Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc...

34
i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

Transcript of Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc...

Page 1: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

i

Modul Pembelajaran PLCV2023

PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH

SEKOLAH MENENGAH

Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya,

Selangor Darul Ehsan

Page 2: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

ii

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

iii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Mac 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 4: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

iv

Notis Hak Cipta i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Guru

ii

iii

Kandungan iiv

Panduan Pelajar v - vi

Ikon Modul vii

Agihan Tajuk RMK viii - xi

Tajuk Pembelajaran

UNIT 1 – Pendekatan Pengajaran dan

Pembelajaran dalam Pelancongan

1 – 6

UNIT 2 – Strategi, Kaedah dan Teknik dalam

pengajaran dan pembelajaran dalam Pelancongan

7 - 16

UNIT 3 – Perancangan Pengajaran dan

Pembelajaran dalam Pelancongan

17 – 39

Rujukan 40

Panel Penulis Modul 41

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 5: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

v

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan

pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada

pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang

pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika

pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar

mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Menengah yang mendaftar

dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidkan Malaysia (IPG KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam

pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SM yang dilaksanakan dalam

mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada Jumlah Pembelajaran

Pelajar adalah bersemuka manakala 40% adalah Jumlah Pembelajaran Pelajar

pembelajaran kendiri.

Page 6: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

vi

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang

konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit

2. Sinopsis

3. Penyelidikan

4. Pengalaman

5. Refleksi

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email jika

terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar

pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh

dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis

ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi interaksi bersemuka dan modul.

Page 7: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

vii

IKON

Memikir LATIHAN

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

REFLEKSI

AKTIVITI

REFLEKSI

PENYELIDIKAN

PENYELIDIKAN

PENGALAMAN

RUJUKAN

Page 8: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

viii

Nama Kursus : PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN

Kod : PLCV2023 Kandungan modul ini dibahagi kepada tiga unit. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.

TAJUK / TOPIK

JUMLAH JAM PEMBELAJARAN

(43 jam) 15K 28T

MODUL (17 jam) 6K 11T

BERSEMUKA (26Jam) 9K 17T

CATATAN

1. Pendekatan Pengajaran

dan Pembelajaran dalam Pelancongan

Pendekatan Kontekstual

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning)

Pendekatan Berasaskan Penyelidikan (Research-Based Approaches)

Pembelajaran dan Latihan Berasaskan Ketrampilan (Competency Based Learning and Training) (CBT/CBL)

6jam 2K 4T

Unit 1 (2 jam) 1K 1T

4 jam 1K 3T

Perlu dibaca

sebelum interaksi

bersemuka

AGIHAN TAJUK

Page 9: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

ix

2. Strategi, Kaedah dan Teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Pelancongan

Strategi berpusatkan guru

– Syarahan/kuliah – Demonstrasi/tunjukcara

Strategi berpusatkan pelajar

– Simulasi – Lawatan industri – Projek – Pembelajaran

aktif/perbincangan – Pembelajaran secara

kooperatif dan kolaboratif

– Stesen – Kajian lapangan – Kajian kes – Pembelajaran atas talian

(OLL)

Strategi berpusatkan bahan/aktiviti

– Modul – Carta / Slaid – Perisian kursus

pembelajaran (courseware)

– Laman Web/Internet – Kajian Kes

Pedagogi Abad 21

– Kreativiti dan Inovasi – Kemahiran komunikasi

dan kolaboratif – Teknologi maklumat dan

komunikasi – Pemikiran kritis dan

penyelesaian masalah

10 jam 4K 6T

Unit 2 (7 jam) 2K 5T

3 jam 2K 1T

Perlu dibaca

sebelum interaksi

bersemuka

Page 10: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

x

3. Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pelancongan

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian

– Menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran

– Penulisan objektif pembelajaran

– Pemilihan isi pelajaran – Pemilihan strategi,

kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

– Penerapan kemahiran insaniah/generik

Rancangan Sesi Latihan – Folio Rancangan Sesi

Latihan – Folio Rancangan

Pengajaran

Perancangan Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bertulis (Written Instructional Material)

– Manual Latihan (NOSS) – Jadual Pembahagian

WIM – Kertas Penerangan – Kertas Tugasan

(Assigment Sheet) – Kertas kerja (worksheet)

