MODUL PEMBUDAYAAN AMAL KHAIR -...
Transcript of MODUL PEMBUDAYAAN AMAL KHAIR -...
0
MODUL PEMBUDAYAAN AMAL KHAIR
SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA
NEGERI SELANGOR
PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR 10 REJAB 1439H/ 28 MAC 2018M
1
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Prakata 2
Kata-Kata Aluan Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor
3
Kata Aluan Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam JAIS
4
Jawatankuasa Panel 5
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 6
Falsafah Pendidikan JAIS 6
Matlamat 7
Visi Bahagian Pendidikan Islam JAIS 7
Misi Bahagian Pendidikan Islam JAIS 7
Motto Bahagian Pendidikan Islam JAIS 7
Latar Belakang Program 8
Objektif Program 8
Moto Program 9
Pengurusan Pembudayaan Amal Khair di Sekolah 10
Perancangan Dan Pelaksanaan Modul 12
Penilaian 41
Pengiktirafan dan Penghargaan 45
Penutup 46
2
PRAKATA
Sekolah yang bersih dan ceria merupakan asas kepada kecemerlangan dalam
pendidikan. Selain daripada keperluan membina suasana pembelajaran yang
kondusif, ia juga memenuhi asas-asas Islam sebagai ADDIN. Islam sangat
menekankan kebersihan fizikal dan rohani. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor
sangat prihatin untuk menjadikan semua sekolah di bawah tadbiran jabatan ini
menjaga dan memelihara kebersihan dan keceriaan.
Program Pembudayaan Amal Khair adalah cetusan idea Dato’ Pengarah JAIS di
dalam Multaqa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan pada 27 Januari 2018 di Dewan
Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Ia adalah suatu program
jabatan bagi menanamkan nilai tanggungjawab dan kebersamaan di kalangan
semua murid ke arah menghasilkan sekolah kondusif. Islam sangat menekan aspek
kebersihan sama ada kebersihan fizikal maupun rohani. Sebagai sebuah sekolah
berorientasikan agama, maka sewajarnya nilai-nilai Islam menjadi keutamaan dalam
menjadikan sekolah yang bersih dan ceria.
Buku ini akan memberikan penjelasan kepada semua guru dan murid, satu garis
panduan bagi melaksanakan aktiviti kebersihan dan keceriaan di sekolah. Melalui
lapan aktiviti yang telah ditetapkan akan menjadikan semua sekolah akan menjadi
lebih menarik dan cantik. Namun ia sangat memerlukan kepada kesungguhan dan
komitmen semua guru dan murid melaksanakannya. Sokongan PIBG sekolah sangat
diperlukan. Pihak sekolah perlu memberikan penjelasan yang baik agar matlamat
program ini dapat dicapai. Semua pentadbir sekolah perlu memahami garis panduan
ini dan melaksanakannya secara bijaksana.
Jabatan sangat mengharapkan satu jadual pelaksanaan yang sesuai dapat
dihasilkan berdasarkan garis panduan ini. Penglibatan semua guru dan murid perlu
dipastikan berlaku agar tujuan dan matlamat program ini dapat dicapai. Dengan ini
hasrat dan cita-cita jabatan akan dapat diaplikasikan dalam amalan pendidikan dan
Amal Khair dapat dibudayakan.
3
KATA ALUAN PENGARAH
Saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Bahagian
Pendidikan Islam yang telah berjaya menghasilkan “Modul Pembudayaan Amal Khair
Sekolah- Sekolah Agama Negeri Selangor”. Modul ini diharapkan dapat memberikan
penjelasan bagi menjayakan aktiviti ini kepada semua guru dan murid di sekolah-
sekolah agama negeri Selangor.
Saya mengambil inisiatif ini untuk menggerakkan satu usaha ke arah kebersihan dan
keceriaan sekolah kerana kita adalah sebuah agensi Islam di negeri Selangor. Islam
sangat mementingkan kebersihan dan ia menjadi tanda dan bukti keimanan
seseorang. Kebersihan di sekolah-sekolah agama negeri Selangor adalah cermin
kepada amalan Islam yang sedang dilaksanakan di JAIS. Saya berpandangan
bahawa Jabatan ini akan dikatakan sebagai jabatan yang mengamalkan Islam
apabila amalan kebersihan ini menjadi budaya di semua sekolah.
Saya sangat mengharapkan Modul Pembudayaan Amal Khair ini akan dapat
membantu sekolah menjayakan program ini. Ia menyatakan dengan jelas kaedah
dan tatacara bagaimana program ini perlu dijalankan. Saya meminta supaya semua
pentadbir sekolah memastikan semua guru dan murid terlibat melalui jadual
pelaksanaan yang telah ditetapkan.
Satu perkara yang sangat penting ialah pihak sekolah dapat menjelaskan dengan
baik kepada semua ibubapa berkaitan program ini. Saya menasihatkan supaya
kerjasama pintar antara sekolah dan PIBG dapat diselaraskan agar tiada timbul salah
faham dalam melaksanakannya.
