusi : Pengetua Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan (Akademik) Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan Ahli Jawatankuasa : Ketua Bidang Sains & Matematik Ketua Bidang Bahasa Ketua Bidang Teknik & Vokasional Ketua Bidang Sains Sosial & Kemanusiaan Ketua Bidang Pendidikan Islam & Moral Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan) Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan)

    Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PBS Peringkat Sekolah

    Sebelum Pentaksiran Menerima surat pekeliling PBS daripada JPN Menerima dokumen PBS daripada JPN Pengetua menubuhkan Jawatankuasa PBS Pengetua melantik pentaksir bagi setiap mata pelajaran Menghantar senarai Jawatankuasa PBS dan pentaksir kepada JPN Memperbanyakkan dokumen PBS untuk kegunaan pentaksir Menyediakan jadual pelaksanaan PBS dan menghantar salinan kepada JPN dan Pentaksir Kawasan Pihak sekolah hendaklah menyediakan kemudahan tempat seperti makmal dan bengkel untuk menjalankan PBS. Peralatan dan bahan hendaklah mencukupi bagi membolehkan murid melaksanakan PBS bagi tujuan pentaksiran dan pembelajaran Pihak sekolah mestilah menamakan guru mata pelajaran sebagai pentaksir untuk melaksanakan PBS. Pentaksir berperanan menjalankan PBS serta merekod dan menyimpan skor dalam Borang Skor Individu. Pentaksir juga menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pentaksiran, menghantar skor ke Lembaga Peperiksaan berdasarkan kaedah yang telah ditetapkan dan mengeluarkan sijil di peringkat sekolah Memberi taklimat pelaksanaan PBS kepada murid Memastikan setiap murid memiliki fail PBS

    Semasa Pentaksiran Pentaksiran dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Penyelarasan skor di peringkat sekolah Pemantau Dalaman membuat pemantauan Pentaksir merekod skor ke dalam Borang Skor Individu Pentaksir menyimpan eviden pentaksiran dalam fail individu Pentaksir memaklumkan skor kepada murid yang ditaksir dan murid menandatangani Borang Skor Individu bagi setiap taksiran Pentaksir memindahkan skor dari Borang Skor Individu ke Borang Gred Induk

    Selepas Pentaksiran Borang Skor Individu disemak dan disahkan oleh Pengetua dan disimpan di sekolah Borang Gred Induk disemak dan disahkan oleh Pengetua. Satu salinan dihantar kepada JPN melalui KPKw Setiausaha Peperiksaan bertanggungjawab memastikan pentaksir sekolah memasukkan GRED calon dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM Setiausaha Peperiksaan menyerahkan salinan cetakan Borang Gred Induk Calon untuk disahkan oleh Pengetua Mengeluarkan Sijil PBS kepada calon

    Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Sekolah PENYELARASAN Konsep Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.

    Objektif Memastikan penyelarasan dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah mengikut prosedur yang ditetapkan. Prosedur Melantik Penyelaras Penyelaras diberi taklimat penyelarasan Melaksanakan penyelarasan Memilih sampel skor secara rawak mengikut aras pencapaian calon Membandingkan skor penyelaras dengan skor pentaksir Memberikan skor baru Pengetua mengesahkan skor yang telah diselaraskan Memasukkan skor ke dalam aplikasi yang disediakan oleh LPM Menyerahkan disket dan cetakan skor kepada PPD / PPG JPN menyerahkan disket dan cetakan skor ke LPM

    Penyelaras Penyelaras adalah pegawai yang dilantik dan diberi tauliah untuk melaksanakan penyelarasan PBS. Penyelaras terdiri daripada 2 kategori iaitu: Penyelaras Luaran Pegawai LPM (mata pelajaran berkaitan) Pentaksir Kebangsaan Pentaksir Negeri Pentaksir Kawasan

    Penyelaras Dalaman Ketua Bidang (mata pelajaran berkaitan) Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan) Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan) Ketua Pentaksir Sekolah (mata pelajaran berkaitan) Guru yang dilantik oleh Pengetua melalui Jawatan Kuasa Kes Khas

    Instrumen Penyelarasan Instrumen Penyelarasan yang digunakan terdapat di dalam setiap Buku Format Pentaksiran yang dikeluarkan oleh LPM.