– Kertas Penilaian (Pengetahuan dan Prestasi)

12 jam 5K 7T

Unit 3 (8 jam) 3K 5T

4 jam 2K 2T

Perlu dibaca

sebelum interaksi

bersemuka

4. Bahan Bantu Mengajar (BBM) Pelancongan

Bahan bantu mengajar berasaskan Teknologi Automotif

Pemilihan bahan bantu mengajar

Membina bahan bantu mengajar berasaskan Teknologi Automotif dalam pengajaran dan pembelajaran

14 jam

- 6 jam

Page 11: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

xi

5. Pengajaran Makro Pelancongan

Perancangan

Pelaksanaan

Penilaian

Refleksi pengajaran makro

21 jam - 9 jam

Jumlah Jam 17 26

Catatan: Interaksi bersemuka – dapatkan maklumat daripada pensyarah anda

Page 12: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

1

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. menjelaskan pelbagai pendekatan pengajaran dan

pembelajaran dalam Pelancongan

2. membincangkan pendekatan yang sesuai dalam proses PdP dalam

Pelancongan

UNIT 1 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DALAM PELANCONGAN

Hasil Pembelajaran Unit

Sinopsis

Unit ini menerangkan tentang pendekatan yang sering digunakan dalam merancang

dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Unit ini turut

membincangkan bagaimana pengetahuan asas pedagogi ini digunakan bagi tujuan

merancang dan melaksanakan sesuatu proses pengajaran kursus pelancongan secara

bersistematik, tersusun, mengikut format dan prosedur serta disesuaikan dengan tajuk

atau isi pelajaran yang akan disampaikan oleh guru kepada pelajar.

1.0 Pengenalan

Strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti merupakan satu gabungan yang saling

berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses

pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini,

apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang

kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai.

2.1 Pendekatan Kontektual

Pengajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu,

masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit

Page 13: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

2

yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on, meliputi bidang ilmu sains, teknologi

maklumat, teknikal dan vokasional.

Matlamat utama pengajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan para

pelajar yang cemerlang dan berkualiti sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan

kelak. Pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran

berikut dalam pengajaran kontekstual iaitu Relating (Menghubungkait), Experiencing

(Mengalami), Applying (Mengaplikasi), Cooperating (Bekerjasama) dan Transfering

(Memindahkan).

Manakala strategi pengajarannya pula melibatkan empat segmen iaitu motivasi,

pemahaman, aplikasi dan imbasan kembali dan kemajuan.

2.2 Pengajaran secara kontekstual

Pembelajaran Kontekstual (Contextual Teaching and Learning/CTL) adalah sebuah

proses pembelajaran yang bersifat menyeluruh atau holistik. Pada pendekatan

kontekstual, guru berusaha menyediakan situasi dunia nyata ke dalam kelas

dengan menyediakan situasi p&p yang melibatkan pelbagai pengalaman dalam

konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi.

Berasaskan aktiviti, pembelajaran pengalaman sendiri, sesi latih amal (hands-on)

dan latih minda (minds-on) seminar, bengkel dan program pelajar melakukan

sendiri projek.

Pelajar diberi motivasi dalam perbincangan masalah berbantukan bahan yang

sesuai untuk meningkatkan kefahaman.

Pelajar dapat mengaitkan dengan pengetahuan asas yang ada pada mereka.

Maklumat yang dicari dan dikumpul melalui pengalaman sendiri dapat membantu

Page 14: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

3

menjanakan idea, mengukuh serta menilai apa yang difahami.

2.3 Strategi pengajaran kontekstual

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu proses yang sangat

dititikberatkan dalam pendidikan. Para pendidik boleh memilih pendekatan dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan sesuai dengan kebolehan murid.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan

penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan

menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan

berinteraksi. Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti

memenuhi keperluan strategi berikut:

i. Motivasi – bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap

sesuatu tajuk yang akan dibincangkan (pengenalan, isu perbincangan dan

penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan).

ii. Pemahaman – merangkumi kemahiran murid dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan

dengannya. Kaedah penyampaian maklumat dipelbagaikan untuk dapat menarik

minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberi kebebasan mengutarakan

perkara-perkara yang berkaitan

3.1 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)

Apakah itu pembelajaran berasaskan projek?

Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara

sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan

kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.

Page 15: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

4

Apakah ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?

Penilaiannya boleh dijalankan dijalankan pada secara individu atau setiap tahap

proses secara sehinggalah ke berkumpulan. tahap hasil yang siap. Interaksi guru

dan murid yang berupa Mengintegrasikan bimbingan dan pengetahuan

perundingan pada dengan aktiviti. setiap tahap proses. Guru perlu menjelaskan

Sesuai dengan prosedur murid dan pelaksanaan yang kurikulum. lengkap.

melibatkan pengumpulan Berasaskan bahan, maklumat, data, kemahiran,

memproses maklumat dan pengetahuan, data, dan pelaporan hasil pengalaman

dan juga refleksi kendiri. kebolehan murid.

4.1 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning)

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan satu kaedah

pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta

bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran (Universiti Teknologi

Malaysia, 2005).

Menurut Ousey (2003), mendefinisikan PBM sebagai satu falsafah bagi

suatu kurikulum yang baharu. Hal ini bermaksud guru bukanlah satu-satunya

sumber ilmu atau rujukan oleh murid. Justeru murid boleh mendapatkan

pengetahuan dan maklumat dari sumber- sumber lain. Menurutnya PBM

membantu murid mencapai tahap pembelajaran yang spesifik untuk menjadikan

mereka berkebolehan dan berkemampuan.

Menurut Graaff dan Kolmos (2003), antara prinsip PBM termasuklah:

PBM merupakan pendekatan pembelajaran di mana masalah merupakan

titik tolak dalam proses pembelajaran.

Page 16: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

5

Pembelajaran berpusatkan murid. Murid hanya diberi panduan untuk

menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru.

Guru harus kreatif dalam menghasilkan sesuatu masalah yang

bersesuaian dengan topik yang diajar.

Guru hanya bertindak sebagai fasilalitator, pembimbing atau motivator

kepada murid.

Masalah berdasarkan kepada situasi sebenar..

PBM dapat memperkembangkan kemampuan murid berfikir secara kritis

dan kreatif. Ini kerana PBM membantu murid berfikir dan mampu menyelesaikan

masalah yang tercetus. Murid akan mencari jalan penyelesaian berdasarkan

segala pengetahuan yang mereka ada sekali gus dapat meningkatkan lagi

pengetahuan mereka kerana mereka perlu mencari jawapan melalui pembacaan

dan perkongsian idea melalui rakan-rakan mereka.

TUTORIAL 1

1. Berdasarkan kepada Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) dan mengikut

bidang masing-masing, senaraikan tajuk-tajuk yang sesuai untuk diajar dengan

menggunakan pendekatan kontekstual.

2. Jelaskan strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan

pembelajaran berasaskan projek.

3. Bincangkan satu tajuk dalam KSKV mengikut bidang anda yang sesuai diajar

dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM).

Page 17: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

6

Pada akhir unit pelajar dapat;

3. menjelaskan pelbagai strategi, kaedah dan teknik

yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Kimpalan

4. menghuraikan kemahiran menggunakan kaedah dan teknik

yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran Kimpalan

Pada akhir unit pelajar dapat;

1. menjelaskan pelbagai strategi, kaedah dan teknik

yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pelancongan

2. menghuraikan kemahiran menggunakan kaedah dan teknik

yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran Pelancongan

UNIT 2

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PELANCONGAN

Hasil Pembelajaran Unit

Sinopsis

Unit ini membincangkan tentang strategi, kaedah dan teknik yang sering digunakan

dalam merancang dan melaksanakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran automotif. Sebagai seorang guru pelancongan, penguasaan kemahiran

mengendalikan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran automotif dengan

menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran amat dituntut bagi

memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan berkesan,

menyeronokkan dan mengggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran

mereka.