Akhirnya saya mendoakan semoga kita semua diberikan kekuatan menjayakan
program ini. Matlamat menjadikan sekolah sebagai iklim bersih dan ceria akan dapat
kita capai bersama. Kerjasama semua pihak sangat saya harapkan dalam
menjayakan program murni ini.
Sahibus Sa’adah Dato’ Haris bin Kasim
Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor
4
KATA ALUAN
KETUA PENOLONG PENGARAH
Saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada
semua yang terlibat menghasilkan Modul Pembudayaan Amal Khair Sekolah-
Sekolah Agama Negeri Selangor. Objektif program ini sangat jelas iaitu untuk
menghasilkan iklim sekolah yang bersih dan ceria. Sebagai langkah awal, kefahaman
dan kesediaan melaksanakan modul ini adalah asas kepada kejayaan program ini.
Sikap memelihara kebersihan dan keceriaan ialah salah satu nilai yang perlu
dihasilkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia mencerminkan budi dan
menghargai kehidupan dan alam sekitar. Islam sebagai agama syumul dan
sempurna memulakan keindahannya melalui kebersihan. Kebersihan di dalam Islam
ialah kebersihan jasmani dan rohani. Sekolah yang dibangunkan kebersihannya di
atas asas Islam lebih bermakna dari segalanya.
Oleh kerana itu, saya mengharapkan semua pentadbir sekolah, guru dan murid serta
warga sekolah terlibat dalam menjayakan usaha ini. Menjaga nama baik sekolah
yang berteraskan agama dari aspek kebersihan dan keceriaan ini akan melonjakkan
nama baik agama Islam pada kaca mata orang lain. Saya meminta semua pihak
memberikan sokongan kepada usaha murni dan saling bekerjasama dalam
menjayakannya.
Akhirnya, saya yakin dengan sikap dan kesungguhan semua pihak untuk menyokong
dan melaksanakan program ini. Bahagian Pendidikan Islam JAIS akan sentiasa
bersedia memberikan khidmat nasihat dan bantuan. Moga cita-cita dan harapan akan
dapat dicapai melalui permuafakatan kita bersama.
Tuan Anas Bin Ayob
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor.
5
Jawatankuasa Panel Pembina Modul Pembudayaan Amal Khair
Penasihat : Sahibus Sa’adah Dato’ Haris bin Kasim
Anas bin Ayob
Ketua Projek : Mohamad Asmadi bin Mustakim
Setiausaha : Mohammad Shihabuddin bin Nor Rodin
Jawatankuasa : Solekhan bin Roup
Bong Salleh bin Adnan
Azlinah Binti Paiman
Mohd Don bin Raban
Nairawi bin Sarry
Masamah binti Zainal
Soleha binti Yatim
Zam zam bin Saroni
Salamah binti Ismail
Latipah binti Yunus
Asmadi bin Maarof
Zaidi bin Mohamed Nusran
Nurul Azmi bin Burasman
Jahidi bin Chamari
Jamsiah binti Hassan
6
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN JAIS
“Satu usaha berterusan ke arah membina potensi individu berilmu, beriman, beramal,
berakhlak mulia dan berketerampilan secara seimbang dan sepadu berlandaskan
wahyu Allah Dan Sunnah Rasulullah bagi melahirkan masyarakat muslim yang
bertaqwa, maju, mampu bersaing untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan
kebahagiaan di akhirat”
7
MATLAMAT
Memberi Pendidikan Islam kepada semua individu muslim di Negeri Selangor
supaya berilmu, beriman, berakhlak mulia dan berketrampilan berasaskan nilai-
nilai Islam, bagi melahirkan muslim bertaqwa untuk mendapatkan keredhaan Allah
S.W.T.
VISI
“Terbaik, Bertaraf Dunia Dan Diredhai Allah S.W.T”
MISI
“Melahirkan Ummah Yang Beriman Dan Bertaqwa Melalui Pengurusan Hal Ehwal
Islam Secara Hikmah, Amanah Dan Berkesan”
MOTO
"Cekap, Cepat & Berkualiti"
8
LATAR BELAKANG PROGRAM
Kebersihan dan kecerian adalah satu amalan yang sangat dituntut di dalam
Islam. Ia adalah satu ukuran bagi menilai keperibadian seseorang. Dalam konteks
organisasi ia menjadi kayu ukur bagi menilai sejauhmana sesebuah sekolah
mengamalkan amalan ini.
Kebersihan di dalam Islam merujuk kepada kebersihan rohani dan jasmani.
Kebersihan rohani ialah membersihkan dari mensyirikkan Allah dan cenderung
kepada amal-amal kebaikan. Kebersihan jasmani ialah membersihkan diri dan
persekitaran dari sebarang kekotoran. Gabungan kedua-duanya akan menghasilkan
suasana yang lebih bermakna dalam aspek kebersihan dan keceriaan di sekolah
Penerapan nilai-nilai murni dan elemen nilai merentas kurikulum juga telah wujud
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam JAIS.
Dengan sebab itu, usaha melahirkan guru, murid dan warga sekolah yang peka
dengan kebersihan dan keceriaan adalah harapan jabatan ke arah menjadikannya
sebagai Amal Khair di Sekolah-Sekolah Agama Negeri Selangor.