    PEMANTAUAN Konsep Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

    Objektif Memastikan pemantauan dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah mengikut prosedur yang ditetapkan Mengelakkan penyelewengan dalam PBS Prosedur Pemantau akan diberi taklimat penataran berkaitan PBS Memantau pelaksanaan PBS di sekolah sekurang-kurangnya sekali setahun Bilangan sekolah yang dipantau oleh seseorang pemantau akan ditetapkan oleh JPN / PPD / PPG Pemantau menggunakan Borang Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pemantau menyediakan laporan kepada JPN / PPD / PPG

    Pemantau Pegawai Pemantau ialah pegawai yang dilantik dan diberi tauliah untuk melihat dan memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh LPM. Pemantau terdiri daripada 2 kategori iaitu:

    Pegawai Pemantau Luaran Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Pegawai PPD / PPG Jemaah Nazir Sekolah Pegawai daripada Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia Pegawai yang dilantik dan diberi tauliah oleh LPM

    Pegawai Pemantau Dalaman Pengetua Guru Penolong Kanan (Akademik) Ketua Bidang (mata pelajaran berkaitan) Guru Cemerlang (mata pelajaran berkaitan) Ketua Panitia (mata pelajaran berkaitan) Ketua Pentaksir Sekolah mata pelajaran berkaitan Guru yang dilantik oleh Pengetua

    Tanggungjawab Pemantau Sebelum Pemantauan Menerima surat pelantikan pemantauan daripada JPN Menerima taklimat tugas pemantauan Merancang jadual pemantauan Menghubungi pihak sekolah Menyediakan dokumen-dokumen pemantauan

    Semasa Pemantauan Berjumpa dengan Pengetua / pentadbir sekolah untuk mendapat maklumat awal tentang PBS di sekolah berkenaan Bertemu dengan pentaksir sekolah Menyemak dokumen / evidens yang berkaitan Membincangkan dapatan dengan pihak sekolah

    Selepas Pemantauan Menyediakan laporan dapatan pemantauan Menghantar laporan dapatan pemantauan dan instrumen pemantauan yang lengkap kepada urusetia / ahli jawatankuasa PBS JPN Menghantar satu salinan laporan dapatan pemantauan ke sekolah

    Instrumen Pemantauan Instrumen Pemantauan adalah dokumen yang disediakan oleh LPM untuk memantau pelaksanaan PBS di sekolah.

    PENGESANAN Konsep Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program itu.

    Objektif Tanpa pengesanan, tidak dapat diketahui atau dipastikan sama ada program PBS mencapai objektifnya. Dalam keadaan begini adalah sukar untuk merangka tindakan bagi memperbaiki program itu dari semasa ke semasa. Justeru itu proses pengesanan adalah merupakan perkara yang penting dan genting dalam PBS.

    Personel Pengesanan boleh dijalankan secara dalaman atau luaran Pengesanan secara dalaman boleh dijalankan oleh pegawai daripada institusi berikut : Lembaga Peperiksaan Malaysia Bahagian-bahagian dalam Kementerian Pelajaran Malaysia

    Pengesanan secara luaran boleh dijalankan oleh: pelajar-pelajar yang menjalankan penyelidikan di peringkat ijazah sarjana/ijazah kedoktoran penyelidik swasta

    Prosedur Pengesanan dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian gunaan (applied research) berdasarkan sample. Untuk setiap kajian, strategi / kaedah berikut dijalankan : Mengenalpasti tujuan kajian Menentukan dan membina instrumen kajian yang bersesuaian. Contoh instrumen yang boleh dipilih seperti berikut: Instrumen soal selidik Temubual Senarai semak Pemerhatian

    Menentukan persampelan Melaksanakan pengumpulan data daripada sumber ditentukan seperti: Pengetua Guru Penyelaras Pemantau Murid Jabatan Pelajaran Negeri Penggubal Ibubapa

    Melaksanakan pemprosesan data dengan mengambil kira pembolehubah berikut: Lokasi sekolah Keberkesanan panduan / dokumen pentaksiran sekolah Penggunaan panduan / dokumen Kefahaman pelaksanaan Konsep perkara yang ditaksir Maklumat dan kekangan Guru Murid

    Membuat rumusan kajian berdasarkan dapatan Menyediakan laporan Mengemukakan cadangan Pelaksanaan Pengesanan Pengesanan PBS mestilah dijalankan selepas satu kitaran lengkap pelaksanaan PBS.