2.0 Pendekatan dan Strategi Pengajaran

Terdapat banyak pendekatan dan strategi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran

mereka. Beberapa daripada pendekatan dan strategi adalah berpusatkan pelajar

manakala ada juga yang berpusatkan guru. Ada strategi yang induktif manakala ada

pula yang deduktif. Mari kita sama-sama membincangkan pendekatan dan strategi-

strategi tersebut:

Page 18: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

7

2.1.1 Strategi Berpusatkan Guru

Pengajaran berpusatkan guru ialah pengajaran yang melibatkan guru dengan aktif

dalam menyampaikan pengajaran, manakala pelajar mendengar dan menerima

sahaja perkara yang disampaikan. Strategi yang berpusatkan guru juga dikenali

sebagai pengajaran lansung. Pengajaran langsung bergantung kepada guru untuk

mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar. Ia juga bergantung kepada penekanan

kandungan yang berstruktur. Antara kaedah pengajaran berpusatkan guru ialah

kuliah, demontrasi atau tunjuk cara.

Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, apakah ciri-ciri yang anda dapat

kenalpasti sebagai pengajaran langsung. Bolehkah anda nyatakan beberapa ciri?

Sekarang, mari kita melihat secara dekat ciri-ciri pendekatan ini.

Strategi berpusatkan guru juga dikenali sebagai pendekatan eksplisit, Ia terdiri

daripada bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan sistematik. Terdapat

juga hentian sejenak untuk menyemak pemahaman pelajar. Pendekatan ini berguna

untuk menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu. Sebagai contoh,

pengajaran fakta-fakta berkaitan bidang automotif atau sains, kemahiran matematik,

aturan tatabahasa dan konsep adalah beberapa contoh di mana pendekatan

pengajaran ekplisit adalah berguna.

Strategi berpusatkan guru mengandungi pengajaran dalam langkah-langkah kecil

yang menekankan amalan pelajar selepas setiap langkah. Peranan guru adalah

mengemukakan bahan pengajaran, membimbing pelajar melalui sesi praktis awalan

dan memberi semua amalan pelajar amalan berperingkat tinggi yang lebih kerap.

Seorang guru yang masuk bilik darjah menggunakan pendekatan berpusatkan guru

akan dapat mengenal pasti ciri-ciri berikut:

Guru bercakap lebih daripada pelajar semasa pengajaran;

Pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas;

Page 19: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

8

Buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar dalam kelas;

Setiap episod dalam pengajaran ditentukan oleh guru;

Meja dan kerusi diatur dalam barisan, mengadap papan putih;

Pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah

Kaedah

Syarahan/Kuliah :

Kuliah ialah satu kaedah mengajar iaitu guru menyampaikan maklumat secara

berpidato dalam masa tertentu mengikut waktu yang ditetapkan. Murid

mendengar dan mencatat nota mengikut kaedah sendiri.

Demontrasi/tunjuk cara

Kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di sekolah.

Kaedah ini dipilih terutamanya sebagai satu cara untuk membiasakan murid

dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa membuat aktiviti seperti

bertukang, menggunakan alatan dan sebagainya. Kaedah tunjuk cara yang

berjaya mengandungi langkah-langkah yang memberi murid peluang

menunjukkan bahawa mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari.

Sesuatu tunjuk cara tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi peluang

murid membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai maklumat,

proses atau prinsip tertentu.

REFLEKSI

Bolehkah anda hubungkaitkan strategi berpusatkan guru ke dalam pengajaran

harian anda. Adakah anda menggunakan pendekatan ini? Sekarang, berhenti

sejenak dan fikir.

Page 20: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

9

2.1.2 Strategi berpusatkan pelajar

Apakah yang anda faham dengan strategi berpusatkan pelajar? Strategi

berpusatkan pelajar bermaksud suasana pengajaran yang mana pelajar terlibat

secara aktif dalam pelajaran. Ada sedikit kecenderungan terhadap pembelajaran

eksperiental dan membuat penemuan untuk mereka (Martin et al, 1994).

Mengapa kita menggunakan pendekatan ini? Ia sebenarnya berpisah daripada

tradisi di mana bilik darjah didominasikan guru dan strategi berpusatkan pelajar

dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi

membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar. Ia boleh dilakukan dengan

mewujudkan iklim bilik darjah yang baik di mana pelajar dapat berinteraksi

dengan guru dan pelajar lain. Strategi ini lebih sesuai digunakan apabila

maklumat tidak disampaikan secara berkesan dalam strategi berpusatkan guru

dan apabila matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran

pemikiran kreatif dan kritis. Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan

pelajar selalunya kurang eksplisit.

Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang ekplisit, guru tidak

membiarkan pelajar membuat sesuka hati mereka. Guru masih berkuasa dan

memberi sedikit tanggungjawab kepada pelajar. Peranan sebagai orang yang

berkuasa tidak diperlihatkan oleh guru. Akan tetapi, guru bertindak autoritatif.

Guru memilih untuk mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar dan tidak

memusatkan kuasa kepada dirinya.

Berdasarkan pengalaman anda, apakah kelebihan strategi ini? Kajian

menunjukkan bahawa ia mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan

kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep dan memperkembangkan

sikap positif, mewujudkan motivasi, memperkembangkan peribadi dan dalam

menggalakkan kemahiran sosial kumpulan. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar

juga menunjukkan perkembangan yang lebih dalam perkembangan kognitif di

peringkat yang tinggi.

Page 21: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

10

Antara kaedah pengajaran berpusatkan pelajar ialah penyelesaian

masalah, perbincangan dalam kumpulan, inkuiri penemuan dan pembelajaran

koperatif. Interaksi dua hala yang wujud antara pelajar dengan pelajar dan

pelajar dengan guru mewujudkan suasana mesra dan menyediakan keadaan

yang kondusif bagi pembelajaran.

Apakah peranan guru apabila menggunakan strategi ini? Guru-guru

mestilah mahir dalam mata pelajaran yang diajar. Mari kita beralih kepada unsur-

unsur yang dapat kita perlihatkan dalam bilik darjah yang menggunakan

pengajaran berpusatkan pelajar.

Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan kecil dan tidak

dijalankan secara keseluruhan kelas.

Pelbagai bahan pengajaran disediakan untuk pelajar menggunakan

secara individu atau dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Bentuk tujuhala pengajaran ditentukan oleh pelajar ketika berinteraksi

dengan guru.

Cara menyusun perabot dalam bilik darjah memudahkan pelajar bekerja

secara individu atau dalam kumpulan.

Pelajar dapat bergerak dengan bebas sekiranya perlu membuat tugasan.

Selain guru, pelajar juga diberi peluang untuk menyuarakan pendapat.

KAEDAH

Simulasi

Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid ikan

konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu

situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk

yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu

yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini, guru mempunyai

beberapa tanggungjawab, antaranya:

Page 22: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

11

memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat atau pandangan

yang berlawanan.

memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam

simulasi.

mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau isu

berkenaan.

menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi.

Langkah-langkah ini termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan

yang dimainkan, serta peraturan yang mempengaruhi tindakan murid

tersebut.

Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara

memainkan peranan individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan

atau prosedur yang ditentukan oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi

berkaitan dengan kerja-kerja petani di kebun, kebun sayur musnah dilanda

banjir, bagaimana pekerja-pekerja kebun sayur menggunakan pelbagai

peralatan semasa bekerja. Pada amnya, simulasi akan berjaya jika

melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersama-

sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

Projek

Tujuan kaedah projek adalah untuk melibatkan murid dengan idea-idea

konseptual dan memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak

mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran lain. Objektif utama kaedah ini

adalah untuk pemerolehan pengetahuan yang baru oleh murid atau

penggunaan pengetahuan sedia ada kepada situasi-situasi kehidupan

seharian, penyelesaian masalah atau penghasilan produk. Dalam kaedah ini,

guru berperanan untuk menentukan tajuk yang sesuai kepada murid. Bagi

murid pendidikan khas, guru perlulah membantu sepenuhnya . Guru

seharusnya berperanan sebagai rakan pembimbing, memastikan setiap

Page 23: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

12

murid mempunyai peranan dan tugasan dalam melaksanakan projek,

memberikan kebebasan dan kepercayaan kepada murid untuk

melaksanakan sesuatu projek mengikut kemampuan murid dengan

pemantauan guru , bertindak sebagai motivator dengan sentiasa memberi

dorongan kepada murid untuk mengekalkan minat mereka serta memberi

masa yang secukupnya kepada murid untuk melaksanakan sesuatu tugasan

yang diberikan.

Untuk melancarkan perjalanan sesuatu projek yang dirancangkan, guru

perlulah menyediakan alatan yang mudah dikendalikan, ringan dan tidak

terlalu membahayakan murid supaya mudah dan selamat digunakan .