OBJEKTIF PROGRAM
i. Meningkatkan pengetahuan guru dan murid kepentingan kebersihan dan
keceriaan di sekolah.
ii. Meningkatkan kemahiran mengurus dan menyelenggara aktiviti kebersihan dan
keceriaan di sekolah.
iii. Memperkasa dan membudaya guru, murid dan warga sekolah dengan nilai
kerjasama dan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan
sekolah.
9
MOTO PROGRAM
“IMAN, IHSAN, INFAQ : Fastabiqul Khairat”
i. IMAN : Menurut Istilah Ialah “Membenarkan Dengan Hati, Mengucapkan
Dengan Lisan, Dan Mengamalkan Dengan Perbuatannya.
ii. IHSAN : Berbuat Baik Kepada Manusia, Makhluk dan Alam Sekitar serta
Menghindari daripada Melakukan Perbuatan Yang Buruk dan Jahat.
iii. INFAQ : Mengeluarkan Sebahagian Harta Atau Pendapatan Bagi Sesuatu
Kepentingan Yang Di Perintahkan Oleh Islam.
iv. FASTABIQUL KHAIRAT : Berlumba-Lumba Dalam Melakukan Kebaikan.
10
PENGURUSAN PEMBUDAYAAN AMAL KHAIR DI SEKOLAH
1. Pentadbir Sekolah hendaklah mewujudkan sebuah Jawatankuasa
Pembudayaan Amal Khair di bawah tanggungjawab Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid (HEM).
2. Program Pembudayaan Amal Khair bermula pada 1 April 2018.
3. Ahli Jawatankuasa Pembudayaan Amal Khair adalah seperti berikut:
i. Pengerusi : Pengetua / Guru Besar / Ketua Guru
ii. Timb. Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
iii. Setiausaha : Guru
iv. Bendahari : Guru
v. Ahli : Semua Guru Kelas
4. Fungsi Jawatankuasa ini ialah :
i. Merancang pelaksanaan Pembudayaan Amal Khair di Sekolah.
ii. Melaksana dan menyelia program
iii. Menilai status program
iv. Mengadakan penghargaan dan pengiktirafan
5. Waktu pelaksanaan:
i. Semua Pentadbir sekolah hendaklah menetapkan waktu Amal Khair
pada setiap hari berdasarkan modul.
ii. Tempoh masa pelaksanaan ditetapkan oleh pengurusan sekolah.
iii. Jabatan akan memantau pelaksanaan berdasarkan penetapan waktu
oleh pihak sekolah.
11
6. Carta Organisasi:
Pengetua/Guru Besar/Ketua Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Ahli Jawatankuasa (Semua Guru Kelas)
Setiausaha
Bendahari
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PEMBUDAYAAN AMAL KHAIR
12
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN MODUL
1: MINDA MUMTAZ (KELAS)
OBJEKTIF
1.PENGETAHUAN Meningkat pengetahuan murid berkaitan kepentingan mewujudkan kelas yang kondusif
2.KEMAHIRAN Meningkatkan kemahiran murid cara-cara menjaga dan membersihkan
dengan betul
3.SIKAP Memupuk rasa tanggungjawab dan kesediaan bekerja sebagai satu
pasukan
Dalil
عن أيب مالك احلارث بن عاصم األشعري رضي هللا عنه قال: قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم: .....الطهور شطر اإلميان
Maksudnya : Kebersihan itu sebahagian daripada Iman.....
(Hadis Muslim)
13
Panduan Pelaksanaan:
PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA
TINDAKAN
DAN
KERJASAMA
Lantai
1. Penerangan penggunaan peralatan dan cara-cara penggunaan
2. Tunjuk cara penggunaan peralatan yang betul dan selamat
3. Pengawalan semasa dan selepas pelaksanaan: (Guru sebagai fasi, menepati masa, keterlibatan)
Lantai di sapu dan dibersihkan
Dinyahkuman
Setiap hari
(sebelum dan selepas berakhir setiap PdP)
Dua kali setahun
Guru, murid
dan
Pembersih
Kawasan.
Cermin Cermin dibersihkan
Setiap hari
(sebelum PdP)
Guru dan
murid
Papan Putih
Papan putih dibersihkan
Setiap hari
(sebelum dan selepas berakhir setiap PdP)
Guru dan
murid
Kerusi Meja Guru Dan
Murid
Meja kerusi disusun rapi dan kemas
Setiap hari Guru dan
murid
14
Bakul sampah
Penyodok, Penyapu
Bakul sampah, penyodok dan penyapu disusun, disimpan dan diselenggara dengan baik
Setiap hari Guru dan
murid
Suis lampu dan suis
kipas
Suis lampu dan suis kipas ditutup selepas digunakan/ sebelum meninggalkan kelas
Setiap hari Guru dan
murid
Kipas
Kipas dibersihkan
Mingguan
(Sekali Dalam Seminggu)
Guru dan
murid
Tingkap
Tingkap dibersihkan
Mingguan
(Sekali Dalam Seminggu)
Guru dan
murid
Siling
Siling dibersihkan
Mingguan
(Sekali Dalam Seminggu)
Guru , murid
dan
pembersih
kawasan
15
Papan Kenyataan
Papan kenyataan dibersihkan
Sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini
Hasil kerja murid dipamerkan
Mingguan
Guru dan
murid
16
2: HARUMAN KASTURI (TANDAS)
OBJEKTIF
1.PENGETAHUAN Meningkat pengetahuan murid berkaitan kepentingan mewujudkan
tandas yang bersih dan ceria
2.KEMAHIRAN Meningkatkan kemahiran murid cara-cara membersihkan tandas
dengan betul
3.SIKAP
Memupuk rasa tanggungjawab dan kesediaan bertindak bagi
menjamin kebersihan dan keselamatan
DALIL
عن أيب مالك احلارث بن عاصم األشعري رضي هللا عنه قال: قال رسول هللا صلى هللا عليه شطر اإلميان... وسلم: الطهور
Maksudnya : Kebersihan itu sebahagian daripada Iman.....