    PROSEDUR KESELAMATAN Skor yang diberi berdasarkan evidens calon menunjukkan calon telah ditaksir mengikut ketetapan dalam dokumen pentaksiran PBS. Skor dan evidens perlu diuruskan mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan Proses Pengurusan Skor JPN menerima aplikasi kemasukan skor PBS daripada LPM dan mengedarkan ke sekolah melalui PPD / PPG Pengetua bertanggungjawab memastikan skor dihantar ke PPD / PPG akur dengan prosedur penghantaran yang ditetapkan (bagi mata pelajaran tertentu) PPD / PPG memastikan skor diterima daripada sekolah dan dihantar ke JPN akur dengan prosedur penskoran dan jadual penghantaran yang ditetapkan JPN memastikan skor diterima dari PPD / PPG dan dihantar ke LPM akur dengan prosedur penskoran dan jadual penghantaran yang ditetapkan Pengetua bertanggungjawab memastikan skor calon disimpan di tempat yang selamat dan mematuhi prosedur keselamatan

    Pengurusan Evidens Pengetua bertanggungjawab memastikan evidens calon disimpan seperti ketetapan yang terdapat dalam Dokumen Pentaksiran PBS mata pelajaran yang berkaitan Evidens produk calon yang berpindah hendaklah disimpan di sekolah asal jika telah selesai sepenuhnya. Jika evidens produk belum disiapkan sepenuhnya, evidens produk hendaklah dibawa ke sekolah baru Tempoh penyimpanan evidens produk tingkatan 3 ialah enam (6) bulan selepas keputusan PMR diumumkan Tempoh penyerahan evidens produk kepada calon ialah 30 hari selepas tempoh penyimpanan tamat Pengetua berhak melupuskan evidens yang tidak dituntut oleh calon selepas tamat tempoh penyerahan

    PENGURUSAN & PROSEDUR KES KHAS Calon Pindah Calon yang mendapat kelulusan berpindah boleh menukar pilihan mata pelajaran KHB jika pilihan asal tidak ditawarkan di sekolah baru. Walau bagaimanapun calon dinasihatkan supaya memilih sekolah yang menawarkan pilihan KHB asal Calon yang berpindah ke sekolah baru tidak dibenarkan menukar mata pelajaran KHB yang lain sekiranya sekolah tersebut ada menawarkan mata pelajaran berkenaan Sekiranya calon yang berpindah tersebut terpaksa menukar pilihan KHB, skor pilihan KHB yang asal hendaklah diambil kira sebagai skor bagi KHB baru Sekiranya calon yang mengambil Bahasa Arab Komunikasi yang berpindah ke sekolah baru yang tidak menawarkan mata pelajaran tersebut, Pengetua sekolah baru bertanggungjawab memaklumkan kes ini ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk urusan pentaksiran Ujian Lisan Calon berkenaan Sekolah asal calon bertanggungjawab memastikan rekod, butiran pentaksiran dan skor calon yang terkini dihantar ke sekolah baru

    Sekolah baru bertanggungjawab memastikan rekod, butiran pentaksiran dan skor calon diterima daripada sekolah asal Sekolah baru bertanggungjawab memasukkan skor calon ke dalam aplikasi yang ditetapkan bersama-sama skor calon lain

    Calon Daftar Lewat Calon hanya dinilai dalam tempoh pelaksanaan PBS Skor calon hanya akan diambil kira dalam tempoh calon melaksanakan PBS

    Pengecualian PBS Calon yang ingin mendapat pengecualian PBS hendaklah mengemukakan permohonan dan mendapat kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri. JPN hendaklah menghantar salinan yang telah diluluskan ke LPM Calon yang pernah mengambil Penilaian Menengah Rendah atau Sijil Rendah Pelajaran atau Lower Certificate of Education atau Sabah Junior School Certificate atau Sarawak Junior School Certificate dibenarkan pengecualian PBS (Calon Persendirian).

    RUMUSAN APA PERLU BUAT