Sebelum projek dilaksanakan, guru sepatutnya terlebih dahulu menerangkan

setiap tugasan itu, cara penggunaan alatan, tujuan projek dan sebagainya

dengan berulang-ulang agar pelajar faham.

Koperatif

Pendekatan koperatif merupakan program yang berstruktur yang

menekankan penguasaan kemahiran, konsep dan maklumat. Pendekatan

pembelajaran koperatif memerlukan murid bekerjasama ke atas setiap satu ahli

dalam kumpulannya. Kaedah ini mensasarkan matlamat dan pencapaian

kumpulan yang hanya dapat dicapai jikalau semua ahli dalam kumpulan itu belajar

semua objektif yang diajar.

Ada tiga konsep yang berkait dengan pendekatan ini iaitu, ganjaran

kumpulan, kebertanggungjawaban indivdu, dan peluang yang sama untuk berjaya.

Melalui ini, kumpulan akan mendapat pengiktirafan jika menunjukkan prestasi

yang membanggakan. Oleh itu , ahli dalam kumpulan bertanggungjawab

membantu sesama mereka dalam kumpulan demi untuk mengekalkan prestasi

kumpulan mereka. Kaedah ini menunjukkan bahawa ganjaran kumpulan dan

kebertanggungjawaban individu merupakan elemen penting untuk menghasilkan

Page 24: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

13

pencapaian kemahiran asas (Slavin, 1983). Dalam beberapa kajian, kesan atas

pencapaian murid adalah meningkat hasil daripada tanggungjawab individu dan

matlamat kumpulan.

2.1.3 Strategi pengajaran berpusatkan bahan

Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan bahan-bahan

seperti buku, bahan bergambar, komputer, modul pelancongan, pusat sumber dan

lain-lain untuk menjalankan pengajaran. Peranan guru sebagai pembimbing

sahaja dan pelajar berinteraksi dengan bahan untuk memahami dan menguasai

sesuatu kemahiran. Pada keseluruhannya, pelajar berdikari dalam

pembelajarannya, iaitu tidak terlalu bergantung pada guru dan banyak berinteraksi

dengan bahan pembelajaran.

Dalam pembelajaran berpusatkan bahan, peranan guru termasuklah :

Membimbing pelajar dimana untuk mendapat maklumat;

Membantu mereka mencari/membentuk soalan yang sesuai untuk dikemukakan;

Mengatasi masalah sekiranya mereka dalam kesusahan;

Memberi galakan apabila mereka menemui kegagalan; dan

Membolehkan mereka berinteraksi dalam kerja kumpulan.

Page 25: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

14

TUTORIAL

1. Setelah membaca ketiga-tiga strategi pengajaran, cuba bezakan strategi

berpusatkan guru dan strategi berpusatkan pelajar.

2. Berdasarkan kepada kurikulum KSKV Automotif (mengikut bidang masing-masing)

pilih satu tajuk dan hasilkan peta minda untuk tajuk tersebut.

3. Kaedah pengajaran yang bagaimana sesuai digunakan untuk mengajar topik

sistem penyalaan. (masukkan topik mengikut bidang masing-masing)

4. Banding beza antara kaedah pengajaran simulasi dengan projek.

5. Kaedah demontrasi banyak digunakan dalam melaksanakan pengajaran amali di

bengkel. Senaraikan langkah-langkah yang sesuai untuk sesi pengajaran

menanggalkan roda kereta. . (masukkan topik mengikut bidang masing-masing)

Page 26: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

15

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. menghasilkan Bahan Pengajaran Bertulis

(Written Instruction Material - WIM)

UNIT 3 PERANCANGAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PELANCONGAN

Hasil Pembelajaran Unit

Sinopsis

Unit ini memberi pendedahan mengenai perancangan pengajaran dan pembelajaran

Pelancongan. Perbincangan akan memfokuskan, memberi penerangan dan

menghasilkan tatacara pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (Written Instructional

Materials – WIM). Di akhir perbincangan latihan kendiri disediakan untuk menguji

kefahaman pelajar terhadap perbincangan topik dalam modul ini.