(Hadis Muslim)
17
Panduan Pelaksanaan:
PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA TINDAKAN DAN
KERJASAMA
Sistem Tandas
Penerangan penggunaan peralatan dan cara-cara penggunaan
Kenalpasti tempat yang perlu dibersihkan (mangkuk tandas, sinki, lantai sentiasa kering, bersih dan selesa)
Tunjuk cara penggunaan peralatan yang betul dan selamat
Pengawalan semasa pelaksanaan: (Guru sebagai fasi, menepati masa, keterlibatan)
Penerapan nilai ; tanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan
Memastikan sistem tandas berfungsi , selamat dan dalam keadaan baik
Pemeriksaan dijalankan 2 kali sebulan
Dilaporkan jika ada kerosakan
Pembersih
Kawasan,
Guru dan
murid
Sinki
Sinki hendaklah dalam keadaan bersih dan tidak bersumbat ( tiada tisu /sisa makanan dan lain-lain)
Pembersihan 2 kali sehari
Setiap kali selepas penggunaan
Penyeliaan sekali sehari
Pembersih
Kawasan,
Guru bertugas
dan murid
Bakul sampah
Berkarung plastik & Pembuangan yang betul ke dalam tong sampah
Setiap Hari
Dua kali sehari
Pembersih
Kawasan,
Guru dan
murid
18
Khidmat Sanitari
Tuala wanita hendaklah di basuh, dibungkus dan dibuang dalam bekas sanitari
Setiap hari
(Setiap kali selepas penggunaan)
Murid
Perempuan
Pembersih
Kawasan
Lantai
Lantai hendaklah dibersihkan
Menggunakan selipar/ terompah
2 kali sehari
Setiap hari
(Setiap kali memasuki tandas)
Pembersih
Kawasan,
Guru dan
murid
Cermin Muka Dibersihkan dan dilap Setiap Hari
(sekali sehari)
Pembersih
Kawasan
Baldi/timba dan
Gayung
Pastikan air yang disimpan bertutup
Setiap hari Guru dan
murid
Mangkuk Tandas
Mangkuk tandas hendaklah dibersihkan, siram atau flush selepas digunakan
Setiap hari
(Setiap kali selepas penggunaan)
Guru dan
murid
19
3: HALALAN TOYYIBAN (KANTIN)
OBJEKTIF
1.PENGETAHUAN
Meningkat pengetahuan murid berkaitan kepentingan mewujudkan kantin yang bersih, selamat dan ceria
2.KEMAHIRAN Meningkatkan kemahiran murid cara-cara membuang sisa makanan
di kantin.
3.SIKAP
Memupuk rasa tanggungjawab dan kesediaan bertindak bagi
menjamin kebersihan, keceriaan dan keselamatan
DALIL
Surah Al-Baqarah : 172
ين ءامنوا كوا من طي بت ما رزقنكم ها ٱلذ يأ …ي
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang
Kami berikan kepadamu
20
Panduan Pelaksanaan:
PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA TINDAKAN DAN
KERJASAMA
Pinggan Mangkuk
dan cawa
1. Penerangan langkah-langkah dan cara-cara mengekalkan kebersihan kantin
2. Kenalpasti perkara-perkara yang perlu dibersihkan (pinggan mangkuk, tempat makan dan sinki)
3. Tunjuk cara membersihkan peralatan (pengasingan sisa makanan) dan tempat makan selepas makan
4. Pengawalan semasa pelaksanaan: (Guru sebagai fasi, menepati masa, keterlibatan)
Meletakkan pinggan mangkuk dan cawan yang telah digunakan di tempat yang disediakan
Setiap kali makan di kantin
Guru dan
murid
Meja Makan
Membersihkan sisa makanan di meja makan
Membuang sisa makanan ke dalam tong sampah
Setiap kali makan di kantin
Guru dan
murid
21
5. Penerapan nilai ; tanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan
22
4:LALUAN ROSIF ( LALUAN)
OBJEKTIF
1.PENGETAHUAN
Meningkat pengetahuan murid berkaitan kepentingan menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan tangga, kaki lima dan longkang
2.KEMAHIRAN
Meningkatkan kemahiran murid cara-cara membersih dan menceriakan tangga, kaki lima dan longkang dengan betul
3.SIKAP
Memupuk rasa tanggungjawab dan kesediaan bertindak bagi
menjamin kebersihan, keceriaan dan keselamatan
DALIL
Surah Al Baqarah : 222
Maksudnya : ………Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai
orang-orang yang mensucikan diri.
23
Panduan Pelaksanaan:
PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA TINDAKAN DAN
KERJASAMA
Kaki Lima Bangunan
Penerangan langkah dan cara-cara mengekalkan kebersihan tangga, kaki lima dan longkang
Kenalpasti dan tunjukcara perkara-perkara yang perlu dibersihkan di tangga, kaki lima dan longkang
Tunjuk cara melukis mural di dinding dan anak tangga
Pengawalan semasa pelaksanaan: (Guru sebagai fasi, menepati masa, keterlibatan)
Menjaga kebersihan kaki lima bangunan dan menceriakan
Secara Berkala
Pembersih
kawasan , guru
dan murid
Kaki Lima Kelas
Membersihkan dan menceriakan kaki lima kelas
Secara Berkala
Pembersih
kawasan , guru
dan murid
Longkang
Membersihkan longkang dan memastikan aliran air berjalan lancar
Secara Berkala
Pembersih
kawasan , guru
dan murid
Tangga
Memastikan tangga dalam keadaan selamat dan bersih
Secara Berkala
Pembersih
kawasan , guru
dan murid
24
Penerapan nilai ; tanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan
25
5:TITIAN JANNAH (SURAU,DEWAN DAN PUSAT SUMBER)
OBJEKTIF:
1. PENGETAHUAN
Meningkatkan pengetahuan murid berkaitan kepentingan menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan surau, dewan dan pusat sumber.
2. KEMAHIRAN
Meningkatkan kemahiran murid cara-cara membersih dan menceriakan surau, dewan dan pusat sumber dengan betul.
3. SIKAP
Memupuk rasa tanggungjawab dan kesediaan bertindak bagi menjamin kebersihan, keceriaan dan keselamatan.
DALIL
إن هللا مجيل حيب عن عبد هللا بن مسعود رضي هللا عنه عن النيب صلى هللا عليه وسلم قال: ..... .....اجلمال
Maksudnya : ......Sesungguhnya Allah itu cantik dan menyukai kecantikan..... ( Hadis Muslim)
26
Panduan Pelaksanaan:
PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA TINDAKAN DAN
KERJASAMA
SURAU:
Lantai/ Karpet
1. Penerangan langkah dan
cara-cara mengekalkan
kebersihan, keceriaan dan
keselamatan surau, dewan
dan pusat sumber
2. Kenalpasti dan tunjukcara
perkara-perkara yang perlu
diambil tindakan di surau,
dewan dan pusat sumber
3. Tunjuk cara penjagaan
kebersihan dan keceriaan di
surau (susun atur mengikut
tagging di rak), dewan (susun
atur peralatan) dan pusat
sumber (susun atur mengikut
sistem pengkelasan dewey)
Dibersihkan mengikut jadual tugas yang ditetapkan.
Memastikan tiada sampah dan habuk.
Setiap hari
Guru dan murid
Sejadah Lipat dan susun di
tempat yang disediakan. Sebelum dan
selepas digunakan.
Murid
Al-Quran Susun di tempat yang
tinggi. Setiap hari dan
selepas digunakan.
Murid
Rehal Susun di tempat yang disediakan.
Sepanjang masa.
Murid
1. Langsir/Tirai Sentiasa bersih dan
tersusun rapi. Setiap hari Guru dan murid
2. Tingkap Sentiasa dibersihkan. Setiap minggu Guru dan murid
Telekong Bersih dan tersusun di tempat yang disediakan.
Setiap hari Murid
Rak Bersih Sepanjang
masa
Murid
27
Kasut
4. Tunjuk cara melukis mural di
surau, dewan dan pusat
sumber
5. Pengawalan semasa
pelaksanaan: (Guru sebagai
fasi, menepati masa,
keterlibatan)
6. Penerapan nilai ;
tanggungjawab menjaga
kebersihan dan keselamatan
Tersusun Sepanjang masa solat
Murid
Siling, lampu dan
kipas
Dibersihkan Sebulan sekali Guru dan murid
Penggunaan
alatan elektrik
Cara penggunaan yang selamat
Tutup suis selepas digunakan
Setiap kali penggunaan
Sebelum meninggalkan tempat
Guru dan murid
Tempat wuduk
Dibersihkan
Paip sentiasa dalam keadaan tertutup setiap kali selepas penggunaan
Tiada air bertakung
Setiap kali penggunaan
Guru dan murid
Papan kenyataan Dikemaskini dengan info
terkini Mengikut
keperluan dan semasa.
Guru dan murid
Pemadam api
Periksa alat pemadam api
Pemeriksaan alat pemadam api oleh Jabatan Bomba
Sekali seminggu
Setahun sekali
Guru bertugas
Pentadbir sekolah
DEWAN:
1. Lantai
Dibersihkan mengikut jadual tugas yang ditetapkan.
Seminggu sekali
Pembersih kawasan
28
Memastikan tiada sampah dan habuk.