3.0 PENGENALAN

BAHAN PENGAJARAN BERTULIS (WRITTEN INSTRUCTIONAL MATERIAL - WIM )

3.1 PENDAHULUAN :

Unit ini bertujuan memberi penerangan mengenai tatacara pembangunan

Bahan Pengajaran Bertulis (Written Instructional Materials – WIM)

berdasarkan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV). WIM ialah

Page 27: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

16

dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pengajar dan

pelatih/pelajar bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran

Objektif WIM ini adalah untuk :

(i) Memandu arah tenaga pengajar KV dalam membangunkan WIM;

dan

(ii) Memastikan WIM yang dibangunkan memenuhi keperluan KSKV.

3.2 DEFINISI :

Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) adalah dokumen yang disediakan oleh

pengajar untuk kegunaan pelatih/pelajar bagi membantu proses

pengajaran dan pembelajaran.

3.3 TUJUAN :

Sebagai bahan pembelajaran utama dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

3.2.1 Sebagai bahan pembelajaran utama dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

3.2.2. Untuk membantu dan memastikan Learning Outcome Unit

Kompetensi yang ditetapkan bagi tercapai.

3.2.3 Membantu pengajar membina keyakinan supaya bersedia untuk

sesi pengajaran.

Page 28: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

17

3.4 KOMPONEN-KOMPONEN WIM

3.4.1 Kertas Penerangan (Information Sheet)

Helaian maklumat yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan

pembelajaran semasa penyampaian teori dan dibangunkan

merujuk kepada Related Knowledge.

Ianya bertujuan untuk menjelas dan menambah lagi pemahaman

dan pengetahuan pelatih dengan menekankan “Mengapa”

kemahiran itu perlu dilaksanakan dan bukan “Bagaimana” ianya

dilaksanakan; dan

Kertas penerangan hendaklah mempunyai ciri berikut, iaitu:

- Cukup cakup, tepat dan mudah difahami;

- Keperluan KSKV dipenuhi;

- Sentiasa dikemaskini mengikut perubahan teknologi

semasa; dan

- Bilangan kertas penerangan tidak semestinya mengikut

bilangan aktiviti kerja dalam KSKV.

3.4.2 Kertas Tugasan (Assignment Sheet)

Helaian tugasan yang mengandungi soalan-soalan latihan untuk

merangsang minda, menguji kefahaman dan mengaplikasikan

pengetahuan pelatih berdasarkan teori yang telah dipelajari.

Kertas tugasan tidak diambil kira sebagai penilaian kerja kursus;

dan

Kertas tugasan hendaklah mempunyai ciri berikut, iaitu:

- Sebagai latihan kendiri (self check) kepada pelajar sebelum

- menghadapi penilaian kerja kursus dan penilaian akhir;

- Bilangan kertas tugasan tidak semestinya mengikut bilangan

kertas penerangan;

Page 29: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

18

- Soalan boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dengan

merujuk kepada kertas penerangan yang berkaitan; dan

- Kertas tugasan juga boleh disediakan dalam bentuk kajian

perbincangan kumpulan dan sebagainya.

3.4.3 Kertas Kerja (Work Sheet)

Helaian kerja yang menunjukkan langkah dan butiran kerja bagi

membimbing dan memandu pelatih menguasai kemahiran yang

ditetapkan dengan merujuk kepada Work Activities dan kemahiran

berkaitan (Related Skills).

Sebagai latihan kendiri (self check) kepada pelajar sebelum

menghadapi penilaian kerja kursus dan penilaian akhir;

Kertas kerja tidak diambil kira sebagai penilaian kerja kursus; dan

Mengandungi soalan pendek yang akan ditanya secara lisan

sepanjang latihan amali dilaksanakan.

3.4.4 Kertas Penilaian (Assessement Sheet)

Kertas penilaian terbahagi kepada 2 iaitu

i. Penilaian pengetahuan :

Penilaian pengetahuan adalah mekanisma atau

kaedah yang digunakan bagi menilai pengetahuan

dan pemahaman pelatih mengenai apa yang telah

dipelajari.

Soalan yang disediakan hendaklah memenuhi

assessment criteria dan related knowledge di dalam

KSKV.

Bilangan dan jenis soalan adalah tidak ditetapkan

tetapi hendaklah mencapai tahap kesukaran (level of

difficulty) yang ditentukan oleh setiap Compentency

Unit (CU) berkenaan.

Page 30: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

19

Soalan boleh merangkumi jenis soalan sama ada

objektif, subjektif atau kedua-duanya.