2. Meja Sentiasa bersih dan
tersusun. Mengikut
penggunaan Guru dan murid
Kerusi Sentiasa bersih dan tersusun.
Mengikut penggunaan
Guru dan murid
PA Sistem
Cara penggunaan yang selamat
Tutup suis selepas digunakan
Mengikut penggunaan
Guru dan murid
Tingkap, pintu Sentiasa dibersihkan. Seminggu sekali
Guru dan murid
Langsir dan tirai Sentiasa dibersihkan. Seminggu sekali
Guru dan murid
Siling, lampu dan
kipas
Dibersihkan Seminggu sekali
Pembersih kawasan
Penggunaan
alatan elektrik
Cara penggunaan yang selamat
Tutup suis selepas digunakan
Setiap kali penggunaan
Sebelum meninggalkan tempat
Guru dan murid
Bakul sampah Sentiasa bersih.
Sampah dibuang dalam tong sampah
Setiap kali selepas penggunaan
Guru dan murid
Pemadam api Periksa alat pemadam
api Sekali
seminggu Guru bertugas
Pentadbir sekolah
29
Pemeriksaan alat pemadam api oleh Jabatan Bomba
Setahun sekali
PUSAT SUMBER:
Kaunter
Sentiasa kemas dan tersusun
Setiap hari Guru dan murid
Lantai
Dibersihkan mengikut jadual tugas yang ditetapkan.
Memastikan tiada sampah dan habuk.
2 hari sekali
Guru dan murid
Meja Sentiasa bersih dan tersusun.
Mengikut penggunaan
Guru dan murid
Kerusi Sentiasa bersih dan tersusun.
Mengikut penggunaan
Guru dan murid
Tingkap, pintu Sentiasa dibersihkan. Seminggu sekali
Guru dan murid
Langsir dan tirai Sentiasa dibersihkan. Seminggu sekali
Guru dan murid
Siling, lampu dan kipas
Dibersihkan Sebulan sekali Guru dan murid
Penggunaan
alatan elektrik
Cara penggunaan yang selamat
Tutup suis selepas digunakan
Senantiasa
Sebelum meninggalkan bilik
Guru dan murid
Bakul sampah Sentiasa bersih dan
tersusun. Setiap kali
selepas penggunaan
Murid
30
Sampah dibuang dalam tong sampah
Pemadam api Periksa alat pemadam api
Pemeriksaan alat pemadam api oleh Jabatan Bomba
Sekali seminggu
Setahun sekali
Guru bertugas
Pentadbir sekolah
31
6: HADIQAH (TAMAN, PADANG DAN PAGAR)
OBJEKTIF
1. PENGETAHUAN
Meningkat pengetahuan murid berkaitan kepentingan menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan taman, padang dan pagar.
2. KEMAHIRAN
Meningkatkan kemahiran murid cara-cara membersih, menjaga dan menceriakan taman, padang dan pagar dengan betul.
3. SIKAP
Memupuk rasa tanggungjawab dan kesediaan bertindak bagi menjamin kebersihan, keceriaan dan keselamatan
DALIL
Surah Al-An’am : 99 Maksudnya: Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau….
32
Panduan Pelaksanaan :
PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA TINDAKAN DAN
KERJASAMA
TAMAN:
1. Tanaman hiasan
1. Penerangan langkah dan cara-cara mengekalkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan di taman, padang dan pagar.
2. Kenalpasti dan tunjukcara perkara-perkara yang perlu diambil tindakan di taman, padang dan pagar.
3. Tunjuk cara penjagaan kebersihan dan keceriaan di taman, padang dan pagar.
4. Pengawalan semasa pelaksanaan: (Guru sebagai fasi, menepati masa, keterlibatan)
Menyelenggara tanaman seperti:
I. Merumput II. Menggembur
III. Membaja IV. Menyiram V. Memastikan tiada
sampah.
Setiap hari
Pembersih kawasan, guru dan murid
Kolam ikan (Sekiranya ada)
Menyelenggara kolam seperti:
I. Dibersihkan
II. Memberi makan
Dua minggu sekali
Sekali sehari
Pembersih kawasan, guru dan murid
33
Binatang peliharaan
5. Penerapan nilai ; tanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan
Menyelenggara binatang seperti:
I. Membersihkan Tempat Pemeliharaan supaya selamat, menarik dan tidak berbau
II. Memberi makan
Dua minggu sekali
Sekali sehari
Pembersih kawasan, guru dan murid
Pondok rehat
Dibersihkan
Memastikan tiada sampah
Membina lanskap yang menarik di sekitarnya
Menyediakan tong sampah bertutup
Sepanjang masa
Pembersih kawasan, guru dan murid
Kebun
Menyelenggara tanaman seperti:
I. Merumput II. Menggembur
III. Membaja IV. Menyiram
Setiap hari Pembersih kawasan, guru dan murid
Alatan
Bersihkan dan simpan di tempatnya.
Selepas digunakan
Pembersih kawasan, guru dan murid
34
PAGAR:
Pintu pagar
Pintu pagar sentiasa tertutup
Dibersihkan supaya menarik dan ceria
Palang keselamatan berfungsi dengan baik
Sepanjang masa
Pengawal keselamatan, pembersih kawasan, guru dan murid
Pagar kawasan
sekolah
Membersihkan sekitar kawasan
Menyelenggara pagar dengan rapi
Memotong rumput di tepi pagar
Dua kali sebulan
Pengawal keselamatan, pembersih kawasan, guru dan murid
PADANG:
Rumput
Menyelenggara padang seperti:
Rumput tidak melebihi 3 cm panjang
Memotong rumput
Memastikan tiada sampah
Mencabut tumbuhan berduri
Membuang bahan-bahan yang mengganggu aktiviti di padang.
Dua kali sebulan
Pembersih kawasan, guru dan murid
35
Menjaga dan memelihara rumput daripada mati:
menanam semula rumput
mengadakan kawasan larangan memijak rumput
Tiang permainan
Menyelenggara tiang permainan supaya dalam keadaan baik dan selamat daripada reput dan berkarat.
Sebulan sekali Guru
36
7: KHIZANAH (SETOR DAN GARAJ)
OBJEKTIF
1. PENGETAHUAN
Meningkat pengetahuan murid berkaitan kepentingan menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan setor dan garaj.
2. KEMAHIRAN
Meningkatkan kemahiran murid cara-cara membersih, menjaga dan menceriakan setor dan garaj dengan betul.
3. SIKAP
Memupuk rasa tanggungjawab dan kesediaan bertindak bagi menjamin kebersihan, keceriaan dan keselamatan
DALIL
عن أيب مالك احلارث بن عاصم األشعري رضي هللا عنه قال: قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم: الطهور شطر اإلميان...
Maksudnya : Kebersihan itu sebahagian daripada Iman..... (Hadis Muslim)
37
Panduan Pelaksanaan:
PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA
TINDAKAN
DAN
KERJASAMA
SETOR:
1. Peraturan keselamatan penggunaan bilik
1. Penerangan langkah dan cara-cara mengekalkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan di setor dan garaj.
2. Kenalpasti dan tunjukcara perkara-perkara yang perlu diambil tindakan di setor dan garaj.
3. Tunjuk cara penjagaan kebersihan dan keceriaan di setor dan garaj.
4. Pengawalan semasa pelaksanaan: (Guru sebagai fasi, menepati masa, keterlibatan)
Patuhi peraturan keselamatan penggunaan setiap bilik.
Setiap masa
Guru dan murid
2. Meja kerja/ lantai dan peralatan
Dibersihkan mengikut jadual tugas yang ditetapkan.
Menyusun alatan di tempat asal.
Sepanjang masa
Selepas digunakan
Guru dan murid
3. Siling, lampu dan kipas
Dibersihkan Sebulan sekali
Guru dan murid
38
4. Pemadam api
5. Penerapan nilai; tanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan
Periksa alat pemadam api
Pemeriksaan alat pemadam api oleh Jabatan Bomba
Sekali seminggu
Setahun sekali
Guru bertugas
Pentadbir sekolah
5. Penggunaan alatan elektrik
Cara penggunaan yang selamat
Tutup suis selepas digunakan
Sentiasa berhati-hati
Setiap kali penggunaan
Sebelum meninggalkan tempat
Guru dan murid
GARAJ:
1. Lantai
Dibersihkan mengikut jadual tugas yang ditetapkan.
Sepanjang masa
Pembersih kawasan, guru dan murid
2. Lampu dan siling Dibersihkan Sebulan
sekali Guru dan
murid
3. Kenderaan (basikal, motosikal dan kereta)
Disusun rapi Sepanjang masa
Guru dan murid
39
8: INFAQ (SUMBANGAN)
OBJEKTIF
1. PENGETAHUAN
Meningkat pengetahuan murid berkaitan kepentingan menderma dan menyumbang.
2. KEMAHIRAN
Mempelbagai kaedah menderma (duit, barangan, makanan dan lain-lain)
3. SIKAP
Memupuk rasa tanggungjawab dan kesedaran menderma secara ikhlas
DALIL
Surah Al Baqarah : 254
ا رزقنكم نفقوا ممذين ءامنوا أ ها ٱلذ ي
أ .…ي
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah kami berikan kepadamu.
40
Panduan Pelaksanaan :
PERKARA KAEDAH AMALAN PELAKSANAAN MASA TINDAKAN DAN
KERJASAMA
1. Tabung
1. Penerangan fadhilat menderma dan infaq.
2. Kenalpasti kaedah infaq yang bersistem.
3. Pengawalan dan
pengurusan kutipan (Pengetua/Guru Besar, GPK HEM dan Guru Kelas)
4. Penerapan nilai;
tanggungjawab dan tolong-menolong
Diwujudkan di tempat yang sesuai (surau, kantin, koperasi sekolah
Tabung beredar.