Kaedah penilaian boleh terdiri daripada laporan

teknikal, persembahan, lisan, ujian bertulis, kuiz,

tugasan, kajian kes atau lain-lain yang berkaitan

mengikut kesesuaian tahap.

ii. Penilaian Prestasi :

Penilaian prestasi adalah mekanisma atau kaedah

yang digunakan bagi menilai kemahiran, sikap dan

keselamatan dalam melaksanakan tugas, praktikal

atau kerja amali yang diarahkan.

Pelbagai kaedah penilaian prestasi boleh

dilaksanakan seperti ujian keterampilan, simulasi,

projek dan sebagainya.

Penilaian prestasi hendaklah memenuhi ciri berikut,

iaitu.

Memenuhi assessment criteria, related skills, attitude,

safety and environmental yang ditetapkan di dalam

KSKV.

Tempoh penilaian bergantung kepada keterampilan

yang dinilai.

Penilaian core abilities dijalankan bersekali dengan

penilaian prestasi.

Page 31: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

20

REFLEKSI

AKTIVITI 1

AKTIVITI 2

Bincangkan dengan rakan sekerja anda, mengapakah kertas tugasan perlu hasilkan sebelum sesi pengajaran dimulakan ? Hasilkan satu kertas tugasan mengikut format terkini berdasarkan bidang anda. Sila email hasil aktiviti tersebut kepada pensyarah bidang anda.

Bincangkan kepentingan menghasilkan kertas penerangan sebelum memulakan sesi pengajaran. Hasilkan satu kertas penerangan berdasarkan bidang anda dan mengikut format terkini. Sila email hasil aktiviti tersebut kepada pensyarah bidang anda.

Bahan Pengajaran Bertulis / Wrintten Instruction Material (WIM) adalah

dokumen yang disediakan oleh guru/pengajar untuk kegunaan

pelatih/pelajar bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai guru yang mengajar dan anda juga mahir dalam bidang yang anda

ajar. Sejauh manakah anda faham dan menyedari kepentingan kertas

penerangan, kertas tugasan, kertas kerja, kertas penilaian pengetahuan

dan kertas penilaian prestasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang anda kendalikan didalam bilik darjah / bengkel ?

Page 32: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

21

AKTIVITI 3

AKTIVITI 4

Pilih satu tajuk mengikut bidang anda. Hasilkan satu kertas penilaian pengetahuan dan kertas penilaian prestasi mengikut format terkini. Hasilkan kedua-dua kertas penilaian tersebut mengikut format terkini. Sila email hasil aktiviti tersebut kepada pensyarah bidang anda.

Berdasarkan pengalaman anda ditempat kerja, hasilkan satu kerja kerja berdasarkan bidang anda. Kertas kerja yang dihasilkan hendaklah mengikut format terkini dan nyatakan langkah-langkah kerja secara terperinci. Sila email hasil aktiviti tersebut kepada pensyarah bidang anda.

Page 33: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

22

RUJUKAN

Evans, M. (2013). Teacher education and pedagogy: Theory, policy and practice.

Cambridge, UK: Cambridge University Press

Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin, & Amran Bakar.(2016). Pengajaran dan

pembelajaran abad 21. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd.

Ismail Said. (2013). Kaedah pengajaran Sejarah. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.

Bhd.

Jabatan Pembangunan Kemahiran (2013), Panduan Pembangunan Soalan

Latihan Kemahiran.

Jabatan Pembangunan Kemahiran (2012), NOSS Development Guideline.

Jabatan Pembangunan Kemahiran (2011), Tatacara Pembangunan Manual Latihan.

Page 34: Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM …ipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/MODUL_PLCV2023... · 2018-06-08 · i Modul Pembelajaran PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN PROGRAM

23

PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN

NAMA KELAYAKAN

Normah binti Abdul Rahman

Master Sains Pendidikan Teknik dan Vokasional Bachelor Pendidikan Sains Rumah Tangga

Khairul Aiman bin Nor Azhar

Sarjana Muda Sains Makanan dan Pemakanan Manusia - UMT DPLI Pelancongan –UPSI

PANEL PENILAI MODUL PEMBELAJARAN PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN

NAMA KELAYAKAN

Aqidatul Rafikah Diana binti Wan Bakar

Ketua Jabatan Pelancongan Kolej Vokasional Port Dickson Negeri Sembilan