Diwujudkan sudut pengumpulan (pakaian sekolah dan makanan)
Seminggu sekali (10 sen)
Guru dan murid
41
PENILAIAN
1. Borang Instrumen Penilaian Program Pembudayaan Amal Khair hendaklah diisi oleh pihak sekolah.
Skala : 1.Musaádah 2.Maqbul 3.Jayyid 4.Jayyid Jiddan 5. Mumtaz
MINDA MUMTAZ
Murid mengetahui kepentingan kelas kondusif
BIL PERKARA SKOR
1 2 3 4 5
1 Perabot dalam kelas
(lengkap, tersusun, kemas)
2 Keadaan iklim kelas
(tingkap berfungsi, pengudaraan dan
pencahayaan, siling, kipas, lampu bersih)
10 MARKAH
HARUM KASTURI
Mewujudkan tandas bersih dan ceria
1 Gunakan tandas dengan betul
(sediakan selipar, pam tandas setiap kali
digunakan dan membasuh tangan sebelum
keluar)
2 Baca doa sebelum masuk dan keluar tandas
(melalui contoh 5 orang murid )
10 MARKAH
42
HALALAN TOYYIBAN
Mewujudkan kantin yang bersih, selamat dan ceria
1 Pengamalan adab di kantin
(basuh tangan, baca doa, makan dengan tangan
kanan, duduk ketika makan dan minum, pinggan
mangkuk diletakkan di tempat yang disediakan)
2 Bijak mengurus sisa makanan
(dalam pinggan dan atas meja, masukkan dalam
tong yang disediakan)
10 MARKAH
LALUAN ROSIF
Mengetahui kepentingan dan kemahiran menjaga kebersihan dan
keselamatan kaki lima, longkang dan tangga
1 Kaki lima bangunan, kelas bersih dan ceria
(tiada sampah, tidak berhabuk dan dinding ada
hiasan )
2 Longkang dan tangga bersih
(tiada sampah, lumut dan air mudah mengalir)
10 MARKAH
TITIAN JANNAH
Meningkatkan kemahiran murid menjaga kebersihan dan keceriaan
surau, dewan serta pusat sumber
Surau :
1 Dalam surau bersih dan suci
(tiada sampah, tidak berhabuk dan dinding ada
hiasan)
43
2 Dalam surau kemas
(al-Quran , sejadah, telekung dan langsir
tersusun)
10 MARKAH
Dewan:
1 Dalam dewan bersih dan ceria
(tiada sampah, tidak berhabuk dan dinding ada
hiasan)
2 Peralatan dan kemudahan diurus dengan baik
(PA sistem berfungsi, tempat berucap dan
peralatan lain dalam keadaan tersusun)
10 MARKAH
Pusat Sumber :
1 Pusat sumber bersih dan ceria
(tiada sampah, tidak berhabuk dan dinding ada
hiasan)
2 Peralatan dan buku-buku tersusun
(kerusi meja, alat pandang dengar, bahan BBM
dan bahan rujukan disusun rapi)
10 MARKAH
HADIQAH
Meningkatkan Pengetahuan dan kemahiran murid cara-cara membersih
menjaga dan menceriakan taman, padang dan pagar sekolah
1 Taman dan padang diurus dengan baik
(tiada sampah)
2 Pagar
(Dalam keadaan baik )
10 MARKAH
44
KHIZANAH
Mengetahui kepentingan dan kemahiran menjaga kebersihan dan
keselamatan kaki lima, longkang dan tangga
1 Kaki lima bangunan, kelas bersih dan ceria
(tiada sampah, tidak berhabuk dan dinding ada
hiasan )
2 Longkang dan tangga bersih
(tiada sampah, lumut dan air mudah mengalir)
10 MARKAH
INFAQ
Meningkatkan pengetahuan dan kepentingan Menderma
1 Menyediakan Tabung
(Ada tabung bergerak dan tabung kekal di
pejabat, kantin dan lokasi yang sesuai)
2 Menyediakan Peti Barangan dan bekas
makanan
( Pakaian sekolah, peralatan, air kotak, biskut
dan lain-lain)
10 MARKAH
JUMLAH BESAR
45
PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN
1. Pihak sekolah melaksanakan aktiviti bagi tujuan pengiktirafan dan
penghargaan seperti:
i. Pertandingan kebersihan dan keceriaan antara kelas dan
kawasan.
ii. Dimasukkan di dalam Laporan Sijil Berhenti Sekolah murid.
2. Satu hadiah atau sijil untuk tujuan pengiktirafan boleh diadakan melalui
pertandingan.
3. Sumber penilaian berasaskan instrument penilaian yang telah disediakan
di dalam modul.
4. Penilaian di dalam Standard Kualiti Pendidikan JAIS (SKPJ) dari aspek
Kebersihan dan Keceriaan akan diambilkira.
5. Instrumen Pembudayaan Amal Khair bagi Anugerah Sekolah Cemerlang
turut diambilkira.
6. Pihak PIBG boleh dilibatkan dalam menjayakan pertandingan ini.
46
PENUTUP
Hasrat Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pendidikan Islam
membangunkan Modul Pembudayaan Amal Khair ini adalah sebagai inovasi
kepada program kebersihan dan keceriaan di sekolah. Ianya akan dapat dicapai
melalui kesungguhan dan kerjasama semua pihak. Semoga hasrat yang murni
ini dapat direalisasikan secara berterusan (Istiqomah) dengan jayanya.